14
TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH) KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2017 BAHASA MELAYU KERTAS 4: PENULISAN ESEI BERFORMAT (910/4) Nama:………………………………….……………………………. No. Kad Pengenalan:………………………..……………………… PERINGATAN: Soalan dan skema jawapan ini hanya untuk kegunaan Mesyuarat Penyelarasan/Taklimat Kerja Kursus dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. TERHAD

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

  • Upload
    lykhanh

  • View
    398

  • Download
    13

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

1

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN

(UNTUK SKRIP CONTOH)

KERJA KURSUS PENGGAL 2

TAHUN 2017

BAHASA MELAYU KERTAS 4:

PENULISAN ESEI BERFORMAT

(910/4)

Nama:………………………………….…………………………….

No. Kad Pengenalan:………………………..………………………

PERINGATAN:

Soalan dan skema jawapan ini hanya untuk kegunaan Mesyuarat Penyelarasan/Taklimat Kerja

Kursus dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

TERHAD

Page 2: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

2

SOALAN 1 Sebagai setiausaha persatuan penduduk, anda diminta untuk menyediakan laporan tentang kesan negatif kebanjiran peniaga tanpa lesen yang berniaga di tepi-tepi jalan di dalam kawasan perumahan anda dan mengemukakan langkah untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya. Skema Jawapan Format jawapan mestilah dalam bentuk laporan

Laporan tentang Kebanjiran Peniaga tanpa Lesen di Tepi Jalan dan Cadangan untuk Mengatasinya

1.0 Pendahuluan

Ramai peniagan tepi jalan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan

Senario yang diingini oleh warga taman perumahan

Senario yang berlaku di taman perumahan sekarang dan kaitkan dengan tajuk 2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi :

Naib Pengerusi :

Setiausaha :

Bendahari :

Ahli Jawatankuasa : 3.0 Kesan Kebanjiran Peniaga Tanpa Lesen

3.1 Berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan

3.2 Mengotorkan kawasan persekitaran

3.3 Meninggikan risiko penyakit berjangkit

3.4 Menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan pandangan 4.0 Cadangan untuk Mengatasinya

4.1 Menaik taraf sekitar kawasan gerai

4.2 Menyediakan kawasan yang khusus untuk berniaga

4.3 Pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan secara berkala 5.0 Kesimpulan Laporan disediakan oleh, Tarikh t.t Tandatangan

(NAMA DALAM HURUF BESAR)

Jawatan

Page 3: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

3

Soalan PBS: Format Syarahan 2 Anda merupakan ketua pelajar di sekolah anda. Kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar hari ini mendorong anda untuk memberikan syarahan yang bertajuk, “Kepentingan Bahasa Melayu dalam Kalangan Rakyat Malaysia”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. Skema Jawapan Format jawapan mestilah dalam bentuk syarahan Pendahuluan

Ucapan alu-aluan kepada hadirin

Ucapan terima kasih

Menyatakan tujuan berada di majlis ini

Menyatakan tajuk syarahan

Definisi/penjelasan ringkas tentang kata kunci dalam tajuk/soalan

Kaitkan dengan Perlembagaan 152 Isi Isi 1 Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

Menyatupadukan rakyat di negara kita

Rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan efektif

Rakyat dapat melupakan pelbagai perbezaan budaya, bahasa, dan agama (hidup harmoni) Isi 2 Bahasa Melayu membentuk identiti rakyat Malaysia

Bangsa Malaysia dapat diwujudkan melalui bahasa Melayu

Berdiri tegak sebagai satu bangsa yang bebas, merdeka dan berdaulat Isi 3 Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam sistem pendidikan

Bahasa Melayu digunakan sebagai media ilmu

Bahan bacaan pelbagai bidang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

Kecemerlangan dalam bidang akademik di negara ini memerlukan penguasaan dan kemahiran dalam bahasa Melayu

Isi 4 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Penting untuk berurusan dengan jabatan kerajaan

Setiap warga Malaysia harus menguasai bahasa Melayu Penutup

Bahasa yang amat penting untuk rakyat Malaysia

Kehidupan tidak akan sempurna tanpa penguasaan bahasa Melayu

Berusaha mempelajari bahasa Melayu

Memohon kemaafan jika terdapat sebarang kekasaran bahasa sepanjang syarahan

Ucapan terima kasih

Page 4: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

4

Soalan dan Skema Karangan Berformat Ceramah 3 Kempen kitar semula yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan sejak Disember 2000 kurang mendapat sambutan daripada anggota masyarakat. Sebagai pegawai kementerian yang terlibat dalam kempen ini, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar sekolah tentang kebaikan aktiviti kitar semula kepada masyarakat dan negara. Tulis teks ceramah itu selengkapnya. Skema Jawapan Karangan ini hendaklah dijawab dalam format ceramah.

Kata alu-aluan

Kata sapaan

Penutup ceramah Pendahuluan

Definisi kitar semula

Kitar semula bermaksud aktiviti memproses bahan-bahan yang terpakai atau bahan sisa supaya bahan-bahan tersebut dapat digunakan semula

Aktiviti kitar semula kurang mendapat sambutan

Masyarakat perlu tahu kebaikan aktiviti kitar semula supaya mereka dapat menjayakan usaha ini. Isi IS1 Memupuk sikap gemar menjaga kebersihan dalam kalangan anggota masyarakat. IS2 Mengelakkan pencemaran alam sekitar – persekitaran menjadi bersih, ceria, dan selamat

– menarik pelancong IS3 Menjimatkan sumber yang sedia ada IS4 Mengatasi masalah kekurangan tempat pelupusan sampah. Kos pelupusan sampah kurang. IS5 Mewujudkan sumber pendapatan, khususnya kepada pengusaha yang membeli barang-barang

terpakai dan pengeluar produknya – dengan demikian menjimatkan kos pengeluaran IS6 Bahan buangan boleh dijadikan sumber tenaga alternatif atau bahan bakar, contohnya

insinerator IS7 Menjana kreativiti seni masyarakat Penutup Aktiviti kitar semula membawa manfaat kepada masyarakat, alam sekitar, dan negara. Oleh itu, semua pihak sewajarnya menyokong kempen tersebut.

Page 5: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

5

SOALAN 4 Sekolah anda akan mengadakan majlis untuk meraikan persaraan pengetua sekolah anda. Selaku ketua pengawas sekolah, anda diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan tersebut selengkapnya Skema jawapan Jawapan hendaklah menepati format ucapan. (a) kata alu-aluan (b) Kata sapaan (c) Penutup Pendahuluan

Ucapan alu-aluan kepada hadirin

Mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat

Tujuan majlis diadakan – meraikan persaraan Puan Pengetua – mengucapkan selamat bersara

Menyatakan perasaan sedih kerana warga sekolah akan berpisah dengan pengetua yang disayangi

Isi-isi Isi 1 Bacakan biodata pengetua – tarikh dan tempat lahir – pendidikan – tahun mula bertugas –

sekolah-sekolah yang pernah pengetua berkhidmat – tahun mula berkhidmat di sekolah semasa

Isi 2 banyak perubahan dilaksanakan – menyediakan kemudahan yang terbaik kepada warga

sekolah – mengambil berat kecemerlangan sekolah – prestasi sekolah meningkat – memenangi beberapa anugerah peringkat negeri dan kebangsaan

Isi 3 pencapaian kokurikulum cemerlang – sentiasa memberi sokongan kepada atlet sekolah-

sekolah menjadi johan dalam banyak acara sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan – atlet sekolah mewakili negeri ke majlis sukan SUKMA

Isi 4 prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan sekolah – menjadi johan dalam pertandingan

kebersihan – sering bekerjasama dengan Majlis Daerah Ampang Jaya untuk membersihkan sekolah

Isi 5 menyelitkan peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika bersama-sama pengetua Isi 6 gambaran keseluruhan tentang peribadi dan perwatakan pengetua Isi 7 merakamkan ucapan terima kasih – berjanji akan belajar bersungguh-sungguh – ingat akan

pesanan pengetua Penutup Mengucapkan selamat menempuh alam persaraan dan semoga pengetua terus menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara.

Page 6: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

6

Teks Ucapan 5 Anda sebagai seorang guru penasihat Kelab Komputer diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan pelancaran Minggu Teknologi Maklumat. Fokus ucapan anda adalah tentang implikasi penggunaan laman sosial terhadap masyarakat. Sediakan teks ucapan tersebut. Skema Jawapan Esei hendaklah ditulis berdasarkan format ucapan, iaitu didahului dengan kata alu-aluan, kata sapaan dan penutup yang sesuai. Pendahuluan Definisi laman sosial – ruangan untuk berintraksi melalui maya dengan menggunakan perkhidmatan internet Jenis laman sosial – Facebook, Twitter, Myspace dan Tagged merupakan laman sosial yang popular di Malaysia Tajuk Ucapan – Penggunaan laman sosial ini banyak mendatangkan implikasi kepada masyarakat Isi Kesan baik IS1 Peluang perniagaan siber – mudah jimat dan berkesan – daftar dalam blog/forum perniagaan,

contohnya cari.com untuk memperkenal sesuatu produk tanpa khidmat pengiklanan berbayar IS2 Membantu menerokai minat – melalui kenalan minat bidang muzik, fotografi, bahasa penulisan,

fesyen, muzik – “fan club” IS3 Mengembang minat dan bakat seperti bidang seni, contohnya Yuna, Ana Rafali, bidang

penulisan novel Hani Ramsol IS4 Mencari kenalan baharu dan lama IS5 Pemimpin dapat mengetahui suara rakyat dalam situasi santai contoh rangkaian 1 Malaysia

oleh PM IS6 Kreativiti memulakan ruangan khas blog peribadi – menyimpan data peribadi dan salasilah diri IS7 Perkongsian maklumat kerjaya, contoh MSN group, Facebook, group IS8 Berupaya menjadi selebriti segera, contoh Cikgu Shida, redmummy IS9 Mewujudkan kerjaya sebagai blogger – membuat ulasan produk, perkhidmatan dan mempunyai

pengikut yang banyak Kesan Negatif IS10 Goyah keharmonian – instituti sosial/keluarga – wujud perceraian. IS11 Pencemaran bahasa – bahasa yang digunakan bahasa rojak cacat keindahan bahasa. IS12 Jenayah siber – pencerobohan/godam, penipuan wang dan kerugian rangkaian perniagaan,

keldai dadah IS13 Isu plagiat – mencuri hak cipta/hasil kerja orang lain melalui aplikasi rangkaian sosial IS14 Isu keagamaan – memperlekeh agama yang dianuti oleh orang lain – pertandingan melukis

gambar/karikatur Nabi Muhammad SAW atau dikenali Muhammad Drawing Competition

Page 7: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

7

IS15 Menggugat keharmonian negara – unsur fitnah dan melagakan-lagakan pemimpin parti politik, menggunakan isu perkauman/agama

IS16 Mencuri identiti/penyamaran siber menggunakan gambar orang lain IS17 Pelbagai bahan yang tidak bermoral dimuat turun ke dalam laman ini, untuk tatapan

masyarakat dan remaja. IS18 Banyak masa terbuang sekiranya masyarakat terutamanya golongan remaja leka melayan

rakan-rakan mereka kerana mencari keseronokan Penutup Baik atau buruk penggunaan sesuatu rangkaian laman sosial dalam masyarakat bergantung kepada individu yanng menggunakannya. Implikasi penggunaannya dalam masyarakat bergantung kepada tindakan dan niat individu dalam mencapai sesuatu matlamat dan menggunakan aplikasi jaringan sosial untuk kebaikan sejagat

Page 8: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

8

MEMORANDUM

SOALAN 6 Ahli-ahli persatuan pengguna yang anda anggotai tidak berpuas hati dengan banyaknya iklan yang berkaitan dengan makanan segera dan makanan ringan yang kerap disediakan oleh media massa di negara ini. Semua ahli persatuan telah bersetuju untuk menghantar satu memorandum kepada pihak berkuasa bagi menyatakan hal tersebut dan meminta pihak yang terlibat agar mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan kesan negatifnya kepada orang ramai. Sediakan memorandum tersebut. Skema Jawapan Format Jawapan mestilah dalam bentuk memorandum

MEMORANDUM

Kepada:

Daripada:

Bantahan terhadap Kerapnya Siaran Iklan Makanan Segera dan Makanan Ringan melalui Media Massa

1.0 Pendahuluan

2.0 Pernyataan Masalah

2.1 Iklan memanipulasikan kanak-kanak

2.2 Makanan segera bukan makanan tempatan

2.3 Makanan segera menjejaskan kesihatan 3.0 Usul

3.1 Penetapan maklumat lengkap tentang kandungan makanan

3.2 Mengurangkan kekerapan masa penyiaran

4.0 Penutup Disediakan oleh, 1 FEBRUARI 2017 ……………………….. (KHAIRUL BIN ARSHAD) Presiden Persatuan Pengguna Wilayah Persekutuan Jalan Semarak 54100 Kuala Lumpur

Page 9: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

9

MEMORANDUM 7 Jumlah pendatang asing yang berada di Malaysia dikatakan telah melebihi 2.4 juta orang. Kebanjiran pendatang asing ke Malaysia telah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara dan penduduk tempatan.

Sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk di kampung anda, anda diminta agar menghantar satu memorandum kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan bantahan terhadap kedatangan pendatang asing di kawasan anda dan mengemukakan usul untuk menanganinya. Sediakan memorandum itu selengkapnya.

MEMORANDUM

Kepada : YB Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Daripada : Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung ..........

Memorandum tentang Kedatangan Pendatang Asing ke Kampung ......

1.0 Pendahuluan Jumlah pendatang asing Indonesia dan Bangladesh hampir sama dengan jumlah penduduk

kampung dan separuh daripada kawasan telah diduduki oleh mereka. Kehadiran mereka telah menimbulkan ancaman dan menimbulkan kegelisahan kepada penduduk kampung. Menyedari hal itu, Persatuan Penduduk Kampung ..... menghantar memorandum ini untuk mengemukan bantahan terhadap kedatangan pendatang asing dan mengemukakan usul untuk menangani masalah tersebut.

2.0 Penyataan Bantahan Pihak persatuan berasa kesal tentang isu berkenaan kerana kehadiran pendatang asing telah

mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada penduduk kampung. 2.1 Peningkatan Kadar Jenayah dan Masalah Sosial

Kehadiran pendatang asing – meningkatkan kadar jenayah dan mengancam keselamatan penduduk terutama kaum wanita dan kanak-kanak.

Ada yang terlibat dengan kes mencuri dan memecah masuk rumah penduduk.

Terdapat juga pergaduhan yang menyebabkan kematian kerana berebutkan anak gadis atau kalah dalam perjudian.

Terdapat pergaduhan yang berlaku antara pendatang asing dengan penduduk tempatan kerana sikap biadap mereka yang mengganggu gadis tempatan.

Mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan 2.2 Mewujudkan Petempatan Haram

Kawasan bukit dan hutan di kampung dijadikan sebagai petempatan sementara.

Mereka tidak memiliki dokumen yang sah, memudahkan mereka melarikan diri apabila operasi diadakan oleh pihak berkuasa

Terdapat juga pendatang asing yang menyewa rumah penduduk tempatan. Sesetengahnya menduduki rumah yang tidak berpenghuni tanpa pengetahuan pemiliknya

Wujud setinggan, mencuri bekalan elektrik dan air daripada penduduk tempatan.

Page 10: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

10

2.3 Menjejaskan Peluang Ekonomi Penduduk Kampung

Kebanyakan majikan dalam sektor perladangan dan pembinaan lebih suka mengupah warga asing kerana murah.

Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja kerja, malah ada yang sanggup menoreh dan mencuri getah tanpa pengetahuan pemiliknya.

Ada yang menjual barangan seperti mainan, buah-buahan di pasar malam atau gerai kecil.

Penduduk tempatan tidak berpuas hati kerana merampas peluang mereka dan berlaku pergaduhan kerana berebutkan tapak perniagaan

3.0 Usul Yang berikut merupakan usul bagi menangani masalah tersebut. 3.1 Mengawal Kemasukan Wang Asing

Perketatkan syarat kemasukan warga asing

Memastikan pendatang yang benar-benar layak sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia

Pihak imigresen, kastam, polis marin menghalang kemasukan pendatang asing secara haram. Meningkatkan kawalan di sempadan negara dan di pesisiran pantai.

3.2 Menjalankan Operasi Secara Berterusan

Pihak berkuasa perlu melakukan operasi terhadap pendatang asing haram secara berterusan

Terdapat penduduk tempatan melindungi mereka setelah menerima suapan wang ringgit. Denda yang tinggi perlu dikenakan kepada mereka yang bersalah

Oleh itu, langkah yang proaktif perlu dilakukan untuk menangkap warga asing atau mereka yang terlibat dalam komplot ini.

5.0 Penutup

Kebanjiran warga asing jelas menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk membendung kebanjiran warga asing demi kesejahteraan masyarakat setempat dan keamanan negara.

Berharap agar masalah dapat diselesaikan bagi mewujudkan negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, 28 Feb. 2017 Tandatangan (NAMA DALAM HURUF BESAR) Jawatan

Page 11: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

11

MINIT MESYUARAT 8 Persatuan Sains sekolah anda telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program persatuan. Sebagai setiausaha persatuan itu, anda ditugaskan untuk mencatatkan minit mesyuarat yang membincangkan perancangan dan pelaksanaan program persatuan sepanjang tahun ini. Tulis minit mesyuarat tersebut. Skema jawapan

Esei hendaklah ditulis dalam format minit mesyuarat

MINIT MESYUARAT PERSATUAN SAINS SMK LA SALLE, IPOH

BIL 2/2017

Tarikh : Hari : Masa : Tempat : Yang Hadir (Mengikut hierarki jawatan)

1. Pengerusi

2. Naib Pengerusi

3. Setiausaha

4. Bendahari

5. AJK

6. AJK Yang Turut Hadir 1. 2. Yang Tidak Hadir (dengan kenyataan) 1. Yang Tidak Hadir (tanpa kenyataan) 1. 1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan terima kasih

1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat

1.3 Harapan Pengerusi 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Minit Mesyuarat Bil. 1/2017 diterima sebulat suara tanpa pindaan 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Menyatakan hal atau perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat berdasarkan minit

mesyuarat yang lalu.

3.2 .....

Page 12: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

12

4.0 Perbincangan Aktiviti 4.1 Aktiviti yang Dirancang

4.1.1 Mesyuarat memutuskan bahawa beberapa program .....

4.1.2 Semua AJK yang berkenaan perlu menyediakan draf kertas cadangan ....

4.1.3 Majlis bersetuju untuk membincangkan hal perbelanjaan .... 4.2 Laporan Kewangan

4.2.1 Bendahari telah melaporkan .....

4.2.2 Mesyuarat .... 5.0 Hal-hal lain

5.1 Mesyuarat mencadangkan agar pihak sekolah ....

5.2 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan ....

6.0 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:30 petang dan mesyuarat seterusnya akan diadakan

pada bulan Julai 2017. Disediakan oleh, Disemak oleh, (ALI BIN ABU) (ABU BIN ALI) Setiausaha Setiausaha Persatuan Sains Persatuan Sains SMK La Salle, Ipoh SMK La Salle, Ipoh

Page 13: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

13

Esei Berformat Kertas Cadangan 9 Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan dengan berdasarkan tajuk di bawah ini. Persatuan Pelajar Tingkatan 6 bercadang untuk mengadakan Projek Khidmat Masyarakat untuk pelajar tingkatan 6 di sekolah anda. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menyediakan kertas cadangan untuk program tersebut bagi mendapatkan kelulusan pengetua. Sediakan kertas cadangan tersebut selengkapnya Skema Pemarkahan:

Perkara Markah

Muka depan /1

Pengenalan /2

Objektif /3

Rasional /3

Tarikh/Hari/Masa/Tempat /1

Peserta/Tetamu/Penceramah /1

Program Tentatif /2

Kewangan /2

AJK /1

Penutup /2

Tandatangan /1

Jumlah /19

Bahasa /6

Jumlah /25

Page 14: SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN (UNTUK SKRIP CONTOH

14

10 Sebagai pengerusi Rukun Tetangga, anda ingin membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang kegiatan tidak bermoral yang berlaku di taman perumahan anda. Kegiatan negatif ini melibatkan pendatang asing yang menyewa rumah di kawasan tersebut. Sediakan surat kiriman rasmi anda itu selengkapnya.

Ahmad bin Salim No. 50A, Taman Serai Perdana, 34300 Bagan Serai Perak

Ketua Balai Polis Bagan Serai Jalan Kurau 34300 Bagan Serai Perak 25 Mac 2017 Tuan, Aduan tentang Kegiatan Tidak Bermoral di Taman Serai Perdana Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Untuk makluman pihak tuan, saya selaku Pengerusi Rukun Tetangga di Taman Serai Perdana ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang kegiatan tidak bermoral di taman perumahan kami yang melibatkan pendatang asing khususnya dari ................................ dan .......................................... 3. Antara kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pendatang asing itu ialah mereka amat gemar mengganggu ketenteraman penduduk di taman perumahan ini. Mereka yang menyewa sebuah rumah di kawasan ini selalu membuat bising. Mereka suka .... 4. Selain itu, pendatang asing ini juga mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Mereka sering meminum arak, berpesta, dan berjudi. Kami dapati terdapat banyak botol arak di sekitar taman perumahan kami yang majoriti penduduknya beragama Islam. Apabila mabuk .... 5. Terdapat juga pendatang asing yang memakai pakaian yang mencolok mata. Kami takut jika budaya ini akan menjadi ikutan golongan remaja di taman perumahan ini ... 6. Sebelum menghantar surat aduan ini, kami telah membuat rondaan dan tinjauan bagi memastikan kebenaran dan kesahihan perkara tersebut. Kami mendapati bahawa kebanyakan penduduk di sini ... 7. Oleh itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat melakukan serbuan dan melakukan pemeriksaan di rumah yang diduduki oleh pendatang asing tersebut. Pihak tuan juga bolehlah membuat rondaan dari semasa ke semasa di taman perumahan kami supaya pendatang asing ini takut untuk melakukan perkara yang tidak bermoral ini lagi. 8. Pihak kami amat berharap agar aduan kami ini akan diberi perhatian oleh pihak tuan. Kami juga berharap agar semua masalah yang kami hadapi ini dapat diatasi dengan segera dan penduduk di taman ini dapat hidup dengan aman dan damai. 9. Pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan amatlah kami harapkan. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas

................................... (AHMAD BIN SALIM) Pengerusi Rukun Tetangga Taman Serai Perdana Bagan Serai