Skrip Pengacara Majlis Penutup Bola Jaring Mssp 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Skrip Pengacara Majlis Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Jaring MSSP 2011 Bil 1 Aturcara Ketibaan Tetamu Kehormat Skrip Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Jaafar bin Idris, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang 2 Ucapan Aluan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengerusi Majlis 1. Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang. 2. Yang Berusaha Encik Jalaluddin bin Ismail, Penolong Pengarah, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Pahang. 3. Yang dihormati, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, ahli-ahli jawatankuasa pengelola majlis, guru-guru, para atlit serta hadirin yang dimuliakan

1

Izinkan saya menerangkan secara ringkas aturcara majlis pada pagi yang berbahagia ini.

Majlis akan dimulakan dengan perlawanan akhir bola jaring bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Pahang di antara pasukan ____________________dengan pasukan___________________

Seterusnya, majlis akan disambung dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan pegawai kejohanan.

Kemuncak majlis ialah perasmian penutupan kejohanan oleh yang Berbahagia Encik Jaafar bin . Idris, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang

Tanpa melengahkan masa, saya dengan sukacitanya menyerahkan majlis kepada jawatankuasa pengelola untuk meneruskan acara dengan perlawanan akhir bola jaring bawah 18 tahun diantara pasukan _____________________dengan pasukan_____________________.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

2

3

Doa

Hadirin yang dimuliakan.

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon rahmat Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz______________________________________ __________________________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan

4

Penyampaian Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. hadiah dan cenderamata Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ______________________________________atas bacaaan doa itu tadi.

3

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan sukacita menjemput Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang sambil diiringi oleh Yang berusaha Encik Jalaluddin bin Ismail, Penolong Pengarah, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan pegawai-pegawai kejohanan.

(Senarai nama pemenang+ senarai penerima cenderamata)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Adalah diharapkan bahawa kemenangan ini akan membakar semangat untuk terus menjulang nama Pahang di persada sukan Negara.

4

Sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris, majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Jalaluddin bin Ismail untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris kerana sudi menyempurnakan aturcara itu tadi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5

Ucapan Perasmian Penutupan

Bagi melengkapkan aturcara majlis perasmian penutup an Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Pahang 2011, pihak majlis dengan segala hormat dan takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Pahang 2011 Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5

6

Penutup

Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris atas ucapan itu tadi Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka majlis sudah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada : 1. Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris 2. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 3. Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah 4. Pengetua-pengetua 5. Guru besar-guru besar 6. Pengurus-pengurus pasukan 7. Pegawai-pegawai teknikal 8. Para pengadil 9. Jurulatih-jurulatih 10. Atlit-atlit

Dan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian. Sehingga berjumpa lagi di lain masa, majulah sukan untuk negara.

6

( Majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Jalaluddin bin Ismail untuk mengiringi Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris ke majlis jamuan.)

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

< TAMAT >

7