6
SUSUN ATUR RUANG PAMERAN Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik pameran atau galeri melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan bilik perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi galeri seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya seni selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik pameran selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi susun atur ruang bilik pameran. Kebanyakan bilik pameran atau galeri telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Contoh menyusun atur ruang pameran

Susun Atur Ruang Pameran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

susun atur ruang pameran

Citation preview

Page 1: Susun Atur Ruang Pameran

SUSUN ATUR RUANG PAMERAN

Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik pameran atau galeri

melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna

kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan bilik perlu menitikberatkan

unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Karen Haigh

(1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi galeri seni hendaklah sehingga tidak

menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.

Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya seni selain

sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan

sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik pameran selain

mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan

peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi susun

atur ruang bilik pameran. Kebanyakan bilik pameran atau galeri telah disediakan

dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.

Contoh menyusun atur ruang pameran

Page 2: Susun Atur Ruang Pameran
Page 3: Susun Atur Ruang Pameran
Page 4: Susun Atur Ruang Pameran

CARA MENGANTUNG GAMBAR DI DINDING

Menggantung gambar memerlukan ilham serta sentuhan kreatif. Elok susunan serta

indah elemen yang ditonjolkan, bukan saja mengundang perhatian tetamu, malah

apa yang dipamerkan mampu menambah nilai karya seni itu. Bagi yang mencari

teknik dan panduan menghias dinding khususnya menggantung gambar, petua

pakar hiasan dalaman, Roddie Harris boleh dicuba.

Harris berkata, perkara pertama yang perlu dibuat sebelum menggantung

gambar ialah menetapkan titik tumpu di dinding. Cara ini amat berguna bagi

sekelompok gambar, lukisan atau foto. “Susun atur paling kreatif ialah menempatkan

secara berkelompok gambar berukuran kecil untuk digabungkan dengan gambar

lebih besar dan objek beraneka saiz. Pastikan setiap gambar disusun rapat,”

katanya.

Paras ketinggian gambar yang ingin digantung terpulang kepada luas dinding

dan selera peribadi namun, untuk impak terbaik, pastikan gambar diletak separas

atau bawah sedikit dari paras mata. Sebaiknya, gambar itu disusun dalam

kedudukan lurus dan jarak tepat jika mahu ia dilihat seimbang dan harmoni. Bagi

dinding menempatkan sofa dan laci, pastikan gambar atau objek yang digantung

berjarak rapat dengan perabot itu. Selain menjamin kesan visual yang baik, gambar

yang digantung jauh dari kelengkapan berkenaan kelihatan seperti tergantung sekali

gus janggal dipandang.

Sewaktu merancang memenuhi dinding dengan gambar dan perhiasan, kenal

pasti dulu bahagian tengah dan titik pusat dinding. Seterusnya, mulakan

menggantung gambar di penjuru paling kanan dan kiri dinding sehingga mendekati

titik tengah yang ditetapkan. Michael Houghton, seorang lagi pakar hiasan dalaman

turut menyediakan teknik menggantung gambar dengan betul menerusi artikelnya di

laman web http://www.bhg.com.

Houghton berkata, ketinggian tepat gambar dan objek yang ingin digantung

mampu diagak dengan meminta bantuan individu lain memegangnya. Cara ini

membolehkan anda menilai sama ada kedudukan gambar digantung senget atau

Page 5: Susun Atur Ruang Pameran

terlalu tinggi. Selain itu, paku perekat dicadangkan Houghton bagi menstabilkan

kedudukan gambar. Namun, ini tidak digalakkan bagi dinding berhias kertas kerana

membuatkan kertas itu tercarik.

Bagi yang ingin menggantung himpunan gambar, sediakan dulu lakaran susun atur

atau rangka gaya susunan di lantai. Selain mendapatkan gambaran keseluruhan

susunan gambar, anda juga boleh menukar perancangan susun atur tanpa perlu

mencabut kembali paku dan skru yang boleh merosakkan dinding.

Page 6: Susun Atur Ruang Pameran