SKRIP PIBG 2011

  • Upload
    atilza

  • View
    183

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG (Pengumuman ketibaan tetamu kehormat) Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr. Dzulkifli bin Bistamam. (Lagu Negaraku dimainkan. Program) Bismillah. Daun mengkudu daun selasih, Lebat merimbun tepi jerami, Ucap takzim terima kasih, Sudi hadir ke majlis kami. Yang Berbahagia, Dr. Dzulkafli bin Bistamam Pengarah Urusan Mega Genius Training and Consultancy Yang Berusaha, Pn. Habibah binti Othman Pengetua SMK Dato Bijaya Setia Yang Dihormati, En. Mohd Akhir bin Bidin Yang Dipertua PIBG SMK Dato Bijaya Setia Yang Dihormati, Tn ASP Ahmad Tarmizi bin Yaacob Pegawai Perhubungan Sekolah Pn. Sarojinee a/p Karuppiah PK Pentadbiran Pn. Norizam binti Yahaya PK HEM En. Mohd Shas bin Abas PK Kokurikulum En. Steven Anthony Xavier PK Tingkatan 6 En. Abdul Razak bin Ahmad PK Petang Guru-guru Kanan Mata Pelajaran Tetamu kehormat duduk dan akan diberi Buku

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru, ibu bapa, para waris serta hadirin dan hadirat sekalian. Assalamualaikum Dan salam sejahtera Alhamdulillah Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul pada petang yang mulia ini untuk sama-sama menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG, SMK Dato Bijaya Setia, kali ke 38, tahun 2011. Bagi memberkati majlis pada petang ini, dengan hormatnya dijemput al-Fadzil Ustaz Zulkarnain bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. (Bacaan doa) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-Fadzil Ustaz Zulkarnain atas bacaan doa sebentar tadi. Majlis Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Habibah binti Othman, Pengetua SMK Dato Bijaya Setia untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. (Ucapan Pengetua) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan alualuan yang telah disampaikan tadi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dihormati En.Mohd Akhir bin Bidin, Yang Dipertua PIBG SMK Dato Bijaya Setia, untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. (Ucapan YDP PIBG) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan Tuan Yang Dipertua PIBG itu tadi. Seterusnya, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan daripada Yang Berbahagia Dr. Dzulkafli bin Bistamam yang seterusnya akan merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG, SMK Dato Bijaya Setia kali ke 38, tahun 2011. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG)

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas ucapan dan perasmian Majlis Mesyuarat Agung PIBG, SMK Dato Bijaya Setia kali ke 38, tahun 2011. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan cenderahati kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2010, dan penyampaian penghargaan kepada barisan AJK PIBG SMK Dato Bijaya Setia bagi tahun 2010/2011, serta tetamu kehormat. Bagi menyempurnakan majlis, dengan hormatnya dipersilakan Tuan Pengetua untuk menjemput dan mengiringi En. Mohd Akhir bin Bidin, YDP PIBG SMK Dato Bijaya Setia untuk menyampaikan sijil dan cenderahati tersebut. Majlis mempersilakan. Hadiah Kecemerlangan PMR Dipersilakan 1. Siti Aminah binti Anuar (8A) 2. Tew Maei Nee (8A) Hadiah Kecemerlangan SPM Dipersilakan 1. Chitra a/p Balakrishnan (10A+, 2A) 2. Loo Wan Jing (8A+, 2A, 1A-) Hadiah Kecemerlangan STPM Dipersilakan 1. Liang Shu Yi (PNGK : 3.25 Aliran Sains) 2. Tan Wei Ji (PNGK : 3.75 Aliran Sastera) Seterusnya hadiah kepada waris cemerlang Dipersilakan 1. En. Balakrishnan a/l Muniandy Seterusnya penyampaian sijil dan cenderahati kepada para AJK PIBG sesi 2010/2011 Untuk itu dijemput Tn. Pengetua, Pn. Habibah binti Othman untuk menyampaikan sijil dan cenderahati kepada En. Mohd Akhir bin Bidin, Yang Dipertua PIBG. Terima kasih, Tuan Pengetua.

Seterusnya dijemput En. Lee Hai Soong

Naib Yang Dipertua PIBG. (Rujuk lampiran) Seterusnya dijemput Tuan ASP Ahmad Tarmizi bin Yaacob untuk menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan, dipersilakan. Majlis diteruskan lagi dengan penuh rasa besar hati menjemput Yang Berbahagia Dr. Dzulkafli bin Bistamam untuk menerima cenderahati tanda kenang-kenangan, dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua PIBG atas kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderahati itu tadi, maka sempurnalah sudah acara perasmian Mesyuarat Agung PIBG, SMK Dato Bijaya Setia kali ke 38, tahun 2011. Buah keranji pohonnya rendah, Rimbun daunnya lebat berbuah, Peranan PIBG terserlah sudah, Jadi pemangkin kegemilangan sekolah. Majlis dengan ini mempersilakan Tn. Pengetua dan Tuan YDP PIBG untuk menjemput dan mengiringi Dr. Dzulkafli dan tetamu jemputan untuk menikmati jamuan ringan. Dipersilakan. Sekian, terima kasih.