Sungai Negara Ini Mengalami Banyak Pencemaran

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/24/2019 Sungai Negara Ini Mengalami Banyak Pencemaran

    1/1

    Sungai negara ini mengalami banyak pencemaran.

    Jelaskan cara-cara mengatasinya.

    Sungai dilihat sebagai satu sumber air yang penting di negara ini. Antara sungai

    yang dilihat sebagai sungai utama negara ini meliputi Sungai Pahang, Sungai

    Johor, dan Sungai Rajang. Jadi, sungai yang penting ini harus dipelihara sebaik

    mungkin dengan pelbagai kaedah tertentu itu.

    Tindakan yang mudah melibatkan penguatkuasaan peruntukan perundangan.

    Akta ini boleh menekankan hukuman yang lebih berat terutama kadar denda

    yang tinggi bersama-sama penjara yang panjang tempohnya itu.Jelaslah,

    hukuman yang sebegini boleh menakutkan masyarakat kita terutama golongan

    yang suka mencemarkan sungai itu.

    Selain itu, pihak berkuasa bolehlah menjalankan kempen kesedaran tentang

    kepentingan menjaga sungai daripada tercemar ini. Masyarakat terutama

    generasi muda akan memahami sebab mereka harus menjaga kualiti air sungai

    di negara ini apabila melihat inormasi kempen tersebut. !antaran itu, lebih

    banyak kempen perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendapat reaksi positi

    daripada masyarakat terhadap isu sungai ini.

    Tambahan pula, konsep gotong-royong terutama di ka"asan sungai harus

    dilaksanakan dengan kerap oleh penduduk setempat. Akti#iti secara

    berkelompok ini membolehkan sungai itu dibersihkan daripada segala kekotoran

    terutama kayu-kayu dan sampah-sarap. $leh itu, sungai akan menjadi lebih

    bersih apabila masyarakat sekeliling menjaga sungai itu dengan

    membersihkannya sekerap mungkin.

    !angkah terakhir dalam usaha menjaga sungai melibatkan tindakan menghalang

    pembalakan di ka"asan hutan terutama di ka"asan hulu sungai itu. !ama-kelamaan akti#iti pembalakan yang tidak dika"al boleh menyebabkan banyak

    lumpur dan mendapan lain masuk ke dasar sungai itu. Sesungguhnya, tindakan

    menga"al pembalakan boleh menjadikan kualiti sungai kita menjadi lebih baik

    berbanding sekarang.

    %esimpulannya, semua kaedah tadi berupaya untuk memulihkan semula imej

    sungai kita yang tercemar teruk itu. Semua pihak terutama remaja perlulah

    melihat kemelut ini sebagai satu isu yang serius pula. Slogan cintailah sungai

    harus tersemat dalam ji"a rakyat di negara ini yang cinta akan keindahan &ora

    dan auna.