2

Click here to load reader

Surat Jemputan ke Majlis Konvokesyen ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia Tahun 2010

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA (MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASE INDUSTRY MALAYSIA) ARAS 3, WISMA TANI (BLOK MENARA) NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 62624 PUTRAJAYA, MALAYSIATel: 03-88701700/ 1672/1703 Fax: 03-88701699 E-mail: natc@ moa.gov.myhttp://agrolink.moa.myRuj. kami : KP/NATC/307/11 Jld 4( 66 ) Tarikh Semua Graduan Majlis Konvokesyen ke 5 Kolej Pertanian Malaysia Tuan/ Puan, JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE 5 KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA TAHUN 2010 Deng

Citation preview

Page 1: Surat Jemputan ke Majlis Konvokesyen ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia Tahun 2010

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

(MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASE INDUSTRY MALAYSIA)

ARAS 3, WISMA TANI (BLOK MENARA)

NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4

62624 PUTRAJAYA, MALAYSIA

Tel: 03-88701700/ 1672/1703 Fax: 03-88701699 E-mail: natc@ moa.gov.my http://agrolink.moa.my

Ruj. kami : KP/NATC/307/11 Jld 4( 66 )

Tarikh : 6 Disember 2010

Semua Graduan Majlis Konvokesyen ke 5

Kolej Pertanian Malaysia

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE 5 KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) ingin mengucapkan setinggi-

tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menerima Sijil, Diploma dan Diploma

Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam Majlis Konvokesyen pada tahun ini.

Kesempatan ini juga pihak NATC ingin memohon maaf di atas penangguhan

Majlis Konvokesyen ke 5 yang dijadualkan pada 7 November 2010 yang lalu

disebabkan oleh banjir di Negeri Kedah bagi memastikan keselamatan semua

pihak adalah terjamin.

3. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis

Konvokesyen tersebut akan diadakan pada 21 Disember 2010 ( Selasa ) jam 8.00

pagi bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah Darul Aman dan akan

disempurnakan oleh Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

4. Pihak kami berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan kehadiran

tuan/puan dalam Majis Konvokesyen ini yang diadakan khusus untuk

mengiktirafkan pencapaian tuan/puan dalam latihan kemahiran bidang

pertanian. Ibu/bapa dan tetamu jemputan juga diminta membawa bersama-

sama kad jemputan yang telah diedarkan sebelum ini.

Page 2: Surat Jemputan ke Majlis Konvokesyen ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia Tahun 2010

5. Bersama ini disertakan Slip Jawapan Kehadiran, Aturcara Majlis serta

Peraturan Am Majlis untuk tindakan tuan/puan selanjutnya. Sila lengkap dan

kembalikan/faks slip jawapan yang tersebut sebelum atau pada 16

Disember 2010. Sebarang kemusykilan dan pengesahan kehadiran ini, sila hubungi

urusetia konvokesyen ( Pn. Wahiddawati - 03-8870 1674, Pn. Siti Maimunah - 8870

1693 dan Pn. Rozimah - 8870 1675). Adalah diharapkan dengan kehadiran

tuan/puan akan memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen ini.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DR. MUHAMAD SOPIAN B. JOHAR)

Pengarah

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan

b.p. Ketua Setiausaha

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Putrajaya