8
SKRIP PENGACARA MAJLIS PELANCARAN TAKWIM KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH PAHANG 2014 TEMPAT : PADANG MDCH MASA : 730AM PENGACARA : PN NORAZLIAH ANI BIL QUE ANN Pendaftaran & Ketibaan Tetamu Apabila isyarat diterima Pengarah Pendidikan Pahang tiba, bersedia dengan pengumuman. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Rosdi bin Ismail, SMP, Pengarah Pendidikan Pahang beserta pegawai-pegawai pengiring Tepukan daripada seluruh kontinjen daerah 1. Nyanyian Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Negeri Pahang”. Mohon hadirin bersama-sama bersedia menyanyikan lagu-lagu yang disebutkan. Usai nyanyian, ucapkan terima kasih dan jemput tetamu dan hadirin duduk. Pengacara akan menyampaikan kata alu-aluan ringkas dan menghadap majlis. Baca senarai tetamu berdasarkan nota protokol majlis. Terima kasih. Tetamu dan hadiirin dipersilakan duduk. Yang Berbahagia , En Rosdi bin Ismail, SMP, Pengarah Pendidikan Pahang Yang Berbahagia, Pn Hjh Rashidah bt Md Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang Yang Berbahagia ________________________________________________ ______________________________________________________________ Yg Berusaha Pegawai-pegawai JPN Pahang Yang Berusaha Tn Hj Basirun bin Abdullah Hasim, Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan MSSP dan Kejohanan Merentas Desa MSSP 2014 Yang Berusaha pegawai-pegawai PPD yang hadir, Yang Berusaha barisan pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah daerah

Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

SKRIP PENGACARA MAJLIS PELANCARAN TAKWIM KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH PAHANG 2014

TEMPAT : PADANG MDCH MASA : 730AM PENGACARA : PN NORAZLIAH ANI

BIL QUE ANNPendaftaran & Ketibaan TetamuApabila isyarat diterima Pengarah Pendidikan Pahang tiba, bersedia dengan pengumuman.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Rosdi bin Ismail, SMP, Pengarah Pendidikan Pahang beserta pegawai-pegawai pengiring

Tepukan daripada seluruh kontinjen daerah

1. Nyanyian Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Negeri Pahang”. Mohon hadirin bersama-sama bersedia menyanyikan lagu-lagu yang disebutkan.

Usai nyanyian, ucapkan terima kasih dan jemput tetamu dan hadirin duduk. Pengacara akan menyampaikan kata alu-aluan ringkas dan menghadap majlis. Baca senarai tetamu berdasarkan nota protokol majlis.

Terima kasih. Tetamu dan hadiirin dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia , En Rosdi bin Ismail, SMP, Pengarah Pendidikan PahangYang Berbahagia, Pn Hjh Rashidah bt Md Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan PahangYang Berbahagia ______________________________________________________________________________________________________________Yg Berusaha Pegawai-pegawai JPN Pahang Yang Berusaha Tn Hj Basirun bin Abdullah Hasim, Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan MSSP dan Kejohanan Merentas Desa MSSP 2014 Yang Berusaha pegawai-pegawai PPD yang hadir,Yang Berusaha barisan pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah daerah

Page 2: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

Cameron Highlandsbarisan ketua jabatan daerah Cameron Highlands selaku ex officio temasyaPara pengurus dan peserta pasukan daerah-daerah yang mengambil bahagian

Hadirin hadirat yang dimuliakan.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia En Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang ke majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Pahang 2014.

Sesungguhnya kehadiran tuan ialah lambang keprihatinan terhadap sumbangan sukan dalam pendidikan seterusnya menjadikan Pahang Sentiasa Berusaha Menuju Puncak Kecemerlangan.

Doa Bersedia untuk bacaan doa.

Sebagai tanda syukur bahawa majlis pada hari ini berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya dipersilakan al-Fadil Ustaz Muhammad bin Hamzah untuk memimpin bacaan doa. Tafaddhal ya ustaz.Terima kasih al-Fadil Ustaz.

Ucapan Alu-aluan PPD

Hadirin yang dimulikan

Anak muda mengalun qasidahTiada kekok tampil ke depanPembuka kata berlalu sudahMari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Berusaha, Tn Hj Basirun bin Abdullah Hasim,Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands selaku pengerusi jawatankuasa pengelola Pelancaran Takwim Kejohanan MSS Pahang 2014 menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Usai ucapan pengetua, Terima kasih Tn Hj Basirun bin Abdullah Hasim. Kini, tibalah masa yang

Page 3: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

ucapkan terima kasih. Tunggu hingga beliau mengambil tempat semula.

dinanti-nantikan. Majlis dengan segala takzim dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya hari ini.Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang Berbahagia En Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang sebentar tadi.

GIMIK Hadirin sekalian,

Sila berikan perhatian kepada pelari obor yang mula membawa obor pembukaan Pelari ini ialah En Mohd Nasir bin Abd Aziz, beliau merupakan bekas pemain hoki BITAS Yayasan Pahang, Masih pemain hoki dan bola sepak PSKPP Pahang, menyertai acara olahraga jogathon 10km PSKPP dan acara favouritenya pula lompat pagar.

(Baca lepas gimik)Jalan lengkok redup berkalisDamba pedoman menyongsong arahUcapan tuan merasmi majlisTanda kejohanan berlangsung meriah

Dipersilakan pula Tn Hj Basirun bin Adullah Hashim Pegawai PPD mengiringi Yg Berbahagia En Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang untuk menyalakan obor temasya seterusnya melancarkan takwim kejohanan MSSP Pahang 2014.

Kejutan itu tadi menandakan rasmilah sudah takwim kejohanan MSSP Pahang 2014.

Dipersilakan Tn Hj Basirun bin Abdullah Hashim mengiringi En Rosdi bin

Page 4: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

Ismail ke tempat duduk.

Hadirin,

Para peserta dibenarkan untuk membuat aktiviti pemanasan badan bersama-sama kontinjen masing-masing dan pihak teknikal bolehlah menjalankan tugas bagi acara merentas desa, namun sementara menantikan acara para tetamu dan hadirin boleh sama-sama menyertai acara senamrobik di bawah kendalian Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands, dipersilakan instruktor senamrobik daerah Cameron Highlands

Senamrobik & Cabutan Bertuah

Dipersilakan semua hadirin turut serta dalam senamrobik kendalian Pejabat Kesihatan Daerah CH

Pelepasan peserta merentas desa

Acara jemputan dan pemeriksaan kesihatan

Makluman kepada semua

Pihak pejabat kesihatan juga ada menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma. Sudi-sudikanlah berkunjung ke kaunter tersebut. Mereka menanti dengan senyuman.

Para peserta diminta berkumpul di padang untuk acara penyampaian hadiahBersedia untuk acara penyampaian hadiah setelah Pengarah mengambil tempat. Jemput kontinjen daerah bersedia.

Yang Berbahagia , En Rosdi bin Ismail, SMP, Pengarah Pendidikan PahangYang Berbahagia, Pn Hjh Rashidah bt Md Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang,Yg Berbahagia, _________________________________________________

Page 5: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

Ketua Sektor___________________________ Jabatan Pendidikan PahangYang Berusaha Pegawai-pegawai JPN Pahang Yang Berusaha Tn Hj Basirun bin Abdullah Hasim, Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands merangkap pengerusi Jawatankuasa Majlis Pelancaran Takwim MSSP Yang Berusaha pegawai-pegawai PPD yang hadir,Yang Berusaha barisan pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah daerah Cameron HighlandsYang Berusaha barisan ketua jabatan daerah Cameron Highlands, selaku ex officio’Pegawai-pegawai teknikal kejohananPengurus dan peserta pasukan daerah yang mengambil bahagian,

Hadirin hadirat yang dimuliakan.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul sekali lagi di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands ini untuk menyempurnakan majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Pahang.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Secara keseluruhannya sebanyak 11 daerah negeri Perak telah mengambil bahagian dalam kejohanan. Enam kategori acara telah dipertandingkan, iaitu:Lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.Penyampaian hadiah setiap kategori daripada tempat pertama hingga kelima belas beserta sijil. Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang kategori bawah 12. Semua anggota kontinjen pasukan dipersilakan bersedia untuk menerima hadiah.

Tunggu hingga kontinjen B12 tahun Hadirin hadirat dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Page 6: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

bersedia di atas pentas penerimaan hadiah. Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan iaitu

acara penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berusaha Tn Hj Basirunmenjemput dan mengiringi Yang Berbahagia __________________________ Ketua Sektor ______________________________________________ bergerak ke tempat penyampaian hadiah untuk peserta bawah 12 tahun yang berjaya.

Terima kasih En _____________________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah.

Tunggu hingga kontinjen B15 tahun bersedia di atas pentas penerimaan hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia , Pn Hjh Rashidah bt Md Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang bergerak ke tempat penyampaian hadiah untuk menyampaikan hadiah kepada peserta bawah 15 tahun

Tunggu hingga kontinjen B18 tahun bersedia di atas pentas penerimaan hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang bergerak ke tempat penyampaian hadiah untuk menyampaikan medal kemenangan peserta kategori bawah 18 tahun, seterusnya plak johan keseluruhan dan banting serta cenderamata temasya kepada para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pahang.

Baca ikut senarai daripada panel statistik

Johan Keseluruhan

B12__________________________________________________

Page 7: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

B15 ________________________________________________________

B18 ________________________________________________________

Seterus penyampaian banting dan cenderamata kepada para pegawai pejabat pelajaran daerah negeri Pahang.

Kita mulakan dengan daerah 1. Bera2. Bentong3. Jerantut4. Kuantan5. Kuala Lipis6. Maran7. Pekan8. Raub9. Rompin10. Temerloh11. Cameron Highlands

Q: Usai sesi bergambar, teruskan dengan sesi penyampaian cenderamata.

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Basirun bin Abdullah Hasyim menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En Rosdi bin Ismail yang sudi merasmikan dan menyampaikan hadiah pada hari ini.

Terima kasih

Page 8: Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahang 2014

Setelah Pengarah dan tetamu beredar

Hadirin sekalian,

Sekali lagi terima kasih untuk semua.Tahniah kepada semua pemenang.

Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama padu, dan sumbagan tenaga dalam memastikan acara pada petang ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Merentas Desa sampai ke penghujungnya.

Pengumuman Kepada semua wakil semua kontinjen dan para petugas dipersilakan menjamu selera di _________________________________________________.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.