34
1.0 PENGENALAN Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa, konsep hierarki kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang Abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Pada masa kini, dunia pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus globalisasi yang mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun perpesi ke alam dunia pendidikan. Oleh demikian, kerajaan kini menumpukan ataupun melahirkan modal insan kelas pertama untuk menghadapi cabaran globalisasi tersebut. Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan alam pendidikan negara kita. Disebabkan perubahan tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran mereka daripada yang lama untuk menghasilkan proses “kemenjadian” pelajar. Disamping ia selari dengan falsafah pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari Jasmani, emosi, rohani dan Intelek. 2.0 PENDIDIKAN Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku dengan cepat di dunia pada hari ini. Ini sehubungan dengan peranan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli psikologi dan sosiologi yang telah melakukan banyak sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi, umumnya pada peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan

Sumber 21cts Dan Kbat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Artikel ini merupakan salah satu artikel yang memberikan gambaran kepada pembelajaran abad ke 21 dan amalan berfikir pada aras tinggi. Hak cipta tertakhluk kepada penulis asal artikel ini.

Citation preview

Page 1: Sumber 21cts Dan Kbat

1.0      PENGENALAN

Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini 

meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan 

teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa, 

konsep hierarki kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa dan 

perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang

Abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan 

menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa 

implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada 

hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Pada masa kini, dunia

pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus globalisasi yang mengajak masyarakat mengubah 

paradigma ataupun perpesi ke alam dunia pendidikan. Oleh demikian, kerajaan kini menumpukan 

ataupun melahirkan modal insan kelas pertama untuk menghadapi cabaran globalisasi tersebut. 

Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan alam pendidikan negara kita. Disebabkan perubahan 

tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran mereka daripada yang lama untuk menghasilkan 

proses “kemenjadian” pelajar. Disamping ia selari dengan falsafah pendidikan Negara yang ingin 

melahirkan insan yang seimbang dari Jasmani, emosi, rohani dan Intelek.

2.0     PENDIDIKAN

Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku dengan cepat di dunia pada hari ini. Ini 

sehubungan dengan peranan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli psikologi dan sosiologi yang telah 

melakukan banyak sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan 

mutu pendidikan yang lebih tinggi, umumnya pada peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan 

Page 2: Sumber 21cts Dan Kbat

perkembangan dalam sistem pendidikan negara kita.  Negara-negara di seluruh dunia, baik Islam 

mahupun Barat, mempunyai matlamat menjadikan pendidikan mereka bertaraf antarabangsa.

Pendidikan menurut Islam adalah satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik akal, 

jasmani dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi 

melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t untuk mendapatkan kejayaan 

di dunia dan akhirat.  Ilmu dalam perspektif Islam bukan hanya mempelajari soal keagamaan sahaja, 

tetapi juga melibatkan pengetahuan umum.  Pendidikan menurut perspektif Islam turut memberikan 

penekanan kepada penguasaan ilmu sains dan teknologi selaras dengan perkembangan pesat dalam 

bidang tersebut di seluruh dunia.

Di Barat, bidang pendidikan mengalami banyak perkembangan dan perubahan yang menuju ke arah 

kebaikan.  Seiring dengan dunia yang semakin canggih dan moden pada masa kini, bidang pendidikan di 

negara Barat menunjukkan banyak pembaharuan dan perkembangan berbanding negara kita, Malaysia.  

Kesan globalisasi banyak mempengaruhi system pendidikan di seluruh dunia.  Ini kerana globalisasi 

merupakan satu proses untuk meletak dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan 

dan kedudukan geografi sesebuah negara.  Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai 

sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai 

maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti 

Page 3: Sumber 21cts Dan Kbat

internet, media elektronik dan teknologi siber.  Jika dibandingkan dengan system pendidikan di negara 

kita, system pendidikan banyak mengambil contoh daripada negara Barat.

Malaysia ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang diilhamkan oleh Y.A.B Tun Abdullah Ahmad Badawi 

mantan Perdana Menteri Malaysia di sidang kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan 

“Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”.  Pendidikan 

bertaraaf dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu 

menjadikan Malaysia maju dan saintifik.  Masyarakat maju perlu bersedia untk menerima sesuatu yang 

baru, maju dan berdaya saing.  Agen perubahan utamanya ialah pendidikan.  Pendidikan merupakan alat 

terpenting dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara.  

Pendidikan bertatarf dunia atau ‘world class’ akan menentukan kejayaan perubahan insan.  Dilihat dari 

perspektif yang luas, ‘pendidikan bertaraf dunia’ bermaksud kemajuan dan pencapaian cemerlang 

Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan 

dinamis, iaitu;

§  Pembangunan tenaga manusia

§  Kepesatan pertumbuhan ekonomi

§  Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

§  Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

§  Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

§  Pembangunan sains dan teknologi

§  Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat

Untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui kementerian Pelajaran dan 

Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk memastikan 

perkara berikut dapat diurus tadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu;

§  Pendidikan Pra Sekolah dan Rendah

§  Pendidikan Menengah

Page 4: Sumber 21cts Dan Kbat

§  Pendidikan Tertiari (tinggi)

§  Program Sokongan

§  Pembiayaan Pendidikan

§  Pengurusan

§  ICT dalam Pendidikan

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah membuat pembaharuan yang disifatkan 

sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.  Ia mestilah bersifat sistematik 

iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools, 

dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih 

bersepadu, holistik serta komprehensif.  Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh 

dan dalam konteks yang luas.

Malaysia bersama-sama negara-negara Asean yang lain sedang berhadapan dengan cabaran yang tidak 

dapat dijangka dan salah satu daripadanya ialah ekonomi pengetahuan (K-ekonomi) iaitu pengumpulan 

pengetahuan dan menggunakannya secara produktif. Pembangunan ekonomi sangat penting mengambil 

kira k-ekonomi dan sedang dipergiatkan oleh kerajaan. Kualiti modal insan negara dilihat sebagai 

penentu utama kejayaan sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan.

Terdapat beberapa usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian 

Tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pendidikan tinggi seperti menarik 

Page 5: Sumber 21cts Dan Kbat

kemasukan pelajar-pelajar luar negara, membenarkan universiti luar membuka cawangan, kerjasama 

pintar di antara universiti tempatan dan luar negara dan penubuhan kampus pengajian oleh beberapa 

institusi Malaysia di luar negara. Kawalan kualiti ke atas institusi pendidikan tinggi bagi mencapai taraf 

antarabangsa akan menjadi mantap dengan penubuhan Malaysian Qualification Agency (MQA).

Pengantarabangsaan universiti adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjadikan Malaysia 

mempunyai universiti bertaraf global supaya para pensyarah dan penyelidik dapat bekerjasama dengan 

para akademik daripada luar negara. Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi adalah elemen 

utama bagi mendapatkan tenaga kepakaran dari seluruh dunia untuk memenuhi fakulti-fakulti di 

universiti dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia. Mereka ini bukan sahaja bertindak sebagai 

memberi nilai tambah terhadap imej dan kedudukan universiti malah terhadap kerajaan dan organisasi 

antarabangsa.

Jika dilihat dari perspektif pendidikan dalam era globalisasi kini, banyak cabaran yang bakal dierima 

oleh negara.  Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan 

strategi pendidikan sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi.  Perkembangan globalisasi diharapkan

tidak akan hanya menjadikan pendidikan sebagai komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi sebagai 

proses membina kesempurnaan dalam kehidupan.

3.0     GURU

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari 

dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh 

sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak 

dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

1.    Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)

2.    Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)

Page 6: Sumber 21cts Dan Kbat

3.    Nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)

4.    Semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan

5.    Keterampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik 

dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri berikut pula:

1.    Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

2.    Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)

3.    Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

4.    Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

5.    Memiliki kemahiran kaunseling

6.    Menggunakan teknologi terkini

7.    Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

8.    Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain

9.    Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. 

Perlaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan tranformasi dalam sistem pendidikan yang 

Page 7: Sumber 21cts Dan Kbat

meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada 

reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, 

memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbangi keperluan 

Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. “Pendidikan Bestari antara lain 

menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan 

menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacu setiap 

perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan 

seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita (1997).”

Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidik mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan 

berikut secara komited dan ikhlas:

1.    Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, 

seperti:

·         Teknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri 

berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada 

penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan 

harian.

·         Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikiran tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-

pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era 

globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan 

luar biasa.

·         Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas

Page 8: Sumber 21cts Dan Kbat

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dengan 

praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar 

pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughful learning. Kurikulum sepatutnya 

mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, 

perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of 

Learning iaitu:

ü  Learning to know (Belajar untuk menguasai ilmu)

ü  Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)

ü  Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)

ü  Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

·         Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak

Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya 

sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha membudayakan masyarakat 

yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

·         Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri

Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. 

Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada 

tenaga 

Page 9: Sumber 21cts Dan Kbat

buruh yang berkualiti, serba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum 

dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, 

teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

2.   Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan 

masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh 

mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan 

kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan 

ketahanan diri diberikan perhatian serius.

Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. 

Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun 

dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti 

diberi perhatian:

·         Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan 

perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.

·         Mendorong perkembangan individu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan 

teknologi.

·         Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang 

dan bukan nafsu atau kepentingan individu.

·         Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani.

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warna negara yang berpegang kepada 

teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap 

kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan 

Page 10: Sumber 21cts Dan Kbat

amalan hidup yang cemerlang.

2.1     Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi 

dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti 

pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai 

keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan 

disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. 

Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi 

pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf 

negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan 

kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi 

pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam 

menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan 

yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara 

Page 11: Sumber 21cts Dan Kbat

terancang dan sistematik. Sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi 

pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih 

efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan 

pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. 

Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang 

dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang 

dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah 

dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej latihan dicadangkan menyediakan 

idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan 

idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai 

kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu 

menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. 

Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti 

dalam e-pembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, guru 

berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. 

Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar 

kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi 

komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami 

oleh murid selain alat bantu mengajar berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini 

menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti 

pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi

pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah 

satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru 

dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak 

Page 12: Sumber 21cts Dan Kbat

harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin 

kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang. 

2.2     Cabaran Guru sekolah dalam Abad ke-21

Guru-guru khasnya dan profesion amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan 

perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 

2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.

2.2.1   Cabaran globalisasi

Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah 

kepakaran pendidikan secara global (global educational experties)selain daripada hubungan dalam 

bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antarabangsa (int

ernational character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue  baru yang perlu diteroka dan 

diperkembangkan.

Page 13: Sumber 21cts Dan Kbat

Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu 

menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran 

berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber maklumat adalah 

berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.

Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah 

sebagai penyampai ilmu (mua’lim),  pendidik (murabbi),pembentuk adab (mu’addib), pembentuk ciri 

kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah 

dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannya serta nilai dan keperibadiannya.

2.2.2   Cabaran dalam masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan negara bertambah 

maju dan bersifat global semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar 

gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).

Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; 

Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah 

tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-

penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh 

masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang 

penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam 

profesion bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; 

sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyediaan tenaga 

manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak (Wan Liz Ozman, 2000; 

Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd. Zahid, 1994).

Page 14: Sumber 21cts Dan Kbat

2.2.3   Cabaran dalam sistem pendidikan

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ualah membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf 

dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang seperti 

ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-

guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contohnya pengenalan mata pelajaran 

vokasional (MPV).

2.2.4   Cabaran di sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 

selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi 

kearah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan 

bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ 

Page 15: Sumber 21cts Dan Kbat

memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng 

sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar pertambahan bilangan 

pelajar yang terus meningkat untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000, didapati tingkatan 1 

mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami 

pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5 mengalami 

pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan 

bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran 

kepada sekolah dan guru-guru kerana masalah kemudahan prasarana adalah tidak mencukupi.

Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang menampung 57, 581 

kelas yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 

2001). Dengan kata lain masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh 

mendatangkan masalah lain seperti masalah disiplin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada 

masalah pembelajaran.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & 

Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran

 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% 

dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin 

dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah 

pada angka yang besar . keadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Selain daripada kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya, sebagai contoh daripada

1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal 

komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada bilik 

kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan 

perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti 

dan keterampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan tersebut.

Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di 

Page 16: Sumber 21cts Dan Kbat

zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan pada masa kini. Ini memberi 

cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem 

teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).

2.2.5    Cabaran dalam bilik darjah

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang 

ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.

Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat 

pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam 

proses pembelajaran bestari.

Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil 

pembelajaran (learning outcomes); perlaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau 

peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-

21. Menurut Wise (1999)‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and

assessment’.

Page 17: Sumber 21cts Dan Kbat

2.3     Senario Pendidikan Guru Masa Kini

Kekurangan guru memang ada berlaku di mana-mana sekolah dan ia tidaklah berlaku sepanjang masa. 

Senario ini memang disedari dan ditangani oleh pihak Kementerian Pendidikan dan juga IPTA. Pelbagai 

cara telah dilakukan termasuklah mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada lepasan 

universiti. Dengan pemberian elaun sebanyak RM1,200.00 sebulan pasti menarik minat para lepasan 

ijazah untuk menceburi dalam bidang profesion perguruan. Walau bagaimanapun pemilihan bukan 

berdasarkan tawaran, minat sahaja dan kesukaran mendapat kerja lain. Sebenarnya ia berdasarkan 

penapisan dari segi keputusan cemerlang dalam kursus yang dipohon, kebijaksanaan menjawab 

persoalan dalam temuduga dan juga sifat-sifat kepimpinan yang terserlah sama ada secara langsung atau 

tidak langsung.

Kekurangan guru bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah nampaknya sering diperkatakan 

namun semenjak program KPLI diadakan di maktab-maktab perguruan ia dapat diatasi sedikit demi 

sedikit. Antara maktab perguruan yang popular melatih guru-guru bahasa baik dalam program KPLI 

mahupun Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ialah Institut Perguruan Bahasa-bahasa 

Antarabangsa (IPBA) yang beroperasi pada tahun 1999 di Kuala Lumpur. Pusat pembelajaran bahasa 

yang menggunakan kurikulum antarabangsa terkini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti dalam 

pengajaran bahasa Inggeris baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Program 

berkembar dengan universiti-universiti luar negara untuk pengajian TESL juga diadakan di institut atau 

pusat lain.

Untuk meningkatkan tahap guru yang lebih berkualiti dan cemerlang dalam pengajaran, Bahagian 

Pendidikan Guru pada masa kini telah mengadakan pelbagai program, antaranya ialah:

1.    Pensiswazahan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.

2.    Melatih guru sekolah agama rakyat.

3.    Melatih guru untuk menjayakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

4.    Menyediakan guru mata pelajaran vokasional.

Page 18: Sumber 21cts Dan Kbat

5.    Kursus Dalam Perkhidmatan

6.    Program Latihan Perguruan Institut Pendidikan Swasta (PLPS)

Kursus Dalam Perkhidmatan sentiasa diadakan untuk guru-guru yang sudah berkhidmat bagi 

meningkatkan kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu yang luas. Menurut Pengarah Bahagian 

Pendidikan Guru, Haji Razali Ismail (Berita Harian, 25 Jun 2003) sekurang-kurangnya sekali setahun 

semua guru sekolah rendah dan menengah perlu menghadiri kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh 

Bahagian Pendidikan Guru. Jadi dengan adanya kursus seperti ini dan lain-lain bengkel yang dianjurkan 

oleh Jabatan Pendidikan Negeri, kualiti guru akan lebih terjamin dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Jadi 

itulah cara untuk mengembangkan profesionalisme semua guru kerana dunia pendidikan terpaksa 

berhadapan dengan keperluan yang terbaru.

Program PLPS amat berguna kerana kita tahu sebahagian besar institut pendidikan swasta terdiri 

daripada guru-guru yang tidak mempunyai sijil atau Diploma pendidikan. Jadi melalui latihan yang 

diberikan boleh membantu mereka mendapatkan pengiktirafan daripada pihak kerajaan sebagai seorang 

guru yang mempunyai pengetahuan yang cukup dalam kaedah pengajaran.

Bagi guru-guru yang tidak mempunyai peluang yang baik untuk menyumbangkan pelajaran, Kementerian

Pendidikan dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia telah mengadakan Pendidikan Jarak Jauh. 

Bidang pengajian dibuat secara ‘online’ dan ijazah yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka 

Page 19: Sumber 21cts Dan Kbat

Malaysia diiktirafkan oleh pihak kerajaan. Dengan kemudahan yang ada ini lebih ramai guru-guru 

sekolah rendah khasnya berpeluang untuk menyumbangkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu peringkat 

ijazah secara PJJ.

Pada masa kini untuk mencari calon guru-guru yang betul berkemahiran dalam bidang fizik, Matematik 

memang susah kerana pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM mereka tidak berminat untuk menjadi 

guru. Oleh itu, mereka lebih suka belajar dalam bidang perubatan dan kejuruteraan. Untuk mengatasi 

masalah ini mulai tahun 2003, Bahagian Pendidikan Guru telah memperkenalkan Program Pelajar 

Cemerlang (PPC). Melalui program ini pelajar yang cemerlang dalam Matematik, Kimia, Biologi dan 

Fizik ditempatkan di beberapa buah kolej sebelum dihantar berkursus dalam bidang pendidikan ke luar 

negara. Jadi dengan cara ini, empat atau lima tahun lagi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat 

melahirkan guru-guru yang betul-betul pakar dalam bidang-bidang tersebut.

4.0     PELAJAR

Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar. Kadangkala 

istilah ini diertikan dalam maksud berbeza dalam sesetengah negara atau kes-kes tertentu. 

Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan 

teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.  

Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang 

buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

4.1     Masalah Disiplin Masa Kini

Page 20: Sumber 21cts Dan Kbat

Masalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini 

kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, 

rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Masalah-masalah yang timbul pada masa kini dapat 

dikategorikan kepada empat bahagian iaitu :-

1.    Jenayah

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori jenayah ialah merosakkan harta benda 

sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, 

menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.

a)    Buli

Insiden buli yang berlaku sejak kebelakangan ini dan sering dilaporkan oleh media-media tempatan rata-

rata membabitkan pelajar lelaki.  Menurut Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu 

set tingkah laku yang dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta 

psikologi penerimanya.  Tingkah laku buli yang dimaksudkan termasuk tindakan yang bersifat mengejek, 

penyisihan sosial, dan memukul (Crick dan et.al, 1998).  Banks (2000) pula menghuraikan perlakuan 

buli 

Page 21: Sumber 21cts Dan Kbat

sebagai mempersenda, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan langsung.  Pada 

asasnya, perlakuan buli ialah penyalahgunaan kuasa yang merujuk kepada operasi psikologi atau fizikal 

yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah atau tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya 

dalam situasi sebenar oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa.

Berdasarkan Model Identifikasi Multidimensi Perlakuan Buli yang dibangunkan oleh Zopito Marini  et.al 

(2001), terdapat lima ciri definisi perlakuan buli iaitu perbezaan kuasa antara pembuli dengan mangsa 

buli, pola tingkah laku agresif yang berulang-ulang, kecenderungan untuk mengawal dan mencederakan, 

pembentukan suasana kebimbangan, ancaman, ugutan dan ketakutan serta kerahsiaan semula jadi 

perlakuan buli.  Zopito Marini dan et.al (2001) turut menyatakan bahawa terdapat empat jenis perlakuan 

buli yang khusus iaitu secara fizikal, psikologi, sosial dan emosi.  Manakala terdapat tiga kumpulan utama

yang terlibat dalam perlakuan buli iaitu pembuli, mangsa buli dan pemerhati (Marini et al.,2000).

Perlakuan buli sama ada berlaku secara langsung atau tidak langsung, merupakan sebahagian daripada 

tingkah laku agresif.  Perlakuan buli berlaku bilamana terdapatnya jurang atau ketidakseimbangan kuasa 

antara pembuli dengan mangsa buli yang mana pembuli lebih dominan atau lebih berkuasa berbanding 

mangsa.  Seperkara yang harus difahami ialah dalam kes buli tidak ada tidak balas daripada mangsa 

ketika berlakunya kejadian buli.

b)   Gengsterisme

Tingkah laku gengsterisme dapat ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina.  

Definisi perlakuan gengsterisme bergantungan kepada norma-norma sesebuah masyarakat setempat.  

Azizi Yahya et al., (2007) menyatakan bahawa gengsterisme lebih merujuk kepada tingkah laku atau 

perlakuan keagresifan dan mugkin juga dikenali sebagai gangster atau samseng.  Gejala gengsterisme 

semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.  Kumpulan belajar yang terlibat 

dalam gejala ini akan melanggar norma masyarakat setempat atau institusi sekolah yang turut dikenali 

sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian, dan apabila golongan ini terdiri daripada mereka yang 

masih bersekolah atau remaja dikenali sebagai delinkuen.  Yang jelas disini, delinkuen atau gengsterisme 

Page 22: Sumber 21cts Dan Kbat

ialah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau perlakuan yang tidak boleh 

diterima oleh masyarakat.

Gengsterisme merupakan salah laku yang sudah lama wujud dalam kalangan pelajar dan masih 

berterusan hingga hari ini.  Keadaan menjadi bertambah serius rentetan semakin ramai pelajar 

perempuan dan murid sekolah rendah dikesan terlibat dengan gejala samseng.  Peningkatan gejala ini 

keihatannya seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara.  Ciri-ciri gangster dapat dikenal pasti 

mengikut ketetapan peraturan sesuatu kumpulan gangster, yang dipersetujui bersama oleh ahli 

kumpulan.  Garland dalam Azizi et al., (2007) menyatakan bahawa ciri gangster melambangkan 

kekuatan, penguasaan terhadap sesuatu kawasan, pengaruh dan identiti sesebuah kumpulan.

Berdasarkan William Gladden Foundation (1992), terdapat empat faktor utama yang merangsang 

pembentukan kumpulan gengsterisme dalam kalangan pelajar iaitu pertama, remaja mengalami perasaan

terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi dari sekolah dan keluarga.  

Keadaan ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lantas mendorong kepada usaha 

mendapatkan sokongan dari luar.  Dengan melibatkan diri dalam gengsterisme akan memberikan 

perasaan “sense of belonging” dalam diri pelajar dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh 

ahli-ahli di dalam geng tersebut.

Page 23: Sumber 21cts Dan Kbat

Seterusnya, melalui keahlian tersebut pelajar akan merasakan diri mereka berkuasa dalam menguasai di 

mana kegiatan gengsterisme akan menjadi tempat mereka untuk melepaskan kemarahan atau 

ketegangan.  Kawalan terhadap kawasan jajahan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana 

kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya.

2.   Kelakuan negatif

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori kelakuan negatif pula ialah berambut panjang,

memakai sepatu dan stokin berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, 

berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, 

membuli rakan yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru.

a)    Merokok

Pada era perindustrian masa kini, merokok sudah menjadi satu hobi bagi semua orang bagi menikmati 

kehidupan yang serba moden kononnya.  Justeru itu, merokok telah menjadi satu masalah disiplin yang 

sukar dibendung dengan sepenuhnya.  Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar lelaki mula terjebak 

dengan perbuatan merokok bagi menghilangkan tekanan emosi walau pun mereka sedar akan bahayanya 

kesan rokok itu terhadap kesihatan diri sendiri.  Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia 

mendapati perbuatan menghisap rokok dalam kalangan pelajar khususnya tidak boleh dianggap sebagai 

perkara biasa.  Kebanyakan aktiviti merokok ini biasanya dilakukan oleh para pelajar di dalam tandas 

yang menjadi tempat perlindungan merokok yang selamat.

3.   Membolos

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori membolos ialah ponteng kelas, ponteng 

Page 24: Sumber 21cts Dan Kbat

sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu 

pelajaran, lewat ke perhimpunan sekolah, berkhayal atau tidur dalam bilik darjah.

a)    Ponteng Sekolah

Saban hari kadar peningkatan masalah disiplin di sekolah yang mendadak telah menimbulkan tanda 

tanya dan membimbangkan pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini.  Kes 

ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding degan kes disiplin yang lain.  

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah semakin bertambah dengan kadar yang 

serius walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi  menangani masalah ini.  Menurut 

Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005), ponteng sekolah boleh didefinisikan sebagai perbuatan 

yang menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru ataupun ibu bapa. 

Masalah ponteng sekolah ini semakin hari semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar dan 

masalah ini banyak menyusahkan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Terlibat dalam gejala 

ponteng sekolah ini boleh menyebabkan pelajar terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap 

dadah, berfoya-foya dan sebagainya.  Keadaan ini menyebabkan para pelajar akan ketinggalan dalam 

pelajaran serta mewujudkan masalah sosial lain. Selain ponteng sekolah, terdapat beberapa jenis 

ponteng yang turut menjadi isu masalah disiplin dalam kalangan pelajar era ini iaitu ponteng kelas, 

ponteng 

Page 25: Sumber 21cts Dan Kbat

perhimpunan, ponteng asrama dan ponteng aktiviti kokurilkulum.  Seseorang pelajar itu akan 

dikategorikan sebagai ponteng apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan 

oleh pihak sekolah tanpa sebab dan kebenaran daripada Pengetua atau Guru besar.  Jika masalah 

ponteng ini tidak diatasi pada peringkat awal, murid-murid tersebut akan terus hanyut dengan tabiat 

buruk mereka ini.

b)   Datang Lewat

Setiap institusi sekolah menekankan agar setiap pelajar sentiasa menghormati peraturan-peraturan dan 

mendisiplinkan diri dalam semua hal.  Para pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan yang sudah 

dirangka oleh pihak sekolah.  Walau bagaimana pun, masih ada pelajar sekolah yang tidak dapat 

mendisiplinkan diri mereka dalam menetapi masa yang telah ditetapkan untuk menghadirkan diri ke 

sekolah.  Masalah disiplin yang kerap kali ditimbulkan ialah masalah datang lewat ke sekolah.  Ramai 

pelajar yang lazim tidak menetapi masa permulaan sekolah dan suka memberi alasan yang kurang 

memuaskan.  Golongan seperti ini datang ke sekolah secara sambil lewa tanpa memikirkan ianya akan 

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.  Masalah datang lewat ke sekolah ini adalah perkara 

yang selalu berlaku tanpa ada kesudahannya.

Konsep datang lewat ke sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu datang lewat yang dirancang dan 

datang lewat yang tidak tidak dirancang.  Terdapat beberapa faktor yang sering menjadi punca para 

pelajar datang lewat ke sekolah, antaranya ialah bangun lewat, kesesakan lalu lintas, kediaman di luar 

kawasan penempatan sekolah, sikap murid tidak menghargai masa, sikap ibu bapa atau penjaga yang 

tidak prihatin terhadap ketetapan masa murid untuk hadir ke sekolah, sikap guru yang sambil lewa 

tentang kes datang lewat dan kurang penguatkuasaan tentang peraturan datang lewat.

4.   Menipu

Page 26: Sumber 21cts Dan Kbat

Manakala jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori menipu pula ialah meniru di dalam 

ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, 

menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap 

bohong, berpura-pura sakit. (Mok Soon Sang, 2008).

Masalah-masalah disiplin ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Ia Dapat diklasifikasikan kepada dua 

kategori iaitu :-

1.    Semasa pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata 

kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan 

pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.

2.    Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan guru).

Contohnya melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli rakan, berkeliaran, makan, 

membuat bising, merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, papan kenyataan, menipu (melibatkan 

wang) rakan, mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd 

Zohir Ahmad, 2007). Menurut (Mok Soon Sang, 2008), Laporan Disiplin Pelajaran Sekolah Malaysia, 

Page 27: Sumber 21cts Dan Kbat

data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran 

adalah diturunkan seperti berikut:

a)    Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Rendah

Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 8 kategori iaitu kategori 

jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan 

ponteng.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi,mencuri, melawan guru, melawan 

pengawas, peras ugut, membuli, mengancam murid.

Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah menggunakan kata-kata lucah melukis gambar 

lucah dan membaca komik lucah.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna 

dan kurang kemas, berkuku panjang, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai kasut 

kotor.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke 

perhimpunan sekolah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, tidak 

buat kerja sekolah mengikut masa.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru,pengawas 

atau murid, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran,tidak hormat 

guru atau pengawas, kelakuan kurang sopan.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah merosakkan harta benda sekolah, 

guru dan murid.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu (melibatkan wang), menipu 

sekolah, guru dan murid.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas, sekolah, aktiviti 

kokurikulum, kelas tambahan dan aktiviti sekolah.

Page 28: Sumber 21cts Dan Kbat

b)   Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Menengah. Salah laku yang berlaku di peringkat 

sekolah menengah adalah lebih kurang sama juga sepertimana salah laku yang berlaku di peringkat 

sekolah rendah di mana ia terdiri daripada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak 

pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng. Namun salah lakunya adalah 

lebih berat dan rumit iaitu:-

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi, melawan guru, pengawas dan 

pelajar, memeras ugut, membuli, salahguna dadah, membawa senjata, mencabuli kehormatan, 

mengancam pelajar, menceroboh, terlibat dalam kongsi gelap, tunjuk perasaan, menentang peraturan 

sekolah dan pihak sekolah.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah bercumbuan,

berkhalwat, membawa atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar perempuan, menggunakan kata-

kata lucah, melukis gambar lucah.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna 

dan kurang kemas, berkuku panjang, bermisai atau berjanggut, berpakaian tanpa mengikut peraturan 

sekolah, memakai barang kemas.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke 

perhimpunan sekolah,bengkel, makmal atau bilik darjah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau 

Page 29: Sumber 21cts Dan Kbat

buat bising dalam bilik darjah, sembunyi diri dalam perpustakaan atau tandas, tidak buat kerja sekolah 

mengikut masa.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru, pengawas 

atau pelajar, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran pembelajaran,

tidak hormat guru atau pengawas.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah

merosakkan harta benda sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu

(melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin.

·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas,

sekolah, perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelas

tambahan, tugas sekolah dan aktiviti sekolah.

Mengikut analisis, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi berlaku di peringkat sekolah menurut 

urutan ialah:-

1.    Ponteng sekolah

2.    Mencuri

3.    Mengancam murid sekolah

4.    Berkasar dengan murid sekolah

5.    Berbahasa kesat

6.    Datang sekolah/masuk kelas lambat

7.    Membuat bising dan menggangu pelajaran.

8.    Merosakkan harta benda sekolah

9.    Ponteng aktiviti kokurikulum

Page 30: Sumber 21cts Dan Kbat

10. Ponteng kelas

5.0     KEMAHIRAN

Meskipun pemanfaatan media, metode, strategi, sumber belajar, dan sistem evaluasi pembelajaran telah 

menunjukkan adanya perubahan, tetapi sistem dan setting  tradisional masih mewarnai setiap 

penyelenggaraan pendidikan. Sering sekolah masih menggunakan format ruang kelas yang sama dengan 

yang digunakan pada puluhan dan bahkan ratusan tahun lampau dan buku-buku masih merupakan 

bagian penting dari sistem pendidikan berdasarkan kurikulum yang kaku. Memasuki abad ke-21 sekarang

ini, berbagai cara tradisional memperlihatkan pergeseran yang hebat, di mana pendidikan online telah 

membawa impak pada perubahan-perubahan yang menentang cara tradisional itu. Perubahan yang 

dimaksudkan paling sedikit dapat dilihat dari tiga kecenderungan saat ini, yakni home schooling, self-

study, dan kegagalan pendidikan tradisional.

Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang 

membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan 

kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi 

kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan 

Page 31: Sumber 21cts Dan Kbat

negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan 

dihuraikan seperti berikut :

 " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap

dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak

yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia,

kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam

mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun negara di samping menghasilkan tenaga rakyat

yang terlatih untuk keperluan negara. "

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua 

keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus 

dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan 

berkualiti cemerlang.

Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan 

dan pembekalan tenaga pekerja yang berketerampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan 

perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu 

dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan 

pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran 

pembangunan dan kemajuan teknologi.

Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat 

menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh 

globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan 

mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, 

kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh 

Page 32: Sumber 21cts Dan Kbat

dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada 

penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu:-

kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

kemahiran berkomunikasi secara berkesan

kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

kemahiran mencari, menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat

kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad 

ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses 

pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi 

maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan lebuh raya maklumat 

seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran 

dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan 

Page 33: Sumber 21cts Dan Kbat

menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan 

pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu 

dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada 

pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau 

di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan 

berperanan sebagai pembekal maklumat.

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan 

mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima 

pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih 

untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik 

darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk 

membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan 

sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan 

pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

Perlu ditegaskan bahawa apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil 

yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di 

antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang 

pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya 

diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan 

kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibu bapa dan komuniti dalam 

menangani tugas yang besar ini.

6.0     KESIMPULAN

Page 34: Sumber 21cts Dan Kbat

Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas 

kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang 

berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, 

memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik 

adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Sistem pendidikan yang terbaik akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dan membentuk modal insan 

yang berahlak mulia.Guru sememangnya membentuk modal insan yang terbilang,cemerlang dan 

gemilang.