Upload
azie
View
284.709
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PKG 2008
Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat Dato’ Razali bin IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Hadirin diminta berdiri bagi menghormati Lagu Negaraku. Terima kasih.
Bismillah....
Assalamualaikum wbt
Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan
Yang BerhormatDato’ Razali bin IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Yang BerbahagiaDr. Haili bin DolhanTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaSektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
Yang BerusahaTuan Abdullah bin MohammadPengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Yang BerbahagiaTn. Hj. Mohd. Adenan bin DeramanPengarahBahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia
Yang BerusahaDr. Masnah bin Ali MudaTimbalan PengarahPembangunan Teknologi PendidikanBahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia
Yang BerusahaTn. Hj. Rosland bin HusseinTimbalan PengarahPembangunan Pendidikan BestariBahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia
Yang DihormatiPengarah-Pengarah Dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang BerusahaKetua-Ketua Penolong PengarahBahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran MalaysiaDanKetua-Ketua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pembentang-Pembentang Kertas Kerja Konvensyen PKG 2008
Pengetua-Pengetua serta Guru-guru Besar
Dan seterusnya yang dialu-alukan..
Tuan-tuan dan puan-puan Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan pemangkin semangat keutuhan Pusat Kegiatan Guru seluruh Malaysia
Alhamdulillah terus dipanjatkan,Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi,Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi,Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana,Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi.
Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,Beserta izin dan ’innayahNya jua,Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa,Dianugerahkan ’aqal kita dengan kewarasan,Fizikal mapan dengan ’afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semuaBagi menjayakan kemurnian agenda
KONVENSYEN PUSAT KEGIATAN GURU 2008
Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormat
Yang BerhormatDato’ Razali bin IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Dan para dif jemputan ke majlis perasmian Konvensyen PKG 2008 pada pagi yang bahagia ini.
Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih.
Yang Berhormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..
Demi memberkati acara dan agenda kita,Marilah kita semua,Selaku insan kerdil sifat dan upaya,Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,Dengan bait-bait doa serta munajat.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
Yang Berbahagia Tn. Hj. Md. Zin bin Abu BakarKetua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah
Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn..Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,Menambah tautan kemesraan,Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Tn. Hj. Md. Zin bin Abu BakarKetua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah
Atas pimpinan doa sebentar tadi.
Yang Berhormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..
Majils diteruskan dengan menjemput
Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hotmatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada
Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Atas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi.
Yang Berhormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..
Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata : ”Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya.”
Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.
Maka sejajarlah ayat tersebut dengan objektif Konvensyen PKG 2008 untuk mendedahkan ilmu-ilmu yang mampu meningkatkan profesionalisme pegawai-pegawai PKG dalam rangka untuk memperkasakan PKG sebagai satu pusat kecemerlangan centre for professional learning organization untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Antara lain matlamat yang ingin dicapai melalui konvensyen ini adalah untukmelonjakkan dan memperluaskan penggunaan teknologi pendidikan dan fungsi BTP dan rangkaian kepada pihak yang berkepentingan.
Bagi meneruskan acara, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan klip video PKG.
Dipersilakan.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
Kini tibalah saat yang dinanti
Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang BerhormatDato’ Razali bin IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian
KONVESYEN PUSAT KEGIATAN GURU 2008
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis dengan sukacitanya menjemput dif-dif kehormat untuk tampil bersama-sama Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia untuk menyempurnakan gimik multimedia perasmian.
Dipersilakan.
Maka, terasmilah sudah
KONVESYEN PUSAT KEGIATAN GURU 2008
Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan jutaan terima kasih kepada
Yang BerhormatDato’ Razali bin IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Orang memberi kita merasaOrang berbudi kita berbahasa
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang BerbahagiaTn. Hj. Mohd. Adenan bin DeramanPengarahBahagian Teknologi PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia Bagi mempersilakan
Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang BerhormatDato’ Razali bin IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Atas kesudian Yang Berhormat menyempurnakan perasmian Konvensyen PKG 2008.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih.
Yang Berhormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis perasmian Konvensyen PKG 2008.
Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya daripada saya dan barisan AJK.
Sekian, Wabillah......
Yang Berhormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..
Sebentar lagi ada sesi bergambar di ruang legar Seri Negeri Ballroom. Dif-dif Kehormat akan bergambar dengan semua peserta mengikut negeri seperti yang telah ditetapkan.Selepas selesai sesi bergambar, para hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
Terima kasih.