34
Hak-hak wanita dalam islam: satu soratan undang-undang keluarga islam di malaysia NAMA NO MATRIK Wan Mohd Syamil Bin Wan Noridan D20091036183 Mohammad Nor Harizan Bin Mohd Kamis D20091036250 Mohd Zakwan Bin Abdullah D20091036373 Muhd Hanafi Bin Abd Wahib D20091036634 Johari Johar Bin Mod Yusoff D20091036637 MOHD FADHLI BN ABDUL RAHIM D20091036639

Slide Bentang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slide Bentang

Hak-hak wanita dalam islam: satu soratan undang-undang keluarga islam di malaysia

NAMA NO MATRIK

Wan Mohd Syamil Bin Wan Noridan D20091036183 

Mohammad Nor Harizan Bin Mohd Kamis

D20091036250

Mohd Zakwan Bin Abdullah D20091036373

Muhd Hanafi Bin Abd Wahib D20091036634

Johari Johar Bin Mod Yusoff D20091036637 

MOHD FADHLI BN ABDUL RAHIM D20091036639

Page 2: Slide Bentang

artikel

Page 3: Slide Bentang

Fakta Idea Isu pembelajaran Tindakan

Hak bagi setiap wanita untuk mendapat perlindungan daripada suami yang berpoligami.

1. Perkahwian yang dicadangkan tidak menyebabkan darar syari’e

1. Apakah hak wanita yg dipoligamikan

2. Apakah peruntukan yang membenarkan wanita dipoligamikan

1. Kajian kepustakaan

2. Perbincangan ahli kumpulan.

3. Pertanyaan kepada pensyarah.

Hak terhadap harta sepencarian sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 58(1)

1. Hasil usaha dari titik peluh bersama.

2. Persedian apaibla berlaku sesuatu kejadian yang tidak di ingini.

1. Apakah wanita perlu tahu konsep dan hak terhadap harta sepencarian.

2. Bagaimanakah waniat boleh menuntut harta sepencarian.

1. Kajian kepustakaan

2. Forum internet

3. Perbincangan ahli kumpulan

Hak keutamaan dalam hadhanah bagi menjamin kebajikan kanak-kanak tersebut seperti dalam seksyen 81(1):

1. Waniat boleh memainkan dua peranan.

2. Kasih syg ibu terhadap anak-anak lebih erat.

1. Mengapakah isteri diberi keutamaan dalam hadhanah.

2. Bagaimanakah kabajikan kanak-kanak dapat dijaga setelah berlaku penceraian.

1. Kajian kepustakaan

2. Perbincangan ahli kumpulan.

3. Pandangan pelajar pendidikan islam.

Page 4: Slide Bentang

pendahuluan Sebelum kedatangan Islam, hak-hak wanita tidak

dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan dalam aspek yang lengkap. Jika pun ada pembelaan, hak mereka adalah atas ehsan dan simpati lelaki semata-mata. Malah dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai.

Page 5: Slide Bentang

Kedatangan Islam telah merubah segala penghinaan, penindasan dan kezaliman yang dilakukan kepada kaum wanita. Islam telah mengangkat martabat wanita, mengembalikan kedudukannya, dimuliakan, dikembalikan haknya yang telah dirampas dan diiktiraf oleh lelaki dalam kehidupan. Wanita juga diberikan kedudukan yang sama sebagai individu dalam masyarakat. Menurut Islam yang membezakan manusia bukan lelaki atau wanita, tetapi ketakwaan kepada Allah Taala adalah pengukurnya

Page 6: Slide Bentang

Firman ALLAH SWT..” Hai manusia, sesungguhnya kami

menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”  - Surah al-Hujurat, 49:13

Page 7: Slide Bentang

Isu pembelajaranApakah hak wanita yang dipoligamikan

Apakah peruntukan keluarga Islam yang membenarkan wanita dipoligamikan?

BAGAIMANA ISTERI BOLEH MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN

APAKAH YANG WANITA PERLU TAHU MENGENAI konsep DAN HAK TERHADAP HARTA SEPENCARIAN

Mengapa isteri diberi keutamaan dalam hadhanah

Bagaimanakah kebajikan kanak-kanak dapat dijaga setelah berlaku penceraian

Page 8: Slide Bentang

Isu pembelajaran 1

Apakah hak wanita yang dipoligamikan

Page 9: Slide Bentang

. Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Page 10: Slide Bentang

Secara umumnya, hak isteri yang dipoligami adalah sama dengan hak isteri yang tidak dipoligami

Perbezaan hanyalah dalam sistem pengiliranPoligami tidak menzalimi wanita malah membantuYang menzalimi wanita hanyalah lelaki yang zalim dalam

amanahnya sama ada dia berpoligami atau tidak

Page 11: Slide Bentang

Hak isteri yg

di poligami

Hak mendapat

kan pakaian

hak dalam mendapatkan tempat

tinggal.

Hak dalam layanan

yang sama rata.

Adil dalam giliran.

Hak mendapat

kan nafkah

Hak mendapatka

n perlindunga

n

Page 12: Slide Bentang

Isu pembelajaran 2

Apakah peruntukan keluarga Islam yang membenarkan wanita dipoligamikan?

Page 13: Slide Bentang

AKTA 303

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Permulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 23. Poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.

[Gan. Akta A902:s.9]

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

[Pin. Akta A902:s.9]

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

[Pin. Akta A902:s.9]

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

[Pin. Akta A902:s.9]

(e) [Dipotong oleh Akta A902:s.9].

Page 14: Slide Bentang

 

فقال : عشرة وتحته سلمة بن غيالن اسلم قال عمر ابن وعن                                       ( اربعا ( منهن خذ ص النبس  له

"Dari Ibn Umar telah berkata: Telah masuk Islam, Ghailan Bin Damsyiqi dan di sampingnya ada sepuluh orang isteri, maka Rasulullah S.a.w bersabda kepadanya: Ambillah dari kalangan mereka itu empat orang sahaja" 

                                 (Hadith Riwayat Ibn Majah)

Page 15: Slide Bentang

 

"Daripada Qais bin al-Harith, beliau berkata: Ketika aku masuk Islam, aku mempunyai lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah S.a.w menyuruh aku memilih dari kalangan mereka empat orang"

                                (Hadith Riwayat Abu Daud)

Page 16: Slide Bentang

Syarat-Syarat Poligami

Wanita yang dikumpulkan dalam satu masa itu bukan bersaudara.

Bersikap Adil

Giliran 

Batasan Jumlah Isteri            

Berkuasa menanggung nafkah

Page 17: Slide Bentang
Page 18: Slide Bentang

Isu pembelajaran 3

APAKAH YANG WANITA PERLU TAHU MENGENAI konsep DAN HAK TERHADAP HARTA

SEPENCARIAN

Page 19: Slide Bentang

TAKRIFAN: harta sepencarian ialah harta yang diperoleh pasangan suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang sah, iaitu sumbangan daripada suami dan isteri terhadap perolehan harta itu, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Wanita atau isteri perlu memahami dengan jelas apa itu harta perkongsian dan apa itu harta sepencarian.

ISTERI BEKERJAYA : Mahkamah akan memutuskan dimana tahap sumbangan kedua-dua psangan,kerana sebagai seorang isteri tak wajib utk cari nafkah.Harta yang dikumpul hanya untuk kegunaan isteri sendiri.

SURI RUMAH : Apa saja yg diperolehi oleh suami di luar, islam atau undang-undang telah memasukkan hak isteri dalam harta sepencarian kerana isteri itu telah menyumbang secara x langsung kepada kejayaan suami di luar

HAK ISTERI TERHADAP HARTA SEPENCARIAN

TAKRIFAN HARTA SEPENCARIAN

Page 20: Slide Bentang

ISU pembelajaran 4

BAGAIMANA ISTERI BOLEH MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN

Page 21: Slide Bentang

Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat ketika tempoh perkahwinan walaupun tidak diceraikan.mengikut Seksyen 23(10)(b) yang memperuntukkan isteri memohon perintah mahkamah supaya pembahagian harta sepencarian dibuat terlebih dulu sebelum permohonan poligami. Tuntutan harta pencarian boleh dibuat sama ada isteri pertama, kedua atau pun ketiga jika suami ingin berpoligami. Suami yang mahu berpoligami dikehendaki membawa isteri, bakal isteri dan waris termasuk wali memberi keterangan di mahkamah. Berdasarkan hukum Faraid, hukum syarak memperuntukkan ‘kelebihan’ kepada isteri pertama dalam pembahagian harta sepencarian berbanding isteri-isteri lain.

isteri pertama yang telah bergelar bekas isteri juga boleh menuntut hak mereka dalam menuntut harta sepencarian walaupun suami meletakkan nama isteri baru pada hartanya,

Page 22: Slide Bentang

Isu pembelajaran 5

Mengapa isteri diberi keutamaan dalam hadhanah

Page 23: Slide Bentang

Hak hadanahDefinisiHadhanah bermaksud pemeliharaan anak

lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.

Page 24: Slide Bentang

Syarat-syarat hadinah

Tidak terikat dengan pekerjaan

Hendaklah orang yang mukallaf

Mempunyai kemampuan dalam melakukan hadhanah

Hendaklah dapat menjamin pemeliharaan anak dan

pendidikan

Tidak benci si anak

Page 25: Slide Bentang

TANGGUNGJAWAB PENJAGAAN ANAK SETELAH PENCERAIAN

Pandangan 4 mahzab

Undang-undang keluarga islam wilayah persekutuan 1984

Al quran dan hadis

Page 26: Slide Bentang

Al quran dan hadisMenurut sebuah hadith yang diriwayatkan

oleh Abdullah bin Umar, 'Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: 'Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku'. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,'Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain'. (Riwayat Abu Daud)

Page 27: Slide Bentang

Bahawa Rasulullah saw telah menyuruh seorang anak yang sudah mumaiyyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal'. (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

'Hendaklah kamu berdua membuang undi tentang anak kamu, maka berkata suami perempuan itu, 'Siapakah yang boleh menentang saya berkenaan anak saya (bererti suami itu tidak bersetuju cara membuang undi)'. Lalu Rasulullah saw menyuruh anak itu memilih antara ibu atau bapa dengan sabdanya: 'Ini bapa engkau dan ini ibu engkau, pilihlah siapa antara kedua-duanya yang engkau suka tinggal bersama'. Maka anak itu pun memilih ibunya dengan memegang tangan ibunya itu. Lalu perempuan itu pun membawa anaknya itu pulang bersama'. (Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Tirmizi)

Page 28: Slide Bentang

uNdang-undang keluaga islam w.p 1984

Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta 303) menyebut ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan

Hak mutlak dan tunggal ibu bergantung kepada beberapa keadaan seperti diperuntukkan menurut Seksyen 83 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta 303) yang boleh menggugurkan hak jagaan

Page 29: Slide Bentang

Bagaimanakah hak kebajikan kanak-kanak dapat dijaga setelah berlaku

penceraian.

Isu pembelajaran 6

Page 30: Slide Bentang

Hak dalam hadhanah

Hak untuk memilih

Hak nafkah kanak-kanak

Hak kanak-kanak dalam hadhanah mengikut undang

keluarga islam w.persekutuaan 1984.

Al quran dan as sunnah

Page 31: Slide Bentang

kesimpulan Hak wanita dalam islam menjamin

kehidupan wanita dalam menjalani kehidupan seharian dalam masa memberi hak yang perlu kepada wanita untuk menhadapo kehidupan harian.

pelbagai hak dalam islam yang mengangkat martabat wanita selari dalam cabaran kehidupan.

Page 32: Slide Bentang

refleksiPermasalahan pbl dapatan kajian

Kekangan masa dalam kalangan ahli kumpulan

Mengetahui hak wanita dalam islam dengan lebih baik.

Perlukan pembacaan yang teliti Memberi peluang kepada kajian tentang hak wanita yang lebih

baik.

Perselisihan pendapat antara ahli kumpulan

bermusyawarah

Page 33: Slide Bentang

perjumpaanKali pertamaTarikh : 24 mac 2012Tempat : bilik 24 jam, pustakaan upsi.Masa : 09.00 pm- 11.30 pmKehadiran : 6 orang ahliObjektif perjumpaan: pembahagian tugasan.

Kali keduaTarikh : 16 april 2012Tempat : bilik 24 jam, pustakaan upsi.Masa : 09.00 pm- 11.30 pmKehadiran : 5 orang ahliObjektif perjumpaan : pertukaran maklumat

Page 34: Slide Bentang

Kali keempatTarikh : 30 april 2012Tempat : bk09-01-10Masa : 11.00 pm- 12.30 pmKehadiran : 6 orang ahliObjektif perjumpaan: pengesahan slide.

Kali ketigaTarikh : 24 april 2012Tempat : bilik 24 jam, pustakaan upsi.Masa : 09.00 pm- 11.30 pmKehadiran : 6 orang ahliObjektif perjumpaan: pembahagian slide.