23
Sosiologi Pendidikan TT00803 Pensyarah: Muhamad Suhaimi bin Taat B.IRKH(UIAM), Dip.Ed(UIAM), M.Ed Soc.(UMS)

Sosiologi pendidikan (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sosiologi pendidikan (1)

Sosiologi PendidikanTT00803

Pensyarah:Muhamad Suhaimi bin TaatB.IRKH(UIAM), Dip.Ed(UIAM),

M.Ed Soc.(UMS)

Page 2: Sosiologi pendidikan (1)

Pengertian Sosiologi• Perkataan ini dimasyhurkan oleh Auguste Comte (1798 –

1857)• Seorang ahli Sosiologi Perancis (one of the founders of

sociology and positivism)• Berasal dari perkataan Latin: socius = companion (kongsi),

logos = knowledge (pengetahuan).• Boleh membawa maksud:

- pengetahuan mengenai masyarakat- kajian saintifik tentang masyarakat dan hubungan manusia.- pembelajaran tentang kehidupan sosial serta kesan dan akibat sosial terhadap tingkah laku manusia

• ‘sociology is the scientific study of human society and social interactions. The main focus of sociology is the group, not the individual’ (Tisher et al., 1983)

Page 3: Sosiologi pendidikan (1)

• Maka, sosiologi dianggap ilmu yang saintifik kerana ada

kelogikannya, bukti, akal, kajian terbaru, pemerhatian,

penggunaan generalisasi, ada kebenaran, bersistematik, analisis, dan bersifat objektif.

• Secara umum, sosiologi bermaksud bidang yang baru mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia. Ini termasuklah dari aspek budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya.

• Ianya bertujuan memahami dan meramal perubahan masyarakat.

• Tujuan utama sosiologi ialah untuk :

- mengetahui struktur asas masyarakat manusia

- mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang mengerat atau

melemahkan mereka; dan

- mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan

sosial mereka.

Page 4: Sosiologi pendidikan (1)

Perspektif Sosiologi

• Persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli sosiologi ialah berasaskan pada teori, analisis dan mentafsir data secara saintifik.

• Laporan daripada ahli sosiologi adalah tepat dan seboleh-bolehnya mengelakkan berlakunya berat sebelah.

• Kaedah saintifik dan empirik yang digunakan untuk melihat tingkah laku manusia ini disebut ‘perspektif sosiologi’

• Secara umumnya tumpuan perspektif sosiologi ialah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.

• Ianya meliputi 2 bidang iaitu mikro dan makro.

Page 5: Sosiologi pendidikan (1)

• Mikro sosiologi adalah bersifat atau berskala kecil atau individu.

• Misalnya gaya interaksi seseorang individu dengan individu yang lain, peranan yang dimainkan dan kesannya kepada masyarakat.

• Makro sosiologi adalah bersifat lebih besar dan kompleks ; melibatkan sesebuah organisasi, masyarakat dan negara.

• Misalnya seperti isu peperangan, pengangguran, kemiskinan dan lain-lain.

• Mikro dan makro adalah saling berkaitan.

• Misalnya isu individu seperti penyalahgunaan dadah boleh melibatkan masalah dalam masyarakat seperti timbulnya ragut, kecurian dan lain-lain.

• Bidang sosiologi adalah luas dan mencakupi isu atau masalah sains sosial yang lain seperti sejarah, politik, ekonomi, psikologi dan sebagainya.

Page 6: Sosiologi pendidikan (1)

Sejarah Perkembangan Sosiologi

• Perlu dikaitkan dengan sarjana Islam bernama Ibnu Khaldun (1332 – 1406).

• Nama penuh: Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun.

• Merupakan seorang ahli falsafah, ahli pentadbir dan penasihat kerajaan.

• Dianggap sebagai ahli sains sosial dan bapa kepada ilmu sosiologi.

• Beliau banyak membuat pemerhatian dan pangkajian secara empirikal dan sistematik terhadap masyarakat.

• Beliau menyatakan bahawa tingkahlaku manusia adalah tertakluk kepada peraturan alam.

• Beliau juga menggunakan hukum sejarah untuk memahami perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

Page 7: Sosiologi pendidikan (1)

Antara Kajian dan Sumbangan Ibnu Khaldun

1. Perbandingan masyarakat desa dan bandar

2. Konsep Asabiyah (Solidariti Sosial)

3. Aspek ekonomi: pengeluaran, perdagangan antara bangsa dan perubahan harga barang.

4. Buku yang tersohor: Muqaddimah iaitu berkaitan dengan Sosiologi Sejarah.

Page 8: Sosiologi pendidikan (1)

Sambungan… (Sejarah Perkembangan Sosiologi)

• Pada abad ke 18 & 19, baharulah muncul ahli sosiologi moden di Barat.

• Pada masa tersebut ramai ahli-ahli fikir yang mahu memisahkan disiplin sosiologi daripada disiplin-disiplin lain termasuk falsafah.

• Ahli sosiologi menumpukan kajian masyarakat hasil perubahan revolusi industri.

Page 9: Sosiologi pendidikan (1)

• Antara tokoh-tokoh Sosiologi di Eropah ialah Auguste Comte (1796-1857), Herbert Spencer (1820-1903), Karl Marx(1818-1883), Emile Durkheim (1858-1917) dan Max Weber (1864-1920).

• Pada tahun 1896, muncul penyelidikan pertama, iaitu The American Journal of Sociology.

• Antara kandungannya ialah berkaitan dengan cadangan penyelesaian masalah sosial.

• Penyelesaian ini penting kerana ketika itu berbagai-bagai masalah sosial wujud akibat daripada perbandaran dan perindustrian.

• Perkembangan ilmu sosiologi di Amerika pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan tokoh seperti Talcott Parson (The Social System) dan Robert K. Merton. Antara bukuny (Social Theory and Social Structure)

Page 10: Sosiologi pendidikan (1)

• Perkembangan sosiologi berkembang pesat dan semakin mendapat sambutan di Amerika sehingga banyak universiti menawarkan kursus sosiologi.

• Sehingga tahun 1960, perkembangan sosiologi pendidikan di Amerika Syarikat meningkat sejak penerbitan buku Sociology of Teaching (1932).

• Di Malaysia, perkembangannya boleh dianggap masih baru. Mula diperkenalkan kursus ini di UM, di Jabatan Pengajian Melayu pada tahun 1971.

• Berkembang dengan lebih pesat apabila UM menubuhkan Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

• Kini kajian sosiologi bolehlah dikatakan selari dengan disiplin pendidikan disamping menumpukan kepada interaksi manusia, penyelesaian masalah sosial, sistem kekeluargaan, bangsa, demografi dan juga pendapat umum.

Page 11: Sosiologi pendidikan (1)

Tokoh-Tokoh Penting

• Auguste Comte (1798 – 1857):

- Bagi dunia Barat, beliau dianggap bapa sosiology (The father of Sociology).

- Gelaran diberikan kerana sumbangannya memperkenalkan perkataan Sosiologi dalam bukunya Cours de Philosophy Positive.

- Lahir di bandar Montpellier, Perancis dan berminat dalam pengajian matematik dan sains tulen.

- memperkenalkan konsep Law of Human Progress iaitu:

a) Peringkat keagamaan atau teologi

b) Peringkat metafizik atau bastrak

c) Peringkat saintifik atau positif

Page 12: Sosiologi pendidikan (1)

Herbert Spencer (1820 – 1903)

• Berasal dari England, menerima pendidikan dalam bidang matematik dan sains tulen.

• Antara bukunya: Social Statics (1850), The Study of Sociology (1874) dan The Principles of Sociology (1876)

• Kajiannya bertumpu kepada: kawalan sosial, kekeluargaan, politik, agama, pekerjaan dan stratifikasi.

• Menurut beliau setiap bahagian dlm masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri dlm membentuk kestabilan sosial.

• Percaya bahawa masyarakat hidup mengikut Principle of Natural Laws, iaitu yang kuat dapat mengatasi yang lemah.

• Spencer juga memperkenalkan konsep Survival of the Fittest yang menerangkan manusia perlu bersaing dengan persekitaran untuk mendapatkan kemajuan. Sesiapa yang tidak dapat bersaing akan menjadi lemah.

• Percaya bahawa konflik perlu dalam proses evolusi

Page 13: Sosiologi pendidikan (1)

Emile Durkheim (1858 – 1917)

• Berasal dari Perancis. Pelajar dalam bidang undang-undang, falsafah dan sains sosial.

• Karyanya yang terkenal: The Division of Labour in Society, Rules of Sociological Method, dan Suicide.

• Kajian sosiologinya yang menggunakan statistik untuk membuktikan hipotesis menjadi panduan ahli sosiologi moden. Oleh itu beliau dianggap pelopor kepada kaedah-kaedah sosiologi.

• Beliau menggunakan konsep organik solidariti (masyarakat perindustrian yang saling bergantungan) dan mekanikal solidariti (bentuk hubungan manusia dalam masyarakat pra industri kecil di mana individu di dlm adalah sama dan akan hidup bersama)

• Menyatakan bahawa fenomena sosial berlaku disebabkan oleh faktor sosial yg mempunyai pelbagai perbezaan.

Page 14: Sosiologi pendidikan (1)

Teori-Teori Utama dalam Sosiologi1. Teori Fungsionalisme

• Diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

• Banyak dipengaruhi bidang Biologi.

• Teori ini mengatakan masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa.

• Masyarakat merupakan satu set organisme dan setiap organ ada peranannya yang tersendiri.

• Kehidupan masyarakat sentiasa berhubung dengan institusi yang besar.

• Integrasi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.

• Menurut Spencer, masyarakat ada struktur dan ada kaitan dengan agama, keluarga dan negara.

• Perubahan dlm sesuatu bhgian akan mempengaruhi yang lain

Page 15: Sosiologi pendidikan (1)

• Fungsionalis berpendapat proses sosialisasi sebagai fungsi yang penting dalam mengintegrasikan corak interaksi di sekolah dan memberikan pendidikan kepada murid-murid mengenai nilai kejayaan.

• Menurut Parson, manusia mengharapkan keperluan asas dan keperluan bersosial

• Lain masyarakat, mungkin lain cara berhubung dan bersosial.

• Di Malaysia sistem pendidikan masih mengekalkan kehendak pendekatan fungsionalis dengan menerapkan nilai FPN seperti budaya, bahasa, agama, nilai-nilai agama dan melahirkan insan yang maju dan seimbang.

• Juga aspek pendidikan sebagai agen perubahan sosial.

Page 16: Sosiologi pendidikan (1)

Teori Konflik

• Diperkenalkan oleh Karl Marx. Merupakan seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi dari Jerman.

• Karya yang terkenal: The Communist Manifesto• Mengutamakan kaedah determinisme (kuasa ramalan).• Konflik bukan bermaksud di dalam keadaan yang ganas

tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya.

• Antara idea teori ini dlm bidang sosiologi ialah:- Interaksi sosial berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara dan bukan kerjasama.- Perjuangan punca perubahan sosial- Konflik akan sentiasa berlaku dlm masyarakat – perubahan.- Yang berkuasa dapat memaksa yang lemah melalui persetujuan- Konflik sentiasa berlaku tetapi bukan keganasan.- Kesan konflik adalah positif iaitu penyatuan. Tidak merosakkan masyarakat.- Konflik kelas bergantuang kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial. Yang paling utama adalah faktor ekonomi.

Page 17: Sosiologi pendidikan (1)

• Pendekatan ini mementingkan aspek politik dan ekonomi dlm pembentukan masyarakat.

• Masyarakat berada dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin menguasai antara satu sama lain serta memperjuangkan kepentingan masing2.

• Terdapat 3 perkara penting yang berlaku pada masyarakat iaitu; konfilk, perubahan, dan paksaan.

• Teori ini melihat pendidikan sebagai alat untuk membentuk susun lapis masyarakat mengikut kehendak orang yang berkuasa / status tinggi.

• Fungsi sekolah mengikut keperluan industri, dan kehendak golongan tertentu.Mengekal dan pembentukan kawalan sosial.

• Faedah kepada mereka yang berkuasa. (elit/non elit)

Page 18: Sosiologi pendidikan (1)

Teori Interaksionalisme

• Dipengaruhi oleh Max Weber, ahli sejarah sosial Jerman.

• Setiap individu perlu memahami dunia masyarakat dari sudut pandangan individu.

• Juga dikenali sebagai ‘symbolic interactionisme’, yg diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863 – 1931).

• Ciri-ciri teori ini ialah:

- Interaksi sosial harian (bukan struktur besar)

- Individu dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.

- Byk menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya.

- Komunikasi dan cara hidup manusia ada simboliknya dan sangat penting. Cth: hadiah dari pelajar kepada guru mungkin ada simbol atau maksud yang tersendiri.

* Kesimpulan teori ini: kehidupan sosial ialah hasil daripada interaksi.

Page 19: Sosiologi pendidikan (1)

• Dari aspek pendidikan, pendekatan ini lebih folus kepada pandangan mikro dan bukannya makro.

• Memberi tumpuan yang lebih luas kepada sekolah, bilik darjah dan perkembangan kurikulum.

• Memahami interaksi antara guru dan murid.• Mennghidupkan peranan sekolah yang sebenarnya dan

menjanjikan pendidikan untuk semua.

Page 20: Sosiologi pendidikan (1)

Hubungan Sosiologi dengan Pendidikan dan Pengenalan Sosiologi Pendidikan

• Pada abad ke-20, perhubungan sosiologi dengan pendidikan semakin kukuh di mana kajian sosiologi semakin aktif, dan isu-isu pendidikan juga perlu mendapat khidmat dari pakar sosiologi.

• Sosiologi Pendidikan : Kajian tentang masyarakat dlm institusi pendidikan yg menggunakan pendekatan dan teknik sosiologi.

• Contohnya: Di sekolah, guru memupuk perwatakan murid supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna. Dengan perkataan lain, perkembangan murid sesuai dengan kehendak mesyarakat. Untuk mencapai tujuan ini, peranan persekitaran penting dalam memupuk nilai murni murid-murid.

Page 21: Sosiologi pendidikan (1)

Fungsi dan Peranan Sosiologi Pendidikan

• Alat kemajuan masyarakat melalui kerjasama dan fungsi sekolah.

• Menentukan objektif pendidikan.• Sebagai sosiologi pendidikan (menganalisis disiplin

pendidikan)• Analisis proses pemasyarakatan.• Melatih guru-guru memahami isu dan masalah

pendidikan.• Analisis kedudukan pendidikan dalam masyarakat.• Analisis perhubungan sosial dalam konteks sekolah dab

sekolah dengan komuniti.• Kesimpulannya sosiologi pendidikan amatlah penting

untuk mencapai matlamat pembangunan negara, guna tenaga dan perpaduan bangsa.

Page 22: Sosiologi pendidikan (1)

Proses Sosialisasi

• Merupakan satu proses di mana seseorang mempelajari dan memahami kebudayaan serta tingkah laku yang berkaitan dengan peranan sosialnya.

• Proses sosialisasi amatlah penting difahami oleh guru-guru kerana ia boleh mempengaruhi personaliti dan disiplin seseorang murid baik di peringkat sekolah rendah atau menengah.

• Agen-agen Sosialisasi:

- Keluarga (ibu bapa, adik beradik dan saudara terdekat)

- Rakan sebaya

- Media massa.

Page 23: Sosiologi pendidikan (1)

RUJUKAN

• Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn Bhd.

• Gidden, A. 1982. Sociology: A Brief but Critical Introduction. New York: Harcourt Brace Jovanovich

• Sharifah Alwiyah Alsagoff. 1987. Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann (M) Sdn Bhd