8

Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer
Page 2: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer

“ Skill For A Brighter Future”

KERTAS KONSEP

SABAH SKILL COMPETITION

TAHUN 2014

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA KINABALU

JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

JALAN 3, KKIP SELATAN,

88460 KOTA KINABALU

SABAH

TEL : 088-499 825

FAKS : 088-499 851

Page 3: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer

1. BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : Sabah Skill Competition 2014

Tarikh : 16 ogos 2014

Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : Suria Sabah

2. PENGENALAN

Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) merupakan sebuah institusi latihan

kemahiran awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia yang telah

beroperasi sejak tahun 2001 untuk menyediakan latihan kemahiran kepada belia-belia di Sabah.

Bagi membantu hasrat kerajaan untuk mengarusperdanakan bidang latihan kemahiran negara

selaras dengan Teras Keempat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk

membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia bagi negara, ILPKK mengambil inisiatif

atas dasar tanggungjawab institut kepada masyarakat (Corporate Social Responsibility) untuk

mengadakan satu pertandingan kemahiran yang dinamakan Sabah Skill Competition. Tema Sabah

Skill Competition 2014 adalah “ Skill For A Brighter Future”. Pertandingan ini adalah terbuka

kepada semua rakyat Sabah berdasarkan beberapa kategori pertandingan.

3. TUJUAN

Pertandingan kemahiran Sabah Skill Competition diadakan untuk:

i. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bidang kemahiran bagi mengubah persepsi

masyarakat bahawa bidang kemahiran adalah bidang kelas kedua.

ii. Menonjolkan ikon kemahiran untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa belia yang

menceburi bidang kemahiran boleh lebih berjaya daripada belia aliran akademik.

iii. Mempromosikan bidang kemahiran sebagai menyambut seruan kerajaan untuk

meningkatkan peratus pekerja mahir dari 28% ke 38 % pada tahun 2015 dan 50% pada

tahun 2020.

iv. Mendapatkan penglibatan industri dan agensi-agensi bukan kerajaan untuk sama-sama

memastikan graduan bidang kemahiran boleh mendapat pekerjaan dengan mudah di

industri serta mengurangkan job mismatch di antara graduan dan keperluan industri.

4. KERJASAMA PENGANJURAN

Penganjuran Sabah Skill Competition tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan bantuan

dari banyak pihak. Oleh itu, penganjuran pertandingan ini akan melibatkan kolaborasi dengan

beberapa jabatan persekutuan dan negeri Sabah. Semua agensi yang terlibat akan dilantik untuk

mengaggotai Jawatankuasa Induk Sabah Skill Competition 2014 kelak.

Page 4: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer

5. PERINCIAN PERTANDINGAN

5.1 Kategori Penyertaan

Kategori Bidang yang dipertandingkan

Sekolah Menengah/ Sekolah Teknik/

Kolej Vokasional

Lukisan Kejuruteraan

Elektronik

Institut Latihan Kemahiran Awam/

Institut Latihan Kemahiran Swasta

Pendawaian Kawalan Motor

Computer Aided Design

Syarikat Pendawaian Kawalan Motor

Computer Aided Design

Terbuka

Tatarias dan Dandanan Rambut

Hiasan Kek

Sulaman/Anyaman (OKU)

5.2 Penjurian

Penyertaan akan dinilai oleh satu Panel Penilai / Hakim yang terdiri daripada individu-individu

yang berkelayakan dan tidak mempunyai kepentingan dalam pertandingan ini. Keputusan

Panel Penilai / Hakim adalah MUKTAMAD.

5.3 Hadiah

Hadiah berupa trofi, wang tunai dan sijil penyertaan akan diberi kepada pemenang bagi semua

bidang seperti berikut:-

Kategori Bidang Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga

Kategori

Sekolah

Elektronik RM1,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM700.00 + trofi +

sijil penyertaan

RM500.00 + trofi +

sijil penyertaan

Lukisan

Kejuruteraan

RM1,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM700.00 + trofi +

sijil penyertaan

RM500.00 + trofi +

sijil penyertaan

Kategori

Institusi

Pendawaian

Kawalan Motor

RM5,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM3,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM1,500.00 + trofi

+ sijil penyertaan

Computer Aided

Design

RM5,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM3,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM1,500.00 + trofi

+ sijil penyertaan

Kategori

Syarikat

Pendawaian

Kawalan Motor

RM5,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM3,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM1,500.00 + trofi

+ sijil penyertaan

Computer Aided

Design

RM5,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM3,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM1,500.00 + trofi

+ sijil penyertaan

Kategori

Terbuka

Tatarias dan

Dandanan Rambut

RM3,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM2,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM1,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

Hiasan Kek RM3,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM2,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM1,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

Page 5: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer

Sulaman/Anyaman

(OKU)

RM3,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM2,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

RM1,000.00 + trofi

+ sijil penyertaan

5.4 Anugerah

Anugerah Khas Tangan Emas Ketua Menteri Sabah akan dianugerahkan kepada seorang

peserta terbaik berupa trofi beserta hadiah wang tunai RM5,000.00 dan sijil.

6. ATURCARA DAN PENGISIAN PROGRAM

Semua bidang pertandingan akan bermula secara serentak pada jam 10.00 pagi. Tempoh masa

pertandingan adalah berdasarkan bidang dan berakhir selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang.

Sepanjang tempoh pertandingan para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis-artis

jemputan dan diselitkan dengan sesi perkongsian oleh ikon-ikon kemahiran yang berjaya dalam

hidup.

Pengunjung juga boleh mengunjungi booth pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk

memperoleh lebih banyak informasi berkenaan latihan kemahiran yang terdapat di Sabah.

Dianggarkan sebanyak 40 booth pameran akan dibuka pada hari tersebut.

Tentatif program

Masa Program

8.00 pagi - Persiapan peserta pertandingan

10.00 pagi - Pertandingan bermula

- Persembahan artis jemputan

- Perkongsian ikon kemahiran

1.00 petang - Makan tengahari

4.00 petang - Pertandingan berakhir/ Penjurian

- Perasmian & Penutup

- Majlis Penyampaian Hadiah

- Bersurai

7. KOS TERLIBAT

Bil Bahagian Keterangan Anggaran Kos

1 Hadiah

Hadiah untuk semua pemenang

pertandingan kemahiran dan

pertandingan booth terbaik

RM61,000.00

2 Cenderahati Goodie bags/ door gift RM30,000.00

3 Makan dan Minum

Staf dan peserta semasa hari

pertandingan, majlis makan

malam

RM 36,000.00

Page 6: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer

4 Bahan pertandingan Peralatan dan bahan guna

habis pertandingan RM50,000.00

5 Pameran Sewaan booth RM10,500.00

6 Percetakan Buku aturcara, bahan promosi RM

7 Pengangkutan Sewaan bas RM3,500.00

8 Persembahan DJ, tarian, penyanyi, emcee RM 15,000.00

8. PENAJAAN

Pihak penganjur berusaha untuk mendapatkan penajaan daripada pihak luar dalam menyokong

penganjuran Sabah Skill Competition 2014. Penajaan ini adalah terbuka kepada mana-mana individu,

syarikat mahupun agensi luar yang berminat untuk bersama-sama dalam menjayakan penganjuran

Sabah Skill Competition 2014. Pihak penganjur telah menyenaraikan beberapa faedah yang boleh

ditawarkan kepada para penaja sebagai tanda penghargaan daripada pihak pengajur atas jasa sokongan

menjayakan penganjuran Sabah Skill Competition 2014 ini. Penajaan Sabah Skill Competition 2014

dibahagikan kepada empat kategori penajaan iaitu Penaja Utama bagi tajaan sebanyak RM15,000 ke

atas ; Penaja Bersama bagi tajaan sebanyak RM10,000 ke atas ; Penaja Eksekutif bagi tajaan

sebanyak RM5,000 ke atas dan Penaja program bagi tajaan sebanyak RM4,999 dan ke bawah.

9. PENUTUP

Pihak pengajur berharap Sabah Skill Competition dapat menjadi salah satu aktiviti yang menarik

minat masyarakat dan memberi kesedaran bahawa bidang kemahiran bukan lagi bidang kelas

kedua malah setaraf bidang-bidang lain yang boleh menyumbang ke arah usaha negara untuk

membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Oleh itu, pihak penganjur berharap

akan mendapat kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak untuk menjayakan program ini

seterusnya menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar tahunan di

negeri Sabah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Jaikol Udar, di talian 088-499825.

Page 7: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer
Page 8: Skill For A Brighter Future - SABAH. · PDF fileKawalan Motor RM5,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM3,000.00 + trofi + sijil penyertaan RM1,500.00 + trofi + sijil penyertaan Computer