15
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 95-109 (2006) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor MOHAMAD FAZLI SABRI & TEOH YONG YONG Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Keprihatinan alam sekitar, kepenggunaan hijau, produk hijau, pengguna ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Seramai 80 orang pekerja daripada syarikat Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan sistematik. Maklumat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan 'SPSS for Windows: Lebih daripada 70% responden mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi tetapi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan responden adalah sederhana. Kebanyakan responden kadangkala menggunakan produk hijau dan sumber utama mereka mendapatkan maklumat ten tang produk hijau adalah melalui surat khabar dan televisyen. Responden mempunyai persepsi yang positif terhadap produk hijau. Analisis terperinci mendapati terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau (r=0.301, p:O;O.OI). Ini bermakna semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakin tinggi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. HasH kajian ini memberi implikasi bahawa pihak kerajaan, pengguna, organisasi perniagaan, persatuan pengguna dan organisasi bukan kerajaan yang lain mempunyai tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar. ABSTRACT This research was conducted to study the level of environmental concern and practices in green consumerism among consumers in Petaling Jaya, Selangor. A total of 80 working adults at Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. were selected as respondents using systematic sampling method. Data were collected through a self-administered questionnaire. Data collected were analysed using 'SPSS for Windows'. More than 70% respondents have high level of environmental concern but moderate level of green consumerism practices. Most of the respondents use green products occasionally and their main sources of information of such products come from newspaper and television. The study also revealed that in general the consumers have positive perceptions on green products. The findings showed that there is a positive and significant relationship between the level of environmental concern and practices in green consumerism (r=0.301, p:O;O.OI). This indicates that the higher the level of environmental concern, the higher the level of practices in green consumerism among consumers. However, the findings also showed that there is considerable discrepancy between level of environmental concern and level of green consumerism practices. The implication of the study showed that coordinate effort should be taken by various agencies such as government, consumers, business organizations, consumer groups and other non- governmental organizations to enhance sustainable practices among Malaysian consumers. PENDAHULUAN Masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan udara bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Sejak dekad yang lalu, peristiwa seperti tumpahan minyak Exxon pada tahun 1990 telah memusnahkan kehidupan liar dan sebahagian

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 95-109 (2006) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan HijauPengguna di Petaling Jaya, Selangor

MOHAMAD FAZLI SABRI & TEOH YONG YONGJabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Keprihatinan alam sekitar, kepenggunaan hijau, produk hijau, pengguna

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaanhijau pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Seramai 80 orang pekerja daripada syarikat SchmidtBioMedTech Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelansistematik. Maklumat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden.Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan 'SPSS for Windows: Lebih daripada70% responden mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi tetapi tahap amalankepenggunaan hijau dalam kalangan responden adalah sederhana. Kebanyakan respondenkadangkala menggunakan produk hijau dan sumber utama mereka mendapatkan maklumattentang produk hijau adalah melalui surat khabar dan televisyen. Responden mempunyaipersepsi yang positif terhadap produk hijau. Analisis terperinci mendapati terdapat perkaitanyang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaanhijau (r=0.301, p:O;O.OI). Ini bermakna semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakintinggi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. HasH kajian ini memberiimplikasi bahawa pihak kerajaan, pengguna, organisasi perniagaan, persatuan pengguna danorganisasi bukan kerajaan yang lain mempunyai tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaanalam sekitar.

ABSTRACT

This research was conducted to study the level of environmental concern and practices in greenconsumerism among consumers in Petaling Jaya, Selangor. A total of 80 working adults atSchmidt BioMedTech Sdn. Bhd. were selected as respondents using systematic sampling method.Data were collected through a self-administered questionnaire. Data collected were analysed using'SPSS for Windows'. More than 70% respondents have high level of environmental concern butmoderate level of green consumerism practices. Most of the respondents use green productsoccasionally and their main sources of information of such products come from newspaper andtelevision. The study also revealed that in general the consumers have positive perceptions ongreen products. The findings showed that there is a positive and significant relationship betweenthe level of environmental concern and practices in green consumerism (r=0.301, p:O;O.OI). Thisindicates that the higher the level of environmental concern, the higher the level of practices ingreen consumerism among consumers. However, the findings also showed that there is considerablediscrepancy between level of environmental concern and level of green consumerism practices.The implication of the study showed that coordinate effort should be taken by various agenciessuch as government, consumers, business organizations, consumer groups and other non­governmental organizations to enhance sustainable practices among Malaysian consumers.

PENDAHULUANMasalah alam sekitar seperti pencemaran airdan udara bukanlah sesuatu yang asing bagi

kita. Sejak dekad yang lalu, peristiwa sepertitumpahan minyak Exxon pada tahun 1990 telahmemusnahkan kehidupan liar dan sebahagian

Page 2: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Mohamad FazIi Sabri & Teoh Yong Yong

pinggiran laut Alaskan. Pada tahun 1991 pula,pembakaran telaga minyak di Kuwait telahmembebaskan 200 juta tan gas karbon dioksidake atmosfera (Winchip 2003). Kemusnahan alamsekitar ini sangat berkait rapat dengan perbuatanmanusia sendiri. Pembangunan oleh manusiayang mengutamakan pertumbuhan ekonomisemata-mata telah menyebabkan penyusutansumber alam dan pencemaran.

Masalah pencemaran alam sekitar yangsemakin serius telah mengalihkan gerakanekologi daripada pinggiran dan meletakkankeprihatinan alam sekitar pada aliran utama(Ottman 1992a). Di negara barat, gerakan hijautelah menjadi salah satu isu penting dalamkalangan masyarakat sejak dekad yang lalu. Pihakpeniaga, kerajaan dan pengguna semakin sedardan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar(Martinsons et al. 1996). Perkembangankeprihatinan alam sekitar telah mula mengubahsikap dan tingkah laku manusia terhadap alamsekitar. Semakin ramai individu sedar bahawapembelian dan penggunaan mereka bolehmemberi kesan terhadap kualiti alam sekitar.

Justeru itu, suatu perubahan dalam polapembelian pengguna telah berlaku dengansemakin banyak pengguna mengalihkanpembelian mereka kepada produk yang lestariatau mesra alam dan mengenepikan produkyang boleh merosakkan alam sekitar (Morris etaL 1995). Trend baru ini telah dikenali sebagaikepenggunaan hijau (green consumerism). Ottman(1992a) telah mendefinisikan kepenggunaanhijau sebagai usaha yang dilakukan olehsekumpulan individu untuk melindungi dirimereka dan dunia melalui kuasa pembelian.Pengguna hijau akan sentiasa memastikanproduk yang dibeli tidak memudaratkan alamsekitar dalam usaha mereka untuk melindungialam ini. Walaupun amalan kepenggunaan hijautelah lama berkembang di negara barat, konsepini masih lagi asing bagi kebanyakan penggunadi negara kita. Oleh itu kajian ini akan memberifokus kepada keprihatinan alam sekitar danamalan kepenggunaan hijau dalam kalanganpengguna. Selain itu, kajian ini juga akanmemberi tumpuan kepada persepsi penggunaterhadap produk hijau (produk mesra alam).

Pembangunan ekonomi dan industri diseluruh dunia telah menghasilkan pelbagaimasalah sosial yang baru walaupun ia dapatmeningkatkan tahap kehidupan dan kemewahanmaterial penduduk dunia (Martinsons et aL

1996). Salah satu masalah sosial ini ialah keadaanalam sekitar yang semakin merosot. Sejakbeberapa dekad yang lalu, alam semula jaditelah mula mengalami beberapa perubahanseperti pencemaran air dan udara, pengurangansumber semula jadi, penipisan lapisan ozon,pengurangan kawasan paya bakau dan hutanrimba, hujan asid dan peningkatan suhu secaraglobal (Mohd Rafi et ai. 2003; Martinsons et ai.1996).

Kesan kemerosotan alam sekitar secaraglobal dapat dilihat melalui kesan rumah hijauyang semakin serius. Aktiviti manusia yangpelbagai telah meningkatkan jumlah gas rumahhijau dalam atmosfera (kebanyakannya ialahkarbon dioksida yang terhasil daripadapembakaran arang batu, minyak dan gas;bercampur 'dengan beberapa gas lain yangperatusannya kecil). Pada abad yang lalu, suhupermukaan global telah meningkat pada kadarlebih kurang 0.6°C/abad, tetapi kadarnya telahmeningkat secara dramatik kepada hampir 20°C/abad dalam masa 25 tahun yang lalu ( ationalClimatic Data Center 2002).

Sebagai sebuah negara membangun,Malaysia sedang menghadapi cabaran yang besardalam memastikan pembangunan yang lestaridan mampan. Kualiti udara di bandar, kualiti airsungai, kemusnahan kawasan hutan rimba, sisabuangan isi rumah dan sisa berbahayamerupakan beberapa contoh isu alam sekitaryang dihadapi oleh negara kita (Aini et aL 2003).Pencemaran udara terutamanya di bandar telahberlaku melalui pembakaran bahan api fosildalam proses perindustrian, pengeluaran tenagadan pengangkutan, pembersihan tanah danhutan secara pembakaran terbuka sertapembakaran sisa domestik dan industri (KualitiHidup Malaysia 2002). Punca utama pencemaranudara negara yang dikenal pasti adalahkenderaan bermotor. Dianggarkan sejumlah 2juta tan karbon monoksida, 237,000 tan nitrogenoksida, 111,000 tan hidro karbon, 38,000 tansulfur dioksida dan 17,000 tan partikulatdilepaskan ke atmosfera kerana pelepasan asapdaripada kenderaan bermotor (Laporan KualitiAlam Sekeliling 1998).

Selain pencemaran udara, perairan pantaidi negara kitajuga tercemar dengan minyak dangris yang disebabkan oleh tumpahan minyak diperairan Malaysia (Rancangan Malaysia Kelapan2001). Pada masa yang sama, air sungai jugatercemar oleh pembuangan sisa domestik dan

96 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 3: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna

industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998).Antara tahun 1995 hingga 1999, bilangan airsungai yang bersih telah berkurang daripada 48kepada 32 batang, bilangan air sungai yangsedikit tercemar meningkat daripada 53 kepada75 batang dan bilangan air sungai yang sangattercemar menurun daripada 14 kepada 13 batang(Rancangan Malaysia Kelapan 2001). Inimenunjukkan bilangan air sungai bersih dinegara kita semakin berkurangan dan masalahpencemaran air semakin serius. Masalahpencemaran ini harus diberi perhatian yangsepenuhnya kerana sungai merupakan sumberutama bagi pembekalan air untuk isi rumah(Aini dan Roslina 2002). Bekalan air yangtercemar akan memberi impak yang sangat seriusterhadap kesihatan manusia secara langsung.

Memandangkan kesan alam sekitar terhadapmanusia adalah tanpa sempadan dan kualitihidup generasi sekarang dan akan datangbergantung pada perlindungan dan penjagaanekosistem, alam sekitar kita memerlukankeprihatinan oleh seluruh dunia. Pada masayang sarna, adalah penting untuk penggunamembina rasa bertanggungjawab terhadapekosistem yang semakin tenat ini denganmembeli dan menggunakan produk yang dapatmembantu melindungi bumi kita (Winchip2003). Ini kerana masalah alam sekitar adalahberpunca daripada pola pengeluaran industri,pola penggunaan dan tingkah laku penggunasarna ada secara langsung atau tidak langsung.

Walaupun gerakan hijau di Malaysia dannegara sedang membangun yang lain sedangberkembang tetapi perkembangannya masihberada pada kadar yang lambat (Mohd Rafi etat. 2003). Sehingga kini sedikit bJian yang telahdijalankan untuk mengkaji amalankepenggunaan hijau dan persepsi penggunaterhadap produk hijau di Malaysia. Oleh itukajian ini dijalankan secara khususnya untukmencari jawapan kepada persoalan-persoalanberikut: (i) Apakah profil pengguna yangmengamalkan amalan kepenggunaan hijau?;(ii) Sejauh manakah tahap keprihatinan alamsekitar dan amalan kepenggunaan hijaudipraktiskan dalam kalangan pengguna?; dan(iii) Apakah persepsi pengguna terhadap produkhijau?

KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN

Keprihatinan ten tang alam sekitar telahberkembang sejak 1960an lagi (Straughan dan

Roberts 1999). Pada tahun 1970an, keprihatinanterhadap isu alam sekitar terus meningkatberikutan sebilangan inisiatif perundangan yangdibentuk untuk memperbaiki masalah alamsekitar. Walau bagaimanapun, pelbagai tragedidan peristiwa berkait dengan alam sekitar yangberlaku pada akhir 1980an telah menjadikan isualam sekitar sebagai tumpuan dunia sekali lagi.Salah satu peristiwa yang berlaku ialah penemuanlubang pada lapisan ozon yang melindungi bumikita (Ottman 1992b).

Di Amerika Syarikat, semakin ramai orangyang melihat masalah alam sekitar sebagaimasalah yang serius, semakin teruk danmengancam kesejahteraan manusia (Dunlap danScarce 1991). Dalam satu tinjauan yangdijalankan pada tahun 1991, lebih satu per enamorang dewasa yang ditemu bual memilih alamsekitar sebagai isu paling penting yang sedangdihadapi oleh Amerika Syarikat. Walaupunekonomi masih merupakan pilihan utama orangramai, semakin banyak individu engganmengorbankan kualiti alam sekitar untukkeadaan ekonomi yang lebih baik (Ottman1992b).

Di Malaysia, kajian-kajian awal yangdijalankan di sekitar Kuala Lumpur-PetalingJayapada tahun-tahun 1970an dan 1980an telahmenunjukkan orang ramai semakin sedar tentangkemerosotan alam sekitar tetapi mereka tidakmemberikan perhatian yang sewajarnya untukmengurangkan masalah alam sekitar. Masyarakatawam pada masa itu masih menumpukanperhatian mereka kepada masalah yang lebihmendesak bagi mereka seperti masalahperumahan, pengangguran dan kemiskinan(Abdul Samad 1990).

Satu lagi kajian awal yang dijalankan diPulau Pinang juga menunjukkan hasil kajianyang hampir sarna iaitu orang ramai didapatiIebih memen tingkan isu-isu lain sepertipendidikan, inflasi dan pengangguranberbanding isu alam sekitar (Chelliah 1983). Inisecara tidak langsung menggambarkan bahawatabap keprihatinan orang ramai terhadap alamsekitar pada ketika itu adalah rendah. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini keprihatinanmasyarakat terhadap isu alam sekitar semakinmeningkat terutama dalam kalangan penggunabandar di Malaysia dan ini disokong oleh kajianyang dilakukan oleh Md. Nor dan Suriyati diPetaling Jaya dan Kuala Lumpur pada tahun2000.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 97

Page 4: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong

Walaupun gerakan hijau di negaramembangun ketinggalan berbanding negarabarat, keprihatinan alam sekitar dalam kalanganpenduduknya semakin meningkat (Yam-Tangdan Chan 1998). Kesedaran alam sekitarmengkehendaki kita supaya sedar tentang carakehidupan yang akan memberi kesan negatifkepada alam sekitar, dan cuba mengubah sikapkepada sikap baru yang ingin mengekalkan danmenggalakkan keadaan alam sekitar yangberkualiti (Soon 1988).

Menurut Roarty (1997), "pengguna hijau"boleh ditakrifkan sebagai mereka yangmengambil berat tentang alam sekitar danberusaha untuk membeli produk yang tidakmerosakkan alam sekitar. Sikap penggunadidapati mempengaruhi mereka untukmengamalkan tingkah laku yang mementingkankeselamatan dan kesejahteraan alam sekitar.Sikap pengguna yang positif terhadap alamsekitar menyebabkan mereka lebih cenderunguntuk tidak membeli produk daripada syarikatyang mencemarkan alam sekitar dan sanggupberkorban untuk mengurangkan pencemaran.Chan dan Lau (2000) mendapati bahawakeprihatinan dan pengetahuan tentang alamsekitar (ekologi) juga mempengaruhi penggunauntuk mengamalkan tingkah laku yang mesraalam contohnya amalan membeli produk hijau.

Satu kajian tentang persepsi terhadapproduk hijau dalam kalangan pengguna telahdijalankan di pantai timur Semenanjung Malaysiaoleh Mohd Rafi et al. (2003). Kajian inimendapati kesedaran dalam kalangan penggunayang berpendidikan tinggi terhadap produkmesra alam masih berada pada tahap yangrendah. Majoriti responden juga tidak memberikeutamaan kepada produk hijau semasamembuat pembelian. Tambahan juga, majoritiresponden tidak bersedia untuk membayar lebihuntuk semua produk mesra alam tetapi hanyasanggup berbuat demikian untuk sesetengahproduk hijau. Walau bagaimanapun, secarakeseluruhannya persepsi responden terhadapkebaikan produk hijau didapati positif. Hasilkajian ini adalah selari dengan dapatan kajianoleh Syuhaily dan Ooi (2003) yang dijalankan disekitar Kuala Lumpur iaitu majoriti respondenmereka iaitu 72% menunjukkan sikap yang positifterhadap produk hijau.

Kajian-kajian lepas juga menunjukkanterdapat perkaitan antara angkubah demografipengguna dengan amalan kepenggunaan hijau

mereka. Straughan dan Roberts (1999)mendapati ciri-ciri responden iaitu umur,jantinadan pencapaian pendidikan mernpunyaiperkaitan yang signifikan dengan tingkah lakupengguna yang mesra alamo Kajian yangdijalankan oleh Laroche et al. (2001) pulamenu~ukkan faktor jantina mempengaruhikesediaan pengguna membayar lebih untukproduk hijau. Kajian ini mendapati 57%responden wanita rela membayar lebih untukproduk hijau tetapi hanya 40% lelaki sanggupberbuat demikian.

METODOLOGI

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahapkeprihatinan alam sekitar dan arnalankepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna.Reka bentuk kajian yang digunakan adalahberbentuk deskriptif. Kajian telah dijalankan disebuah syarikat swasta iaitu Syarikat SchmidtBioMedTech Sdn. Bhd. yang terletak di WismaDomain, Petaling Jaya, Selangor. Syarikat inimempunyai seramai 250 orang pekeIja yangterdiri daripada pelbagai etnik. Seramai 80 orangpekerja telah terpilih sebagai responden kajiandengan menggunakan kaedah pensarnpelansistematik berdasarkan senarai nama pekeIja yangdiperoleh daripada bahagian sumber manusia.

InstrumenInstrurnen kajian ialah menggunakan borangsoal selidik yang diisi sendiri oleh responden.Soal selidik terbahagi kepada empat bahagian.Bahagian pertama ialah latar belakang respondenmeliputi maklumat seperti umur,jantina, bangsa,pendapatan bulanan, tahap pendidikan, statusperkahwinan, bilangan anak dan saiz isi rumah.Manakala bahagian kedua pula berkaitan tahapkeprihatinan alam sekitar. Pengukuran tahapkeprihatinan diukur menggunakan skalaEnvironmental Concern yang digunakan dalamkajian Minton dan Rose (1997). Skala inimengandungi 16 item yang mengukur sikappengguna terhadap isu alam sekitar sepertipencemaran dan pemeliharaan alam sekitar.Responden diberi pilihan jawapan iaitu 4 = sangatsetuju, 3 = setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangattidak setuju. Terdapat dua item negatif dalamskala ini iaitu item 4 dan item 16. ilaikebolehpercayaan yang didapati untuk bahagianini ialah 0.74. Bahagian ketiga adalah berkaitanamalan kepenggunaan hijau. Sebanyak 20 itemyang berkaitan dengan arnalan penggunaan dan

98 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 5: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Tahap Keprihatinan A1am Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna

pembelian produk hijau dalam kalanganpengguna telah diadaptasi dan diubahsuaidaripada kajian Roberts (1996) yang dikenalisebagai skala Ecologically Conscious ConsumerBehavior (ECCB). Responden dikehendakimemilih jawapan iaitu 3 = selalu, 2 = kadang­kadang dan 1 tidak pernah. ilaikebolehpercayaan untuk bahagian ini ialah 0.85.Bahagian keempat soal selidik adalah mengenaipersepsi terhadap produk hijau. Persepsiresponden terhadap produk hijau telah diukurdengan 15 item yang telah diubah suai daripadakajian Bendixen dan Sandler (1994). Respondendiberi pilihan jawapan iaitu 4 = sangat setuju, 3= setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidaksetuju. Item-item dalam bahagian ini telahdibahagikan kepada lima subskala: produk hijauhanya untuk sementara sahaja (green products area fad) (item 4, 13, 14 dan 18), produk hijauadalah untuk kebaikan masa depan (green productsfor a better future) (item 6, 8, 10 dan 12), produkhijau memerlukan usaha yang lebih banyak (greenproducts require extra effort) (item 7, 9 dan 17),produk hijau patut mewakili nilai wang (greenproducts should represent value ofmoney) (item 5, 15dan 16) dan produk hijau membazirkan masasetiap orang (green products are a waste of time foreverybody) (item 11 dan 18). Nilaikebolehpercayaan yang didapati untuk bahagianini ialah 0.65.

Penganalisisan DataData kajian telah dianalisis dengan menggunakan'Statistical Package for the Social Science for Windows'(SPSS for Windows). Statistik deskriptif digunakanuntuk menentukan frekuensi, peratusan danpurata. Statistik inferensi pula menggunakanujian Korelasi Pearson untuk menentukanperkaitan di antara tahap keprihatinan alamsekitar dan amalan kepenggunaan hijau dalamkalangan responden.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Latar Belakang Responden]adual 1 menunjukkan maklumat latar belakangresponden. Responden k<Yian ini terdiri daripada38 orang lelaki (47.5%) dan 42 orang perempuan(52.5%). Kebanyakan responden merupakanetnik Cina (62.5%), diikuti dengan etnik Melayu(22.5%) dan etnik India (15.0%). Respondenkajian berada dalam lingkungan umur antara 19hingga 58 tahun dengan purata umur 32.4 tahun.Kebanyakan responden iaitu 45% berumur di

an tara 21 hingga 30 tahun. Hampir 60%responden masih bujang manakala 40%responden sudah berkahwin. Purata saiz isirumah responden ialah 4.7 orang. Purata iniadalah lebih tinggi daripada purata saiz isi rumahdi kawasan bandar pada tahun 2000 iaitu 4.3orang (Kualiti Hidup Malaysia 2002). Tahappendidikan responden menunjukkan hampir40% mempunyai kelulusan sehingga peringkatijazah, diikuti dengan mereka yang mempunyaikelulusan diploma (25%). Purata pendapatanbulanan responden ialah RM2482.29. Purata iniadalah lebih tinggi daripada purata pendapatanbulanan isi rumah kasar di Malaysia iaituRM2472.00 (Rancangan Malaysia Kelapan 2001).

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar]adua12 menunjukkan respons pengguna dalamkajian ini terhadap 16 item mengenai tahapkeprihatinan terhadap alam sekitar. Minkeseluruhan yang dicatatkan ialah 3.16. Inimenunjukkan bahawa majoriti respondenmempunyai tahap keprihatinan yang tinggiterhadap masalah alam sekitar dan berpendapatbahawa pihak kerajaan, pihak pengeluar,pengiklanan dan sekolah harus memainkanperanan dalam usaha melindungi alam sekitar.Item 15 mencatatkan nilai min yang tertinggiiaitu 3.44 dengan majoriti responden (97.6%)menyatakan mereka marah dan berasa kecewaapabila memikirkan cara industri mencemarkanalam sekitar. ilai min kedua tertinggi ialah3.43 iaitu untuk penyataan "kerajaan sepatutnyamemberi subsidi kepada penyelidikan dalambidang teknologi mengitar semula produkterbuang". Ini terbukti apabila majoritiresponden (95.5%) bersetuju terhadappenyataan ini.

Keprihatinan pengguna juga dapat dilihatapabila majoriti responden (93.8%) menyatakan"kita tidak berusaha secukupnya untukmelindungi sumber semula jadi yang terhad".Selain itu, responden juga didapati marah danberasa kecewa apabila mereka memikirkan kesanburuk pencemaran terhadap haiwan dantumbuhan (92.5%). Ini jelas menunjukkanbahawa responden tidak hanya mementingkandiri sendiri malah mereka turut sama merasakankesan pencemaran yang berlaku ke atas floradan fauna yang terdapat dalam sistem ekologi.Majoriti responden (91.3%) menyatakan kerajaanperlu mengeluarkan lebih banyak wang untukmenyokong program perlindungan alam sekitar.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 99

Page 6: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong

JADUAL 1Maklumat latar belakang responden (n=80)

Angkubah

JantinaLelakiPerempuan

EtnikMelayuCinaIndia

Umur<30 tahun3040 tahun> 40 tahunMin : 32.4 tahun

Status PerkahwinanBujangBerkahwinDuda/Janda

Tahap PendidikanSekolah rendahSekolah menengahSijil/diplomaIjazah/Ijazah lanjutan

Pendapatan Bulanan<RM2,000RM2,00D-RM3,000>RM3,000Min : RM2,482.29

Kekerapan

3842

185012

313712

47321

1182734

184913

Peratus (%)

47.552.5

22.562.515.0

38.846.315.0

58.840.01.3

1.322.533.842.6

22.561.316.3

Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukansahaja terhad kepada kerajaan malah ia jugamerupakan tanggungjawab semua pihaktermasuk golongan pelajar. Majoriti respondeniaitu 91.3% menyatakan mereka bersetujusekiranya kursus mengenai alam sekitar dijadikanmata pelajaran wajib di peringkat sekolah dannilai min yang dicatatkan ialah (3.28).Pendidikan awal di peringkat rendah dilihatsebagai salah satu kaedah yang dapat memupuknilai, sikap serta amalan positif mengenaitanggungjawab terhadap alam sekitar. Dapatanini disokong oleh kajian Hsu dan Roth (1996)yang mendapati tahap pendidikan mempunyaiperkaitan yang signifikan ke atas pengetahuandan sikap manusia mengenai alam sekitar. Beliaujuga berpendapat pendidikan memainkanperanan penting dalam meningkatkanpengetahuan masyarakat awam terhadap isu-isualam sekitar.

Walaupun penguatkuasaan undang-undangdan akta dilakukan oleh kerajaan, ia tidak akanberjaya sekiranya pengguna sendiri tidakmemainkan peranan dan tanggungjawab

menjaga alam sekitar. Dapatan kajianmenunjukkan responden memberikan nilai minyang tinggi iaitu 3.29 dengan majoriti bersetujubahawa pengguna wajar memberi perhatiantentang kesan produk yang dibeli terhadap alamsekitar. Menyedari pengaruh iklan ke atas tingkahlaku penggunaan dan pembelian dalam kalanganpengguna, lebih daripada 80.0% respondenmenyatakan mereka bersetuju sekiranyapengiklanan komersil diwajibkan untukmemberitahu keburukan sesuatu produkterhadap alam sekitar.

Terdapat empat item atau penyataan yangmendapat nilai min kurang daripada minkeseluruhan iaitu 3.16. Kajian mendapati 78.8%responden bersetuju agar produk yangmencemarkan alam sekitar harus dikenakancukai dan nilai min item ini ialah 3.10. ilai minbagi penyataan "membayar harga yang lebihtinggi untuk produk yang mencemarkan alamsekitar" ialah 2.74 dan peratusan responden yangtidak bersetuju dengan penyataan ini ialah 40%.Dapatan ini menunjukkan bahawa respondencenderung untuk tidak membeli produk yang

100 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 7: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna

JADUAL 2Respons terhadap kenyataan tentang keprihatinan alarn sekitar

Penyataan Tidak Setuju MinSetuju

1. Kita tidak berusaha secukupnya untuk melindungi sumber 5(6.3) 75 (93.8) 3.38semula jadi yang terhad.

2. Sumber semulajadi mesti dilindungi walaupun manusia 6 (7.5) 74 (92.5) 3.28tidak dapat sesuatu produk.

3. Susah hati kerana kerajaan tidak membantu mengawal 13 (16.3) 67 (83.8) 3.24pencemaran alarn sekitar.

4. Terlalu banyak aduan telah dibuat ten tang pencemaran 47 (58.8) 33 (41.3) 2.23udara dan air daripada keadaan yang sebenar.

5. Marah dan kecewa apabila memikirkan kesan buruk 6 (7.6) 74 (92.5) 3.34pencemaran terhadap haiwan dan tumbuhan.

6. Kerajaan patut mengeluarkan lebih banyak wang 7 (8.8) 73 (91.3) 3.31untuk menyokong program perlindungan alarn sekitar.

7. Pengguna patut memberi perhatian tentang kesan 6 (7.5) 74 (92.6) 3.29produk yang dibeli terhadap alarn sekitar.

8. Membayar harga yang lebih tinggi untuk produk yang 33 (41.3) 47 (58.8) 2.74mencemarkan alam sekitar.

9. Bekas yang tidak boleh dikitar semula patut dikenakan 32 (40.0) 48 (60.0) 2.65cukai.

10. Kerajaan patut memberi subsidi kepada penyeiidikan 4 (5.0)_ 76 (95.5) 3.43dalam teknologi mengitar semula produk terbuang.

11. Pengeiuar diwajibkan untuk menggunakan bahan kitar 10 (12.5) 70 (87.5) 3.26semula dalam operasi mereka.

12. Pengiklanan komersial diwajibkan untuk memberitahu 11 (13.8) 69 (86.3) 3.20keburukan sesuatu produk itu terhadap alam sekitar.

13. Produk yang mencemarkan alarn sekitar harus dikenakan 17 (21.3) 63 (78.8) 3.10cukai.

14. Pelajar wajib mengambil kursus berkenaan alam sekitar. 7 (8.8) 73 (91.3) 3.2815. Marah dan kecewa apabila memikirkan cara industri 2 (2.5) 78 (97.6) 3.44

mencemarkan alarn sekitar.16. Isu alarn sekitar telah diberi perhatian yang terlalu banyak 11 (13.8) 69 (86.3) 3.33

dan ia tidak berkaitan dengan saya.

Min Keseluruhan 3.16

mencemarkan alam sekitar. Sementara itu,terdapat 60% responden bersetuju bahawa bekasyang tidak boleh dikitar semula patut dikenakancukai (min=2.65). Nilai min yang terendah untukbahagian ini ialah 2.23 iaitu untuk penyataanterlalu banyak aduan telah dibuat tentangpencemaran udara dan air daripada keadaansebenar." Sebanyak 58.8% tidak bersetujudengan penyataan tersebut. lni menunjukkanbahawa terdapat banyak lagi kes berkaitanpencemaran udara dan air yang berlaku masihtidak dilaporkan atau mendapat laporan.

Rajah 1 menunjukkan taburan respondenmengikut tahap keprihatinan alam sekitar. Purataskor keprihatinan alam sekitar yang diperolehresponden ialah 50.5 sementara skor minimum

dan skor maksimum yang diperoleh respondenmasing-masing ialah 38 dan 61. Kebanyakanresponden (72.5%) mempunyai tahapkeprihatinan alam sekitar yang tinggi iaitujumlahskor mereka antara 48-64. Manakala 27.5%responden lagi mempunyai tahap keprihatinanalam sekitar yang sederhana dengan jumlah skormereka antara 32-47. Hasil kajian inimenu~ukkan tahap keprihatinan alam sekitardalam kalangan responden adalah tinggi dan iniselari dengan kajian yang dijalankan oleh Md.Nor et aL (2000) terhadap pengguna di bandarserta kajian yang dijalankan oleh Aini et at.(2003). Analisis terperinci yang dilakukanmendapati responden yang mempunyai tahapkeprihatinan tinggi terhadap alam sekitar terdiri

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 101

Page 8: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong

Sederhana

27.5%

Tinggi

72.5%

Rajah 1: Skcrr tahap keprihatinan alam sekitar pengguna

daripada responden lelaki, etnik Melayu,berumur lebih daripada 40 tahun, mempunyaipendapatan bulanan kurang daripadaRM2,000.00 dan mempunyai pendidikan tertiari.

Tahap Amalan Kepenggunaan Hijau

Amalan Pembelian Produk HijauAmalan kepenggunaan hijau akan dibincangkanberdasarkan dua dimensi iaitu amalan pembeliandan amalan penggunaan produk hijau. Nilaimin keseluruhan bagi 14 item untuk amalanpembelian produk hijau ialah 2.14. ilai mintertinggi yang dicatatkan ialah 2.68 dengankebanyakan responden (70%) menyatakanmereka selalu membeli produk yang kurangmemberi kesan buruk kepada orang lain danalam sekitar apabila diberi pilihan. Dapatan iniselari dengan kajian Md. or dan Suriyati (2000)yang mendapati kebanyakan respondenmemberikan keutamaan yang lebih kepadakenyataan yang mempunyai implikasi terhadaporang lain dan alam sekitar. Hampir dua pertigaresponden (58.8%) menyatakan mereka tidakakan membeli produk jika syarikat yangmenjualnya tidak mempunyai tanggungjawabsosial dan nilai min untuk item ini ialah 2.48.

Nilai min ketiga tertinggi yang dicatatkanialah 2.36 dengan terdapat 43.8% respondenyang menyatakan mereka tidak membeli sesuatuprodukjika mengetahui produk itu mempunyaipotensi merosakkan alam sekitar. Analisisterperinci mendapati peratus respondenperempuan lebih tinggi (44.2%) berbandingresponden lelaki (21.9%) yang menyatakanmereka tidak membeli produk yang berpotensimencemarkan alam sekitar. Dapatan kajian iniselari dengan kajian Holbert et aL (2003) yangmendapati perempuan lebih cenderung untukmempraktiskan amalan yang mesra alam (Jadual3) .

Seterusnya majoriti responden (91.2%)didapati berusaha untuk membeli produk yang

~engandungi kurang bahan pencemar. KajianJuga mendapati lebih daripada satu pertigaresponden menyatakan mereka selalunya tidakmembeli produk keperluan rumah yang~erosakkan alam sekitar. Dapatan kajian di atasJelas menunjukkan bahawa kebanyakanresponden mempunyai amalan pembelianproduk hijau.

Terdapat enam item atau penyataan yangmempunyai nilai min kurang daripada nilai minkeseluruhan. Sebanyak 27.5% respondenmenyatakan mereka tidak pemah membeli kertastandas yang diperbuat daripada kertas kitarsemula dan 21.3% pula didapiti tidak pemahmembel~ kertas tisu yang diperbuat daripadakertas kitar semula. Nilai min bagi kedua-duaitem ini ialah 1.95. Hanya sebilangan kecil sahajaresponden (21.3%) menyatakan mereka selalu~eyak.inkan ahli keluarga atau kawan supayaudak membeli produk yang merosakkan alamsekitar. Nilai min terendah untuk amalanpembelian produk hijau ialah 1.83 untuk item"Tidak membeli produk yang mempunyaipembungkusan yang berlebihan. Hanya 10%sahaja yang menyatakan mereka selalumelakukan amalan ini.

Amalan Penggunaan Produk HijauJadual 4 menunjukkan respons penggunaterhadap enam item mengenai amalanpenggunaan produk hijau. ilai min keseluruhanyang dicatatkan ialah 1.97. Terdapat dua itemyang mempunyai nilai min 2.00 dan ke atas.Nilai min tertinggi ialah 2.45 bagi item "Memilihproduk yang paling kurang menyebabkanpencemaran". Ini dapat dilihat apabila lebih~a.ripada satu perdua responden dalam kajianIlll menyatakan mereka selalunya memilihproduk yang paling kurang menyebabkanpencemaran.

.Nilai m~n kedua tertinggi ialah 2.00 denganleblh danpada dua pertiga respondenmenyatakan mereka kadangkala sahaja

102 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 9: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna

JADUAL 3Amalan pembelian produk hijau

Kenyataan Tidak Kadang- Selalu Minpernah kadang

1. Membeli kertas tandas yang diperbuat daripada 22 (27.5) 40 (50.0) 18 (22.5) 1.95kertas kitar semula.

2. Membeli kertas tisu yang diperbuat daripada 17 (21.3) 50 (62.5) 13 (16.3) 1.95kertas kitar semula.

3. Membeli produk kertas yang diperbuat 10 (12.5) 58 (72.5) 12 (15.0) 2.03daripada kertas kitar semula.

4. Meyakinkan ahli keluarga atau kawan supaya tidak 22 (27.5) 41 (51.3) 17 (21.3) 1.94membeli produk yang merosakkan alam sekitar.

5. Membeli produk yang dibungkus dalam bekas yang 12 (15.0) 38 (47.5) 30 (37.5) 2.23boleh dikitar semula.

6. Membeli produk yang boleh dikitar semula. 16 (20.0) 53 (66.3) 11 (13.8) 1.947. Tidak membeli produk yang mempunyai 22 (27.5) 50 (62.5) 8 (10.0) 1.83

pembungkusan yang berlebihan.8. Tidak membeli sesuatu produk jika mengetahui 6 (7.5) 39 (48.8) 35 (43.8) 2.36

produk itu mempunyai potensi merosakkan alam sekitar.9. Membeli sesuatu produk kerana produk itu 11 (13.8) 41 (51.3) 28 (35.0) 2.21

kurang menyebabkan pencemaran.10. Tidak membeli produk dalam bekas aerosol. 21 (26.3) 47 (58.8) 12 (15.0) 1.8911. Berusaha untuk membeli produk yang 7 (8.8) 43 (53.8) 30 (37.5) 2.29

mengandungi kurang bahan pencemar.12. Membeli produk yang kurang memberi kesan buruk kepada 2 (2.5) 22 (27.5) 56 (70.0) 2.68

orang lain dan alam sekitar apabila diberi pilihan.13. Tidak membeli sesuatu produkjika syarikat yang 9 (11.3) 24 (30.0) 47 (58.8) 2.48

menjualnya tidak mempunyai tanggungjawab sosial.27 (33.8)14. Tidak membeli produk keperluan rumah 8 (10.0) 45 (56.3) 2.24

yang merosakkan alam sekitar.

Min Keseluruhan 2.14

mengehadkan penggunaan produk yangdiperbuat daripada sumber yang terhad. Kajianmendapati terdapat 23.8% respondenmenyatakan mereka tidak pernah mengitarsemula bahan buangan isi rumah dan nilai minuntuk item tersebut ialah 1.98. Dapatan kajianini selari dengan hasil kajian Aini et ai. (2003)yang menunjukkan secara purata respondenkadangkala mengitar semula bahan buangan isirumah. Ini mungkin disebabkan tiada pusat kitarsemula yang disediakan di sekitar kawasan tempattinggal dan amalan ini memerlukan usaha dantenaga yang banyak. Contohnya, amalanmembahagikan sampah isi rumah mengikut jenismemerlukan usaha dan masa daripada pengguna.

Nilai min kedua terendah ialah 1.89 bagiitem "Menukar produk atas alasan ekologi".Hampir 28% responden menyatakan merekatidak pernah melakukan amalan tersebut. Lebihdaripada satu perdua responden menyatakanmereka tidak pernah mengurangkan pemanduan

kereta untuk menjimatkan wang dan nilai minuntuk item ini ialah 1.60.

Rajah 2 menunjukkan kebanyakanresponden (71.3%) mempunyai tahap amalankepenggunaan hijau yang sederhana. Sementaraitu, 21.3% responden mempunyai tahap amalarikepenggunaan hijau yang tinggi dan sebilangankecil responden (7.5%) mempunyai amalankepenggunaan hijau yang rendah. Nilai minkeseluruhan amalan kepenggunaan hijau ialah2.09. Dapatan kajian menunjukkan amalankepenggunaan hijau pengguna dalam kajian iniadalah sederhana dan ini selari dengan hasilkajian Aini et ai. (2003) yang menunjukkantingkah laku yang mesra alam hanya diamalkandengan sederhana oleh pengguna. Analisisterperinci menunjukkan pengguna yangmempunyai tahap amalan kepenggunaan hijauyang tinggi terdiri daripada respondenperempuan, etnik Melayu dan Cina, berumurlebih daripada 40 tahun, mempunyai pendapatan

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 103

Page 10: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong

JADUAL 4Amalan penggunaan produk hijau

Kenyataan Tidakpernah

1. Kurang memandu kereta untuk 42 (52.5)menjimatkan tenaga.

2. Mengitar semula bahan buangan 19 (23.8)isi rumah.

3. Menggunakan detergen (atau sabun) 19 (23.8)kurang fosfat untuk mencuci baju.

4. Mengehadkan penggunaan produk yang 15 (18.8)diperbuat daripada sumber yang terhad.

5. Memilih produk yang paling kurang 5 (6.3)menyebabkan pencemaran.

6. Menukar produk atas alasan ekologi. 22 (27.5)

Min Keseluruhan

Rendah7.5%

Sederhana71.3%

Kadang- Selalu Minkadang

28 (35.0) 10 (12.5) 1.60

44 (55.0) 17 (21.3) 1.98

47 (58.8) 14 (17.5) 1.94

50 (62.5) 15 (18.8) 2.00

34 (42.5) 41 (51.3) 2.45

45 (56.3) 13 (16.3) 1.89

1.97

Tinggi

21.3%

Rajah 2: Skor tahap amalan kepenggunaan hijau pengguna

bulanan melebihi RM3,000.00 dan mempunyaipendidikan tertiari.

Persepsi Pengguna Terhadap Produk HijauHasil kajian mendapati majoriti responden(91.3%) pemah menggunakan produk hijausebelum ini, tetapi hanya 20% daripada jumlahresponden selalu menggunakannya. Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir respondeniaitu hampir 10% tidak pemah menggunakanproduk hijau. Sumber utama respondenmendapat maklumat tentang produk hijau ialahsurat khabar atau majalah (41.1 %) dan televisyen(34.1%). lni selari dengan hasil kajian Benxidendan Sandler (1994) dan Mohd Rafi et at. (2003)yang menunjukkan kedua-dua media elektronikdan media cetak memainkan peranan pentingsebagai sumber maklumat utama berkenaanproduk hijau. ]adual 5 menunjukkan nilai minbagi lima subskala persepsi responden terhadapproduk hijau. Kedua-dua nilai min untuksubskala 2 (Produk hijau adalah untuk kebaikan

masa depan) dan subskala 4 (Produk hijau patutmewakili nilai wang) ialah 3. lni menunjukkansecara puratanya pengguna dalam kajian inibersetuju dengan kebaikan jangka panjangproduk hijau dan berpendapat bahawa hargaproduk hijau patut dikurangkan mengikutkemampuan orang ramai serta pengesahan harusdiberikanjika produk itu mesra alam (Jadual 5).

Sebaliknya, nilai min bagi tiga subskala yanglain iaitu subskala 1 (Produk hijau hanya untuksementara sahaja), subskala 2 (Produk hijaumemerlukan usaha yang lebih banyak) dansubskala 5 (Produk hijau membazirkan masasetiap orang) ialah 2. lni menunjukkan secarapuratanya pengguna tidak bersetuju denganpersepsi bahawa produk hijau merupakan suatuikutan oleh orang ramai untuk sementara waktusahaja dan usaha yang lebih banyak diperlukansemasa membeli dan menggunakan produkhijau. Selain itu, mereka juga tidak bersetujubahawa produk hijau tidak memberi sebarangfaedah kepada pihak penjual, pengeluar atauterhadap alam sekitar kita.

104 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 11: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna

JADUAL 5

Persepsi pengguna terhadap produk hijau

Penyataan

Subskala 1: Produk hijau hanya untuk sementara sahajai. Produk ini merupakan suatu gimik pemasaran yang bijak.ii. Membe1i produk ini merupakan suatu perbuatan yang mengikut fesyen.iii. Produk ini menjadi pilihan untuk sementara sahaja.iv. Produk ini tidak banyak membantu dalam memelihara alam sekitar.

Purata

Subskala 2: Produk hijau adalah untuk kebaikan masa depani. Membeli produk hijau akan memberi tekanan kepada syarikat supaya menjadi

lebih sedar terhadap alam sekitar.ii. Produk ini berbaloi dengan wang yang dibelanjakan demi alam sekitar.iii. Produk ini merupakan suatu pelaburan untuk generasi masa depan.iv. Produk ini membantu negara.

Purata

Subskala 3: Produk hijau memerlukan usaha yang lebih banyaki. Kualiti produk ini lebih baik berbanding produk yang tidak mesra alamoii. Penggunaan produk ini menyusahkan.iii. Produk ini telah dibe1i oleh kebanyakan pembeli.

Purata

Subskala 4: Produk hijau patut mewakili nilai wangi. Produk ini terlalu mahal jika dibandingkan dengan jenama lain yang lebih

kurang sarna.ii. Produk yang dikatakan mesra alam patut diuji kebenarannya; sekiranya benar,

produk ini patut diberi label mesra alam yang khas oleh pihak berkuasa.iii. Produk ini patut dijual pada harga yang lebih murah untuk menggalakkan

orang ramai membelinya.Purata

Subskala 5: Produk hijau membazirkan masa setiap orangi. Produk ini kurang menguntungkan bagi pihak pengeluar dan pasar raya.ii. Produk ini tidak banyak membantu dalam memelihara alam sekitar.

PurataMin Keseluruhan

Nilai min

2.682.162.142.142.28

2.952.983.243.213.10

2.861.932.452.41

2.81

3.46

3.48

3.25

2.162.142.152.71

Nota:I2

Sangat tidak setujuTidak setuju

34

SetujuSangat setuju

Perkaitan Di antara Tahap Keprihatinan AlamSekitar dan Amalan Kepenggunaan HijauPenggunaJadual 6 menunjukkan terdapat perkaitan yangpositif dan signifikan di antara tahap keprihatinanalam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau(r=0.301, p = 0.007). Ini menunjukkan semakintinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakintinggi tahap amalan kepenggunaan hijau yangdipraktiskan oleh pengguna. Pengguna yang

memberi perhatian tentang kesan produk yangdibeli terhadap alam sekitar dan menyatakanmereka marah apabila memikirkan cara industrimencemarkan alam sekitar akan selalu memilihproduk yang paling kurang memberi kesan burukkepada alam sekitar dan tidak membeli sesuatuproduk jika syarikat yang menjualnya tidakmempunyai tanggungjawab sosial. Kajian yangdijalankan oleh Minton dan Rose (1997) jugamendapati seseorang yang lebih prihatinterhadap alam sekitar akan lebih cenderung

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 105

Page 12: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong

JADUAL 6

Perkaitan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan arnalan kepenggunaan hijau

Angkubah

Tahap keprihatinan alam sekitar

Nota:. ** P $ 0.01

untuk membeli sesuatu produk yang bolehdikitar semula atau diperbuat daripada bahan­bahan kitar semula, mencari maklumat tentangproduk mesra alam dan mempraktiskan amalankitar semula.

Min keseluruhan yang dicatatkan untuk tahapkeprihatinan terhadap alam sekitar ialah 3.08.Analisis terperinci yang dilakukan mendapatiterdapat 12 penyataan atau item yang mendapatnilai min melebihi nilai min keseluruhan. Selainitu, majoriti responden didapati menyatakanpersetujuan dengan peratusan yang tinggi(>80.0%) terhadap 11 item berkaitan keprihatinanalam sekitar. Misalnya, majoriti respondenmenyatakan mereka marah dan kecewa apabilamemikirkan cara industri mencemarkan alamsekitar, kerajaan patut memberi subsidi kepadapenyelidikan dalam teknologi mengitar semulaproduk terbuang, marah dan kecewa apabilamemikirkan kesan buruk pencemaran terhadaphaiwan dan tumbuhan, pengguna patut memberiperhatian tentang kesan produk yang dibeliterhadap alam sekitar dan ini menunjukkanbahawa majoriti responden mempunyai tahapkeprihatinan yang tinggi terhadap masalah alamsekitar.

Min keseluruhan untuk amalankepenggunaan hijau ialah 2.09. Analisis terperincimendapati nilai min keseluruhan amalanpembelian (2.14) lebih tinggi berbanding amalanpenggunaan produk hijau (1.97). Secarakeseluruhan terdapat lapan item atau penyataanyang mempunyai nilai min melebihi nilai minkeseluruhan (>2.09). Lebih daripada satu perduaresponden menyatakan mereka selalu membeliproduk yang kurang memberi kesan kepadaorang lain dan alam sekitar, tidak membeliproduk jika syarikat yang menjualnya tidakmempunyai tanggungjawab sosial dan memilihproduk yang paling kurang menyebabkanpencemaran. Dapatan ini secara keseluruhanmenunjukkan bahawa responden mempunyaiamalan kepenggunaan hijau yang baik tetapi

Amalan Kepenggunaan Hijau

.301 **

dalam beberapa aspek masih perlu ditingkatkanamalan seperti mengitar semula bahan buanganisi rumah dan tidak membeli produk yangmempunyai pembungkusan berlebihan.

Berdasarkan analisis di atas dapat disimpulkanbahawa walaupun terdapat perkaitan yang positifdan signifikan di antara tahap keprihatinan alamsekitar dan amalan kepenggunaan hijau, darisegi amalan kepenggunaan hijau ia perludipertingkatkan lagi. Dapatan ini menyokongkajian-kajian lepas (Aini et at. 2003; Straughandan Roberts 1999; Yam-Tang dan Chan 1998;Martinsons et al. 1996;) yang juga mendapatikeprihatinan alam sekitar pengguna tidakditunjukkan dengan tingkah laku yang mesraalamo

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhan kajian mendapati penggunamempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yangtinggi dan mempunyai tahap amalankepenggunaan hijau yang sederhana. Kajian jugamendapati profil pengguna yang mengamalkanamalan kepenggunaan hijau kebanyakannyaterdiri daripada responden perempuan, etnikMelayu dan Cina, berumur lebih daripada 40tahun, mempunyai pendapatan bulanan melebihiRM3,000.00 dan mempunyai pendidikan tertiari.Sumber utama pengguna mendapat maklumattentang produk hijau adalah daripada mediacetak dan media elektronik. Kebanyakanpengguna tidak bersedia untuk membayar lebihuntuk semua produk hijau tetapi hanya bersediamembayar lebih untuk sesetengah produk.Analisis kajian ini mendapati secarakeseluruhannya pengguna mempunyai persepsiyang positif terhadap produk hijau. Terdapatperkaitan yang positif dan signifikan di antaratahap keprihatinan alam sekitar dan amalankepenggunaan hijau pengguna.

Walaupun tahap keprihatinan terhadap alamsekitar dalam kalangan pengguna adalah tinggi,

106 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Page 13: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna

dari segi amalan kepenggunaan masih bolehdipertingkatkan sejajar dengan kempen alamsekitar yang giat disarankan oleh KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh itu,pelbagai pihak termasuk kerajaan, pengeluar,persatuan pengguna dan organisasi bukankerajaan yang lain perlu memainkan perananuntuk meningkatkan amalan kepenggunaanhijau dalam kalangan pengguna. Dicadangkanagar kurikulum di peringkat sekolah rendahmahupun menengah pada masa hadapan perlumenerapkan pendidikan tentang alam sekitardalam sistern pendidikan. Pendidikan padaperingkat awal ini adalah amat penting untukmembentuk tingkah laku individu apabila dewasakelak. Dalam aspek ini, guru memainkanperanan penting untuk membimbing danmenggalakkan generasi muda supayamengamalkan cara hidup yang lestari atau mesraalamo

Pihak kerajaan juga perlu mempergiatkanlagi kempen untuk mendidik masyarakat umummengenai kepentingan amalan kepenggunaanhijau melalui pelbagai saluran seperti suratkhabar, televisyen, radio dan pameran. Kempensedemikian harns dipergiatkan di seluruh negarasupaya para pengguna sedar bahawa tingkahlaku pembelian dan amalan kepenggunaanmereka akan membawa impak yang besar kepadaalam sekitar. Selain kempen kitar semula yangtelah dianjurkan, pihak kerajaan juga bolehmenganjurkan kempen-kempen lain yangmemberi tumpuan kepada amalan mengurangkanpenggunaan (reduce) dan guna semula (reuse)serta pengetahuan tentang produk mesra alamo

Di samping itu, pihak kerajaan juga bolehmenggalakkan pembelian "hijau" dalam kalanganpengguna melalui perundangan. Memandangkanpengguna dalam kajian ini bersetuju bahawaproduk hijau perlu diberi pengesahan danpasaran produk hijau di negara kita belumberkembang lagi, kerajaan dan pihak berkuasayang berkenaan harns bekerjasama dengan pihakpengeluar dan peniaga untuk membentuk suatuskim pengesahan mesra alam dan garis panduanpengiklanan yang jelas. Ini akan membantumeningkatkan keyakinan pengguna terhadapproduk hijau yang diiklankan dan dengan itumenggalakkan amalan kepenggunaan hijaudalam kalangan pengguna.

Persepsi positif terhadap produk hijau dalamkalangan pengguna untuk kajian ini menunjukkan

potensi pasaran produk hijau di negara kita.Oleh itu, pihak pengeluar boleh mengeluarkanproduk hijau dengan lebih proaktif danmendidik pengguna tentang kepentingan untukmenggunakan produk hijau. Kajian ini jugamendapati kebanyakan pengguna bersedia untukmembayar lebih untuk sesetengah produk hijausahaja dan sebilangan lagi yang tidak bersedia.Oleh itu, pihak pengeluar dan peniaga perlumengenal pasti jenis produk hijau yang sanggupdibeli pengguna dengan bayaran yang lebihtinggi. Selain itu, peniaga juga perlumengurangkan harga produk hijau kepada yangmampu dibeli oleh majoriti pengguna. Dalamhal ini, pihak kerajaanjuga memainkan perananpenting dengan memberi subsidi kepadapenyelidikan dalam teknologi menghasilkanproduk hijau. Penyelidikan dan pembangunanini akan menggalakkan inovasi dalam pembuatanproduk-produk hijau yang amat kurang diMalaysia.

Di samping itu, pihak peniaga juga perlumempromosikan produk hijau dengan lebih giatmelalui media massa terutama media cetak danelektronik. Kedua-dua jenis media ini telahdikenal pasti sebagai sumber maklumat utamatentang produk hijau dalam kalangan penggunadalam kajian ini. Oleh itu, pengiklanan produkhijau melalui surat khabar atau m<yalah dantelevisyen boleh membantu menyebarkanmaklumat tentang produk ini dan ciri-eirinyakepada orang ramai dengan lebih berkesan.Pada masa yang sarna, promosi produk ini jugaboleh memberi tumpuan kepada kumpulansasaran tertentu berdasarkan profil penggunayang mengamalkan amalan kepenggunaan hijauyang telah dikenal pasti dalam kajian.

Selain itu, persatuan pengguna danorganisasi bukan kerajaan yang lain sepertipersatuan pencinta alam perlu memainkanperanan yang lebih proaktif dalam mempro­mosikan produk mesra alam dan menggalakkanamalan kepenggunaan hijau dalam kalanganpengguna. Persatuan-persatuan ini perlumendidik pengguna tentang cara-eara untukmengelakkan atau meminimumkan kesanpembelian dan penggunaan mereka terhadapalam sekitar. Persatuan-persatuan ini juga perlumendidik pengguna supaya memboikot produkyang boleh memberi kesan buruk kepada alamsekitar sarna ada semasa pemprosesan,penggunaan atau pelupusannya.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 107

Page 14: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong

RUJUKAN

ABDUL SAMAD H. 1990. Kesedaran dan tindakanmanusia terhadap kemerosotan alam sekitar:Kes Semenanjung Malaysia. DalamPembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isudan Pengurusannya, disunting oleh Sham Sanidan Abdul Samad H. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

AI I, M. S. dan M. S. ROSLINA. 2002. Householdwaste management. Malaysian Journal ofConsumer 3: 14-29.

AINI, M. S., FAKHRU'L-RAzI A., LAlLY H. P. dan M.JARIAH. 2003. Environmental concerns,knowledge and practices gap among Malaysianteachers. InternationalJournal ofSustainability inHigher Education 4(4): 305-313. Dicapai pada23 Disember 2003 dari http://miranda.emeraldinsight.com/vl=3926609/cl=14/nw=l/fm=docpdfl rpsv/cw/mcb/14676370/v4n4/sl/P305.

BENDIXEN, M. T. dan M. SANDLER. 1994. Consumerperceptions of environmentally friendlyproducts. South African Journal of BusinessManagement 25 (2): 59-65, Dicapai pada 30Disember 2003 dari http://search.epnet.com/direct.asp? an=9710161861&db=buh&site=ehost.

CHELLIAH, T. 1983. Environmental awareness inMalaysia. Alam Sekitar 9(1): 26-29.

Du LAP, R E. dan R ScARCE. 1991. Environmentalproblems and protection. Public OpinionQuarterly 55(4): 651-672.

HOLBERT, R L., N. KWAK dan D. V. SHAH. 2003.Environmental concern, patterns of televisionviewing, and pro-environmental behaviors:Integrating models of media consumption andeffects. Journal ofBroadcasting & Electronic Media,47(2), 177-197. Dicapai pada 2 Julai 2004 darihttp://search.epnet.com/direct. asp ?an=11979672&db=uJh.

KERAJAAN MALAYSIA. 1998. Laporan Kualiti AlamSekeliling 1998. Kuala Lumpur: KementerianSains, Teknologi dan Alam Sekitar.

KERAJAAN MALAYSIA. 2002. Kualiti Hidup Malaysia 2002.Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

LAROCHE, M.,]. BERGERO dan G. BARBARo-FORLEO.2001. Targeting consumers who are willing topay more for environmentally friendlyproducts. Journal of Consumer Marketing 18(6):503-520. Dicapai pada 29 Disember, 2003, dari

http://ceres.emeraldinsight. com/vl=5 76652/cl=12/f m =docpdf/nw=1/rpsv/cw/mcb/07363761/v18n6/s4/p503.

MARTINSONS, M. G., LEUNG, K.Y. ANDY dan LOHCHRISTINE. 1996. Technology transfer forsustainable development: Environmentalismand entrepreneurship in Hong Kong.International Journal of Social Economics 23(9):69-96. Dicapai pada 13Januari 2004, dari http://miranda.emeraldinsight.com/vl=2680340/cl=117/fm=docpdflnw=l/ rpsv/cw/mcb/03068293/v23n9/s6/p69.

MD. NOR O. dan M. U. SURNATI. 2000. Kesedaranterhadap alam sekitar: Kajian perbandinganantara pengguna Melayu dan Cina bandar.Malaysian Journal of Consumer and FamilyEconomics 3: 42-50.

MINTON, A. P. dan R. L. RosE. 1997. The effects ofenvironmental concern on environmentallyfriendly consumer behavior. Journal of BusinesResearch 40: 37-48.

MOHD RAF'I, Y., S. H. RAzAu dan . I. NIK ROZHAN.2003. Perceptions of educated consumers onenvironmentally friendly products in the EastCoast of Peninsular Malaysia. MalaysianJournalof Consumer and Family Economics 6: 42-49.

MORRIS, L. A., M. HAsTAK, dan M. B. MAziS. 1995.Consumer comprehension of environmentaladvertising and labelling claims. Journal ofConsumer Affair.; 29(2): 328-350.

ATIONAL CLIMATIC DATA CENTER. 2002. Dicapai pada18 Disember 2003, dari http://www.ncdc.noaa.gov/oa/ncdc.html.

OTIMAN,]. A. 1992a. Industry's response to greenconsumerism. Journal of Business Strategy 13(4):3-7.

OTIMAN,]. A. 1992b. Green Marketing: Challenges andOpportunities for the New Marketing Age.Lincolnwood, Illinois: NTC Business Books.

ROARTY, M. 1997. Greening business in a marketeconomy. European Business Review 97(5): 244­254. Dicapai pada 23 Disember 2003, darihttp://iris.emeraldinsight.com/vl=l004999/cl=109/fm=docpdflnw=1/rpsv/cw/mcb/0955534x/v97n5/s6/p244.

ROBERTS,]. A. 1996. Green consumers in the 1990s:Profile and implications for advertising. Journalof Business Research 36(3): 217-31.

108 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006

Page 15: Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan ...Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna

STRAUGHAN, R.D. dan J.A. ROBERTS. 1999.Environmental segmentation alternatives: Alook at green consumer behavior in the newmillennium. Journal of Consumer Marketing 16(6):558-575. Dicapai pada 23 Disember 2003, darihttp://juno.emeraldinsight.com/vl=11113050/cl=37/nw=1/fm=docpdf/rpsv/cw/mcb/07363761/v16n6/s3/p558.

SYUHAILY, O. dan S.Y. 001. 2003. Consumercomprehension of environmental claims andattitudes toward recycled products. MalaysianJournal of Consumer 5: 19-32.

WHEELER, W.A. 1992. The revival in reversemanufacturing. Journal ofBusiness Strategy 13(4):8-13.

WINCHIP, S.M. 2003. Green design for a healthy andsafe environment. Journal ofFamily and ConsumerSciences 95(2): 26-35. Dicapai pada 15 Januari2004, dari http://gateway.proquest.comopenurl?ctx_ ver=z3 9. 88-2003&res_id=xri:pqd&rftvaLfmt=Dri:fmt:kev:mtx:journal&genre=article&rft_id=xri:pqd:did=000000330547641& svcdat=xri:pqi1fmt=html&req_dat=xri:pqi1plJ-clntid=36652.

YAM-TANG, P. Y. ESTHER dan CHAN, Y. K. RICKY. 1998.Purchasing behaviours and perceptions ofenvironmentally harmful products. MarketingIntelligence and Planning 16(6): 356-362. Dicapaipada 20 Disember 2003, dari http://ariel. emeraldinsight. com/vl=31 01380/cl=111/nw=1/fm=docpdf/rpsv/cw/mcb/02634503/v16n6/s2/P356.

(Received: 11 January 2005)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 109