Soalan Pasir Gudang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

stpm

Citation preview

skema peperiksaan pertengahan tahun sejarah stpm setara Pasig Gudang 2012 (bahagian A) part 1

1.Huraikan organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.Pendahuluan (3 markah)1.Organisasi sosial merupakan satu daripada ciri tamadun dan bermula bertapak sejak Zaman Neolitik.2.Kemunculan kemewahan di bandar- bandar besar menyebabkan muncul askar-askar profesional untuk mempertahankan bandar dari orang gasar.3.Golongan petani wujud di lapisan paling bawah dan mereka mengusahakan sektor pertanian.Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia (10 markah)1.Raja :Berkuasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi.Dianggap sebagai wakil tuhan dan perlu mentadbir dan saksama.Dari segi sejarah, institusi pemerintahan beraja berasal dari jawatan gabenor (ensi),raja (lugal), pada zaman dinasti awal.Ensidanlugalmendakwa mereka menerima mandat dan restu dari Tuhan.Mengisytiharkan diri sebagai Tuhan.1.Peranan raja : Dari segi pemerintahan dan pentadbiran. Melantik pembesar dan memberikan nasihat. Menyelesaikan masalah dalam kalangan rakyat jelata. Menjadi ketua paderi dan wakil Tuhan. Melantik pendeta.2.Bangsawan : Dikenali sebagaimarbanuti. Berkuasa dalam pemilihan calon waris takhta kerajaan. Pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan gabenor provinsi dilantik oleh raja dari kalangan golongan bangsawan. Mereka tinggal di tanah milik sendiri atau estet besar milik raja. Mempunyai pekerja yang ramai. Memperoleh sumber kekayaan melalui harta rampasan perang dan cukai yang dikenakan ke atas rakyat.3.Golongan profesional : Dikenali sebagaiummaneyang terdiri daripada pengusaha bank, doktor, pedagang, jurutulis dan artisan. Mempunyai persatuan untuk kebajikan diri sendiri. Berperanan penting dalam mengukuhkan ekonomi kerajaan. Pekerjaan mereka di warisi oleh anak- anak mereka.4.Rakyat biasa dan hamba : Dikenali sebagaihupshidan kedudukan mereka paling rendah dalam masyarakat. Terdiri daripada petani, askar dan golongan hamba. Golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dan orang berhutang yang boleh dijual beli. Golongan hamba ini diberi layanan yang baik, boleh memiliki harta dan mempelajari kemahiran. Di Babylon, terdapat golongan akyat biasa dan miskin yang menikmati pelbagai keistimewaan yang dikenali sebagaimushkennum.Organisasi sosial masyarakat Mesir (10 markah)1.Raja dan keluarga raja :Berkedudukan yang paling tinggi dan dianggap sebagai Tuhan.Menjadi ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.Raja dianggap lambang keadilan yang mempunyai kuasa dan kesaktian untuk melawan kuasa jahat.Raja dianggap jelmaan Tuhan Horus semasa dinasti kedua dan keempat.Dianggap sebagai Tuhan Matahari semasa dinasti kelima.Putera raja menerima pendidikan daripada guru yang dilantik untuk mengajar matematik, seni bina, astronomi, kesenian dan sains.Putera raja yang dewasa akan menerima latihan ketenteraan.Raja yang berkahwin dengan adik kandungnya untuk mengekalkan kesucian keturunan.2.Golongan bangsawan dan paderi :Pegawai tinggi kerajaan dilantik daripada golongan ini.Jawatan yang penting seperti pengurus, pegawai penguasa, pendeta dan pekerja.Jawatan ini wjud pada zaman perantaraan pertama di peringkat wilayah.Raja dibantu oleh wazir dalam mengendali kes-kes, mengawasi kerja- kerja membina dan membaiki terusan, menjalankan banci ternakan, merekodkan banjir, mengawasi ekspedisi diraja, memeriksa angkatan tentera, menyambut duta serta menerima ufti dari luar negara.Golongan pendeta mempunyai hierarki sendiri terutama dalam soal keagamaan.Mempunyai pengaruh dalam pelantikan raja.3.Anggota tentera :Pekebun kecil artisan dan golongan profesional memasuki tentera untuk membaiki status sosial mereka.Tentera yang berjaya dalam peperangan dibenarkan memiliki pembantu rumah, harta perang, ganjaran, pangkat dan tanah dari estet raja.4.Buruh raja :Tugas utama adalah membina candi diraja.Bekerja hampir sepanjang tahun.Upah mereka dalam bentuk gandum dan barli.Golongan ini terdiri daripada pekerja lombong, tembaga turquoise, pekerja kuari, pekerja binaan, pengangkut air dan tukang tembikar.Mempunyai rumah berhala dan tribunal untuk menyelesaikan masalah yang dianggotai penulis, mekanik dan isteri.5.Petani :Mereka terikat dengan tuannya.Petani yang berkhidmat atas tanah raja diberi sediki kebebasan.Pada zaman pemerintahan kerajaan baru, petani diberikan kebebasan dan tanah oleh raja, boleh diwarisi tanpa pindah milik.5.Hamba :Terdiri daripada tawanan perang.Pada zaman perintahan baru, hamba berperanan penting dalam ekonomi dan sosial.Mereka bekerja di ladang yang dimiliki raja dan rumah berhala.Pada zaman Ramses II, hamba merupakan tawanan dari Syria dan bekerja dalam sektor pembinaan.Kesimpulan (2 markah)1.Setiap peringkat dalam tamadun Mesopotamia dan Mesir mempunyai tugas dan peranan masing- masing terutamanya dalam berkhidmat untuk negara mereka.2.Susunan masyarakat yang sedemikian bagi kedua- dua tamadun manggambarkan bahawa susun lapis masyarakat adalah berdasarkan kuasa, kekayaan dan pekerjaan yang mereka lakukan atau warisi.2.Sejauhmana faktor politik mempengaruhi kebangkitan Srivijaya sebagai kuasa empayar dari abad ke-7M hingga ke-13M.Pengenalan (3 markah)1.Kerajaan Srivijaya diasaskan pada tahun 434 M.2.Srivijaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud kejayaan yang gilang-gemilang.3.Empayar Srivijaya muncul antara tahun607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang, Sumatera.4.Kekuasaan Srivijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.Isi penting (7 isi X 3 markah)a)) Faktor Politik (12m)1. Kekuatan tentera

Angkatan tentera telah dijadikan satu cabang utama dalam pentadbirannya.Catatan Telaga Batu, pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran Diraja, Ketenteraan dan Daerah2. Perkahwinan politikMelalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu menggugat kekuasaan kerajaan.Samara Tungga mengahwinkan puterinya, Pramodha Wardhani dengan raja keturunan Dinasti Sanjaya, Rakai Pikatan bagi mengukuhkan empayarnya.3. Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan teraturKerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.Mengamalkan hierarki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran Diraja, pentadbiran tentera, dan pentadbiran daerah.4. Hubungan luarMempunyai hubungan diplomatik dengan China mula terjalin antara tahun 992 M hingga 1028 M.Hubungan diadakan dengan menghantar ufti dan duta ke negara China.Hubungan dengan China telah menaikkan imej dan pengiktirafan serta perlindungan China.Hubungan yang baik telah memberi keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Srivijaya.5. Dasar perluasan kuasake atas kerajaan-kerajaan sekitarPenguasaan ke atas kerajaan-kerajaan sekitar seperti Kerajaan Melayu-Jambi, Kedah, Bangku, Tulang Bawang, Minang, Tarimanag dan Langkasuka, bermakna Srivijaya berjaya menguasai Selat Sunda dan Selat Melaka.Pengawalan Selat Sunda dan Selat Melaka serta kerajaan-kerajaan sekitar, membolehkan Srivijaya berkembang dari segi perdagangan dan muncul sebagai kuasa laut yang kuat.Faktor-faktor lain6. Peranan orang lautOrang laut dilantik sebagai tentera oleh raja srivijaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Srivijaya, terutama pedagang dari China.Kejayaan kerajaan Srivijaya mengatasi ancaman lanun menarik minat China untuk mengadakan hubungan dengan Srivijaya.Kerajaan Srivijaya telah dijadikan kuasa tambahan kepada China untuk menjaga keamanan diperairan bagi pihak Maharaja China.7. Menguasai laluan perdagangan di Selat Sunda dan Selat MelakaSrivijaya sebagai pusat thallasocracy dengan pelabuhannya berfungsi sebagai tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang.Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan Sunda.Menguasai hasil keluaran dari kawasan perdalaman di sumatera dan Tanah Melayu seperti rempah ratus, cendana, gaharu dan ubat-ubatan.Kegemilangan Srivijaya bergantung kepada kekuatan perdagangannya.8. Sebagai Pusat Pengajian Agama BuddhaMuncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antarabangsa di Asia Tenggara.Ibu kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan keagamaan.Pembinaan candi sebagai lambing agama Buddha, di Dataran Kedu, di Kalasan dan di Prambangan pada zaman kerajaan Sailendra.Candi terkenal ialah Candi Borobudor.9. Peranan dinasti SailendraSailendra bermaksud raja di gunung.Raja pertama dan kedua dinasti merupakan raja-raja yang gagah dan besar kekuasaannya.Raja Sailendra yang kedua, digelar Sang Rama Dhanamjaya yang bermaksud pembunuh wira musuh kerana kejayaannya mengalahkan musuh.Cerita mitos tentang kekuatan raja juga membantu menggerunkan musuh dan berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan kecil.10. Peranan I-TsingI-Tsing bertanggungjawab melaporkan keistimewaan Srivijaya sebagai pusat agama Buddha.I-Tsing berjaya menarik sami Buddha untuk belajar di Srivijaya seperti Hui Ning dan Atisa.Kesimpulan (1 markah)1.Kemunculan empayar Srivijaya bergantung kepada beberapa factor yang saling berkaitan.2.Namun begitu akhirnya empayar Srivijaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanya diambil alih oleh Majapahit.3.Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanyaArthasastrauntuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.Pengenalan (3M)1.Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada masa dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.2.Karya Arthasastra ( Science of Gain of Power ) yang dihasilkan pada abad ke-3M merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan,pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi.3.Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.Isi- Isi (7 isi x 3M = 21M)1.Menggariskan peranan pemerintah dan hubungan diplomatik. Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.a.Mementingkan keamanan iaitusamaniaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.b.Persediaan untuk berperang.c.Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.d.Bersekutu dengan musuh.e.Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh lain.f.Melancarkan serangan pertama.2. Menggariskan peranan pemerintan untuk mencapai kemenangan.a. Memujuk musuh dengan rasuah ataudanadan perbincangan.b. Mencetuskan persengketaan.c. Menanamkan benih-benih permusuhan.d. Melancarkan peperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.3. Mempengaruhi tindakan raja hindu dan pahlawan Marathas.a.Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsur spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu mengelakkan kelahiran semula jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.4. Peranan / dasar pemerintah terhadap musuha. Karyanya menyarankan seseorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen ketenteraan.b. Pemerintah dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih.5. Peranan pemerintah menjamin kesejahteraan rakyata. Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat.b. Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai, merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.6. Pemerintahm menjalankan dasar kekejaman dan bijaka. Untuk menghadapi musuh,bhedadigunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif.b. Raja menunjukkan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsepdandaiaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh.7. Kautilya memperkenalkan teorimandala.a. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.8. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.9. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.10.Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun.Kesimpulan (1 Markah)- Apa sahaja yang berkaitanBandingkan sistem ekonomi pada zaman pertengahan awal di Barat dengan sistem ekonomi Tanah Arab sebelum Islam.Pendahuluan (3 markah)1.Latar belakang Zaman Pertengahan Awal di Eropah :Zaman selepas runtuhnya Empayar Rom (abad ke-5M)Terbahagi kepada dua : zaman pertengahan awal yang wujud antara abad 5M hingga 10M (Zaman Gelap Eropah / Dark Ages) dan zaman pertengahan akhir yang wujud antara abad ke11M hingga 15M (Zaman Moden Awal).Zaman Gelap berlaku perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan gereja.2.Latar belakang Zaman Jahiliyah di Tanah Arab :bermula selepas kerutuhan empangan Maarib di Yaman dan berkembang di antara tahun 300M hingga 610M.3.Kedua-dua tamadun ini mempuyai kegiatan ekonomi tersendiri mengikut keadaan dan kesesuaian setempat.Isi-Isi UtamaSistem Ekonomi di Tanah Arab (10 markah)1.Aktiviti utama di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam ialah perdaganganyang melibatkan golongan Arab Hadhari. Aktiviti pertanian menjadi kurang penting selepas runtuhnya Empangan Maarib. Ketiadaan sistem pengairan yang baik dan penjajahan kawasan pertanian oleh kuasa lain telah menyebabkan penduduk Tanah Arab menumpukan aktiviti perdagangan untuk menampung kehidupan. Kota-kota seperti Makkah, Hirah dan Ghassan telah menjadi pusat perdagangan penting di Tanah Arab. Perdagangan antarabangsa juga telah wujud antara Tanah Arab dengan Eropah, China, India, Parsi dan Afrika.2.Contoh bahan-bahan perdagangan Tanah Arab adalah rempah, arak, madu, dan anggur. Rempah merupakan bahan perdagangan penting.3.Kepentingan aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan kewujudan banyak pasar di Tanah Arab. Contohnya pasar Ukaz di pekan Majad, pasar Zul Majad berhampiran dengan Ukaz dan pasar Nazat di Khaibar. Pasar-pasar ini dibuka pada tarikh dan bulan-bulan tertentu. Misalnya pasar Zumatul Jalalal dibuka pada bulan Muharam, pasar Suhan dibuka pada bulan Rejab. Manakala pasar Daba pula dibuka pada bulan Rejab dan Syaaban.4.Namun, aktiviti perdagangan telah terjejas akibat peperangan dan perbalahan yang sering berlaku antara kabilah-kabilah di Tanah Arab. Manakala golongan Arab Badwi yang hidup berpindah-randah mengamalkan sistem ekonomi yang primitif seperti menternak unta, kambing, dan biri-biri. Cara hidup nomad mereka menyukarkan mereka untuk mengamalkan sistem ekonomi lebih moden .Sistem Ekonomi Zaman Pertengahan Awal di Barat (10 markah)1.Sementara itu, keadaan huru-hara atau anarki yang berlaku di zaman pertengahan awal selepas kejatuhan Empayar Rom telah menghalang perkembangan aktiviti perdagangan. Maka pada masa ini aktivitipertanianmenjadi aktiviti ekonomi utama oleh yang demikian, tanah menjadi sumber ekonomi yang penting. Masyarakat pada zaman ini adalah masyarakat feudal di mana semua golongan mempunyai peranan yang tertentu.2.Di bawah raja, wujud golongan bangsawan yang mempunyai gelaran tertentu sepertiCount, Lord dan sebagainya. Dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka, golongan raja menyerahkan tanah kepada golongan bangsawan. Sebagai balasan, golongan raja ini menerima hasil pertanian dan bantuan ketenteraan daripada golongan bangsawan. Golongan bangsawan yang mendapat pajakan tanah daripada raja adalah bebas dalam menguruskan tanah mereka. Terdapat juga situasi di mana pemegang tanah atauvassal yang akan menyerahkan sebahagian tanah mereka kepada golongan bangsawan lain. Hubungan antara kedua pihak adalah seperti hubungan antara penyewa tanah (bangsawan) dengan tuan tanah (raja).3.Tanah-tanah golongan bangsawan ini diusahakan oleh golonganserf. Pada masa ini ekonomi wang belum diamalkan, oleh ituserfdiberi sebidang tanah kecil untuk menampung keluarga dan sebagai balasan, mereka dikehendaki mengerjakan tanah golongan bangsawan. Dalam sistem feudal, golonganserfterperangkap dalam peranan sebagai golongan petani manakala peluang mobiliti sosial tidak wujud sama sekali.4.Dalam ladang-ladang yang dikenali sebagaiManorterdapat pengasingan yang jelas antara golongan bangsawan danserf. Rumah-rumah golongan bangsawan biasanya terletak di atas bukit dan rumah golongan serf pula terletak di kawasan lembah. Setiapmanordidirikan gereja. Golongan bangsawan dengan pengaruh gereja telah mengongkong golonganserfmenjadi sumber tenaga buruh yang penting.5.Tanaman utama yang diusahakan adalah gandum yang diusahakan dengan kaedah pertanian secara tanah lapang. Segala keperluan golonganserfdihasilkan oleh mereka sendiri. Pada zaman pertengahan awal, aktiviti perdagangan tidak wujud sama sekali.Kesimpulan (2 markah)1.Keadaan geografi dan pentadbiran serta politik telah memberi kesan ke atas corak akhir ekonomi di Tanah Arab dan Eropah.2.Keadaan geografi yang tidak sesuai untuk pertanian dan sistem pengairan yang terjejas dengan keruntuhan empangan Maarib menyebabkan masyarakat Tanah Arab menumpukan perhatian dalam aktiviti perdagangan. Manakala di Eropah memperlihatkan penglibatan masyarakat dalam bidang pertanian.3.Apa-apa yang berkaitanHuraikan perubahan-perubahan dalam pelbagai aspek dalam kalangan masyarakat jahiliah di Tanah Arab selepas kelahiran Islam.PENDAHULUAN (3 Markah)1.Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab.2.Dari segi bahasa Arab jahala bererti jahil atau jahlun atau jahlatun bererti bodoh dan sesat.3.Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah.4.Apabila Rasulullah s.a.w. mula menerima wahyu pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610M) dan seterusnya berdakwah menyebarkan Islam selama 23 tahun, bermulalah episod perubahan cara hidup jahiliah yang seterusnya telah menghancurkan era zaman jahiliah di Tanah Arab.ISI ISI (7 isi x 3M = 21 Markah)1.Perubahan dari aspek kepercayaan dan agamaMajoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Makkah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi.Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.Masyarakat Islampada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat.Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.2.Perubahan dari aspek hubungan masyarakatMasyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah sendiri tanpa mengira sama ada mereka berada di pihak benar atau salah. Ini telah menimbulkan permusuhan antara kabilah.Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiah tanpa mengira kaum dan suku.Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam.Contohnya Nabi saw berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.3.Perubahan dari aspek permusuhan dan peperanganPermusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan.Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Makkah dan pengkhianatan orang Yahudi.4.Perubahan dari aspek taraf masyarakatMasyarakat Jahiliah mementingkan kelas masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.Masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah.Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.5.Perubahan dari aspek kedudukan wanitaMasyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat pemuas nafsu lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelaki mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.Nabi mengajar masyarakat Islam Madinah agar memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipeiihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.6.Perubahan dari aspek akhlakMasyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak keji seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.Islam menekankan akhlak mulia. Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak buruk di kalangan orang Islam Madinah.7.Perubahan dari aspek politikSistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Makkah menjalankan sistem politik kabilah.Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang digunakan ialah Al-Quran.Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi penting dalam kerajaan Madinah.8.Perubahan dari aspek nilai-nilai positifDalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.9.Perubahan dari aspek pendidikan dan ilmu pengetahuanSebelum Islam : masyarakat Arab Jahiliyah adalah buta huruf.Berdasarkan peristiwa Perang Badar hanya 17 orang sahaja masyarakat Arab yang boleh menulis dan membaca.Justeru itu tiada perkembangan tamadun manusia pada zaman ini.Selepas Islam : aspek pendidikan dan intelektual amat dititikberatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. telah membina masjid-masjid selain menjadikan rumah al-Arqam sebagai institusi pendidikan.Kepentingan pendidikan dalam Islam ini jelas terlihat pada maksud ayat pertama (wahyu) yang baginda terima iaitu Bacalah10.Perubahan dari aspek ekonomiSebelum Islam : masyarakat Arab menjalankan amalan ekonomi negatif seperti penindasan, penipuan dalam perniagaan, rompakan, penjualan berhala, monopoli dan sebagainya.Setelah Islam : Islam melarang segala bentuk kegiatan ekonomi berunsur penindasan dan riba. Islam menggalakkan umatnya melaksanakan sistem ekonomi Islam berteraskan semangat bantu-mambantu seperti dalam perdagangan dan pertanian.11.Perubahan dari aspek identiti masyarakatKeutamaan pada bangsa amat ditekankan pada zaman jahiliyah. Pada zaman Islam, ditekankan aspek persaudaraan Islam tanpa mangira latarbelakang keturunan dan warna kulit.KESIMPULAN (2 Markah)1.Perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab membolehkan Islam terus berkembang dan membolehkan juga berlakunya penciptaan tamadun walaupun Islam lahir di kawasan tandus.2.Kecemerlangan umat Islam zaman Rasulullah s.a.w. itu terus diwarisi oleh generasi seterusnya (Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepasnya).2.Jelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah pada zaman Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan.Pendahuluan (3M)1.Latar belakang dan perlantikan Muawiyyah sebagai Khalifah pertama kerajaan Bani Umaiyyah.2.Latar belakang kerajaan Bani Umaiyyah.Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Zaman Khalifah Muawiyyah (7 isi x 3M = 21M )1.Khalifah Muawiyyah telah memindahkan pusat pentadbiran kerajaan Islam dari kota Madinah ke kota Damsyik. Beliau memilih kota Damsyik memandangkan ia merupakan kubu kuat penyokongnya yang telah lama berdiri di belakangnya sejak Muawiyyah dilantik sebagai gabenor oleh Khalifah Umar bagi seluruh wilayah Syam. Bukti lain betapa kuatnya pengaruh Muawiyyah di Damsyik ialah penduduk di sinilah yang membantunya sewaktu berlaku krisis dengan Khalifah Ali bin Abi Talib sehingga tercetusnya Perang Siffin dan Majlis Tahkim.2.Muawiyyah bin Abu Sufyan menjalankan dasar berbaik-baik dengan penduduk Iraq yang merupakan penyokong kuat golongan Syiah. Muawiyyah telah menawarkan wang yang banyak untuk mendapatkan sokongan golongan ini, contohnya al-Ahnah bin Qais dan Jariyah bin Qudamah telah diberikan 100,000 dirham setiap seorang untuk mendapatkan sokongan. Selain itu, Muawiyyah mengekalkan dasar tidak campur tangan sehinggalah pelantikan Ziyad bin Abih sebagai Gabenor Basrah; Ziyad telah memperkenalkan beberapa reformasi antaranya mengarahkan rakyat mencuci dan membersihkan jalan raya, memperbaiki kemudahan jual beli, mengenakan perintah berkurung, menyusun dan mengemaskinikan anggota polis.3.Selain itu untuk mengukuhkan kekuasaan Bani Umaiyyah, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah mengubah sistem pemilihan khalifah secara syura kepada sistem warisan. Muawiyyah telah bertindak mengisyitiharkan puteranya, Yazid sebagai Putera Mahkota pada tahun 56H. Tindakan ini telah menimbulkan tentangan hebat umat Islam khususnya penduduk Iraq, apatah lagi ia telah bertentangan denan persetujuannya dengan Sayidina Hassan dahulu agar jawatan ini diserahkan kepada persetujuan orang ramai khasnya umat Islam. Meskipun timbul pelbagai penentangan, namun ia telah dapat dipadamkan.4.Muawiyyah bin Abu Sufyan juga telah memperkenalkan atau meniru sistem pentadbiran Parsi dan Byzantine. Ramai pegawai kristian diambil berkhidmat sebagai guru dan pentadbir khususnya dalam bidang ekonomi, sains, dan perubatan. Selain itu, beliau juga mewujudkan pengawal istana atau pengawal peribadi bagi melindunginya, khususnya daripada ancaman musuh.5.Pelbagai jabatan baru telah diwujudkan untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran. Antaranya, Jabatan Pendaftaran yang berfungsi menyalin segala surat rasmi dan menyimpan salinan itu bagi tujuan keselamatan dan juga mengelakkan sebarang penipuan dan penyelewengan. Pejabat Pos juga dibentuk untuk urusan segala surat-menyurat berkaitan pentadbiran negara dari kerajaan pusat ke daerah-daerah ataupun sebaliknya. Semua surat di Semenanjung Tanah Arab menggunakan bahasa Arab sedangkan di luar Tanah Arab menggunaksan bahasa Yunani dan Parsi.6.Muawiyyah bin Sufyan telah meluaskan kuasa politik khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani Umaiyyah termasuk penguasaan ke atas harta yang diperoleh dalam peperangan. Sebelum itu, harta berkenaan dijadikan hak milik orang Islam; dimasukkan ke dalam Baitulmal, tetapi mulai zaman Muawiyyah, harta berkenaan dianggap harta kerajaan, tujuannya tidak lain untuk memastikan segala perancangan kerajaan dapat berjalan dengan lancar.7.Setiap gabenor yang dilantik di setiap daerah hanyalah mempunyai kuasa ketenteraan dan urusan yang berkaitan dengan politik sahaja. Urusan yang berkaitan dengan cukai diletakkan secara terus dibawah Sahibul Kharaj yang dilantik oleh Khalifah Muawiyyah sendiri. Kesannya, kuasa gabenor dapat dihadkan, malah terpaksa bergantung kepada Sahibul Kharaj dalam soal kewangan.8.Dalam bidang ketenteraan, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah membentuk pasukan tentera yang mantap dan besar meliputi tentera darat dan tentera laut. Tentera ini majoritinya dianggotai oleh penduduk Syam dan diberikan gaji yang tetap serta tinggi kadarnya. Kekuatan tentera ini digunakan untuk mengekang pemberontakan golongan Syiah dan Khawarij.9.Beliau turut menggerakkan tentera ke luar negara, antaranya menghantar Said bin Osman menyeberangi Sungai Oxus, menghantar tentera yang dipimpin oleh Yazid mengepung kota Constantinopole, menghantar Uqbah bin Nafi menawan Afrika Utara sehingga berjaya mendirikan pusat pentadbiran di Qairawan. Selain itu, tentera-tentera diperkuatkan di kawasan-kawasan sempadan sehingga pihak Byzantine tidak berani mengancam kerajaan Islam ini.10.Bagi memastikan keadaan negara tidak diancam oleh sebarang gerakan subversif, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah membentuk pasukan perisik yang berperanan sebagai mata dan telinga khalifah. Oleh itu, Muawiyyah dapat membendung ancaman musuh dengan cepat daripada merebak yang boleh menggugat pemerintahannya.11.Polisi serta pembaharuan yang dibawa oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan telah menjadi asas kepada pembentukan kerajaan yang kuat serta dominan selepas era pemerintahan Khulafa al Rasyidin. Muawiyyah bin Abu Sufyan juga memerintah dengan tegas dan penuh disiplin. Keberaniannya memperkenalkan corak pemerintahan warisan telah menjadi ikutan pemimpin selepasnya.Kesimpulan ( 1M )1.Mana-mana yang berkaitan.3.Bincangkan sumbangan kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyahdalam membentuk organisasi ketenteraan yang unggul.Pengenalan ( 3 markah)1. Konsep organisasi ketenteraan dalam Islam2. Sejarah penubuhan tentera dalam Islam(bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila turun wahyu membenarkanumat Islam berperang, ketika hendak berhadapan dengan tentera Quraish Makkahdalam perang Badar.3. Latar belakang Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin(Bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dipimpin empat orang sahabat,iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.3. Latar belakang Kerajaan Bani Umayyah4. Isi : Sumbangan Pembentukan Organisasi Ketenteraan Islam ( 7 isi X 3=21 markah)1. Penambahan Komposisi tenteraBilangan tentera yang meningkat(Pada zaman Bani Umayyah, jenis tentera tetap telah bertambah denganpembentukan pasukan infantri, kavalri dan tentera laut.(Pasukan tentera laut ini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Sepanyol danEropah.2. Kewujudan dua jenis tenteraTerbahagi kepada dua, iaitu tentera darat dan laut(Penubuhan angkatan tentera laut Islam berlaku setelah perluasan kuasa Islam telahsampai ke Syam, Mesir dan Iskandariah.(Perkembangan terbaru kedudukan kekuasaan Islam memerlukan umat Islammempunyai angkatan laut bagi menghadapi serangan Rom di Laut Mediterraneandan jihad Islam ke atas pulau pulau di Laut Mediterranean.(Oleh itu, pemerintah Islam mula menubuhkan angkatan tentera laut.(Berikutan dengan penubuhan angkatan tentera laut maka muncul pelabuhan danlimbungan kapal untuk tujuan angkatan tentera Islam dan tujuan perdagangan.3. Peningkatan teknologi dan peralatan tentera(Menggunakan pedang, tombak, panah, perisai ,manjaniq, kuda, keldai dan kapalperang.(Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut.(Pada zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayudan berpaku.(Perindustrian kapal terletak di pantai Syria dan Mesir.4. Mempelbagaikan taktik dan strategi ketenteraan(Menyerang, mengepung, dan bertahan.(Membina kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan menubuhkan badan perisik.(Ketika zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus atau batalion, dalampasukan tentera sebagai usaha memantapkan lagi tentera Islam.(Islam memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar tentera.(Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain lain ditubuhkan adalah untuk memenuhikeperluan tentera di samping pusat pentadbiran dan perdagangan.(Pada zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukanpasukan kurdus (cohorts), jabatan perisikan, penggunaan peta dan serangan darilaut.5. Kewujudan tentera bergajiTentera dibayar gaji dan elaun(Pada zaman Umar al-Khattab, dua kategori tentera telah dibentuk iaitu tenterabergaji dan sukarela.(Satu jabatan khas telah ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran gaji dan elauntentera iaitu Diwan al-Jund.(Pada zaman Umar al-Khattab, tentera Muhajirin dan Ansar yang senior dibayarsehingga 5000 dirham manakala tentera junior dibayar sehingga 2500 dirham.(Pada zaman Bani Umayyah, tentera dibayar gaji.(Contoh, pada zaman Muawiyah kadar gaji purata ialah sebanyak 1000 dirhamsetahun termasuk elaun keluarga.(Pada masa ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untukmenyaingi tentera Rom atau Barat .6. Menetapkan Status tentera(Terdapat tentera tetap, tentera upahan dan tentera sukarela7. Kepimpinan(Pada zaman Khulafa al- Rasyiddin dan kerajaan Bani Umaiyah, khalifah tetapmengetuai peperangan.(Tujuannya untuk menguruskan perkhidmatan tentera yang cekap dan berkesan.(Pemerintah Islam memperkenalkan jabatan tentera atau Dewan Al-jund.(Dalam aspek kepimpinan pula, pengurusan tentera dilakukan oleh kepimpinantentera yang dilantik.Kesimpulan (1 markah)(Kedua-dua kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islamyang unggul dan hebat.(Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasijajahan dari tentera Rom dan Parsi.Zakat bukan sahaja Rukun Islam tetapi merupakan sumber ekonomi utama dalam Islam. Galurkan fungsi dan pelaksanaannya.Pendahuluan (3 markah)1.Perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran, 32 kali disebut secara berasingan dan 26 kali disebut beriringan dengan kalimah solat. Kadangkala zakat disebut dengan lafazsadaqah, nafaqah, haqdanal-afw.2.Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga. Dari segi bahasa, zakat berasal daripada kata dasar perkataan Arab zaka yang bererti penambahan atau penyucian. Pengertian pertama bermaksud memberi serta menambah kemakmuran dan pahala umat Islam.3.Pengertian kedua pula bererti pembayaran bagi menyucikan jiwa umat Islam daripada perasaan tamak, bakhil dan sifat-sifat keji seperti mana yang dijelaskan dalam surah al-Syams ayat 9.4.Dari segi syarak, zakat membawa maksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada yang berhak menerimanya.5.Kefarduan zakat disyariatkan pada tahun 623 M (2 H) setelah Nabi Muhammad saw berhijrah dan menetap di Madinah.6.Zakat terbahagi kepada dua jenis, pertama zakat fitrah iaitu zakat yang wajib dikeluarkan bagi setiap umat Islam dan kedua zakat harta benda iaitu apabila cukup nisabnya. Kedua-dua zakat ini wajib dikeluarkan setahun sekali.Fungsi Zakat (4 isi x 3M = 12 markah)1.Zakat berfungsi sebagai satu ujian untukmenguji sejauh manakah keimanan dan ketaqwaanseseorang terhadap Allah swt kerana tabiat manusia sememangnya merasa tamak dan sukar untuk mengeluarkan sebahagian kecil daripada hartanya sebagai zakat. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas. Sifat inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt sebagai pembersihan rohani dan jasmani.2.Dari segi kerohanian, ia dapatmenghapuskan sifat-sifat keji yang dimiliki manusia. Contohnya sifat tamak, bakhil, bongkak, riak dan sebagainya. Dari segi jasmaninya, zakat ditafsirkan sebagai satu cara untuk menyucikan harta benda. Hal ini bermula dari kenyataan bahawa di dalam sebarang kegiatan untuk mencari rezeki yang halal mungkin berlaku di luar kemahuan atau pengetahuan seseorang bahawa sesuatu yang tidak halal telah berlaku. Contohnya, mungkin berlaku timbangan, sukatan atau ukuran yang tidak tepat semasa menjalankan urus niaga. Untuk menyucikan unsur-unsur yang tidak halal itu, maka zakat diwajibkan.3.Fungsi zakat dalam aspek kemasyarakatan, akhlak dan kebajikan, zakat adalahpenyertaan seseorang yang berharta untuk membentuk masyarakat yang adil dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Zakat yang dikeluarkan itu mestilah diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Jika terlalu banyak lebihan, dipertanggungjawabkan kepada Baitulmal mengumpulnya dan membelanjakannya untuk kebajikan masyarakat seperti menyediakan kemudahan asas dan sebagainya. Zakat juga boleh dilaburkan dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan.4.Zakat dapatmerapatkan ikatan silaturahim dan perpaduan antara golongan kaya dan miskin. Golongan yang kurang bernasib baik ketika menerima zakat, tentu akan merasa gembira. Perasaan inilah yang bertanggungjawab melahirkan kasih sayang dan bersedia membantu dengan tulang empat kerat menyelesaikan pekerjaan golongan kaya. Dalam masa yang sama, melalui zakat golongan kaya sentiasa ingatkan golongan yang kurang bernasib baik. Ini akan menghapuskan perasaan riak, sombong dan sebagainya pada diri golongan kaya dan perasaan dengki dan lain-lain pada diri golongan miskin.5.Dari aspek ekonomi, zakat merupakan satu cara terbaik untukmenjadikan negara dan umat Islam muncul sebagai masyarakat yang kaya dan makmur. Jika seseorang yang benar-benar beriman dan bertaqwa, ia akan berusaha lebih gigih kerana setiap zakat yang dikeluarkan itu akan memperolehi ganjaran pahala. Kesan daripada perkembangan pengeluaran zakat ini ialah lahirnya umat Islam yang kuat dari segi ekonomi dan melahirkan negara yang kaya dan makmur, kerana Baitulmal yang mengumpulkan zakat mempunyai dana yang banyak yang dapat digunakan untuk pembangunan negara dan kepentingan dakwah Islamiajh serta kebajikan rakyat.6.Dalam hal ini zakat berfungsimenghampirkan diri seseorang kepada Allah swt. Kerana harta yang terkumpul itu seharusnya dibelanjakan mengikut cara yang diredhai Allah swt. Tugas pertama yang mesti dilakukan ke atas harta ialah mengeluarkan zakat. Tindakan ini amatlah besar ertinya dalam konteks ibadat kerana ia merupakan satu bukti kepatuhan dan penyerahan diri seseorang kepada Allah swt.7.Fungsi zakat berikutnyamemberikan kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani dapat menebalkan iman mereka kepada Allah swt kerana pertolongan yang diberikan oleh golongan kaya itu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Dari segi segi kebendaan pula, dengan zakat dapat menaikkan taraf hidup golongan fakir miskin. Contohnya dengan zakat mereka berupaya membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Zakat juga menandakan kesyukuran orang kaya dan merupakan satu bentuk pengagungan terhadap kekuasaan Allah swt. Tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengeluarkan sebahagian kecil hartanya untuk mencari keredhaan Allah swt dengan nikmat yang lebih besar lagi (syurga).Pelaksanaan Zakat (8 markah)1.Sejarah pelaksanaan zakat meliputi tiga peringkat. Peringkat pertama ialah sebelum kedatangan Islam. Allah swt telah menyebut bahawa beberapa orang nabi telah melaksanakanzakat seperti nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Ismail dan Nabi Isa.2.Peringkat kedua ialah zaman sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah (zaman di Makkah). Allah swt telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam lagi. Perkara ini berlandaskan atas dasar tolong menolong antara golongan kaya dengan golongan miskin sebagai satu amal kebajikan. Kewajipan zakat pada peringkat ini hanya bertaraf pilihan tanpa ditentukan kadar nisabnya dan jenis harta benda yang hendak dikeluarkan zakat.3.Peringkat ketiga ialah selepas Nabi Muahammad saw berhijrah dan menetap di Madinah. Pada tahun 2H (623M), zakat mula difardukan secara kuat kuasa iaitu antara bulan Syaaban dan Syawal. Bermula tahun tersebut, keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau dipaksa membayarnya oleh pihak pemerintah Islam. Golongan yang berhak menerima zakat ialah fakir miskin, amil yang menguruskan pungutan zakat (dilantik oleh pemerintah), mualaf yang dijinakkan hatinya untuk menganut Islam, hamba yang hendak dimerdekakan, orang yang berhutang, orang yang berjihad dan orang yang musafir.Kesimpulan (2 markah)1.Zakat adalah Rukun Islam Keempat yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang berkelayakan. Selain itu, zakat adalah salah satu sumber ekonomi negara yang berfungsi memacu kemakmuran dan pembangunan sesebuah negara di samping mewujudkan keadilan dan keamanan sosial.2.Pelaksanaan sistem zakat dari zaman awal Islam hingga zaman Abbasiyah mengalami banyak perubahan. Setelah munculnya mazhab-mazhab, maka timbul tafsiran berbeza-beza tentang jenis-jenis dan kadar zakat. Ini disebabkan wujudnya perubahan daripada segi jenis dan penilaian barangan dan mata wang.skema peperiksaan pertengahan tahun sejarah stpm setara Pasig Gudang 2012 (bahagian B) part 1

BAHAGIAN BBincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.PENDAHULUAN (2/3 Markah)1.Zaman jahiliah bermula dari tempoh runtuhnya empangan Maarib hingga zaman sebelum kedatangan Islam. Masyarakat ini tiada nabi dan kitab suci sebagai panduan.2.Wujud pelbagai agama dan kepercayaan berpunca dari sikap mereka yang mengikut hawa nafsu, mengikut tradisi nenek-moyang, pengaruh asing dan keadaan persekitaran mereka.ISI ISI (7 isi x 3M = 20 Markah)1.Majoriti menganut agama menyembah berhala atauwathani. Berhala diperbuat daripad kayu, batu atau emas. Menyembah berhala kononnya dapat memberi manfaat dan mudarat. Terdapat 360 berhala di keliling Kaabah seperti al-Uzza, al-Manat, al-Hubal dan al-Latta.2.Masyarakat jahiliah juga menyembahalam cakerawalaseperti matahari, bulan dan bintang. Mereka menganggap cakerawala ini merupakan sumber segala tenaga dan kekuatan.Mereka percaya bulan merupakan tuhan perempuan, manakala matahari sebagai tuhan lelaki.Memuja matahari diamalkan oleh mayarakat Petra dan Palmyra. Pemujaan bulan terdapat di Main.3.Mereka juga menyembah objekalam sekelilingseperti pokok, gua, gunung yang dapat menghubungkan diri dengan tuhan mereka. Mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan, padang pasir yang kering kontang dianggap tempat kediaman tuhan yang jahat.4.Mereka juga mempercayai amalanPolydemonismeiaitu menyembahdewa-dewa,malaikat, roh nenek-moyang dan jinyang dipercayai ada kuasa ghaib yang boleh menolong mereka dan melindungi keselamatan mereka.5.Mereka juga menganut agamaMajusi(Zoroester) yang berasal dari Parsi. Agama ini terbahagi kepada tiga mahzab iaitu Marthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Agama ini menghalalkan perkahwinan antara adik-beradik dan mempunyai penganut di kawasan seperti Iraq, Yaman, Oman dan Bahrin.6.Mereka juga menganut agamaYahudi, yang dibawa oleh nabi Musa melalui kitab Taurat. Namun Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini untuk kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah s.w.t. Penganutnya terdapat di Palestin, Yathrib dan utara Tanah Arab iaitu kaum Bani Kinanah, Bani al-Harith dan Bani Kandah.7.Mereka juga menganut agamaNasrani.Agama Nasrani diselewengkan oleh golongan pendeta. Agama ini diturunkan kepada Nabi Isa melalui kitab Injil. Agama ini berkembang di Najran, Ghassan dan Hirah. Penganut agama Nasrani juga dikenali sebagai golongan ahli kitab.8.Mereka juga menganut agamaHanif.Agama Hanif diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan penganutnya dikenali golongan Hunafa. Agama ini mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama Hanif ialah Zaid bin Amru dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.Agama ini melarang menyekutukan Allah s.w.t, minum arak dan tidak melakukan sebarang perbuatan keji.9.Mereka juga menganutkepercayaan karut dan tahyul (animisme). Masyarakat Arab gemar menilik nasib untuk melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga percaya ramalan tuah dan sial dengan melihat arah burung terbang, kepercayaan karut yang ingin menguji kesetiaan isteri. Contohnya, seorang lelaki yang ingin mengembara jauh akan mengikat seutas tali pada sebatang pokok, sekiranya tali itu terurai itu menandakan isterinya telah berlaku curang.KESIMPULAN (1/2 Markah)1.Sikap masyarakat Arab jahiliah yang melanggar syariat Allah s.w.t. membawa kepada keadaan kucar-kacir dalam soal akidah dan akhlak. Maka tidak hairanlah pada zaman itu masyarakat Arab hidup dalam kegelapan.10.Jelaskan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua Negara Islam Madinmah.Pengenalan : ( 3 markah )1.Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabuilawal bersamaan 20 April Tahun Gajah. Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610M. Baginda secara rasmi menjadi Nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda digelaral-aminbermaksud yang benar dan boleh dipercayai.2.Baginda amat gigih dalam menyebarkan Islam secara sulit dan terang-terangan selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Bainda bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul bahkan seorang pemimpin masyarakat dan akhir sekali sebagai panglima perang dan pemimin negara yanag disegani.Isi-isi penting : ( 20 markah )1. Seorang Nabi dan Rasula.Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu pertama : menerusi kitab suci al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur. Kedua : melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan mempunyai sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Ketiga : melalui bukti sejarah.b.Bukti kenabian Baginda telah terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Contohnya, sewaktu Baginda dibedah oleh Malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Seorang paderi di Syam, Buhaira' juga mengakui bukti kenabian Baginda.c.Penyebaran Islam bermula pada 610M secara sulit dan terangan selama 23 tahun di Makkah dan Madinah. Segala halangan dan dugaan diharungi dengan sabar. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Penentangan nyata daripada Arab Quraisy. Berbeza pula dengan Raja Najasyi dari Habsyah yang menerima Islam disebarkan di Habsyah. Begitu juga dengan Waraqah Bin Naufal, seorang penganut Nasrani di Makkah mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.d.Dalam penyebaran Islam, Baginda menunujukkan sifat sabar, lemah-lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya walaupun nyawa baginda terancam. Kaum Quraisy pernah menawarkan pelbagai ganjaran seperti harta benda, wanita dan kuasa agar nabi menghentikan dakwahnya namun ditolak oleh Baginda.e.Sebagai pemimpin agama, Baginda telah menunujukkan beberapa bidang untuk kesejahteraan masyarakat dan sebagai panduan. Bidang ibadat seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. Bidang muamalat seperti urusan pentadbiran. Bidang munakahat seperti nikah kahwin. Bidang jenayah dan hubungan antarabangsa.2. Pemimpin Masyarakat :a.Nabi Muhammad s.a.w juga telah menyatukan masyarakat Madinah yang telah lama berpecah iaitu kaun Aus dan Khazraj menjadiAnsar.Bahkan baginda juga mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin. Selain itu untukmewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni, hubungan orang Islam dan bukan Islam turut diperkukuhkan. Ini mewujudkan masyarakat Madinah yang lebih kuat aman dan stabil dari segi politik dan ekonomi. Baginda juga menyeru masyarakat Madinah bekerjasama, bantu membantu dan sama-sama mempertahankan keselamatan Madinah. Hak-hak kebebasan beragama juga diberikan peranan khusus untuk mengendalikan suku masing-masing.b.Ikatan ummah turut diperkenalkan. Ini dapat mengekang fahaman assabiyah yang diamalkan. Ini merupakan satu dasar demokratik yang adil lagi bijaksana. Ianya mewujudkan masyarakat yang saling menghormati status sosial mereka.3. Pemimpin Politik :a.Kepimpinan Baginda terserlah sejak di Makkah lagi iaitu apabila Baginda berjaya menyelesaikan masalah pemindahan Batu Hajar Aswad di Kaabah. Ketokohan Baginda diakui oleh penduduk Makkah yang bukan Islam.b.Kepimpinan yang matang turut terserlah semasa Perjanjian Aqabah 1 (621M) dan Aqabah 11 (622M).c.Sebagai pemimpin politik berkaliber, Baginda tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Yahudi. Sebaliknya mengadakan perundingan dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah Baginda membuat tindakan menyingkirkan mereka dari Madinah dan dilakukan dengan penuh diplomasi. Semasa Piagam Madinah dibentuk juga kaum bukan Islam juga dijemput untuk memberikan pendapat dalam Piagam Madinah. Menunjukkan Baginda pemimpin yang adil.d.Di peringkat antarabangsa pula, Baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzatine dan Parsi untuk memperkenalkan Islam. Kesannya dalam masa setengah abad, semua negara berkenaan tunduk kepada pemerintahan Islam.e.Baginda memperkenalkan sistem Syura. Sistem ini diamalkan khususnya dalam politik dan ekonomi. Contohnya pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah dilakukan secara syura.4. Pemimpin Ekonomi :a.Baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi Islam bagi menggantikan dasar ekonomi jahiliah. Baginda menggalakkan umat Islam bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian. Umat Islam boleh mendapatkan kesenangan dan kekayaan asalkan tidak melibatkan riba dan menunaikan zakat.b.Tanah-tanah terbiar diusahakan semula dan tanah-tanah tergadai ditebus semula dan diusahakan. Baginda juga berjaya menyekat kaum Quraisy memonopoli aktiviti perdagangan.5.Pemimpin Ketenteraan :a.Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua dalam ekspedisi ketenteraan. Asas kepimpinan ketenteraan Baginda adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah, Baginda dan para sahabat mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Melalui peraturan perang yang disyariatkan oleh Allah, peperangan dijalankan tidak memerangi golongan yang lemah, musuh yang tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda dan tanaman ketika berperang.b.Baginda juga menunjukkan contoh yang baik seperti dalam peperangan Hunain dan Taif. Baginda telah menunjukkan sikap kemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang ditawan kepada musuh. Tindakan ini membuatkan sebilangan pihak musuh tertarik untuk memeluk Islam.c.Baginda juga bersikap adil kepada semua tentera yang sama-sama berperang dengan membahagikan sama rata hasil rampasan perang. Kepada pihak musuh yang tewas juga, Baginda juga tidak mengejar musuh yang lari. Sikap Baginda ini amat dihormati oleh pihak musuh dan juga tentera Islam.d.Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi perang. Baginda dapat merancang taktik dan strategi seperti perang Badar dan Khandak. Dalam perang Badar, Baginda menggunakan taktik tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk barisan (saf). Dalam perang Khandak, Baginda menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Dalam perang Taif, Baginda menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya malancarkan serangan bertubi-tubi.Kesimpulan ( 2 markah )1.Jelas menunjukkan Baginda merupakan seorang Nabi dan Rasul yang disegani malah merupakan seorang pemimpin masyarakat dan negarawan yang ulung.2.Ini menunjukkan Islam bukan sahaja mementingkan aspek aqidah semata-mata tetapi turut mementingkan hal ehwal kehidupan seharian.11.Huraikan etika peperangan dalam Islam melalui ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w.A. Pengenalan ( 3 markah )1.Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w. telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.2.Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi serta Rom dan Parsi.3.Pada zaman Rasulullah s.a.w., peperangan dalam Islam dapat dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombonganrombongan pedagang ataupun musuhmusuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besarbesaran seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya.B. Etika peperangan dalam Islam ( 7/9 X 3M = 21 Markah )1.Dalam usaha memenuhi misimisi peperangan, Islam telah menggariskan prinsipprinsip dan kaedah umum (etika) dalam jihad yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang. Antaranya ialah harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Hal ini telah diberikan penekanan oleh Rasulullah s.a.w. ketika mengepung Kota Taif dalam Perang Taif. Baginda s.a.w. telah memberikan tiga pilihan kepada musuh Islam; iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.2.Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi musuh seandainya mereka memerangi Islam terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh, barulah berlaku peperangan secara besarbesaran.3.Dalam ekspedisi peperangan, tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanakkanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika inilah golongangolongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Rasulullah dan Khulafa al Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan Negara Islam.4.Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat untuk menyingkirkan halangan yang ada di hadapan gerakan dakwah. Ini membuktikan bahawa betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Rasulullah s.a.w mengepung Kota Taif, hartaharta musuh Islam langsung tidak diusik.5.Sesuai dengan pilihanpilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Buktinya, Baginda s.a.w telah menerima Suhail bin Amru yang dihantar oleh Quraisy untuk berunding dengan Baginda s.a.w agar tidak menyerang Kota Makkah, sekaligus telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah.6.Etika seterusnya ialah Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. di medan Perang Uhud.7.Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 Hijrah, meskipun fasalfasal dalam perjanjian itu seolaholah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w. mempunyai misi yang tersendiri. Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w. mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.8.Etika terakhir yang dianjurkan oleh Islam ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuhmusuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah tidak menerima sebaliknya Baginda menggunakan kaedah diplomasi, tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan dan sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam akhirnya menerima Islam sebagaiad-din.9.Satu lagi etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam, cara pengagihan harta rampasan perang atau ghanimah. Hartaharta yang diperoleh bukan dibolot oleh Rasulullah s.a.w. sebaliknya, ia diagihkan secara sama rata dalam kalangan para pejuang yang terlibat dalam sesuatu medan peperangan. Namun, selepas kewujudan Baitulmal, hartaharta berkenaan diurus dengan lebih bijak; digunakan untuk pembangunan negara, khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khatab.C. Kesimpulan ( 2 markah )1.Ternyata etikaetika yang dianjur oleh Islam sebenarnya bukan sahaja memberikan kesan yang positif kepada tenteratentera Islam sendiri, bahkan ia menjadi saluran atau wadah dakwah.2.Hal ini terbukti khasnya melalui Perang Badar, etikaetika yang diamalkan telah menarik perhatian ramai musuh Islam yang mana akhirnya mereka menerima agama ini.12.elaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.Pendahuluan (3 Markah)1.Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.2.Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.3.Sumber Umum Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama :a.Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.b.Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris.c.Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.4.Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan.5.Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.Isi-isiA.Sumber sumber Baitulmal (5 isi x 2M = 10M)1.ZakatSebahagian harta yang dikeluarkan oleh umat Islam yang layak untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.2.KharajKharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik tanah di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.3.JizyahJizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih hidup dan berupaya. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.4.Ghanimah dan al-FayGhanimah merupakan harta rampasan perang. al-Fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.5.UsyurUsyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.B.Peranan Baitulmal (5 isi X 2 markah)1.Membantu perkembangan ekonomi Islam.Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.2.Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.Penting bagi menjamin negara Islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.3.Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.4.Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. Pengagihannya mestilah adil dan saksama. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.5.Menyimpan harta Negara.Sebagai khazanah perbendaharaan Negara.Kesimpulan (2 markah)1.Pelaksanaan dan fungsi Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.2.Apa-apa yang berkaitan.Huraikanfaktor-faktorpenjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M dan16M.Pengenalan (3 markah)1.Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.2.Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.3.Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.Isi-Isi PentingFaktor-faktor penjejahan dan penerokaan orang Portugis (7 isi X 3 markah)1.GeografiNegara Portugal terdedah pada pengaruh kelautanKedudukan yang terdedah di Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaanIni menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur2.Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan MentahIni berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan.Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamlkan dasar ekonomi merkantilisme.Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru3.Keadaan politik yang stabil & kepimpinan raja-raja PortugalKepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan.Contoh, Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia4.Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib.Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang berminat utk sertai ekspedisi pelayaran.Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan MadeiraKapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang menguntungkan.Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.5.Memerlukan Barangan dari TimurMereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal.Pada abad ke-15M, pedagang Islam dan Italy kuasai perdagangan dengan Timur dan dapat keuntungan yang besar.Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453M dan wilayah-wilayah di timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama.Mereka juga tidak daapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap.Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam6.Faktor Agama / Galakan PausEkoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah7.Kemajuan dalam Teknologi PelayaranIni menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut.Penemuan-penemuan baru seperti :carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah dan Laut Mediterraneankompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaranastrolob utk tentukan longtitud.reka bentuk kapalDengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.8.Cerita-Cerita Mengenai Dunia LuarOleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo VerthemaCatatan drpd tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk meneroka kawasan baru.Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan PortugisKesimpulan(1 markah)1.Penjelajahan orang Eropah telah mengubah kehidupan masyarakat di Timur.2.Penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah telah membawa pertembungan serta perubahan budaya, kepercayaan dan ekonomi masyarakat tempatan.3.Kaedah Gold, Gospel, dan Glory yang diamalkan oleh orang Portugis dan Sepanyol telah membawa kejayaan dan keuntungan kepada mereka.Perkembangan pertanian merupakan ciriutama menyebabkan berlakunya perubahan dalam kehidupan masyarakat pra sejarah.Bincangkan.1. Pendahuluan .( 3 m ) Menurut Frank Hole dan Robert F. Heizer -pra sejarah merupakan sebahagian daripada kehidupan masa silam manusia yang tidak dicatat dalam bentuk tulisan. Pengertian lain pra sejarah ialah sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod - rekodbertulis, bukti sejarah ditemui melalui kajian artifak dan penemuan fosil fosil manusia. Zaman pra sejarah terbahagi tiga iaitu zaman paleolitik , zaman mesolitik dan zaman neolitik. Kebudayaan neolitik dipercayai diasaskan oleh sekumpulam manusia yang berasal dari Asia Barat yang berhijrah ke Afrika dan selatan Eropah, kumpulan masyarakat ini menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan mula tinggal di kampung kampung yang terletak berhampiran kawasan pertanian seperti Jarmo di Iraq, Catal Huyuk di Turki, Jerico di Palestin dan Tepe Yahya di Iran. Kegiatan pertanian yang diusahakan oleh masyarakat neolitik ini telah memberikan kesan besar dalam kehidupan masyarakat seluruhnya.2. Isi/Pengaruh kegiatan pertanian dalam kehidupan masyarakat pra sejarah.( 20 m ) Penemuan kawasan subur untuk kegiatan pertanian- kawasan lembah sungai dan tanah lanar telah membawa perubahan dalam pemilihan corak hidup masyarakat . Kehidupan masyarakat pra sejarah dari nomad kepada petempatan kekalkehidupan berasaskan pertanian dan penternakan. Pelbagai jenis tanamandan ternakan- masyarakat neolitik menjalankan pelbagai jenis tanaman seperti gandum, jagung, barli dan kekacang.- mereka menjalankan pelbagai jenis binatang ternakan seperti biri - biri, kambing, lembu, kerbau dan babi.Ini menunjukkan masyarakat telahmeninggalkan aktiviti ekonomi nomad seperti memburu dan memungut hasil hutan. Wujud struktur sosial-masyarakat mula hidup dalam kampung dan kelompok besar maka wujudlah seorang ketua untuk memimpin seterusnya wujud susun lapis masyarakat yang sistematik berdasarkan fungsi.- wujud organisasi sosial politik dan institusi kerajaan yang diketuai oleh pemimpin masyarakat untuk menyelia pembinaan terusan, kuil dan menyelesaikan pertelingkahan yang dihadapi oleh masyarakat. Wujud proses urbanisasi- akibat pertambahan penduduk, pertambahan daya keluaran pertanian maka muncul kampung, pekan dan bandar. Berlaku pertambahan penduduk- perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk, perkembangan petempatan dan kesan daripada migrasi penduduk ke kawasan pertanian. Wujud kegiatan perdagangan bercorak sistem barter- akibat perkembangan serta pertambahan hasil pertanian, maka wujud lebihan pengeluaran seterusnya wujud kegiatan ekonomi tukar barang atau sistem barte . Hasil pertanian yang lebih akan ditukar dengan komoditi lain seperti batu permata dan logam.-perkembangan kegiatan perdagangan ini akan menyebabkan interaksi antara masyarakat di samping menggalakkan pertukaran idea dan teknologi baru. Berlaku pengkhususan kerja-akibat lebihan pertanian dan kegiatan pertanian akhirnya membawa kepada wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan .-selain golongan petani, wujud golongan peniaga, artisan dan tukang kraf yang mahir. Golongan ini akan membuat kerja alatan pertanian seperti sabit , lesung dan tembikar yang digunakan untuk menyimpan wain, bijirin dan minyak. Perkembangan teknologi- pertambahan produktiviti pertanian juga membawa kepada perkembangan dalam teknologi pertanian untuk meningkatkan hasil keluaran seperti penggunaan bajak yang ditarik oleh binatang, pembinaan terusan dan tali air, ciptaan roda untuk mengangkut hasil pertanian, ciptaan sampan dan rakit untuk memudahkan pergerakan di sungai. Perkembangan sistem tulisan .- sistem tulisan dicipta untuk mencatat dan menyimpan rekod rekod hasil pertanian, jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat , aktiviti perdagangan serta mencatat kegiatan keagamaan Kewujudan sistem kepercayan dan agama.- revolusi pertanian dan aktiviti pertanian telah mengubah persepsi masyarakat kepada bentuk kepercayaan masyarakat neolitik.- masyarakat ini mempercayaai kewujudan dewa dewi , semangat dan roh yang menentukan kesuburan dan peningkatan hasil pertanian yang mereka usahakan .- kesannya wujud pelbagai upacara serta amalan ritual seperti penyembahan dan pengorbanan untuk mententeramkan dewa dewi berkaitan agar tidak mengganggu aktiviti masyarakat dalam pertanian seperti banjir, kemarau dan serangan penyakit serta haiwan.3. Kesimpulan. (2 m)Perkembangan pertanian merupakan ciri utama yang mengubah kehidupan masyarakat neolitik dari kehidupan nomad kepada corak hidup yang lebih maju, buktinya pertambahan hasil pertanian telah mengubah imej petempatan yang dibina oleh petani yang terus berkembang pesat sehingga membawa kepada kemunculan pekan dan bandar.Athens dan Sparta merupakan dua buah negara kota yang terkenal di Yunani.Bincangkan sistem pemerintahan bagikedua-dua negara tersebut.Pengenalan ( 3 markah )1.PemerintahanAthens adalah bercorak monarki.Rakyat mula memberontak dan menggulingkan Raja Athens pada tahun 700 S.M kerana pemerintahan bersifat kuku besi. Rakyat juga ingin menyuarakan hak mereka dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.2.Athens terpaksa melalui beberapa perubahan dan reformasi sehingga terbentuknya sebuah kerajaan demokrasi. Pada tahun 500S.M wakil rakyat dipilih dan demokrasi telah mula diamalkan di Athens.3.Pemerintahan Sparta bersifat ketenteraan. Rakyat Sparta diterapkan dengan prinsip bahawa setiap warganegara harus mengorbankan diri untuk mempertahankan kedaulatan dan kebebasan negara mereka.Isi-isi penting ( 4 X 5 = 20 )Sistem pemerintahan Athens (10 markah impression)Negara kota Athens muncul antara tahun 800-500S.M. Athens mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui Assembly,Council,Majistret dan Juri.i.Dewan Perhimpunan/Assembly dan JuriDiwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens kecuali hambaSetiap warganegara hanya berrpeluang memegang salah satu tugas pentadbiran bagi tempoh masa enam bulan hingga setahun.Dewan ini bersidang sebanyak 40 kali setahun dan 3 kali sebulan.Ahli-ahli dibenarkan untuk mengemukakan cadangan tentang dasar-dasar kerajaan.ii.MajlisMelaksanakan keputusan Dewan PerhimpunanDianggotai 500 ahli yang tidak dilantik tetapi dipilih melalui undian dan 50 orang daripada 10 suku kaumMenjalankan tugas harian kerajaanDalam majlis ini pegawai terdiri daripada 10 orang jeneral yang berkuasa besariii.Majistret dan JuriDianggotai oleh pegawai kerajaanMelaksanakan dasar kerajaan yang diputuskan oleh majlisAhli terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidikTerdapat 10 orang jeneral yang dipilih daripada warganegara untuk tujuan menjaga keselamatan Negara.Pegawai yang terbabit dalam kesalahan akan dibuang negeri selama 10 tahun (ostracism)Orang yang bersalah diberikan hak untuk mempertahankan dirinya,keputusan juri adalah muktamadKeahlian juri terdiri daripada 101 orang sehingga 1001 orang mengikut keserasian kes.Sistem Pemerintahan di Sparta (10 markah impression)1.Negarakota Sparta muncul sama dengan Athens antara 800-500S.M. Negara Sparta mengamalkan pemerintahan bersifat authoritarian (kuku besi).Pemerintahan Sparta terdiri daripada institusi raja (2 orang),Dewan Perhimpunan,Majlis Orang Tua dan Ephors.i.Institusi RajaTerdiri daripada dua orang raja yang dilantik untuk seumur hidupKedua-dua raja adalah daripada keluarga yang bersaingSetiap seorang raja menyemak yang lain.ii.Dewan Perhimpunan /AppelaMempunyai dewan Perhimpunan dalam sistem pemerintahanKeanggotaan dan pelaksanaan tugas Dewan Perhimpunan Sparta adalah berbeza dengan AthensDewan ini terdiri daripada semua kaum seramai 10 ribu orang yang berusia 30 tahun ke atas.Kaum wanita tidak boleh melibatkan diri termasuk golongan helots dan periokai.Badan ini bertanggungjawab dalam pembentukan Council of Elders yang terdiri daripada 28 orang dewasa untuk membantu raja.Badan ini juga bertanggungjawab dalam perlantikan lima orang Ephors.Perubahan yang dibuat dalam undang-undang Sparta memerlukan persetujuan dewan ini.Membincangkan perkara-perkara yang diutarakan oleh Ephors atau Council of Elders.Badan ini juga melantik pegawai-pegawai awam kecuali raja.iii.Majlis Orang Tua / GerousiaJumlah ahli seramai 28 orang bangsawan yang berusia lebih 60 tahun termasuk dua orang.Dilantik oleh Dewan Perhimpunan.Badan ini berperanan menyelia kerja-kerja pentadbiran,menyediakan cadangan-cadangan untuk diajukan kepada Majlis Perhimpunan.Bertindak sebagai mahkamah tertinggi untuk mengadili kes-kes jenayah.iv.EphorsTerdiri daripada 5 orang pegawaiPaling berkuasa dan merupakan kerajaan sebenarInstitusi ini dipilih untuk mentadbir selama setahunKuasanya mengatasi Dewan Perhimpunan dan MajlisBerperanan mengawasi system pendidikan,pengagihan kekayaan,kehidupan rakyat dan mempunyai kuasa veto ke atas semua perundanganMempengerusikan AssemblyMengadili kes-kes awamMengendalikan hal ehwal luar NegaraBerkuasa menentukan nasib bayi yang lahirMenjalankan hukuman di hadapan Majlis dan menyingkirkan raja.Kesimpulan ( 2 markah )1.Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara sistem pemerintahan di Athens dan Sparta2.InstitusiEphors merupakan badan pentadbir yang paling berkuasa di Sparta manakala di Athens,kuasa utama terletak di tangan Dewan Perhimpunan.3.Kedua-dua negara kota ini dapat mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan rakyatnya walaupun mengamalkan cara pentadbiran yang berbeza.TEMA 1PENCAPAIAN MASYARAKAT PRASEJARAHORGANISASI SOSIALPERBANDARANALAM SEKITAR/SISTEM TULISAN/KEMAHIRAN (PERKEMBANGAN)PERANAN WANITA

TEMA 2CIRI2 NEGARA KOTASUMBANGAN HAMMURABISHI HUANG TIREPUBLIK ROM DAN KESULTANAN MELAKAPENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH MELAKA DAN MESIR

TEMA 3ORGANISASI KETENTERAAN INDIA ZAMAN KLASIK DAN MESIRTAKTIK DAN STRATEGI PEPERANGFAN TAMADUN AWALKAUTILILYA

TEMA 4EKONOMI CINA DAN ASIA TIMURPERBANDINGAN EKONOMI KAPITALIS DAN ISLAMEKONOMI GRACEO ROM

TEMA 7P&P CHINA DAN ISLAMTOKOH BARAT DAN ICHING

Bincangkan peranan golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.

Jelaskan sistem ekonomi saradiri di Tanah Melayu pada awal abad ke -19

Sejauhmanakah perubahan-perubahan drastik yang dilakukan oleh Residen British di Perak dan Pahang telah menyebabkan penentangan orang-orang Melayu di kedua-dua negeri

Huraikan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Malaysia pada penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke -20 Bincangkan peranan golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.

(25)

2. Jelaskan sistem ekonomi saradiri di Tanah Melayu pada awal abad ke -19 (25)

3. Sejauhmanakah perubahan-perubahan drastik yang dilakukan oleh Residen British di Perak dan Pahang telah menyebabkan penentangan orang-orang Melayu di kedua-dua negeri

(25)

4. Huraikan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Malaysia pada penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke -20 (25)

5. Bincangkan kesan-kesan sosioekonomi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 (25)

6. Huraikan sistem pemerintahan di Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 (25)

BAHAGIAN B 7. Huraikan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan India pada awal abad ke-19 (25)

8. Bandingkan dasar isolasi (tutup pintu) yang diamalkan oleh Jepun dan Thailand pada awal abad ke-19 (25)

9. Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun telah membawa kesan yang besar kepada ekonomi di kedua-dua negara. Bincangkan. (25)

10. Bincangkan kesan-kesan social akibat pentadbiran barat di Indonesia dan Myanmar(Burma)

(25)

11. Jelaskan perjuangan Kuomintang di China dan Kongres Kebangsaan India di India dalam perjuangan nasionalisme di kedua-dua negara. (25)

12. Sejauhmanakah kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh di Thailand dan kelemahan kerajaan Manchu di China telah menyebabkan revolusi berlaku di kedua-dua negara (25)

Sulit

Pembandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri bandar Tamadun Indus dan Mesopotamia. (25)

2. Huraikan tentang faktor-faktor perubahan yang mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa

di Eropah. (25) 3. Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavaeli pada abad ke 16 M (25)

4. Sistem ekonomi Eropah mengalami perubahan secara evolusi setiap zaman. Galurkan perkembangan sistem ekonomi Eropah dari zaman pertengahan sehingga zaman moden (25)

5. Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Christopher Columbus serta

sumbangannya. (25)

6. Athens dan Sparta merupakan dua buah negara kota yang terkenal di Yunani. Bandingkan sistem pemerintahan kedua-dua negara tersebut. (25)

7. Kewujudan Organisasi Sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan tamadun-tamadun lain. Bincangkan ciri-ciri Organisasi Sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketamadunan masyarakat tersebut. (25)

8. Bandingkan ciri-ciri senibina Tamadun Islam dan Tamadun Rom. (25)

BAHAGIAN BBandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW di Semenanjung Arab (25)

10. Huraikan konsep ummah serta jelaskan sebab-sebab pembentukan ummah oleh Nabi Muhammad dan masalah-masalah yang dihadapi berdasarkan keadaan yang wujud di Madinah

(25)

11. Jelaskan isi kandungan Sahifah Madinah dan kepentingan Piagam tersebut dalam

pentadbiran Nabi Muhammas s.a.w di Madinah . (25)

12. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan

baginda. Bincangkan kepemimpinan baginda dalam pelbagai bidang. (25)

13. Bincangkan kesan Perang Salib terhadap dunia Islam dan Eropah. (25)

14. Membayar zakat adalah diwajibkan ke atas umat Islam. Bincangkan sejarah, fungsi dan

pelaksanaan zakat dari zaman Rasulullah s.a.w hingga ke zaman kerajaan Bani Umaiyah.

(25)

15. Jelaskan sumber ilmu menurut tamandun Islam dan tamadun Barat (25)

16. Bandingkan sumbangan Ibn Battutah dan Marco Polo dalam bidang pelayaran dan

penjelajahan kepada perkembangan tamadun manusia. (25Jelaskan peranan raja di Negeri-Negeri Melayu dari tahun 1800 1896 (25)

2. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada penghujung abad ke-19 (25)

3. Usaha yang dilakukan oleh H.N Ridley telah menjadi pemangkin kepada peningkatan perkembangan perusahaan getah di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bincangkan pernyataan tersebut. (25)

4. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 1945 (25)

5. Huraikan kesan-kesan sosial, politik dan ekonomi perlaksanaan Undang-Undang Darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948-1960 (25)

6. Bincangkan faktor-faktor penubuhan Gagasan Malaysia 1963. (25)

BAHAGIAN B

7. Bandingkan sistem sosial yang diamalkan di Jepun dan Vietnam pada awal abad ke-19 (25)

8. Bincangkan sistem adat yang diamalkan oleh masyarakat Indonesia dan India sebelum campurtangan British (25)

9. Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Kanagawa 1854 menyebabkan implikasi ekonomi, sosial dan politik kepada Thailand dan Jepun. Bincangkan pernyataan tersebut. (25)

10. Bincangkan kesan-kesan sosial akibat pentadbiran British di Myanmar (Burma) dan Belanda di Indonesia sebelum Perang Dunia Kedua (25)

11. Huraikan peranan golongan agama dalam kebangkitan gerakan kesedaran di Indonesia dan Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua (25)

12. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Thailand (25)

940/2