45
SURVEI DAN PEMETAAN TANAH PENGENALAN Tanah adalah salah satu sumber asli yang sangat penting kepada manusia. Ia telah digunakan oleh manusia sejak prasejarah dalam pengeluaran makanan dan sebagai tapak untuk mendirikan tempat kediaman.

SURVEI DAN PEMETAAN TANAH - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Lect 25-28.pdf · Pemetaan di lapangan semasa membuat perneriksaan tanah serta mengambil contoh tanah

  • Upload
    lydien

  • View
    248

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

SURVEI DAN PEMETAAN TANAH

PENGENALAN Tanah adalah salah satu sumber asli yang sangat

penting kepada manusia. Ia telah digunakan oleh manusia sejak prasejarah dalam pengeluaran makanan dan sebagai tapak untuk mendirikan tempat kediaman.

Kalau kita faham mengenai tanah dan menggunakannya dengan cara yang betul dan sempurna, ia boleh diguna secara berterusan dalam pengeluaran makanan dan bahan serat untuk kepentingan manusia.

Tetapi kalau digunakan dengan cara yang

sebaliknya, ia akan menjadi kersang, dimana ia boleh mengakibatkan pencuraian dan hakisan tanah, dan akhirnya mungkin akan terbiar.

Penebusgunaan dan pemuliharaan tanah yang demikian bukan saja -

memerlukan kos yang tinggi, tetapi memakan masa yang lama - satu faktor yang

sangat mustahak jika kita ingin melihat pertumbuhan pengeluaran makanan mengatasi pertumbuhan penduduk.

Survei tanah adalah satu daripada keperluan asas untuk memahami tanah dan seterusnya untuk pengurusan tanah.

Peta tanah bersama laporannya mengandungi maklumat yang tak temilai pentingnya dan boleh menolong kita membuat penganggaran perlakuan tanah.

Peta tanah juga berguna sebagai asas untuk membuat beberapa tafsiran tanah. Pemindahan teknologi akan lebih bermakna jika sistem pengelasan tanah, skala survei dan istilah yang digunakan adalah seragam

SKALA SURVEI TANAH Tiga skala survei tanah dijalankan di Malaysia

bergantung kepada jenis data yang diperlukan dan masa yang diperuntukkan:

1. Tinjauan 2. Separa Lengkap 3. Lengkap Walau bagaimanapun, istilah dan butir-butir

skala yang digunakan di ketiga-tiga Wilayah di Malaysia (S. Malaysia, Sabah dan Sarawak) agak berbeza (Jadual 1).

JADUAL 1 : PERBANDINGAN SKALA SURVEI TANAH DI TIGA WILAYAH MALAYSIA Jensi survei Wilayah

Jarak di antara titik pemeriksaan

Luas liputan setiap titik pemeriksaan (ha)

Skala peta asas

Skala peta tanah diterbitkan

Unit pemetaan

Tinjauan

Sabah 3 km x 3 km 900 1:50,000 1:250,000 Sekutu Famili

Sarawak 2 km x 100 m 20 1:50,000 1:100,000 1:50,000 Sekutu

Semenanjung 3.5 km x 400 m 140 1:63.360

1:25,000 1:500,000 1:253,000 Sekutu

Separa lengkap

Sabah 800 m x 100 m 64 1:10,000 1:10,000 Famili Sekutu

Sarawak 300 m x 100 m 3 1:10,000 1:10,000 1:25,000

Siri Fasa/kompleks

Semenanjung 800 m x 200 m 16 1:2,500

1:25,000 1:25,000 1:63,000

Siri Sekutu

Lengkap

Sabah 150 m x 30 m 0.45 1:5,000 1:5,000 Siri/fasa

Sarawak 30 m x 100 m 0.3 1:3,000 1:4,000

1:3,000 1:4,000 Siri/fasa

Semenanjung

200 m x 200 m (bebas) 4 1:5,000

1:10,000 1:5,000 1:10,000 Siri/fasa

Namun demikian, Paramananthan (1991) telah mencadangkan penyatuan dan penyeragaman istilah dan butir-butir skala untuk kerja survei tanah di Malaysia

(Jadual 2).

JADUAL 2 : CADANGAN SKALA "STANDARD" SURVEI TANAH DI MALAYSIA

Jenis survei Jarak di antara titik pemeriksaan

Luas liputan setiap titik pemeriksaan (ha)

Skala peta asas

Skala peta tanah diterbitkan

Tinjauan 4 km x 500 m 200 1:50,000 1:63,360

1:50,000 1:100,000 1:250,000

Separa lengkap

Tanaman pokok

800 m x 200 m 16 1:25,000

1:12,000 1:50,000 1:25,000

Padi/kontan (aluvium)

500 m x 200 m 10 1:10,000

1:12,000 1:20,000 1:25,000

Lengkap

Tanaman pokok

200 m x 200 m (bebas) 4 1:10,000 1:10,000

Padi/kontan 100 m x 100 m (bebas) 1 1:5,000 1:5,000

Survei Tanah Tinjauan Survei tanah tinjauan biasanya dijalankan

untuk menentukan pola taburan tanah di kawasan yang luas dalam masa yang singkat. Survei ini ditentukan oleh jarak 3 hingga 5 km antara rentis dan pemeriksaan tanah dilakukan pada setiap 500 m sepanjang setiap rentis. Peta geologi, topografi dan vegetasi digunakan untuk menentukan jenis dan sempadan tanah di antara, rentis. Setiap titik pemeriksaan tanah dalam survei ini mewakili -

kawasan tanah seluas 150 hingga 250 hektar. Peta asas yang digunakan berskala 1:50,000 atau 1:63,360 dan peta tanah tinjauan yang akan diterbitkan berskala 1:100,000, 1:250,000 atau 1:500,000. Unit pemetaan yang digunakan ialah komplek atau persekutuan tanah.

Antara ciri dan kegunaan survei tanah tinjauan ialah:

1. Kos yang rendah dan kawasan yang luas. 2. Berguna untuk memilih kawasan yang

berpontensi untuk tujuan tertentu yang memerlukan survei lebih lengkap.

3. Tidak boleh digunakan untuk menentukan kesesuaian pertanian.

4. Tidak boleh digunakan untuk menentukan kawasan kajian terperinci seperti penyelidikan kesuburan.

Survei Tanah Separa Lengkap Survei tanah separa lengkap biasanya

dijalankan di kawasan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk pembangunan pertanian dari Survei Tanah Tinjauan. Survei ini dijalankan dengan menggunakan rentis pada jarak 800 meter dan pemerikasaan tanah dibuat pada jarak 200 meter di sepanjang setiap rentis. Setiap titik pemeriksaan mewakili 16 hektar pada skala ini. Pada tanah di kawasan aluvium,

setiap titik pemeriksaan mewakili 10 hektar menggunakan jarak pemeriksaan 500 m x 200 m. Peta asas yang digunakan berskala 1:25,000, 1:12,500 atau 1: l 0,000. Unit pemetaan yang digunakan ialah siri tanah, fasa, varian, komplek atau persekutuan tanah.

Antara ciri dan kegunaan survei tanah separa lengkap:

1. Kos perbelanjaannya lebih tinggi daripada Survei Tanah Tinjauan.

2. Memakan masa yang lebih lama.

3 Boleh digunakan untuk rancangan pembangunan tanah terperinci.

4. Digunakan untuk menentukan kesesuaian sesuatu kawasan untuk pertanian,

5. Digunakan untuk menyediakan peta tafsiran tanah.

6. Sebagai asas memilih jenis tanah yang sesuai digunakan untuk penyelidikan kesuburan tanah,

7. Sebagai asas pemindahan teknologi.

Survei Tanah Lengkap Dijalankan untuk tujuan tertentu -Status kesuburan tanah supaya dapat

menentukan keperluan kadar baja. Ia dijalankan mengikut jarak 200 m x 200 m yang memberi satu titik pemeriksaan mewakili 4 hektar. Kawasan sawah memerlukan jarak l00 m x l00 m( satu titik pemeriksaan mewakili 1 hektar).

Unit pemetaan ialah siri, fasa atau varian.

Pemeriksaan l Survei Ad Hoc - Atas permintaan pihak tertentu seperti

agensi-agensi pembangunan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA atau pemilik tanah persendirian.

Tujuan utama untuk mengeluarkan peta kesesuaian tanah-

tanaman sebagai salah satu syarat pembangunan tanah pertanian. Skala yang digunakan adalah di antara tinjauan dan separa lengkap.

PERLAKSANAAN SURVEI TANAH Cara perlaksanaan survei tanah boleh

dibahagikan kepada tiga peringkat: Peringkat 1. Persiapan di Pejabat 1. Menandakan sempadan kawasan yang

akan disiasat berdasarkan peta topografi. 2. Menandakan sempadan kelas

rupabumi(terrain) 3. Memperolehi maklumat mengenai

kawasan yang hendak disiasat dari segi:

1. Geologi 2. Sumber hutan 3. Peta tanah tinjauan (untuk survei separa

lengkap sahaja) 4. Gambar fotoudara

Perinakat 2: Kerja Medan 1. Pemeriksaan penclahuluan untuk

mendapat maklumat mengenai kernudahan laluan/jalan, menganggar keperluan tenaga buruh dan menyedia Penunjuk Medan.

1. Merancang rangkaian rentis yang hendak digunakan dan seterusnya mernotong rentis.

2. Pemetaan di lapangan semasa membuat perneriksaan tanah serta mengambil contoh tanah.

Peringkat 3: Penyediaan Peta dan Laporan

1. Menyusun data lapangan dan memindahnya ke, lembar data

2. Menyiapkan peta dan laporan

KEGUNAAN SURVEI TANAH Semua aktiviti manusia di permukaan bumi

menggunakan tanah sebagai salah satu sumber. Maka maklumat daripada survei tanah berguna untuk:

1. kegunaan Agronomi: tanah sebagai media pertumbuhan.

2. kegunaan kejuruteraan: tanah sebagai bahan binaan atau tapak kerja kejuruteraan.

3. kegunaan simpan najis: tanah sebagai media menyimpan atau menapis sisa buangan bandar, perindustrian atau pertanian.

4. kegunaan rekreasi: tanah sebagai pendukung kawasan peranginan dan rekreasi

Survei tanah dan laporannya adalah asas untuk penggubalan sistem-sistern pengelasan keupayaan

atau kesesuaian tanah (Land Capability or Suitability Classification)

atau kesesuaian tanah tanaman atau sistem guna-tanah (Land-Use) atau Perancangan Guna Tanah (Land Use

Planning).

Peta tanah disiapkan dengan menyusun siri, fasa atau varians tanah bersama kelas-kelas terain. Peta ini mudah difahami dan dugunakan oleh seorang ahli survei tanah yang lain sebab mereka faham tentang data teknikal sebegini. Tetapi ia agak kompleks dan susah difahami oleh orang yang tidak terlatih dalam bidang ini. maka perlu ada satu prosidur yang boleh meringkas dan menyusun maklumat ini dalam kaedah yang boleh difahami dan -

diguna oleh orang lain. Usaha untuk mentafsir maklumat tanah untuk kegunaan pertanian telah dibuat di semenanjung Malaysia oleh Wong (1974) dalam

KESESUAIAN TANAH

UNTUK TANAMAN Pengkelsanan Kesesuaian Tanah untuk Tanaman.

Prinsip dan Kriteria Yang digunakan 1. Kriteria yang diguna adalah sifat tanah masakini.

Keterukan sesuatu limitasi adalah fungsi yang menghad tumbesaran tanaman

kesesuaian sesuatu tanah untuk tumbesaran tanaman adalah baik sekiranya banyak jenis tanaman yang boleh ditanam di atasnya berbanding tanah lain.

Jadi kesesuaian sesuatu tanah itu dinilai berdasarkan kepada faktor-faktor pengehad kepada tumbesaran tanaman yang dimilikinya.

Andaian dan Keterangan 1. Pengkelasan Kesesuaian Tanah untuk

tanaman adalah satu pengkelsan yang bertujuan khusus dan dikhaskan kepada tumbesaran tanaman.

2. Diandaikan bahawa pengurusan adalah di peringkat sederhana, iaitu

pemuliharaan tanah semasa digunakan penggunaan baja sebagai amalan biasa membina dan menyelenggara saliran kecil

untuk mengawal air menjalankan kerja membajak

3. Hanya faktor-faktor pengehad kepada tumbesaran tanaman yang terkini sahaja diambilkira

4. Pengkelasan kesesuaian boleh bertukar sekiranya projek-projek tebusguna yang besar (contoh : pengairan dan saliran) yang boleh mengubah sacara kekal pengehad kepada tumbesaran tanaman. Pengkelasan kesesuaian seterusnya bergantung kepada pengehad lain yang belum dibaiki atau dihapuskan oleh tebusguna tersebut.

5. Sistem ini semata-mata berasaskan kepada pengehad fizikal kerana pengehad ini lebih kekal dan payah diubahsuai.

6. Kemudahan dan jarak ke pasaran tidak mempengaruhi pengredan. Begitu juga tentang kemahiran dan sumber yang ada pada seseorang pengusaha yang boleh meningkatkan tahap pengurusan tidak diambilkira.

7. Tafsiran ini berusaha untuk menyatakan pengetahuan semas dan ia boleh berubah dengan bertambahnya pengelaman. Sebagai contoh, had sesuatu parameter boleh diubah mengikut pertambahan pengetahuan mengenai sesuatu tanaman itu.

8. Sistem ini, seperti yang sedia ada, adalah satu sistem Am Kesesuaian Tanah untuk tumbesaran tanaman. Ia boleh digunakan untuk menilai setiap individu tanaman apabila keperluan agronomi tanaman itu diperolehi.

9. Data agronomi dan lain-lain pemerhatian ke atas prestasi tanaman digunakan sebagai asas untuk mengkelas tanah itu ke dalam kelas dan subkelas kesesuaian.

Perkara yang tidak diambil kira •Bagaimana Faktor ini boleh diubahsuai atau dibaiki •Kos dan jangkamasa membaikinya •Cuaca •Banjir •Jauh atau dekat market dan tahap aksesibiliti ke market • kawasan tinggi > 20 darjah

Tahap Limitasi untuk Faktor yang mempengaruhi Tumbesaran Tanaman

Definisi kelas dan subkelas kesesuaian terhad

kepada pernyataan umum mengenai sesuatu keadaan. Secara amalannya, parameter yang terperinci diperlukan untuk memandu kita mengagih unit pemetaan kepada berbagai kelas dan subkelas kesesuaian.

Untuk tujuan ini, faktor yang menghad (Limit)

tumbesaran tanaman di Malaysia telah diagihkan kepad empat tahap pengehadan seperti berikut:

1.Limitasi ( Pengehad) sangat serius Pengehad sedemikian bukan sahaja

membantut tetapi boleh menghalang penggunaan tanah ini untuk penghasilan tanaman.

2. Limitasi (Pengehad) serius Pengehad ini tidak mudarat kepada semua

tanaman; tanaman yang lebih sensitif tidak akan mendiri dalama keadaan ini manakala tanaman lain mungkin boleh hidup. Sebagai contoh, padi dan rumbia boleh hidup dalam keadaan tanah berair.

3. Limitasi (Pengehad) serhana Ini mempengaruhi segenlintir tanaman sahaja

yang sangat sensitif kepada beberapa keadaan tanah. Kepada kebanyakan tanaman, pengehad ini boleh diatasi dengan pengurusan yang betul.

4. LIMITAsi (Pengehad) minor Ini menjejaskan tanaman tertentu sahaja;

kesannya mungkin ke atas hasil dan bukan kepada kemendirian tanaman.Parameter yang tertera di dalam Jadual 17.1 adalah berdasarkan pengetahuan semasda mengenai respons tanaman kepada tanah.

Jadual 17.1 : Faktor Pengehad dan Peringkat Pengehadannya kepada tumbesaran tanaman

SIMBOL JENIS FAKTOR

DARJAH PENGEHADAN

SANGAT SERIUS SERIUS SEDERHANA MINOR

a Kedalaman ke lapisan asid sulfat - 0 - 25 cm (0 - 10 in)

dari permukaan 25 - 50 cm (10 - 20 in) dari permukaan)

50 - 100 cm (20 -40 in) dari permukaan

c Kedalaman ke lapisan padat

0 - 25 cm (0 - 10 in) dari permukaan

25 - 50 cm (10 - 20 in) dari permukaan

50 - 75 cm (20 - 30 in) dari permukaan

75 - 100 cm (30 - 40 in) dari permukaan

D Saliran

- Lampau salir Agak lampau salir -

d - Buruk ke sangat buruk salir Tak sempurna salir Sederhana salir

E Kebolehakisan

>20o cerun untuk tanah bolehakis

12 - 20o cerun untuk tanah bolehakis

6- 12o cerun untuk tanah bolehakis

2 - 6 o cerun untuk tanah bolehakis

e >35o cerun untuk tanah takbolehakis

20 - 35o cerun untuk tanah takbolehakis

12 - 20o cerun untuk tanah takbolehakis

2 - 12o cerun untuk tanah takbolehakis

N Ketak seimbangan nutrien

Toksik oleh lampau kandungan unsur tertentu

- - -

n -

Rendah daya pegang nutrien. Ada/tiada kekurangan nutrien

Kekurangan nutrien runcing -

O Ketebalan lapisan organik >125 cm dan sifat kering tak terbalik

>125 cm dari permukaan

50 - 125 cm dari permukaan

25 - 50 cm dari permukaan

R Peratus seperihan batu ke 100 cm kedalaman

>75% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

50 - 75% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

25 - 50% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

10 - 25% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

r - - 50 - 75% dan 25 - 50 cm tanah tanpa batu

25 - 50% dan 25 - 50 cm tanah tanpa batu

S Kemasinan - Sangat masin Sederhana masin Sangat sedikit masin

T Takstur dan Struktur

- Tekstur kasar dan tanpa struktur

Tekstur kasar dan struktur lemah -

t - Tekstur halus dan tanpa struktur

Tekstur halus dan struktur lemah -

H Ganguan oleh manusia Tanah diganggu oleh pembandaran dan perlombongan

- - -

Jadual 17.1 : Faktor Pengehad dan Peringkat Pengehadannya kepada tumbesaran tanaman

SIMBOL JENIS FAKTOR

DARJAH PENGEHADAN

SANGAT SERIUS SERIUS SEDERHANA MINOR

a Kedalaman ke lapisan asid sulfat - 0 - 25 cm (0 - 10 in)

dari permukaan 25 - 50 cm (10 - 20 in) dari permukaan)

50 - 100 cm (20 -40 in) dari permukaan

c Kedalaman ke lapisan padat

0 - 25 cm (0 - 10 in) dari permukaan

25 - 50 cm (10 - 20 in) dari permukaan

50 - 75 cm (20 - 30 in) dari permukaan

75 - 100 cm (30 - 40 in) dari permukaan

D Saliran

- Lampau salir Agak lampau salir -

d - Buruk ke sangat buruk salir Tak sempurna salir Sederhana salir

E Kebolehakisan

>20o cerun untuk tanah bolehakis

12 - 20o cerun untuk tanah bolehakis

6- 12o cerun untuk tanah bolehakis

2 - 6 o cerun untuk tanah bolehakis

e >35o cerun untuk tanah takbolehakis

20 - 35o cerun untuk tanah takbolehakis

12 - 20o cerun untuk tanah takbolehakis

2 - 12o cerun untuk tanah takbolehakis

N Ketak seimbangan nutrien

Toksik oleh lampau kandungan unsur tertentu

- - -

n -

Rendah daya pegang nutrien. Ada/tiada kekurangan nutrien

Kekurangan nutrien runcing -

O Ketebalan lapisan organik >125 cm dan sifat kering tak terbalik

>125 cm dari permukaan

50 - 125 cm dari permukaan

25 - 50 cm dari permukaan

R Peratus seperihan batu ke 100 cm kedalaman

>75% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

50 - 75% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

25 - 50% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

10 - 25% dan 0 - 25 cm tanah tanpa batu

r - - 50 - 75% dan 25 - 50 cm tanah tanpa batu

25 - 50% dan 25 - 50 cm tanah tanpa batu

S Kemasinan - Sangat masin Sederhana masin Sangat sedikit masin

T Takstur dan Struktur

- Tekstur kasar dan tanpa struktur

Tekstur kasar dan struktur lemah -

t - Tekstur halus dan tanpa struktur

Tekstur halus dan struktur lemah -

H Ganguan oleh manusia Tanah diganggu oleh pembandaran dan perlombongan

- - -

Contoh: Kelas kesesuaian siri Tanah di Malaysia

Siri Rengam : 2-6 darjah cerun

2nt(G)

12-20 darjah cerun

3G(nt)

PETA KESESUAIAN TANAH