27
SULIT 1249/3 Sejarah Kertas 3 September 2014 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA SEJARAH KERTAS 3 TEMA UMUM 1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum. 2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan. 3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. 1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah SULIT

SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

huhu

Citation preview

Page 1: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

SULIT 1249/3SejarahKertas 3September 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA

SEJARAH

KERTAS 3

TEMA UMUM

1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.

2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 2: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

SULIT 1249/3SejarahKertas 3September 2014

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 3: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

2SULIT 1249/3SejarahKertas 3September 2014

ARAHAN KEPADA GURU

1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

3. Guru dibenerkan untuk membimbing calon alam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.

4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai dan mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.

5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat yang berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPEDA CALON

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan.

3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam sejarah 1249/3.

4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku tekas, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan lain yang berkaitan.

5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku tekas, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 4: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

3SULIT 1249/3SejarahKertas 3September 2014

TEMA UMUM: Islam di Asia Tenggara

Terdapat beberapa pandangan sejarawan mengenai kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Kedatangan ini telah meninggalkan kesan yang akhirnya mempengaruhi corak kehidupan masyarakat di Asia Tenggara hingga ke hari ini.

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 5: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

SULIT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 1249/3SEJARAHKertas 3September

3 Jam Tiga Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tugasan Spesifik.

2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang di dalam kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

3. Kertas jawapan hendaklah diikat dan dihantar pada akhir peperiksaan.

4. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

5. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Anda hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan yang disediakan.

7. Anda dinasihati supaya membuat perancangan masa yang bersesuaian dengan peruntukan markah yang diberikan.

8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan kepada pengawas peeriksaan pada akhir peperiksaann.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 6: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

SULIT

________________________________________________________________________Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 7: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

2SULIT

TUGASAN SPESIFIK

Terdapat beberapa pandangan sejarahwan mengenai kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Kedatangan ini telah meninggalkan kesan yang akhirnya mempengaruhi corak kehidupan masyarakat di Asia Tenggara hingga ke hari ini.

Bincangkan tentang kedatangan Islam di Asia Tenggara

Aspek Perincian

Pengenalan 1. Keistimewaan Asia Tenggara sehingga menjadi tumpuan pedagang.

Isi dan Huraian 2. Teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara

3. Cara-cara penyebaran Islam di Asia Tenggara

4.1. Pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara

Atau

4.2. Pengaruh Islam dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara

5. Penerapan nilai-nilai Islam dalam cara hidup masyarakat Malaysia hari ini.

6.1. Cadangan untuk menjadikan pentadbiran di Malaysia hari ini selari dengan prinsip Islam.

Atau

6.2. Langkah menjadikan Malaysia sebagai pusat ekonomi Islam serantau

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 8: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

3SULIT

7. Pendidikan agama dapat membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. Bincangkan.

8. Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada proses penyebaran Islam di Asia Tenggara

Kesimpulan 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:

(a) Pengetahuan yang diperoleh.(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 9: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

1SULIT

SKEMA

Soalan Kod Butiran

1. F1H1a

F2H2aH2b

H2c

H2d

F3H3a

F4H4a

F5H5a

Kedudukan Strategik.Terletak diantara China di sebelah timur dan India di sebelah barat.

Peranan Selat Melaka.Menjadi jalan penghubung diantara China dan India.Melahirkan bandar pelabuhan yang penting seperti Makasar, Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka dan sebagainya.Jalin hubungan dengan pelabuhan yang penting di Lautan Hindi seperti Goa, Mocha, Hormuz, Surat, Colombo dan sebagainya.Jalin hubungan dengan pelabuhan yang penting di Laut China Selatan seperti Canton dan Amoy.

Tiupan angin monsun.Menentukan jangka waktu yang tepat bagi kedatangan pedagang dari Timur dan Barat ke Malaka.

Jalan Sutera.Menghubungkan tanah besar Asia.

Hasil bumi.Produk pertanian, logam, hasil hutan

2 F1H1aH1b

H1c

H1d

H1e

H1f

H1g

Islam datang dari Semenanjung Tanah ArabDikemukakan oleh John CarwfordDisokong oleh Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas.Berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang.Bukti catatan Cina yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton dan Amoy sejak tahun 300 M.Pedagang Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China.Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh Masehi.Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara terutamanya pelabuhan

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 10: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

2SULIT

H1h

H1i

H1j

H1k

H1l

H1m

H1n

H1o

H1p

H1q

H1r

H1s

H1t

H1u

C1u

H1v

H1w

di Selat Melaka.Di sebabkan kedudukan Selat Melaka yang strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan. Pelabuhan-pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China.Kebanyakan pedagang Arab telah menetap selama beberapa bulan dan membina perkampungan di situ.Perkampungan ini sebagai tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang datang dari China dan India.Selain itu terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan.Tapak yang kukuh bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.Masa menunggu perubahan angin monsun juga digunakan oleh pedagang ini untuk berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama.Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh para pendakwah serta pedagang Islam ini telah menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama Islam.Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan kebersihan dan berhemah tinggi merupakan sesuatu yang menarik minat masyarakat dan pedagang tempttan kepada Islam.Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China yang mengatakan bahawa telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M.Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan bahawa Islam telah pun bertapak di Asia Tenggara sejak abad ketujuh Masehi.Bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada Bahasa Arab.Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengaruhi oleh budaya Arab.Contohnya amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapinkarya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab. Misalnya Hikayat Raja-raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 11: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

3SULIT

H1x

H1y

F2H2a

H2b

H2c

H2d

H2e

H2f

H2g

H2h

H2iH2j

H2k

H2l

H2m

F3H3a

H3b

H3c

Ismail.Beliau berjaya mengislamkan Raja Pasai iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik al SalihManakala Raja Pattani Phya Tu Nakpa pula telah diislamkan oleh Syeikh Said.

Islam datang dari China.Pendapat ini dikemukakan oleh Emanual Gadinho Eradia dan S.Q. Fatimi.alasan bahawa Khan Fo atau Canton (sekarang dikenali dengan nama Guang Zhou) telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab.Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang di kalangan peniaga China di negara China.Apabila peniaga China Islam ini berdagang ke Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876 M.Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat Kuala Berang Terengganu.Di Terengganu telah pun wujud sebuah kerajaan tua yang juga bergantung pada perdagangan.Terdapatnya persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara.Seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China tetapi bukan menerusi Champa.Di Melaka unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (pagoda) iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik.Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid.Begitu juga pada jubin lantai, dinding, tangga dan kolam air di masjid

Islam datang dari IndiaIslam datang menerusi India iaitu dari wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel sejak abad ke 13 M.Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje, sejarawan Belanda.Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 12: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

4SULIT

H3d

H3e

H3f

H3g

H3h

H3i

H3j

H3k

H3l

H3m

H3n

Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji di India.Menerusi aktiviti perdagangan pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di rantau Asia Tenggara.Selain itu terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik Jawa dan batu nisan Malik al Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.Dengan itu wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan di Kepulauan Melayu ini oleh pedagang India Islam.Masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan Indai terutama dari segi budaya.Kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua negara sejak dahulu lagi.Walaupun ada pelbagai pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara namun sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau ini telah dibawa oleh pedagang Islam.Mereka terdiri daripada pedagang dari Arab, China dan India.Ada kebenarannya bahawa pedagang ini menyebarkan Islam semasa menjalankan perniagaan kerana berdakwah dituntut oleh Islam.Usaha awal penyebaran Islam oleh pedagang terhad di kawasan pelabuhan dan di kalangan pedagang.Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh para ulama sehinggalah Islam menjadi salah satu agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 13: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

5SULIT

3 F1H1a

H1b

H1c

H1d

H1e

H1f

H1g

H1h

H1i

H1j

H1k

H1l

H1m

H1n

H10

F2H2a

H2bH2c

H2d

H2e

Perdagangan- Dakwah islamiah disebarkan ke Asia Tenggara oleh para pedagang dari Arab, China dan India- Mereka yang berketurunan Arab, China dan India telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan-pe;abuhan utama di Asia Tenggara.- Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat dan juga masyarakat tempatan- Kepercayaan dan amalan baru menjadi tajuk perbualan dan ikutan masyarakat disitu- Kemurnian sikap dan tingkah laku para pedagang Islam telah menjadi ikutan penduduk setempat- Perkampungan pedagang Islam turut menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam di kalangan pedagang- Semangat dakwah Islam di kalangan para pedagang Islam telah menarik minat masyarkat tempatan di Bandar-bandar pelabuhan- Para pedagang islam juga turut membawa bersama para ulama untuk meyebarkan Islam- Mereka tinggal selama beberapa bulan dan ada yang menetap di pelabuhan di Asia Tenggara untuk menjalankan dakwah- Islan cepat tersebar kerana para pedagang Islam mengamalkan sifat berhemah dan lemah lembut semasa berdakwah- Sifat mahmudah para pedagang Islam ini telah berjaya menarik lebih ramai penduduk tempatan memeluk Islam- Islam juga tersebar melalui hubungan baik antara para pedagang Islam dengan pemerintah tempatan- Pemerintah memberi beberapa keistimewaan kepada para pedagang Islam- Ada di antara pedagang Islam dilantik sebagai syahbandar kerana kejujuran dan sifat amanah mereka.- Dengan itu agama Islam juga tersebar melalui peranan syahbandar.

Perkahwinan- Islam juga tersebar melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.- Perkahwinan siasah berlaku dikalangan kerabat diraja - Cth Sultan Mansur Syah dan Sultan MUzaffar Syah telah mengahwinkan puteri2 mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi.- Melalui perkahwinan ini negeri-negeri tersebut dapat diislamkan.- Perkahwinan biasa pula berlaku antara pedagang Islam

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 14: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

6SULIT

H2f

H2g

F3H3aH3bH3c

H3d

H3e

H3f

H3g

F4H4a

H4b

H4c

H4d

H4e

H4f

H4g

H4h

H4i

H4j

atau ulama Islam dari India atau Arab dengan penduduk tempatan- Melalui perkahwinan ini Islam tersebar di kalangan keluarga orang yang baru dikahwini.- Seterusnya Islam tersebar pula dikalangan masyarakat sekeliling keluarga yang dikahwini oleh pedagang tersebut.

Pengislaman raja dan golongan bangsawan- Islam juga tersebar melalui peranan raja dan golongan bangsawan- Masyarakat Asia Tenggara sangat mentaati golongan pemerintah.- Raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat- Apabila raja sesebuah negeri memeluk Islam , amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya- Cth Pengislaman Megat Iskandar telah diikuti oleh pembesar Melaka, keluarga diraja dan rakyat Melaka secara keseluruhannya - Pasai telah menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuat selepas pengislaman Raja Malik al- Salih dan seterusnya Islam tersebar dengan cepat melalui usaha pihak pemerintahnya

Kelahiran Kerajaan Islam- Antara kerajaan Islam awal di Asia Tenggara ialah Perlak, Samudera Pasai, Melaka, Acheh, Demak, Mataram, Sulu dan Mindanao.- Kesemua kerajaan ini meluaskan Islam melalui penguasaan terhadap kawasan baru.- Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal sejak abad ke 15- Bendahara Tun Perak adalah tokoh yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Melaka.- Tun perak telah berjaya menguasai beberapa kawasan baru seperti kawasan persisiran pantai Sumatera Utara. - Kawasan baru yang dikuasai mendapat keistimewaan daripada Melaka mendorong rakyat kawasan baru memeluk Islam. - Selepas rakyat kawasan tersebut memeluk Islam , ulama dihantar ke kawasan tersebut untuk mengajar mereka tentang Islam.- Kerajaan Johor-Riau telah berusaha mengembalikan kegemilangan Kerajaan Melaka. - Usaha kerajaan Johor-Riau untuk menguasai Melaka telah meningkatkan penyebaran Islam.- Juga mengelakkan Melaka daripada menjadi pusat

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 15: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

7SULIT

H4k

H4l

H4m

H4n

H40

H4p

H4q

H4r

H4s

F5H5a

H5b

H5c

H5d

H5e

H5f

H5g

H5h

penyebaran agama Kristian.- Setelah menguasai Majapahit, kerajaan Demak juga telah menyebarkan Islam keseluruh Pulau Jawa.- Usah ini juga telah diikuti oleh kerajaan Islam lain di Jawa seperti kerajaan Panjang dan kerajaah Mataram- Kerajaan Acheh juga telah berusaha menyekat pengaruh agama Kristian- Langkah yang dilakukan ialah dengan menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara dan menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu- Kerajaan Acheh juga digelar Serambi Makkah kerana kebanyakkan orang dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji.- Kerajaan Patani telah diislamkan apabila rajanya Phaya Tu Nakpa menganut Islam dan menukar nama kepada Sultan Mahmud Syah.- Penyebaran Islam di Pattani telah dilakukan sepenuhnya semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dengan pengislaman keseluruhan wilayahnya.- Penyebaran islam di Brunei telah berlaku pada abad ke 15 dan ke 16 oleh Syariff Ali Mufaqih Muqaddam dan Syariff Berkat.- Dengan pengislaman Brunei, wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao telah dapat di Islamkan.

Peranan Pusat Kebudayaan- Pusat kebudayaan di Asia Tenggara telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau dan Acheh- Pusat kebudayaan bukan saja bertindak sebagai pusat keilmuan tetapi juga sebagai pusat penyebaran Islam- Kerajaan Samudera –Pasai telah menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu.- Banyak kitab Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu termasuk kitab al Dur al-Manzum dari Melaka.- Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai juga telah menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar- Cth Sultan Mahmud Syah dari Melaka pernah merujuk ke Samudera-Pasai tentang kemusykilan berkaitan masalah agama.- Pada zaman keagungan Kesultana Melayu Melaka terdapat beberapa buah buku kesusateraan yang dipengaruhi oleh gaya penulisan Arab seperti Hikayah Muhammad Ali Hanafiah.- Buku ini menjadi bukan sahaja menjadi bahan bacaan tetapi telah memberi semangat dan kekuatan kepada

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 16: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

8SULIT

H5i

H5j

H5k

H5l

H5m

F6H6a

H6b

H6c

H6d

H6e

H6fH6g

H6h

H6i

H6j

H6k

H6l

F7H7a

H7b

orang Islam untuk menentang musuh di medan peperangan.- Di Acheh terdapat banyak karya puisi seperti syair yang ditulis oleh penulis tempatan yang telah dapat menarik pembaca untuk menghayati Islam. - Terdapat juga ulama Islam yang telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam seperti Hamzah Fansuri.- Kesemua karya ini telah membantu perkembangan Islam dalam jangka panjang. - Kerajaan Johor Riau turut memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan Islam yang penting pada abad ke18.- Banyak hasil kesusasteraan telah ditulis pada zaman kegemilangan kerajaan Johor Riau seperti Tuhfat al Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.

Peranan mubaligh- Mubaligh atau pendakwah, ulama dan juga ahli sufi telah memainkan peranan secara lansung untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara- Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad merupakan pendakwah terawal berdakwah di Asia Tenggara.- Pendakwah, ulama dan ahli sufi seperti Syariff Amir Sayyid al- Syirazi dan Tajuddin al- Asfahani telah meyebarkan dakwah Islam di Pasai- Di Melaka terdapat pendakwah seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf.- Keperibadian para pendakwah yang baik, jujur dan berlemah lembut telah membantu menjayakan dakwah mereka.- Di Melaka , pada peringkat awal ulama mengajar perkara-perkara asas tentang Islam secara tidak formal- Apabila islam semakin berkembang mereka telah mengajar perkara ini secara formal di masjid, istana dan rumah mereka.- Di Acheh adanya institusi pendidikan maka muncullah ulama seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin al- Sumaterani- Acheh menjadikan ulamak sebagai penasihat kepada raja yang memerintah- Di Jawa, kebijaksanaan Wali Songo berdakwah telah mengislamkan ramai daripada kalangan masyarakat tempatan- Wali Songgo menjadikan Demak sebagai pusat pergerakan dakwah Islamiah dengan mendirikan Masjid Agung Demak sebagai markas dakwah Islamiah.

Keistimewaan Islam- Kemurnian ajaran Islam mencakupi semua bidang kehidupan manusia.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 17: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

9SULIT

H7c

H7d

- Ini termasuk konsep Tuhan Maha Esa,atau Tauhid, keadilan , hak individu dan masyarakat,kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia, dan menganjurkan konsep kebahagian dunia dan akhirat- Hal ini menyebabkan agama Islam tersebar meluas di Asia Tenggara- Agama Islam menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini berjaya diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Asia Tenggara.

4 F1

F2H2a

F3H3a

H3b

F4H4a

H4b

H4c

H4d

F5H5a

H5b

F6H6aH6bH6c

H6d

Peluang pendidikan lebih terbuka luas.

Menanam sikap mementingkan ilmu.Islam mewajibkan setiap orang menuntut ilmu.

Pusat penterjemahan karya agama.Samudera-Pasai sebagai pusat penterjemahan karya agama.Menjadi rujukan kepada kerajaan-kerajaan lain seperti Melaka.

Perkembangan institusi pendidikan pondok/dayahBerkembang luas ke negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Pattani, Acheh dan Jawa.Di Pattani, pelajar yang belajar di pondok terdiri dari pelajar tempatan dan yang datang dari negeri lain di Asia Tenggara.Kerajaan Perlak di Sumatera Utara merupakan kerajaan terawal melaksanakan pendidikan pondok.Contohnya Dayah Bukit Ce Breek yang didirikan pada abad ke-9 masihi.

Melaka sebagai pusat pendidikanMasyarakat digalakkan menuntut ilmu di rumah ulama, surau atau masjid.Istana sebagai pusat pendidikan bagi golongan bangsawan.

Peranan Kerajaan Acheh.Menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan.Menawarkan pendidikan yang lebih sistematik.Terdapat beberapa peringkat pendidikan iaitu rendah (rangkang), menengah (munasah) dan pengajian tinggi (Jamiah Bait al-Rahman).Acheh didatangi pelajar-pelajar dari luar

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 18: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

10SULIT

H6eH6f

Sehingga digelar serambi Mekah.Menggalakkan pendidikan kepada wanitaWanita diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.

4. F1

F2

F3F4

F4

F5

F6

F7

F8

F9

F10

F11

F12

F13

F14

F15

- Kedatangan islam telah membawa pengubahsuaian yang besar dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara- Institusi Kesultanan telah diperkenalkan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah- Sultan sebagai ketua negara- Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara - Selain itu wujud juga pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf. - Penggunaan gelaran sultan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Islam dan menjamin kewibawaan raja. - Penyelarasan gelaran ini meletakkan mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan lain di seluruh dunia.- Dalam Hukum Kanun Melaka raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin orang mukmin.- Gelaran Zillullah fi’Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh raja-raja Melaka.- Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam Di Asia Tenggara seperti Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh.- Dalam kerajaan Islam sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh Allah iaitu memerintah dengan adil.- Beberapa orang sultan yang alim berpegang teguh dengan ajaran Islam seperti sultan Malik al-Zahir dan Sultan Ali MUghayat Syah.- Sultan-sultan ini telah menerapkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahan mereka.- Selain itu unsur-unsur Islam juga diterapkan pada nama negeri seperti Acheh Darul Salam.- Raja juga menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah yang bermaksud sultan yang dibantu oleh Allah.- Bagi menjamin kesejahteraan rakyat, pemimpin negara Islam juga telah memperkenalkan undang-undang

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 19: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

11SULIT

F16

F17

F18

F19

F20

F21

F22

F23

syariah.- Cth Kerajaan Melayu Melaka mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat.- Pada zaman pemerintahan Sultan alaudin Riayat Syah, undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas di Melaka. - Di Acheh terdapat kanun yang mempunyai cirri-ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai kanun Mahkota Alam.- Kedatangan Islam juga mengerakkan semangat jihat dikalangan penduduk tempatan untuk menentang penjajahan Barat. - Di Acheh , sultan telah menggunakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis.- Semangat jihad telah disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh melalui penulisan ulama dalam kitab2 tertentu.- Menerusi tulisan para ulama ini menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam.- Syeikh Daud al-Pattani dalam kitabnya turut memuatkan penerangan tentang kelebihan berjihad

5

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

Penerapan nilai-nilai Islam dalam cara hidup masyarakat Malaysia hari ini (10m)

Unsur kepercayaan lama seperti memuja semangat dan mempercayai keramat semakin beransur hilang.Cara hidup Islam telah diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Malaysia.Lahirlah cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian iaitu bertudung kepala dan bersongkok.Islam dijadikan sebagai ad din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.Sistem sosial masyarakat yang mempunyai kelas kepada konsep-konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia telah diubah.Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian.Sifat tolong menolong, hormat menghormati dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat.Kemurnian Islam jelas tergambar dalam cara hidup yang diamalkan masyarakat Melayu seperti amalan gotong royong di kampung-kampung. Kemurnian Islam jelas tergambar dalam cara hidup yang diamalkan masyarakat Melayu seperti amalan gotong royong di kampung-kampung.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 20: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

12SULIT

F9

F10

Sikap dan amalan bersatu padu di kalangan masyarakat kampung dipupuk dan diperkukuhkan.Kerja-kerja di ladang yang memerlukan banyak tenaga kerja dapat dilakukan dengan semangat kerjasama.Mana-mana yang munasabah.

6 F1F2F3F4F5

F6

F7F8F9F10

F11F12M

F1H1a

F2

F3

H3aH3bH3c

F4

H4a

F5H5a

Elak rasuah.Telus / transperan.Tidak pilih kasihSlogan Bersih, Cekap, AmanahMemupuk nilai muafakat atau semangat kerja berpasukan.Menegakkan perundangan Islam pada bidang yang sepatutnya.Berlandaskan nas Al-Quran dan Hadith.Mempraktikkan “kepimpinan melalui teladan”.Memperkasa jawatan-jawatan imam, kadi dan mufti.Majlis Fatwa Kebangsaan memainkan peranan lebih aktif dalam menetapkan sesuatu hukum.Mempergiat urusan dakwah dan kerohanian.Melantik penasihat hal ehwal Islam di setiap jabatanMana-mana munasabah

Atau

Memperkasa Badan-badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam, Yayasan Pembangunan Islam atau Pusat Zakat.

Menjadikan Malaysia sebagai hub halal atau pusat pemperosesan makanan halal sedunia

Jalinan kerjasama ekonomi dengan negara-negara Islam melalui pertubuhan OIC.Mempromosi produk-produk negara IslamCukai import yang rendah terhadap barangan dari negara Islam

Memperkasa sektor perbankan Islam.dan kewangan Islam.Contohnya bank Muamalat, Lembaga Tabung Haji

Memperaktikkan sistem ekonomi Islam.Contohnya melaui skim Baitamin Ajil, Muarabah, Ar-

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 21: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

13SULIT

F6F7F8F9F10

F11

H11a

M

Rahnu.

Menggunakan mata wang dinar.Kempen berjimat cermat / elak pembaziran.Pusat pelaburan tanpa riba.Pusat kecemerlangan pendidikan ekonomi IslamMelahirkan pakar-pakar ekonomi Islam

Mempertingkat peranan kawasan pelabuhan bebas cukai.Contohnya Langkawi, Labuan

Mana-mana munasabah7 F1

F2F3F4F5F6F7F8F9F10F11F12M

Taat perintah Allah.Taat ibu bapa.Menjaga batas pergaulan.Menutup aurat.Menjaga tutur kata.Menjaga tingkah laku.Mengawal nafsu.Tahu menilai buruk dan baik sesuatu perkara.Tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif.Berpegang pada landasan yang betulBerdisiplin.Hormat-menghormati.Mana-mana munasabah

8 F1F2F3F4F5F6F7F8F9F9F19

Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada proses penyebaran Islam di Asia Tenggara (5m)Kegigihan menyebarkan Islam.Ketabahan hati.Ketaqwaan.Yakin boleh.Semangat waja.Bijak menyesuaikan diri.Ikatan silaturrahim/ semangat ukhwah yang tinggi.Sifat istiqamah yang tinggi.Pandai menghargai.Mana-mana munasabah.

9 No 9

F1

F2

Pengetahuan, iktibar dan harapanPengetahuan- Terdapat tiga teori atau pendapat yang menerangkan tentang bagaimana Islam sampai di Asia Tenggara iaitu melalui semenanjung Tanah Arab, China dan India.- Kesemua sejarawan bersetuju bahawa kedatangan

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

Page 22: SOALAN TRIAL SPM K.3 2014 MELAKA ASAL (1).doc

14SULIT

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

Islam ke Asia Tenggara dibawa oleh para pedagang Islam- Aktiviti perdagangan para pedagang Islam di Asia Tenggara telah membolehkan dakwah Islamiah tersebar dengan cepat di Asia TenggaraIktibar- Kegigihan para pedagang Islam berdakwah sambil berdagang telah berjaya menyebarkan Islam ke seluruh Asia Tenggara.- Sifat mahmudah yang diamalkan oleh para pedagang Islam menjadi antara satu daya penarik kepada penduduk tempatan memeluk Islam.- Para pemimpin juga boleh memainkan peranan penting dalam penyebarah dakwah Islam.Harapan- Harapan supaya agama Islam terus berkembang dan kukuh dirantau Asia Tenggara .- Semoga semua umat Islam terus bersatu padu demi mempertahankan agama Islam.- Semoga negara Malaysia akan terus menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain dalam pentadbiran agama Islam.

.

1249/3@2014 Hak Cipta JPM [Lihat Halaman Sebelah

SULIT