Click here to load reader

SUMBER PERUNDANGAN ISLAM.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

SUMBER PERUNDANGAN ISLAM (DALIL-DALIL SYARAK)

OLEH :SHAIROZI BIN HASHIMJAPIMSUMBER PERUNDANGAN ISLAM(DALIL-DALIL SYARAK)

TERBAHAGI KEPADA DUASUMBER YANG DISEPAKATI (DALIL SYARAK YANG DISEPAKATI)SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI (DALIL SYARAK YANG TIDAK DISEPAKATI

DALIL SYARAK YANG DISEPAKATIAL-QURANAL-SUNNAH AL-IJMAKAL-QIYAS

DALIL SYARAK YANG TIDAK DISEPAKATIAL-MASALIH MURSALAHAL-ISTIHSANAL-ISTISHABURFSADD AL-DHARAIAMALAN SAHABAT

DALIL SYARAK YANG DISEPAKATIAl-QuranAl-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam. Keaslian yang ada pada al-Quran tetap terjamin. Oleh kerana syariah Islam bersumberkan al-Quran, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t.Al-Quran sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa kerana isi kandungannya yang lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains.Al-Quran mempunyai 114 surah dan jumlah ayatnya sebanyak 6,236 ayat. Daripada jumlah ayat tersebut, lebih kurang 500 ayat sahaja yang berhubung dengan perundangan dan selebihnya menjelaskan tentang akidah dan pembentukan akhlak. Dalam kebanyakkan aspek perundangan, al-Quran didatangkan dengan nas secara prinsip-prinsip umum dan kaedah kulliyah supaya hukum-hukumnya dapat diperkembangkan.

SAMBUNGAN..Al-SunnahAl-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.aw. sama ada perkataan (qawl), perbuatan (fiil), pengakuan (taqrir), sifat kejadian dan riwayat hidup Baginda, sebelum dan sesudah Baginda dilantik menjadi Rasul.

PERANAN AL-SUNNAH

IJMAKAl-Ijmak bererti kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid pada suatu masa tertentu selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. mengenai sesuatu hukum syariah. Ini bermakna apabila para ulamak bersepakat tentang sesuatu hukum syariah, iaitu sama ada wajib atau haram atau sunat atau makruh atau harus, maka ia menjadi ijmak. Apabila sesuatu hukum telah dicapai secara ijmak, maka wajib bagi anda selepas itu mentaati hukum tersebut.

CIRI-CIRI IJMAKPERSEPAKATAN SEMUA ULAMAK YANG MUJTAHIDPERSEPAKATAN BERLAKU DI KALANGAN UMAT MUHAMMAD SAWPERSEPAKATAN BERLAKU TERHADAP HUKUM SYARAKPERSEPAKATAN BERLAKU SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW

SYARAT-SYARAT IJMAKADIL Tidak melakukan dosa-dosa besar serta jauh dari perkara bidaah samada bidah yang membawa kepada kekufuran atau kefasikanMUJTAHID Persepakatan mestilah berlaku di kalangan ulamak yang layak untuk berijtihadBERBILANGAN AHLI IJMAK Ijmak tidak boleh dilakukan oleh seorang mutahid sahajaSARIH atau SUKUT

PEMBAHAGIAN IJMAK

DALIL IJMAKFirman Allah :Dan sesiapa yang menentang ajaran Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran yang dibawanya dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan kesesatan ang diplinya, dan kami akan memasukkannya kedalam neraka jahannam, dan neraka jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali..( Al-Nisa : 115)

Sabda Rasulullah :Umatku tidak bersepakat terhadap perkara-perkara yang sesat

JENIS IJMAK

AL-QIYASQiyas dari segi bahasa memberi erti Taqdir dan Musawah (mengukir dan persamaan). Qiyas dari pengertian ulama Usul ialah Menyamakan sesuatu masalah yang tidak terdapat nas di atas hukumnya dengan masalah yang terdapat nas hukum-hukumnya. Persamaan itu ialah dari segi hukum yang telah dinaskan kerana wujud persamaan kedua-dua masalah itu pada illah hukum. Maka persamaan ini dinamakan Qiyas.

RUKUN QIYASAl-Asl atau al-Maqis Alaih, ertinya masalah yang telah sabit nas hukumnya yang akan diqiyaskan ke atasnya.

Al-Far atau al-Maqis, iaitu masalah yang tidak terdapat nas hukumnya, sedangkan ia perlu ditentukan hukumnya, maka ia adalah yang hendak diqiyaskan.

Hukum asal, iaitu hukum yang terdapat nasnya pada al-Maqis Alaih yang hendak disabitkannya kepada al-Far atau al-Maqis.

Al-Illah, iaitu sifat atau sebab yang kerananya disyaratkan hukum pada al-Maqis Alaih.

KEDUDUKAN QIYAS SEBAGAI SUMBER HUKUM ISLAMQiyas sebagai sumber hukum fiqh berada pada martabat keempat selepas Al-Quran, Al-Sunnah dan Ijma. Ia merupakan sumber yang paling luas daerahnya dan banyak penyelesaian melaluinya, kerana nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah terbatas sedangkan persoalan dan peristiwa yang berlaku dari semasa ke semasa tidak berkesudahan. Tambahan pula Ijma biasanya sedikit sekali berlaku, malah masalah-masalahnya juga terbatas dan tidak bertambah kerana berlaku khilaf pada masa selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, maka tidak mungkin berlaku ittifaq di atas satu pendapat. Oleh itu tidak ada jalan untuk memberi jawapan hukum kepada persoalan yang timbul dan jenis muamalat semasa melainkan jalan ijtihad dengan fikiran dan qiyas, kerana qiyas adalah amal fardi (kerja-kerja individu) bagi setiap mujtahid yang tidak disyaratkan ittifaq semua para mujtahidin.

KEHUJAHAN QIYASAl-QuranMereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. (Al-Hasyr: 2)

Ayat di atas Allah s.w.t. memberitahu kita tentang kehancuran dan kebinasaan orang Yahudi dari kalangan Bani Nadzir ketika mana mereka melanggari perjanjian seterusnya mengkhianati Allah dan Rasul-Nya. Kemudian Rasulullah s.a.w. menghalau mereka keluar dari kampung halaman mereka. Lalu mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan juga tangan-tangan orang beriman. Kemudian Allah menuntut orang Islam supaya mengambil itibar dengan apa yang menimpa golongan Yahudi itu, maka jangan mereka lakukan seperti orang Yahudi itu agar tidak berlaku ke atas mereka sepertimana kehancuran yang berlaku ke atas orang Yahudi.

Al-SunnahHadith riwayat Muaz bin Jabal ketika beliau diutus oleh Rasulullah s.a.w untuk menjadi Gabenor dan juga hakim di Yaman. Baginda berkata kepada Muaz. Dengan hukum apa engkau akan menghukum apabila dikemukakan sesuatu yang memerlukan penghakiman? Jika tidak terdapat dalam kitab Allah (dengan hukum apa pula kamu akan menghukum?) Beliau menjawab, Dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda meneruskan lagi pertanyaan, Bagaimana jika tidak ada (hukum itu) dalam sunnah? . Beliau menjawab, Saya akan berijtihad mengguna (daya kekuatan) fikiran saya dan tidak akan cuai. Muaz berkata, Lalu baginda Rasulullah terus menepuk dada saya kemudian berkata, Alhamdulillah Tuhan yang telah memberi taufiq pesuruh bagi Rasulullah kepada sesuatu yang meredhakan Rasulullah. Hadith ini merupakan nas yang jelas dalam perkara ijtihad, sedangkan qiyas adalah kepala kepdaa ijtihad.

DALIL_DALIL YANG TIDAK DISEPAKATIAl-Masalih Al-Mursalah - Al-Masalih dari segi bahasa ialah jama dari maslahah, sama seperti manfaah pada wazan dan makna.Dari segi istilah ialah menarik manfaat dan menolak kemudaratan, ertinya memelihara objektif Syarak menciptakan hukum dengan memelihara al-Daruriyyat al-Khamis iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Maka setiap sesuatu yang memeliharakannya dinamakan maslahah, dan apa juga yang meluputkannya dinamakan mafsadah.Objektif pembinaan hukum ialah hendak mendatangkan kebaikan kepada manusia dengan memberi manfaat kepada mereka dan menolak kerosakkan atau kemudaratan dari menimpa mereka.

Pembahagian MaslahahPertama : Maslahah Mutabarah, iaitu maslahah yang diambilkira oleh Syarak dan dibinakan hukum-hakam bagi mendapatkan maslahah itu (kebaikan kepada manusia). Di antara lain contohnya bagi maslahah memelihara jiwa maka disyarakan hukum qisas dan haram mencerobohinya. Bagi maslahah memelihara harta maka diperundangkan hukum potong tangan pencuri, dan bagi kepentingan memelihara akal diperundangkan hukuman minum arak.

Kedua : Maslahah Mulghah, iaitu yang dibatalkan oleh Syara dan tidak diberi perhitungan, kerana ia menghilangkan maslahah yang lebih besar seperti menyerah kalah kepada musuh, maka ia tidak diperhitung oleh Syara walaupun ada maslahah memelihara jiwa mereka yang berperang, kerana kalau maslahah ini hendak dijaga sudah tentu ia merugikan maslahah yang lebih besar iaitu memelihara negara dari dijajah oleh musuh dan mensia-siakan kehormatan dan maruah anak watannya, justeru inilah maka Islam mewajibkan berperang dan menentang musuh.

Ketiga : Maslahah Mursalah, iaitu maslahah yang tidak ada dalil Syara yang mengambilkiranya atau membatalkannya.

Al-Masalih al-MursalahMasalih al-Mursalah itu ialah maslahah-maslahah yang mana Syara tidak membina hukum-hakam bagi memperolehinya dan tidak ada dalil tertentu yang menunjukkan ia diambilkira atau dibatalkan. Terdapat sebahagian ulama menamakan dalil ini al-Istislah ( ) yang bermaksud beramal dengan maslahah.Apakah boleh diwujudkan hukum untuk mendapatkan maslahah seperti ini ? Para jumhur ulama menjawab pasti boleh. Maka setiap persoalan yang tidak ada Nas, Ijma, Qiyas dan Istihsan tetapi ada padanya maslahah dan kebaikan kepada manusia, nescaya haruslah bagi mujtahid mewujudkan hukum yang bersesuaian bagi memastikan maslahah itu tercapai.Contoh hukum-hukum yang dibina berasaskan maslahah antara lain ialah mengumpulkan al-Quran dalam satu Mushaf oleh Abu bakar, membentuk jabatan-jabatan kerajaan oleh Umar, mewujudkan penjara, mengenakan hukum Qisas ke atas satu kumpulan yang membunuh seorang sahaja, mewajibkan tukang membayar ganti rugi sesuatu barang yang rosak ditangannya, diharuskan mengambil cukai dari orang kaya selain dari zakat apabila kepentingan negara memerlukannya bagi membangun kekuatan ketenteraan atau membina keperluan-keperluan dan kemudahan asas.

AL-ISTIHSANIstihsan dalam bahasa Arab memberi erti membilang atau menganggap sesuatu itu baik Dari segi istilah ulama ialah Beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui qiyas jaliyy kepada hukum yang dikeluarkan melalui qiyas khafiyy atau pengecualian satu-satu masalah juziyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliyy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.

Contohnya ialah pada masalah seseorang yang masuk bilik air dengan menjelaskan bayaran yang tertentu tetapi air dan masa tidak ditentukan kadarnya dan bayaran yang dikenakan adalah sama. Kaedah asalnya menyatakan tidak harus kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut. Ia akan merosakkan aqad. Namun demikian, ulama mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan dengan urf iaitu dengan melihat kepada sudah menjadi kebiasaan.

PEMBAHAGIAN AL-ISTIHSANAL-ISTIHSAN DENGAN NASsuatu nas khusus daripada Allah SWT tentang sesuatu perkara. Hukum asal perkara tersebut adalah ditegah dan tidak dibenarkan oleh syara tetapi diharuskan kerana terdapat nas daripada Allah SWT dan ia menjadi kaedah umum. Contoh :jual beli secara bertempah ( bai al-salam ), ia merupakan kegiatan jual beli sesuatu barang yang belum ada di tangan penjualnya. Qiyas pada asalnya haram menjalankan kegiatan jual beli yang belum ada barang di tangan penjual, kerana ia tidak sah di sisi syarak. Rasulullah s.a.w melarang jual beli sesuatu barang yang tidak ada di tangan penjual ketika akad.

Sabda Rasulullah : Jangan engkau jual sesuatu yang tidak ada di sisi engkau (HR. Abu Daud)

Hadis di atas menunjukkan bahawasanya Rasulullah s.a.w melarang kegiatan jual beli sesuatu barang yang belum ada di tangan penjual tetapi jual salam ini dikecualikan daripada kehendak dalil umum atau hukum asalnya ini kerana ada nas lain yang mengharuskannya iaitu melalui hadis bahawa Rasullah s.a.w datang ke Madinah sedangkan penduduknya pada masa itu melaksanakan kegiatan jual salam buah-buahan dalam masa setahun dan dua tahun kemudian baginda bersabda: Barang siapa yang berjual salam dikalangan kamu maka hendaklah dia berjual salam dengan sukatan yang jelas dan timbangannya yang diketahui sehingga tempoh yang jelas. (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

AL-ISTIHSAN DENGAN IJMAKAl-Istihsan dengan ijmak terhasil setelah semua mujtahid bersepakat tentang sesuatu masalah yang berlawanan dengan kaedah umum pada masalah yang serupa dengannya. Para mujtahid berdiam diri dan tidak mengingkari perkara tersebut pada hal ia bertentangan dengan kaedah asal atau kaedah umum yang telah ditetapka

Contoh :Masalah menggunakan bilik air awam yang dikenakan bayaran yang sama. Namun air dan masa tidak ditentukan. Kaedah asal menyatakan bahawa haram menggunakan bilik air tersebut kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut. Namun demikian, mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan iaitu dengan melihat kepada sudah menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya tanpa diingkari oleh seorang dari kalangan mujtahid. Maka ia menunjukkan bahawa mereka bersepakat bahawa menggunakan bilik air yang tidak sama kadar masa dan bayaran yang dikenakan adalah tidak haram kerana meraikan keperluan orang ramai dan menolak kesukaran dari mereka. Maka natijah hukum tersebut ialah harus untuk menggunakan bilik air awam tersebut kerana melihat kepada al-istihsan.

AL-ISTIHSAN BERDASARKAN URFBerlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan masyarakat dan ia bertentangan dengan kaedah umum.Contoh :Menurut fiqh mazhab Hanafi, antara prinsip umum harta wakaf hendaklah berkekalan dalam tempoh yang panjang. Berdasarkan prinsip ini, maka tidak harus mewakafkan harta alih kerana ia cepat rosak. Sebaliknya, Imam Muhammad bin Hassan daripada mazhab Hanafi mengharuskan wakaf harta alih kerana ia menjadi kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya seperti buku-buku. Oleh itu ia dibolehkan atas dasar istihsan yang menyalahi prinsip umum dan pegangan Imam Abu Hanifah sendiri.

AL-ISTIHSAN BERDASARKAN DARURATIaitu berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada sesuatu masalah kerana terdapat darurat yang mengkehendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut. Contoh :Ulama menyatakan bahawa puasa seseorang tidak terbatal jika seseorang itu menelan sesuatu yang sangat sukar untuk dihindari seperti tertelan debu dan asap. Sekiranya perkara seperti itu masuk ke dalam rongga orang yang berpuasa, puasanya masih sah dan tidak terbatal sedangkan mengikut hukum asal, sekiranya rongga orang yang berpuasa dimasuki sesuatu yang tidak lazim baginya maka terbatallah puasa tersebut. Ini kerana untuk mengelak daripada tertelan debu dan asap adalah begitu sukar dan mustahil untuk dielakkan walaupun seseorang itu sedaya upaya untuk menjauhinya. Oleh itu, puasa seseorang itu dikira sebagai tidak terbatal kerana darurat tersebut.

AL-ISTIHSAN DENGAN MASLAHAHBeralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana maslahah yang tertentuContoh :Mengikut prinsip umum, tidak harus diberikan zakat kepada Bani Hashim kerana pada masa dahulu golongan tersebut mendapat habuan daripada harta rampasan perang. Apabila sudah tidak ada lagi peperangan, mereka menjadi golongan yang tidak mampu dan mesti dibantu dan diberi zakat. Maksud di sini ialah pada dasarnya tidak dibolehkan memberi apa-apa mahupun berkenaan dengan zakat kepada golongan ini tetapi sebaliknya Abu Hanifah mengharuskan memberi zakat kepada mereka pada zaman beliau berdasarkan al-istihsan. Ini bermakna, mana-mana perkara jika dilihat al-istihsan berasaskan maslahat adalah demi menjaga kepentingan mereka serta kemaslahatan harta manusia daripada diabaikan.

AL-ISTIHSAN DENGAN QIYAS AL-KHAFFIYYBeralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang sabit melalui qiyas jaliyy kepada hukum yang lain yang diistiinbatkan melalui qiyas khafiyy. Qiyas khaffiyy ialah qiyas yang kurang jelas illahnya manakala qiyas jaliyy ialah qiyas yang lebih jelas illahnya.

Contoh :Baki minuman yang diminum oleh burung liar seperti anak hering atau helang. Mengikut qiyas jaliyy, baki air tersebut adalah najis kerana dikategorikan sama seperti baki bekas minum binatang liar darat dengan alasan yang sama iaitu kedua-dua jenis binatang tersebut najis dagingnya. Namun mengikut istihsan, iaitu dengan qiyas khaffiyy, baki daripada minuman burung-burung tersebut adalah suci, sama seperti baki minuman manusia dengan alasan bahawa air liur burung dan manusia tidak bercampur dengan air ketika air tersebut diminum. Ini kerana burung minum menggunakan paruhnya yang merupakan tulang keras yang suci dan tidak menyerap najis. Maka air yang terkena paruh tersebut tidak menjadi najis.

KEHUJAHAN ISTIHSANHadis :Maksudnya ; Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di sisi Allah. Dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah. (HR al-Bukhari)Nas ini menunjukkan bahawa setiap yang baik pada umat manusia adalah baik di sisi Allah. Dasar penggunaan al-istihsan sebagai hujah adalah bertujuan untuk memelihara kemaslahatan atau kebaikan orang Islam. Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada dalil hadith ini dan tujuan al-istihsan itu sendiri, maka boleh disimpulkan istihsan boleh digunakan sebagai hujah.

IjmakAntara contoh penggunaan al-istihsan berasaskan ijmak ialah tidak sah jual salam jika diqiyaskan dengan jual beli, ini adalah kerana benda yang diakadkan belum wujud lagi ketika akad berlaku dalam kontrak. Oleh kerana jual salam adalah baik dan perlu dalam masyarakat, maka ulama mengira baik dan harus hukumnya berdasarkan konsep al-istihsan.

Dalil AkalPenerimaan al-istihsan sebagai hujah adalah bertujuan untuk menolak kepayahan dengan mewujudkan kemaslahatan dan ini adalah selari dengan matlamat syarak.

AL-ISTISHABAl-Istishab pada sudut bahasa ialah : bersahabat, bersama, tuntut persahabatan atau sentiasa seiringIstilah :Sesuatu keputusan yang dibuat oleh ulama mujtahid dalam sesuatu perkara yang telah dikaji daripada al-Quran dan al-Sunnah setelah mereka tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam keadaan tersebut, ulama mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan hukum yang telah sedia ada kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah hukum tersebut.

Contoh :Apabila ditanya mujtahid tentang hukum haiwan atau tumbuhan atau apa-apa makanan, minuman atau pekerjaan dan tidak menemui dalil Syara bagi hukum itu, nescaya dia hukumkan dengan harus, kerana harus itu adalah yang asal dan tidak ada dalil atas perubahannya.

Kehujahan Al-IstishabAl-Quran :Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu.(Al-Baqara : 29)

Terdapat dalam beberapa ayat lain yang terang-terang menyatakan bahawa Allah s.w.t memberi kemudahan kepada manusia memanfaatkan segala sesuatu yang terdapat di langit dan juga di bumi. Dan tidak satu pun yang diciptakan di bumi untuk manusia dan dibenarkan mereka menggunakannya melainkan ia diharuskan untuk mereka, kerana kalau dilarang tentu mereka tidak dibenarkan menggunakan

Hadis :Apabila timbul keraguan salah seorang kamu dalam solatnya, kemudian dia tidak tahu (bilangan rakaatnya), tiga atau empat, maka hendaklah dibuang keraguan itu dan binakanlah di atas rakaat yang dia yakin, kemudian hendaklah dia sujud dua kali sebelum memberi salam. (Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa perintah Rasulullah s.a.w supaya dibinakani rakaat itu di atas yang diyakini itulah yang dikatakan Istishab. Oleh itu, berdalil dan beramal dengan konsep Istishab ini adalah pendapat jumhur ulama, termasuk Imam SyafiI, Ahmad, kebanyakkan sahabat Imam Malik dan sebahagian dari ulama mazhab Hanafi.

Kaedah-kaedah yang Dibina atas IstishabSesuatu yang asal itu hendaklah dikekalkan di atas keadaan yang dahulu sehingga sabitlah dalil yang merubahnya.

Asal hukum pada sesuatu itu adalah harus.

Asalnya seseorang manusia itu bebas dari tanggungan.

Sesuatu yang sabit dengan yakin tidak akan hilang dengan syak atau keraguan.

Al-UrfUrf dalam bahasa Arab bererti marifah (mengetahui atau pengetahuan) kemudian digunakan dengan pengertian sesuatu yang maruf dan kebiasaan yang dianggap baik serta dapat diterima oleh akal fikiran yang sejahteraSementara urf menurut istilah ialah adat majoriti sesuatu kaum dari segi perkataan, pengucapan atau amalan. Dan ditakrifkan juga sebagai amalan yang biasa dilakukan oleh manusia dan dihayati dalam urusan kehidupan dan muamalat mereka, sama ada perkataan atau perbuatan atau meninggalkannya. Dinamakan juga dengan adat menurut kebanyakkan para ulama.

Jenis-jenis UrfPertama : Urf qauli atau lafzi seperti kebiasaan orang Arab menggunakan kalimah al-Walad kepada anak lelaki tidak kepada anak perempuan, kebiasaan menggunakan kalimah Lahm kepada daging tidak kepada ikan.

Kedua : Urf amali atau fili, seperti kebiasaan orang ramai berjual beli dengan unjuk-berunjuk tanpa ijah qabul dengan lafaz.Ketiga : al-Urfam iaitu kebiasaan yang menyeluruh diamalkan oleh semua orang dalam semua negara pada sesuatu masa seperti amalan al-Istisna menempah.

Keempat : Urf Khas iaitu sesuatu adat yang berlaku khusus bagi negari tertentu atau di kalangan sekelompok masyarakat tertentu seperti amalan kebiasaan di kalangan peniaga atau saudagar mensabitkan hutang-hutang berdasarkan rekod-rekod atau dokumen khas dan ia akan menjadi bukti dan keterangan bagi mereka.

Kelima : Urf Syara iaitu lafaz yang digunakan oleh Syara dan ia menghendaki makna yang tertentu seperti solah, saum (puasa) dan hajj. Maka makna-makna Istilah ini lain dari maknanya pada bahasa seperti diketahui umum. Inilah antara jenis urf yang terpenting dibahaskannya oleh ulama Usul.

Keenam : Urf Sahih iaitu urf yang tidak berlawanan dengan mana-mana nas Syara dan qaidahnya, tidak menghalalkan yang haram dan tidak membatalkan yang wajib.

Ketujuh : Urf Fasid iaitu urf yang bercanggah dengan hukum Syara dan juga kaedah-kaedahnya yang tetap seperti kebiasaan bermuamalah, riba, minum arak, bermain judi dan sebagainya

Kehujahan UrfRasulullah s.a.w. telah bersabda :-Apa-apa yang dipandang oleh orang Islam sesuatu itu baik maka ia di sisi Allah juga baik. (Riwayat Ahmad dan Ibn Masud)

Maka ini merupakan petunjuk yang nyata bahawa perkara yang dilakukan oleh manusia atas perhitungan ia dari perkara-perkara yang baik maka pada hakikatnya ia memang perkara baik. Oleh yang demikian sesuatu yang menjadi kebiasaan manusia dan dihayati dalam kehidupan mereka serta tidak bercanggah dengan mana-mana nas Syara nescaya wajib diambilkira dalam pembinaan hukum. Dan wajiblah ke atas mujtahid memberi perhatian kepada urf ini ketika menjalankan ijtihadnya bagi mengetahui hukum Syara. Demikian juga hakim wajib mengambilkira urf dalam membuat keputusan penghakimannya.

Amalan Sahabat (Mazhab Sahabi)Sahabi atau sahabat mengikut pengertian ulama Usul al-Fiqh ialah mereka yang bertemu dengan Nabi s.a.w. dan beriman dengannya, bersahabat dengannya dalam tempoh masa yang agak panjang dan mengambil ilmu darinya sehingga wajar dikatakan dia sebagai sahabat atau teman rapat dari segi urfnya seperti Khulafa al-Rasyidin, Ibnu Abbas, Aisyah dan lain-lain lagi.Sahabi menurut istilah Muhaddithin ialah mereka yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan Islam dan mati dalam agama Islam. Tetapi yang menjadi perbincangan kita ialah sahabi menurut istilah ulama Usul al-Fiqh, kerana Sahabt yang seperti mereka inilah yang meriwayatkan fatwa-fatwa dan mazhab-mazhab ilmiyyah.Amalan Sahabat ialah perkataan yang dinukilkan kepada kita dan sabit di sisi kita dari seseorang Sahabat dalam bentuk fatwa atau keputusan penghakiman dalam apa jua masalah Syara yang tidak terdapat nas dan tidak berlaku Ijma.

Pandangan ulama tentang Amalan Sahabat atau Mazhab Sahabi Pertama : Tidak mungkin berlaku khilaf antara mereka bahawa kata-kata Sahabat dalam perkara-perkara yang tidak boleh diketahui melalui pemikiran adalah dikira sebagai dalil dan sumber fiqh, kerana kata-kata seperti ini dianggap mereka mendengar sendiri dari Nabi s.a.w. maka ia dikira sebahagian dari Sunnah, sedangkan Sunnah merupakan sumber perundangan Islam.

Kedua : Tidak mungkin berlaku khilaf tentang kata-kata Sahabat yang telah berlaku ittifaq sebagai hujjah dan sumber Syariah kerana Ijma sebagaimana diketahui umum adalah salah satu sumber perundangan Islam. Adapun kata-kata Sahabat yang tidak diketahui ada Sahabat lain menentangnya dikira sebagai Ijma Sakuti dan menjadi hujah juga bagi sesetengah ulama.

Ketiga : Tidak dinafikan bahawa ada juga kata-kata Sahabat tidak dianggap sebagai hujah yang mengikat Sahabat-sahabat lain yang semacam mereka juga, kerana kita dapati beberapa orang Sahabat telah berselisih pendapat dalam beberapa masalah, dan tidak pula mereka memaksa Sahabat lain ikut pendapat mereka.

Keempat : Kata-kata Sahabat yang lahir dari pemikiran dan ijtihad masing-masing dan tidak berlaku ittifaq, maka pendapat Sahabat seperti ini telah berlaku khilaf dikalangan para mujtahidin, apakah ia mengikat generasi selepas Sahabat dan mesti diterima pakai ? Di sini terdapat dua mazhab yang penting:-1. Imam Malik, Abu Hanifah, Ahmad dalam satu riwayat dan Imam Syafi dalam mazhab qadimnya berpendapat bahawa Mazhab Sahabi menjadi hujjah secara mutlaq.2. Imam SyafiI dalam mazhab jadidnya, Imam Ahmad dalam satu riwayat lain, al-Karkhi al-Hanafi dan lain-lain lagi berpendapat bahawa Mazhab Sahabi tidak boleh menjadi hujah sama sekali, kerana sesiapa yang mengatakan ia boleh menjadi hujah perlu mengemukakan dalil yang kuat dalam masalah ini. Sesungguhnya terdapat sebahagian tabiin yang menyanggahi ijtihad Sahabat sedangkan tidak pula dibantah oleh Sahabat berkenaan ke atas mereka itu. Sepertimana kisah Kadi Syurayh menolak kesaksian al-Hasan bin Ali bagi bapanya kerana dia adalah anaknya, sedangkan Ali berpendapat boleh diterima saksi anak bagi bapa. Dan Ali tidak membantah Syurayh al-Tabin yang menyalahi pendapatnya.

SEKIANWALLAHUALAM