24
KEMAHIRAN HIDUP Arahan am : Tiap – tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, D. Antaranya ada jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul. Gambar 1 1. Bahagian yang bertanda X pada gambar di atas dinamakan……………………… A. Syaf. B. gear. C. motor. D. wayar. 2. ”Menyemat pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit jelujur.” Manakah antara alatan di bawah, mempunyai fungsi seperti yang dinyatakan di atas? A. B. 1

Soalan Ujian KH Tahun 5

  • Upload
    royzamy

  • View
    22.281

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

Arahan am : Tiap – tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C,

D. Antaranya ada jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul.

Gambar 1

1. Bahagian yang bertanda X pada gambar di atas

dinamakan………………………

A. Syaf.

B. gear.

C. motor.

D. wayar.

2. ”Menyemat pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit

jelujur.”

Manakah antara alatan di bawah, mempunyai fungsi seperti yang dinyatakan

di atas?

A.

B.

C.

1

Page 2: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

D.

3. Berikut merupakan peralatan yang mempunyai komponen elektrik dan

elektronik kecuali;

A.

B.

C.

D.

4. Antara berikut, yang manakah TIDAK menggunakan sistem takal:

A. Mesin jahit.

B. Kereta kebel.

C. Kereta sorong.

D. Mesin pemotong rumput.

2

Page 3: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

Gambar 2

5. Namakan bahagian X pada gambar di atas

A. Sisik.

B. Sirip anal.

C. Sirip dorsal.

D. Sirip kaudal.

6. “Buku idea merupakan laporan bertulis yang disediakan oleh murid”. Nyatakan maklumat-maklumat yang perlu ada di dalam buku tersebut.

I. Biodata murid.II. Tahun dan kelas.

III. Lakaran bentuk 3D.

IV. Nama individu atau nama kumpulan.

A. I dan II.

B. I, II dan III.

C. II, III dan IV.

D. kesemua yang di atas.

3

X

Page 4: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

7. Manakah antara yang berikut Bukan tujuan pemeliharaan ikan hiasan?

A. Menghabiskan wang.

B. Memberi ketenangan jiwa.

C. Menghayati kehidupan alam akuatik.

D. Menceriakan kawasan di sudut rumah.

Rajah 1

8. Rajah 1 menunjukkan komponen elektronik Diod Pemancar Cahaya (LED), berikut adalah huraian bagi komponen Diod Pemancar Cahaya (LED) kecuali;

A. mempunyai kaki anod dan katod.

B. bertindak untuk mengawal arus elektrik.

C. membenarkan arus mengalir sehala sahaja.

D. boleh memancarkan cahaya apabila arus melaluinya.

9. “Ahmad ingin menukar kelajuan atau arah pergerakan kereta yang dipandu

semasa ingin memotong kenderaan lain”.

Manakah komponen yang perlu diubah?

A. Gear.

B. Roda.

C. Gandar.

D. Kerangka.

4

Page 5: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

10.Kim Seng baru sahaja membeli seekor ikan pelaga tetapi dia tidak tahu bekas

mana yang sesuai digunakan untuk memelihara dan menyimpan ikan

tersebut.

Apakah bekas atau tempat yang sesuai digunakan oleh Kim Seng untuk

memelihara ikan tersebut

A. Baldi.

B. Kolam ikan.

C. Akuarium kecil.

D. Akuarium besar.

11. Ikan yang sihat merupakan salah satu daripada faktor yang perlu dititik

beratkan dan sentiasa dijaga oleh pemilik ikan hiasan.

Manakah antara pernyataan yang berikut benar mengenai ikan yang tidak

sihat ?

I. Tidak mahu makan.

II. Bergerak aktif di dalam air.

III. Berwarna pucat dan pudar.

IV. Suka menyendiri dan tidak mahu makan.

A. I, II dan III.

B. I, II dan IV.

C. I, III dan IV.

D. II, III dan IV.

5

Page 6: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

12.“Akuarium merupakan bekas atau tempat yang sesuai untuk memelihara

ikan. Namun kita perlu sentiasa memastikannya berada dalam keadaan yang

baik”.

Bagaimanakah cara untuk memastikan akuarium ikan sentiasa berada dalam keadaan yang baik ?

I. Tidak menutup penutup akuarium.

II. Sentiasa memastikan akuarium bersih.

III. Membiarkan sahaja bahagian akuarium yang bocor.

IV. Meletakkan tumbuhan akuatik supaya akuarium lebih menarik.

A. I dan II.

B. I dan III.

C. II dan III.

D. II dan IV.

13. “Batu kecil hiasan merupakan antara aksesori yang dapat digunakan bagi

menjadikan permandangan di dalam akuarium itu lebih menarik dan

berwarna. Terdapat juga bahan lain yang boleh digunakan selain daripada

batu hiasan”.

Antara bahan berikut yang manakah dapat menggantikkan batu kecil hiasan

sebagai aksesori dalam akuarium ?

A. Bunga.

B. Batang besi.

C. Pasir sungai.

D. Kertas berwarna.

6

Page 7: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

Rajah 2

14.Saifuddin ingin menggunakan gandin getah untuk mengetuk kepingan logam. Berdasarkan rajah 2, tunjukkan bahagian yang sepatutnya dipegang oleh beliau.

A. A.

B. B.

C. C.

D. D.

Rajah 3

15.Rajah 3 menunjukkan tin aluminium yang di kitar semula dan menghasilkan barang X. Apakah barang X?

A. Poster.

B. Rak kasut.

C. Bekas pensil.

D. Penyangkut baju.

7

Page 8: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

16.Ammar ingin memotong papan untuk membuat projek. Susun langkah-langkah di bawah mengikut turutan yang betul untuk menyelesaikan masalah beliau.

I. Ukur dan tanda papan.

II. Potong papan mengikut garisan.

III. Gunakan apit - G untuk mengapit.

IV. Gariskan satu garisan bersudut tepat.

A. I, II, III, IV.

B. I, III, !V, II.

C. I, !V, III, II.

D. I, II, IV, III.

Rajah 4

17.Rajah 4 menunjukkan sekeping plat logam yang ingin digunakan untuk

membuat projek.

Kirakan perimeter plat logam di atas.

A. 230 cm.

B. 240 cm.

C. 250 cm.

D. 260 cm.

8

Page 9: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

18.Syed ingin membersihkan kelas yang kotor. Berikut merupakan langkah-

langkah membersihkan bangunan.

Susun semula langkah berikut mengikut susunan yang betul.

I. Sediakan alatan yang sesuai.

II. Tentukan cara membersihkan permukaan.

III. Kenal pasti jenis kotoran pada bahagian bangunan.

IV. Bersihkan permukaan daripada habuk dengan menggunakan alat yang sesuai.

A. I, II, III dan IV.

B. I, III, II dan IV.

C. II, I, III dan IV.

D. I, IV, II dan III.

19. ”Semasa menseterika pakaian sekolah, Ah Long mendapati butang baju

sekolahnya telah tertanggal.”

Jenis jahitan yang boleh digunakan oleh Ah Long untuk menjahit lubang bajunya ialah:

A. Jahitan sembat

B. Jahitan insang pari.

C. Jahitan lubang butang.

D. Jahitan silang pangkah.

20.Raju mendapati kelim pada seluarnya telah meretas.

Bilakah Raju perlu membaiki kelim yang meretas pada seluarnya ?

A. Selepas dicuci.

B. Sebelum dicuci.

C. Sebelum dilipat.

D. Selepas diseterika.

9

Page 10: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

21.”Sara telah memelihara ikan koi sebagai ikan hiasan di rumahnya.”

Penjagaan harian yang perlu dilakukan oleh Sara ialah ................

A. mengganti air.

B. memberi makan.

C. menghias akuarium.

D. mencantas tumbuhan hiasan.

22. ”Akuarium merupakan benda yang mudah pecah jika tidak dijaga dengan

rapi.”

Cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan akuarium daripada mudah pecah ialah..............................

A. sentiasa membersihkan akuarium.

B. memasukkan pasir dan batu ke dalam akuarium

C. meletakkan span atau polisterina di bawah akuarium.

D. meletakan akuarium di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

23. “Cikgu Azizi memberi tips kepada pelajarnya bagi mengelakkan kerosakan

pada Diod Pemancar Cahaya (LED)”.

Nyatakan tips yang telah diberikan oleh cikgu Azizi;

I. Menyimpan di tempat yang sejuk.

II. Menggunakan tenaga elektrik kurang daripada 3 V.

III. Menggunakan banyak Diod Pemancar Cahaya (LED) dalam litar.

IV. Tidak membengkokkan kaki Diod Pemancar Cahaya (LED) terlalu rapat dengan tapak.

A. I dan II.

B. II dan IV.

C. I,II dan III.

D. I,II,III dan IV.

10

Page 11: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

Rajah 5

24.Rajah diatas menunjukkan litar elektronik yang dipasang oleh suki semasa

menjalankan projek. Setelah selesai penyambungan Suki mendapati litar

yang dipasang tidak berfungsi walaupun suis telah ditekan.

Apakah bagi membolehkan litar dapat berfungsi dengan baik ?

A. Membuang perintang tetap.

B. Menukar kedudukan kaki perintang.

C. Menambah bilangan bateri dalam litar.

D. Menukar punca negatif dan punca positif bateri.

25.Manakah antara berikut bahagian yang perlu diperiksa sekiranya kereta tidak bergerak?

A. Periksa bahagian rimnya.

B. Periksa bahagian tayarnya.

C. Periksa bahagian motornya.

D. Periksa bahagian baterinya.

11

Page 12: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

Kikir rata Kikir parut

Jadual 1

26.Jadual 1 menunjukkan kikir rata dan kikir parut.

Berikan perbezaan fungsi antara kikir rata dan kikir parut.

Kikir rata Kikir parut

A Melicinkan lengkok pada kayu Melicinkan permukaan kayu

B Melicinkan lengkok pada kayu Melicinkan permukaan logam

C Melicinkan permukaan atau tepi

kepingan logam dan kayu

Meratakan dan membentuk

permukaan logam

D Melicinkan permukaan atau tepi

kepingan logam dan kayu

Meratakan dan membentuk

lengkok pada permukaan kayu

27.Cat adalah salah satu kemasan dan langkah terakhir dalam membuat

sesuatu projek.

Berikan sebab anda mengecat hasil projek anda?

A. Untuk mencantikkan hasil projek.

B. Untuk mengelakkan hasil projek bekarat.

C. Untuk mengelakkan hasil projek dari terbakar.

D. Untuk mengelakkan hasil projek terhakis dan rosak.

12

Page 13: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

28.” Pintu rumah Ali selalu mengeluarkan bunyi yang nyaring apabila dibuka dan

ditutup. Akibat daripada itu, Ali menggunakan minyak pelincir pada engsel

pintu rumahnya dan bunyi pada engsel tersebut hilang serta merta.”

Pada pendapat anda, apakah fungsi penggunaan minyak pelincir tersebut?

I. Mencegah karat.

II. Mengemaskan engsel.

III. Melicinkan pergerakkan.

IV. Bagi mengurangkan geseran.

A. I dan II.

B. I, II, dan III.

C. I, II dan IV.

D. kesemua yang di atas.

29. “Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tetap manakala perintang

boleh laras mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah”.

Nyatakan perbezaan yang terdapat pada perintang tetap dan perintang boleh laras.

I. Perintang tetap dan perintang boleh laras mempunyai tombol pelaras.

II. Perintang tetap mempunyai jalur warna yang menentukan nilai

rintangan.

III. Nilai rintangan pada perintang boleh laras boleh diubah dengan

memutarkan tombol pelaras.

IV. Perintang boleh laras mempunyai tiga tamatan manakala perintang

tetap mempunyai dua tamatan.

A. I dan II.

B. I dan III.

C. I, II dan III.

D. II, III, dan IV.

13

Page 14: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

30.“Setelah memilih idea yang baik, kamu perlu merancang untuk membina

projek”.

Apakah perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses perancangan tersebut?

I. Nama projek.

II. Lukisan kerja tangan.

III. Bahan yang diperlukan.

IV. Peralatan yang digunakan.

A. I,II, dan III

B. I,III dan IV.

C. II, III dan IV.

D. Kesemua jawapan di atas.

31.Berikut merupakan bentuk bekas yang sesuai untuk memelihara ikan hiasan

kecuali ;

A.

B.

C

D

14

Page 15: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

32.“Asma ingin memelihara ikan hiasan jenis Tiger Barb tetapi dia tidak tahu ciri-

ciri yang perlu ada pada ikan sebelum memeliharanya”.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada ikan hiasan yang ingin dipelihara Asma ?

I. Sukar dipelihara.

II. Tahan terhadap serangan penyakit.

III. Tidak boleh bercampur dengan ikan lain.

IV. Tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air.

A. I dan II.

B. II dan II.

C. II dan IV.

D. III dan IV.

33.Ali ingin menghasilkan sebuah rak buku yang kukuh, nyatakan ciri-ciri rak buku yang dapat menampungkan beban buku yang berat.

I. Memasangkan kekuda pada rak.

II. Mempunyai tapak yang lebih luas.

III. Menggunakan kayu yang lebih kukuh.

IV. Menggunakan gam bagi mencantumkan bahagian-bahagian rak buku.

A. I dan II.

B. I, II, dan III.

C. I, II, dan IV.

D. I, III dan IV.

15

Page 16: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

Gambar 3

34. “Amin mendapati di dalam kelasnya terdapat sebuah meja yang rosak”. Selaku ketua kelas, bagaimanakah Amin menyelesaikan masalah tersebut.

I. Menjual sebagai barang kitar semula.

II. Membaiki kaki meja tersebut bersama rakan – rakan.

III. Membawa meja yang rosak itu ke dalam bengkel Kemahiran Hidup.

IV. Menanggalkan kesemua kaki meja tersebut supaya meja tersebut

dalam keadaan seimbang.

A. II dan III.

B. I, II, dan III.

C. II,III dan IV.

16

Page 17: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

D. I, II, III dan IV.

.

Gambar 4

35.Berdasarkan gambarajah di atas pilih ciri – ciri yang terdapat pada kerusi tersebut.

I. Tajam.II. Kukuh.

III. Cantik.

IV. Seimbang.V. Mudah patah.

A. II, III, danIV.B. I, II,IV, dan V.

C. I,III, IV, dan V.

17

Page 18: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

D. I, II, III, IV dan V.

36.Perancangan projek penting dalam penghasilan projek. Perancangan projek membolehkan kita :

I. Mengirakan kos projek.

II. Mendapatkan hasil yang baik.

III. Melaksanakan kerja dengan teratur.

IV. Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan bahan.A. I dan II.B. I, II dan III.

C. I, II dan IV.

D. I dan IV.

Gambar 5

37.Gambar 1 menunjukkan Malik sedang menggergaji papan. Apakah ciri

keselamatan yang perlu dipatuhi oleh beliau bagi mengelakkan kemalangan

berlaku.

A. Menggunakan gergaji besi.

B. Menggergaji di tempat yang tidak rata.

C. Menggunakan mata gergaji yang tajam.

D. Menggunakan gergaji yang telah berkarat.

18

Page 19: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

38.“Tumbuhan akuatik merupakan salah satu daripada bahan yang boleh

digunapakai oleh penggemar ikan hiasan supaya akuarium kelihatan menarik

dan ikan akan berada seperti di habitat asalnya”.

Mengapakah tumbuhan akuatik sering dipilih sebagai aksesori dalam

akuarium ?

A. Harga yang murah dan mudah didapati..

B. Warna, bentuk dan tekstur yang menarik.

C. Menjadi tempat perlindungan dan rumah kepada ikan..

D. Boleh diletakkan sesuka hati di dalam akuarium tanpa menyusunnya.

39.Ahmad mendapati ikan yang baru dibelinya kelihatan kurang aktif dan

warnanya menjadi semakin pudar.

Apakah perubahan yang akan dapat diperhatikan pada ikan yang

dipeliharanya selepas dua minggu berikutnya ?

A. Bergerak aktif dan tidak tentu arah di dalam air.

B. Ikan tersebut akan terkena penyakit dan cepat mati.

C. Ikan akan makan dengan lebih banyak daripada biasa.

D. Ikan akan terus hidup seperti biasa tanpa sebarang masalah.

40.Semasa projek A dijalankan bekalan kuasa yang dibekalkan dalam satu litar

ialah 9 V menggunakan hanya satu bateri. Di dalam litar ini terdapat 1

Perintang tetap dan Diod Pemancar Cahaya (LED) di mana komponen LED

ini akan rosak sekiranya voltan yang dibekalkan melebihi 3V.

Bagaimanakah cara yang terbaik bagi mengatasi kerosakan LED tanpa

menukar bateri ?

A. Menukarkan LED yang tidak mudah rosak.

B. Menunggu sehingga kuasa bateri menjadi lemah.

19

Page 20: Soalan Ujian KH Tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP

C. Menukar LED sekiranya rosak akibat berlebihan voltan

D. Menggunakan perintang boleh laras dan melaraskannya sehingga

mendapat susutan nilai voltan daripada 9V kepada 3V.

KERTAS SOALAN TAMAT

20