13
KPS 6014 TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN -SOCIAL PHENOMENOLOGY- FAIRUZ SYAZWANI BADIOZE ZAMAN M20131001196

Social Phenomenology

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Social Phenomenology

Citation preview

PowerPoint Presentation

KPS 6014TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN

-SOCIAL PHENOMENOLOGY-

FAIRUZ SYAZWANI BADIOZE ZAMANM20131001196

ISI KANDUNGAN

PengenalanAsal Usul TeoriTokoh-Tokoh TeoriKaitannya Dengan Teori KlasikPerbandingan Dengan Teori LainHuraian Mendalam Mengenai TeoriPengaplikasian Teori Dalam Bidang Pendidikan

Litchman (2010) menyatakan secara umumnya, Edmund Husserl telah diiktiraf sebagai bapa fenomenologi meskipun Priest (2002) mencadangkan Kant sebagai orang pertama yang menggunakan istilah fenomenologi.

Namun begitu, menurut Pastia (2011) pula pada mulanya istilah fenomenologi ini diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah iaitu Johann Heinrich Lambert (1728-1777) dan baru dipopularkan oleh Edmund Husserl (1859-1938). ASAL USUL TEORIPENGERTIANMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), fenomena bermaksud sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan ataupun sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik.

Fenomenologi berasal dari bahasa Yunani yakni, phainomenon yang bermaksud kemunculan benda atau fenomena (Spinelli, 1989) di dalam buku ODonoghue dan Punch (2003). Fenomena ini termasuklah apa-apa sahaja yang kelihatan atau hadir sendiri, seperti emosi, pemikiran dan objek fizikal.Radnor (2001), fenomenologi menerangkan dan mentafsirkan pengalaman hidup peribadi individu itu sendiri atau orang lain. Kepentingannya dalam konteks peribadi individu adalah bertujuan untuk memahami dan merakam pengalaman yang diperolehi oleh mereka.Ehrich (2003), fenomenologi juga menggambarkan sesuatu perkara sebagai satu pengalaman yang dialami oleh seseorang, yang mana pendekatan ini berpaling daripada bidang sains dan pengetahuan saintifik malahan kembali merujuk kepada diri individu itu sendiri Creswell (2007), sekiranya pendekatan naratif menceritakan perihal peribadi seseorang individu, kelainan yang terdapat pada fenomenologi pula adalah menghuraikan pengalaman hidup beberapa orang individu dalam bentuk konsep ataupun fenomena. Ahli fenomenologi berusaha untuk memahami hubungan antara tindakan, keadaan dan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Fenomenologi tidak melihat apa-apa aspek sebagai sebab dan akibat, tetapi sebaliknya melihat semua dimensi sebagai asas kepada orang lain.TOKOH-TOKOH TEORI

Edmund Husserl (1859 1938)

Merupakan seorang ahli Matematik Jerman. Terjun ke lapangan falsafah kerana tertarik dengan seorang ahli falsafah Jerman iaitu Brentano Dikenali sebagai Bapa Fernomenologi. Husserl percaya bahawa pengalaman merupakan sumber segala ilmu. Alfred Schutz (1899 1959)

Alfred Schutz dilahirkan pada 13 April 1899 dan meninggal dunia pada 20 Mei 1959.Schutz merupakan seorang ahli sains sosial daripada Austria. Walaupun Schutz telah mendokongi pendekatan fenomenologi oleh Husserl, namun beliau membekalkan keilmuan yang dimiliki dalam mengikuti bidang sosiologi dan ekonomi oleh Max Weber.

TOKOH-TOKOH TEORI

KAITAN DENGAN TEORI KLASIKINTERAKSIONISME SIMBOLIK

Merupakan sebuah teori yang melihat masyarakat dalam bentuk mikro.Membincangkan peranan individu dalam masyarakat.Secara keseluruhan teori memperlihatkan interaksi sosial manusia antara satu sama lain melalui simbol-simbol yang dikenal pasti.Adalah penting interaksi seharian untuk kita mengenal pasti fenomena dan pengalaman yang dilalui oleh individu tersebut.PERBEZAAN DENGAN TEORI LAINTEORI GROUNDED

Fenomenologi tujuannya adalah untuk melihat pengalaman individu yang sebagai satu fenomena iaitu sesuatu yang melibatkan pengalaman, perasaan dan sebagainya. Manakala teori grounded pula bertujuan ingin membina teori tentang fenomena yang ingin mereka ketahui dengan lebih mendalam.

Di dalam fenomenologi penyelidik perlu mengamalkan 2 perkara utama iaitu epoche dan verstehen. Penyelidik perlu menyelami dan memahami peserta kajian agar mereka benar-benar dapat memahami perasaan dan pengalaman yang dialami oleh peserta. Manakala bagi teori grounded, penyelidik tidak perlu mempunyai kemahiran untuk menjalankan penyelidikan.HURAIAN MENDALAM MENGENAI TEORIFenomenologi bukan sahaja digunapakai dalam bidang falsafah malahan dalam pelbagai bidang, perubatan, psikologi, pendidikan dan sebagainya.Kebiasaannya, fenomenologi ini akan muncul dalam reka bentuk penyelidikan yang mana penyelidik cuba untuk mengkaji, melihat dan mengenal pasti pengalaman yang dialami oleh orang lain. Menurut Noraini Idris (2010), hasrat ahli fenomenologi adalah untuk memahami cara dunia dilihat oleh orang lain. Tambahan, Geertz (1973) dalam Noraini Idris menyatakan ahli fenomenologi berusaha untukmemasukiindividu yang dikaji untuk memahami takrifan yang mereka bina tentang kejadian yang mereka lalui.Untuk memahami perkara ini, pemerhati perlulah meneutralkan pemikiran dan cuba meletakkan diri sendiri ke dalam pemikiran pengalaman individu itu sendiri. Perkara ini dijelaskan oleh Husserl sebagai epoche ataupun bracketing.

Epoche berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud penggantungan kepercayaan supaya fenomena boleh ditumpukan sepenuhnya dan difahami (Ehrich, 2003).

Keperluan epoche adalah untuk tidak membuat sebarang pertimbangan atau bersiaft bias terhadap isu yang sedang diperhatikan. Oleh itu, pemerhati perlu mengetepikan segala kepercayaan dan andaian.HURAIAN MENDALAM MENGENAI TEORIHURAIAN MENDALAM MENGENAI TEORIMengikut pendekatan yang diketengahkan oleh Schutz, beliau mentafsirkan fenomenologi sosial daripada konsep Weber yang menekankan verstehen iaitu tafsiran atau penyertaan. Verstehen merujuk kepada memahami makna tindakan dari sudut pemerhati. Seolah-olah meletakkan diri pemerhati ke dalam orang yang diperhati.

Verstehen secara kasar diterjemahkan kepada "kefahaman yang bermakna" atau meletakkan diri anda dalam kasut orang lain untuk melihat perkara-perkara dari perspektif mereka.PENGAPLIKASIAN TEORI DALAM BIDANG PENDIDIKANNoraini Idris (2010) menjelaskan bahawa lazimnya pendekatan ini meneroka pengalaman yang dilalui dan dialami oleh individu dalam kehidupan seharian.Fenomena yang berlaku mungkin berbentuk pemahaman, pengalaman, perasaan , kepercayaan dan sebagainya.Sebagai contoh: Pelajar mangsa dera, buli, sumbang mahram dsbPemahaman pelajar dari rumah berkenaan multibudaya, nilai-nilai murniPelajar yang mempuunyai masalah disiplinFenomena ini boleh dilihat dan diperhatikan oleh guru untuk memahami situasi yang dialami pelajar.TAMAT