24
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA NUR LAILI BINTI LOCKMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR

PENDIDIKAN KIMIA

NUR LAILI BINTI LOCKMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN

KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM

KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KIMIA

SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2007/2008

Saya: NUR LAILI BINTI LOCKMAN

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 5430 KG. WAKAF CHE ALI,

BUKIT PAYUNG,

21400 K. TRG, TRG.

PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Nama Penyelia

Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 4: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR

PENDIDIKAN KIMIA

NUR LAILI BINTI LOCKMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NUR LAILI BINTI LOCKMAN

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 6: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat:

Abah dan umi yang dikasihi,

Lockman b. Mohd Zawawi dan Rosidah bt. Jusoh

Adik-adik tersayang,

Nur Adibah, Nur Izzati, Nur Asyiqin, Nur Izzah

Terima kasih di atas kasih sayang,

sokongan dan perhatian yang diberikan.

Page 7: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya

bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga banyaknya kepada pembimbing saya,

Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin dan Puan Norhasniza Ibrahim atas

bimbingan, teguran, nasihat, bantuan dan tunjuk ajar dengan rasa penuh tanggungjawab

serta semangat pendidikan yang tinggi sepanjang pelaksanaan projek ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pelajar Tahun 1, 2 dan 4

Pendidikan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia kerana sudi memberi kerjasama

dalam menjalankan kajian ini.

Seterusnya, terima kasih kepada Ahmad Sufi Abdullah, Nurfazlina Ahmad Fuad,

Nor Ashikin Mohd Razali, Siti Nadya Zynuddin, Najah Zakaria, Zuhafiza Zulkifli dan

rakan seperjuangan yang sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Sekian,

wassalam.

Page 8: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

v

ABSTRAK

Penguasaan pelajar tentang Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian

dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS

telah dikaji iaitu kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian

ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia, Fakulti Pendidikan,

UTM. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina dan program

pengajian. Seramai 84 orang pelajar Pendidikan Kimia terlibat sebagai responden

kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian

Pencapaian Kemahiran Proses Sains. Terdapat 10 soalan objektif aneka pilihan

jawapan dan empat soalan struktur. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk

kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam menganalisis data kajian ini. Tahap

penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah secara

keseluruhannya adalah sederhana. Daripada dapatan kajian, mendapati bahawa tahap

penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah merentas

jantina dan program pengajian masing-masing adalah sederhana. Ini menunjukkan

penerapan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah masih kurang

mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan ke atas

pencapaian mereka untuk menguasai Kemahiran Proses Sains.

Page 9: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

vi

ABSTRACT

The students’ mastery of science process skills has caught the attention of

Science Education researchers. In this study, two science process skills were studied

namely the predicting and the controlling variables skills. The purpose of this study is to

find out the level of mastery in predicting and controlling variables skills among

students of Faculty of Education majoring in Chemistry. There were two independent

variables in this study; i.e the gender and course programme of the study respondents.

84 Chemical Education students (male and female) were involved as the respondents of

this study. A survey was conducted by using the instrument Ujian Pencapaian

Kemahiran Proses Sains. There are 10 multiple-choice questions and four structured

questions in this instrument. Descriptive statistics in the form of frequency and

percentage was used in the data analysis. The results of the level of mastery in these two

skills were found to be average. The level of mastery of these two skills across gender

and course programme was average respectively. This shows that there is a possibility

that the predicting and controlling variables are less emphasized in the teaching and

learning process and it will affect their performance to master the science process skills.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Tahap Penguasaan 9

1.8.2 Kemahiran Proses Sains 9

1.8.3 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 10

1.8.4 Kemahiran Meramal 10

Page 11: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

viii

1.9 Rumusan 10

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Kemahiran Saintifik 12

2.3 Kemahiran Proses Sains 14

2.4 Kajian-kajian lepas 17

2.4.1 Kajian-kajian lepas di luar negara 17

2.4.2 Kajian-kajian lepas di dalam negara 19

2.5 Rumusan 21

3 PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.1 Pendahuluan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Populasi dan Pensampelan 23

3.4 Instrumen Kajian 24

3.4.1 Bahagian A 24

3.4.2 Bahagian B 24

3.4.3 Bahagian C 25

3.5 Kajian Rintis 26

3.6 Kajian Sebenar 27

3.7 Analisis Data 27

3.8 Rumusan 28

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 29

4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah 29

4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas

Jantina 38

Page 12: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

ix

4.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas

Program Pengajian 42

4.5 Rumusan 44

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 46

5.2 Ringkasan 46

5.3 Kesimpulan 47

5.4 Perbincangan

5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah 48

5.4.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Merentas Jantina 51

5.4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Merentas Program Pengajian 53

5.5 Implikasi Kajian 56

5.6 Cadangan 58

5.7 Cadangan untuk Masa Depan 60

5.8 Rumusan 61

RUJUKAN 62

LAMPIRAN 66

Page 13: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

x

SENARAI JADUAL

JADUAL MUKA SURAT

2.1 Komponen Kemahiran Proses Sains Asas 14

2.2 Komponen Kemahiran Proses Sains Bersepadu 16

3.1 Taburan responden mengikut Tahun Pengajian,

Program Pengajian dan Jantina 23

3.2 Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran

Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang

dinilai bagi Soalan Objektif 25

3.3 Item-item Kemahiran Meramal dan Kemahiran

Mengawal Pembolehubah mengikut Aspek yang

dinilai bagi Soalan Subjektif 26

3.4 Pemeringkatan Tahap Penguasaan Terhadap Kemahiran

Meramal dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah. 28

4.1 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah 30

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan

bagi Soalan 1 mengikut Tahun Pengajian 31

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan

Bagi Soalan 2 mengikut Tahun Pengajian 32

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan

Bagi Soalan 3 mengikut Tahun Pengajian 33

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Gerak Balas Jawapan

Bagi Soalan 4 mengikut Tahun Pengajian 36

Page 14: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

xi

4.6 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina 39

4.7 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina

bagi pelajar Tahun 1 39

4.8 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas Jantina

bagi pelajar Tahun 2 40

4.9 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas

Jantina bagi pelajar Tahun 4 41

4.10 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas

Program Pengajian 42

4.11 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas

Program Pengajian bagi Tahun 1 43

4.12 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas

Program Pengajian bagi Tahun 2 43

4.13 Peratus Tahap Penguasaan Kemahiran Meramal

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Merentas

Program Pengajian bagi Tahun 4 44

Page 15: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH MUKA SURAT

1.1 Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga

Aras Pengkonsepan 2

2.1 Komponen Kemahiran Saintifik 13

Page 16: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPS - Kemahiran Proses Sains

KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS - Kemahiran Saintifik

ORES - Objective References Evaluation in Science

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPK - Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Kimia)

TIPS - Test of Integrated Science Process

TOLT - Test of Logical Thinking

UPKPS - Ujian Penilaian Kemahiran Proses Sains

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A UPKPS 66

B SENARAI JAWAPAN 74

C PENGESAHAN ITEM 76

Page 18: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun

2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia

yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi

keperluan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40

iaitu 60% pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang

sastera. Kedudukan nisbah ini pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian dasar ini

masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7% sahaja pelajar berada dalam jurusan

sains dan teknikal sementara selebihnya adalah dalam jurusan sastera (Rodziah,

1999).

Dasar membenarkan pilihan jurusan oleh pelajar merupakan salah satu faktor

yang menyumbang kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan

vokasional, pola menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah

meningkat dari 5.12% pada tahun 1980 kepada 16.1% pada tahun 2000. Pencapaian

ini sebenarnya masih jauh daripada sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

mencapai 60% pelajar dalam jurusan sains (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2001).

Selari dengan perkembangan dan kemajuan negara, alam pendidikan di

Malaysia juga turut berkembang pesat. Banyak perubahan dilakukan hasil daripada

Page 19: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

2

kajian dan penemuan baru. Kesemua ini adalah bertujuan untuk mengemaskinikan

bidang-bidang ilmu pengetahuan serta untuk melahirkan lebih ramai golongan

cendikiawan negara dalam pelbagai bidang. Berbagai usaha dan rancangan

dilakukan demi memenuhi keperluan negara untuk memastikan golongan remaja

mempunyai pengetahuan tentang sains. Di antaranya termasuklah mewajibkan

pelajar-pelajar di peringkat rendah dan menengah mempelajari sains.

Sehubungan itu, dalam kurikulum sains baru, proses pengajaran dan

pembelajaran sains memberi penekanan terhadap kaedah inkuiri dan penyelesaian

masalah, dengan menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

Kemahiran saintifik adalah penting bagi membolehkan pelajar menjalankan sebarang

aktiviti (penyiasatan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, dengan

menggunakan kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua, iaitu

kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Manakala, kemahiran proses

sains terdiri daripada kemahiran asas dan kemahiran bersepadu (Abu Hassan, 2004).

Rajah 1.1: Strategi Pengajaran Yang Melibatkan Tiga Aras Pengkonsepan

Berdasarkan Rajah 1.1, strategi pengajaran dan pembelajaran sains perlu

bermatlamatkan penguasaan konsep sains yang diletakkan pada tengah-tengah

bulatan tersebut. Untuk menguasai sains, pelajar perlu menguasai konsep-konsep

yang merupakan asas untuk menguasai prinsip dan hukum-hukum sains yang lebih

kompleks (Gange, dalam Johari dan Yusof, 2003). Penguasaan konsep ini tidak

dapat dibina dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang tepat pada

ketiga-tiga aras pengkonsepan itu iaitu aras makroskopik, aras mikroskopik dan aras

persimbolan (Johari dan Mohd Yusof, 2003). Penguasaan yang sebenar memerlukan

PEMBINAAN

KONSEP

SAINS

1 MAKROSKOPIK

3 PERSIMBOLAN

2 MIKROSKOPIK

Page 20: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

3

penguasaan pada ketiga-tiga tersebut kerana setiap subkonsep ini adalah berkaitan

dan mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina konsep sains yang sebenar.

Penguasaan kemahiran saintifik adalah penting kerana ia merupakan salah satu

keperluan dalam pendidikan sains. Pendedahan kemahiran saintifik di kalangan

pelajar akan menyediakan mereka untuk mendapatkan pengetahuan sains seterusnya

menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Dengan adanya

kemahiran saintifik, ia akan menjuruskan pelajar ke arah pemikiran secara kritis,

kreatif dan analitis (Tobin dan Copie, 1980).

1.2 Latar Belakang Masalah

Penguasaan KS telah diberi penekanan dalam kurikulum kebangsaan di

peringkat sekolah rendah dan menengah seperti Kurikulum Sains Sekolah Rendah

dan kurikulum mata pelajaran sains lain dalam KBSM (PPK, 2004). Penekanan ini

adalah sejajar dengan kehendak negara yang sedang menuju ke arah status negara

maju serta mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Penguasaan KS ini

amat penting bagi membolehkan pelajar mengkaji dan memahami alam melalui

pendekatan inkuiri. Pengajaran dan pembelajaran sains bukan lagi bertujuan untuk

melatih pelajar mengingat dan menghafal fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar

untuk menggunakan akal fikiran secara kreatif dan kritis dalam mencari

pengetahuan. Oleh yang demikian, sains mendidik dan membentuk individu untuk

menggunakan akal fikiran secara logik bagi menerangkan perkara-perkara yang

berlaku disekitar kehidupan disamping mencari penyelesaian kepada masalah yang

dihadapi.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru seperti “chalk and talk”

menyebabkan guru tidak menjadi fasilitator pembelajaran tetapi hanya menjadi

penyampai maklumat untuk menghabiskan tajuk dalam sukatan pelajaran tanpa

memberi pertimbangan terhadap keperluan atau potensi pelajar. Kaedah amali sains

dilaksanakan di sekolah hanya pada tahap yang ditetapkan dalam rancangan

Page 21: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

4

pengajaran (Rodziah, 1999). Kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti

pelajar seperti menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains

dan kemahiran manipulasi dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun guru harus

menyebut kemahiran proses yang digunakan agar pelajar menyedari tentang

kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan eksperimen serta membuat laporan

eksperimen yang lengkap dengan setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat

membantu meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar.

Satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, menyatakan bahawa guru yang terlibat dengan proses pengajaran

sains kepada pelajar berpencapaian rendah belum menguasai sepenuhnya aspek yang

berkaitan dengan pedagogi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Walau

bagaimanapun, pendedahan melalui kursus yang dihadiri telah meningkatkan tahap

penguasaan kefahaman dan penguasaan mereka dalam aspek yang berkaitan dengan

kurikulum dan pedagogi. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Norjaharudden

(1996) masih mendapati guru kurang mengamalkan aktiviti yang berupaya

membantu meningkatkan keberkesanan KPS dan kemahiran berfikir dalam proses

pengajaran sains, seperti pendekatan pembelajaran kooperatif (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2000).

Musheno dan Lawron (1999) pula berpendapat bahawa buku teks sains dan

kaedah-kaedah pengajaran sekarang tidak banyak membantu melainkan sebenarnya

menghalang kemajuan terhadap literasi saintifik. Ianya banyak menekankan proses

pembelajaran untuk menjawab berbanding untuk meneroka soalan-soalan,

mengalakkan hafalan, berbanding dengan pemikiran kritikal, cebisan-cebisan

maklumat berbanding dengan memahami mengikut konteks, menyatakan berbanding

dengan perbahasan dan membaca berbanding membuat. Ini menyebabkan pelajar

malas untuk berfikir dan seterusnya kurang menguasai KPS.

Menurut McDermott (1992) dan Halroyd dan Harlen (1996) menyatakan

bahawa guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan dalam

KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain. Pernyataan ini

Page 22: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

5

disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz (2001). Beliau telah

menjalankan satu kajian ke atas tahap penguasaan KPS guru pelatih Maktab

Perguruan Zon Utara. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih di

semua maktab yang dikaji didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran proses

sains. Hanya guru pelatih MPSAH (menguasai KPSA dan keseluruhan) dan MPTB

(menguasai hanya KPSA) yang ada sedikit KPS. Beliau tidak memahami bahawa

kenapa setelah mengikuti hampir semua sukatan pelajaran kurikulum sains Kursus

Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) selama 5 semester, guru-guru pelatih ini

masih gagal menguasai KPS walaupun KPSA.

Menurut Lely Nurizawati (1999), guru yang mempunyai latar belakang

pengetahuan sains yang lemah akan mempunyai keyakinan yang rendah untuk

mengajar sains, terutamanya di bahagian yang mereka kurang berpengetahuan. Guru

yang mempunyai pengetahuan KPS yang terhad mungkin tidak menyedari akan

miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar. Keyakinan diri guru akan meningkat

apabila mereka mempunyai asas pengalaman pengetahuan sains yang kukuh.

Akibatnya, pelajar akan gagal menguasai konsep asas dan menghadapi

kesulitan menghafal terlalu banyak fakta dan rumus dalam mata pelajaran berkaitan

sains. Dapatan ini selari dengan hasil kajian Kabolla (1988) yang mendapati kaedah

pengajaran sains yang tidak berkesan telah menyebabkan pelajar beranggapan

bahawa mata pelajaran sains sangat menjemukan, sukar, terlalu banyak hafalan dan

sukar dikaitkan dengan kehidupan seharian.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran sains termasuklah Sains Teras, Kimia dan Fizik menekankan

KPS yang lama diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan,

Kampus Skudai, UTM. Pelajar-pelajar telah mempelajari KPS sebelum masuk ke

universiti dan juga semasa di universiti. Persoalannya, adakah semua pelajar yang

telah mempelajari KPS selama bertahun-tahun ini telah menguasai KPS tersebut?

Page 23: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

6

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jaus (1975) menyatakan bahawa bakal-bakal

guru mempunyai tahap penguasaan KPS yang lemah dalam ujian yang dijalankan

oleh beliau walaupun bakal-bakal guru ini telah mengambil kursus penguasaan KPS

untuk tempoh minimum 15 jam. Keputusan kajian Jaus (1975) disokong oleh Leong

(2003) dan Tan (2003) di mana kedua-duanya telah menjalankan kajian ke atas tahap

penguasaan KPS bakal-bakal guru di UTM. Mereka mendapati bahawa tahap

penguasaan KPSA bakal-bakal guru UTM berada ditahap baik tetapi sebahagian

KPSB yang dikaji oleh mereka berada pada tahap sederhana.

Kajian ini dilaksanakan setelah penyelidik menyedari bahawa pelajar begitu

kurang menguasai KPS disebabkan masalah-masalah yang telah dinyatakan. Oleh

itu, kajian ini dijalankan khusus untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran

proses sains pelajar terhadap kemahiran meramal dan kemahiran mengawal

pembolehubah. Kajian ini hanya ditumpukan kepada 2 kemahiran proses sains

kerana kemahiran-kemahiran yang disebutkan di atas perlu dikuasai oleh pelajar dari

peringkat rendah lagi khususnya semasa mereka menjalankan eksperimen.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah:

1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia.

2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia

merentas jantina.

Page 24: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN … · dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS ... mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan

7

3. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia

merentas program pengajian.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia?

2. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia

merentas jantina?

3. Apakah tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia

merentas program pengajian?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memberi gambaran umum

tentang tahap penguasaan kemahiran proses sains terhadap kemahiran meramal dan

kemahiran mengawal pembolehubah di kalangan pelajar Pendidikan Kimia di Fakulti

Pendidikan, UTM. Diharapkan dapatan kajian yang diperolehi akan diberikan

perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak. Kepentingan kajian ini dilihat

terhadap bakal guru, pensyarah, pihak fakulti dan seterusnya penggubal kurikulum.

Dapatan kajian itu diharapkan akan dapat mengubah sikap bakal-bakal guru

yang sentiasa tidak mengambil berat terhadap kefahaman KPS mereka. Mereka