30
SULIT* 2 PERCUBAAN STPM 2011 Bahagian A [50 markah] 1. (a) Terangkan tiga sumbangan perniagaan kepada ekonomi negara. [3] (b) Huraikan dengan ringkas maksud perniagaan tahap hiliran dengan memberi contoh yang sesuai. [2] (c) Nyatakan empat fungsi utama dalam suatu proses pengurusan. [2] (d)Jelaskan perkaitan antara perancangan dengan pengorganisasian. [3] (e) Senaraikan empat alat kawalan pengurusan. [2] (f) Terangkan tiga ciri produk menurut Philip Kotler. [3] (g) Jelaskan tiga peranan pengurus kewangan. [3] (h) Berikan empat sumber pembiayaan jangka pendek. [2] (i) Huraikan maksud kemahiran membuat keputusan. [2] (j) Jumlah beg dihasilkan Syarikat Budijaya dalam masa lima belas hari adalah seperti berikut: 23, 66, 62, 45, 88, 53, 45, 35, 70, 12, 71, 59, 42, 45, 78 Berdasarkan data yang diberi di atas, hitung min, mod dan median. [3] 946/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT* 2 PERCUBAAN STPM 2011

Bahagian A [50 markah]

1. (a) Terangkan tiga sumbangan perniagaan kepada ekonomi negara. [3]

(b) Huraikan dengan ringkas maksud perniagaan tahap hiliran dengan memberi contoh yang sesuai. [2]

(c) Nyatakan empat fungsi utama dalam suatu proses pengurusan. [2]

(d) Jelaskan perkaitan antara perancangan dengan pengorganisasian. [3]

(e) Senaraikan empat alat kawalan pengurusan. [2]

(f) Terangkan tiga ciri produk menurut Philip Kotler. [3]

(g) Jelaskan tiga peranan pengurus kewangan. [3]

(h) Berikan empat sumber pembiayaan jangka pendek. [2]

(i) Huraikan maksud kemahiran membuat keputusan. [2]

(j) Jumlah beg dihasilkan Syarikat Budijaya dalam masa lima belas hari adalah seperti berikut:

23, 66, 62, 45, 88, 53, 45, 35, 70, 12, 71, 59, 42, 45, 78

Berdasarkan data yang diberi di atas, hitung min, mod dan median. [3]

2. (a) Terangkan tiga kelebihan dan tiga kelemahan pengambilan pekerja mengikut kaedah sumber dalaman dan sumber luaran. [12]

(b) Terangkan empat bentuk ganjaran kewangan yang diberi oleh majikan kepada pekerja mereka. [4]

(c) Huraikan jenis-jenis pengedaran yang digunakan untuk memasarkan produk berikut:(i) Minyak masak(ii) Televisyen(iii) Jam tangan Rolex [9]

946/1*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 2: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 3 PERCUBAAN STPM 2011

Bahagian B [50 markah]

3. (a) Jelaskan pengaruh pihak-pihak yang berkepentingan berikut mempengaruhi prestasi sesebuah perniagaan:

(i) Pelanggan(ii) Pesaing(iii) Pekerja(iv) Pembekal

[12]

(b) Sumber pengeluaran bagi menjalankan perniagaan semakin berkurangan. Huraikan peranan yang boleh dimainkan oleh perniagaan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan menggunakan sumber yang terhad. [8]

(c) Terangkan faktor-faktor yang mendorong syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. [5]

4. (a) Pelajar-pelajar STPM 2011 kini dalam proses persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM yang akan menentukan masa hadapan mereka. Pelajar-pelajar tersebut pasti mempunyai motivasi untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM.

(i) Berikan definisi motivasi.(ii) Berdasarkan situasi di atas, galurkan proses motivasi yang dihadapi oleh

pelajar STPM 2011. [8]

(b) Huraikan empat kepentingan perancangan dalam sesebuah organisasi. [8](c) Berikut ialah peringkat-peringkat pengurusan di dalam sebuah organisasi:

Encik Zainudin Drahman – Ketua Pegawai Eksekutif

Encik Nadzri Mohd Zain – Pengurus Pengeluaran

Cik Becky Lim – Penyelia Pengeluaran

Huraikan tiga tahap perancangan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. [9]

5. (a) Bezakan di antara pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi. [4]

(b) Huraikan dua kelebihan dan dua kelemahan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan. [8]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 3: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 4 PERCUBAAN STPM 2011

(c) “Pengurus yang berkesan adalah pengurus yang cekap”. Jelaskan. [13]

6. (a) Huraikan dua perbezaan matlamat kewangan memaksimum kekayaan pemegang saham dengan memaksimumkan keuntungan. [4]

(b) Terangkan prinsip-prinsip dalam insurans berikut dengan bantuan contoh:(i) Kepentingan yang boleh diinsuranskan(ii) Prinsip penuh percaya(iii) Prinsip ganti rugi [9]

(c) Anggaran jualan Syarikat Mesrajaya antara Februari hingga Jun 2010 adalah seperti berikut:

RMFebruari 100,000Mac 120,000April 150,000Mei 200,000Jun 300,000

Mengikut amalan industri, jualan tunai biasanya ialah 50% dan bakinya dibayar sebulan selepas jualan.Kos belian ialah 60% daripada harga jualan dan syarikat akan membeli bahan mentah sebulan sebelum jualan. Pembayaran belian akan dibuat sebulan selepas belian.(i) Sediakan penyata anggaran kutipan jualan dari Februari hingga Jun 2010.(ii) Sediakan penyata anggaran pembayaran belian dari Februari hingga Jun 2010.

[12]

7. (a) Huraikan sifat-sifat individu yang berkesan berikut seperti yang dicadangkan oleh Stephen Covey.

(i) Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat(ii) Berfikiran menang-menang(iii) Tajamkan gergaji(iv) Bersikap proaktif(v) Lakukan perkara yang utama dahulu

[10]

(b) Encik Rahman merupakan seorang pengurus Syarikat Sinar Cahaya Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai jenis lampu dan peralatan percahayaan. Beliau ingin membuka cawangan di Melaka dan sedang berusaha untuk mencari lokasi dan ruang kedai yang sesuai. Huraikan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pembuatan keputusan yang rasional untuk mencari lokasi dan ruang kedai tersebut. [15]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 4: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 5 PERCUBAAN STPM 2011

8. (a) Syarikat Glory Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar pakaian sukan yang telah beroperasi selama hampir 10 tahun dan pihak pengurusan bercadang untuk mengembangkan perniagaannya. Berikut adalah maklumat telah yang diperoleh oleh Syarikat Glory Sdn. Bhd. sebelum membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaannya:

Pilihan Keputusan Pasaran baik (RM)

Pasaran sederhana (RM)

Pasaran meleset(RM)

Meningkatkan strategi promosi

60,000 20,000 -30,000

Membuka cawangan baru 85,000 25,000 -40,000

Tidak membuat apa-apa 0 0 0

Kebarangkalian 0.3 0.5 0.2

(i) Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat Glory Sdn. Bhd.

(ii) Hitung jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusan.iii) Terangkan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut.

[10]

(b) Encik Choong baru dilantik sebagai eksekutif pemasaran di Syarikat Wawasan Sdn. Bhd. Semasa tempoh percubaan selama tiga bulan, beliau gagal mencapai sasaran jumlah jualan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Oleh yang demikian, beliau telah diarahkan oleh pengurus pemasaran untuk menjalankan strategi jualan yang intensif untuk meningkatkan jumlah jualan tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tidak menyediakan pengangkutan dan pasukan jurujual yang cekap untuk membantunya semasa menjalankan tugas. Setiap kali beliau hendak keluar untuk memasarkan produk, beliau perlu mendapatkan kebenaran daripada pengurus pemasaran. Dalam masa yang sama, sekumpulan jurujual baru telah dipilih oleh syarikat dan beliau telah diarahkan oleh pengurus sumber manusia untuk memberikan satu kursus asas perakaunan kepada mereka. Situasi ini membuatkan beliau mengalami ketegangan.

(i) Berikan maksud ketegangan. [2](ii) Jelaskan empat punca ketegangan yang dialami oleh Encik Choong sebagai

eksekutif pemasaran. [8](iii) Berikan lima cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh

Encik Choong. [5]

SOALAN TAMAT

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 5: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 6 PERCUBAAN STPM 2011

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011PENGAJIAN PERNIAGAAN 1

Bahagian A

1. (a) Tiga sumbangan perniagaan kepada ekonomi negara:i. Membantu meningkatkan pendapatan negara [½]

Meningkatkan pendapatan kerajaan melalui cukai yang dibayar. [½]ii. Meningkatkan kemudahan awam [½]

Perniagaan membantu mewujudkan kemudahan pengangkutan, infrastruktur dan perhubungan. [½]

iii. Mengembangkan industri sampingan [½]Industri huluan dapat mewujudkan banyak industri hiliran. [½]Contoh: Industri automobil telah mewujudkan industri tayar. [½]

iv. Mewujudkan penempatan baru [½]Perniagaan mendorong kewujudan bandar-bandar baru [½]Aktiviti perniagaan menarik ramai penduduk menetap disesebuah kawasan. [½]

v. Mewujudkan peluang pekerjaan [½]Dengan mengambil pekerja dalam kalangan masyarakat setempat untuk menjalankan aktiviti perniagaan. [½]

[Pilih mana-mana first tiga fakta diatas, F = ½m, H = ½m] [1m x 3 = 3m]

(b) Maksud perniagaan tahap hiliran dengan memberi contoh yang sesuai:Perniagaan tahap hiliranAktiviti perniagaan yang terlibat selepas bahan mentah diperoleh daripada aktiviti perniagaan huluan. [1]Contoh: Bagi industri membuat tayar, perniagaan hilirannya ialah perniagaan pemasangan kereta. [1] [H = 1m, C = 1m][Jumlah = 2m]

(c) Empat fungsi utama dalam suatu proses pengurusani. Perancangan. [½]ii. Pengorganisasian. [½]iii. Kepemimpinan. [½]iv. Pengawalan. [½] [2m]

(d) Perkaitan antara perancangan dengan pengorganisasian:i. Pengorganisasian dan perancangan ialah fungsi pengurusan. [1]ii. Perancangan dilaksanakan dahulu, diikuti dengan pengorganisasian. [1]iii. Perancangan bertujuan untuk menetapkan matlamat, sedangkan

pengorganisasian bertujuan untuk mengatur sumber-sumber organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. [1] [Jumlah = 3m]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 6: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 7 PERCUBAAN STPM 2011

(e) Empat alat kawalan pengurusan:i. Analisis pulang modal. [½]ii. Belanjawan. [½]iii. Carta Gantt. [½]iv. Analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program(PERT)/Cara Laluan Genting

(CPM). [½] [2m]

(f) Tiga ciri produk:i. Produk teras [½] – sebab utama dan faedah yang ingin diperolehi pelanggan

setelah membeli sesuatu produk. [½]ii. Produk ketara [½] – ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu produk. [½]iii. Produk sampingan [½] – faedah tambahan yang ingin diperoleh oleh pelanggan.

[½] [Jumlah = 3m]

(g) Tiga peranan pengurus kewangan:i. Membuat perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan untuk

beroperasi dan peluang pelaburan yang ada. [1]ii. Menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik. [1]iii. Menggunakan dana secara berkesan. [1]iv. Menganalisis dan menggunakan penyata kewangan untuk menilai pelaburan

yang telah dibuat dan mengukur prestasi syarikat secara keseluruhan. [1][Pilih mana-mana first 3 peranan = 3m]

(h) Empat sumber pembiayaan jangka pendek ialah:i. Overdraf [½]ii. Kredit perdagangan [½]iii. Pemfaktoran [½]iv. Surat kredit [½]

Pinjaman jangka pendek Kredit pusingan [1F = ½m] [½ x 4 = 2m]

(i) Maksud kemahiran membuat keputusan:Kemampuan untuk memilih alternatif terbaik dengan menggunakan kaedah membuat keputusan yang sesuai seperti statistik deskriptif, analisis sebab akibat dan sebagainya. [1]Ia berkaitan dengan kecekapan pengurus dalam mengenalpasti masalah, menganalisis masalah dan alternatif yang dipengaruhi oleh pengalaman seseorang. [1] [Jumlah = 2m]

(j) Syarikat Budijaya:

1. Min = (23 + 66 + 62 + 45 + 88 + 53 + 45 + 35 + 70 + 12 + 71 + 59 + 42 + 45 + 78) ÷ 15 [½]= 52.93 [½]

2. Mod = Bilangan produk yang paling kerap berulang [½] = 45 [½]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 7: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 8 PERCUBAAN STPM 2011

3. Median = 53 [1] [Jumlah = 3m]

2. (a) Tiga kelebihan dan tiga kelemahan pengambilan pekerja mengikut kaedah sumber dalaman dan sumber luaran.

Sumber dalaman Sumber luaranKebaikan

1. Tidak memerlukan kos yang banyak.

2. Pekerja yang sedia ada.3. Pekerja lebih mahir dan setia.4. Luas pengalaman.5. Tidak memerlukan latihan dan

pembangunan yang khusus.

[Pilih mana-mana first 3 di atas = 3m]

Kebaikan1. Idea baru.2. Pekerja yang lebih berpengetahuan

dalam penggunaan teknologi.3. Lebih produktif.4. Pekerja lebih bersemangat.5. Mendapat kemahiran baru.

[Pilih mana-mana first 3 di atas = 3m]Kelemahan1. Memiliki idea lama yang mungkin

memberi kebosanan kepada syarikat.2. Pekerja yang tidak produktif.3. Kurang bermotivasi dalam

melaksanakan tugas disebabkan menjadi kebiasaan dalam melakukan kerja.

4. Kenaikan pangkat menyebabkan kekosongan jawatan kerana tiada yang layak.

5. Pekerja lebih dikenali dan disenangi.6. Mudah membuat perancangan jangka

panjang bagi pembangunan kerjaya pekerja.

7. Mungkin halangan untuk melakukan perubahan.

8. Pengetahuan yang sama/tiada kelainan.

[Pilih mana-mana first 3 diatas = 3m]

Kelemahan1. Kos meningkat bagi latihan dan

pembangunan pekerja.2. Perlukan orientasi kerja dan

latihan.3. Mengambil masa yang agak lama

untuk mahir dan memahami budaya organisasi.

4. Kesilapan dan kelemahan pekerja akan berlaku pada peringkat awal.

5. Pekerja yang tidak setia.6. Mengurangkan motivasi pekerja

sedia ada.7. Tiada maklumat tentang pekerja

baru.

[Pilih mana-mana first 3 di atas = 3m] [Jumlah = 12m]

(b) Empat bentuk ganjaran kewangan yang diberi oleh majikan kepada pekerja mereka: i. Gaji [½] – ganjaran wang yang diberi bagi setiap tempoh tertentu iaitu sebulan.

[½]ii. Upah [½] – diberi berdasarkan jumlah hari atau jam bekerja dan berdasarkan

sistem upah. [½]iii. Komisen jualan – berdasarkan jumlah jualan yang dibuat dan diberikan kepada

agen jualan. [½]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 8: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 9 PERCUBAAN STPM 2011

iv. Bonus tahunan [½] – berdasarkan prestasi syarikat setiap tahun dan bergantung kepada jumlah keuntungan syarikat pada hujung tahun. [½]

v. Elaun [½] – elaun lebih masa, elaun memangku jawatan, elaun perpindahan dan sebagainya. [½]

vi. Pencen [½] – ganjaran bagi pekerja bila tamat tempoh perkhidmatan. [½]vii. Tabung KWSP [½] – simpanan semasa bekerja dan boleh diambil untuk akaun

tertentu sahaja sehingga tempoh perkhidmatan tamat pekerja boleh mengeluarkan semuanya. [½] [Pilih mana-mana first 4 x 1m = 4m]

(c) Jenis-jenis pengedaran yang digunakan untuk memasarkan produk berikut:(i) Minyak masak

Pengedaran intensif. [1]Merangkumi liputan yang luas dan maksimum. [1]Mudah didapati oleh pengguna di merata kedai. [1]Pengantara pemasaran perlu menyimpan stok produk yang banyak. [1]

(ii) TelevisyenPengedaran selektif. [1]Untuk barangan beli belah, istimewa dan industri yang memerlukan usaha jualan yang berbeza atau khusus. [1]Pengedaran dihadkan kepada beberapa pengantara di sesuatu kawasan geografi berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. [1]Digunakan kerana jumlah pembeli adalah sedikit tetapi pembeli-pembeli merupakan pembeli besar. [1]

(iii) Jam tangan RolexPengedaran eksklusif. [1]Untuk produk yang dianggap istimewa oleh pengguna. [1]Pengedaran dihadkan kepada satu outlet kedai dalam satu kawasan geografi. [1]Strategi ini menarik untuk pengantara pemasaran kepada usaha yang promosi dilakukan memberikan faedah eksklusif kepada mereka. [1]

[F = 1m, H = 1][1F + 2H = 3m x 3 = 9m]

Bahagian B

3. (a) Pihak-pihak yang berkepentingan berikut mempengaruhi prestasi sesebuah perniagaan:

i. PelangganPelanggan merupakan pembeli @ pengguna kpd produk yang dikeluarkan. [1]Memainkan peranan yg penting dalam menentukan perkembangan sesebuah perniagaan kerana mereka merupakan pihak yang menyalurkan pendapatan kpd perniagaan melalui jualan. [1]Perniagaan perlu mencari jalan untuk mengetahui keperluan & citarasa pelanggan supaya keperluan mereka dapat dipenuhi. [1]Perniagaan perlu meningkatkan kepuasan melalui baranagan yg berkualiti pada harga yg berpatutan, layanan mesra, memberikan kemudahan kredit, diskaun dan lain-lain. [1]Contoh: Pelanggan yg berpuas hati akan membawa lebih ramai pelanggan manakala pelanggan yg tidak berpuas hati akan membeli daripada pesaing. [1]

ii. PekerjaPihak yang menyumbangkan tenaga, masa & kebolehan utk melakukan kerja-kerja dalam perniagaan. [1]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 9: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 10 PERCUBAAN STPM 2011

Tindak-tanduk pekerja mempengaruhi kejayaan/kegagalan sebuah perniagaan. [1]Perniagaan perlu mencari pekerja yg baik supaya segala kerja dilakukan dengan berkesan. [1]Perniagaan perlu mewujudkan satu situasi yg memuaskan hati pekerja untuk bekerja. [1]Contoh: Pekerja yang baik dan berpengalaman akan tertarik dengan firma perniagaan yang memberi gaji yang tinggi dan keselesaan di tempat kerja. [1]

iii. Pesaing Pesaing adalah perniagaan lain yg mengeluarkan sesuatu barangan untuk keperluan pelanggan yg sama dlm industri yg sama & cuba menarik pelanggan dari perniagaan.Perniagaan harus mengawasi kegiatan-kegiatan pesaing supaya dapat bersaing dengan lebih baik. [1]Perniagaan harus menawarkan barangan atau perkhimatan yg lebih berkualiti drp barangan/perkhidmatan yg ditawarkan oleh pesaing kpd palanggan. [1]Keadaan ini boleh mengelakkan para pelanggan beralih kpd pesaing yg akan menyebabkan jualan perniagaan terjejas. [1]Contoh: Pesaing yang baik dan sengit memberi tekanan kepada perniagaan untuk mengeluarkan barangan/perkhidmatan yg lebih bermutu. [1]

iv. PembekalPihak yang menawarkan segala keperluan bagi sebuah perniagaan seperti bahan mentah, pekerja, pengangkutan dan lain-lain. [1]Perniagaan perlu mempunyai hubungan yg baik dengan pembekal supaya bekalan dapat dihantar apabila diperlukan. [1]Hubungan yg baik dengan pembekal membolehkan pembekal menawarkan bekalan dengan harga yg menarik. [1]Perniagaan harus memastikan bayaran dibuat kpd pembekal dalam masa yg ditetapkan supaya pembekal tidak memutuskan bekalan, kerana kehilangan bekalan boleh menjejaskan aktiviti perniagaan. [1]Contoh: Pembekal yang tidak dapat membekalkan bahan mentah akan menyukarkan pengeluaran barangan. [1]

[Pilih mana-mana 3 huraian; 1H = 1m; 3H = 3m x 4 = 12m]

(b) Peranan yang boleh dimainkan oleh perniagaan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan menggunakan sumber yang terhad:

i. Menentukan jenis barang & perkhidmatan yang akan dikeluarkan [1]Dengan sumber pengeluaran yang terhad, pengeluar tidak boleh menyediakan segala jenis barang dan perkhidmatan, tetapi terpaksa memilih kehendak dan keperluan majoriti pengguna. [1]

ii. Menentukan jumlah barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan [1]Jumlah barang & perkhidmatan yang akan dikeluarkan mestilah cukup untuk memenuhi kehendak & keperluan pengguna bagi mengelakkan pembaziran. [1]

iii. Menentukan cara mengeluarkan barang & perkhidmatan [1]Pengeluar boleh memilih cara pengeluaran sama ada intensif modal, intensif buruh ataupun intensif modal dan buruh pada masa yang sama untuk meminimumkan kos pengeluaran. [1]

iv. Menjual barangan & perkhidmatan kepada pengguna yang memerlukannyaBarang & perkhidmatan yang dikeluarkan perlu melalui proses pemasaran spt. penjenamaan dan lain-lain untuk memastikan pengguna memperolehi barang &

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 10: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 11 PERCUBAAN STPM 2011

perkhidmatan yang diperlukan pada harga, kuantitim masa dan tempat yang sesuai. [1] [1F = 1m; 1H = 1m; 2m x 4 = 8m]

(c) Faktor-faktor yang mendorong syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa:

i. Dapat mengembangkan pasaran supaya tidak hanya bergantung kepada satu pasaran yang sudah dipenuhi dengan ramai pesaing yang menawarkan produk yang lebih berkualiti pada harga yang rendah. [1]

ii. Terdapat peluang pasaran yang lebih baik seperti USA dan Eropah di mana penduduknya ramai dan mempunyai kuasa beli yang tinggi untuk memberi keuntungan yang lebih. [1]

iii. Syarikat memerlukan pelanggan yang ramai untuk mencapai ekonomi bidangan dalam pengeluaran produk di pasaran tempatan. Apabila kos pengeluaran menjadi rendah, syarikat dapat menawarkan produknya di pasaran asing pada harga yang lebih murah atau kompetitif. [1]

iv. Terdapat kos upah buruh yang lebih murah seperti di negara China dan Indonesia lebih murah. [1]

v. Pasaran domestik semakin tepu kerana pengeluaran melebihi keperluan di pasaran tempatan. Oleh itu, pengeluaran perlu dipasarkan di pasaran luar untuk mengekalkan prestasi jualan dan keuntungan syarikat. [1] [5 isi x 1m = 5m]

4. (a) (i) Maksud motivasi:Keinginan seseorang [½] untuk berusaha [½] secara bersungguh-sungguh [½] untuk mencapai kehendaknya [½] [Jumlah = 2m]

(ii) Proses motivasi yang dihadapi oleh pelajar STPM:Pelajar STPM ingin mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM 2011. [1]Pelajar merasa gelisah. [1]Perasaan resah meransang pelajar untuk bertindak. [1]Pelajar mengurangkan keresahannya dengan tindakan seperti belajar dengan bersungguh-sungguh, memberi perhatian dalam kelas, mengambil nota, membuat rujukan, menghadiri kelas tambahan, tidak ponteng kelas dan lain-lain. [1]Sekiranya pelajar mendapat keputusan STPM yang baik, keresahan pelajar akan hilang. [1]Ini disebabkan kehendak pelajar telah tercapai. [1] [Jumlah = 6m]

[2m + 6m = 8m](b) Empat kepentingan perancangan dalam organisasi:

i. Membantu mencapai matlamat organisasi [1]Perniagaan mempunyai matlamat tertentu yang perlu dicapai dalam masa yang tertentu. [1]Strategi yang dirangka akan dilaksanakan untuk mencapai matlamat tersebut. [1]

ii. Menentukan hala tuju perniagaan [1]Sebagai panduan untuk menentukan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. [1]Keputusan boleh dibuat mengenai bila, bagaimana dan siapa yang akan melakukan tugas. [1]Meliputi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. [1]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 11: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 12 PERCUBAAN STPM 2011

iii. Mengagihkan sumber dengan cekap [1]Sumber diagih kepada jabatan-jabatan. [1]Perniagaan boleh memikirkan langkah untuk mengatasi masalah kekurangan sumber. [1]Pengagihan sumber dapat dilakukan dengan cekap untuk mengurangkan kos akibat pembaziran. [1]

iv. Memudahkan proses membuat keputusan [1]Perancangan strategik dijalankan oleh pengurusan atasan. [1]Proses membuat keputusan oleh pengurus pertengahan dan pengurus bawahan akan menjadi lebih mudah. [1]

v. Memudahkan penilaian prestasi [1]Organisasi telah mempertimbangkan matlamat yang hendak dicapai dan menyediakan kayu pengukur. [1]Dengan itu prestasi sebenar dapat dibandingkan dengan yang dirancang bagi mengesan kesilapan jika ada. [1]

vi. Mengenalpasti peluang dan ancaman masa depan [1]Pengurus dapat memahami keadaan persekitaran kerana pelbagai maklumat perlu diperoleh sebelum perancangan. [1]Dengan itu, risiko dapat diminimumkan kerana pelbagai kemungkinan risiko telah dikaji dan diiring dengan alternatif yang sesuai. [1] [Pilih mana-mana first 4 kepentingan, 1F + 1H = 2m x 4 = 8m]

(c) Tiga tahap perancangan yang perlu dilaksanakan:i. Perancangan strategik dilaksanakan oleh Encik Zainudin Drahman sebagai

Ketua Pegawai Eksekutif. [1]Menetapkan matlamat syarikat. [1]Menggariskan perancangan secara luas dan umum [1]Dalam satu jangka masa yang panjang iaitu 1ima tahun ke atas. [1]Sebagai garis panduan panduan kepada subordinat. [1]Mengambilkira keupayaan organisasi dan persekitaran. [1]Contoh: Menjadikan syarikat pembekal pakaian wanita yang terbesar di Malaysia. [1]

ii. Perancangan taktikal dilaksanakan oleh Encik Nadzri Mohd Zain sebagai pengurus pengeluaran. [1]Mendukung perancangan strategik. [1]Dalam satu jangka masa sederhana iaitu satu hingga tiga tahun. [1]Lebih terperinci dalam skop yang lebih kecil. [1]Contoh: Jenis-jenis promosi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan jualan pakaian wanita. [1]

iii. Perancangan operasi dilaksanakan oleh Cik Becky Lim sebagai penyelia pengeluaran. [1]Mendukung perancangan strategik dan perancangan taktikal. [1]Mengariskan kerja-kerja yang perlu dijalankan dengan lebih khusus. [1]Dengan jangka masa yang pendek iaitu mingguan dan harian. [1]Contoh: Jadual kerja untuk jurujual yang terlibat dalam promosi jualan. [1]

[F = 1m, H = 1m, 1F + 2H = 3m x 3 = 9m]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 12: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 13 PERCUBAAN STPM 2011

5. (a) Perbezaan di antara pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti :Aspek Pemusatan autoriti Pemencaran autoriti

Autoriti dan kawalan

Diturunkan kepada peringkat pengurusan atasan.Melibatkan golongan kecil. [1]

Diturunkan kepada peringkat pengurusan bawahan.Melibatkan golongan besar. [1]

Penugasan Tertumpu dalam membuat keputusan.Kurang penyertaan dalam proses membuat keputusan. [1]

Banyak penugasan (aktif) yang berlaku.Penyertaan tinggi di kalangan pekerja bawahan dalam membuat keputusan. [1]

Inovatif dan kreatif

Kurang kerana tertumpu kepada pengurus atasan. [1]

Tinggi kerana pihak bawahan dilibatkan dalam membuat keputusan. [1]

Hasil keputusan

Keputusan yang dibuat lebih seragam. [1]

Keputusan yang dibuat adalah pelbagai. [1]

Tempoh kecepatan membuat keputusan

Cepat kerana tidak melibatkan ramai pembuat keputusan. [1]

Lambat kerana melibatkan ramai pembuat keputusan. [1]

[Perbezaan = 1m, 2 perbezaan x 2 aspek = 4m]

(b) Dua kelebihan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan:i. Berfungsi sebagai satu pasukan [1]

Semua pekerja perlu mengikut arahan pengurusan atasan. [1]Dapat mengelakkan persaingan antara pekerja dalam jabatan yang berlainan. [1]

ii. Mendapat persetujuan daripada pengurus atasan [1]Pengurusan atasan mengetahui setiap aktiviti yang dijalankan dalam organisasi. [1]

iii. Mudah mendapat kerjasama daripada pekerja [1]Proses membuat keputusan, pelaksanaan dan penyelarasan akan menjadi lebih mudah. [1]

iv. Memudahkan pengawalan [1]Semua pekerja perlu melakukan tugas mengikut arahan yang diberikan. [1]Ini membolehkan pengurusan atasan pembuat keputusan mengetahui kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dan standard yang perlu dicapai. [1]

[mana-mana first 2 isi x 2m = 4m]Dua kelemahan pemusatan autoriti dalam membuat keputusan:i. Beban tugas yang berat [1]

Pihak pengurusan atasan perlu membuat banyak keputusan yang berkaitan dengan perniagaan setiap hari. [1]

ii. Melambatkan proses membuat keputusan [1]Kuasa membuat keputusan tertumpu pada seorang individu akan menjejaskan kelancaran operasi perniagaan kerana perlu menunggu keputusan pihak tersebut. [1]

iii. Motivasi pekerja akan merosot [1]Pekerja tidak berpeluang melibatkan diri dalam proses membuat keputusan, sebaliknya mereka perlu menerima arahan daripada orang lain. [1]Pekerja mungkin merasakan hak dan kebebasan mereka terancam kerana berada di bawah kawalan seseorang individu yang mempunyai kuasa yang amat luas. [1]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 13: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 14 PERCUBAAN STPM 2011

iv. Pekerja tidak dilatih atau lemah untuk membuat keputusan [1]Kuasa membuat keputusan yang hanya bertumpu pada seseorang individu menyebabkan pekerja tidak mampu membuat keputusan sendiri dengan bijak. [1]Masalah timbul apabila mereka memegang jawatan yang lebih tinggi namun perlu bergantung kepada orang lain untuk membuat satu-satu keputusan. [1]

[mana-mana first 2 isi x 2m = 4m][Jumlah = 8m]

(c) “Pengurus yang berkesan adalah pengurus yang cekap”.i. Keberkesanan dan kecekapan merupakan dua konsep pengurusan yang sangat

penting dan perlu difahami oleh seseorang pengurus. [1]ii. Keberkesanan ialah melakukan perkara yang betul dan sentiasa berusaha ke

arah mencapai matlamat. [1] iii. Contoh: Matlamat adalah menyiapkan laporan dalam tempoh satu 7 hari.

Pengurus A berjaya menyiapkannya dalam tempoh 4 hari manakala Pengurus B dapat menyiapkan laporan dalam tempoh 10 hari. Pengurus A dianggap pengurus yang berkesan. [1]

iv. Kecekapan pula ialah melakukan kerja dengan betul supaya produktiviti adalah tinggi. [1]

v. Contoh: Pengurus A menggunakan bahan dan sumber yang lebih murah berbanding Pengurus B namun kualiti laporan kedua-duanya adalah sama. Pengurus A dianggap lebih cekap daripada Pengurus B.

vi. Pengurus yang berkesan ialah pengurus yang melakukan sesuatu yang betul iaitu memastikan matlamat yang ingin dicapai dalam proses pengurusan sesebuah organisasi. [1]

vii. Pengurus akan memastikan dan menentukan objektif yang jelas dan tepat, kemudian akan bertindak berdasarkan objektif yang telah ditetapkan dalam organisasi. [1]

viii. Pengurus yang berkesan merupakan pengurus yang sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. [1]

ix. Pengurus tersebut perlu mempunyai ciri-ciri pengurus yang cekap supaya aktiviti yang dijalankannya dapat memaksimumkan output dengan kos yang minimum. [1]

x. Selain mencapai matlamat yang ditetapkan, pengurus perlu menghasilkan produk yang diminta oleh pelanggan seperti produk berkualiti, murah dan mudah diperoleh pada masa dan tempat yang sesuai. [1]

xi. Oleh itu, pengurus yang berkesan adalah pengurus yang cekap kerana pengurus yang ingin mencapai matlamat perlu bekerja dengan cekap iaitu yang dapat memiminumkan kos di samping mengeluarkan produk yang memuaskan kehendak pelanggan. [1]

xii. Pengeluaran harus dibuat pada kos yang paling minimum dengan mengoptimumkan penggunaan sumber. [1]

xiii. Pengurus yang cekap akan melakukan sesuatu perkara dengan cara atau kaedah dikenal pasti lebih berkesan. [1]

xiv. Ini bermakna pengurus terpaksa menggunakan sumber yang ada dengan bijak tanpa pembaziran. [1]

xv. Pengurus yang cekap menggunakan sumber yang ada dengan memaksimumkan pengeluaran dan menghasilkan produk yang berkualiti. [1] [Jumlah = 13m]

6. (a) Dua perbezaan matlamat kewangan memaksimum kekayaan pemegang saham dengan memaksimumkan keuntungan.

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 14: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 15 PERCUBAAN STPM 2011

Aspek Memaksimumkan kekayaan pemegang saham

Memaksimumkan keuntungan

Skop matlamat

Lebih menyeluruh kerana merangkumi matlamat lain seperti memaksimumkan jualan, meluaskan pasaran, menjalankan tanggungjawab sosial, memaksimumkan untung syarikat dan lain-lain. [1]

Tidak menyeluruh dan lebih tertumpu kepada keuntungan semata-mata. [1]

Jangka masa

Matlamat jangka panjang kerana semua faktor diambil kira untuk menentukan hayat perniagaan yang panjang. [1]

Matlamat jangka pendek kerana faktor lain telah diabaikan mengakibatkan hayat perniagaan mungkin singkat. [1]

Nilai masa wang

Mengambil kira faktor nilai masa wang iaitu aliran tunai yang besar pada awal tempoh lebih baik berbanding dengan aliran tunai yang terkemudian kerana wang tersebut boleh digunakan untuk pelaburan yang mendatangkan pulangan yang lebih tinggi kelak. [1]

Tidak mengambil kira faktor nilai masa wang iaitu hanya mementingkan jumlah aliran tunai. [1]

Risiko Mengambil kira risiko di mana pulangan yang tinggi diharapkan untuk pelaburan yang berisiko tinggi atau sebaliknya. [1]

Tidak mengambil kira risiko asalkan keuntungan dapat dimaksimumkan. Dengan itu, jika gagal tiada sebarang pulangan yang akan diterima. [1]

Hayat perniagaan

Lebih panjang kerana syarikat mempunyai matlamat menyeluruh. [1]

Lebih singkat kerana syarikat hanya menumpukan matlamat memaksimumkan untung sahaja. [1]

[1 perbezaan = 1m, 2 aspek x 2 perbezaan = 4m]

(b) Prinsip-prinsip dalam insurans berikut dengan bantuan contoh:(i) Kepentingan yang boleh diinsuranskan

Sidiinsurans hanya boleh menginsuranskan harta atau nyawa yang mempunyai kepentingan langsung dengan dirinya. [1]Ini bermakna apabila risiko yang diinsurankan seperti kemalangan atau kerosakan berlaku sidiinsurans akan mengalami kerugian. [1]Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang mendapat keuntungan daripada harta orang lain akibat tindakan sengaja merosakkan harta tersebut untuk menuntut gantirugi. [1]Syarikat insurans perlu memastikan bahawa kepentingan yang boleh diinsuraskan benar-benar wujud sebelum bersetuju untuk memberi perlindungan. [1]Contoh: Ali boleh menginsuranskan nyawa atau rumahnya kerana dia akan mengalami kerugian besar apabila nyawa atau rumahnya musnah tetapi dia tidak boleh menginsuranskan nyawa atau rumah rakannya kerana dia tidak akan mengalami kerugian apabila kemusnahan berlaku. [1]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 15: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 16 PERCUBAAN STPM 2011

(ii) Prinsip penuh percayaPrinsip merujuk kepada sikap kejujuran di antara sidiinsuranskan dengan syarikat insurans. [1]Sidiinsuranskan mesti mendedahkan segala maklumat berkaitan dengan risiko yang diinsuranskan dengan benar. [1] Syarikat insurans pula mesti mendedahkan segala syarat dalam polisi insurans dengan jelas. [1]Pemberian maklumat palsu akan menyebabkan perjanjian insurans terbatal dan polisi insurans dibatalkan.[1]Pampasan tidak akan dibayar jika risiko berlaku dan tindakan mahkamah boleh diambil terhadap pihak yang bersalah. [1]Prinsip ini diadakan untuk mengelakkan berlakunya penipuan/frod. [1]Contoh: Ali menginsuranskan rumahnya terhadap kebakaran dengan nilai lindungan RM200,000. Semasa mengisi borang cadangan, beliau tidak menyatakan bahawa rumahnya mengandungi bahan-bahan mudah terbakar. Kebakaran telah berlaku dan kerugian yang ditanggung oleh Ali adalah RM100,000. Dengan kes ini, pampasan tidak akan dibayar kepada Ali. [1]

(iii) Prinsip ganti rugiSidiinsuranskan yang mengalami kerugian akan dibayar pampasan setakat kerugian yang dialami untuk memulihkan keadaannya kepada sedia kala. [1]Dengan itu, tiada unsur keuntungan kerana pampasan hanya setakat menggantikan kerugian yang sebenar dan tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada sidiinsurans. [1]Prinsip ini dikecualikan untuk insurans nyawa dan insurans kemalangan kerana nyawa dan tubuh badan tidak ternilai harganya. [1]Terdapat 3 prinsip tambahan iaitu prinsip caruman, prinsip subrogasi dan prinsip insurans limpah. [1]Contoh: Ali menginsuranskan rumahnya yang bernilai RM200,000 terhadap kebakaran dengan nilai lindungan RM180,000. Kebakaran telah berlaku dan kerugian yang ditanggung Ali ialah RM150,000, maka Ali akan dibayar pampasan sebanyak RM150,000 kerana jumlah tersebut merupakan kerugian sebenar yang dialaminya. Jika kerugian sebenar ialah RM200,000, Ali akan menerima RM180,000 sahaja kerana jumlah tersebut merupakan jumlah maksimum sidiinsuranskan (nilai lindungan). [1]

[1H = 1m, 3H x 3 prinsip = 9m

(c) Syarikat Mesrajaya

Penyata Anggaran Kutipan Jualan (RM)FEB MAC APRIL MEI JUN

Jualan Tunai (50%) 50,000 [½] 60,000[½] 75,000[½] 100,000[½] 150,000[½]Jualan kredit (50%) selepas 1 bulan 50,000[½] 60,000[½] 75,000[½] 100,000[½]Jumlah Kutipan Jualan 50,000[½] 110,000[½] 135,000[½] 175,000[½] 250,000[½]

(ii)

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 16: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 17 PERCUBAAN STPM 2011

Penyata Anggaran Pembayaran Belian (RM) FEB MAC APRIL MEI JUN

Pembayaran Belian (1 bulan selepas belian) 60,000[½]

72,000[½] 90,000[½] 120,000[½] 180,000[½]

Jumlah Pembayaran 60,000[½] 72,000[½] 90,000 [½] 120,000 [½] 180,000[½]

[setiap nilai = ½m][Jumlah = 12m]

7. (a) Sifat-sifat individu yang berkesan seperti yang dicadangkan oleh Stephen Covey: (i) Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat

Setiap individu semestinya mempunyai matlamat supaya sesuatu tugas dapat dijalankan dengan baik. [1]Matlamat akan menunjukkan arah yang akan dituju. [1]Keberkesanan tugas merujuk kepada matlamat yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi. [1]

(ii) Berfikiran menang-menangIndividu yang berkesan ingin memberikan faedah daripada apa yang dilakukannya kepada semua pihak yang terlibat. [1]Tidak berhasrat untuk menjatuhkan orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. [1]Rundingan dijalankan untuk mencapai kebaikan dan penyelesaian yang positif bagi semua pihak. [1]

(iii) Tajamkan gergajiIndividu yang berkesan akan memperkembangkan diri dan mempertingkatkan kemahiran diri dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelaksanaan tugas. [1]Aspek-aspek yang perlu dititikberatkan seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). [1]

(iv) Bersikap proaktifTidak menunggu arahan ketua untuk memulakan kerja. [1]Mengambil tindakan sebelum sesuatu sesuatu terjadi kepada diri, jabatan atau organisasi. [1]Mengenal pasti apa yang berlaku pada masa hadapan. [1]

(v) Lakukan perkara yang utama dahuluIndividu yang berkesan akan mengetahui keutamaan dan kepentingan setiap tugas yang diberikan. [1]Perlu menyenaraikan senarai semak untuk tugas yang akan dilakukan dan melaksanakan tugas mengikut kepentingan. [1]Dalam hal ini, pengurusan masa perlu cekap supaya dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. [1] [H = 1m, 5H x 2m = 10m]

(b) Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan yang rasional untuk mencari lokasi dan ruang kedai tersebut:

i. Mendefinisikan perkara yang ingin diputuskan [1]Perkara yang ingin diputuskan ialah mencari lokasi dan ruang kedai di Melaka. [1]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 17: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 18 PERCUBAAN STPM 2011

Mencari lokasi yang strategik, ruang kedai sederhana besar dan seluas 300 meter persegi dengan sewa tidak melebihi RM3,000. [1]

ii. Mengutip maklumat [1]Maklumat dari dalam dan luar syarikat. [1]Maklumat seperti butiran lokasi (seperti berhampiran dengan pelabuhan, pusat bandar dan sebagainya), saiz premis (berapa meter persegi), sewa (berapa RM) dan sebagainya. [1]

iii. Mencari alternatif [1]Beberapa ruang kedai di lokasi yang berlainan telah dikenal pasti. [1]Dua atau lebih ruang kedai yang berpotensi dipilih dan dinilai. [1]

iv. Menilai alternatif [1]Dua atau lebih ruang kedai yang berpotensi ini dinilai satu persatu berdasarkan kekuatan dan kelemahan setiap lokasi. [1]Antara kriteria yang diambil termasuk lokasi yang strategik, sewa yang berpatutan, saiz premis yang memenuhi keperluan syarikat dan wujudnya kemudahan awam. [1]

vi. Memilih alternatif terbaik [1] Daripada penilaian yang dijalankan, alternatif yang terbaik dipilih, iaitu dapat memenuhi sebahagian besar kriteria yang ditetapkan dan memenuhi keperluan perniagaan. [1]Contohnya: sebuah kedai dua tingkat bersaiz 290 meter persegi dengan sewa RM2,600 sebulan dipilih. Kedai ini terletak lebih kurang 10 km dari pelabuhan dan berhadapan dengan jalan utama dan di hadapannya terdapat tempat letak kereta. [1] [F = 1m, H = 1m][1F + 2H = 3m x 5 = 15m]

8. (a) (i) Rajah pokok keputusan Syarikat Glory Sdn Bhd:

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 18: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 19 PERCUBAAN STPM 2011

RM60,000 [½] B 0.3 S 0.5 RM20,000 [½] M 0.2 -RM30,000 [½] SP B 0.3 RM85,000 [½] CB S 0.5 RM25,000 [½] M 0.2 -RM40,000[½] TB B 0.3 RM0 S 0.5 RM0 [½] M 0.2 RM0

[Gambar rajah = 3½m]Petunjuk:SP – Meningkatkan strategi promosi B – pasaran baikCB – Membuka cawangan baru S – pasaran sederhanaTB – Tidak membuat apa-apa M – pasaran meleset

(ii) Jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusanMeningkatkan strategi promosi= (0.3 x RM60,000) + (0.5 x RM20,000) + (0.2 x –RM30,000) [½]= RM18,000 + RM10,00 – RM6,000 [½]= RM22,000 [1]

Membuka cawangan baru= (0.3 x RM85,00) + (0.5 x RM25,000) + (0.2 x -RM40,000) [½]= RM25,500 + RM12,500 – RM8,000 [½]= RM30,00 [1]

Tidak membuat apa-apa= (0.3 x RM0) + (0.5 x RM0) + (0.2 x RM0) [½]= 0 [1] [Jumlah = 5½m]

(iii) Syarikat perlu membuka cawangan baru memandangkan jangkaan keuntungan yang diperoleh daripada pilihan keputusan ini adalah yang paling tinggi. [1m]

[Jumlah = 3½m +5½m +1m = 10m]

(b) (i) Maksud ketegangan:

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 19: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 20 PERCUBAAN STPM 2011

Keadaan emosi yang kompleks [½] dan satu reaksi fisiologi [½] dan psikologi [½] yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran di persekitaran [½]. [Jumlah = 2m]

(ii) Empat punca ketegangan oleh Encik Choong sebagai eksekutif pemasaran: 1. Kekaburan peranan [1]

Kekaburan peranan berlaku apabila Encik Choong tidak begitu pasti tentang peranan sebenarnya seperti setakat mana kuasa, tanggungjawab dan bentuk-bentuk keputusan yang boleh dibuat. [1]Encik Choong tidak mengetahui sasaran sebenar untuk meningkatkan jumlah jualan syarikat kerana tanggungjawab beliau tidak dimaklumkan dengan jelas oleh pengurus pemasaran. [1]

2. Konflik peranan [1]Konflik peranan berlaku apabila pelbagai peranan yang berbeza perlu dilaksanakan oleh Encik Choong pada satu-satu masa dan tidak tahu yang mana satu yang harus diberi keutamaan. [1]Encik Choong menghadapi dilema tentang tugas beliau sebagai eksekutif pemasaran iaitu sama ada memasarkan produk bagi meningkatkan jumlah jualan atau memberi kursus asas pemasaran kepada jurujual baru. [1]Encik Choong keliru yang mana satu tugas yang perlu dibuat dahulu sama mengikut arahan pengurus pemasaran atau pengurus sumber manusia Syarikat Wawasan Sdn. Bhd. [1]

3. Keperluan kerja [1]Pekerjaan sebagai eksekutif pemasaran yang dialami oleh Encik Choong melibatkan pembuatan keputusan, pengawalan yang serius terhadap orang lain, pertukaran maklumat yang kerap, keadaan kerja yang kurang memuaskan dan tugas-tugas yang tidak berstuktur. [1]Encik Choong tidak disediakan pengangkutan sedangkan kemudahan

pengangkutan amat penting untuk memudahkan beliau bergerak mencari pasaran. [1]. Encik Choong juga tidak disediakan pasukan jurujual untuk membantunya menjalankan tugas bagi mencapai sasaran jumlah jualan. [1]

4. Kebebasan peranan/Struktur organisasi [1]Struktur organisasi di dalam Syarikat Wawasan Sdn. Bhd. menggambarkan tahap perbezaan dalam organisasi, tahap penggunaan peraturan dan undang-undang serta cara membuat keputusan. [1]Encik Choong tidak diberi hak membuat keputusan sendiri dalam membuat keputusan dan perlu mendapat kebenaran keluar daripada pengurus pemasaran apabila membuat kerja luaran untuk memasarkan produk. [1] Beban tugas [1F = 1m, 1H/C =1m][2m x 4 = 8m]

Huraian mesti dikaitkan dengan kes

(iii) Lima cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh Encik Choong:1. Pihak sumber manusia perlu memberi maklumat lengkap mengenai kursus asas

perakaunan iaitu tempat dan tarikh kursus perlu dijalankan. [1]2. Ketua beliau iaitu pengurus pemasaran hendaklah memberi kuasa membuat

keputusan kepada Encik Choong seperti tidak perlu meminta kebenaran keluar untuk memasarkan produk. [1]

3. Tanggungjawab yang diberikan mesti jelas dari segi sasaran kerja seperti jumlah sasaran jualan yang ditetpkan adalah realistik. [1]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 20: Soalan+Skema Pp1 Percubaan 2011 Kl

SULIT * 21 PERCUBAAN STPM 2011

4. Tempoh masa untuk menyiapkan tugas berpadanan dengan bebanan kerja yang dipikul. [1]

5. Arahan kerja mestilah jelas untuk mengelakkan pertindihan kerja dan penerimaan arahan dari pengurus pemasaran dan pengurus sumber manusia.

Beliau seharusnya diberi kemudahan seperti menggunakan kereta syarikat dan sokongan seperti insentif untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.[1]

946/1 [Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*