15
Sudut Bahasa Melayu HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ https://www.facebook.com/ShareBM/ Senarai Peribahasa (1) 1. ada gula ada semut 有利润就有人潮 apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul. 2. air dicincang tidak akan putus 兄弟姐妹的争执,将会和好如初 tali persaudaraan tidak akan putus. saudara atau adik beradik akan selamanya bersaudara.hubungan keluarga tidak akan terputus. 3. air tenang jangan disangka tak ada buaya 比喻人不可貌相,海水不可斗量。 orang yang tidak banyak bercakap jangan disangka bodoh atau penakut. 4. alah bisa tegal biasa 习惯成自然 perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir. 5. alang-alang mandi biar basah 有始有终 jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan 6. bagai aur dengan tebing 互相扶持,相辅相成 saling bantu-membantu antara yang satu dengan yang lain. 7. bagai enau dalam belukar 各家自扫门前雪,莫管他人瓦上霜 sikap mementingkan diri sendiri

Sudut Bahasa Melayu · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (1)

1. ada gula ada semut

有利润就有人潮

apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau

kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

2. air dicincang tidak akan putus

兄弟姐妹的争执,将会和好如初

tali persaudaraan tidak akan putus. saudara atau adik beradik akan

selamanya bersaudara.hubungan keluarga tidak akan terputus.

3. air tenang jangan disangka tak ada buaya

比喻人不可貌相,海水不可斗量。

orang yang tidak banyak bercakap jangan disangka bodoh atau penakut.

4. alah bisa tegal biasa

习惯成自然

perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali

berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.

5. alang-alang mandi biar basah

有始有终

jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan

6. bagai aur dengan tebing

互相扶持,相辅相成

saling bantu-membantu antara yang satu dengan yang lain.

7. bagai enau dalam belukar

各家自扫门前雪,莫管他人瓦上霜

sikap mementingkan diri sendiri

Page 2: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (2)

1. bagai isi dengan kuku

水乳交融

persahabatan yang sangat akrab

2. bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul

上梁不正下梁歪;名不正则言不顺

cuba mengajar orang berkelakuan baik sedangkan diri sendiri

berkelakuan buruk.

3. bagai kumbang putus tali

逃之夭夭

pergi tidak balik-balik lagi

4. bagai layang-layang putus tali

如断了线的风筝;飘荡的人,父母无法管教

hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan.

5. bagai pahat dengan tukul

被吩咐才做事

bekerja kalau disuruh.

6. bagai tikus membaiki labu 不会修理东西的人

membaiki barang yang tidak diketahui, lalu menjadi semakin

teruk/rosak.

7. bagaimana acuan begitu kuihnya

有其父必有其子

perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya

8. bahasa menunjukkan bangsa

语言是民族的灵魂

bermaksud bahasa menjadi lambang keperibadian masyarakat atau

sesuatu bangsa.

Page 3: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (3)

1. bak cendawan tumbuh selepas hujan

雨后春笋

terlalu banyak dalam sesuatu masa, biasanya merujuk kepada benda.

2. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

一种米养百种人

setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan dan pendapat yang tidak

sama.

3. bapanya borek, anaknya rintik

有其父必有其子

perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya

4. belakang parang jika diasah akan tajam juga

只要有好的教育,蠢材也变天才

orang yang bodoh jika di ajari terus menerus dengan sabar akhirnya

akan menjadi pandai juga

5. berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

看别人做感觉很难,自己做更难

beban yang ditanggung oleh seseorang yang menderita

kesakitan atau kesusahan adalah lebih berat daripada orang lain yang

melihatnya.

6. berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau

juga

倦鸟归巢(飘洋过海多时,还是会回去自己的家乡)

sejauh mana manusia bermigarsi atau merantau, pasti suatu ketika akan

pulang ke kampung halaman.

Page 4: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (4)

1. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

有福同享,有难同当

mengalami susah senang bersama-sama.

2. berpatah arang berkerat rotan

恩短义绝

memutuskan suatu tali persaudaraan atau persahabatan.

3. bersatu teguh, bercerai roboh

团结就是力量

sesuatu akan berhasil apabila dikerjakan bersama-sama.

4. bertemu buku dengan ruas

旗鼓相当

merujuk kepada sesuatu yang sama kuat atau sama tenaga atau

perangai.

5. bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

孤掌难鸣

sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang

melakukannya

6. besar pasak dari tiang

入不敷出

lebih besar pengeluaran daripada pendapatan.

7. biar lambat asal selamat

安全第一

biar lambat melakukan sesuatu perkara atau perjalanan itu asalkan

menjadi atau selamat sampai.

Page 5: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (5)

1. biar mati anak, jangan mati adat

宁愿丧失儿子,也不要败了风俗

pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban.

2. biar putih tulang jangan putih mata

士可杀不可辱

lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah

kalah.

3. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

多做好事,勿做坏事

jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan

sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah

dihindarkan sama sekali.

4. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

团结一致

kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

5. bumi mana yang tidak ditimpa hujan

人非圣贤,孰能无过

setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.

6. bunga bukan sekumtum, kumbang bukan seekor

天涯何处无芳草,何必单恋一枝花

cinta yang lepas dapat dicari penggantinya.

7. carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

家族亲戚的争执不会长久

perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

8. dapat durian runtuh

不劳而获;横财

mendapatkan suatu keuntungan tanpa bersusah-payah terlebih dahulu.

Page 6: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (6)

1. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

有志者,事竟成

sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam

menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.

2. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

国有国法,家有家规

mengikuti/menghormati adat istiadat di tempat tinggal kita.

3. gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

城门失火,殃及池鱼

apabila ada orang-orang berkedudukan tinggi berkelahi satu sama lain,

maka yang menjadi korban adalah orang-orang kecil seperti rakyat

4. genggam bara api, biar sampai jadi arang

有始有终

apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar

hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya.

5. gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga

兄弟姐妹(夫妻)终会起争执

antara suami isteri, keluarga dekat atau sahabat, kadangkala timbul

perselisihan.

6. habis madu sepah dibuang

没有利用价值就被遗弃

digunakan sewaktu perlu sahaja, setelah itu ditinggalkan.

7. hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga

流芳百世,永垂不朽

budi bahasa yang baik akan dikenang orang meskipun telah meningga

dunia.

Page 7: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (7)

1. hangat-hangat tahi ayam

三分钟热度

bersungguh-sungguh pada awalnya sahaja

2. harapkan pagar, pagar makan padi

反被信赖的人出卖

harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula

yang merosakkannya.

3. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

人死留名,豹死留皮

orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama

jahat.

4. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

炫耀与自己无关的事

orang yang gemar ikut campur masalah orang lain

5. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

只要人活着,就不能败了风俗

selama hidup harus mengikuti aturan yang berlaku, setelah meninggal

dunia berserah pada yang kuasa.

6. hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga di

negeri sendiri

金窝银窝不如自己的草窝

meskipun begitu makmur dan mewah hidup di negeri orang, negeri

sendiri tetap yang paling baik.

7. hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

人情债一辈子也还不清

budi baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-

lamanya

Page 8: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (8)

1. ikut hati mati, ikut rasa binasa

不要感情用事

orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk

akhirnya.

2. indah khabar dari rupa

闻非所见

perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan

3. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

三思而后行

selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

4. jauh berjalan, banyak pengalaman

读万卷书不如行万里路

orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak

pengalamannya dan luas pandangannya .

5. kacang lupakan kulit

忘恩负义

orang yang melupakan jasa orang yang pernah menolongnya setelah

menikmati kesenangan.

6. kain sehelai sepinggan

倾家荡产

kehabisan harta kerana kecuaian atau lain-lain.

7. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

没工作就没饭吃

orang miskin yang untuk bisa makan harus bekerja keras terus-

menerus.

Page 9: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (9)

1. kalau rezeki sepucak tidak boleh jadi segantang

命中有时终需有,命中无时莫强求

segalanya telah ditakdirkan

2. kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang

无风不起浪

khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

sebanyak adakebenarannya, kerana jika tidak, takkan lah orang lain

akan bercakap mengenainya.

3. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

没有耕耘,哪来收获

sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.

4. kata itu dikota 一诺千金

janji mesti ditunaikan.

5. lain padang lain belalang

异国风俗

lain negeri, lain pula adat resam atau peraturannya.

6. laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

虚有其表

orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

7. lembu punya susu sapi punya nama

徒劳无功

hasil titik peluh orang menjadi kemuliaan orang lain

8. malu berkayuh perahu hanyut

懒人没收获

orang yang malas berusaha tidak akan maju ataupun berjaya.

Page 10: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (10)

1. masuk ke kandang kambing mengembek,masuk ke kandang kerbau

menguak

入乡随俗

menyesuaikan diri / mengetahui adat istiadat tempat orang lain

2. melentur buluh biarlah dari rebungnya

教育应该从小开始

mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula semasa

kecil.

3. mendukung biawak hidup

自讨苦吃

melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri

4. orang penyegan susah makan

懒人没收获

orang malas susah hidupnya.

5. panas setahun hapus oleh hujan sehari

功亏一篑

kebaikan yang telah diperbuat menjadi hilang

6. pipit sama pipit, enggang sama enggang

门当户对

setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat

7. pisang tidak berbuah dua kali

上一次当,学一次乖

sekali dah tertipu pastinya akan beringat supaya tidak terpedaya

buat kali yang kedua.

8. pucuk dicipta ulam mendatang

意外收获;比预计还好

memperolehi sesuatu melebihi daripada yang dikehendaki.

Page 11: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (11)

1. rajin dan usaha tangga kejayaan

勤勉是成功之道

jika ada azam kita akan memperoleh kejayaan.

2. rambut sama hitam hati lain-lain

一种米养百种人

setiap orang berbeza pandangan atau pendapat atau kehendaknya.

3. retak menanti belah

小事化大事

suatu masalah kecil yang menjadi besar tinggal menunggu bencana yang

lebih besar.

4. ringan tulang berat perut

勤劳者收获多

orang yang rajin dalam berusaha pasti mendapatkan rezeki.

5. sambil menyelam minum air

一心二用

mencapai dua matlamat sekaligus sambil melakukan satu tindakan.

6. sebab nila setitik rosak susu sebelanga

害群之马

oleh sebab yang sedikit rosak yang banyak.

7. sediakan payung sebelum hujan

未雨绸缪

berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

8. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

积少成多

bersabar dan gigih dalam melakukan sesuatu akhirnya akan memberikan

hasil yang banyak.

Page 12: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (12)

1. seekor kerbau membawa lumpur semuanya habis terpalit

害群之马

seorang yang melakukan kejahatan namun semua orang menjadi ikut

terkena dampak akibatnya.

2. sekali air bah sekali pantai berubah

改朝换代

lain ketua lainlah pula kemahuannya

3. seperti abu di atas tunggul

昙花一现

kedudukan tidak tetap dan tidak kuat atau tidak terjamin atau akan

digusur

4. seperti anak ayam kehilangan ibu

群龙无首

tidak tentu arah tujuan kerana kehilangan atau berpisah dengan

sahabat karib/ pemimpin.

5. seperti anjing dengan kucing

水火不容

dua orang yang selalu bertengkar.

6. seperti api dalam sekam

暗地里做坏事

kejahatan yang dilakukan dalam diam-diam

7. seperti belut pulang ke lumpur

倦鸟归巢

orang merantau pulang ke tempat asalnya.

8. seperti cincin dengan permata

郎才女貌,天作之合

jodoh yang sesuai atau secocok.

Page 13: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (13)

1. seperti dihiris dengan sembilu

心如刀割

perihal tentang hati atau perasaan yang sangat sedih dan pilu.

2. seperti embun di hujung rumput

昙花一现

kasih sayang yang tidak berkekalan.

3. seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus tepung

jangan berserak

小心翼翼

bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

4. seperti menatang minyak yang penuh

无微不至;太过宠爱

seperti menatang minyak yang penuh

memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

5. seperti talam dua muka

墙头草;双面人

manusia hipokrit, suka berbohong untuk tujuan tertentu

6. seperti telur di hujung tanduk

危在旦夕

keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah.

7. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

三思而后行

setiap tindakan atau perbuatan itu hendaknya difikirkan dahulu baik-

baik sebelum dikerjakan agar tidak timbul penyesalan di kemudian hari.

Page 14: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (14)

1. sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan

浪子回头

jika menyedari kesalahan atas perbuatan yang telah dilakukan

sebaiknya segera kembali ke jalan yang benar.

2. setelah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

喜新厌旧

setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama

dibuang/diketepikan

3. siapa makan lada, dialah terasa pedas

心知肚明

orang yang membuat kesalahan itu akan terasa apabila perkara itu

dipercakapkan.

4. siapa makan nangka dialah kena getahnya

善恶终有报

siapa pun yang melakukan kesalahan akan menanggung akibat yang

ditimbulkannya

5. sudah diludah dijilat balik

吃回头草

sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula

6. sudah jatuh ditimpa tangga

祸不单行

mendapat malang atau kecelakaan yang berturut-turut.

7. takkan hilang bisa ular menyusur akar

有地位的人更谦虚

orang yang hebat tidak akan hilang ilmunya, kekayaanya dan sebagainya

jikalau dia merendah diri serta menghormati orang lain.

Page 15: Sudut Bahasa Melayu  · PDF filehidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan. 5. ... berapa berat mata memandang, ... khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

https://www.facebook.com/ShareBM/

Senarai Peribahasa (15)

1. tanam tebu di bibit mulut

口蜜腹剑

mengeluarkan perkataan yang manis-manis (memuji-muji dan sebagainya) ,

tetapi mempunyai maksud yang kurang baik

2. tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

自作自受

bila berbuat sesuatu yang jahat, perkara itu akan terkena kembali kepada

kita sendiri.

3. terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau

一波未平一波又起

lepas dari satu bahaya, jatuh kembali ke bahaya yang lain

4. tiada beban batu digalas

自讨苦吃

mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain.

5. tiada rotan akar pun berguna

聊胜于无

sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

6. tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket

吃不到葡萄说葡萄酸

tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri

7. ukur baju di badan sendiri

量力而为

berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan

diri sendiri.

8. untung sabut timbul, untung batu tenggelam

幸运则意气风发,倒霉则一败涂地

jika nasib baik akan mendapat kejayaan jika nasib malang akan mendapat

kerugian.