20
SURAU TAMAN SRI NIBONG Mesyuarat Agung ke 18 Ahad, 24 April 2016, 16 Rejab 1437H 8.00 pagi T INGKAT B UKIT K ECIL 4, T AMAN S RI N IBONG , P ULAU P INANG

SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

SURAU TAMAN SRI NIBONG

Mesyuarat Agung ke 18 Ahad, 24 April 2016, 16 Rejab 1437H

8.00 pagi

T I N G K A T B U K I T K E C I L 4 , T A M A N S R I N I B O N G , P U L A U P I N A N G

Page 2: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

ii

Kandungan

Bil. Perkara Halaman

1. Agenda Mesyuarat Agung ke 18

3

2. Minit Mesyuarat Agung ke 17

4

3. Laporan Setiausaha

8

4. Laporan Biro Aktiviti dan Program

9

5. Laporan Biro Pendidikan

11

6. Laporan Biro Aset dan Pembangunan

12

7. Laporan Biro Muslimah

13

8. Senarai Kehadiran Ahli JK Pengurusan

14

9. Penyata Kewangan Surau

16

10. Usul - Usul

20

Page 3: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

3

Agenda Mesyuarat Agung ke 18 Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong 2014/2016

1.0 Bacaan doa selamat.

2.0 Ucapan perasmian Mesyuarat Agung ke 18.

3.0 Ucapan dasar oleh Pengerusi JK Pengurusan Surau Taman Sri Nibong sesi 2014/2016

4.0 Mesyuarat Agung dimulakan.

5.0 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 17 Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong serta perbincangan perkara berbangkit.

6.0 Pembentangan Laporan Setiausaha dan Laporan Biro bagi tahun sesi 2015-2016.

7.0 Pembentangan dan penerimaan Penyata Kewangan bagi tempoh 1 Mei 2015 sehingga 31 Mac 2016.

8.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa Pengurusan Surau sesi 2014/2016.

9.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Surau Taman Sri Nibong sesi 2016/2018. 9.1 Pengerusi 9.2 Timbalan Pengerusi 9.3 Bendahari 9.4 Setiausaha 9.5 Penolong Setiausaha 9.6 Biro Pendidikan 9.7 Biro Pengurusan Aset dan Pembangunan 9.8 Biro Aktiviti dan Program 9.9 AJK Kawasan Lintang (2 orang) 9.10 AJK Kawasan Persiaran (2 orang) 9.11 AJK Kawasan Leboh/Melati (2 orang) 9.12 AJK Kawasan PPJ/Lavinia (2 orang) 9.13 AJK Kawasan Tingkat (2 orang) 9.14 AJK Kawasan Mawar/Melor (2 orang) 9.15 Juru Audit Dalaman 1 & Juru Audit Dalaman 2 9.16 Wakil Kampung Bukit Kecil & Wakil Pemuda

10.0 Pembentangan dan pembahasan usul-usul yang diterima sebelum 17 April 2016.

11.0 Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong sesi 2016/2018.

12.0 Majlis bersurai dan jamuan ringan.

Page 4: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

4

Minit Mesyuarat Agung ke 17 Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong 2014 – 2016

Tarikh: Ahad 31 Mei 2015 bersamaan 13 Sya’ban 1436H. Masa: 9.00 pagi. Senarai Kehadiran:

1. Dato’ Mahyuddin Bin Ramli 2. Shaik Abdullah 3. Ahmad B Che Din 4. Abd Rahni Mt Piah 5. Md Ariffin Bin Che Embee 6. Mohd ariff Mohd Noor 7. Ahmad Nasir Bin Ismail 8. Yaali Bin Kechik 9. Hj. Shafie Bin Hashim 10. Hj. Abd Halim Bin Musa 11. Abdul Muif b A. Wahab 12. Mohamed Anwar Bin Ahmad 13. Abd Rashid Bin Ismail 14. Mohd Shawal Bin Ahmad 15. Shamsul Kamal Ismail 16. Muhammad Khairul Aiman 17. Mohd Fahmi Abdul Rahim 18. Rahimat 19. Siti Nuraini Amanshah 20. Maimum Abd Rahman 21. Datin Norizan Ishak 22. Rogayah Bt Hussin 23. Rehah Abdullah 24. Nagor Bee Meerasah 25. Faridah Bt Nainar 26. Julaini Ahmad 27. Salma Bee Kamaluddin 28. Narizan Ali 29. Zaurin Binti Abu Bakar

1) Bacaan Doa a) Bacaan doa telah di sampaikan oleh Dr. Shaik Abdullah.

2) Ucapan Perasmian oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Shafie Bin Hashim

a) Ilmu agama adalah ilmu yang boleh diguna pakai sampai bila – bila. b) Sikap peribadi – jangan tutup telinga dan hati daripada mendengar semua

pandangan dan pendapat daripada mana – mana pihak. c) Kemudian menilai semua perkara yang didengari atas landasan Al Quran dan

Sunnah. d) Arus gelombang perubahan yang baik dalam pengimarahan surau ini seperti solat

berjemaah dan penglibatan kaum ibu.

Page 5: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

5

e) Kekuatan penduduk Taman Sri Nibong harus digemblengkan untuk usaha tertentu seperti dalam usaha mempercepatkan pembinaan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

f) Tindakan menyejahterakan qariah Sungai Nibong. g) Jawatankuasa perlu mewar-warkan visi Surau. h) Perubahan sangat penting kerana setiap langkah perubahan menghampiri kejayaan. i) Tenaga dan kepakaran yang dimiliki oleh ahli jemaah di Taman Sri Nibong boleh

digerakkan untuk menjadikan surau ini yang terbaik. j) Mesyuarat agong telah dirasmikan.

3) Ucapan Dasar Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong 2014 - 2016 a) Ucapan telah disampaikan oleh Yg. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mahyuddin Bin Ramli

selaku Pengerusi. b) Ucapan terima kasih di atas kehadiran ahli jemaah surau serta kepada AJK atas

kerjasama dan tanggungjawab untuk menguruskan Surau Taman Sri Nibong dan menjalankan aktiviti.

c) Mengingatkan jemaah mengenai kepentingan masa seperti yang termaktub dalam Surah Al-Asr. Kini telah melalui tempoh setahun dalam usaha mengimarahkan surau. Mengingatkan kepada semua hadirin akan tugas dan tanggungjawab semua.

d) Usaha yang dibuat bukan untuk tujuan mendapatkan pujian tetapi ikhlas kerana Allah SWT.

e) Pada mulanya terdapat sedikit kesangsian dalam usaha untuk melibatkan ahli keluarga namun sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

f) Tujuan menganjurkan aktiviti melibatkan ahli keluarga adalah untuk mengenali dengan lebih rapat keluarga dan masyarakat Islam di Taman Sri Nibong terutamanya golongan belia dan remaja.

g) Telah menyentuh mengenai cabaran yang telah dilalui. Setiap yang baik pasti ada cabarannya.

h) Kuliah dan ceramah yang dianjurkan mendapat sambutan yang baik. i) Usaha yang menjurus kepada meningkatkan hubungan kekeluargaan dan

penghayatan Islam akan diteruskan. j) Program Hari Keluarga adalah perintis kepada program yang lebih terancang. k) Antara usaha lain yang boleh dibuat adalah seperti mewujudkan kiosk perkhidmatan. l) Juga terdapat peningkatan dalam penggunaan teknologi maklumat seperti

penggunaan aplikasi ‘Whatsapp’ untuk penyebaran maklumat secara pantas. m) Aktiviti di pihak muslimah kelihatan lebih aktif seperti mengadakan lawatan –

lawatan serta menghadiri kuliah di Astro. Aktiviti – aktiviti ini dapat membantu minda dan lebih mensyukuri nikmat Allah SWT. Pihak JK Pengurusan menyokong segala usaha yang dibuat oleh biro muslimah.

n) Cadangan visi dan misi akan diteruskan.

Page 6: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

6

4) Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 16 serta perbincangan perkara berbangkit a) Minit Mesyuarat Agung ke-16 telah dibentangkan oleh Hj. Mohd Fahmi. b) Minit Mesyuarat Agung ke-16 diterima.

i) Pencadang: Tn. Hj. Ahmad Che Din ii) Penyokong: Tn. Hj. Md. Ariffin

c) Perkara berbangkit: i) Usul ‘Pembentukan Khairat Kematian Surau Taman Sri Nibong’ belum dapat

dilaksanakan. ii) Usul ‘Penyediaan tempat mandi jenazah dan peralatan – peralatan lain yang

sesuai’ in syaa Allah akan dimasukkan sekali dalam cadangan pengubahsuaian surau. Buat masa ini hanya kursus pengurusan jenazah telah dapat dianjurkan.

5) Pembentangan Laporan Setiausaha

a) Laporan Setiausaha telah dibentangkan oleh Hj. Mohd Fahmi.

6) Pembentangan Laporan Biro a) Laporan untuk Biro Program dan Aktiviti, Biro Pendidikan, serta Biro Aset dan

Pembangunan telah dibentangkan oleh Hj. Mohd Fahmi bagi pihak ketua – ketua biro.

b) Laporan Biro Muslimah telah dibentangkan oleh Ustazah Maimun Abd Rahman. i) Aktiviti – akitiviti yang telah dijalankan oleh Biro Muslimah termasuk

menganjurkan kursus pengurusan jenazah yang telah di sertai oleh 40 orang peserta, kem solat, lawatan untuk mengadiri ceramah Us. Kazim Elias, lawatan dan sumbangan ke Darul Hannan, lawatan ke TV Al Hijrah, lawatan ke Acheh dan Vietnam, jamuan di Eastin Hotel, serta lawatan ke kebun mangga harum manis di Padang besar.

c) Perkara berbangkit dari pembentangan laporan biro: i) Aktiviti yang dianjurkan oleh biro muslimah menonjol, memberi impak serta

mampu menarik penyertaan daripada muslimah dari kawasan sekitar. ii) Kelas pengajian Al Quran oleh Tn. Hj. Safar telah diberhentikan sejak awal tahun

kerana tiada peserta. Satu penghargaan akan diberikan kepada beliau. iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan

ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal pengurusan jenazah sahaja kerana

kursus yang telah dianjurkan hanya meliputi bahagian teori sahaja. v) Modul penghayatan Al-Quran sepanjang Ramadhan 1436H akan difokuskan

kepada surah Al-Baqarah. vi) Cadangan supaya kuliah fiqh ditambah dengan sesi praktikal. vii) Ikhtiarkan untuk memasang alat pendingin hawa di tingkat 2 sebelum Ramadhan

1436H. viii) Pihak biro muslimah perlu sediakan perancangan kewangan untuk tujuan

pengagihan peruntukan kepada biro muslimah.

Page 7: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

7

7) Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan a) Penyata Kewangan bagi tempoh 1 April 2014 hingga 30 April 2015 telah

dibentangkan oleh Tn. Hj. Mohamed Anwar Bin Ahmad. b) Pembentangan Penyata Kewangan diterima.

i) Pencadang: Tn. Hj. Md. Ariffin ii) Penyokong: Tn. Hj. Shafie Bin Hashim

8) Usul dan Cadangan

a) Tiada usul yang telah diterima sebelum 24 Mei 2015. 9) Ucapan Penangguhan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Surau 2014 – 2016

a) Ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pengurusan surau serta semua ahli qariah dalam usaha melaksanakan aktiviti – aktiviti surau.

b) Ucapan terima kasih dan tahniah kepada biro muslimah. c) Pesanan untuk melaksanakan tugasan dan amanah kerana Allah Taala dan sentiasa

mohon untuk mendapat keberkatan.

10) Bersurai & Jamuan Ringan. Disahkan oleh:

Nama: Prof. Dato' Ir. Dr. Mahyuddin Bin Ramli Jawatan: Pengerusi

Nama: Mohd Fahmi Bin Abdul Rahim Jawatan: Setiausaha

Page 8: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

8

Laporan Setiausaha bagi sesi 2015-2016

Akitiviti – Aktiviti Sepanjang Tahun 2015 – 2016 1) Mesyuarat AJK

a) Jawatankuasa pengurusan surau telah mengadakan mesyuarat sebanyak 9 kali sepanjang tempoh Jun 2015 hingga April 2016. Selain dari itu terdapat juga mesyuarat khas dan mesyuarat susulan dimana perbincangan khusus untuk sesuatu program surau telah dibincangkan bagi mendapat maklum balas dan tindakan yang diambil oleh AJK tertentu.

2) Takwim Surau Taman Sri Nibong

a) Satu Takwim yang mengandungi tarikh penting seperti hari – hari kebesaran Islam telah dipaparkan di papan kenyataan surau.

b) Jadual Kuliah dan Majlis Ilmu bagi tahun 1437H juga telah dipaparkan di papan kenyataan surau.

3) Laman Web Rasmi dan Whatsapp Group Surau Taman Sri Nibong

a) Maklumat terkini serta hebahan mengenai program yang dianjurkan telah dimuat naik ke Laman web dan laman facebook surau taman sri nibong. Selain daripada itu, Whatsapp group surau telah digunakan sebagai medium hebahan dan perhubungan dengan para jemaah.

4) Pelancaran Pelan Takaful Berkelompok untuk Tabung Khairat Kematian di Surau

Taman Sri Nibong a) Pelan takaful berkelompok untuk tabung khairat kematian di surau ini telah

dilancarkan. Pengurusan takaful dibuat dengan Takaful Malaysia Sdn. Bhd.

Page 9: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

9

Laporan Biro Program dan Aktiviti

Akitiviti – Aktiviti Sepanjang Tahun 2015 – 2016 1) Program Ihya Ramadhan 1436H

a) Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan 1436H adalah seperti Program tazkirah bagi persiapan menyambut Ramadhan, Majlis Gotong Royong sebelum Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Kuliah Subuh serta Moreh kawasan dan individu/berkumpulan.

b) Pihak surau juga telah membuat rayuan sumbangan kewangan daripada penduduk Taman Sri Nibong bagi menampung perbelanjaan akitiviti sepanjang bulan Ramadhan, sumbangan kepada fakir miskin dan perbelanjaan pengurusan aktiviti-aktiviti surau sepanjang tahun berikutnya. Inisiatif menyediakan saluran sumbangan secara atas talian telah diteruskan. Langkah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

c) Jadual Moreh dan Aktiviti Ramadhan telah disediakan sebagai makluman kepada para jemaah mengenai tarikh Moreh tajaan kawasan dan tajaan individu/kumpulan serta tarikh aktiviti sepanjang Ramadhan. Melalui jadual ini, para jemaah boleh memilih dan menetapkan hari untuk menaja moreh secara individu atau berkumpulan. Alhamdulillah sambutan dari para jemaah yang menaja moreh secara individu atau berkumpulan amat menggalakkan.

2) Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H

a) Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan pada 1 Syawal 1436H dengan mendirikan Solat Sunat Aidilfitri serta mengadakan Jamuan Hari Raya.

b) Alhamdulillah majlis – majlis sambutan ini telah dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk di taman ini.

3) Sambutan Hari Raya Aidiladha 1436H

a) Surau telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1436H dengan menganjurkan Solat Aidiladha dan ibadah korban. Ibadah korban serta jamuan tengah hari juga diadakan di surau dan mendapat sambutan yang membanggakan.

b) Kerjasama dan ukhuwah yang erat dapat dipupuk melalui aktiviti korban, penyediaan jamuan dan jamuan tengah hari. Di harapkan kehadiran dan kerjasama yang terpupuk ini dapat diteruskan pada masa masa akan datang.

4) Aktiviti-Aktiviti Sambutan Maal Hijrah 1437H

a) Sambutan Maal Hijrah 1436H telah di anjurkan pada 29 Zulhijjah 1435H (13 Oktober 2015). Aktiviti sambutan termasuk membaca surah Yasin dan tahlil sebelum maghrib, Doa akhir dan awal tahun serta ceramah Maal Hijrah.

5) Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H

a) Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada 12 Rabiul Awal 1437H (23 Dis 2015) dengan mengadakan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Alrizuady Abdul Rahman.

Page 10: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

10

6) Program Hari Keluarga Surau Taman Sri Nibong 2016 telah dibatalkan a) Program hari keluarga 2016 telah dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan yang

menggalakkan.

7) Program Kesedaran Pengurusan Harta Pusaka dan Wasiat dalam Islam a) Satu program kesedaran pengurusan harta pusaka dan wasiat dalam Islam telah

diadakan pada 23 April 2016. Program ini telah disampaikan oleh En. Khairil.

Page 11: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

11

Laporan Biro Pendidikan

Akitiviti – Aktiviti Sepanjang Tahun 2015 – 2016

1) Majlis Ilmu Mingguan dan Bulanan a) Majlis Kuliah mingguan dan bulanan telah dianjurkan seperti di bawah:

i) Kuliah Tafsir oleh Ustaz Yusof, setiap minggu hari Rabu malam Khamis dan hari Khamis malam Jumaat.

ii) Kuliah Sirah Nabawiyah oleh Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin, setiap hari Jumaat malam Sabtu, minggu pertama dan kedua.

iii) Kuliah Kitab Al-Hikam oleh Ustaz Wan Hizam Abdullah Sabil, setiap bulan pada hari Ahad malam Isnin minggu ke empat.

iv) Kuliah Fiqh oleh Ustaz Faizal, pada setiap hari Isnin minggu ke dua dan ke empat. v) Kuliah Penghayatan solat oleh Ustaz Zayd Zhari Al Hafiz pada setiap hari Sabtu

minggu kedua. Kuliah ini telah ditamatkan kerana kesibukan masa di pihak Ustaz. vi) Kuliah Hadis oleh Ustaz Alrizuady Abdul Rahman pada setiap hari Jumaat minggu

ke tiga. Kuliah ini telah menggantikan kuliah penghayatan solat. vii) Kuliah bagi pihak muslimah pada setiap hari Sabtu minggu pertama.

2) Modul Penghayatan Al Quran Sepanjang Ramadhan 1436H

a) Modul penghayatan Al Quran telah dibuat sepanjang bulan Ramadhan. Modul ini menekankan kepada 3 elemen utama iaitu kelebihan, isi penting dan pengajaran utama yang terdapat pada setiap surah yang dipilih.

b) Fokus dalam bulan Ramadhan 1436H adalah pengajaran dari Surah Al Baqarah.

Page 12: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

12

Laporan Biro Aset dan Pembangunan

Akitiviti – Aktiviti Sepanjang Tahun 2015 – 2016

1) Pemasangan khemah/kanopi di bahagian muslimah

2) Cadangan Pengubahsuaian dan Penambahbaikan a) Permohonan sebanyak RM 150 ribu telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Pulau

Pinang untuk penambahbaikan infrastruktur surau seperti pembinaan balai lintang untuk muslimah, baik pulih tandas, pemasangan siling dibawah kubah dan lain – lain.

3) Penyelenggaraan dan Baik Pulih Infrastruktur Surau

a) Penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur surau telah dibuat dari masa ke semasa.

4) Ucapan Penghargaan a) Pihak JK Pengurusan Surau Taman Sri Nibong ingin mengucapkan terima kasih

kepada individu – individu dan organisasi – organisasi yang telah memberi sumbangan bagi penambahbaikan infrastruktur surau seperti sumbangan untuk penukaran karpet dan lain – lain lagi. Semoga sumbangan ini dapat menambah lagi keselesaan jemaah mengimarahkan surau ini. Pihak pengurusan surau juga mengalu – alukan sumbangan dari jemaah pada masa akan datang.

Page 13: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

13

Laporan Biro Muslimah

Akitiviti – Aktiviti Sepanjang Tahun 2015 – 2016 1) Mesyuarat Bulanan.

a) Mesyuarat bulanan telah dibuat sebanyak 14 kali sepanjang tempoh Januari 2015 hingga April 2016.

2) Kuliah Bulanan.

3) Lawatan ke Vietnam.

4) Lawatan ke ladang mempelam dan Padang Besar, Perlis.

5) Moreh Ramadhan.

6) Lawatan ke rumah anak yatim Pertubuhan Permata Mahabbah, Permatang Pauh. a) Sumbangan wang, makanan dan lain – lain telah disampaikan sempena bulan

Ramadhan.

7) Tadarus Al-Quran. a) Tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan untuk muslimah telah dibuat selepas solat

sunat witir dan selepas solat subuh.

8) Lawatan ke Kelantan dan Terengganu. a) Sumbangan wang untuk Pondok Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan telah

disampaikan.

9) Menyediakan masakan sempena ibadah korban.

10) Masakan bubur asyura.

11) Lawatan ke Kuala Lumpur menaiki tren E.T.S.

12) Jamuan Tahunan. a) Jamuan tahunan telah dibuat di Hotel Olive Tree, Bayan Baru.

13) Menyampaikan sumbangan untuk SMKA Ibrah Permatang Pauh, Seberang Prai.

14) Menyampaikan sumbangan untuk Sekolah Agama Assidiqqiah di Naka, Kedah.

15) Ziarah ke rumah Hajah Norizan di Bandar Cassia Batu Kawan dan bacaan Surah Yasiin.

16) Demonstrasi masakan. a) Demonstrasi masakan nasi beriani ayam dan rendang daging oleh Hajah Rahimat

Begam telah diadakan.

17) Lawatan ke Pulau Langkawi.

Page 14: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

14

KEHADIRAN MESYUARAT JK PENGURUSAN SESI 2015 - 2016

SURAU TAMAN SRI NIBONG

Bil Mesyuarat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jumlah

Bil Nama / Tarikh 16/6/15 4/8/15 8/9/15 5/10/15 8/11/15 21/12/15 18/1/16 22/2/16 2/4/16 Kehadiran

1 Dato' Prof. Ir. Dr. Mahyuddin Bin Ramli 9

2 Dr. Shaik Abdullah Bin Hassan Mydin x x x x x x x 2

3 Hj. Mohamed Anwar Bin Ahmad x 8

4 Hj. Mohd Fahmi Bin Abdul Rahim 9

5 En. Abdul Muif Bin Abdul Wahab x x x x x x x 2

6 Hj. Bukhari Bin Mansor x x x x x x 3

7 Hj. Abdul Rahim Bin Abdul Razak x x x 6

8 Hj. Abdul Kuthoose Majid x x x x 5

9 En. Elias Mohamad x x x 6

10 Prof. Madya Hj. Muhammad Rafie Bin Hj. Mohd Arshad x x x x 5

Page 15: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

15

Bil Mesyuarat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jumlah Kehadiran Bil Nama / Tarikh 16/6/15 4/8/15 8/9/15 5/10/15 8/11/15 21/12/15 18/1/16 22/2/16 2/4/16

11 Hj. Ahmad Nasir Bin Ismail x x 7

12 Hj. Shamsul Kamal Bin Ismail x 8

13 En. Subeli Zali x x x 6

14 En. Azuan Bin Rusly x x x x x x 3

15 En. Mohd Maidin Bin Mohd Yusoff x x x x x x x x x 0

16 Hj. Md. Ariffin Bin Che Embee x x x x x x x 2

17 Hj. Ahmad Bin Che Din x 8

18 En. Shawal Bin Hj. Ahmad x x x x 5

19 En. Abdul Latif Bin Idris x x x x x x x x x 0

20 Hj. Abd Halim Bin Musa x 8

Hadir 11 12 12 13 13 14 11 8 8

Tidak Hadir 9 8 7 7 7 6 9 12 16

Page 16: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

16

Surau Taman Sri Nibong Penyata Akaun Dari 1 Mei 2015 Hingga 31 Mac 2016

NOTA RM

Baki dalam tangan pada 1.5.2015 72.90 Baki di bank pada 1.5.2015 16,618.28

16,691.18 PENDAPATAN Sumbangan individu 15,560.00

Sumbangan AJK untuk jamuan selepas kuliah 3,220.00

Tabung surau 10,775.00

Tabung bergerak solat Aidilfitri 1,400.00

Tabung bergerak solat AidilAdha 1,050.00

Sumbangan utk.pengubahsuaian & kemudahan surau 20,250.00

Fakir miskin & zakat 2,200.00

Dana pengurusan surau 5,290.00

Sumbangan Dato Mahyuddin-replika surah Assajadah 500.00

Baki korban 1,132.00

Aktiviti Ramadhan 11,190.00

Hibah bank 70.83

Sumbangan utk. Pasang khemah 2,014.00

91,343.01

PERBELANJAAN Upah bersih surau 4,400.00

Perbelanjaan Hari Keluarga 2015 1 4,000.20

Jamuan-jamuan 2 23,707.00

Kuliah Ust. Yusof 4,350.00

Kuliah Ust.Faiezal 1,800.00

Kuliah Ust. Wan Hizam 1,800.00

Kuliah Ust. Zayd 360.00

Kuliah Muslimah 900.00

Saguhati Imam Terawih ( 2 orang) 3,000.00

Saguhati Bilal Terawih 500.00

Pembaikan dan penyelenggaraan 3 1,885.00

Kuliah Subuh Ramadhan 400.00

Pinggan,camca,garpu dan cawan plastik 221.00

Fakir miskin 2,200.00

Cenderahati peserta tadarus AlQuran 600.00

Bil elektrik 1,316.51

Saguhati penceramah Israk Mikraj 600.00

Beli kereta sorong,cangkul,plastik hamparan & beg plastik 196.00

Bayaran bank 14.39

52,250.10

Page 17: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

17

NOTA RM

Jumlah dari muka sebelah 52,250.10

Imam solat sunat AidilAdha 200.00

Imam solat sunat Aidilfitri 200.00

Juadah buka puasa 172.00

Permit sembelih lembu 106.00

Sewa air-cooler 460.00

Pasang khemah 2,014.00

Jumlah perbelanjaan 55,402.10

Baki dalam tangan pada 31.03.2016 84.19

Baki di bank pada 31.03.2016 35,856.72

91,343.01

Disediakan oleh:

(MOHAMED ANWAR BIN AHMAD)

Bendahari SURAU TAMAN SRI NIBONG

Disahkan bahawa akaun telah diaudit dan disahkan betul.

(TN. HJ. YAALI BIN KECHIK) Juruaudit

(PROF. DR. ABD RAHNI BIN MAT PIAH) Juruaudit

Page 18: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

18

NOTA 1: Perbelanjaan Hari Keluarga 2015

Perkara RM

Jamuan 2,000.00 Sewa alat siaraya 120.00 Persembahan Qasidah 450.00 Hadiah pertandingan Azan 240.00 Sewa khemah 650.00 Air mineral,ais dan sirap 91.20 Pinggan,camca,garpu 137.00 Hadiah kuiz (Dewasa) 312.00

4,000.20

NOTA 2: Jamuan-Jamuan

Perkara RM

Jamuan selepas kuliah 17,595.00 Ceramah Israk Mikraj 260.00 Jamuan untuk sahur (Qiyamullail) 600.00 Mesyuarat Agong surau 300.00 Hari Raya Aidilfitri 2,139.00 Hari Raya AidilAdha 1,800.00 Ceramah Maulidur Rasul 350.00 Bahan masakan korban,gas,kordial dan ais 663.00

23,707.00

NOTA 3: Pembaikan & penyelenggaraan

Perkara RM

Baiki sliding door 350.00 Baiki dan ganti pintu tandas serta baiki pintu kabinet 850.00 Pasang kipas angin,lampu dan baiki suis 505.00 Ganti ELCB 180.00

1,885.00

Page 19: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

19

Page 20: SURAU TAMAN SRI NIBONG · iii) Cadangan untuk menjemput Dr. Hamzah (pakar jantung) untuk menyampaikan ceramah berkaitan sains dan Al-Quran. iv) Cadangan untuk menganjurkan praktikal

20

Usul – Usul Tiada usul – usul yang telah diterima sebelum 17 April 2016.