31
SYAIR DAN GURINDAM

Syair dan- gurindam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Syair dan- gurindam

SYAIR DAN

GURINDAM

Page 2: Syair dan- gurindam
Page 3: Syair dan- gurindam

ASAL USUL SYAIR• Syair dikatakan diambil daripada perkataan

“shi’r’” yang bermaksud puisi atau sajak dalam bahasa Arab

• Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi• Dalam konteks masyarakat Melayu,syair

bukanlah puisi atau sajak kerana ianya mempunyai unsur yang tersendiri

• Merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu

Page 4: Syair dan- gurindam

• Berkemungkinan berasal daripada puisi Melayu- Indonesia yang asli

• Syair Melayu dicipta oleh Hamzah Fansuri beracuankan puisi Arab- Parsi - Syed Naquib al-Attas

Page 5: Syair dan- gurindam

APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI SYAIR?

• merupakan sejenis puisi berlagu• berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke

Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.• diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu

Klasik• A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan

puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar

Page 6: Syair dan- gurindam

• telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka

• kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh

• Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Page 7: Syair dan- gurindam

• Syair disampaikan dalam bentuk rangkap

• Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus

• dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama.

• Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.

Page 8: Syair dan- gurindam

CIRI-CIRI SYAIR • terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi

sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).

• syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).

• Tergolong dalam jenis puisi kata (word verse)• bilangan perkataan dalam setiap baris adalah

sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Page 9: Syair dan- gurindam

• Memakai skema rima a-a-a-a, rima akhir tidak rima dalaman

• Dalam suatu baris ,terdapat suatu hentian (pause) kerana itu adanya kolon sepertimana dalam sebaris pantun

• setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.

• Seluruh empat baris merupakan satu kesatuan idea; ertinya tidak terbahagi dua kepada sampiran dan mkasud sepertimana seuntai pantun

Page 10: Syair dan- gurindam

• Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap- rangkap lain untuk membina suatu idea yang lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya.

• Syair perlu dilagukan untuk membentuk nyanyian

• syair mengungkapkan pengajaran dan pemberitaan

• maka lagu memberikan ciri, rasa, dinamika, asal-usul, dan kebersamaan

Page 11: Syair dan- gurindam

CONTOH- CONTOH KARYA SYAIR

• Syair BidasariSebuah syair romantis yang mengisahkan tentang Bidasari yang rupawan menjadi mangsa cemburu Permaisuri Indrapura.

• Syair surat al-qiyamahDisalin pada tahun 1306H. [1888M.]Sebuah syair berbentuk keagamaan yang menceritakan tentang keadaan hari kiamat, nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Page 12: Syair dan- gurindam

• Syair Siti ZubaidahSebuah syair bercorak romantis yang mengisahkan tentang kesetiaan, ketabahan dan keberanian seorang wanita bernama Siti Zubaidah yang telah berusaha sedaya upaya untuk menjejaki dan membebaskan suaminya yang di dalam tawanan.

• Syair Sultan Abdul MulukDisalin oleh Morset Subinder Malun Rabflis di Kampung Lebach (?), Kolombo, [Sri Lanka]. Kitab asal ditulis oleh Raja Ali Haji. Menceritakan bagaimana Sultan Abdul Muluk yang ditawan oleh Sultan Hindustan diselamatkan oleh isterinya, Siti Rafiah

Page 13: Syair dan- gurindam

• Syair Pertuanan AlifDisalin oleh Muhammad Yusuf pada hari Jumaat, bulan Rabiulakhir. Sebuah syair berbentuk keagamaan yang antara lainnya membicarakan mengenai makrifat Islam

• Syair Burung MerpatiSebuah syair yang menerangkan mengenai ilmu tauhid, merangkumi rukun iman dan amalan-amalan yang perlu dilakukan. Penerangan dilakukan melalui perbualan pelbagai jenis burung.

Page 14: Syair dan- gurindam

CONTOH SYAIR

Page 15: Syair dan- gurindam
USER
Page 16: Syair dan- gurindam

DEFINISI GURINDAM• Puisi lama yang terdiri daripada dua baris ayat atau kalimat.

• Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan.

• Dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi.

• Tiap-tiap baris terpancar suatu fikiran yang lengkap

Page 17: Syair dan- gurindam

DEFINISI ;MENURUT ZA’BA 1962,ILMU MENGARANG MELAYU.

Perkataan gurindam itu daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa difahamkan“rangkap yang telah menjadi bidalan” atau sebutan biasa pada orang ramai, ataupun,“sesuatu pepatah berangkap yang disebutkanberpadanan dengan tempatnya.

Page 18: Syair dan- gurindam

KESIMPULAN DEFINISI

Gurindam terdiri daripada dua baris ayatyang rima akhirnya sama. Dalam kedua-dua baris ayat itu tersimpul satu fikiran lengkap berupa nasihat.

• Istilah ‘gurindam’ sebagai istilah teknis : puisi dimulakan oleh Raja Ali Haji.karyanya “Gurindam Dua Belas”,1846.

Page 19: Syair dan- gurindam

BEZA SYAIR & GURINDAMMENURUT RAJA ALI HAJI :

Adalah beza antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan pula: bermula erti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang serupa dua berpasang pada akhirnya dan tiada berkehendakpada sempurna perkataan pada satu-satu pasangannya, bersalahan dengan gurindam. Adapun erti gurindam itu perkataan yang bersajak juga pada akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.

Page 20: Syair dan- gurindam

Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam :

Bermula inilah rupanya syair :Dengarkan tuan suatu rencana Mengarang di dalam gundah-gulanaBarangkali gurindam tiada kena Tuan betulkan dengan sempurna

Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini :Persimpangan yang indah-indahIaitu ilmu yang memberi faedah

Aku hendak bertuturAkan gurindam yang teratur

Page 21: Syair dan- gurindam

CIRI-CIRI GURINDAM1. Ciri-ciri bentuk Gurindam a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap. e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

Page 22: Syair dan- gurindam

CIRI-CIRI GURINDAMMENURUT ZA’BA (1962).

• Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-nyukakn hati.

• Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik.

• Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka dan terkadang perasaan bermain-main dan jenaka.

Page 23: Syair dan- gurindam

• Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan pembayang maksud.

• Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai.

Page 24: Syair dan- gurindam

JENIS GURINDAM

• Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi serangkap.

• Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat.

• Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis:i. Gurindam serangkap dua barisii. Gurindam serangkap empat baris iii. Gurindam bebas

Page 25: Syair dan- gurindam

i. Gurindam serangkap dua baris

• Berbentuk asli• Baris pertama menjadi buah fikiran kepada

buah fikiran seterusnya dalam baris kedua.• Nasihat yang baik dan indah terbentuk

daripada irama akhir sama.

Page 26: Syair dan- gurindam

• Contoh gurindam serangkap dua baris:

Apabila banyak berkata-kata,Di situlah jalan masuk dusta.

Apabila mendengar akan khabar,Menerimanya itu hendaklah sabar.

Page 27: Syair dan- gurindam

ii. Gurindam serangkap empat baris

• Empat baris kalimat atau ayat• Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak tetap.• Rima akhir seperti puisi pantun abab• Isinya tentang nasihat

Page 28: Syair dan- gurindam

• Contoh gurindam serangkap empat baris:

Tiada siapa yang besar,Tiada siapa yang tinggi,Tetap sama sedasar,Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,Mati hanya sekali,Jangan bertukar berkisar,Tetap di lapangan mengendali.

Page 29: Syair dan- gurindam

iii. Gurindam bebas

• Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad• Persamaan rima akhir tidak dipentingkan• Isinya tetap mempunyai nasihat

Page 30: Syair dan- gurindam

• Contoh gurindam bebas:

Pangkalnya sama dipupuk,Pucuknya sama digentis,Buahnya sama ditarik,Ke bukit sama didaki,Ke lurah sama dituruni,Ke laut sama direnangkan.

Page 31: Syair dan- gurindam

CONTOH GURINDAM