12
BAHAGIAN A Arahan : Jawab SEMUA soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul. 1 Gambar di atas, menunjukkan perayaan bagi agama A Buddha B Hindu C Kristian D Sikh 2 Antara berikut merupakan cara membentuk pemikiran positif, kecuali A mendekatkan diri dengan Tuhan B berhati-hati melayari internet dengan memilih laman web C memilih bahan bacaan yang berunsur ganas dan lucah D berkawan dan bergaul dengan rakan- rakan yang baik 3 Definisi bagi nilai harga diri ialah A beradap sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan seharian B kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran sihat dan positif C kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan D keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

soalan pendidikan moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ujian

Citation preview

Page 1: soalan pendidikan moral

BAHAGIAN A

Arahan : Jawab SEMUA soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul.

1 Gambar di atas, menunjukkan perayaan bagi agamaA BuddhaB HinduC Kristian D Sikh

2 Antara berikut merupakan cara membentuk pemikiran positif, kecualiA mendekatkan diri dengan TuhanB berhati-hati melayari

internet dengan memilihlaman web

C memilih bahan bacaan yang berunsur ganas dan lucah

D berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan yang baik

3 Definisi bagi nilai harga diri ialah

A beradap sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan seharian

B kebersihan dan kesihatan diri serta

pemikiran sihat dan positif

C kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

D keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

• Berdaya maju• Kegigihan• Kecekalan• Dedikasi

4 Maklumat di atas ialah berkaitan dengan nilaiA kejujuranB kerajinanC hemah tinggi D harga diri

5 Apakah amalan bersopan apabila menziarahi upacara pengebumian?I Berpakaian sopan

dan sesuai mengikut agama

II Mengucapkan tahniah kepada ahli

keluarga yang meninggal

Page 2: soalan pendidikan moral

III Berdoa untuk orang yang

meninggalIV Elakkan diri

daripada berbuat bising

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IV D II, III dan IV

6 Mengapakah dadah merbahaya?

A Kerana akan memusnahkan masa depan

B Kerana boleh mendekatkan diri dengan Tuhan

C Kerana boleh menjamin kesihatan diri

D Kerana keluarga dan diri akan dihormati oleh masyarakat

7 Pakaian di atas sesuai dipakai semasa menghadiri majlisA pengebumianB sukan tahunanC perkahwinanD bergotong-royong

8 Apakah sumbangan Tan Sri P. Ramlee kepada negara?

A Pakar ekonomi MalaysiaB Menubuhkan

Jabatan Pengajian Melayu

C Mengangkat martabat filem Malaysia

D Presiden MIC ke-5

9 Walaupun kita tidak mampu memberi bantuan kebendaan, kita boleh memberi sumbangan dari segiA sokongan moralB sokongan agamaC sokongan kuasaD sokongan psikologi

Tokoh Sukan

10 Siapakah yang pernah menerima anugerah seperti maklumat di atas?A Tan Sri P. RamleeB Datuk Nicol Ann DavidC Tun V. T. SambanthanD Profesor Diraja Ungku Aziz

11 Bagaimanakah cara untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia?I Memberikan pujian

dan galakanII Mengamalkan sikap

pilih kasihIII Menghormati setiap

anggota keluargaIV Berkongsi suka dan

dukaA I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IV

Page 3: soalan pendidikan moral

D II, III dan IV

12 Pilih gambar di sebelah yang menunjukkan keadaankeluarga yang kucar-kacir.

A

B

C

D

13 Kita boleh meningkatkan maruah keluarga melaluiI hobi

II ilmu pengetahuanIII kemahiranIV gejala sosialA I dan IIB I dan IIIC I dan IVD II dan III

14 Antara berikut merupakan tanggungjawab pengawas sekolah, kecualiA menghukum murid-

murid yang melanggarperaturan sekolah

B memastikan semua murid mematuhi peraturansekolah

C menjaga imej dan menjadi teladan kepada murid-murid lain

D membantu guru menjaga disiplin murid semasa majlis rasmi sekolah

Yee Sun meninggalkan bilik mesyuarat apabila semua ahli mesyuarat bertengkar mengenai cadangan yang diusulkan olehnya

15 Situasi di atas dapat dielakkan jika

A setiap ahli mesyuarat bersikap terbuka dengan cadangan dan pandangan yang diberikan

B tidak mematuhi keputusan ramaiC memperkecil-

kecilkan pandangan orang lain

D memaksa orang lain untuk menerima cadangan kita

Page 4: soalan pendidikan moral

16 Bagaimanakah cara menggunakan kemudahan awam dengan betul?I Menggunakan

kemudahan awam dengan cermat

II Menyayangi kemudahan awam seperti menyayangi harta sendiri

III Terjebak dengan kegiatan vandalisme

IV Elakkan diri daripada merosakkan kemudahan awam

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

17 Pilih gambar di bawah yang menunjukkan kemudahan awam.A

B

C

D

18 Antara berikut merupakan sikap toleransi, kecualiA bertolak ansurB sabarC amanahD mengawal diri

19 Apakah sifat yang boleh dibentuk dalam diri murid yang menyertai aktiviti ko-kurikulum?I Disiplin

II KerajinanIII Membuang masaIV BertanggungjawabA I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IV D II, III dan IV

20 Anda seorang yang baik hati apabila

A peka terhadap perasaan dan kebajikan orang lain

B pentingkan diri sendiriC bersikap sombongD suka melukai hati orang lain

Page 5: soalan pendidikan moral
Page 6: soalan pendidikan moral

Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan () pada pernyataan yang salah.

1 Kita perlu menghargai sumbangan tokoh-tokoh dan anggota masyarakat yang telah berbakti kepada negara.

2 Semangat bermasyarakat dapat ditunjukkan dengan cara bersama-sama menjaga kemudahan awam dengan baik.

3 Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) merupakan seorang seniman yang telah mengangkat martabat filem Malaysia.

4 Ibu bapa yang bersikap adil tidak mengamalkan pilih kasih dalam menjaga anak-anak.

5 Menjaga nama baik keluarga ialah kewajipan bapa sahaja.

6 Arif sentiasa termenung kerana dia tidak suka berkongsi masalahnya dengan ahli keluarganya yang lain.

7 Perselisihan faham antara satu dengan lain dapat dielakkan sekiranya kita mengawal diri dan bersikap saling memaafkan.

8 Budaya hormat menghormati, saling membantu dan bertolak ansur mestilah sentiasa diamalkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

9 Memelihara maruah keluarga dengan perlakuan bersopan dan tidak melakukan perkara yang dilarang adalah perbuatan yang mulia.

10 Setiap anggota keluarga perlu menghadiahkan anggota keluarga yang lain hadiah yang mahal supaya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

(10 markah)

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

habis makmur Kerja Raya dieksport kitar semula

insinerator alam Pemimpin menambah baik tempatan

1 Sampah sarap harus dibuang ke dalam tong sampah atau tong ___________________. Sampah sarap yang  dipungut oleh pekerja perbandaran akan dibakar secara tertutup dan terkawal dengan menggunakan______________.

Page 7: soalan pendidikan moral

2 Manusia banyak menggunakan sumber ______________untuk menghasilkan tin, plastik dan kertas. Namun, sumber yang banyak kegunaannya ini akan ________________ satu hari nanti.

3 ________________ negara kita dilantik oleh rakyat. Mereka menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan memastikan negara kita sentiasa aman dan ______________.

4 Kementerian ___________________ bertanggungjawab dalam pembinaan jalan-jalan baru dan __________________ jalan yang sedia ada.

5 Proton dan Perodua telah menghasilkan pelbagai jenis kereta __________________. Kereta yang dikeluarkan bukan sahaja dijual dalam negara malah _____________________ ke luar negara.

(10 markah)

Gariskan jawapan yang betul.

1 Puan Saharah menjaga dan menyayangi keempat-empat anaknya tanpa (pilih kasih, kasih sayang).

2 Sebagai rakyat yang prihatin, Danny sentiasa menjaga (kebajikan, tingkah laku) apabila bergaul dengan rakan-rakan sekolah.

3 Muhairi mendengar dengan (tenang, marah) pendapat Aizatul walaupun dia tidak bersetuju.4 Jun Sang (membantu, mengusahakan) mangsa ribut taufan di Langkawi dengan mengumpul

pakaian, makanan dan wang kepada mereka.

5 Hilmi sentiasa (bergaduh, berhubung) dengan sepupunya yang melanjutkan pelajaran di England melalui e-mel.

6 (Pemikiran, Penampilan) yang sihat akan melahirkan tingkah laku yang baik dan progresif.

7 Datuk Lee Chong Wei merupakan idola Fikri, dia bercadang untuk menghantar penghargaan kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai tanda (menghina, menghargai) sumbangannya kepada negara.

8 Rohit menjaga (imej, harta) keluarganya dengan sentiasa berpakaian kemas dan bersih.

9 Sebagai seorang pengawas sekolah, Syaiful sentiasa menjadi (teladan, sempadan) kepada murid-murid lain.

10 Airizal seorang yang bertanggungjawab kerana (lupa, peka) terhadap perkara-perkara yang berlaku di kawasan tempat tinggalnya.

(10 markah)

Page 8: soalan pendidikan moral

Jawab soalan-soalan berikut.

(10 markah)

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Siapakah individu di dalam gambar di atas?

_________________________________________________________________________

Page 9: soalan pendidikan moral

2 Apakah sumbangan beliau kepada negara?

________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

3 Senaraikan empat bentuk penghargaan yang dianugerahkan kepada anggota masyarakat.

(a) _____________________________________________________________________

(b) _____________________________________________________________________

(c) _____________________________________________________________________

(d) _____________________________________________________________________

4 Apakah tujuan penghargaan diberikan? (a) _____________________________________________________________________ (b) _____________________________________________________________________

5 Namakan dua tokoh lain yang telah mengharumkan nama negara.

(a) _____________________________________________________________________

(b) _____________________________________________________________________

(20 markah)

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________   _________________________

(PN. NORALIZA BT. HASHIM) (PN. ANNA MARIA),

Guru Pendidikan Moral Tahun 5,             Ketua Panitia Pendidikan Moral,

SK Sri Tebrau, SK Sri Tebrau,

Johor Bahru, Johor.             Johor Bahru, Johor

Page 10: soalan pendidikan moral