27
1. Nilaikan punca-punca penentangan orang Quraisy terhadap dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan huraikan bagaimana baginda menanganinya. Pendahuluan Biodata Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu kedua kepada Nabi Muhammad iaitu Surah al- Mudathir dan turunnya surah ini telah mengesahkan pelantikan baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah dan baginda wajib menyampaikan dakwah Islam. Mulanya nabi menyampaikan dakwah secara sulit, bila mendapat perintah dari Allah maka nabi menyampaikan dakwah secara terbuka. Wujud penentangan daripada kaum Musyrikin Makkah. Isi Jawapan 1. Faktor-faktor penentangan a. Agama dan Kepercayaan Ajaran agama Islam jelas bertentangan dengan kepercayaan majoriti musyrikin Arab yang menganuti pelbagai bentuk agama dan kepercayaan seperti agama Wathani, Majusi, Nasrani dan Animisme. Ajaran Islam yang memberi amaran tentang adanya Hari Pembalasan telah menakutkan majoriti musyrikin Arab yang tidak percaya akan adanya Hari Pembalasan. Mereka menganggap Islam sebagai agama tahayul, karut dan fantasi semata- mata. b. Ekonomi Penyebaran agama Islam didakwa telah menyebabkan kemerosotan Kota Makkah sebagai pusat perdagangan dan pembuatan patung-patung berhala di Semenanjung Tanah 1

Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEJARAH ISLAM STPM

Citation preview

Page 1: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

1. Nilaikan punca-punca penentangan orang Quraisy terhadap dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan huraikan bagaimana baginda menanganinya.

Pendahuluan

Biodata Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan.

Sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq.

Wahyu kedua kepada Nabi Muhammad iaitu Surah al-Mudathir dan turunnya surah ini telah mengesahkan pelantikan baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah dan baginda wajib menyampaikan dakwah Islam.

Mulanya nabi menyampaikan dakwah secara sulit, bila mendapat perintah dari Allah maka nabi menyampaikan dakwah secara terbuka. Wujud penentangan daripada kaum Musyrikin Makkah.

Isi Jawapan

1. Faktor-faktor penentangan

a. Agama dan Kepercayaan

Ajaran agama Islam jelas bertentangan dengan kepercayaan majoriti musyrikin Arab yang menganuti pelbagai bentuk agama dan kepercayaan seperti agama Wathani, Majusi, Nasrani dan Animisme. Ajaran Islam yang memberi amaran tentang adanya Hari Pembalasan telah menakutkan majoriti musyrikin Arab yang tidak percaya akan adanya Hari Pembalasan. Mereka menganggap Islam sebagai agama tahayul, karut dan fantasi semata-mata.

b. Ekonomi

Penyebaran agama Islam didakwa telah menyebabkan kemerosotan Kota Makkah sebagai pusat perdagangan dan pembuatan patung-patung berhala di Semenanjung Tanah Arab dan tidak lagi dikunjungi oleh tetamu bangsa lain. Golongan artisan dan peniaga patung berhala terjejas pendapatan tetap mereka. Andainya mereka memeluk agama Islam maka sudah tentulah punca rezeki daripada menjual berhala dan patung akan hilang kerana Islam tidak membenarkan perniagaan membuat patung berhala.

c. Politik

Kehadiran dan kegiatan Nabi Muhammad telah menyebabkan golongan Quraisy Bani Umaiyah yang merupakan penguasa kota Makkah berasa terancam dengan keturunan Rasulullah iaitu Bani Hashim. Pengaruh Bani lain turut merosot. Kaum Quraisy ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh yang dipegang selama ini dan mereka tidak mahu kepimpinan Kota Makkah jatuh ke tangan Nabi Muhammad s.a.w dan dikekalkan di tangan puak Bani Hashim.

d. Sosial1

Page 2: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Konsep persamaan taraf dalam Islam bertentangan dengan sistem feudal yang diamalkan oleh majoriti Musyrikin Arab. Musyrikin Arab memandang tinggi dan mulia terhadap golongan kaya, perkasa dan berpengaruh. Kegiatan sosial mereka yang lebih mementingkan keseronokan duniawi seperti berzina dan minum arak akan tersekat. Dengan terlaksana ajaran Islam, maka hal ini bermakna darjat tinggi dan keistimewaan kaum Quraisy tidak wujud lagi kerana menurut ajaran Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.

2. Cara baginda menanganinya

a. Menyeru umat Islam bersabar

Baginda menyeru kepada umat Islam yang ditindas agar bersabar dengan dugaan Allah terhadap kezaliman dan penyeksaan yang dihadapi.

b. Merdekakan hamba

Menyeru golongan hartawan dan berkemampuan membeli dan menebus serta memerdekakan golongan hamba yang telah menganuti agama Islam yang diseksa seperti Bilal Bin Rabah.

c. Mencari perlindungan

Berlindung dengan pemimpin Quraisy yang berpengaruh yang bersikap berkecuali seperti Abu Talib Bin Abu Mutalib.

d. Bersabar dan meneruskan dakwah kepada golongan lain

Berdakwah kepada rombongan haji tradisi Arab dan langkah ini berjaya menarik minat golongan Arab di Yathrib terhadap agama Islam dan menandatangani Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2.

e. Berhijrah

Baginda menyeru kepada golongan umat Islam supaya berhijrah ke Habsyah kerana pemerintahnya yang bernama Najasyi ialah penganut agama Nasrani yang adil dan bertanggungjawab, berhijrah ke Taif dan ditolak oleh masyarakat Yahudi di sana serta berhijrah ke Yathrib pada tahun 622 Masihi.

Kesimpulan

Penghijrahan Nabi Muhammad ke Yathrib pada tahun 622 Masihi telah meredakan penentangan hebat golongan Musyrikin Arab dan menjadi asas kemenangan umat Islam dari segi jangkamasa panjang.

2. Bincangkan peranan golongan Muhajirin dan Ansar terhadap penyebaran Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

2

Page 3: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Pendahuluan

1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.

2. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai orang Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam. Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di Madinah mereka ini digelar orang Muhajirin. Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah.

3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Apabila berjumpa dengan Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.

Isi

1. Peranan golongan Muhajirin

1.1 Peranan di Makkah

a. Menerima dan mempertahankan agama Islam

Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama menerima dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.

Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara sulit.

Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukan dakwah secara terbuka. Ramai yang datang menemui Nabi untuk memeluk Islam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan dan para pembesar Quraisy.

b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan

3

Page 4: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang sangat hebat daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau pun mental.

Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, penyiksaan dan pembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang. Contohnya, keluarga Ammar bin Yassir yang mati dibunuh dan penyeksaan yang sangat teruk ke atas Bilal bin Rabah di mana badannya dicucuh dengan besi panas dan dadanya ditindih dengan batu besar.

c. Sanggup berkorban nyawa dan harta

Golongan Muhajirin yang kaya banyak menyumbangkan harta benda dalam membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara yang mereka lakukan ialah membeli hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat dibebaskan. Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.

Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula dengan rela hati membenarkan rumahnya digunakan sebagai markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad. Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara yang lebih berkesan.

Mereka juga sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Mekah. Contohnya : Saidina Ali telah tidur di tempat tidur Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah di mana Saidina Ali tahu risiko beliau akan dibunuh. Sementara Saidina Abu Bakar pula adalah sahabat setia yang sentiasa menemani Nabi Muhammad dan sanggup bersusah payah sewaktu peristiwa Hijrah .

d. Menjalankan usaha dakwah

Sahabat-sahabat Nabi golongan Muhajirin turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman Makkah.

Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang lain ke arah agama yang benar. Pada peringkat awal seruan Islam, Saidina Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam.

Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.

e. Berhijrah ke Madinah

4

Page 5: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Golongan Muhajirin sanggup berhijrah ke Makkah dan meninggalkan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut arahan Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata merupakan satu pengorbanan yang amat besar ke atas nilai keimanan umat Islam di Makkah.

Mereka sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda, kaum keluarga dan sebagainya demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya, orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.

Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.

1.2 Peranan di Madinah

a. Membantu menyebarkan agama Islam

Golongan Muhajirin merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya: Selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus sahabat bernama Mus’ab bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar .

Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang dari golongan Ansar dapat menjalankan kegiatan dakwah dengan bebas dan berjaya mendaulatkan kerajaan Islam di Kota Madinah. Umat Islam berjaya mendirikan masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Kota Makkah.

b. Mengukuhkan ketenteraan Islam

Setelah berhijrah ke Madinah, golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh.

Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b. Abdul Muttalib, Ali b. Abi Talib dan lain-lain.

2. Peranan golongan Ansar

2.1 Peranan di Makkah

a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w

Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2, golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam keadaan di mana majoriti orang-orang Quraisy Makkah menentangnya dengan hebat.

5

Page 6: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi meninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.

Mereka mengiktiraf dan bersetuju melantik Nabi Muhammad menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 berjaya merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.

Golongan Ansar menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama para sahabat Muhajirin telah disambut dengan begitu meriah.

2.2 Peranan di Madinah

a. Membantu menyebarkan agama Islam

Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.

Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.

Hasil usaha para naqib (ketua) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.

b. Membantu golongan Muhajirin

Golongan Ansar sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang dari Makkah ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang dengan hati yang sangat terbuka.

Golongan Ansar telah dipersaudarakan atas dasar iman dan Islam dengan golongan Muhajirin. Hasilnya telah mewujudkan ikatan yang sangat kuat melebihi hubungan persaudaraan ikatan darah keturunan.

Mereka menyumbangkan pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin.

c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran

Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti dalam pentadbiran dan semasa menghadapi peperangan.

Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka sebagai tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.

6

Page 7: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Kesimpulan

1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.

7

Page 8: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

3. Huraikan aspek utama yang terkandung dalam Piagam Madinah dan nyatakan kepentingannya.

Pengenalan

Piagam Madinah atau dikenali juga ‘Sahifah Madinah’ ialah perlembagaan bertulis tentang hak dan tanggungjawab pemerintah dengan orang yang diperintah.

Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di Madinah.

Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal.

Piagam ini berasaskan wahyu yang mengandungi konsep keadilan sejagat yang akan melahirkan ketaatan rakyat kepada pemerintah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Isi-isi Jawapan

1. Aspek Utama Kandungan Piagam Madinah

a. Pentadbiran

Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Sebarang masalah mesti dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun, ketua kaum masih mempunyai hak untuk menyelesaikan sendiri masalah jika difikirkan patut dan mampu diselesaikan.

b. Agama

Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sekatan, gangguan dan paksaan. Hal ini memberi peluang orang bukan Islam mendekati orang Islam seterusnya berminat dengan ajaran Islam apabila memerhati akhlak dan personaliti dan disiplin umat Islam melakukan aktiviti harian termasuk amal ibadat.

c. Sosial

Semua penduduk Madinah hidup sebagai satu ummah dan tidak terpengaruh dengan elemen luar yang tidak baik dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara serta tidak boleh bermusuhan

d. Perundangan

Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam. Undang-undang Islam menekankan penginsafan dan bukannya untuk menjatuhkan hukuman. Menetapkan syarat untuk menjatuhkan hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.

e. Pertahanan

Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara. Kedudukan kaum Yahudi terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah. Selain itu, semua penduduk mesti bersatu padu, bekerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari ancaman musuh.

8

Page 9: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

f. Ekonomi

Kerjasama dari semua penduduk dituntut bagi memajukan ekonomi negara dan sistem ekonomi berteraskan Islam diamalkan.

2. Kepentingan Piagam Madinah

a. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang unggul dan berwibawa.

Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.

Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah.

Peruntukan dalam fasal 23 dan 42, Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan keputusan Rasulullah dibuat.

Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi.

b. Menjamin kebebasan kaum Yahudi

Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah.

Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri

Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri.

c. Menyatupadukan masyarakat Madinah

Piagam Madinah telah menyatupadukan semua masyarakat di Madinah antara masyarakat Islam dan bukan Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dan sebagainya.

Perlaksanaan piagam ini penting supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan.

Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi jahiliyah yang berpegang teguh kepada semangat assabiyah di mana mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan Islam.

9

Page 10: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

d. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

Semua penduduk di Madinah harus berganding bahu mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam.

Mereka harus bersatu tenaga mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.

Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam Madinah.

Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah.

Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebagai warganegara dan ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka.

e. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh

Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara.

Dengan terbentuknya Piagam Madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu serta Madinah adalah milik bersama.

Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan.

Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan bagi mempertahankan negara adalah tanggungjawab bersama.

f. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.

Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.

Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran dan syiar agama supaya individu akan berasa aman dan tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia.

Tujuan keadilan dengan menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.

Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.

10

Page 11: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

g. Perpaduan umat Islam

Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin.

Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka.

Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.

Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.

Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup.

Kesimpulan

Piagam Madinah terbukti sebagai piagam bertulis pertama di dunia dan merupakan undang-undang terbaik yang mesti diikuti oleh mana-mana negara.

Rasulullah dengan bijaknya telah membuktikan kesempurnaan piagam ini dan seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa peraturan Islam berlandaskan al Quran memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar

11

Page 12: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

4. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berperanan sebagai seorang nabi dan rasul malah sebagai seorang pemimpin Islam yang unggul “. Bincangkan.

Pendahuluan

1. Latar belakang Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.

Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan (16 Ogos 610M) iaitu surah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.

Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah negara yang berdaulat dan disegani.

Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan negara yang disegani.

Isi-Isi Penting

1. Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang nabi dan rasul.

Baginda telah diakui sebagai seorang nabi dan Rasul menerusi kitab-kitab suci iaitu Al-Quran, Injil, Zabur dan Taurat dan juga menerusi fakta sejarah. Bahirah, seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhamad S.A.W. Sebagai Nabi dan Rasul Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu menerusi kitab suci al-Quran,Taurat, Injil dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan memiliki sifat mulia seperti Siddiq, amanah, tabliqh, dan fatanah serta melalui bukti-bukti sejarah. Selain kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan sewaktu baginda masih kanak-kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Selama 13 tahun baginda di Mekah, baginda lebih dikenali sebagai seorang nabi dan rasul yang membawa agama Islam. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda. Semasa menyebarkan agama Islam, nabi telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas.Teras ajaran adalah berpaksikan aspek aqidah, syariat dan akhlak. Baginda berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling sempurna dan menjadi ikutan seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah seperti ibadat (solat,puasa,zakat dan lain-lain),nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa.

2. Nabi seorang pemimpin politik

Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam menyelesaikan masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang melanda Makkah ketika itu. Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat sokongan yang

12

Page 13: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

baik dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingan dengan mereka. Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu. Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam. Tidak sampai setengah abad,semua negara tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam. Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang termasuk politik dan ekonomi.

3. Nabi sebagai perancang ekonomi

Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan. Sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga. Nabi berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusaha semula, tanah tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya milik orang Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam.

4. Nabi sebagai pembimbing kehidupan sosial

Baginda sebagai ketua dalam keluarga dan telah berjaya menyelesaikan masalah persengketaan antara kaum Auz dan Khazraj dan antara kaum Arab dengan Yahudi di Madinah. Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah seperti:- Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah perpecahan begitu lama. Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik dan ekonomi. Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama dan bantu- membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah. Menegakkan agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam. Tidak memaksa menganut ajaran Islam. Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku masing-masing selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan menolak semangat assabiyah zaman jahiliyah

5. Nabi sebagai pemimpin tentera yang berjaya

Di antara kejayaan yang terbesar ialah dalam Perang Badar, Khandak dan pembukaan Kota Makkah. Menjadi Pemimpin Tentera Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah, dan

13

Page 14: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

akhlak mulia. Baginda mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman. Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam. Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang Badar , baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit, serta teknik mengepung dalam perang Taif. Kesimpulan Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin tentera yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khulafa’ al-Rasyidin

Kesimpulan

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan.

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

14

Page 15: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

5. Bincangkan konsep jihad dan etika peperangan dalam mempertahankan negara pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Pengenalan

Islam tidak menggalakkan peperangan. Namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya agama, Negara dan maruah diri diancam.

Dalam mempertahankan agama dan Negara, jihad dan etika peperangan amat dititikberatkan.

Isi

1. Konsep Jihad

Dapat dilihat dari segi bahasa dan syarak. Dari sudut bahasa, jihad adalah kesulitan, beban dan kesungguhan atau

keupayaan terakhir. Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab ialah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

Menurut istilah syarak pula, jihad ialah perang dan membantu semua persiapan peperangan.

Menurut Ibnu Rusyd – jihad perang ialah memerangi orang musrik atas dasar ad-din, manakala berperang melawan orang bukan Islam dengan menggunakan senjata sehingga mereka menerima Islam atau membayar jizyah disebut jihad fisabilillah.

Jihad juga adalah berrusaha bersungguh-sungguh dalam peperangan demi menegakkan keadilan serta menegakkan agama Allah SWT.

Konsep jihad digunakan untuk mempertahankan agama Islam, maruah diri dan negara yang sekaligus membawa kepada perkembangan agama Islam. Semangat ini menjadi daya pendorong dan iltizam kepada tentera Islam dalam menghadapi musuh. Semangat ini menuntut supaya tentera Islam melawan musuh yang bilangannya besar tanpa rasa takut dan gentar. Melalui konsep jihad anasir yang mengancam keselamatan negara dapat dihindarkan. Misalnya pada zaman Nabi golongan Yahudi yang mencabuli Perlembagaan Madinah telah diusirkan

2. Etika Peperangan

a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya, pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.

b) Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar.

c) Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

d) Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.

15

Page 16: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

e) Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

f) Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh.

g) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri.

h) Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.

i) Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Kesimpulan

Tuntutan jihad amat penting bagi mengukuhkan pertahanan Islam dan menjadi perangsang kepada umat Islam untuk terus menyebarkan agama Islam.

Etika peperangan yang diamalkan menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus dan memperlihatkan Islam adalah agama yang mementingkan keamanan.

6. Huraikan sumbangan Khalifah Umar al-Khattab dalam pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Khulafa al-Rasyidin .

Pengenalan

16

Page 17: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Umar al- Khattab dilantik sebagai khalifah selepas dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dengan persetujuan para sahabat sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 634 M.

Umar al-Khattab berasal dari keturunan Bani Adi dan dipandang tinggi dalam kabilah Quraisy. Beliau dilantik secara rasminya pada 13 Ogos 634 M (22 Jamadilakhir 13 H)

Sistem pentadbiran Umar al-Khattab merupakan kesinambungan pentadbiran Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar al-Siddiq. Beliau juga melaksanakan beberapa perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial yang menyumbangkan kepada pembangunan masyarakat Islam di Tanah Arab.

Isi

Politik

1. Wilayah pentadbiran diluaskan

Khalifah Umar meluaskan kawasan pentadbirannya dengan menakluki wilayah-wilayah spt Syria, Mesir dan Iraq.

Penaklukan wilayah yang luas ini menyebabkan beliau harus menghadapi masalah pentadbiran wilayah dari segi politik, sosial dan ekonomi.

Pada zaman beliau, Damsyik dan Baitulmuqaddis adalah di bawah kekuasaan tentera Islam.

2. Penubuhan Majlis Syura

Majlis Syura ditubuhkan oleh Khalifah Umar yang merupakan lembaga atau majlis perundangan negara yang tertinggi.

Majlis Syura berperanan dalam penentuan polisi negara dan soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar kerajaan serta membincangkan masalah-masalah politik, sosial dan keselamatan yang dihadapi oleh rakyat dan negara.

Majlis ini terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.

3. Pembahagian pentadbiran wilayah

Khalifah Umar telah mengambil langkah untuk membahagikan wilayahnya kepada beberapa bahagian untuk mengatasi masalah pentadbiran wilayah yang semakin luas. Antara pembahagiannya ialah :

a. Madinah sebagai kota pentadbiran dan pusat pemerintahan Islam

b. Wilayah-wilayah yang lain seperti :

i) Hijaz berpusat di Makkahii) Syria berpusat di Damsyikiii) Iraq berpusat di Kufahiv) Iran berpusat di Basrahv) Palestin berpusat di Jerusalemvi) Mesir berpusat di Fustatvii) Jazirah berpusat di Hims

17

Page 18: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Pegawai-pegawai dilantik untuk melaksanakan tugas di wilayah-wilayah berkenaan. Antara jawatan-jawatan tersebut ialah :

a. Wali (gabenor) – ketua pentadbir awam dan panglima tenterab. Setiausaha – dibantu oleh pegawai-pegawai tertentuc. Pemungut cukai (Sahib al-Kharaj)d. Pengarah perbendaharaan (Sahib Bait al-Mal)e. Ketua Polis (Sahib al-Andath)f. Hakim atau kadi

Bagi pegawai yang dilantik, mereka harus mengisytiharkan harta masing-masing supaya korupsi dapat dihindari. Mereka juga tidak dibenarkan untuk menunggang kuda dan berpakaian mahal.

Calon-calon yang dilantik harus mempunyai kekuatan fizikal, merendah diri, beramanah, memiliki kehebatan, bersifat takwa dan berilmu. Menurut Khalifah Umar, faktor-faktor inilah yang menentukan kejayaan pemerintahan dan pentadbiran negara.

Selain itu, sistem pengawasan secara menyeluruh (al-Riqabah) diperkenalkan untuk memberi arahan dan panduan, mencegah kesilapan dan mengenakan hukuman kesalahan pentadbiran terhadap pesalah dan individu yang menyeleweng. Badan ini dibahagikan kepada pengawasan rakyat dan pengawasan pentadbiran.

4. Pembaharuan undang-undang pentadbiran tanah

Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

i) Tanah Dhimmah – tanah bertuan yang diusahakan oleh pemilik asal.

ii) Tanah Sawafi – tanah tidak bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada kalangan ahli al-Ayyam.

Tanah-tanah sawafi ini boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa untuk mengelakkan masalah perpecahan di kalangan umat Islam.

Tentera atau orang-orang Islam dilarang untuk mengambil tanah-tanah di kawasan jajahan kecuali melalui pembelian.

5. Pembaharuan pentadbiran ketenteraan

Pada zaman Khalifah Umar, para tentera mula dibayar gaji. Tentera-tentera ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tentera tetap dan tentera simpanan.

Diwan al-Jund ditubuhkan untuk membanci dan merekod nama-nama anggota tentera dan membeli pakaian seragam dan membiayai pembelian senjata.

Pusat ketenteraan ditubuhkan di bandar-bandar utama seperti Kufah, Madinah, Fustat, Basrah dll.

6. Pembaharuan bidang kehakiman

18

Page 19: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Hakim yang dilantik wajib mempunyai ilmu yang secukupnya dan dihormati oleh masyarakat.

Jabatan kehakiman tidak bergabung dengan jabatan-jabatan yang lain. Mahkamah kadi khas ditubuhkan bagi menguruskan perbicaraan dan peraturan kehakiman ditentukan.

Ekonomi

1. Penubuhan Baitulmal

Khalifah Umar merupakan orang yang pertama menubuhkan Baitulmal (institusi perbendaharaan negara). Tujuan penubuhannya adalah untuk menyimpan semua harta kerajaan.

Sumber-sumber kewangan negara adalah melalui:

a. Zakatb. Ghanimah – harta rampasan perangc. Jizyah – cukai perlindungand. Fai – harta rampasan tanpa perange. Kharaj – cukai tanahf. Usyur – cukai perniagaang. Harta peninggalan orang mati tanpa pewaris

Jizyah dan kharaj hanya dikenakan kepada orang bukan Islam.

2. Kemajuan dalam sektor pertanian

Tali air dan terusan untuk meningkatkan hasil pertanian. Contohnya, Terusan Amir al-Mukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa.

Cukai dikenakan mengikut jenis tanaman dan kesuburan tanah. Cukai yang membebankan golongan petani dipertimbangkan semula. Peraturan yang tidak adil dan membebankan akan dihapuskan.

Sosial

1. Membaiki taraf golongan hamba

Terdapat perubahan dalam taraf golongan hamba demi menjaga kebajikan mereka.

Orang yang terlibat dalam penentangan terhadap Islam sahaja akan dijadikan hamba.

Taraf hamba akan disamakan dengan tuan-tuan mereka dalam perkara-perkara tertentu.

2. Menggalakkan aktiviti keilmuan

Pelbagai langkah diambil untuk mempertingkatkan pelajaran al-Quran. Guru-guru atau tenaga pengajar disediakan dengan secukupnya dan dihantar ke merata-rata tempat untuk tujuan tersebut dengan tawaran gaji yang lumayan.

Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu dalam al-Quran dan mereka yang berjaya menghafal keseluruhan isi kandungan al-Quran akan diberi ganjaran.

19

Page 20: Skema Ujian Bulanan Semester 2 2015

Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid untuk mengajar al-Quran di wilayah-wilayah

3. Penyediaan kemudahan-kemudahan lain

Memperkenalkan sistem kalendar Islam yang menggunakan tahun Hijrah, digunakan sehingga kini.

Menubuhkan penjara di Tanah Arab dan wilayah-wilayah lain.

Membangunkan kota yang baru seperti Kufah, Fustat, Basrah dll.

Membina masjid-masjid dan pejabat-pejabat Baitulmal.

Memperkenalkan hukum buang daerah bagi mereka yang didapati meminum minuman keras.

Memperkenalkan pasukan polis yang digelar Andath.

Jalan raya dan jambatan dibina.

Kesimpulan

Khalifah Umar al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang cekap dan banyak menyumbang kepada pembaharuan politik, sosial dan ekonomi pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Kejayaan beliau dalam meluaskan wilayah telah membuktikan beliau seorang pemimpin yang unggul. Zaman pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan agama Islam.

Pembaharuan yang dilaksanakan telah melicinkan pentadbiran negara yang seterusnya memberi kesan yang menyeluruh terhadap kestabilan negara dan menjamin keharmonian hidup rakyat.

20