23
PENGENALAN Kemajuan teknologi internet dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan matlamat Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berbantukan komputer (PBK). Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) menyatakan bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran

Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TMK

Citation preview

Page 1: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

PENGENALAN

Kemajuan teknologi internet dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini

selaras dengan matlamat Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di

kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran

berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu

pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah

memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya

menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada

penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan

berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses

pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi

P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan

menjadikan proses P&P kurang berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berbantukan komputer (PBK). Mengikut

Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana

pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran terancang

yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) menyatakan

bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada

pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu

mereka tentang bahan yang telah dipelajari.

Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan

teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu

interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer (Rao et al. 1991).

Sebaliknya kaedah tradisional yang biasa digunakan dalam bilik darjah menyediakan sumber dan

suasana yang tidak dapat menarik dan merangsang minat pelajar. Guru menghadapi masalah

kekurangan sumber dan masa untuk menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan

pembelajaran kesihatan. Aplikasi media pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasi

oleh para pendidik untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Hal ini disebabkan oleh arus perkembangan dalam dunia komputer menjadi begitu pantas dengan

Page 2: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

wujudnya teknologi canggih, iklim dan falsafah ekonomi serta politik yang menggalakkan. Pada

tahun 1990an, keaktifan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

nampaknya semakin terserlah bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara kita juga.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu projek perintis kenal faham komputer di

60 buah sekolah pada tahun 1992. Projek ini merupakan usaha awal Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk menggalakkan guru dan murid menggunakan komputer sebagai alat pengajaran

di samping meningkatkan program kesedaran dan literasi komputer di sekolah (Yusup Hashim

1998). Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada

tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik

rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka

seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini

terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan

teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang

dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan

cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada

pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah

mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini

dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan

pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan

organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara

sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam

pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh

mengurangkan jurang digital antara sekolah.

Page 3: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan

pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek

tersendiri.

iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan

sesuatu sistem pengurusan.

Gambar: Perubahan teknologi masa kini

Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian

dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah

pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape,

transmisi satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati

pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan

pengajaran.

Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih

oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.

Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran

secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi

Page 4: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang

dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi

diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk

menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.

Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:

i. Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.

ii. Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai

kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan

adanya 3G.

iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, dan

kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa berpindah

lokasi.

iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan

pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-

lain.

v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan

pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar

perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dalam

tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.

E-pembelajaran adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar perlu berdikari pada masa-masa

tertentu. Suasana pembelajaran e-pembelajaran memaksa pelajar untuk memainkan peranan yang

lebih dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. Pelajar perlu membuat perancangan

dan mencari bahan atau maklumat berkenaan isi pelajaran dengan daya usaha serta inisiatif

sendiri. Sistem e-pembelajaran membolehkan pelajar belajar secara kendiri dengan cekap dan

efektif. Pelajar berupaya untuk menentukan waktu pembelajaran, objektif yang ingin dicapai dan

maklumat yang diperlukan mengikut kehendak sendiri. Selain itu, sistem ini juga membolehkan

Page 5: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

pelajar mempelajari topik yang sukar mengikut aras keupayaan mereka sehinggalah mereka

benar-benar menguasai pengetahuan tersebut.

Rasty (2003) menyatakan bahawa e-pembelajaran menyediakan pelbagai kelebihan yang tidak

terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah:

i. Segala maklumat dan maklum balas dapat disediakan dengan lebih tersusun secara

terancang kerana adanya jangka masa yang mencukupi.

ii. Boleh digunakan untuk waktu-waktu kecemasan atau terdesak tanpa menjejaskan waktu

pembelajaran.

iii. Mempertingkatkan motivasi iaitu keyakinan diri serta menggalakkan pelajar terlibat

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Mempertingkatkan serta menggalakkan mutu komunikasi di antara pelajar.

v. Pendapat serta pengetahuan dapat diterima dan dipindahkan di antara para pelajar dan

para guru.

vi. Membolehkan segala maklumat pengajaran dan pembelajaran diakses sekaligus berupaya

untuk membincangkannya.

vii. Keupayaan untuk mengendalikan perbincangan secara terbuka di mana semua pelajar

mendapat hak yang sama untuk memberikan pendapat berbanding perbincangan

secara bersemuka di dalam kelas.

Strategi mengintegrasi ICT dalam P&P

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya

semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan

pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja

perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT

dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di

sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk

dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur

dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya

Page 6: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur

Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan

perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan

Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan

perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002).

Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara

optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut

jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak

timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya

menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan.

Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam

melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut

kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada

pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya

makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru

semasa proses P&P.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tarikh : 5 September 2014

Masa : 9.00 am – 9.30 am (30 minit)

Tunjang Pembelajaran : Gaya Hidup Sihat

Tajuk : Pemakanan

Sub Tajuk : Piramid Makanan

Tahun : Tahun 4 Emas

Page 7: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

Bilangan Murid : 30 / 30 orang ( 14 Lelaki, 16 Perempuan )

Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-

1. Kognitif :-

Mengenalpasti 4 daripada 5 kumpulan makanan dan

fungsinya.

Menyayangi tubuh sendiri dan menjaga kesihatan.

2. Afektif :-

Pentingnya menjaga kesihatan diri dengan mengambil

pemakanan yang sihat dan seimbang.

Memupuk gaya hidup sihat di dalam diri melalui

pemakanan.

Pengetahuan sedia ada : Setiap murid pernah mengambil makanan berkhasiat.

Bahan Bantu Mengajar :Lembaran Kerja, slideshow gambar, jadual kumpulan makanan,

kad manila, buku teks, IQ board

Nilai : Menyayangi diri, mematuhi arahan,

EMK : Keusahawanan

Penggabungjalinan : Sains – Piramid Makanan

Unsur Kemahiran Berfikir : Murid-murid membezakan jenis-jenis makanan berkhasiat.

Strategi Pengajaran dan pembelajaran: Kemahiran Berfikir (KB) dan Teori Kecerdasan Pelbagai

(TKP)

Langkah /

Masa

Strategi Pembelajaran / Aktiviti

Fokus Pembelajaran Catatan/Strategi/Sumber

Page 8: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

Set Induksi(5 minit)

Pengenalan kepada maksud pemakanan sihat.

Guru menunjukkan tiga gambar kepada murid-murid.

Murid-murid meneliti gambar yang ditunjukkan

Guru mengadakan sesi soal jawab.

Murid-murid memberi pelbagai jawapan mengiku pendapat masing-masing.

Guru menerangkan kepada murid-murid tentang gambar tersebut dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

Guru memainkan klip video mengenai piramid makanan dan juga makanan yang berkhasiat.

Guru menerangkan secara lisan tajuk yang diajar pada hari ini.

Mengemukakan soalan

Mengapakah budak-budak ini berbadan gemuk, normal dan kurus?

.

Gambar

Gambar B

Gambar C

StrategiKemahiran Berfikir

Mengenal pastiKecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan bahasa.

Sumber Gambar-gambar

piramid makanan dan makanan berkhasiat.

Nilai Patuh kepada

arahan Menyayangi diri Yakin diri

Page 9: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

Budak gambar A makan terlalu banyak makanan yang berlemak

Budak gambar B makan makanan yang berkhasiat

Budak gambar C makan makanan yang tidak seimbang / terlalu memilih makanan.

Langkah 1(6 minit)

Mengemukakan soalan Murid-murid

apakah yang kamu nampak di dalam klip video itu tadi?

Murid-murid mengingat kembali video yang telah ditayangkan dan menceritakan apa yang mereka nampak.

Guru bertanya kepada beberapa orang murid mengenai makanan yang mereka

1. Guru memaparkan Jadual

Kumpulan Makanan di IQ

Board.

StrategiKemahiran Berfikir

Membanding beza dan menjana idea.

Mengenal pasti

Sumber Gambar piramid

makanan Gambar jenis-

jenis makananNilai

Patuh kepada arahan guru

Menghormati

Page 10: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

makan semasa sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Guru mencatatkan semua hidangan yang disebut oleh murid di papan tulis

Guru menerangkan kepada murid mengapakah manusia perlu mengambil makanan berkhasiat.

Penerangan Guru tentang topik pembelajaran

Topik mengenai piramid makanan.

Jenis-jenis nutrien di dalam makanan

Kepentingan nutrien kepada tubuh badan

Jadual Kumpulan makanan

Kumpulan Makanan

Contoh Makanan

Karbohidrat Bijirin, beras, roti, mi

Protein Daging, ayam, keju, kekacang

Lemak Minyak, kek, mentega, santan

Vitamain dan mineral

Buah-buahan,

Guru menerangkan kepada

murid-murid bahawa

makanan boleh dibahagikan

mengikut kumpulan makanan.

3. Murid-murid mendengar

penerangan guru dengan

teliti.

4. Guru meminta murid-

murid memberikan contoh

makanan yang lain mengikut

kumpulan makanan yang

ditunjukkan.

5. Murid memberi jawapan yang

pelbagai untuk

menjawab soalan

yang dikemukakan.

Page 11: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

sayur-sayuran

Langkah 2(4 minit)

Mengenal pasti definisi makanan seimbang.

Mengaitkan pelbagai jenis

makanan dengan makanan

seimbang.

1. Guru menerangkan kepada

murid-murid definisi makanan

seimbang.

2. Murid-murid mendengar

penerangan guru dengan

teliti.

3. Guru memaparkan gambar di

IQ Board sambil membuat

penerangan jelas.

StrategiKemahiran Berfikir

Mengenal pastiKecerdasan Pelbagai

Kecerdasan interpersonal

Kecerdasan intrapersonal

Sumber Slideshow Piramid makanan

Nilai Patuh kepada

arahan guru Menghormati

Langkah 3(7 minit)

Latihan dalam kelas Guru menunjukkan

gambar-gambar yang mengandungi makanan yang berkhasiat.

Murid melengkapkan perkataan bagi nama-nama jenis makanan yang berkhasiat.

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap tajuk ini. Padankan

gambar-gambar berikut mengikut kumpulan makanan yang betul.

StrategiKemahiran Berfikir

Membanding beza dan mengenal pasti

Sumber Lembaran kerja Gambar-gambar

makanan berkhasiat

Nilai Patuh kepada

arahan guru Yakin diri

Page 12: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

Langkah 4

5 minit

Latihan PengukuhanSeperti ditunjukkan di lampiran

Guru mengedarkan kertas

lembaran kerja kepada murid-

murid.

M Murid-murid menyiapkan

latihan secara individu di

dalam lembaran kerja yang

disediakan mengikut masa

yang ditentukan.

3. Guru meronda kelas untuk

memantau kerja murid-murid

dalam lembaran kerja.

4. Murid-murid menghantar

lembaran kerja kepada guru.

ABMKertas Lembaran kerja

Penutup(3 minit)

Soal Jawab Guru memberi

soalan kepada murid-murid mengenai tajuk yang dipelajari pada hari ini.

Guru mengulas

secara ringkas

tentang topik yang

dibincangkan.

Meminta murid

menyebut kembali

Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini?

Apakah kepentingan pengambilan nutrien kepada tubuh badan?

Murid menjawab soalan guru dan bertanya sekiranya terdapat kekeliruan.

Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru dengan tekun dan cuba menerapkan

StrategiKecerdasan Pelbagai

Kecerdasan interpersonal

Kecerdasan intrapersonal

Sumber Power point Lembaran kerja Buku teks

Nilai Patuh kepada

arahan guru Menyayangi diri

Page 13: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

nama makanan

berkhasiat

mengikut jenisnya.

Rumusan

Guru memberitahu

dan menasihati

murid-murid agar

mengambil

pemakanan yang

seimbang dan juga

makanan yang

berkhasiat untuk

kesihatan tubuh

badan.

nasihat yang diberi di dalam kehidupan seharian.

iii. Cadangan perkakasan perkakasan dan bajetnya

                 Kelengkapan dan kemudahan perkakasan internet di sekolah-sekolah rendah perlulah

disediakan untuk kemudahan para guru dan para pelajar untuk menggunakannya. Walaupun kos

persediaan kemudahan ini tinggi tetapi ia adalah sesuatu keperluan dan sudah pasti hasil

pulangannya juga diharapkan memuaskan.                

Dari segi prasarana, kemudahan internet juga adalah terhad. Walaupun sekolah-

sekolah mempunyai komputer, kebanyakkan komputer ini adalah komputer dengan spesifikasi

yang rendah, tiada kemudahan multimedia dan internet. Ini secara langsung menghadkan aktiviti

guru dan pelajar. Komputer adalah satu teknologi maklumat. Ketiadaan kemudahan multimedia

dan internet menghadkan pencarian dan pengolahan maklumat. Oleh itu bilangan perkakasan di

sekolah-sekolah rendah perlulah dipertingkatkan dan jenis komputernya perlulah bersesuaian

dengan keperluan perisian yang semakin tinggi dan aktiviti pencarian maklumat melalui internet.

                  Aspek lain yang penting juga ialah perisian. Perisian-perisian sains sekolah rendah

versi Bahasa Melayu amatlah kurang. Pada masa ini adalah sukar dan terlalu terhad untuk

Page 14: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

mendapatkan perisian sains tersebut. Ini adalah disebabkan kurangnya penglibatan pakar-pakar

sains serta guru sains di dalam projek-projek pembangunan perisian kursus. Kemahiran

memprogram yang terhad adalah faktor utama.

Pihak sekolah perlu memperbaiki infstruktur komunikasi dan multimedia seperti

kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal

komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian ,

kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang

membolehkan penyediaan infrastruktur. Pihak pentadbir juga, seharusnya menyediakan bahan –

bahan sokongan lain seperti buku panduan atau manual penggunana, juruteknik komputer dan

guru pakar.

Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang mencukupi 

memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid.Suasana bilik yang ceria  yang

mempunyai sudut – sudut pembelajaran berkaitan IT dapat memberi kemudahan kepada murid

mencari maklumat berkaitan IT.

Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari

semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi

melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga

perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan

kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang

semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan

dan perkakasan teknologi maklumat.

Peruntukkan untuk penyelenggaraan wajar ditambah memandangkan kos yang semakin

meningkat.Penyelenggaraan Anti – Virus sepatutnya sentiasa dipantau  dan dikemaskini supaya

jangka hayat perkakasan computer lebih lama.

Kesimpulan

Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan

serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua

pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta

guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses

Page 15: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,

pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi

teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk

memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI

Dichantz, H. (2001). E-learning, a linguistic, psychological and pedagogical analysis of

a misleading term. 20th ICDE World Conference in Dusseldorf 2001.

Gold, L & Maitland, C (1999). What's the difference? A review of contemporary research on

the effectiveness of distance learning in higher education. Washington, DC: NEA.

Holmberg, B. (2005). The evolution, principles and practices of distance education.

Bibliotheks-and Informations System der Universitat Oldenburg.

Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003).Mutlimedia dalam Pendidikan, Kuala Lumpur

: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Jamaludin Mohaidin (2000). Kesedaran dan Kefahaman Pembelajaran Maya Terhadap

Sistem Pendidikan: satu cadangan dalam “Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan

2001“ Kuala Lumpur, Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM) Kertas Kerja 3-14.

Page 16: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer

Merriam, s., Caffarella, R., & Baumgartner, L. (2007). Learning in Adulthood New York:

Wiley.

Mohamed Noor Hassan et,al (2000). Penyelidikan Dan Pembangunan E-Learning di

UTM Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan, Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi

Malaysia.

Nik Azis Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan Guru

Rasty, D. (2003). ”Traditional Learning vs E-Learning”:

http//www.addwise.com/articles/traditional_learning_vs_elearning.pdf [May 2005]

Razman Osman (2003, Disember 26), E-Pembelajaran: Cara Belajar Masa Depan.

Berita Harian. Renaissance Palam Garden Resort, October 24

Rosenberg, M.J (2001).E-Learning Strategies For Delivering Knowledge In The Digital

Age, Unied States Of America, Mc Graw-Hill.

Yusup Hashim (2000). Gaya Dan Amalan Pembelajaran Elektronik Di Institusi

Pengajian Tinggi: satu cadangan dalam “Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan

2001“ Kuala Lumpur, Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM) Kertas Kerja 169-180.

Page 17: Soalan 2 p&p Berbantukan Komputer