10
SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013 PN WAN ILYANI YUSRINA BT WAN MUSTAMA & PN. SERINOR DALILA BT MD DERUS BIL AGENDA TEKS 1. Ketibaan para jemputan dan ibu bapa Nyanyian lagu Negaraku Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi ADUN Kawasan Labu diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan JIjan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri. Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Semua hadirin dipersilakan duduk. 2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama- sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Rusydan bin Osman. Dipersilakan. Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

PN WAN ILYANI YUSRINA BT WAN MUSTAMA & PN. SERINOR DALILA BT MD DERUS

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para jemputan

dan ibu bapa

Nyanyian lagu Negaraku

Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi ADUN

Kawasan Labu diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan dan

Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan JIjan ke tempat duduk

utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu

Negaraku dengan iringan muzik.

Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita

mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz

Mohd Rusydan bin Osman. Dipersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan

terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ke Pekan Nilai membeli bingka,

Page 2: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

3. Ucapan Aluan Pengerusi

Majlis

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi,

ADUN Kawasan Labu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak

Pembangunan Luar Bandar Hal Ehwal pengguna dan Kemudahan

Awam,

Yang Dihormati Tn Hj. Mustafa bin Mahad,

Pegawai Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

merangkap wakil Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban,

Yang Berusaha Tuan Haji Roshizan b. Hj. Zakaria,

Yang Dipertua PIBG SK Jijan,

Yang Berusaha En. Zainal Ariffin bin Mohd Yunos,

Guru Besar SK Jijan,

Page 3: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Yang Dihormati Guru-guru penolong kanan,

guru-guru,

Ajk PIBG SK Jijan sesi 2012/2013,

seterusnya ibu-bapa sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Dato’

Hasim bin Rusdi, para jemputan khas dan ibu bapa ke Mesyuarat

Agung PIBG SK Jijan yang ke-30 pada hari ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ dan hadirin sekalian,

Objektif Mesyuarat Agung PIBG SK Jijan kali ke-30 ini diadakan

adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta

guru dalam sekolah berbincang, berkolaborasi, berunding dan

bekerjasama antara satu sama lain berkenaan dengan cara

memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap mesyuarat

yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana

yang harmoni.

4. Ucapan Yang Dipertua

PIBG

Hadirin sekalian,

Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-30 pada kali ini

dimulakan dengan ucapan daripada Yang Di Pertua PIBG SK Jijan.

Untuk itu, dijemput Tn. Hj. Roshizan b. Hj. Zakaria ke pentas utama.

Page 4: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau

sebentar tadi.

5.Ucapan Wakil PPD Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tn Hj. Mustafa bin Mahad,

Pegawai Pencegahan Dadah PPD Seremban merangkap wakil Tuan

Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, yang tidak dapat hadir

bersama-sama kita pada hari ini. Oleh itu, majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj.

Mustafa bin Mahad, atas ucapan beliau sebentar tadi.

5.Ucapan Guru Besar SK Jijan

Seterusnya,

Majlis mempersilakan En. Zainal Ariffin bin Mohd Yunos Guru Besar

Sk Jijan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Zainal

Ariffin bin Mohd Yunus atas ucapan beliau sebentar tadi.

Page 5: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

6.Ucapan Perasmian

Oleh Yang Berhormat

Dato’ Hasim bin Rusdi,

ADUN Kawasan Labu

Hadirin yang dihormati, izinkan saya memperdengarkan pantun

seterusnya.

Makan durian bersama pulut,

Duduk bersembang atas serambi,

Tampillah tuan kami menjemput,

Bersama ucapan kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita

mendengar ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh Yang

Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Hal

Ehwal pengguna dan Kemudahan Awam. Majlis dengan penuh

hormat dan takzim mempersilakan.

Tuan berbudi tidak terperi,

Hulurkan madah kata perasmi,

Page 6: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Yang Berhormat Senator Dato’ kami segani,

Kesudian Yang Berhormat Senator Dato’ kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Jijan yang ke-30 pada

hari ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas

kesudian Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi merasmikan majlis

kita sebentar tadi.

7.Penyampaian Insentif

kepada murid-murid

cemerlang UPSR dan

UPKK 2012

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif kepada murid-

murid cemerlang UPSR dan UPKK 2012. Oleh itu dipersilakan sekali

lagi oleh Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi, dengan diiringi

oleh Yang Dipertua PIBG SK Jijan Tn. Haji Roshizan bin Zakaria ke

pentas utama.

RUJUK SENARAI NAMA UPKK DAN UPSR 2012 BUKU

PROGRAM

8.Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Cenderahati kepada

Page 7: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Cenderahati kepada AJK

PIBG sesi 2012/ 2013

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sesi 2012/2013.

RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2012/2013 BUKU

PROGRAM

8.Penyampaian cenderahati

kepada tetamu kehormat

Seterusnya, dijemput Tn Hj. Mustafa bin Mahad,

Pegawai Pencegahan Dadah PPD Seremban merangkap wakil Tuan

Pegawai Pelajaran Daerah Seremban ke pentas untuk menerima

cenderahati daripada pihak sekolah.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat

Dato’ Hasim bin Rusdi atas kesudian beliau memeriahkan majlis

kita pada hari ini. Dengan itu, dijemput Yang Dipertua PIBG untuk

meyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’.

9.Kata Penutup perasmian

& jamuan VIP

Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari ini.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan

kepada Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi atas kesudian

Yang Berhormat Dato’ untuk meluangkan masa menghadiri

Page 8: Skrip pengacara mesyuarat agung pibg 2013

SKRIP PENGACARA MAESYUARAT AGONG PIBG SK JIJAN 2013

Mesyuarat Agung PIBG

kali ke-30

majlis kita pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan Tn Hj. Mustafa bin Mahad,

Pegawai Pencegahan Dadah PPD Seremban merangkap wakil

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, Yang Dipertua

PIBG SK Jijan, Tuan Haji Roshizan b. Zakaria beserta Ahli

Jawatan Kuasa PIBG sesi 2012/2013 dan Ahli Jawatankuasa

Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-30 serta mereka yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan

majlis ini.

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Jijan

Kali ke-30. Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada Yang

Dipertua PIBG SK Jijan Tn. Haji Roshizan untuk meneruskan

mesyuarat agung pada hari ini.