24
TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU ABD AZIZ MAHAYUDIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KPM NARC2104 24-25 JUN MELAKA 1

Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OLEHABD AZIZ MAHAYUDININSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Citation preview

Page 1: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

1

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

ABD AZIZ MAHAYUDIN INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KPM

NARC2104 24-25 JUN MELAKA

Page 2: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Pengenalan Program pendidikan guru di Malaysia khususnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pelajaran Malaysia, telah berusaha meningkatkan mutu dan kualiti hasil penyelidikan melalui Kajian Tindakan yang dijalankan di Institusi Pendidikan Guru dibawah beberapa program ijazah seperti program PISMP, PGSR dan PPG. Usaha yang sama juga telah dilakukan Institut Pendidikan Guru di semua kampus bagi melahirkan guru-guru pelatih dalam bidang penyelidikan kajian tindakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan.

Page 3: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Prosedur pelaksanaan Penyelidikan Kajian Tindakan Kajian Panduan pentaksiran penyelidikan tindakan I, (PIM3113)seperti yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM, menekankan aspek penyeragaman proses pentaksiran kertas cadangan penyelidikan tindakan program ijazah sarjana muda perguruan di Institusi Pendidikan Guru.

Spesifikasi pentaksiran kertas cadangan penyelidikan tindakan seperti dalam panduan pentaksiran penulisan kertas cadangan menekankan beberapa aspek penting :

Page 4: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1. Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur. (i)menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian (ii)menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokuskajian (iii)membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P dan (iv)membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan.

2. Fokus kajian/isu keprihatinan tinjauan dan analisis masalah. (i) mengenalpasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait

dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid. (ii) Pemilihan fokus perlu merujuk kepada kriteria kebolehtadbiran,

kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan kepada sekolah.

Page 5: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

3. Objektif kajian/soalan kajian. Pernyataan objektif kajian tindakan perlu dinyatakan dengan jelas yang mengandungi 3 perkara utama iaitu:(a) fokus, (b) tindakan dan (c) pencapaian tindakan.

4. Kumpulan sasaran. Ciri-ciri responden secara terperinci seperti bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik dan ciri-ciri unik yang lain pada kumpulan sasaran yang telah dipilih itu.

Page 6: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

5. Tindakan yang dicadangkan. (i)merancang tindakan dengan memperincikan

langkah-langkah/aktiviti tindakan P&P. (ii)merancang cara mengumpul data dengan

kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan.

(iii)merancang cara menganalisis data dengan kaedah analisis data yang tepat bagi jenis data yang dikumpul.

(iv)perancangan pelaksanaan memerlukan pelajar menyediakan tindakan jadual pelaksanaan dan kos kajian seperti carta Gantt dan anggaran kos kajian.

Page 7: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

6. Sorotan literatur. -menghubungkaitkan artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenalpasti dengan jelas. -penggunakan sedutan kata (Quotation) yang sesuai. -sumber sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan releven. -Pematuhan kepada penulisan rujukan dan bibliografi yang betul mengikut sistem APA.

Page 8: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kajian Literatur Kajian-kajian empirikal tentang kajian tindakan keatas guru graduan :Ling (2006)-guru juga berperanan dalam menjalankan dua peranan sebagai guru dan penyelidik dalam satu masa yang melibatkan isu etika profesyen. Implikasinya guru perlu melihat peranan ini secara keseluruhan yang bertujuan membantu menyelesaikan isu P&P di bilik darjah.

Zhou (2008)-guru-guru kurang memahami kajian tindakan, guru juga kurang yakin dengan pengkaji luar, guru menghadapi kekangan masa, sumber perpustakaan yang terhad, guru kekurangan bimbingan teorikal atau pengetahuan metodologi kajian dan guru juga merasai tertekan atau bosan semasa menjalankan penyelidikan.

Page 9: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kajian-kajian empirikal tentang kajian tindakan keatas guru pra graduan :Bloomfield, Taylor & Maxwell (2004), Smith & Sela (2005), dan Zambo & Zambo(2006)-kajian tindakan adalah satu pendekatan atau alat yang dapat membantu guru pra ijazah menghadapi kesukaran diperingkat awal kerjaya perguruan yang mereka ceburi. Menurut Levin dan Rock (2003)-guru guru baru dapat mengembangkan diri mereka dalam profesyen obsevasi melalui kajian tindakan yang dijalankan di sekolah. -guru guru baru akan lebih reflektif, kritikal dan analitikal tentang tingkahlaku pengajaran. - guru guru baru akan lebih memahami diri mereka sebagai guru, anak murid mereka dan peranan dan tanggungjawab sebagai guru.

Page 10: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Masalah Kajian Implikasi dari kajian kajian Levin dan Rock (2003), Bloomfield, Taylor & Maxwell (2004), Smith & Sela (2005), Ling(2006), dan Zambo & Zambo(2006), dan Zhou(2008), memaparkan:-Terdapat kekangan diantara penyesuaian guru dalam perkhidmatan untuk mejalankan kajian tindakan terhadap isu-isu pengajaran dalam bilik darjah. -Guru pra perkhidmatan lebih sukar mengharungi dalam kerjaya baru dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Page 11: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

-Permulaan kepada pelaksanaan kajian tindakan adalah persediaan. Bagaimanakah persediaan guru pelatih pra perkhidmatan dalam penulisan kertas cadangan yang lebih mementingkan pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif. Oleh itu isu ini perlu dilihat dari aspek keupayaan guru tersebut dari aspek pengetahuan dan kemahiran perancangan secara keseluruhan.- Kurangnya kajian yang melihat isu kebolehan guru pelatih pra perkhidmatan dalam kajian tempatan, maka perlunya ada satu kajian yang melihat secara lebih mendalam tentang bagaimanakah pengajaran pensyarah dalam penyediaan penulisan kertas cadangan dapat diaplikasi dengan baik dan berkesan.

Page 12: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Soalan Kajian  1. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih Pendidikan Islam dalam penulisan kertas cadangan kajian tindakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ?

Page 13: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

METODKaedahKaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kuantitatif dengan rekabentuk menggunakan tinjauan soal selidik berskala likert.

SampelPopulasi kajian adalah terdiri 90 guru pelatih Pendidikan Islam semester 7 yang sedang menjalani latihan praktikum selama 12 minggu dan melaksanakan penulisan kertas cadangan. Pemilihan sampel menggunakan rawak mudah dari populasi. Satu kajian rintis dari sampel yang tidak terlibat digunakan untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik.Proses pengumpulan data dipungut sejurus guru pelatih kembali semula ke Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Islam setelah tamat tempoh latihan praktikum.  

Page 14: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Soal Selidik Aspek pengukuran bagi soal selidik merujuk kepada 10 item atau elemen utama dalam penilaian penulisan kertas cadangan iaitu:-refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran, -fokus kajian, -objektif kajian, -persampelan, -perancangan tindakan, -perancangan pengumpulan data, -perancangan menganalisis data, -perancangan pelaksanaan tindakan,-tinjauan literatur, -kos kajian.

Page 15: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kebolehpercayaan Hasil ujian rintis dari 30 orang guru pelatih mendapati soal selidik mengukur tahap pengetahuan responden dalam penulisan kertas cadangan menunjukkan nilai alfa cronbach 0.91Analisis Data Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22. Data yang diperolehi dihurai berdasarkan kepada analisis diskriptif iaitu jumlah, tahap, kekerapan, min, dan sisihan piawai.

Page 16: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

DAPATAN KAJIAN

Item N = 50

Min Sisihan Piawai

Tahap

Menghurai Pengalaman PnP 3.80 .7559 Tinggi

Menilai Pengalaman PnP 3.84 .6809 Tinggi

Membincang Nilai & Kepercayaan terhadap PnP 3.56 .6439 Sederhana

Membincang bezantara Nilai & Kepercayaan dengan PnP 3.42 .6727 Sederhana

Mengenalpasti Pengalaman PnP 3.80 .7001 Tinggi

Mengenalpasti Relevan Murid 3.80 .6388 Tinggi

Fokus kepada kriteria Kebolehtadbiran 3.72 .6712 Tinggi

Fokus kepada kriteria Kepentingan 3.86 .6392 Tinggi

Fokus kepada kriteria Kebolehgunaan 3.88 .6272 Tinggi

Fokus kepada kriteria Kawalan 3.74 .6942 Tinggi

Fokus kepada kriteria Kolaborasi 3.78 .5066 Tinggi

Fokus kepada kriteria Kerelevanan 3.88 .5938 Tinggi

Page 17: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

DAPATAN KAJIAN

Item N = 50 Min Sisihan Piawai

Tahap

Objektif - Fokus/Tindakan & Pencapaian 3.72 .7570 TinggiSoalan Kajian menepati asas dalam Objektif 3.68 .7677 TinggiPemilihan Sampel 3.88 .7730 TinggiMemperincikan Langkah / tindakan PnP 3.78 .6788 TinggiMemperincikan Aktiviti PnP 3.78 .7637 TinggiMemilih Kaedah Mengumpul Data 3.78 .6480 TinggiMemperincikan instrumen kajian 3.38 .6966 SederhanaMenganalisis Data 3.22 .5816 SederhanaMenghuraikan cara pelaksanaan KT secara keseluruhan 3.42 .7024 SederhanaMenyediakan jadual pelaksanaan 3.92 .7239 Tinggi

Menghubungkaitkan Literatur dengan isu 3.44 .6439 SederhanaMenggunakan Sedutan kata dalam ayat 3.20 .6700 SederhanaKeseluruhan 3.68 .3943 Tinggi

Page 18: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Tahap Pengetahuan Penulisan Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Tahap Min Kekerapan (Jantina)

L P

1.00 hingga 2.33 Rendah 0 0

2.34 hingga 3.67 Sederhana 6 21

3.68 hingga 5.00 Tinggi 5 18

Jumlah (N = 50) 11 39

Page 19: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PERBINCANGANGuru pelatih Pendidikan Islam berupaya memahami cara penulisan kertas cadangan berdasarkan kepada kriteria yang baik dan berada pada tahap tinggi dengan min dari 3.68 hingga 3.92. Bagaimanapun terdapat beberapa aspek dalam penulisan kertas cadangan kajian tindakan perlu diberikan perhatian oleh guru pelatih dengan bimbingan dari pensyarah mereka yang berkelayakan. Item tentang fokus kajian atau isu keprihatinan tinjauan dan analisis masalah, item pemilihan dan penentuan instrumen kajian, item analisis data, item merancang tindakan keseluruhan kajian, item mengaitkan literatur dengan isu serta dan item penggunaan petikan perlu diberikan keutamaan dalam memantapkan lagi penulisan kertas cadangan kajian tindakan.

Page 20: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PERBINCANGAN

Aspek yang perlu dilihat 1. Bagaimanakah guru pelatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran sediaada dalam situasi amalan pengajaran dan pembelajaran sebenar semasa sesi latihan praktikum dijalankan di sekolah ?

2. Adakah mereka menghadapi kesukaran semasa sesi praktikum dan dalam masa yang sama mereka perlu menyediakan kertas cadangan kajian tindakan ?

Page 21: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PERBINCANGAN1.Penulisan kertas cadangan kajian tindakan semasa sesi latihan praktikum dapat membantu guru pelatih membuat satu pemilihan dan mengenalpasti sesuatu isu dengan lebih jelas dan mengalaminya dalam situasi sebenar semasa sesi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ini berbeza dengan bagi situasi yang hanya menggunakan penulisan kertas cadangan tanpa situasi PnP sebenar

2. Sesi latihan begini memungkinkan guru pelatih mendapat idea dan berusaha kearah memikirkan jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

3. Garis panduan penulisan kertas cadangan kajian tindakan yang telah diselaraskan oleh BPG dan IPGM telah menyediakan ruang yang sesuai kepada guru pelatih kearah memahami cara penulisan kertas cadangan kajian tindakan yang berformat dan berkualiti

Page 22: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

1. Tahap sederhana dalam item-item penulisan kertas cadangan dalam kalangan guru pelatih telah dikenalpasti dalam kajian ini dapat memberi implikasi yang berguna kepada pensyarah untuk meningkatkan fokus pengajaran yang tertentu dan khusus.

2. Mencadangkan perlunya persediaan maklumat dan cara pelaksanaan diberikan kepada guru pelatih dengan lengkap serta meneliti setiap langkah dan perancangan dalam menulis kertas cadangan menepati panduan

Page 23: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KESIMPULAN

1. Guru pelatih yang mengikuti kursus pra perkhidmatan perlu diberikan pengetahuan dan kemahiran secukupnya dalam bidang penyelidikan bilik darjah kerana kajian tindakan banyak membantu guru-guru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.2. Guru pelatih perlu menghadapi situasi yang baru dari aspek emosi kendiri, emosi terhadap murid dan aspek pengajaran merupakan tiga aspek yang perlu diberikan penekanan semasa latihan praktikum dan latihan penyelidikan 3. Pendekatan penyelidikan Tindakan memberi input mendalam dalam mengajar guru Pelatih membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah secara berkesan

Page 24: Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Penulisan Kertas Cadangan  Kajian Tindakan Di Institut Pendidikan Guru

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Rujukan

Abd Aziz Mahayudin, 2012. Pemilihan Kaedah Pengajaran Guru Pelatih Pendidikan Islam Dalam Kajian Tindakan di Institut Pendidikan Guru (IPG), Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam: Penerokaan Terhadap Kandungan Dan Kaedah, Le Grandeur Palm Resort, Senai Johor Bahru 2012.Bloomfield, D., Taylor, N. & Maxwell, T.W., 2004. Enhancing the link between university and schools through action research on teaching practicum. Journal of Vocational Education and Training, Volume 56, Number 3, 2004Buku Manual Kajian Tindakan edisi ketiga, 2008. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM Disember, 2008Levin, B. B. & Rock, T. C., 2003. The effects of collaborative action research on preservice and experienced teacher partners in professional development schools, Journal of Teacher Education, 54(2), 135–149. Ling, Shi., 2006. Students As Research Participants Or As Learners? Journal of Academic Ethics (2006) 4: 205-220Smith, K., and Sela, O., 2005. Action research as a bridge between pre-service teacher education and in-service professional development for students and teacher educators European Journal of Teacher Education Vol. 28, No. 3, October 2005, pp. 293–310Zambo, D., & Zambo, R., 2006. Action research in an undergraduate teacher education program: What promises does its hold ? Action in Teacher Education, 28(4), 62-74.Zhou, Jun; 2008. Problems Teachers Face When Doing Action Research and Finding Possible Solutions Three Cases, Chinese Education and Society, vol. 45, no. 4, July–August 2012, pp. 68–80. © 2013