SKRIP PENGACARA MAJLIS

Embed Size (px)

Citation preview

SKRIP PENGACARA MAJLIS -NAFAS SEGARKEM NAFAS SEGAR

(1) SRA Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengawai Daerah Besut, merangkap Pengerusi PEMADAM daerah Besut. Yang Berbahagia, Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia Dr. Azizah Yusoff, Pengerusi Rancangan Kajian Komuniti dan Kesihatan Keluarga(KKKK) USM En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum Dr. Raishan Shafini, Pegawai Kesihatan Sekolah, Daerah Besut, selaku penceramah En. Wan Isa bin Wan Abdullah, staff Kesihatan selaku penceramah Guru-guru Kanan, guru cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, mahasiswamahasiswi USM dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ sempena pelancaran Kem Nafas Segar. Syukur ke hadrat Allah yang maha Agung kerana kita dapat menghirup udara segar pada pagi yang ceria ini tanpa asap rokok di ruangan udara sekitar kita.

(2) Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. ****** NIK Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua. (3) Meneruskan acara,dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

***** SRA Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail.

(4) Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Rotan melilit tepian pokok Rimbun sebelah pohon seraya Katakan tak nak pada rokok Ia pemusnah mengundang bahaya Seterusnya, kita sampai ke acara Majlis Perasmian Kem Nafas Segar. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengawai Daerah Besut, merangkap Pengerusi PEMADAM daerah Besut untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan Kem Nafas Segar. Majlis mempersilakan. ***********

NIK Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim atas ucapan itu tadi. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berbahagia Tuan

Pegawai Daerah Besut untuk memalu gong tanda perasmian Kem Nafas Segar anjuran Bersama USM dan SMKPNZ. Dipersilakan. . Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah. (5) Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pengerusi PEMADAM untuk menyampaikan tag nama kepada 20 pelajar Contoh yang menyertai Kem Nafas Segar. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ********* Nama??? SRA Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim.

(6) Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr Hj Abdul Rashid bin Hj Ismail, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM untuk menyampaikan Cenderahati. Dipersilakan. Dipersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Wan Mohamad bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Besut untuk menerima cenderahati. Seterusnya dipersilakan yang Berbahagia, Tn. Hj Mhd ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk menerima cenderahati dari pihak USM.

**** Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia Profesor Madya. (7) Para hadirin yang dimuliakan sekalian, Majlis kita diteruskan lagi dengan acara lawatan ke pameran dan sudut kaunseling bagi Kem Nafas Segar ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para tetamu jemputan untuk melawat pameran dan sudut kaunseling di Dewan Terbuka SMKPNZ. Selepas melawat pameran para tetamu jemputan dipersilakan ke bilik VIP untuk kudapan. Dipersilakan. 20 pelajar yang terlibat dengan Kem Nafas Segar dipersilakan ke pameran dan seterusnya

ke jamuan di dewan terbuka bersama fasi. Para guru dan pelajar-pelajar lain juga di persilakan ke ruang pameran dan sudut kaunseling di Dewan terbuka. Pelbagai bahan pameran dan permainan interaktif disediakan untuk semua. Selepas para pelajar selesai melihat pameran, para pelajar dibenarkan rehat selama 30 minit. Pelajar dikehendaki kembali semula ke dewan pada jam 10.30 pagi. Dipersilakan ke dewan terbuka.

(8) NIK Guru-guru,para pelajar ,hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Selamat kembali ke Dewan Gemilang, SMKPNZ. Majlis kita pada siang hari ini diteruskan lagi dengan sesi ceramah. Ceramah pertama yang bertajuk Bahaya Merokok akan disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Besut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Dr. Raishan Shafini, Pegawai Kesihatan Sekolah untuk menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan. ???? Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Dr Raishan Shafini. (9) Seterusnya, sama-samalah kita mendengar luahan rasa bekas perokok. Untuk itu, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En. Wan Isa bin Wan Abdullah, staf kesihatan di sebuah klinik untuk berkongsi pengalaman beliau bersama kita semua. ???? SRA Terima kasih diucapkan kepada En. Wan Isa bin Wan Abdullah kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Semoga apa yang diluahkan oleh beliau tadi dapat memberi teladan kepada kita semua. (10) Para hadirin yang diimuliakan, Seterusnya, majlis diserahkan kepada pihak USM untuk mengendalikan sesi bengkel bersama 20 pelajar contoh.Para guru dan para pelajar lain boleh melihat-lihat pameran dan berkunjung ke sudut kaunseling di Dewan terbuka. Dipersilakan ke dewan terbuka. (11) Seterusnya, majlis ini diserahkan kepada ketua Residensi untuk memberi taklimat bengkel. Dipersilakan Cik Shahidatul Naimah bt Wan Jusoh dan En. Yeap Kian Nie. Dengan segala hormatnya dipersilakan

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PROGRAM PENDIDIKAN SEKSPROGRAM USM (1) Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ADUN Kota Putra Yang Berbahagia, Tn. Hj. Baharuddin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah Yang Berbahagia, Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek, Pensyarah dan Pakar Runding ORL-HNS Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan,, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Dr Zaharah Sulaiman, Ketua Unit dan Pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan En. Abdul Rahim bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Amran bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Ahli-ahli jawatankuasa pengelola, rakan-rakan guru, para ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan gemilang SMKPNZ ini bagi satu program Outreach Program Pendidikan Seks di kalangan Ibu bapa untuk Anak-anak Anjuran Bersama Pusat pengajian Sains Perubatan ,USM dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program hari ini bertemakan Selamatkah Anak Kita? Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tn. Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. ****** Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Pengetua. (3)

Meneruskan acara,dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek, Pensyarah dan Pakar Runding ORL-HNS Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

***** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Prof. Dr. Dinsuhaimi bin Sidek.

(4) Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Rimbun meranti di hujung kota Berbuah lebat pohon cermai Selamatkah anak kesayangan kita Kasih ditagih sayang disemai. Seterusnya, kita sampai ke acara Majlis Perasmian Program Pendidikan Seks di kalangan Ibu bapa untuk Anak-anak. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ADUN Kota Putra untuk menyampaikan bingkisan kata sekaligus merasmikan program. Majlis mempersilakan. *********** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof atas ucapan itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan, (5) Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, _____________________untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk_____________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**** Demikian tadi pengucapan telus yang penuh informasi berguna untuk kita semua. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada -------------------

(6) Para hadirin yang dimuliakan sekalian, Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi soal-jawab. Majlis dibuka kepada semua yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Dipersilakan.

(7) Para hadirin yang diimuliakan, Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan-------- untuk menyampaikan cenderahati kepada --Dipersilakan. . Terima kasih diucapkan kepada---------Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Pehemi bin Yusof, ahli jawatankuasa pengelola dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan acara pada hari ini serta sekalian tetamu yang hadir. Sekian. Wassalamualaikum wbt.MAJLIS PERASMIAN SEMINAR MELAYU MAHAWANGSA ANJURAN FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI DENGAN KERJASAMA GABUNGAN PENULIS NASIONAL (GAPENA) 18 19 JULAI 2006 1. (KETIBAAN KETUA MENTERI MELAKA, NYANYIAN NEGARAKU DAN PUTRA GEMILANG) (Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati ketibaan KM, menyanyikan lagu Negaraku dan Putra Gemilang)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam. Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Mohamed, Timbalan Naib Canselor, HEP dan Alumni, Universiti Putra Malaysia yang mewakili Naib Canselor, UPM. Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj. Rosli Talif, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dr. Hj. Ismail Hussein, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, Penyelaras Unit Dokumentasi Warisan Melayu dan Peribumi, FBMK, merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar. Tetamu-tetamu kehormat, timbalan-timbalan dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, ketuaketua jabatan, para sarjana dan pembentang kertas kerja, para peserta seminar, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam Seminar Melayu Mahawangsa anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama di majlis ini. Dengan berkat kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Seminar yang bertemakan Rekayasa Citra Melayu Sebagai Mahawangsa ini menjadi lebih bermakna lagi.

Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kehormat dan para pembentang kertas kerja, serta para hadirin dan hadirat sekalian kerana bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini. Tetak buluh panjangnya tujuh, Buat menjolok sarang penyengat; Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon supaya berkat.

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Dr.

Mohd. Fauzi Jumingan untuk membacakan doa. Dipersilakan. (BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd. Fauzi Jumingan atas bacaan doa

itu tadi. 2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI) Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan,

Mari tuan sama-sama amati.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya

dipersilakan. (UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Halimah Hassan atas ucapan itu tadi. 3. (UCAPAN TNC)

Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian, Kapal berlabuh di Kuala Rengit, Semat jerami di Sungai Muar, Tuan umpama bulan di langit; Dapat kami menumpang sinar.

Seterusnya kita ikuti pula ucapan sambutan Timbalan Naib Canselor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DAN APABILA SELESAI) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali

Muhamad atas ucapan itu. 4. (UCAPAN PERASMIAN KM MELAKA)

Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian, Dari Melaka pergi ke Serdang, Singgah sebentar di Bukit Serindit; Tuan umpama bintang gemilang, Titipkan amanat barang sedikit.

Kita tiba ke puncak acara. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN KETUA MENTERI, PUKULAN GONG DAN APABILA SELESAI) 5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar Melayu Mahawangsa ini. Air laut tenang-tenangan, Tanam selasih tepi perigi;

Cenderamata tanda kenangan, Terima kasih sekalung budi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Penyampaian cenderamata dan apabila selesai) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad kerana sudi menyampaikan cenderamata. Seterusnya dipersilakan pula Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Rosli Talif untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Azali Muhamad.

(Penyampaian cenderamata) 6. (PENUTUP) Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan para hadirin sekalian. Ibarat berjalan dah sampai di halaman, Ibarat berenang dah sampai di tebing, Ibarat terbang dah hinggap di dahan, Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Seminar, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas kesudian untuk bersama-sama kita pada pagi ini.

Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan

Seminar Melayu Mahawangsa ini. Akhir kata, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Yang baik itu ketentuan Allah, Yang cela itu kelemahan diri. 7. (PENGUMUMAN KM MENINGGALKAN MAJLIS)

Para hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Puan Hajah Halimah Hassan untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor untuk menyaksikan pameran Melayu Mahawangsa di Bangunan Sanggar Bahasa dan Komunikasi. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis turut mempersilakan tetamu-tetamu kehormat dan seluruh para hadirin untuk menyaksikan pameran di ruang berkenaan. Dipersilakan.