158
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm SKEMA JAWAPAN MODUL BAHASA MELAYU SPM 2015

SKEMA JAWAPAN MODUL.docx

  • Upload
    adel

  • View
    884

  • Download
    100

Embed Size (px)

Citation preview

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

SKEMA JAWAPAN MODULBAHASA MELAYU SPM 2015

1

Rumusan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha pengurusan hutan di negara kita dan kepentingan mengekalkan hutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu Malaysia. Sekiranya pembalakan ini berterusan sehingga lima tahun yang akan datang, bermakna jumlah pokok yang ditebang akan berlipat ganda. Oleh sebab itu, kegiatan pembalakan perlu dikawal agar tidak memusnahkan alam sekitar. Keadaan ini lebih serius apabila kerja pembalakan haram dilakukan di kawasan sempadan negara. Malaysia pernah didakwa oleh Indonesia sebagai pembeli balak haram kerana terdapat pihak tertentu yang cuba menyeludup kayu balak dari Indonesia secara haram ke Malaysia. Seharusnya Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk memantau kawasan hutan di sempadan kedua-dua buah negara dengan lebih ketat bagi membanteras aktiviti pembalakan haram. Kedua-dua negara tidak harus saling menuding jari sehingga menjejaskan hubungan diplomatik yang telah sedia terjalin.

Teknik mengesan profildeoxyribonucleic acid (DNA) pokok adalah salah satu cara untuk mengatasi aktiviti pembalakan haram. Teknik ini dikenali sebagai Random Amplified Polymorphic DNA (RAPD). Setiap spesis pokok mempunyai profil DNA unik yang berlainan dan tidak menyerupai mana-mana profil pokok yang lain. Melalui teknik RAPD, balak yang dicuri dapat dipadankan dengan tunggul pokok yang ditebang secara haram. Teknik ini telah digunakan dengan jayanya di beberapa buah negara maju.

Walau bagaimanapun, teknik RAPD memerlukan pihak penguat kuasa perhutanan menjalankan pemerhatian yang kerap di kawasan yang disyaki berlaku aktiviti pembalakan haram. Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) berjaya membaik pulih 1.56 juta hektar hutan kekal di negara ini dan 80 ribu hektar kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia. Pada 1995-2000, sebahagian kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digunakan untuk menjayakan ‘Program Perhutanan Masyarakat’ yang meliputi penubuhan dan penyelenggaraan hutan lipur, hutan perkampungan, hutan bandar dan sebagainya.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara dalam taman” dan memulihara alam sekitar, kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun dan 1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri masing-masing. Malaysia juga begitu komited untuk melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan deklarasi RI0 pada Jun 1992. Bagi program kemajuan ekonomi jangka panjang, kerajaan berusaha memanfaatkan industri hiliran kayu. Kerajaan memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu seperti perusahaan perabot, papan lapis dan kraf tangan. Selain itu, khidmat nasihat dan kepakaran diperluaskan untuk sektor ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan memberikan pendapatan yang lumayan kepada negara. Kayu dan hasil pengeluaran kayu menjadi penyumbang pertumbuhan ekonomi dan merupakan eksport ketiga besar negara ini. Sektor ini juga berupaya menyediakan lebih 260 ribu peluang pekerjaan kepada guna tenaga negara. Namun sekiranya aktiviti pembalakan tidak disekat, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang.

(Diubahsuaikan daripada rencana utama , ‘PembalakanHaram: Malaysia Terus Menjadi Mangsa, oleh AwangAzman Awang Par. Dewan Masyarakat, Februari 2005)

2

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Terangkan maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii) Nyatakan sumbangan-sumbangan sektor pembalakan dalam meningkatkan pembangunan negara. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, huraikan cara-cara memupuk sikap generasi muda agarmenyayangi alam sekitar? [4 markah]

3

Rumusan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan dan kepentingan makanan berkhasiat kepada orang ramai. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan oleh media sejak akhir-akhir ini. Isu ini bukan suatu perkara yang baharu tetapi telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja disebabkan berlakunya pencemaran makanan. Malah keracunan makanan juga boleh berlaku di rumah jika cara penyediaannya tidak dijaga dengan baik.

Namun, kita sering memerhatikan bahawa ramai pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan mereka, sama ada di kantin sekolah, restoran, gerai di tepi jalan atau di pasar malam. Sepatutnya pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri dengan membasuh tangan sebelum menyentuh atau menyediakan makanan. Mereka juga dilarang menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan atau mengendalikan makanan. Bahan yang digunakan untuk memasak makanan hendaklah bersih.

Proses memasak makanan juga memainkan peranan yang penting. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna akan menyebabkan berlakunya pembiakan mikroorganisma berbahaya terutamanya dalam bahan makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut, telur dan hasil tenusu. Makanan dari peti sejuk mestilah dinyahbekukan dengan sempurna dan dimasak secukupnya untuk memastikan bakteria berbahaya terhapus. Bakteria juga boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik. Makanan yang telah dimasak atau disediakan awal jika tidak disejukbekukan akan terdedah dengan pembiakan bakteria yang mencemarkan makanan. Malah makanan yang disimpan pada suhu bilik dengan begitu lama juga tidak selamat walaupun telah dipanaskan kerana cara ini tidak akan menghapuskan bakteria atau kuman penyebab keracunan makanan.

Keracunan makanan juga boleh berlaku apabila seseorang individu mengambil makanan dan minuman yang tercemar oleh bakteria, virus atau organisma berbahaya. Keadaan ini berlaku disebabkan penyediaan makanan yang tidak bersih di samping penggunaan bekas makanan yang tercemar. Malah penggunaan bahan kimia dan bahan beracun yang semakin berleluasa terhadap sayur-sayuran juga akan mencemarkan bahan makanan itu tanpa mengira cara memasaknya. Gejala yang dialami mangsa keracunan juga berbeza mengikut individu bergantung pada tahap ketahanan seseorang. Keracunanmakanan juga akan berlaku dalam kalangan bayi, kanak-kanak, warga tua dan individu yangmempunyai imuniti yang rendah terhadap penyakit. Mangsa keracunan makanan akan mengalami gejala-gejala yang berikut seperti loya atau pening, muntah, cirit-birit, sakit di bahagian abdomen dan demam.

Isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak melaksanakan peranan masing-masing dengan baik. Yang paling penting, kesedaran semua pihak terhadap kepentingan memakan makanan yang bersih dan berkhasiat. Mencegah sesuatu lebih baik daripada mengubatinya.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Keracunan Makanan,Dewan Siswa, Oktober 2007).

4

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 2 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakanayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata hasil tenusu. [2 markah]

(ii) Apakah keadaan yang menggalakkan pembiakan bakteria dalam makanann?[3 markah]

(iii) Sebagai seorang pelajar, apakah tindakan yang perlu dilakukan jika anda mendapati makanan di kantin sekolah anda tidak bersih dan boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan?

[4 markah]

5

Rumusan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang formula untukmewujudkan perpaduan kaum di negara ini dan kepentingannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Naluri semula jadi manusia adalah ingin hidup berkelompok dan bersatu padu. Hariperpaduan yang disambut pada 16 September pada setiap tahun bertujuan untuk mengingatkan rakyat tanpa mengira sempadan negeri ataupun wilayah tentang kepentingan semangat perpaduan dan patriotisme demi kestabilan dan kesejahteraan negara. Perayaan ini juga berperanan untuk memupuk dan menggalakkan semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Perpaduan merupakan pemangkin dalam mewujudkan kestabilan sosial dan pembangunan sesebuah negara. Suatu ikatan perpaduan yang erat perlu dijalin demi mewujudkan sebuah negara yang maju dengan memberi tumpuan kepada konsep pembangunan komuniti tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kemasyarakatan. Resepi utama perpaduan ialah sikap hormat-menghormati dan tolong-menolong yang merupakan landasan pertama ke arah mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Semangat ini perlu dipupuk dalam generasi muda sejak mereka berada di bangku sekolah rendah lagi agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang aman damai.

Sikap perkauman tidak harus dijadikan amalan kerana boleh menjejaskan usaha untuk mewujudkan perpaduan. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, setiap orang perlu menghindari perasaan dengki, pilih kasih, sombong, dan pelbagai sikap buruk yang lain. Di peringkat sekolah, pelbagai kegiatan dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbeza latar belakang. Antaranya termasuklah penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Tambahan pula, semua aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan dan meningkatkan keharmonian hubungan pelbagai kaum.

Selain itu, sistem pendidikan juga merupakan saluran utama untuk mewujudkan perpaduan kaum. Setiap warga pendidikan di seluruh negara perlu menjadikan agenda perpaduan ini sebagai keutamaan dalam semua program dan aktiviti pendidikan yang dilaksanakan sepanjang masa di sekolah. Di samping itu guru-guru juga perlu berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar semangat perpaduan terus subur, Seterusnya warga pendidik perlu menentukan dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program di luar bilik darjah demi memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

Sememangnya perpaduan amat penting dalam apa-apa situasi sekalipun sama ada ketika senang dan lebih-lebih lagi ketika susah. Perpaduan yang perlu disuburkan dalam kalangan rakyat tidak harus terhad kepada aspek tertentu seperti perpaduan kaum, malah harus meliputi segala perkara yang melibatkan kepentingan bersama khususnya dan kepentingan negara amnya.

(Diubahsuaikan daripada rencana bertajuk 16 September Hari Perpaduan: Menyelusuri Formula Mewujudkan Perpaduan oleh Hj. Samat Buang, dalam Fokus SPM, September 2002)

6

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 3 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakanayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semangat perpaduan terus disuburkan.[2 markah]

(ii) Mengapakah Hari Perpaduan diadakan pada setiap tahun?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menggugat semangat perpaduandalam kalangan rakyat?

[4 markah]

7

Rumusan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan bulidan usaha-usaha mengatasi masalah buli di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidakmelebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan buli diertikan sebagai mengkasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut, menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung pula adalah seperti mengejek, menggunakan kata-kata kesat atau lucah dengan tujuan mengacau, mengutuk atau memerli secara berlebih-lebihan dan gosip-gosip liar. Lebih 80 peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Murid lelaki lebih banyak terbabit dalam kes buli berbanding murid perempuan. Murid-murid tingkatan empat didapati paling sedikit terbabit dalam kes buli berbanding murid-murid menengah rendah yang lain.

Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam tempoh jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan mereka dengan ahli keluarga dan orang lain. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan itu juga berperasaan sedemikian walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim berpendapat bahawa mangsa buli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah.

Sebetulnya, perasaan ‘takut’ yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, peribadi individu terbabit akan menjadi lemah dan kurang berkeyakinan. Akibat ketakutan yang melampau inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa manakala pembuli pula berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama ‘cedera’ akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu mengendahkan aduan mereka. Masalah ini perlu diatasi segera supaya murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah yang semakin meruncing dan berbahaya ini.

(Diubahsuai daripada “Menangani masalah buli di sekolah” Dewan Siswa, Ogos 2005.)

8

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 4 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakanayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata gosip-gosip liar.[2 markah]

(iii) Berikan takrifan fenomena buli dalam kalangan pelajar dengan jelas.[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar terbabit dalam kes-kes buli di sekolah?[4 markah]

9

Rumusan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya rasuah dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru yang wujud dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan atau penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa sama ada melibatkan kewangan atau perkhidmatan dan sebagainya untuk sesuatu kepentingan. Banyak orang lupa bahawa sebab dan asal-usul amalan rasuah atau korupsi itu berbagai-bagai, bukan satu dan bukan dua. Kewujudannya dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, saiz, tempat, dan situasi. Oleh sebab itu, penyelesaiannya pun tidaklah begitu mudah.

Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah terus berleluasa adalah kerana sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup. Ditambah lagi dengan didikan dan penghayatan terhadap nilai-nilai dan peraturan agama yang senipis kulit bawang, akhirnya seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawa nafsu. Apabila diri telah dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang lemah, mudah dikaburi wang ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan orang lain dan tidak berasa puas dengan apa-apa yang dimiliki. Rasuah juga sering dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah kewangan. Hakikatnya itu bukanlah satu alasan yang bijak kerana didapati pada masa ini perbuatan rasuah juga dilakukan oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Sebenarnya perbuatan rasuah tidak akan terjadi jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama, dan bertakwa.

Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia memantau pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal ini akan memudahkan individu tertentu mengambil peluang untuk melakukan penyelewangan, penyalahgunaan kuasa, dan rasuah. Oleh hal yang demikian, kesedaran yang jitu dan unggul para pegawai atasan dalam sebuah organisarsi perlu ada dalam diri masing-masing agar terhindar daripada perbuatan rasuah. Dalam pada itu, ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang bagi membendung rasuah merupakan suatu yang dialu-alukan. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan daripada semua pihak khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape asal bergaye” menjadi amalan yang menyebabkan berlakunya rasuah.

Rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan. Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih serius berbanding negaranegara maju.

Secara tuntasnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit sehingga menjadi rangkaian kejahatan yang besar. Apabila keadaan ini berlaku, usaha untuk membanteras rasuah akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan rasuah tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak iaitu pemberi dan penerima.

(Dipetik dan diubahsuai daripada“Memerangi rasuah hingga ke akar umbi”oleh Hj Samad bin Buang, Dewan Siswa, Jun 2005.)

10

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 5 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakanayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata senipis kulit bawang.[2 markah]

(ii) Apakan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi amalan rasuah?[3 markah]

(iii) Sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin, apakah peranan yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah rasuah yang kian berleluasa di negara kita.

[4 markah]

11

Rumusan 6

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha merealisasikan kejayaan program kitar semula dan manfaat kempen ini kepada kita. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masalah pembuangan sisa pepejal atau sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna. Menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini. Sehubungan dengan hal itu, pihak kerajaan, menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah berikhtiar sehabis daya, dengan memperkenalkan program kitar semula pada tahun1993 dan kemudiannya pada tahun 2000 pula. Namun demikian, kedua-dua program itu masih kurang Berjaya untuk menyedarkan masyarakat. Mereka masih tidak ambil peduli akan implikasi pembuangan sisa pepejalyang berlebihan. Sebagai buktinya, masih ramai orang dalam kalangan masyarakat kita yang membuang sampah secara serampangan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Masyarakat kita juga kurang memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan sisa pepejal ini diurus dengan sewajarnya.

Walaupun penglibatan dan penyertaan pihak swasta dalam kempen ini masih rendah, namun ada usaha yang dilakukan oleh pihak tersebut untuk menjayakan. Penyediaan tong-tong kitar semula oleh beberapa pengusaha pasar raya besar wajar dipuji dan patut dicontoh oleh pihak swasta yang lain. Begitu juga halnya dengan penglibatan pasar-pasar raya dalam kempen larangan penggunaan beg-beg plastik setiap hari Sabtu melalui Kempen Hari Tanpa Plastik di Selangor. Kempen ini wajar diikuti oleh negeri-negeri lain di negara ini. Pendidikan mengenai kepentingan kitar semula pula perludipupuk dari awal, iaitu bermula dari rumah dan sekolah. Ibu bapa dan guru perlu melatih dan mendidik anak-anak serta para pelajar untuk mempraktikkan yang betul tentang pembuangan sampah dan sisa pepejal. Pendidikan awal ini, jika dipupuk secara berterusan, akan menjadi amalan dan budaya yang sangat menguntungkan semua pihak.

Di pihak kerajaan, peruntukan undang-undang sedia ada terhadap penjenayah alam sekitar yang membuang sampah dan sisa industri sesuka hati perlu digubal semula supaya mereka berfikir banyak kali untuk melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang. Selain itu, pihak media massa juga perlu memainkan peranannya untuk memastikan keberkesanan kempen kitar semula ini. Iklan mengenai kitar semula haruslah sentiasa disiarkan bagi memastikan msysrakat sentiasa peka terhadap kempen ini.

Walaupun jumlah tong yang disediakan sudah melebihi 15, 000 buah yang merangkumi 700 pusat kitar semula di seluruh Negara, namun jumlah ini masih belum mencukupi. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperbanyak tong dan pusat kitar semula. Peranan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menubuhkan persatuan atau badan tertentu untuk menangani masalah pembuangan sampah di negara kita juga penting. Kita harus mencontoh beberapa negara luar yang NGO-nya mengambil inisiatif untuk membentuk kumpulan atau komuniti bagi menjayakan program kitar semula.

Sejak tahun 2000 hinggalah sekarang, bukan sedikit usaha dan program kitar semula yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat. Persoalannya ialah, setakat manakah program kitar semula di negara ini menampakkan hasilnya? Kita perlu menggerakkannya sekarang, bukan menunggu esok, lusa dan seterusnya.

12

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 6 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakanayat anda sendiri

(i) Apakah maksud rangkai kata berikhtiar sehabis daya. (2 markah)

(ii) Bagaimanakah sikap masyarakat terhadap amalan kitar semula ini?

(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan kitar semula kepada alam sekitar?(4 markah)

13

Rumusan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memajukan Felda dan tujuannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perdana Menteri banar-benar serius merealisasikan hasratnya untuk memajukan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap sektor pertanian negara. Beliau telah menggariskan langkah-langkah dan pendekatan yang mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap sektor pertanian kelak. Masyarakat yang terlibat dalam sektor pertanian harus bersyukur kerana perhatian yang lebih bakal diberikan dalam sektor berkenaan, antaranya masyarakat Felda. Selepas hampir 48 tahun Felda ditubuhkan, sudah tiba masanya imej negatif peneroka dihapuskan dan diganti dengan gambaran yang lebih berdaya saing. Perkataan “peneroka” bagi masyarakat Felda tidak sepatutnya kekal dengan label sebagai orang miskin dan ketinggalan, sebaliknya mereka perlu menyesuaikannya dengan makna “penerokaan” , iaitu suatu kejayaan kerana meneroka sesuatu yang baru.

Selaras dengan itu, pelbagai langkah perlu dirancang oleh Felda agar imej peneroka disegani oleh masyarakat luar termasuk melalui kaedah mempelbagaikan aktiviti ekonomi mereka. Justeru hasrat Perdana Menteri mahu menjadikan tanah rancangan Felda sebagai kawasan ekonomi raksasa memang satu idea yang dapat menyeimbangkan pertumbuhan dan jurang ekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar. Malah sudah tiba masanya Felda mengorak langkah ke arah mengubah tanah rancangan berkenaan manjadi pusat pertumbuhan ekonomi baru negara. Felda mempunyai aset dari segi hasil pertanian terutama kelapa sawit dan getah, sumber tenaga manusia yang ramai dan keluasan tanah yang banyak untuk dimajukan.

Sesungguhnya, dengan memiliki aset yang amat berharga itu, masyarakat peneroka Felda perlu mengubah sikap dan pemikiran mereka daripada petani tradisional kepada petani moden dan tidak hanya bergantung pada hasil ladang tetapi mempunyai pelbagai sumber pendapatan sampingan. Generasi muda Felda tidak perlu ke bandar, sebaliknya kekal di desa untuk memajukan ladang kelapa sawit yang dimiliki. Dalam era sekarang, Felda perlu meluaskan skop kegiatan ekonominya dan tidak tertumpu pada getah dan kelapa sawit sahaja. Banyak industri baru bersaiz kecil dan sederhana yang berasaskan pertanian boleh diwujudkan. Dalam proses pembangunan negara sekarang memang terdapat ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi bandar dan luar bandar khusnya kawasan Felda hingga generasi muda enggan meneruskan perjuangan peneroka asal.

Hal ini berlaku kerana kurang tumpuan dan kesedaran untuk memajukan kawasan Felda supaya pembangunan dan kemudahannya setanding dengan bandar. Justeru, Felda perlu menghapuskan imej kawasan mereka yang sering dilabel sebagai miskin dan ketinggalan, sedangkan peneroka adalah golongan yang berjaya membawa pembangunan di kawasan pedalaman. Segala usaha memajukan Felda boleh berjaya sekiranya masyarakat Felda sendiri

14

perlu melengkapkan ilmu, selain berkeyakinan untuk menghadapi persaingan dalam pasaran global.

( Diubahsuai daripada rencana pengarang,Pendekatan Baru Majukan Felda, Utusan Malaysia, 12 Januari 2004)

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 7, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi. ( 2Markah )

ii) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Felda? ( 3Markah )

iii) Pada pandangan anda, mengapakah generasi kedua, khususnya anak muda tidak sanggup tinggal lagi di Felda?

( 4Markah)

15

Rumusan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan-tindakan menghalang kejadian penculikan di perairan Malaysia dan tujuannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Para pelancong tidak digalakkan ke pulau yang terdedah kepada ancaman lanun. Memang usaha membanteras lanun terus dijalankan, tetapi aktiviti mereka sukar untuk dikawal. Menyedari masalah ini, kerajaan merangka strategi yang berkesan untuk mengawal perairan Selat Melaka. Sebenarnya banyak masalah yang berlaku di perairan kita. Pertama, berlaku penumpahan minyak yang mencemarkan laut. Manakala Amerika Syarikat tidak habis-habis mendesak kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk bersama-sama mengawal Selat Melaka. Terbaru, berlakunya kejadian penculikan. Kali ini dikatakan berlaku di perairan antarabangsa di luar Sabah setelah keadaan agak tenteram selepas kejadian penculikan Oktober tahun lalu.

Sehingga hari ini para penculik tidak menuntut sebarang wang tebusan sama ada dari syarikat pemilik kapal tunda tersebut ataupun pihak berkuasa. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, kejadian itu dipercayai berlaku di perairan antarabangsa. Ini kerana perairan kita sentiasa dikawal ketat dan rondaan yang lebih kerap dijalankan selepas kejadian penculikan di Pulau Sipadan. Mengulas kejadian tersebut, Menteri Luar meminta kerjasama dari kerajaan Filipina untuk sama-sama mempertingkatkan kawalan perairan bagi mengelak berulangnya kejadian rompakan atau penculikan.

Kita percaya kejadian itu membuktikan bahawa kawalan dan tahap kewaspadaan pasukan keselamatan kita cukup tinggi. Ini sama sekali menolak kelemahan kawalan pasukan keselamatan kita sehingga berlakunya kejadian penculikan itu. Oleh sebab penculikan berlaku di perairan antarabangsa tentu sekali di luar kawalan pasukan keselamatan kita. Lalu kita ingin mencadangkan kapal-kapal yang berlayar di perairan yang terdedah kepada ancaman serangan lanun supaya memasang peralatan komunikasi yang canggih. Adanya kelengkapan komunikasi ini, kita percaya anak-anak kapal yang diserang dapat segera berhubung atau menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa penyelamat atau pasukan keselamatan. Dalam pada itu, kita berpendapat hanya menerusi kerjasama erat pasukan keselamatan Filipina, kejadian seumpama itu dapat diatasi.

Ketika Amerika Syarikat begitu ghairah untuk menjadi polis mengawal perairan Selat Melaka, kejadian penculikan terbaru ini jika tidak dibendung oleh kedua-dua negara akan menguatkan alasan mereka untuk campur tangan dalam urusan Malaysia dan Filipina. Atas alasan keselamatan, maka kita mencadangkan negara-negar ASEAN khususnya Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam dan Singapura bekerjasama membendung kegiatan lanun dan pengganas dengan mengadakan rondaan bersama di perairan antarabangsa. Malah kerajaan bercadang meletakkan pasukan keselamatan di pulau-pulau yang berpotensi untuk diserang

16

lanun. Cara ini kita yakin sekurang-kurangnya dapat mengekang ancaman lanun dan gerombolan pengganas secara lebih cepat dan pantas.

(Diubah suaikan daripada rencana pengarang, Kerjasama Serantau Perlu Direalisasikan, Utusan Malaysia, 15 April 2004)

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 8, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata berpotensi untuk diserang. (2Markah )

ii) Nyatakan masalah yang dihadapi di perairan Malaysia? (3Markah )

iii) Pada pandangan anda, mengapakah para pelancong tertarik untuk melancong di pulau-pulau perairan negara kita? (4 Markah )

17

Rumusan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang punca kemalangan jalan raya dan kesan-kesan kemalangan itu. Panjang rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Saban hari kita dapat menatap akhbar yang dihiasi dengan pelbagai berita kemalangan jalan raya. Kadang-kadang kita berasa ngeri walaupun hanya membaca akhbar kerana boleh dikatakan dalam setiap kemalangan ada jiwa yang terkorban. Lebih dahsyat lagi, yang terkorban bukan seorang dua, tetapi ada kalanya hingga mencapai bilangan sembilan atau sepuluh orang dalam satu-satu kemalangan. Pastilah banyak persoalan yang bermain-main dalam minda kita apabila membaca berita tentang kemalangan jalan raya. Mengapakah berlaku kemalangan jalan raya? Tidak cukupkah kempen keselamatan jalan raya dijalankan selama ini? Tidak berkualitikah jalan raya di negara kita? Apa akan terjadi kepada mangsa kemalangan jalan raya?

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Namun, apabila dikaji dengan teliti kebanyakan faktor itu dapat dikaitkan dengan kelemahan pemandu. Pemandu yang suka memandu kenderaan dengan laju dikenal pasti menjadi punca utama kemalangan. Kenderaan yang dipandu laju dikenal pasti menjadi punca utama kemalangan. Kenderaan yang dipandu laju mudah hilang kawalan, misalnya ketika melalui selekoh, jalan curam, atau jalan licin. Apabila kenderaan sukar dikawal, maka kenderaan tersebut akan berlanggar dengan kenderaan yang lain, misalnya bas yang hilang kawalan akan merempuh kereta yang lebih kecil sehingga menyebabkan penumpang kereta terbunuh.

Tidak kurang juga pemandu yang cuai kerana tidak memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan satu-satu perjalanan. Mereka tidak kisah sama ada tayar kereta masih berbunga atau sudah botak, brek berfungsi atau tidak, dan viper dapat digunakan dengan baik atau tidak. Perkara-perkara tersebut nampak remeh, tetapi boleh menjadi punca kemalangan, misalnya ketika menuruni jalan curam brek tidak berfungsi, tentulah kereta itu akan melanggar kenderaan di hadapan walaupun dipandu dengan perlahan.

Terdapat juga pemandu kenderaan yang memandu dalam keadaan letih atau mengantuk. Dalam keadaan begini, pemandu mudah melakukan kesilapan. Misalnya, apabila pemandu terlelap walaupun hanya sesaat, boleh menyebabkan kemalangan. Selain itu, pemandu yang asyik menggunakan telefon bimbit ketika memandu juga akan hilang tumpuan terhadap persekitaran. Keadaan itu juga memudahkan kemalangan berlaku. Begitu juga pemandu yang memandu dalam keadaan marah, umpamanya memandu sambil bertengkar dengan isteri atau teman di sebelah. Dalam keadaan begitu, mereka akan bertindak mengikut perasaan hingga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Selain faktor manusia, jalan raya juga boleh menjadi punca kemalangan. Keadaan jalan raya yang berbelok-belok menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan mereka, lebih-

18

lebih lagi pemandu yang tidak biasa melalui jalan tersebut. Selain itu, jalan raya yang sedang dibaiki juga dikenal pasti menjadi punca kemalangan jalan raya. Jalan raya yang sedang dibaiki biasanya tidak rata dan terdapat lubang di sana sini. Oleh sebab mahu mengelak daripada lubang secara tiba-tiba, tidak mustahil pemandu itu terbabas lalu melanggar kenderaan lain. keadaan papan tanda yang tidak jelas juga boleh menjadi punca kemalangan jalan raya. Pemandu yang terkeliru melihat papan tanda mungkin akan memandu ke lorong yang salah hingga menyebabkan terlanggar kenderaan lain.

Pihak berwajib sewajarnya mengambil tindakan yang lebih tegas bagi mengelakkan kemalangan jalan raya. Hal ini sangat penting kerana kesan daripada kemalangan jalan raya sangat besar. Selain menyebabkan kerugian harta benda, kehilangan nyawa yang tidak boleh diganti akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada keluarga mangsa. Bayangkan jika ada lima adik-beradik yang tiba-tiba kehilangan ibu dan bapa akibar kemalangan jalan raya. Bagaimanakah perasaan mereka? Bagaimanakah mereka akan menghadapi kehidupan ini?

Kesan daripada peningkatan kemalangan jalan raya juga boleh menjejaskan imej negara ini. Pelancong dari luar atau orang luar yang bertugas di sini akan segera melabelkan jalan raya di negara ini tidak selamat. Kenyataan begitu sudah tentu akan menakutkkan orang lain untuk melancong ke negara ini.

Jelaslah kerajaan melalui agensi-agensinya perlu menggerakkan tenaga yang ada untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini. Tindakan yang diambil perlu secara berterusan, bukannya sekadar bermusim. Ketegasan penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang ada akan menjamin jalan raya negara kita tidak akan menjadi ‘sungai maut’.

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 9, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata yang dihiasi dengan pelbagai berita.[ 2 markah ]

(ii) Apakah punca-punca kemalangan jalan raya di negara ini? [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mangatasi masalah kemalangan jalan raya? [ 4 markah ]

19

Rumusan 10

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang kepentingan pendidikan teknologi maklumat di Malaysia dan kesan negatif penggunaan pendidikan teknologi maklumat. Panjang rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tema persidangan dan Pameran Antarabangsa E-Learning 2000 yang diadakan baru-baru ini, iaitu “Mempercepat Elekronik ke Arah Nilai Pendidikan yang Lebih Tinggi” jelas menggambarkan betapa pentingnya pemelajaran elekronik dalam pendidikan. Hal ini berperanan mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi. Usaha ini diharapkan akan meningkatkan keberkesanan sistem pengajaran dan pemelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sekali gus memperlengkapkan generasi kita ke arah menyambut cabaran-cabaran knowledge economy.

Pada masa kini, pelbagai inovasi teknologi telah ditemui dan hal ini dapat menyokong dan meningkatkan cabaran pengajaran dan pembelajaran. Antaranya seperti e-mel, sidang video, ‘Web Internet”, dan “TV Pendidikan” yang membolehkan pelajar mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki melalui multimedia dalam masa yang singkat. Hal ini bermakna masyarakat hari ini perlulah bersedia untuk menggunakan segala teknologi terbaru dalam menghadapi abad ke-21.

Pembangunan sains dan teknologi telah mewujudkan dunia tanpa sempadan atau borderless world, membolehkan sesiapa sahaja berinteraksi dan mengembara di lebuh raya elektronik yang berwarna-warni dan penuh dengan segala maklumat yang dikehendaki. Berdasarkan pencapaian teknologi sebegini, wujudlah konsep universiti tanpa sempadan atau borderless university yang dapat memberikan lebih banyak kelenturan masa dan mobiliti kepada pelajar. Justeru, melalui persidangan dan pameran e-learning ini suatu panduan dan gambaran yang lebih jelas telah diberikan kepada peserta dalam memantapkan teknologi pendidikan, penggunaan teknologi maklumat komunikasi, penyelidikan dan pembangunan.

Kini, pendidikan menjadi isu global yang perlu diberi perhatian memandangkan kepentingannya membawa Malaysia ke arah pencapaian yang lebih cemerlang. Untuk membekalkan kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa demi melahirkan generasi baru yang bersifat inovasi, berfikiran saintifik serta berupaya berinteraksi secara efektif melalui teknologi-teknologi terbaru, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi perlu sentiasa bertindak balas positif terhadap pembangunan teknologi baru, terutama dalam pembinaan struktur pengajaran. Dengan kadar penggunaan teknologi maklumat yang semakin meningkat merupakan suatu syarat kepada negara kita agar bersedia mengkaji semula sistem pendidikan yang sedia ada dan mengubah suainya selaras dengan kemajuan teknologi terkini.

20

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 10, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengembara di lebuh raya elekronik. [2 markah ]

(ii) Nyatakan usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk memajukan bidang pengajaran dan pembelajaran. [ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, apakah halangan yang terpaksa dihadapi untuk melaksanakan pendidikan teknologi maklumat di Malaysia? [ 4 markah ]

21

Rumusan 11

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang cara-cara menangani gejala samseng di sekolah dan keberkesanannya terhadap disiplin pelajar. Panjang rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Zaman muda, terutamanya zaman remaja merupakan waktu peralihan seseorang dari zaman kanak-kanak ke alam kedewasaan dan pastinya zaman ini merupakan zaman yang paling sukar untuk diharungi. Salah laku yang melibatkan golongan pelajar remaja belasan tahun ini berada pada tahap yang membimbangkan dengan peningkatan bilangan kes yang mendadak. Penilaian semula pendekatan yang telah diambil sebelum ini perlu dilakukan sebagai panduan kepada usaha-usaha untuk mengatasi jenayah dalam kalangan pelajar.

Kuasa polis tambahan atau Auxiliary Police Power ( AP ) yang dahulunya hanya diberikan kepada guru di sekolah yang berisiko tinggi perlu diperluas di semua sekolah di seluruh negara sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah. Kuasa polis tambahan ini memberikan imuniti kepada guru-guru di sekolah daripada dikenakan saman. Guru disiplin berhak menyoal siasat pelajar yang disyaki berdasarkan maklumat sahaja tanpa memerlukan sebarang bukti. Di samping itu juga, pihak pentadbiran sekolah juga perlu menilai semula program-program pencegahan jenayah yang dilaksanakan di sekolah. Pendekatan ceramah sudah tidak sesuai lagi kerana hanya pelajar yang tidak bermasalah dan baik disiplinnya sahaja yang sanggup duduk mendengar celoteh penceramah.

Masalah dan gejala samseng di kalangan pelajar hari ini perlu ditangani dengan pendekatan yang lebih kreatif melibatkan pelajar sendiri untuk menyedarkan mereka mengenai risiko-risiko yang akan dihadapi jika terlibat dengan gejala-gejala negatif. Mungkin tidak keterlaluan jika kita melibatkan para pelajar yang bermasalah ini dalam serbuan polis ke tempat-tempat jenayah. Selain pendekatan secara langsung ini, pihak sekolah perlu mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif dengan pelajar sendiri menjadi penggerak utamanya. Persekitaran sekolah yang menarik dan sesuai akan menjadi tempat terbaik kepada pelajar untuk “melarikan” diri daripada tekanan-tekanan dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) yang kini sudah bergabung di bawah satu permuafakatan nasional perlu bertindak lebih agresif untuk membantu pihak sekolah. Dalam hal ini, para ibu bapa tidak boleh mengambil sikap cuci tangan dan memusuhi pihak sekolah jika anak mereka menerima hukuman kerana kesalahan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, peraturan disiplin di rumah dan undang-undang yang ketat di sekolah semata-mata tidak dapat membendung remaja daripada terlibat dengan permasalahan yang membimbangkan ini.

22

Godaan-godaan di luar yang lebih hebat seperti pusat-pusat hiburan dan kafe siber yang kini semakin popular akan dengan mudah “mencairkan” segala peraturan yang mengikut pelajar semasa berada di rumah ataupun di sekolah. Justeru, peranan keluarga untuk menanamkan nilai-nilai yang murni, terutamanya nilai-nilai keagamaan ke dalam diri anak-anak muda ini perlu dijadikan asas sebelum kaedah lain dilaksanakan.

Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan 11, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Mengapakah kuasa polis tambahan perlu diberikan kepada guru-guru di sekolah?[ 2 markah ]

(ii) Bagaimanakah pihak sekolah boleh mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif?

[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, adakah wajar pelajar yang disabitkan kesalahan jenayah dikenakan hukuman penjara?

[ 4 markah ]

23

CERPEN IBU DAN CEPER

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat- bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu. “Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!” Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing. Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga. Himbauan air ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

(Dipetik daripada ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan dua perwatakan bapa menurut pandangan ibu. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjir. [3 markah]

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]

PRAKTIS 2

CERPEN

ANTOLOGI ‘HARGA REMAJA’

24

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor. Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung. Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.

(Dipetik daripada ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan dua alasan yang menunjukkan Sungai Ceper tidak selamat digunakan. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah bekalan air di kampung anda. [3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4markah]

CERPEN MEMORI SEORANG TUA

25

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam toleh kiri dan kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik, dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi kenyamanan ini kian tergugat dari hari ke hari, lepas sebuah, ke sebuah bangunan kilang didirikan, satu dari Jepun dan yang satu lagi dari Korea.

Walaupun Pak Itam tidak berapa berkenan, tetapi dia terpaksa mengangguk juga, memandangkan kian ramai anak muda yang menganggur di perkampungan itu. Anak muda, seperti enau di belukar, walau bagaimanapun payah untuk melonjak naik, dihalang oleh pelbagai akar dan dahan-dahan pokok, tetapi ia terus juga memanjat, menindih, memijak yang lain untuk melihat cahaya matahari.

Anak muda, kalau tidak ada kerja, macam-macam benda yang tidak baik boleh berlaku, jadi mahu tidak mahu, Pak Itam terpaksa menerima hakikat ini. Pak Itam sedar, zaman sekarang ini ialah zaman untuk mengisi kemerdekaan, bukan lagi zaman protes-memprotes melulu. Zaman dia dahulu lain. Orang Putih memang cekik darah, mulutnya manis, tetapi perutnya busuk dan cemar. Sebab itu, separuh daripada hidup Pak Itam hanya di dalam penjara. Keluar masuk penjara, sehingga kehidupan zaman remajanya kering, bagaikan rumput-rumput pada musim kemarau.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi , dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

(i) Nyatakan dua tanggapan Pak Itam tentang keadaan zaman sekarang. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai anak muda yang menganggur sering dikaitkan dengan kegiatan yang tidak bermoral?

[3 markah]

(iii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua dari keseluruhan cerpen. [4 markah]

PRAKTIS 2

26

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit, kalaulah Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.

Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-segalanya, manakan terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan mengambil kain baju untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.

Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon yang berwarna-warni, biru, merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang.

Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku, dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi , dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)

(i) Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan saling membantu dalam masyarakat?[3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Tuk Mat berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan Tuk Mat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

CERPEN ISRAK

27

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Wow, lawanya!” Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu. Seperti biasa pilihannya ialah ‘kucing tidur’. Siti Hawa turut berebut dengan anak gadisnya itu. Tetapi, yang tua biar beralah. Panjang umur, esok lusa boleh rasa. Israk tidak menyentuh walau sedikit pun buah-buahan tempatan itu. Dia tidak berbangga merasai buah-buahan tempatan secara percuma, tidak seperti di kota. Israk sugul. Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling. Hidungnya pula mengejek aroma buah-buahan di hadapannya. “Israk, rasa ini,” Adam menghulur sepulur durian. Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu. “Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.

(Dipetik daripada cerpen Israkoleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah reaksi Israk sewaktu dihidangkan buah-buahan tempatan? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan makan buah-buahan tempatan? [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

PRAKTIS 2

28

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar. “Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit. “Buang masa saja tinggal di sini!” Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj. Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. “TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

(Dipetik daripada cerpen Israkoleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Israk dikatakan cerewet? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang lain?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

CERPEN PEMAIN CATUR

29

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Uk berbisik suatu khabar buruk, kononnya Um tekun menelaah buku besar dan tebal mengenai permainan catur yang dibeli dengan harga mahal dari luar negara.

“Untuk apa?” Uj mengerutkan dahi. Dia benar-benar tidak senang dengan bisikan tersebut.

“Khabarnya Um mahu mengatasi kehandalan Uj.” “Untuk apa?”“Apalagi kalau bukan rasa hormat dan sanjungan keluarga?”“Siapa Um yang hendak mengalahkan aku? Aku, Uj, sudah memiliki gelaran IGM.

Engkau tahu kan, Uk?”“Semua orang pun tahu. Um baru tiga tahun lalu berjaya meraih gelaran NM. Kemudian

dengan pertolongan dan pengaruh Uj, barulah Um mendapat FM. Semua keluarga kita tahu, dia belum pun berjaya memiliki IM. Jadi siapakah Um kalau hendak menewaskan Uj pemilik IGM?” Uk menjadi batu api membakar perasaan Uj.

“Dia tidak sabar menunggu Abang Uj menyerahkan kuasa. Itulah hakikat yang sebenar.”Dengan berang, Uj memaksa Um supaya mengadakan perlawanan secara terbuka di

hadapan keluarga. Tujuannya cuma satu: untuk memperlihatkan bahawa Um masih terlalu mentah jika dibandingkan dengan dia. Dia masih wajar dihormati dan disanjungi. Perjalanan Um masih jauh jika dibandingkan dengan Uj.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Caturoleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan khabar buruk yang dibisikkan oleh Uk kepada Uj ? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Uj berdasarkan petikan di atas, dan satu perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

PRAKTIS 2

30

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet. Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar. Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja? Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Caturoleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga? [3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen

[4 markah]

CERPEN MELLISA

31

PRAKTIS 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman.

“Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya. “Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.

Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

(Dipetik daripada cerpen Mellisaoleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika berada dalam sesuatu majlis?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

PRAKTIS 2

32

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerak-gerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin tentang anggapannya. Dia rasa Syahid sedang berusaha sungguh-sungguh untuk memikat perhatiannya. Ya, dia sudah terpikat pun dengan lelaki itu. Sebab itu tanpa banyak kerenah dia menerima ajakannya untuk makan tengah hari pada Sabtu depan. Dia menolak ajakan makan malam kerana terpaksa balik ke Seremban. Sebab itu jadual rutinnya pada tiap-tiap hujung minggu. Rumahnya di Seremban. Ibu bapanya di sana. Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam. Perasaannya sedang bersimpang-siur. Dia cuba menilai kembali kisah pertemuannya dengan Syahid sebentar tadi. Mengapa dia begitu lekas tertarik kepadanya? Adakah kerana dia serupa dengan Hisyam?

(Dipetik daripada cerpen Mellisaoleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada seseorang yang tidak kita kenali?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

CERPEN BIARKAN SAMUDERA

PRAKTIS 1

33

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Mir... kau, kenapa?”Hakimah yang sedang membelek-belek majalah, memandang Mir di sisinya. Mir

memang aneh sejak akhir-akhir ini. Apa sudah jadi dengan gadis berjiwa kental ini? Hakimah terus sahaja diburu kehairanan. Apa sudah jadi dengan Mir?

Mir tidak memberi jawapan. Setelah puas merenung kipas yang sedang berputar ligat itu, dia bangun kembali. Dia menguak daun jendela semula. Dia cuba melihat angin. Melihat angin?

Mir tersenyum.Dapatkah dia melihat angin? Dapatkah dia melihat angin seperti dia melihat samudera

yang sedang bergelora, menjerit dan meronta-ronta meminta dikasihani?“Mir, kita ke kota Sabtu ini ya?” Hakimah beria-ia tanpa menghiraukan Mir yang

berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini.“Aku mahu melihat laut.” Mir menahan nafas.“Melihat laut?” Mata Hakimah besar. Menatap Mir lama-lama.“Kau tidak mendengar suara ombak. Kau tidak mendengar jeritan hatinya. Dia menjerit-

jerit minta dikasihani. Kau tak dengar?”“Mir.”“Kau tidak pernah merasai laut seperti ayahku yang saban hari bergelut dengannya. Kau

tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti ayahku yang saban waktu mendengar raungannya.”

“ Mir, sudahlah. Kau sakit, Mir. Kau harus mendapatkan rawatan. Aku bantu kau ya?” Hakimah buntu. Dia mahu berterus terang. Mir perlu dibantu. Mir jadi pendiam sejak

akhir-akhir ini.

(Dipetik daripada cerpen Biarkan Samuderaoleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, apakah perubahan yang berlaku pada diri Mir? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat membantu rakan yang menghadapi tekanan jiwa?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai dalam petikan di atas dan satu nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

PRAKTIS 2

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

34

“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu. Ayah ialah samudera. Samudera ialah ayah.” Mulut Mir terus sahaja terkumat-kamit.

Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir.

Siapa lagi yang ada di kampus hijau ini melainkan dia? Mir tidak ada orang lain lagi. Ibu Mir tidak ada sebaik saja Mir dilahirkan. Mir cuma ada seorang ayah yang sudah tua.

Mir tidak memiliki apa-apa pun selain orang tua yang bersemangat waja itu. Mir tidak ada PRAKTISapak tanah pun miliknya yang sah. Benarlah. Mir kecawa.

“Samudera itu juga terseksa seperti aku, Hakimah. Dia sakit. Dadanya bergelora. Dia disakiti oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak berhati perut. Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita.”

Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-gawangkan pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya.

“Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu membelah samudera.”

(Dipetik daripada cerpen Biarkan Samuderaoleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga punca berlakunya pencemaran laut? [3 markah]

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

GELANGGANG TUK WALI

DRAMA

35

PRAKTIS 1

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

SIAK: Kamu memang pendekar, Wali! Belum pernah orang mengalahkan kamu di gelanggang! Sebab itu agaknya kamu jadi riak! Takbur! Kamu dah melampau! Hari ini aku nak tengok gagah kamu tu! Mari turun, kita berkira dalam gelanggang ini sekarang!

TUK WALI: Kamu mencabar aku, siak? Kamu mengajak aku bercekak?

SIAK: Jangan cuma berani dengan budak berhingus saja, Wali ! Ayuh, mari turun, kita berkira sekarang!

TUK WALI: Belum pernah lagi aku menolak apabila dicabar, siak! Tapi, aku nak tanya kenapa? Apa sebabnya kamu hendak benar menguji aku ni?

SIAK: Berani kamu cuma dengan budak-budak saja nampaknya! Hebat benar kamu ya, menampar anak cucu orang ikut suka hati kamu!

TUK WALI: Ooooo! Budak yang biadab semalam tu, cucu kamu rupa-rupanya? Patutlah pun!

SIAK: Begitu ke cara kamu menerima murid? Tunjuk handal dengan murid yang baru nak belajar, tak ada megahnya. Wali! Ini, datuk dia dah datang! Barulah kena buku dengan ruasnya!

TUK WALI: Jadi, kamu ni tak terimalah cucu kamu tu kena tampar semalam? Kamu pun nak merasa sama?

(Dipetik daripada ‘Gelanggang Tuk Wali’

oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakan Siak mencabar Tuk Wali untuk bersilat ?

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah sesuatu perkara diselesaikan dengan cara berlawan untuk mendapatkan suatu kebenaran? [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]

PRAKTIS 2

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

36

TUK WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan…dah hilang rasa hormat mereka pada alam!

RIPIN: Petua yang mana, wak?

TUK WALI: Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas. Kalau belum mengenal, berkenal dulu.

RIPIN: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah,wak!

TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku tak dihargai langsung. (Marah) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!

RIPIN: Masya-Allah! Semuanya diajar, wak?

TUK WALI: Semuanya, Ripin! Kau tahu apa dah jadi? Berahim masuk hutan bekal tali sigai dengan kayu umpil, tapi Si Guan masuk hutan dengan traktor, bawa buruh lagi dua tiga orang. Pokok besar betis ni, besar tiang rumah tu, habis dicabut. Bila cabut induk, mana nak datang benih?

RIPIN: Bertimbang pikullah gamaknya, wak!

(Dipetik daripada ‘Gelanggang Tuk Wali’

oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Tuk Wali berasa kesal terhadap Berahim? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk menyelamatkan hutan kita daripada diceroboh oleh peneroka haram?

[4 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]

FORUM REMAJA 2020

PRAKTIS 1

37

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SALMAH: Mengapakah memilih Malaysia?

MU II: Malaysia kami pilih kerana mempunyai beberapa potensi yang boleh dimajukan untuk dijadikan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.

CHANDRAN: Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan dalam negara ini dalah terkawal dan membanggakan.

MU I: Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model.

CHONG: Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.

SALMAH: Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan.

CHANDRAN: Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia.

SALMAH: Kami hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah. Dari segi makanan saja sudah cukup sebagai bukti.

(Dipetik daripada ‘Forum Remaja 2020’

oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua alasan yang dikemukakan oleh Chong, Salmah, dan Chandran mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara model dunia? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengharumkan nama negara?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan drama. [4 markah]

PRAKTIS 2

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

38

CHONG: Kami ada etika kerja yang berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Dengan etika itu kami berharap untuk meningkatkan produktiviti.

SALMAH: Kami ada Dasar Ekonomi Baru sebagai strategi untuk menyusun semula masyarakat secara adil. Kami juga ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat Malaysia. Ia diterima dengan baik. Apa, itu masih belum mencukupi?

MU I: Betul. Pendapat saudara terlalu betul. Tapi hanya betul di tingkat impian saja! Belum mencapai kenyataan sepenuhnya.

CHANDRAN: Salah! Saudara-saudara salah! Sebenarnya bukan impian lagi. Kami sudah pun mula mempraktikkannya. Buktinya kami sudah siap membina Jambatan Pulau Pinang, iaitu salah satu jambatan yang terpanjang di dunia.

CHONG: Kami sudah ada kereta nasional, iaitu proton.

SALMAH: Kami sudah mendirikan bangunan-bangunan pencakar langit yang setanding dengan negara-negara maju di dunia, yang melambangkan identiti nasional.

CHANDRAN: Dan sekarang ini, kami sudah menyiapkan lebuh raya nasional! Apa, belum cukup lagi?

(Dipetik daripada ‘Forum Remaja 2020’

oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua bukti kejayaan yang telah dicapai melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

[2 markah]

(ii) Pada hemat anda, mengapakah Makhluk Utopia masih mempertikaikan kemajuan-kemajuan yang telah dilaksanakan di Malaysia. [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai dalam petikan dan satu nilai lain dalam keseluruhan drama. [4 markah]

CEMPAKA BERDARAH

PRAKTIS 1

39

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MAK JAH : Dah lama tuan, masa perang Jepun. Zaman pun lahir masa itu. Saya namakan dia Mohamad Zaman, zaman Jepun.

PROF. PETER : Oo… begitu, tetapi mengapa Mak Jah tak menggunakan nama Mohamad Jepun?

MAK JAH : Saya tak suka nama Jepun, tuan. Nama itu jahat. Orang Jepun ganas dan kejam, tentu tak baik nama mereka kita pakai. Nama orang Melayu banyak yang diambil daripada orang Islam, tuan.

PROF. PETER : Saya tahu, apakah Orang Putih tidak baik, Mak Jah?

MAK JAH : Orang Putih baik, tuan, tetapi … mereka bekas penjajah negeri ini, tuan. Tentu tak sesuai orang Melayu gunakan nama Orang Putih.

PROF. PETER : Nampaknya Mak Jah begitu kuat faham nasionalisme ya …

MAK JAH : Apa itu, tuan? Saya tak faham.

PROF. PETER : Tak mengapalah, Mak Jah. (Berfikir dan tersenyum) Adakah Mak Jah betul-betul sayang pada Zaman?

MAK JAH : Eh, tuan, ibu mana yang tak sayang kepada anak, tuan. Tuan tahu tak kisah Si Tanggang anak derhaka itu? Biar bagaimanapun sikap anak, si ibu tetap sayang kepada anaknya.

PROF. PETER : Saya faham, Mak Jah. Kalau begitu, Mak Jah mesti menasihati Zaman.

(Dipetik daripada ‘Cempaka Berdarah’

oleh A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Mah Jah tidak menggunakan nama Jepun atau Orang Putih untuk anaknya?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tiga tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang rakyat untuk menunjukkan semangat nasionalismenya?

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama.

[4 markah]

PRAKTIS 2

40

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PROF. PETER: Maksud saya, kampung ini kaya dengan sejarahnya. Banyak rahsia dan cerita lama yang tersembunyi di sini.…

MAK JAH: Rahsia? Cerita Lama, tuan? Tuan ada simpan rahsia di sini?

PROF. PETER: Ya, banyak, mengenai kejadian masa lampau.… Masih bersekolahkah adik Zaman ini, Mak Jah?

MAK JAH: (Bimbang) Ti … tidak, tuan. Sudah berhenti, kami tak mampu. Lagipun Cempaka perempuan, belajar sikit cukuplah. Dia tahu membezakan alif dengan batang kelapa sudah cukup, tuan.

PROF. PETER: Sayang seribu kali sayang. Orang Melayu masih berfikiran sempit walaupun sudah berapa tahun merdeka. Pelajaran itu penting, Mak Jah. Adakah Cempaka tidak mahu belajar, Mak Jah?

MAK JAH: Mahu, tuan, dia mahu masuk universiti macam abangnya juga.

PROF. PETER: Mak Jah sudah salah. Mak Jah bersikap tidak adil kepada anak-anak. Pelajaran itu mesti untuk semua orang, lelaki dan perempuan.

MAK JAH : Saya tahu, tuan, tetapi saya orang miskin.

PROF. PETER : Apa boleh buat, ya? (Senyum mengejek) Baiklah, saya pergi dulu. Terima kasih … (memandang potret di dinding sambil berjalan ke pintu).

(Dipetik daripada ‘Cempaka Berdarah’

oleh A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Mak Jah mengatakan persekolahan Cempaka adalah cukup sekadar dapat membezakan antara alif dengan batang kelapa? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda ialah Cempaka, apakah usaha-usaha anda untuk memastikan anda dapat meneruskan pelajaran ke universiti? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama. [4

markah]

PROSA TRADISIONAL

41

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

PRAKTIS 1

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus talinya. Oleh sebab terlalu lajunya, seluruh isi geliung itu habis muntah-muntah dan mabuk. Hanya tiga orang saja yang tidak mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menjadi jurumudi, Si Kembang Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masih comot dan hitam itu.

“Hai Kembang Cina, pergilah kaupanggilkan budak hitam itu suruh gantikan tempat beta ini, beta sudah tersangat letih!”

Si Kembang Cina pergilah mendapatkan Awang Sulung.“Eh, gilakah Kakak Kembang ini, minta orang bayar hutang di tengah lautan! Apabila

sampai ke daratan bolehlah hamba menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau menjadi penyapu rumah.”

Si Kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyampaikan cakap Awang Sulung itu.

“Pergilah kaupujuk dia sekali lagi. Gunakan bahasa yang lembut sedikit!”“Baiklah, Tuan Puteri.”Si Kembang Cina pun bersuara kepada Awang Sulung dengan lemah lembutnya. “Wahai

orang muda, Pak Bongsuku, tolonglah ambil tempat Tuan Puteri menjaga kemudi itu, kerana Tuan Puteri terlalu letih!”

(Dipetik daripada prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

(i) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan cakap berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Nyatakan sebab-sebab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung ataupun budak hitam itu.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika meminta pertolongan daripada orang lain?

[3 markah]

PRAKTIS 2

42

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nahkoda Tua.

“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”

Tuanku Nahkoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, “Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya.”

(Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkan petikan di atas?

[2 markah]

(ii) Perihalkan tindakan jurumudi sebaik sahaja beliau sedar dari mabuk. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi sanggup berbohong kepada Tuanku Nahkoda Tua?

[3 markah]

43

MERAH SILU

PRAKTIS 1

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 

Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka Merah Silu berkata kepada mereka, “Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain!”.

Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu, “Apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?”

Merah Silu berkata, “Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”

Kata Megat Iskandar, “Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”

Sambut Merah Silu, “Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.

Merah Silu pun memohon kepada Megat Iskandar , lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu” dalam antologiHarga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan maksud rangkai kata Jikalau ada kasih tuan.[2 markah]

(ii) Nyatakan dua alasan Megat Iskandar untuk meyakinkan Merah Silu tinggal di Buluh Telang?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang?[3 markah]

44

PRAKTIS 2

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau. 

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’l-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”

(Dipetik daripada “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata orang yang kalah dibayar taruhannya. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga bukti sifat murah hati Merah Silu. [ 3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan amalan berjudi dalam kalangan masyarakat? [ 3 markah]

45

HIKAYAT INDERA NATA

PRAKTIS 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka katanya, “Ke mana gerangan gajah ini hilangnya?” Maka lalu dilihat tuan puteri sekalian itu pun tiadalah.

Maka katanya, “Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jika demikian sahaja dicurinya akan tuan puteri itu sekalian.”

Maka ia pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas tapak gajah itu dan tiada berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu dan tuan puteri ketujuh orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu sangatlah amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri ketujuh itu serta dengan tempik soraknya.

Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.

Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruhkan lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu akan raksasa itu!”

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata mencita gemala [2 markah]

(ii) Apakah reaksi raksasa laki isteri itu apabila mendapati tuan puteri ketujuh dan gajahnya hilang?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Betara Gangga menyuruh lembur dan naga membunuh raksasa itu?

[3 markah]

46

PRAKTIS 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma, “Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi! 

Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah hal adinda sekalian ini.” 

Maka kata Indera Nata, “Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”  Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kakanda.”

Maka oleh Indera Nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya serta ia berpantun:

“Rakit-rakit dari Inderagiri, Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;

Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri, Nanti esok kakanda bawa.”

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata beroleh gunung emas ? [ 2 markah]

(ii) Apakah janji ketujuh-tujuh tuan puteri sekiranya Indera Nata menyelamatkan mereka?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai orang yang berjasa kepada kita?

[3 markah]

47

HIKAYAT KHOJA MAIMUN

PRAKTIS 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Syahadan adalah kononnya seorang saudagar di dalam negeri Ajam terlalu amat kayanya. Adapun namanya itu Khoja Maimun. Isterinya bernama Bibi Zainab, terlalu sangat baik parasnya, zaman itu sukar bandingannya. Maka duduklah ia berkasihan laki isteri itu. Ada pada suatu hari, Khoja Maimun laki isteri pergi bermain ke pekan. Maka ada orang datang membawa seekor burung Bayan jantan terlalu amat indah-indah rupanya seraya katanya, “Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?”

Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.” Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya, “Adakah orang yang mahu membeli burung yang segenggam ini seribu dinar? Layaknya unggas ini makanan kucing juga.”

Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya, “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, sentiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya.

(Dipetik daripada ‘Hikayat Khoja Maimun’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud pergi bermain ke pekan. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang terdapat dalam petikan. [3 markah]

(iii) Seandainya anda yang mendapat Bayan itu, bagaimana anda memeliharanya? [3 markah]

48

PRAKTIS 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Sebermula diceterakan orang yang empunya cetera itu, adapun Khoja Maimun laki isteri selama ia beroleh unggas dua ekor itu, sehari-hari ia mendengar hikayat oleh unggas kedua ekor itu. Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimun berkata-kata kepada unggas kedua akan perihal ehwal manfaat perniagaan di laut itu. Maka Khoja Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak pergi belayar. Maka ia pun pergilah mendapatkan isterinya seraya berkata, “Hai kekasihku, ketahuilah olehmu bahawa segala manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikan manfaatnya pun kuranglah, kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan! Akan sekarang hamba dengar perniagaan laut itu terlalu sangat besar labanya daripada perniagaan yang di darat ini. Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku pergi belayar.” Maka sahut isterinya, “Sebenarnyalah kata tuan hamba itu, tetapi sungguhpun perniagaan itu sangat besar labanya, dan balanya pun amat besarnya dan banyak dugaan dalam dunia ini. Sehari berapa upahnya tuan pergi dari kerana harta dunia ini banyak yang mahal dan cemar di dalamnya dirham itu, sayang sekali kalau orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama air yang manis, makin diminum mungkin bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun kuning seperti muka orang yang durjana. Jikalau tuan hamba hendak pergi belayar, akan sebaik-baiknya tuan hamba bawa juga hamba kerana hamba perempuan dan kita adalah seperti gusi dengan gigi adanya. Jikalau tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlah adanya.”

(Dipetik daripada ‘Hikayat Khoja Maimun’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud dirham itu menanggung segala pekerjaan! [ 2 markah]

(ii) Nyatakan tiga sebab isteri Khoja Maimun keberatan melepaskan suaminya pergi belayar. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Khoja Maimun meninggalkan isterinya untuk pergi belayar? [3 markah]

49

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang di paya,Anak kambing memakan rumput;

Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama;

Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan;

Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun;

Kasiih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum1914, 2004Dewan Bahasa dan Pustaka

PRAKTIS 1

(i) Terangkan maksud rangkap ketiga dalam pantun di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita membalas jasa orang terhadap kita? [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. [4 markah]

PUISI TRADISIONAL

50

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang di paya,Anak kambing memakan rumput;

Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama;

Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan;

Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun;

Kasiih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum1914, 2004Dewan Bahasa dan Pustaka

PRAKTIS 2

(i) Apa yang dimaksudkan dengan Resam di dunia dalam pantun di atas? [2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat berbudi kepada orang? [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah]

51

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

Apa guna berkain batik,Kalau tidak memakai capal,

Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap, Ikan kering lagi ketawa,

Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,Suruh diambil mari diurut,

Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu,

Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan,

Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan.

Harun Mat Piah (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, 2004

Dewan Bahasa dan PustakaPRAKTIS 1

(i) Huraikan maksud duduk termenung harimau tua, melihat kambing mencabut janggut. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin pelajar. [3 markah]

(iii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

52

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

Apa guna berkain batik,Kalau tidak memakai capal,

Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap, Ikan kering lagi ketawa,

Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,Suruh diambil mari diurut,

Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu,

Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan,

Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan.

Harun Mat Piah (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, 2004

Dewan Bahasa dan PustakaPRAKTIS 2

(i) Huraikan maksud apa guna beristeri cantik, kalau tak pandai menumbuk sambal. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang isteri yang baik? [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam puisi tersebut. [3 markah]

53

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,Pakaian anbia dan aulia,Barang siapa mengikuti dia,Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,Menjadi kepala bela bermacam,Jikalau mata melihatkan kejam,Disebutlah ia jalan tersunjam.

Telek pandangan dan makrifat,Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,Perintah syarak tidak menyangkal,Menjauhkan tamak hendak tawakal,Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jika ia dikasihi raja,Tiadalah ia melanja-lanja,Tiadalah menyombong pada bekerja,Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,Makin itu makin ia ingat,Segala taulannya hatinya ditambat,Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,Tanda berakal kasihkan ilmu,Suka mentelaah tiadalah jemu,Mencari kupasan jangan tersemu.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993Dewan Bahasa dan Pustaka

54

PRAKTIS 1

(i) Apa yang dimaksudkan dengan pakaian anbia dan aulia? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapa orang berilmu dipandang mulia oleh masyarakat [3 markah]

(iii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terkandung dalam syair di atas. [4 markah]

PRAKTIS 2

(i) Berikan maksud Menjauhkan tamak hendak tawakal dalam syair di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir sebelum bertindak? [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai dari syair tersebut. [3 markah]

55

SYAIR SITI SIANAH

Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,Roma di muka pula dicukurnya,Seperti taji berandam di keningnya,Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,Melihat laki-laki ditampakkan muka,Supaya laki-laki boleh menyangka,Ianya elok tiada berhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek,Berhias berdandan berpakai molek,Di dalam cermin muka ditelek,Kanan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,Ada yang setengah kembang hidungnya,Serta pula kepik batangnya,Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,Habis dipenuhi rambut kepala,Rambut yang sikit disiputnya pula,Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,Kaki dan tangan, lengan dan jari,Jadilah rupanya putih berseri,Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,Memakai gelang bertingkat-tingkat,Memandang laki-laki matanya lekat,Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,Pura-pura dikatakan ubat segala,Hakikatnya dikatahui Allah Taala,Supaya laki-laki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,Daripada perbuatan yang amat salah,Mudah-mudahan dilepaskanlah,Jangan menjadi betina sempolah.

56

Setengahnya suka bermain judi,Inilah perangai banyak terjadi,Habislah tergadai intan serudi,Kerana perangai sudah membadi.

Laki-laki perempuan bertindih lutut,Banyaklah kelakuan yang tidak patut,Sembahyang ibadat sudahlah bantut,Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993Dewan Bahasa dan Pustaka

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan tiga sifat buruk perempuan yang cuba diingatkan oleh penyair. [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi mulia dalam diri anak-anak? [3 markah]

(iii) Kemukakan tiga persoalan yang terdapat dalam syair. [3 markah]

PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu bersolek? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah wanita tidak digalakkan berhias secara berlebih-lebihan? [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang cuba diterapkan oleh penyair dalam syair di atas. [4 markah]

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

57

Cahari olehmu akan sahabat,Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,Pilih segala orang setiawan.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993Dewan Bahasa dan Pustaka

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan maksud Yang boleh menyerahkan diri. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhati-hati memilih sahabat? Berikan tiga alasan anda. [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam. [4 markah]

58

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

Cahari olehmu akan sahabat,Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,Pilih segala orang setiawan.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993Dewan Bahasa dan Pustaka

PRAKTIS 2

(i) Nyatakan maksud pilih segala orang setiawan. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri guru yang dapat menyampaikan pengajaran

yang berkesan kepada murid-murid? [3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang boleh kita peroleh daripada gurindam. [4 markah]

59

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,Dagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003Dewan Bahasa dan Pustaka

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan dua tindakan tidak rasional Emak Si Randang dalam seloka di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga sendiri

dahulu berbanding orang lain. Kemukakan tiga alasan anda. [3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut. [4 markah]

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,Dagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003Dewan Bahasa dan Pustaka

60

PRAKTIS 2

Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui

(i) Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. [2 markah]

(ii) Sekiranya anda merupakan jiran kepada Emak Si Randang bagaimanakah anda dapat membantunya? [4 markah]

(iii) Huraikan tema seloka di atas. [3 markah]

SAJAK

61

HARGA REMAJA

Berapakah sebenarnya harga remajayang bersihdari gelodak kecewabagai kehijauan daunbagai kesegaran pohondi pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhipiala remajamuadakah cuka kesangsiandari cinta murahatau madu ajarandari ilmu susah?

Remaja amat mahalsesungguhnya

tiada terbeli oleh perjanjianharga remaja adalah

pendiriankeberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamudengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari

PRAKTIS 1

i. Apakah yang dimaksudkan penyajak dengan baris-baris sajak di bawah? Remaja amat mahal

SesungguhnyaTiada terbeli oleh perjanjian

[2 markah ]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah zaman remaja amat penting? Berikan empat alasan anda. [4 markah]

iii. Nyatakan tiga nilai keberanian yang diketengahkan oleh penyajak dalam sajak? [3 markah]

62

PRAKTIS 2

i. Apakah maksud frasa ;penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang remaja itu mesti berilmu? [4 markah]

iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi tersebut. [3 markah]

63

DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapng di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai

Shafie Abu Bakar

64

PRAKTIS 1

i. Berikan maksud Gedung peradaban insan. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang ketika berada di perpustakaan? Kemukakan tiga pandangan anda.

[3 markah]

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [4 markah]

PRAKTIS 2

i. Nyatakan maksud Kepala-kepala runduk menelitiMata dan fikir bersebati [2 markah]

ii. Bagaimanakah cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini? Berikan tiga cadangan anda. [3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

65

MENGINTAI RUANG INSAF

Semakin berat kejahilanterpikul di bahusemakin jauh perjalananmemburu nur-Mu.

Sewaktu berlari di padang hidupkerap kakiku tersadung selirat akartubuhku tercalar duri pidanapada samar kejauhanancala mulia makin kaburdan menghilang.

Sekadar songsong aksara katatanpa kembali ke tunjang makna, “Apakah dalam sarat khilafmasih terbuka ruang untukdianugerahkan keinsafan?”

Rabb,moga pintu taubat-Mu terbukasebelum api dari bara itu menyala.

Shukri Abdullah

PRAKTIS 1

i. Nyatakan maksud rangkap pertama sajak. [2 markah]

.ii. Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan seseorang itu menjadi insaf?

Berikan tiga alasan anda. [3 markah]

iii.Nyatakan empat persoalan yang dikemukakan dalam sajak. [4 markah]

66

PRAKTIS 2

i. Nyatakan maksud rangkai kata sarat khilaf. [2 markah]

i. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang sering melakukan kesilapan dalam kehidupan

seharian? [3 markah]

ii. Jelaskan dua pengajaran yang boleh kita peroleh daripada sajak. [4 markah]

67

MAHSURI

(1)

Selendangmu mengibar pantaimenyambut tetamu pulausetiamu menjadi lagunyanyian ombak pagirambutmu menjadi jalur hitamterapung di laut malamair matamu dingin embunjatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunanmelengkung tujuh tanjungputihlah pulau inidisimbah darah suciMahsurisumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawikerana tanpamuLangkawi tidak sebegini.

(2)Kata orang Mahsuri tidak pernah hidupdia hanya bermula dengankhayalan seorang senimanpun kata orang Mahsuri pernah hiduptetapi bahasa seorang penceritamembuatnya lebih hidup dari kehidupannyasastera yang mewarnai tanah airkerana tanpa MahsuriLangkawi tidak sebegini bererti.

Mahsuri membesarkan Langkawisastera membesarkan tanah air.

Zurinah Hassan

68

PRAKTIS 1

i. Nyatakan maksud rangkai kata di bawah.

Selendangmu mengibar di pantaimenyambut tetamu pulau [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah perasaan dendam mendatangkan keburukan kepada kehidupan seseorang. [3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran sajak di atas. [4 markah]

PRAKTIS 2 i. Berikan maksud rangkai kata

Mahsuri membesarkan langkawisastera membesarkan tanah air. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, selain kisah kemasyhuran lagenda Mahsuri, apakah faktor lain yang menyebabkan pembangunan pesat Pulau Langkawi? [4 markah]

iii. Nyatakan tiga nilai murni sajak ini. [3 markah]

69

ADAT SEZAMAN

Peradaban zaman semakin berlalumeninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang

terlalu mulia apabila diselidiksantun si dara jadi idamanwarak si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesramemandang teruna darasama cantik sama padanberganding bersamadi singgahsana ...

Masa itu telah jauhzaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyapsi tua berduka laramemandang teruna daraberganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasanadat sezaman ditinggal jauhadat agama dipandang remehadat kuning jadi ikutan.

Wan Nazihah Wan Abdullah

70

PRAKTIS 1

i.   Mengapakah si tua berduka lara?     [2 markah]

ii.  Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda tidak mementingkan adat      tradisi nenek moyang?   [4 markah]

iii.  Huraikan tiga pengajaran sajak di atas. [3 markah]

PRAKTIS 2

i. Apakah yang dimaksudkan dengan peradaban zaman semakin berlalu? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah adat tradisi dapat dihidupkan semula dalam  kalangan generasi muda? [3 markah]

iii. Jelaskan dua nilai murni dalam sajak.     [4 markah]

71

TIBA WAKTUNYA

Angin musim semakin deras dan ganasmeniup tamadun ke era yang pantaslihatlah siapa mereka yang memanjang langkahmerebut tunas-tunas harapan yang hijaudari putik dan pucuk berembun kemilau.

Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisaatau berada di sana meraih sejahtera?Usah kautanya persoalan dilemakerana ini bukan waktunyauntuk berhujah perlu tidaknyadan masa pun tidak akan menantibuat mewajar padah atau simpati.

Wanita zaman siberperlu mengacung minda ke tengah arenapuara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasimenuju wawasan era globalisasi.

Lepaskan segala belenggu kedaifanhuraikan segala keliru kekusutanwanita zaman ini perlu bangun beraniyakin diri tahan diujitinggi pekerti anggun gerak-geriterunggul dalam segala segi.

Mari kita jana semua upaya dalam menjulang citra seluruh wanitadengan kudrat mental juga fizikalberbekal iman dan semangat cekalkita gerakkan kemampuan yang pukal.

Kini sudah tiba waktunyakita bertakhta di persada dunia.

Ghazali Lateh

72

PRAKTIS 1

i. Apakah maksud ‘merebut tunas-tunas harapan yang hijau’ dalam puisi di atas? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda bagaimana harus kita menyemai semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak? [4 markah]

iii. Berikan tiga pengajaran yang telah digarap oleh penulis dalam puisi ini? [3 markah]

PRAKTIS 2

i. Nyatakan tiga ciri yang perlu ada pada wanita untuk bertapak di persada dunia. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda wajarkan wanita menjadi suri rumah sepenuh masa? Jelaskan.

[4 markah]

iii. Huraikan tema sajak ini. [3 markah]

73

Skop Soalan : TEMA dan PERSOALAN

1. Nyatakan tema dalam novel Melunas Rindu [7 markah]

2. Huraikan persoalan ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama dalam novel Melunas Rindu. [7 markah]

3. Huraikan dua persoalan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel Melunas Rindu. [7 markah]

4. Bincangkan persoalan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ? [7 markah]

5. Huraikan persoalan ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan dalam novel Melunas Rindu. [7 markah]

Skop Soalan : WATAK dan PERWATAKAN

1. Watak utama selalunya mengungguli penceritaan dalam sesebuah novel. Bincangkan dua perwatakan watak utama berdasarkan novel yang anda pelajari.

[7 markah]

2. Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

3. Huraikan dua perbezaan watak utama dengan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [8 markah]

4. Watak utama dalam novel yang anda pelajari menghadapi konflik-konflik tertentu. Buktikan. [7 markah]

NOVEL MELUNAS RINDU

74

5. Pengarang menggunakan pelbagai cara untuk menggambarkan watak dan perwatakan dalam novelnya.Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan cara pengarang menggambarkan watak dan perwatakan itu.

[7 markah]

Skop Soalan : LATAR

1.Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang telah anda pelajari. [7 markah]

2.Berdasarkan novel Melunas Rindu, nyatakan tiga peristiwa yang membuktikan amalan toleransi dalam masyarakat merupakan salah satu latar masyarakatnya.

[7 markah]

3.Masyarakat yang rajin bekerja antara salah satu latar yang diketengahkan oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu. Buktikan penyataan ini. [7 markah]

4.Latar masyarakat yang tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka turut mewarnai novel Melunas Rindu. Nyatakan tiga peristiwa yang membuktikan kebenaran penyataan ini. [8 markah]

Skop Soalan : NILAI dan PENGAJARAN

1.Nilai merupakan salah satu aspek penting dalam kajian novel. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [8 markah]

2.Setiap pembacaan novel memberi banyak pengajaran kepada pembaca. Huraikan tiga pengajaran yang anda peroleh daripada novel yang anda kaji.

[8 markah]

75

MODUL PROJEK RUMUSAN DAN KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

RUMUSAN DAN PEMAHAMAN UMUM

Rumusan 1

Pendahuluan [ 2 markah ]Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/tindakan-tindakan/pendekatanpendekatanmenguruskan hutan di Malaysia.

Isi Tersurat [ 4 – 12 markah ]1. Malaysia dan Indonesia bekerjasama memantau kawasan hutan di sempadan kedua-dua buah negara2. Mengatasi aktiviti pembalakan haram dengan menggunakan teknik mengesan profil DNA/melalui teknik RAPD3. Kerajaan membaik pulih sejumlah besar hutan kekal dan kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia4. Kerajaan menjayakan Program Perhutanan Masyarakat/menubuhkan dan menyelenggarakan hutan lipur5. Kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun/1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri masing-masing6. Malaysia komited melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan7. Memanfaatkan industri hiliran kayu.8. Memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu.9. Memperluas khidmat nasihat dan kepakaran untuk sektor ini.

Isi Tersurat [ 4 – 12 markah ]1. untuk tatapan generasi akan datang2. dapat memelihara kepelbagaian biologi serta sumber genetik3. mengekalkan kestabilan ekosistem4. sumber ekonomi negara5. kawasan tadahan hujan6. mengekalkan habitat flora dan fauna7. sebagai sumber penyelidikan8. sebagai sumber perubatan tradisional9. mengelakkan hakisan bumi

Kesimpulan [ 2 markah ]Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menyokong usaha-usaha pengurusan hutan di negara ini agar hutan kekal sebagai sumber alam negara.

76

Petikan Umumi. - Maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan ialah jangan selalu menyalahkan antara satu sama lain/tuduh menuduh.

ii. - Memberi pendapatan lumayan kepada negara. - Menyumbang pertumbuhan ekonomi negara - Eksport ketiga terbesar negara. - Menyediakan peluang pekerjaan

iii. - Ibu bapa sebagai sebagai contoh/model - mengadakan aktiviti lawatan ke hutan simpan dengan lebih kerap - Media massa perlu menyebarluaskkan kepentingan alam sekitar. - Kerajaan mengadakan kempen tentang penjagaan alam sekitar secara berterusan

Rumusan 2

Pendahuluan [2 markah]Petikan menyatakan faktor-faktor berlakunya keracunan makanan terhadap orang ramai.

Isi Tersurat [4 – 12 markah]1 berlaku pencemaran makanan2 cara penyediaan makanan tidak dijaga dengan baik3 pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan4 Perbuatan menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan atau mengendalikan makanan5 Bahan yang digunakan untuk memasak makanan tidak bersih.6 Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna7 Makanan dari peti sejuk yang tidak dinyahbekukan dengan sempurna.8 Makanan yang lama disimpan pada suhu bilik juga tidak selamat walaupun telah dipanaskan9 Seseorang individu makan atau minum makanan dan minuman yang tercemar oleh bakteria, virus atau organsima berbahaya10 Penggunaan bahan kimia dan bahan beracun yang semakin berleluasa terhadap sayur-sayuran

Isi Tersirat [4 – 12 markah]1 Menjadikan badan sihat dan cergas/memberi tenaga2 Membina otak/minda yang sihat3 Sebagai imuniti/daya tahan terhadap serangan penyakit4 Dapat menjalankan tugas rutin dengan lancar5 Pembesaran tubuh badan sempurna

Kesimpulan [2 markah]Kesimpulannya, masyarakat hendaklah menjaga pemakanan agar terhindar daripada gejala keracunan makanan.

Petikan Umum(i) Maksud hasil tenusu ialah- Keluaran / bahan yang dihasilkan daripada susu seperti mentega dan keju [2 markah]

77

(ii) Keadaan yang menggalakkan bakteria merebak- Makanan tidak dimasak dengan sempurna- Makanan yang telah dimasak atau disediakan awal tidak disejukbekukan- Makanan yang lama disimpan pada suhu bilik [3 markah]

(iii) Sebagai seorang pelajar saya- akan membuat aduan kepada pentadbir sekolah- tidak akan membeli atau memakan makanan yang dijual- meminta pihak sekolah bertindak menegur pihak kantin- meminta kawan-kawan juga tidak memakan atau membeli dari kantin- membawa bekal dari rumah [4 markah]

Rumusan 3

Pendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan cara-cara untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.

Isi Tersurat [4-12 markah]1. Mengamalkan sikap hormat-menghormati dan tolong –menolong yang merupakanlandasan pertama.2. Sikap perkauman juga tidak harus dijadikan amalan.3. Setiap orang perlu menghindari perasaan dengki, pilih kasih, sombong, danpelbagai sikap buruk yang lain.4. Penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum juga turut membantu.5. Sistem pendidikan juga merupakan saluran utama untuk mewujudkan perpaduankaum6. Guru-guru juga perlu berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui aktivitipengajaran dan pembelajaran.7. Setiap warga pendidikan perlumenjadikan agenda perpaduan sebagai keutamaandalam semua program.8. Warga pendidik perlu menentukan dan melaksanakan pelbagai aktiviti di luar bilikdarjah.

Isi Tersirat: [4-12markah]1. Dapat mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk.2. Berjaya menarik lebih banyak pelabur asing.3. Dapat meningkatkan jumlah pelancong yang melawat negara kita4. Dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum.5. Dapat meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat.6. Mengekalkan kestabilan sosial negara

Kesimpulan: [2 markah]

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha mengekalkan perpaduan kaum demi mmeningkatkan imej negara di persada antarabangsa.

Petikan Umum

78

i. Maksud rangkai kata ialah kemahuan untuk mewujudkan integrasi / suasana bersatu padu semakin meningkat. [2 markah]

ii. Hari Perpaduan diadakan bertujuan untuk:- mengingatkan rakyat tentang betapa pentingnya semangat perpaduan-betapa pentingnya semangat patriotisme demi kestabilan kesejahteraan negara- memupuk dan menggalakkan semangat perpaduan pelbagai kaum di Negara ini.

[3 markah]iii. Pada pendapat saya faktor-faktornya ialah:- sikap suka menyebar fitnah- berperasangka buruk terhadap orang lain- mengamalkan sikap diskriminasi antara kaum- perbuatan suka menghasut- perbuatan suka pilih kasih(Pilih mana-mana 3 isi) [3 markah]

Rumusan 4

Pengenalan [2 markah]Petikan membincangkan masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah

Isi tersurat [4 - 12 markah]1. Kesan negatif dalam jangka masa panjang2. Membunuh diri3. Seorang dewasa yang emosional5. Menimbulkan ketakutan kepada mangsa6. Menimbulkan ketakutan kepada rakan yang menyaksikan7. Mangsa buli merobah personaliti mereka menjadi penakut8. Mangsa menjadi lemah dan kurang keyakinan9. Berlaku kecederaan fizikal dan emosi kepada mangsa.

Isi tersirat [4 - 12 markah]1. Mewujudkan hubungan yang mesra dalam kalangan warga sekolah.2. Mengenakan tindakan yang tegas terhadap pembuli3. Dasar anti buli dimasukkan dalam kurikulum sekolah4. Ibu bapa dan guru bekerjasama mengatasi masalah buli5. Pihak sekolah lebih serius dalam menangani kes buli6. Kaunselor berusaha mendekati mangsa buli dan pembuli.

KesimpulanKesimpulannya semua pihak haruslah bersama-sama berusaha memastikan kes-kes buli disekolah tidak berlaku demi mendaulatkan institusi sekolah[2 markah ]

Petikan Umumi. - tohmahan/ khabar-khabar angin/cerita/tuduhan-tuduhan tidak berasas

[ 2 markah ]

79

ii. - mengkasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan- buli secara langsung termasuklah diugut, disepak, ditumbuk, ditendang dan sebagainya.- buli secara tidak langsung seperti mengejek, menggunakan katakata kesat atau lucah dengantujuan mengacau dan gosip-gosip liar [ 3 markah ]

iii. - kurang pemantauan daripada pihak sekolah- terpengaruh dengan tindakan kawan-kawan pembuli- melepaskan tekanan perasaan- membalas dendam- cuba untuk menunjukkan kekuatan/menarik perhatian[ 4 markah ]

Rumusan 5Pendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat.

Isi tersurat [4 – 12 markah]1. sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup2. didikan dan penghayatan terhadap nilai dan peraturan agama yang senipis kulitbawang3. mereka sering menghadapi masalah kewangan4. kegagalan pegawai penyelia memantau pekerja-pekerja di bawahtanggungjawabnya.5. terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan.6. sikap hidup yang suka bermegah-megah7. kelemahan kepemimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan.8. pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakanganjaran.9. keuntungan yang diperoleh adalah lebih besar daripada risiko yang bakal dihadapi.

Isi tersirat [4 – 12 markah]1. Sistem pentadbiran kerajaan akan diragui/dipandang rendah2. menyebabkan ekonomi tidak stabil.3. kejadian jenayah meningkat.4. mencemarkan imej negara.5. menjejaskan perpaduan masyarakat.6. menjejaskan kemasukan pelancong asing.

Kesimpulan [2 markah]Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama mengatasi masalah rasuah agar Negara aman dan sejahtera.

Petikan Umumi. Maksud rangkai kata:- kurang mantap / tidak cukup / tidak mendalam

ii. Langkah-langkah mengatasi masalah rasuah- kesedaran yang jitu dan unggul para pegawai atasan dalam sesebuah organisasi- ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang.

80

- komitmen dan sokongan daripada semua pihak. [3 markah]

iii. Peranan anggota masyarakat dalam mengatasi masalah rasuah- melaporkan kejadian rasuah kepada pihak berkuasa.- menulis artikel berkaitan rasuah- menghindarkan diri daripada kegiatan rasuah.- melibatkan diri dalam kempen cegah rasuah.- menyertai seminar yang berkaitan dengan rasuah [4 markah]Rumusan 6

Pendahuluan [2 markah]Petikan membincangkan inisiatif/kaedah/cara/strategi untuk menjayakan program kitar semula.

Isi tersurat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pernah melancarkan kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh Negara.

Pengusaha pasar raya besar menyediakan tong-tong kitar semula. Pasar-pasar raya menjalankan Kempen Hari Tanpa Plastik yang diperkenalkan di Selangor. Pendidikan mengenai kepentingan kitar semula pula perludipupuk dari awal, iaitu bermula dari

rumah dan sekolah. Ibu bapa dan guru perlu melatih dan mendidik anak-anak serta para pelajar untuk mempraktikkan

cara pembuangan sampah dan sisa pepejal. Pihak kerajaan perlu menggubal peruntukan undang-undang sedia ada untuk menghukum

penjenayah alam sekitar yang membuang sampah dan sisa industri sesuka hati. pihak media massa juga perlu memainkan peranannya untuk memastikan keberkesanan kempen

kitar semula ini. Iklan mengenai kitar semula haruslah sentiasa disiarkan bagi memastikan msysrakat sentiasa peka

terhadap kempen ini. kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperbanyak tong dan pusat kitar semula. Badan bukan kerajaan (NGO) perlu menubuhkan persatuan atau badan tertentu untuk menangani

masalah pembuangan sampah di negara kita

Isi tersirat (feadah kitar semula)

Mengurangkan jumalah sampah sarap isi rumah dan insdustri. Mewujudkan persekitaran yang bersih Mengurangkan perbelanjaan pengurusan sampah Mengurangkan tapak pelupusan sampah Menjimatkan penggunaan sumber alam semula jadi.

Kesimpulan

Semua pihak perlu menjayakan program kitar semula supaya alam sekitar bersih dan selamat untuk diduduki.

Petikan umum

i. ....berusaha bersungguh-sungguhii. ....mereka masih tidak mengendahkan kesan pembuangan sisa pepejal yang ekstensif

81

...mereka masih membuang sampah di merata-rata tempat dengan sesuka hati.

...mereka kurang menggunakan kemudahan tempat pembuangan sisa pepejal yang tersedia.iii. ...membantu untuk mengurangkan keperluan terhadap kayu-kayan

... membantu untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal

...mengurangkan kemusnahan hutan

...mengurangkan penggunaan tenaga dalam penghasilan produk

Rumusan 7

Pendahuluan

Petikan membincangkan langkah-langkah memajukan Felda Isi tersurat

Kaedah mempelbagaikan kegiatan ekonomi. Tanah rancangan Felda dijadikan sebagai kawasan ekonomi raksasa. Tanah rancangan perlu diubah menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baru. Peneroka Felda perlu mengubah sikap dan pemikiran. Generasi muda perlu kekal di desa untuk memajukan lading kelapa sawit. Felda perlu meluaskan skop ekonominya dan kelapa sawit. Industri baru bersaiz kecil dan sederhana yang berasaskan pertanian. Felda perlu menghapuskan imej kemiskinan dan ketinggalan. Masyarakat Felda sendiri perl melengkapkan ilmu. Berkeyakinan menhgadapi persaingan pasaran global.

Isi tersirat

Ekonomi masyarakat felda lebih mantap. Felda dapat membina imej baru sebagai masyarakat berdaya saing. Generasi muda lebih selesa tinggal di Felda. Peneroka Felda tidak bergantungkepada tanaman sawit dan getah sahaja.

Penutup

Perubahan perlu dijalankan di Felda agar masyarakat Felda dapat menikmati makna pembangunan.

Soalan Pemahaman

1 - pembangunan yang tidak seiring dengan pembangunan di sekitarnya - pembangunan yang tidak selaras dengan pembangunan negara.

2 - berlakunya ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi di bandar dengan kawasan Felda.- generasi muda enggan meneruskan perjuangan peneroka asal.

- kurang tumpuan dan kesedaran untuk memajukan kawasan Felda.

3 - anak muda enggan tinggal di Felda kerana suasana persekitaran yang tidak begitu menyeronokkan.

- mereka berpelajaran dan maka mereka tidak mahu meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka.

82

- kekurangan pekerjaan menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan di bandar.

- mahu berubah cara hidup sama ada kerana pendidikan atau perkahwinan.

Rumusan 8

Pendahuluan

- Petikan membincangkan langkah-langkah menghalang penculikan di perairan Malaysia.Isi tersurat

- pelancong tidak digalakkan ke pulau yang terdedah kepada ancaman lanun.- Usaha membanteras lanun terus dijalankan walaupun sukar untuk dikawal.- Kerajaan merangka strategi berkesan mengawal perairan Selat Melaka.- Perairan Malaysia di kawal ketat dan rondaan yang lebih kerap dijalankan.- Kerjasama dari Filipina untuk bersama-sama mempertingkatkan kawalan perairan.- Kawalan dan tahap kewaspadaan pasukan keselamatan kita cukup tinggi.- Peralatan komunikasi dipasang pada kapal yang terdedah kepada ancaman serangan lanun.- Kerjasama erat dengan pasukan keselamatan Filipina.- Negara ASEAN bekerjasama membendung kegiatan lanun dan pengganas.- Meletakkan pasukan keselamatan di pulau-pulau berpotensi untuk diserang lanun.

Isi tersirat

- perairan Malaysia menjadi laluan yang selamat.- Pelancong tidak bimbang untuk melancong di pulau-pulau peranginan Malaysia.- Pedagang memilih Selat Melaka sebagai laluan berdagang.- Imej negara dapat dipulihkan daripada dikaitkan dengan pengganas.

Penutup

- kesimpulannya, usaha Malaysia mengawal perairan negara perlu diteruskan - agar Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong dunia.

Soalan pemahaman

i) - sesuai menjadi sasaran / menarik unutk dicerobohiii) - berlaku penumpahan minyak yang boleh mencemarkan laut

- Amerika Syarikat berterusan mendesak Malaysia dan Indonesia bersama-sama mengawal Selat Melaka

-berlaku penculikan

iii) - para pelancong tertarik ke pulau-pulau perairan Malaysia kerana keindahan alam semula jadi yang masih asli.

- kos melancong yang boleh dianggap murah. - Kemudahan penginapan dan makanan yang disediakan bertaraf dunia. - Sikap rakyat Malaysia yang melayan para pelancong dengan ramah

83

Rumusan 9

PENDAHULUAN:

Petikan membincangkan punca-punca kemalangan jalan raya dan akibat kecuaian tersebut.

ISI TERSURAT:

Pemandu suka memandu kenderaan dengan laju

Pemandu tidak memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan

Pemandu memandu kenderaan dalam keadaan letih / mengantuk

Pemandu leka menggunakan telefon bimbit tanpa pemegang ketika memandu kenderaan

Pemandu memandu dalam keadaan marah / tertekan akibat pergaduhan

Keadaan jalan raya yang sedang dibaiki menyukarkan pemandu memandu kerana banyak lubang

Papan tanda atau papan arah yang kurang jelas sehingga sukar dilihat oleh pemandu.

ISI TERSIRAT:

Pemandu tidak mematuhi had laju yang ditetapkan

Kenderaan yang tidak diperiksa akan meragam atau rosak di pertengahan jalan

Pemandu tidak dapat memberikan perhatian kepada pemandunya

Keadaan jalan raya yang tidak elok menyukarkan pemanduannya dan mudah berlaku kemalangan

Papan tanda akan kurang jelas menyebabkan pemandu gagal mengambil tindakan yang betul ketika memandu.

KESIMPULAN:

Oleh sebab itu, pemandu dan pihak kerajaan harus mengatasi punca kemalangan supaya kemalangan di negara kita dapat dikurangkan.

Bahagian B [ 9 markah ](i)Berikan maksud rangkai kata yang dihiasi dengan pelbagai berita. [ 2 markah ]

a. Menyairkan bermacam-macam laporan / berita

(iv) Apakah punca-punca kemalangan jalan raya di negara ini? [ 3 markah ]a. Kecuaian pemandu ketika di jalan rayab. Pemandu memandu kenderaan terlalu lajuc. Pemandu tidak memeriksa keadaan kenderaan terlebih dahulud. Memandu dalam keadaan letih / mengantuke. Keadaan jalan raya yang berbelok-belok / sedang dibaiki

84

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mangatasi masalah kemalangan jalan raya?

[ 4 markah ]

Mengadakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan Mengenakan denda yang berat terhadap pesalah jalan raya Mengetatkan pengeluaran lesen memandu bagi memastikan pemandu mendapat latihan yang

mencukupi Pemantauan yang berterusan oleh pihak polis.

Rumusan 10

PENDAHULUAN:

Petikan menjelaskan kepentingan pendidikan teknologi maklumat di kalangan pelajar ke arah masa depan negara yang lebih cemerlang.

TERSURAT:

Pendidikan teknologi maklumat mampu mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi.

Usaha ini mampu meningkatkan keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan

Pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui multimedia dalam masa yang singkat Sesiapa sahaja boleh berinterakasi dan mengembara di lebuh raya elektronik yang dipenuhi segala

maklumat Kewujudan “universiti tanpa sempadan” memberikan lebih banyak kelenturan masa dan mobiliti

kepada pelajar. Usaha memantapkan teknologi pendidikan, penggunaan teknologi maklumat komunikasi,

penyelidikan dan pembangunan akan Berjaya

TERSIRAT:

Pelajar bebas untuk mendapatkan maklumat berunsur lucah dan fitnah Pelajar menjadi leka melayari internet hingga mengabaikan pelajaran

KESIMPULAN:

Teknologi maklumat perlu didedahkan dengan lebih meluas di semua institusi pendidikan seluruh negara demi memperkasa bidang pendidikan Negara

Bahagian B [ 9 markah ](i)Berikan maksud rangkai kata mengembara di lebuh raya elekronik. [ 2 markah ]

a. Menerokai jaringan Internet

(iv) Nyatakan usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk memajukan bidang pengajaran dan pembelajaran.

[ 3 markah ] Mengadakan khidmat e-mel, sidang video, “Web Internet” dan “TV Pendidikan” Wujud konsep universiti tanpa sempadan yang menyediakan persidang dan pameran e-leatning.

85

(v) Pada pandangan anda, apakah halangan yang terpaksa dihadapi untuk melaksanakan pendidikan teknologi maklumat di Malaysia?

[ 4 markah ] Kekurangan peralatan komputer dan perisian Internet di sekolah-sekolah teruamanya di kawasan

luar bandar Kemudahan komputer ingin diberikan, kos operasi yang tinggi diperlukan Kepakaran daripada tenaga pengajar juga perlu dipandang serius kerana tidak ramai yang

mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan

Rumusan 11PENDAHULUAN:

Petikan tentang cara-cara menangani gejala samseng di sekolah dan punca-punca gejala iniTERSURAT:

Kuasa polis tambahan perlu diperluas di semua sekolah di seluruh negara Pihak pentadbiran sekolah menilai semula program-program pencegahan jenayah di sekolah Pendekatan lebih kreatif yang melibatkan pelajar sendiri untuk menyedarkan mereka tentang

risiko terlibat dengan gejala negatif Pihak sekolah perlu mewujudkan kawasan persekitaran yang kondusif Persatuan Ibu Bapa dan Guru bertindak lebih agresif untuk membantu pihak sekolah Peraturan disiplin di rumah dan undang-undang di sekolah yang ketat dikenakan Keluarga berperanan untuk menanamkan nilai-nilai yang mulia

TERSIRAT:

Pelajar akan lebih terkawal dan sentiasa berhati-hati agar tidak melanggar undang-undang Pelajar tidak lagi terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah yang boleh mendorong kepada perbuatan

jenayah Batas-batas pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang nakal sentiasa dijaga Pelajar akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka dengan lebih baik

KESIMPULAN:

Semua pihak perlu melipatgandakan usaha untuk membanteras gejala samseng di sekolah demi kesejhteraan anak-anak

Bahagian B [ 9 markah ](iv) Mengapakah kuasa polis tambahan perlu diberikan kepada guru-guru di sekolah? [ 2 markah ]

a. Untuk memberikan perlindungan kepada mereka daripada disaman dan dikenakan tindakan

(v) Bagaimanakah pihak sekolah boleh mewujudkan kawasan persekitarab sekolah yang kondusif? Memperindah kawasan sekolah, menyediakan ruang belajar yang selesa seperti pondok di

sekitar sekolah, Menyediakan kemudahan yang sempurna seperti tandas dan kantin yang bersih

(vi) Pada pendapat anda, adakah wajar pelajar yang disabitkan kesalahan jenayah dikenakan hukuman penjara?

Untuk memberikan ikhtibar kepada pelajar-pelajar lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama

Sebagai pelajar yang matang, mereka harus sedar akibat yang terpaksa diterima kesan daripada perbuatan mereka

86

Secara tidak langsung, kes-kes jenayah dan salah laku yang melibarkan pelajar-pelajar sekolah akan dapat dikurangkan.

CERPEN IBU DAN CEPER

PRAKTIS 1

(i) Berikan dua perwatakan bapa menurut pandangan ibu. (2 markah)- tidak sedar diri- tidak bertanggungjawab

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjir. (3 markah)

- mengadakan kempen cintai sungai - mendalamkan sungai supaya air sungai tidak melimpah- mendenda orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai- membina penebat banjir- membersihkan sungai daripada sampah sarap- mengesyorkan pendidikan alam sekitar di sekolah

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. (4 markah)

Persoalan daripada petikan- sikap tidak bertanggungjawab dalam keluarga - bapa tidak menjalankan tanggungjawab

sebagai ketua keluarga kerana asyik berdenak ketitir- kesan bencana alam - masalah banjir memusnahkan tanaman padi hingga menyusahkan

penduduk kampung(2 markah)

Persoalan daripada keseluruhan cerpen- masalah pencemaran alam sekitar - sampah sarap dibuang ke dalam sungai- kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar – Sungai Ceper tercemar

teruk apabila manusia membuang segala macam sampah ke dalam sungai.- kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam - kasih sayang aku kepada ibu dan sungai

yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya. - masalah kemiskinan penduduk kampung - penduduk kampung bergantung sepenuhnya

kepada air sungai untuk kegunaan harian.- semangat kejiranan-bergotong royong ketika majlis kenduri - peranan anak terhadap ibu bapa- anak menjaga ibu bapa yang sakit

(2 markah)

CERPEN

87

PRAKTIS 2

(i) Berikan dua alasan yang menunjukkan Sungai Ceper tidak selamat digunakan.

- Sungai Ceper cetek sehingga ke paras buku lali- Sungai Ceper menjadi busuk kerana mengandungi najis- Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati

(2 markah)(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah

bekalan air di kampung anda. - membina perigi- membina paip graviti- memohon saluran paip melalui Jabatan Air- meminta pihak tertentu menghantar bekalan air bersih menggunakan lori tangki- menyediakan tangki air untuk menadah air hujan

(3 markah)(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar

masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

Latar masyarakat daripada petikan- masyarakat luar bandar - menanam padi sebagai pekerjaan utama- masyarakat petani - ibu dan bapa meranduk banjir untuk cuba menyelamatkan tanaman padi

(2 markah)

Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen- Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup/miskin – Penduduk di desa aku mengalami

kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

- Masyarakat yang tidak bertanggungjawab – Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

- Masyarakat yang tidak cinta akan alam sekitar – membuang sampah sarap ke dalam Sungai Ceper

- Masyarakat penyayang – ‘aku’ menjaga ibu yang sakit- Masyarakat yang rajin – ibu melakukan semua kerja di sawah- Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan – ibu menolong jiran yang mengadakan

majlis kenduri (2 markah)

CERPEN MEMORI SEORANG TUA

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan dua tanggapan Pak Itam tentang keadaan zaman sekarang.- zaman mengisi kemerdekaan- zaman tidak memprotes secara melulu / membabi buta

[2 markah](ii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai anak muda yang menganggur sering dikaitkan

dengan kegiatan yang tidak bermoral? - tidak mempunyai wang untuk menyara hidup- bergaul dengan golongan yang tidak bermoral

88

- mempunyai masa terluang terlalu banyak boleh mendorong mereka melakukan sesuatu yang tidak baik

[3 markah]

(iii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua dari keseluruhan cerpen.

Nilai daripada Petikan - nilai cinta akan negara – Pak Itam berjuang menentang penjajah Inggeris- nilai pengorbanan diri untuk anak bangsa – Pak Itam mengorbankan zaman remaja di penjara

(2 markah)

Nilai daripada Cerpen - nilai kerjasama dalam masyarakat – penduduk kampung bergotong-royong menjayakan

majlis hari ulang tahun kelahiran Pak Itam.- nilai baik hati – Pak Itam melayan tetamu yang datang ke rumahnya dengan mesra / Tuk Mat

banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan hai ulang tahun kelahiran Pak Itam.- nilai taat kepada perintah agama – Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu

malam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.- nilai menghargai jasa pejuang – Kumpulan Kopratasa hadir ke majlis sambutan ulang tahun

kelahiran Pak Itam dan membuat persembahan secara percuma.

(nilai-nilai murni lain yang berkaitan boleh diterima) [2 markah]

PRAKTIS 2

(i) Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam. - Rogayah menjaga Pak Itam- Halimah dan Rokiah selang berganti menghantar nasi dan mengambil kain baju Pak Itam

untuk dicuci[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan saling membantu dalam masyarakat?- memudahkan sesuatu pekerjaan- mewujudkan persefahaman antara satu sama lain / mengelakkan persengketaan /

mewujudkan keharmonian dan toleransi dalam sesebuah masyarakat / perpaduan- menjimatkan masa, wang dan tenaga

[3 markah](iii) Jelaskan satu perwatakan Tuk Mat berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan Tuk

Mat dalam keseluruhan cerpen.

Perwatakan daripada petikan- Ikhlas memberi bantuan / Baik hati – tidak menerima/menolak wang daripada Pak Itam

(2 markah)

Perwatakan daripada keseluruhan- rajin – membantu menguruskan persiapan majlis ulang tahun kelahiran Pak Itam.- seorang yang boleh diharap – Pak Itam mengatakan bahawa Tuk Mat boleh diharap

berbanding Isa dan Latif dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (2 markah]

89

CERPEN ISRAK (Cerpen keluar pada tahun 2013)

PRAKTIS 1

(i) Apakah reaksi Israk sewaktu dihidangkan buah-buahan tempatan? - Israk tidak menyentuh walau sedikit pun - Israk sugul - Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling - Hidungnya mengejek aroma buah-buahan tempatan

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan makan buah-buahan tempatan? - berkhasiat- murah- segar- mudah diperoleh

[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.

Nilai daripada petikan- Nilai kesyukuran atas rezeki yang diperoleh – Bapa Israk bersyukur kepada Tuhan kerana

dikurniakan rezeki - Nilai tanggungjawab terhadap keluarga – Bapa Israk bertanggungjawab menasihati dan

menyedarkan Israk akan asal usulnya- Nilai menghormati orang tua – Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian

bersama-sama keluarganya

Nilai daripada keseluruhan- Nilai kasih sayang dalam keluarga – Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup

menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya

- Nilai ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup – Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.

- Nilai keprihatinan terhadap perasaan orang lain – Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang terguris angkara abangnya

PRAKTIS 2

(i) Mengapakah Israk dikatakan cerewet? - Merunggut kerana dihidangkan cekodok sahaja - Tidak puas hati dengan air minumannya

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang lain?

- Menghormati adat masyarakat setempat

90

- Rendah diri- Mempelajari bahasa dan budaya - Menghadiri / menyertai majlis-majlis yang diadakan

[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi daripada keseluruhan cerpen.

Persoalan dalam petikan- Soal ketidaksesuaian hidup di luar bandar – Israk berasa tidak selesa dengan keadaan hidup

di rumah Wah. - Soal keegoan anak muda – Israk merungut dengan hidangan cekodok dan air sewaktu berada

di rumah Wah [2 markah]

Persoalan daripada keseluruhan cerpen- Soal jati diri – Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran

kerana persekitaran dan cara dia dibesarkan / Mikraj kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran

- Soal kasih sayang nenek terhadap cucunya – Wah menyayangi Israk walaupun cucunya itu amat ego dan melukakan hatinya

[2 markah]

CERPEN PEMAIN CATUR

PRAKTIS 1

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan khabar buruk yang dibisikkan oleh Uk kepada Uj ? - Um kononnya tekun menelaah buku besar mengenai permainan catur- Um ingin mengatasi kehandalan Uj - Um tidak sabar menunggu Uj menyerahkan kuasa kepadanya.

(2 markah)

(ii) Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk?

- menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut - memanggil Um untuk bersemuka - bertanyakan hal yang sebenar kepada Um sendiri

(3 markah)(iii) Huraikan satu perwatakan Uj berdasarkan petikan di atas, dan satu perwatakan yang terdapat

dalam keseluruhan cerpen.

Perwatakan Uj berdasarkan petikan - Seorang yang bangga dengan kedudukannya, - dia berbangga dengan kemahiran bermain

catur yang dimilikinya - Seorang yang panas baran - Uj berasa berang apabila mendengar kata-kata Uk lantas

memaksa Um mengadakan perlawanan secara terbuka.

[2 markah]

91

Perwatakan lain dalam cerpen - Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga - Uj berusaha melatih adiknya Um bermain

catur agar dapat meneruskan legasi keluarga mereka dalam permainan itu.- Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai,

serta mahu menaikkan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia.- Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk

mewarisi penguasaan keluarganya.

[2 markah]

PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu? - ibu sedih- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak- menelan air mata hiba- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin ahmar

(2 markah)(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga?

- Saling menghormati- Saling memahami- Saling mengasihi- Bertolak ansur / bertoleransi

(3 markah)(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan

cerpen

Persoalan daripada petikan

- perpecahan dalam keluarga – Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja

- sikap mementingkan diri sendiri – Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.

[2 markah]

Persoalan daripada keseluruhan cerpen

- kepentingan sukan – sukan catur boleh memperkenalkan nama atau keturunan sesebuah keluarga

- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran – Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur

- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang – Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam

- sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga – Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj

- tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa – Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka

92

- ketidakjujuran dalam tindakan – Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur

(2 markah)

CERPEN MELLISA

PRAKTIS 1

(i) Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya? - perasaannya tergugah - berasa malu / mukanya menjadi merah - berasa gugup

(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika berada dalam sesuatu majlis?

- memberi salam / menyapa - beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)- beramah mesra / berbual / bergaul

(3 markah)

(iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen.

Latar masyarakat dalam petikan- Masyarakat yang peramah. Contoh, Syahid menghulurkan tangan kepada Mellisa sebaik

sahaja diperkenalkan oleh Farid.- Masyarakat penulis. Contoh, Syahid merupakan penulis rencana dalam akhbar.

(2 markah)Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen- Masyarakat muda yang amat cinta akan negara. Contoh, Mellisa amat cinta akan negara

lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

- Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni. Contoh, Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.

- Masyarakat pelajar yang gigih. Contoh, Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.

- Masyarakat miskin. Contoh, Hisyam tinggal di rumah setinggan.- Masyarakat majmuk yang bersengketa. Contoh, akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah

kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku. (2 markah)

PRAKTIS 2

(i) Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid? - bersikap terbuka

93

- suka mendengar bicaranya. - suka melihat mimik mukanya.- suka melihat senyumannya. - Syahid seperti Hisyam

( 2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada seseorang yang tidak kita kenali?

- memerlukan masa untuk mengenalinya - sibuk dengan urusan yang lebih penting- takut difitnah / pandangan serong masyarakat- bimbang akan keselamatan diri

(4 markah)

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan- Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain. Contoh, Mellisa berhati-hati

dalam perkenalannya dengan Syahid.(2 markah)

Persoalan daripada keseluruhan- Persoalan pengorbanan diri untuk negara. Contoh, Mellisa sanggup mengorbankan

keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

- Persoalan persengketaan antara kaum. Contoh, Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

- Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara. Contoh, Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggungjawab kepada negara dan tanah air.

CERPEN BIARKAN SAMUDERA

PRAKTIS 1

(i) Berdasarkan petikan, apakah perubahan yang berlaku pada diri Mir?- Berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini.- Jadi pendiam

[2 markah](ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat membantu rakan yang menghadapi tekanan

jiwa?- menjadi pendengar yang baik kepada luahan perasaannya- membawanya berjumpa dengan kaunselor- memberitahu guru- memberinya nasihat

[3 markah](iii) Huraikan satu nilai dalam petikan di atas dan satu nilai yang terdapat dalam keseluruhan

cerpen tersebut.

Nilai daripada petikan

94

- Prihatin terhadap masalah orang lain – Hakimah prihatin terhadap perubahan yang berlaku pada diri Mir yang berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini dan berubah menjadi pendiam.

- Baik hati – Hakimah seorang yang baik hati dan berusaha membuatkan Amirah gembira dengan cara mengajaknya ke kota.

Nilai daripada keseluruhan cerpen- Nilai kasih sayang terhadap orang tua - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah

berbelah bahagi.- Nilai kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup – Hakimah kelihatan sabar menghadapi

dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.- Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan

untuk pembangunan.- Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran

agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah. [2 markah]

PRAKTIS 2

(i) Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir?- Sahabat baik- Mir tidak ada ibu- Ayahnya sudah tua- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang sah

[2 markah](ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga punca berlakunya pencemaran laut?

- Pembuangan sisa toksik kilang- Tumpahan minyak dari kapal- Pembuangan bahan sisa domestik- Pembuangan sisa kotoran dari ladang ternakan- Pembangunan di kawasan pesisir pantai.

[3 markah](iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada

keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan- Pencemaran laut – laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya bergelora kerana

disakiti oleh orang yang tidak bertanggungjawab.- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang- Hakimah adalah

sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.

[2 markah]

Persoalan daripada keseluruhan cerpen- Persoalan menghargai alam sekitar (laut) – ayah Mir sangat menghargai dan menyayangi laut

sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan hidup – Amirah

mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan.

- Persoalan kemiskinan para nelayan - Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.

95

- Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama – Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar dia dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.

(2 markah

GELANGGANG TUK WALI

PRAKTIS 1

(i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakan Siak mencabar Tuk Wali untuk bersilat ? [3 markah]

- Tuk Wali menampar cucunya.- Siak beranggapan bahawa Tuk Wali hanya menunjukkan kekuatan dengan budak berhingus

(mentah) yang tidak tahu bersilat/bukan lawannya.- Siak beranggapan Tuk Wali berlagak kerana belum pernah mengalami kekalahan di

gelanggang silat.

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah sesuatu perkara diselesaikan dengan cara berlawan untuk mendapatkan suatu kebenaran? [3 markah]

Tidak wajar - sesuatu perkara perlu disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.- perbincangan adalah jalan yang terbaik untuk mendapat sesuatu kebenaran.- berlawan tidak menguntungkan sesiapa.

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]

Nilai berdasarkan petikan- Kesabaran dalam menyelesaikan masalah : Contohnya, Siak tidak berfikir secara tenang dan

rasional apabila bertindak mencabar Tuk Wali untuk berlawan silat.

Nilai berdasarkan keseluruhan teks- Tanggungjawab meneruskan warisan bangsa. Contoh, Tuk Wali berasa diriya

bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.

- Nilai ketegasan dengan pendirian. Contoh, Tuk Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.

- Nilai keberanian menyahut cabaran. Contoh, Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

DRAMA

96

- Nilai taat akan perintah agama. Contoh, Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

- Nilai menghormati orang tua/ketua. Contoh, Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.

- Nilai tolong-menolong sesama manusia. Contoh, Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.

- Nilai keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat. Contoh, Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

PRAKTIS 2

(i) Mengapakah Tuk Wali berasa kesal terhadap Berahim? [ 2 markah]- Berahim telah memberitahu segala rahsia dan khasiat tumbuh-tumbuhan itu kepada

Guan. - Guan telah merosakkan seluruh khazanah hutan secara rakus dengan menggunakan

jentolak.(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk menyelamatkan hutan kita

daripada diceroboh oleh peneroka haram? [4 markah]

- Menguatkuasakan undang-undang.- Melaporkan kepada pihak berkuasa.- Mewartakan hutan simpan- Pemantauan / rondaan berkala oleh penguatkuasa

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]

Pengajaran daripada petikan- Kita hendaklah memelihara dan melindungi alam sekitar agar dapat diwarisi kepada

generasi akan datang. Contoh, Tuk Wali menasihati Ripin supaya tidak menebang pokok sesuka hati.

Pengajaran dari keseluruhan teks- Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa. Contoh, Tuk Wali berasa diriya

bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.

(iv) Kita hendaklah berpendirian tegas dalam membuat keputusan. Contoh, Tuk Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.

(v) Kita hendaklah keberanian menyahut cabaran. Contoh, Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

(vi) Kita hendaklah taat akan perintah agama. Contoh, Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

(vii) Kita hendaklah menghormati orang tua/ketua. Contoh, Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.

(viii)Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia. Contoh, Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.

97

(ix) Kita hendaklah prihatin terhadap kebajikan masyarakat. Contoh, Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

FORUM REMAJA 2020

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan dua alasan yang dikemukakan oleh Chong, Salmah, dan Chandran mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara model dunia? [2 markah]

- Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perhubungan.- Malaysia mempunyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan.- Malaysia mempunyai satu kebudayaan nasional yang mewakili seluruh cara hidup bangsa

Malaysia.- Penduduk hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah.

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengharumkan nama negara? [3 markah]

- Mengekalkan perpaduan kaum- Memperoleh kejayaan dalam sukan bertaraf antarabangsa- Menyediakan kemudahan infrastruktur moden- Meningkatkan tahap keselamatan negara- Mencapai status pendidikan bertaraf dunia

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan drama. [4 markah]

Persoalan dalam petikan- Semangat patriotik dalam kalangan remaja. Contoh, Chong, Salmah dan Chandran

menjelaskan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam negara dengan penuh kesungguhan.

Persoalan daripada keseluruhan drama- Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Contoh, MU I mengatakan

bahawa Chong, Salmah dan Chandran merupakan bakal pemimpin negara.- Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Contoh, Chong, Salmah

dan Chandran merupakan pelajar universiti yang bakal memajukan negara pada masa hadapan.- Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Contoh,

Chong dan Salmah berpendapat bahawa tanpa pegangan agama yang kukuh, kepandaian boleh memusnahkan segala-galanya.

PRAKTIS 2

(i) Nyatakan dua bukti kejayaan yang telah dicapai melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. [2 markah]

98

(a) Pembinaan Jambatan Pulau Pinang(b) Kewujudan kereta nasional, proton(c) Pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang setanding dengan Negara maju(d) Menyiapkan lebuh raya nasional

(ii) Pada hemat anda, mengapakah Makhluk Utopia masih mempertikaikan kemajuan-kemajuan yang telah dilaksanakan di Malaysia. [3 markah]

- MU mempertikai atas sebab hujah-hujah pelajar-pelajar/remaja tidak memenuhi piawaian/ukuran mereka berkaitan negara model dunia. - MU memiliki pandangan yang agak berbeza serta tidak dapat dijangkau oleh pelajar-pelajar/remaja berhubung negara model dunia yang dikehendaki/dimaksudkan berdasarkan misi MU. - MU inginkan suatu kelainan yang dilakukan/inovasi oleh pelajar- pelajar/remaja yang berbeza dengan generasi sebelumnya selaras dengan perkembangan dunia masa kini yang pesat dan mencabar.

(iii) Huraikan satu nilai dalam petikan dan satu nilai lain dalam keseluruhan drama. [4 markah]

Nilai dalam petikan- Nilai keberanian mempertahankan pendirian. Contohnya, Salmah, Chong, dan Chandran

berani berhujah demi mempertahankan pendapat masing-masing.

Nilai dalam keseluruhan drama - Nilai cinta akan negara. Contoh, Salmah, Chong, dan Chandran amat prihatin/mengambil

berat hal-hal berkaitan agama, bangsa, dan negara. - Nilai baik hati. Contoh, Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi

teguran kepada penduduk bumi.

CEMPAKA BERDARAH (Drama ini keluar pada 2011)

PRAKTIS 1

(i) Mengapakah Mah Jah tidak menggunakan nama Jepun atau Orang Putih untuk anaknya? [2 markah]

- Orang Jepun jahat, ganas dan kejam- Orang Putih merupakan bekas penjajah

(ii) Pada pendapat anda, apakah tiga tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang rakyat untuk menunjukkan semangat nasionalismenya?

[3 markah]- Menghormati bendera atau lagu kebangsaan- Mempertahankan negara daripada ancaman luar- Membeli barangan buatan tempatan- Menggunakan bahasa kebangsaan

(iii) Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

Pengajaran daripada petikan- Kita hendaklah bersifat nasionalisme – Mak Jah tidak menggunakan nama penjajah untuk

anaknya

99

- Kita perlulah menyayangi anak-anak - Mak Jah menyayangi Zaman

Pengajaran daripada keseluruhan drama- Kita mestilah gigih berusaha dalam menimba ilmu untuk masa depan Contoh, Zaman gigih

menimba ilmu di universiti - Kita hendaklah mempertahankan orang yang kita sayangi. Contoh, Mak Jah dan Zaman

mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter.- Kita hendaklah kreatif dalam menghasilkan sesuatu. Contoh, Zaman mengambil akar kayu

yang mati untuk dibuat ukiran

PRAKTIS 2(i) Mengapakah Mak Jah mengatakan persekolahan Cempaka adalah cukup sekadar dapat

membezakan antara alif dengan batang kelapa? [2 markah]- tidak mampu- Cempaka seorang perempuan

(ii) Sekiranya anda ialah Cempaka, apakah usaha-usaha anda untuk memastikan anda dapat meneruskan pelajaran ke universiti? [3 markah]

- belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan baik- memohon bantuan kewangan / biasiswa- memujuk ibu / mendapat kebenaran ibu

(iii) Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

Persoalan daripada petikan- Diskriminasi antara anak lelaki dan perempuan. Contoh, Zaman belajar di universiti

manakala Cempaka sudah berhenti sekolah- kemiskinan masyarakat tempatan. Contoh, Cempaka tidak meneruskan pelajaran kerana

keluarga tidak mampu- Kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Contoh, Zaman belajar bersungguh-sungguh di

universiti dan menjadi harapan untuk mengubah nasib keluarga

Persoalan daripada keseluruhan drama- Kasih sayang sesama insan. Contoh, Mak Jah dan Zaman menyayangi Cempaka walaupun

mereka berlainan bangsa- Mempertahankan hak dengan bijaksana dan rasional. Contoh, Prof. Peter menggunakan cara

yang salah untuk menuntut adiknya Cempaka- Semangat patriotisme. Contoh, Mak Jah tidak menggunakan nama penjajah untuk anaknya

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

PRAKTIS 1

PROSA TRADISIONAL

100

(I) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan cakap berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

- memberitahu / memaklumkan pesanan/ arahan/ perintah

(II) Nyatakan sebab-sebab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung ataupun budak hitam itu.

[ 3 markah]

- menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjaga kemudi kapal - Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sudah terlalu letih

(III) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika meminta pertolongan daripada orang lain?

[ 3 markah]- supaya orang bersimpati/ berasa kasihan. - mencerminkan peribadi mulia seseorang / berbudi bahasa.- supaya mudah mendapatkan kerjasama.

PRAKTIS 2

(I) Apakah maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkan petikan di atas?

[2 markah]

- kehairanan kerana terkejut / termangu-mangu mengamati senjata tajam

(II) Perihalkan tindakan jurumudi sebaik sahaja beliau sedar dari mabuk.

[3 markah]

- Jurumudi segera mencabut kerisnya - menikam seekor daripada ayamnya. - membawa kerisnya yang berlumuran darah kepada Tuanku Nahkoda Tua. - memberitahu Tuanku Nahkoda Tua bahawa dialah yang menjaga geliung itu daripada serangan

Tuan Puteru Dayang Nuramah

(III) Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi sanggup berbohong kepada Tuanku Nahkoda Tua?

[3 markah]

- Jurumudi ingin mendapatkan ganjaran yang menguntungkannya - wang, berkahwin dengan anakanda Tuanku Nahkoda Tua, harta dll

- menunjukkan jurumudi seorang yang perkasa / perwira / pahlawan di mata Tuanku Nahkoda Tua.

- ingin dihormati / dipandang tinggi oleh semua isi geliung.

101

- ingin dinaikkan pangkat / diberikan pingat pahlawan / panglima. - Tuanku Nahkoda Tua mudah mempercayai seseorang tanpa banyak soal / menyiasat perkara

yang sebenar

MERAH SILU

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan maksud rangkai kata Jikalau ada kasih tuan.(2 markah)

- Sekiranya ada belas kasihan/ simpati(ii) Nyatakan dua alasan Megat Iskandar untuk meyakinkan Merah Silu tinggal di Buluh Telang?

(3 markah)- Mempunyai kawasan ladang yang luas- Terdapat banyak kawasan untuk kerbau mendapatkan makanan

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang?(3 markah)

- Berkelakuan sopan / berbudi bahasa- Ringan tulang / membantu- Menghormati adat / budaya setempat- Mematuhi peraturan / undang-undang setempat

PRAKTIS 2

(i) Berikan maksud rangkai kata orang yang kalah dibayar taruhannya. [2 markah]

- penyabung ayam yang tewas dikembalikan wang cagarannya.

(ii) Nyatakan tiga bukti sifat murah hati Merah Silu. [ 3 markah]

- peyabung yang kalah dikembalikan wang taruhannya - setiap peyabung pulang dengan dihadiahkan seekor kerbau- penonton turut menerima seekor kerbau.

(iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan amalan berjudi dalam kalangan masyarakat? [ 3 markah]

- Kehilangan harta benda / jatuh miskin- Berhutang- Pergaduhan - Keretakan rumah tangga

HIKAYAT INDERA NATA (Prosa keluar pada tahun 2013)

PRAKTIS 1(i) Berikan maksud rangkai kata mencita gemala

[ 2 markah]

- Mewujudkan sesuatu kuasa batin menggunakan batu bercahaya

102

(ii) Apakah reaksi raksasa laki isteri itu apabila mendapati tuan puteri ketujuh dan gajahnya hilang?

[3 markah]- sangat marah- berjalan mengikut bekas tapak gajah- mengusir/mengejar Indera Nata dan tuan puteri ketujuh

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Betara Gangga menyuruh lembur dan naga membunuh raksasa itu?

[3 markah]

- Ingin menyelamatkan Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang tuan puteri- Raksasa ingin menjadikan ketujuh-tujuh puteri sebagai makanannya- Raksasa telah membunuh banyak rakyat Rom

PRAKTIS 2

(i) Berikan maksud rangkai kata beroleh gunung emas ? [ 2 markah]

- Mendapat keuntungan/ kekayaan/ rezeki yang lumayan

(ii) Apakah janji ketujuh-tujuh tuan puteri sekiranya Indera Nata menyelamatkan mereka?[3 markah]

- Menyerahkan diri kepada Indera Nata- Rela dibawa ke Rom- Memperhambakan diri kepada Indera Nata

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai orang yang berjasa kepada kita?

[3 markah]- Mendoakan kesejahteraan / kebahagiaan hidupnya- Memberikan hadiah / penghargaan- Menziarahi ketika dia sakit- Sentiasa menghubungi / bertanya khabar

HIKAYAT KHOJA MAIMUN

PRAKTIS 1

(i) Berikan maksud pergi bermain ke pekan. [2 markah]

- berkunjung ke bandar/kota/pasar/kedai

(ii) Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang terdapat dalam petikan.

[3 markah]

103

Keistimewaan Bayan: - Bayan itu indah/cantik rupanya- Bayan itu boleh berkata-kata/bercakap- Boleh mengetahui sebarang hal yang akan berlaku dalam sepuluh hari yang akan datang.

(iii) Seandainya anda yang mendapat Bayan itu, bagaimana anda memeliharanya? [3 markah]

- Membuat tempat khas/sangkar- Menjaga makan dan minumnya- Rawatan kesihatan secara berkala

PRAKTIS 2

(i) Berikan maksud dirham itu menanggung segala pekerjaan! [ 2 markah]

- Wang menampung semua urusan.

(ii) Nyatakan tiga sebab isteri Khoja Maimun keberatan melepaskan suaminya pergi belayar. [3 markah]

Tiga sebab isteri Khoja Maimun keberatan melepaskan suaminya pergi belayar: - Balanya sangat besar/ risiko sangat tinggi- Banyak dugaan- Orang yang tidak tebal imannya akan mudah terpedaya / terpengaruh / tergoda- Jika suaminya tiada si isteri juga akan menghadapi masalah

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Khoja Maimun meninggalkan isterinya untuk pergi belayar? [3 markah]

Wajar:- Tujuannya belayar adalah untuk berniaga- memperoleh keuntungan yang banyak- memberi kesenangan kepada keluarganya- tidak mahu isterinya menghadapi kesukaran ketika dalam pelayaran- Khoja Maimun akan balik semula ke pangkuan isterinya

Tidak wajar:- Isterinya kesunyian/tiada berteman- Keselamatan isterinya terancam- Kebajikan isteri terabai

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

PRAKTIS 1

PUISI TRADISIONAL

104

(i) Terangkan maksud rangkap ketiga dalam pantun di atas. [2 markah]

- seseorang yang berbudi walaupun sedikit, namanya tetap akan diingati / disebut- sebut / dikenang

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita membalas jasa orang terhadap kita? [3 markah]

- menolong mereka apabila memerlukan pertolongan - memberi hadiah - menjalinkan hubungan yang baik dengan orang yang berjasa

kepada kita - tidak menyusahkan hidup mereka yang berjasa kepada kita - mendoakan kesejahteraan hidup mereka

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. [4 markah]

- kita hendaklah rajin menabur budi agar kita disukai orang- kita hendaklah membuat kebaikan di dunia agar dapat

meninggalkan nama yang baik selepas meninggal dunia.- kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan

berkekalan. - kita mestilah ikhlas menabur budi tanpa mengharapkan balasan

orang lain

PRAKTIS 2

(i) Apa yang dimaksudkan dengan Resam di dunia dalam pantun di atas? [2 markah]

- sudah menjadi kebiasaan - sudah menjadi adat- sudah menjadi lumrah hidup

(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat berbudi kepada orang? [4 markah]

- membantu orang miskin/anak yatim dengan menghulurkan sumbangan ikhlas

- menyumbangkan makanan dan pakaian mangsa yang ditimpa musibah

- turut serta dalam menjayakan sesuatu majlis/program - memberi bimbingan dan nasihat kepada pihak yang memerlukan

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah] - persoalan ketinggian nilai budi. - persoalan budi yang sentiasa dikenang - persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada

105

budi yang ditaburkan /budi yang mengikat hubungan sesama manusia dan menjadikan seseorang itu sangat terhutang budi.

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

PRAKTIS 1

(i) Huraikan maksud duduk termenung harimau tua, melihat kambing mencabut janggut. [2 markah]

- Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang.

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin pelajar. [3 markah]

- Bertanggungjawab / amanah pada tugas- Berdisiplin- Berilmu- Berpekerti mulia- Rajin

(iii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

- Persoalan tanggungjawab isteri terhadap rumah tangga- Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan- Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa- Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa- Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian

PRAKTIS 2

(i) Huraikan maksud apa guna beristeri cantik, kalau tak pandai menumbuk sambal. [2 markah]

- Seorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang isteri yang baik? [4 markah]

- Taat kepada suami- Sentiasa mengerjakan suruhan agama- Mengurus rumah tangga dengan baik- Pandai membawa diri / tingkah laku mulia

(ii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam puisi tersebut. [3 markah]

106

- Nilai tanggungjawab seorang isteri menguruskan rumah tangga- Nilai kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat- Nilai rasional dalam melakukan sesuatu perkara

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

PRAKTIS 1

(i) Apa yang dimaksudkan dengan pakaian anbia dan aulia? [2 markah]

- Menjadi amalan para nabi dan orang-orang yang soleh

(ii) Pada pendapat anda, mengapa orang berilmu dipandang mulia oleh masyarakat [3 markah]

- Pendapat bernas- Membantu menyelesaikan masalah/ memudah cara- Menjadi suri teladan- Berkarisma / berketrampilan

(iii) Nyatakan persoalan-persoalan yang terkandung dalam syair di atas. [4 markah]

- Ketinggian status orang yang berilmu- Kebijaksanaan orang yang berakal dalam menyelesaikan masalah- Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan- Kepatuhan kepada hukum syarak- Keikhlasan dalam persahabatan

PRAKTIS 2

(i) Berikan maksud Menjauhkan tamak hendak tawakal dalam syair di atas. [2 markah]

- Menghindarkan sifat tamak dan berserah diri kepada Tuhan

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir sebelum bertindak? [4 markah]

- Supaya tidak menyesal kemudian hari- Menghindari kesilapan- Supaya tidak bertindak mengikut emosi / nafsu- Supaya tidak menyinggung/menyusahkan orang lain

(iii) Nyatakan 3 nilai dari syair tersebut. [3 markah]

- Nilai ketaatan kepada hukum syarak- Nilai kerajinan dalam menuntut ilmu pengetahuan- Nilai kasih sayang antara satu sama lain

107

- Nilai rendah diri dalam kehidupan

SYAIR SITI SIANAH

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan tiga sifat buruk perempuan yang cuba diingatkan oleh penyair. [3 markah]

- Ketawa mengilai-ngilai - Membuang masa terlalu lama di hadapan cermin- Memakai rambut palsu - Memakai alat solek secara berlebihan- Berpeleseran dengan lelaki / bergaul bebas- Suka berjudi- Mencukur bulu roma - Berhias untuk memikat lelaki

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi mulia dalam diri anak-anak? [3 markah]

- Memberi didikan agama secukupnya- Memberikan kasih sayang / perhatian sepenuhnya- Meluangkan masa bersama anak- Menjadi suri teladan

(iii) Kemukakan tiga persoalan yang terdapat dalam syair. [3 markah]

- Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak- Persoalan ketaatan kepada Allah- Persoalan kesan buruk perjudian- Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

PRAKTIS 2

(i) Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu bersolek? [2 markah]

- Supaya mereka kelihatan cantik pada pandangan lelaki.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah wanita tidak digalakkan berhias secara berlebih-lebihan? [3 markah]

- Menjadi mangsa penjenayah/ ragut/ perogol- Membazir wang/ masa- Membangkitkan rasa cemburu/ iri hati orang lain- Bangga diri / takbur

(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang cuba diterapkan oleh penyair

108

dalam syair di atas. [4 markah]

- Nilai kesopanan – seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti tidak ketawa mengilai-ngilai. - 2m

- Nilai kesederhanaan – seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. – 2m

- Nilai ketaatan kepada agama – setiap tindakan yang ingin dilakukan haruslah berlandaskan ajaran agama. – 2m

- Nilai kesyukuran – bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan maksud Yang boleh menyerahkan diri. [2 markah]

- taat / setia kepada suami.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berhati-hati memilih sahabat? Berikan tiga alasan anda. [3 markah]

- supaya tidak terpengaruh melakukan perbuatan tidak baik- supaya mendapat kawan yang ikhlas dan jujur dalam persahabatan- supaya boleh meneladani sikap positif yang ditunjukkan kawan- supaya kita tidak dipergunakan untuk kepentingan orang lain- supaya boleh membantu semasa kita menghadapi masalah

(iii) Huraikan dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam. [4 markah]

- pentingnya memilih sahabat dengan berhati-hati agar kita mendapat manfaat daripada persahabatan tersebut / mendapat bantuan semasa kita dalam kesulitan

- perlunya menuntut ilmu untuk memudahkan kita menghadapi permasalahan dalam hidup seharian.

- kita perlu mencari seorang isteri yang taat setia dan pandai menjaga keperluan/ makan minum suami.

PRAKTIS 2

(i) Nyatakan maksud pilih segala orang setiawan. [2 markah]

- perlu mencari sahabat yang setia dalam persahabatan

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri guru yang dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid? [3 markah]

- mempunyai persediaan lengkap sebelum mengajar.- memiliki sikap humor- menggunakan pelbagai pendekatan dan bahan

109

- prihatin terhadap masalah / keperluan murid

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang boleh kita peroleh daripada gurindam.[4 markah]

- Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang

- Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita

- Kita sebagai suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar hubungan berkekalan- Kita haruslah bijak memilih kawan agar tidak dikhianati

SELOKA EMAK SI RANDANG

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan dua tindakan tidak rasional Emak Si Randang dalam seloka di atas. [2 markah]

- memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya - merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api - mengabaikan anak sendiri - berhutang untuk berbudi

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga sendiri dahulu berbanding orang lain.

Kemukakan tiga alasan anda. [3 markah] - keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita

- keluarga merupakan darah daging/keturunan kita sendiri - keluarga merupakan orang utama yang akan membantu apabila

kita berada dalam kesusahan- membantu keluarga merupakan tuntutan agama/tanggungjawab

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut. [4 markah]

- kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan /tindakan supaya tidak merugikan diri sendiri

- kita hendaklah memberikan pertolongan secara berpada-pada agar kebajikan keluarga sendiri tidak terabai

- kita hendaklah berjimat cermat supaya tidak mengalami kesusahan pada kemudian hari/supaya tidak dibebani hutang

- kita mestilah bertanggungjawab terhadap keluarga kerana keluarga ialah amanah Tuhan kepada kita

110

PRAKTIS 2

(i) Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. [2 markah]

- menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan

(ii) Sekiranya anda merupakan jiran kepada Emak Si Randang bagaimanakah anda dapat membantunya? [4 markah]

- menasihatinya supaya bertindak rasional apabila menolong orang dagang

- menyediakan makanan kepada anaknya supaya tidak kelaparan - menyuruh Emak Si Randang mengutamakan diri dan keluarga

sebelum menolong orang dagang - menasihati supaya mengurus hal rumah tangga secara berhemat tanpa boros

(iii) Huraikan tema seloka di atas. [3 markah]

- sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri – memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya - merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api - mengabaikan anak sendiri - berhutang untuk berbudi

HARGA REMAJA

PRAKTIS 1

(i) Apakah yang dimaksudkan penyajak dengan baris-baris sajak di bawah? Remaja amat mahal

SesungguhnyaTiada terbeli oleh perjanjian

[2 markah ]

- Zaman remaja merupakan zaman yang cukup berharga/ tiada nilai yang boleh membelinya.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah zaman remaja amat penting? Berikan empat alasan anda. [4 markah]

- remaja mencorakkan masa depan- remaja memperoleh pendidikan awal sebelum melangkah ke menara gading- mudah untuk membentuk keperibadian seorang pada usia remaja

SAJAK

111

- alam remaja ialah zaman transisi sebelum melangkah ke alam dewasa

(iii) Nyatakan tiga nilai keberanian yang diketengahkan oleh penyajak dalam sajak? [3 markah]

- Keberanian menyahut cabaran- Keberanian menuntut ilmu- Keberanian menegakkan pendirian

PRAKTIS 2

(i) Apakah maksud frasa ;penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju? [2 markah]

- Isilah zaman mudamu dengan matlamat hidup yang jelas.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang remaja itu mesti berilmu ? [4 markah]

- supaya mereka mudah memperoleh kejayaan /pekerjaan/ mencapai cita-cita/ cerah masa depan- dapat membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk.- akan dihormati oleh orang lain- menjadi kebanggaan keluarga

(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi tersebut. [3 markah]

- keberanian – remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran- kegigihan – remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu- kebijaksanaan - remaja perlu bijak menentukan hala tuju hidup

DI PERPUSTAKAAN

PRAKTIS 1

(i) Berikan maksud Gedung peradaban insan. [2 markah]- tempat terkumpulnya pelbagai buku ilmu pengetahuan

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang ketika berada di perpustakaan? Kemukakan tiga pandangan anda.

[3 markah] - membuat rujukan pelbagai bahan bacaan/bahan ilmu.- mengulang kaji pelajaran atau ilmu yang telah dipelajari.- membuat kajian tentang pelbagai perkara.

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [4 markah]

- perpustakaan merupakaan gedung ilmu yang wajar dimanafaatkan oleh semua - ilmu yang diperoleh hasil daripada pembacaan adalah sedikit sahaja berbanding dengan

keseluruhan ilmu di dunia

112

- persoalan cinta akan ilmu pengetahuan

PRAKTIS 2

(i) Nyatakan maksud Kepala-kepala runduk menelitiMata dan fikir bersebati

[2 markah]

- orang sedang khusyuk membaca dan berfikir

(ii) Bagaimanakah cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini? Berikan tiga cadangan anda. [3 markah]

- kempen membaca diadakan secara berterusan- ibu bapa membeli lebih banyak bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak/ hadiah buku- penerbit menghasilkan bahan bacaan yang bermutu dan dijual dengan harga yang berpatutan/

potongan harga- menyediakan perpustakaan mini di rumah

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

- kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu- kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu- kita hendaklah gigih dalam mengejar ilmu- kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan

MENGINTAI RUANG INSAF

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan maksud rangkap pertama sajak. [2 markah]

- semakin banyak dosa dilakukan menyebabkan penyajak semakin sukar untuk mendapat rahmat Tuhan

.(ii) Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan seseorang itu menjadi insaf?

Berikan tiga alasan anda. [3 markah]

- dia menghadapi kesukaran / masalah /musibah dalam hidupnya. - setelah mendapat nasihat daripada orang yang dipercayainya - dia berubah pandangan / cita-cita hidup - usia meningkat / semakin uzur

(iii) Nyatakan empat persoalan yang dikemukakan dalam sajak. [4 markah] - manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan- perlunya perasaan insaf dalam diri- perasaan kesal atas kesalahan yang dilakukan

113

- keinginan untuk bertaubat- kesukaran mendapat rahmat Tuhan akibat dosa-dosa dalam hidup

PRAKTIS 2

(i) Nyatakan maksud rangkai kata sarat khilaf. [2 markah]

- banyak kesalahan dilakukan.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang sering melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian? [3 markah]

- kurang didikan agama/ iman tidak kukuh - sikap kurang berhati-hati dalam tindakan/ cuai/ lalai- terlalu mementingkan diri sendiri- kurang pendidikan / kemahiran dalam sesuatu hal/ kurang pengetahuan- terlalu mengikut perasaan/ tidak

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang boleh kita peroleh daripada sajak. [4 markah]

- Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan.- Kita hendaklah ikhlas dalam memohon keampunan daripada Tuhan.- Kita hendaklah segera bertaubat selepas melakukan kesalahan.

MAHSURI

PRAKTIS 1

(i) Nyatakan maksud rangkai kata di bawah.Selendangmu mengibar di pantaimenyambut tetamu pulau [2 markah]

- Mahsuri menerima kedatangan para pelancong dengan tangan terbuka

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah perasaan dendam mendatangkan keburukan kepada kehidupan seseorang. [3 markah]

- menimbulkan perasaan benci- mengakibatkan permusuhan yang berpanjangan- menjejaskan keamanan hidup masyarakat dan negara- mengaibkan / menjatuhkan maruah orang yang difitnah-(iii) Huraikan dua pengajaran sajak di atas. [4 markah]

- Kita hendaklah sentiasa menghargai nilai sejarah dan sastera yang ada di negara. - Kita janganlah suka memfitnah seseorang tanpa usul periksa- Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara

PRAKTIS 2

(i) Berikan maksud rangkai kata

114

Mahsuri membesarkan langkawisastera membesarkan tanah air. [2 markah]

- Kisah Mahsuri dan peranan sastera membawa pembangunan ke atas Pulau Langkawi sehingga menjadikannya terkenal di serata dunia.

(ii) Pada pendapat anda, selain kisah kemasyhuran lagenda Mahsuri, apakah faktor lain yang menyebabkan pembangunan pesat Pulau Langkawi? [4 markah]

- terdapat kawasan menarik seperti pantai yang dijadikan sebagai pusat pelancongan.- Pulau Langkawi diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai- Pembangunan terancang oleh kerajaan.- penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa seperti LIMA Langkawi / LeTour de Langkawi

(iii) Nyatakan tiga nilai murni sajak ini. [3 markah]

- nilai menghargai tinggalan sejarah dan sastera negara.- Nilai kesetiaan seorang isteri terhadap suami- Nilai patriotisme – cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang

berjaya- Nilai kreativiti penulis – mampu mengolah kisah Mahsuri sehingga menjadikan Pulau Langkawi

terkenal

ADAT SEZAMA

PRAKTIS 1

(i) Mengapakah si tua berduka lara?     [2 markah]- memandang teruna dara berganding tanpa silu- tanpa hormat - tanpa batasan(ii) Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda tidak mementingkan adat      tradisi nenek

moyang?   [4 markah]- mereka tidak menerima pendedahan tentangnya- tiada contoh daripada ibu  bapa dan masyarakat- mereka berasa bahawa adat sezaman sudah  tidak relevan dengan perkembangan semasa /

ketinggalan zaman(iii) Huraikan tiga pengajaran sajak di atas. [3 markah] - Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar terhindar daripada

gejala tidak sihat. - Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh agar adat ketimuran terpelihara.- Kita hendaklah bijak memilih pasangan supaya terhindar daripada pergaulan bebas.

PRAKTIS 2

115

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan peradaban zaman semakin berlalu? [2 markah]

- adat dan budaya tradisi kian diabaikan / ditinggalkan

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah adat tradisi dapat dihidupkan semula dalam  kalangan generasi muda? [3 markah]

- ibu bapa menjadi suri teladan- menerapkannya dalam proses pembelajaran di sekolah - pihak media massa perlu menonjolkan kebaikan nilai murni adat sezaman  

(iii) Jelaskan dua nilai murni dalam sajak.     [4 markah]

- Nilai ketinggian budi bahasa. Contoh, pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.

- Nilai ketakwaan. Contoh, ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.

- Nilai jati diri. Contoh, gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.

TIBA WAKTUNYA

PRAKTIS 1

(i) Apakah maksud ‘merebut tunas-tunas harapan yang hijau’ dalam puisi di atas? [2 markah]

- mengambil peluang yang sedia ada untuk memajukan diri.

(ii) Pada pendapat anda, bagaimana harus kita menyemai semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak? [4 markah]

- dalam aktiviti mata pelajaran di sekolah- program/ rancangan televisyen - ibu bapa sendiri memainkan peranan menyemai semangat patriotik.

(iii) Berikan tiga pengajaran yang telah digarap oleh penulis dalam puisi ini? [3 markah]

- Kita hendaklah berani menghadapi cabaran pada zaman moden ini. - Kita mestilah mempunyai keyakinan tinggi untuk maju ke hadapan.- Kita harus memelihara adab susila dan kesantunan diri.- Kita harus berusaha untuk memajukan diri

PRAKTIS 2

(i) Nyatakan tiga ciri yang perlu ada pada wanita untuk bertapak di persada dunia. [2 markah]

- berani- yakin diri- tinggi budi pekerti

116

(ii) Pada pendapat anda, wajarkan wanita menjadi suri rumah sepenuh masa? Jelaskan. [4 markah]

- Wajar, rumah tangga tidak terabai dan anak-anak mendapat perhatian sepenuhnya.- Tidak wajar, kekurangan tenaga kerja di sektor awam dan wanita tidak dapat meningkatkan

keupayaan masing-masing.

(iii) Huraikan tema sajak ini. [3 markah]

- Usaha mengangkat martabat wanita.- wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.- Wanita perlu berani meluahkan idea ke tengah arena negara.

PRAKTIS NOVEL

Skop Soalan : TEMA dan PERSOALAN

1. Nyatakan tema dalam novel Melunas Rindu [7 markah]

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah memaparkan tema cabaran yang dihadapi seorang anak muda dalam usaha mencari identiti dirinya yang sebenar. Antara cabaran yang dihadapi oleh Fuad ialah Fuad masih tertanya-tanya tentang ibunya sama ada hidup atau mati. Kemarahan Fuad terhadap ayahnya yang mengambil mudah tentang agama juga menyebabkan Fuad tidak mahu berhubung dengan ayahnya.

2. Huraikan persoalan ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama dalam novel Melunas Rindu. [7 markah]

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat persoalan ketaatan saudara baru terhadap agamanya iaitu Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solah maghrib secara berjemaah, namun dia tetap ke surau untuk menunaikan solat isyak berjemaah. Malah ketaatan terhadap agama dilihat apabila Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail.

3. Huraikan dua persoalan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel Melunas Rindu. [7 markah]

Melalui novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat persoalan tanggungjawab. Contohnya, Farhana bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab. Selain itu, Fuad yang walaupun hanya seorang guru sandaran tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi seperti yang diharapkan oleh Cikgu Abas.

117

4. Bincangkan persoalan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ? [7 markah]

Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat persoalan mengenang budi. Persoalan ini ditonjolkan oleh Fuad yang sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, Mei Lin dan Ah Soh sebagai membalas jasa bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini. Selain itu, terdapat persoalan ikatan kasih sayang dalam keluarga iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka. Di samping itu, terdapat juga pesoalan menerima ketentuan Tuhan dengan hati yang redha. Ini dilihat dalam sikap Fuad yang menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya ialah adik kandungnya sendiri dengan redha.

5. Huraikan persoalan ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan dalam novel Melunas Rindu. [7 markah]

Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, terdapat persoalan ketabahan menghadapi cabaran. Ketabahan ini dapat dilihat apabila Fuad tabah menghadapi pelbagai dugaan khasnya sebagai seorang mualaf dia tabah belajar mendalami agama Islam. Selain itu, Fuad juga tabah menghadapi cemuhan orang kampung dan kemarahan ibu angkatnya. Malah, Fuad tabah mencari pusara ibu kandungnya. Ketabahan dalam menghadapi cabaran juga dilihat apabila Fuad tabah menerima kenyataan bahawa keinginannya untuk menyayangi dua orang gadis tidak kesampaian kerana kedua-duanya adalah adiknya sendiri.

Skop Soalan : PLOT dan TEKNIK PLOT

1. Kepelbagaian teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam sesebuah novel dapat menjadikan novel tersebut menarik untuk dibaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, berikan tiga contoh teknik penceritaan yang telah digunakan dalam novel tersebut.

[8 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat pelbagai teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang untuk menarik minat pembaca. Antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggunakan teknik pemerian ketika memerihalkan kesesakan jalan raya di bandar Kuala Terengganu.

Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik dialog dalam novelnya. Contoh teknik dialog

ialah perbualan antara Fuad dengan Farhana ketika Fuad menerangkan latar belakang dirinya kepada Farhana.

Pengarang juga turut menggunakan teknik imbas kembali. Contoh penggunaan teknik ini dapat dilihat melalui peristiwa ibu Farhana yang teringat kepada arwah suaminya, Fakaruddin yang telah meninggal dunia akibat pembengkakan pada usus.

2. Unsur kejutan mempunyai peranan penting untuk menjadikan jalan cerita sesebuah novel lebih menarik. Nyatakan dua peristiwa yang menunjukkan unsur tersebut dalam novel yang anda kaji.

[7 markah]

118

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Berdasarkan novel

tersebut, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan penggunaan unsur kejutan. Peristiwa pertama yang menunjukkan penggunaan unsur kejutan ialah ketika Fuad terkejut apabila Pak Samsuddin memaklumkan kepadanya bahawa ibunya mungkin masih hidup.

Selain itu, peristiwa kedua yang menunjukkan unsur kejutan ialah peristiwa Fuad terlihat fail pesakit kepunyaan ibu Farhana yang telah menyebabkan Fuad tergamam lantas segera mengejutkan Farhana untuk bertanya tentang ibu Farhana yang mungkin juga ibunya sendiri.

3. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang mengandungi unsur saspens. [8 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah . Terdapat banyak peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel ini. Antara peristiwa yang menyebabkan pembaca berasa saspens ketika membaca novel tersebut adalah apabila Fuad teringat akan nasibnya yang selama ini telah menganggap ayahnya sebagai bapa saudaranya. Manakala, bapa saudaranya pula telah dianggap sebagai bapanya sendiri. Peristiwa ini menyebabkan pembaca pasti tertanya-tanya punca berlaku keadaan sedemikian.

Di samping itu, kesungguhan dan keazaman Fuad mahu mencari pusara ibunya yang disangka telah meninggal dunia turut menimbulkan unsur saspens. Hal ini demikian kerana pembaca tertanya-tanya sama ada berjaya atau tidak Fuad mencari pusara ibunya.

Selain itu, peristiwa lain yang mengandungi unsur saspens adalah apabila Fuad berazam untuk mencari ibunya setelah mengetahui kemungkinan ibunya masih hidup. Melalui peristiwa ini, pembaca pasti ingin mengetahui sama ada Fuad berjaya menemui ibunya atau tidak.

4. Bahagian peleraian sesebuah novel biasanya memaparkan pengakhiran segala konflik yang dihadapi oleh watak dan cerita akan menemui kesudahannya. Bahagian peleraian juga mengandungi pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan iktibar oleh pembaca.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua pengajaran yang diperoleh daripada bahagian peleraian. [7 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa pengajaran yang diperoleh daripada bahagian peleraian novel ini. Antara pengajaran yang boleh dijadikan iktibar ialah kita hendaklah redha menerima suratan takdir. Contohnya, Fuad dan Farhana redha menerima hakikat bahawa mereka ialah adik-beradik.

Pengajaran lain yang boleh diperoleh daripada bahagian peleraian novel ini ialah kita hendaklah bersikap tenang dan bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, Fuad berusaha menenangkan dirinya dan memujuk Farhana menerima suratan takdir setelah mengetahui bahawa mereka berdua ialah adik-beradik.

119

5. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak tersebut mengatasinya. [8 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Watak utama dalam novel tersebut ialah Fuad. Watak ini telah mengalami pelbagai konflik namun dia berjaya mengatasi setiap konflik tersebut. Antara konflik yang dihadapi ialah konflik antara Fuad dengan Mak Salmah akibat tindakan Fuad yang telah melarikan Sofia. Bagi mengatasi konflik tersebut, Fuad cuba menggembirakan hati Mak Salmah dengan membawa Farhana pulang ke rumah dengan harapan kedatangan Farhana akan mengubat kesunyian dan kerinduan Mak Salmah terhadap Sofia.

Selain itu, Fuad juga berkonflik dengan dirinya sendiri kerana keinginannya untuk mengetahui ibu kandungnya yang sebenar. Oleh sebab itu, Fuad berusaha mencari pusara ibunya di Sungai Ruan. Namun, setelah mengetahui bahawa kemungkinan ibunya masih hidup, dia meneruskan usaha dengan bertemu ayahnya untuk mendapatkan gambar ibunya dan sebentuk cincin bagi memudahkan pencariannya.

Fuad juga berkonflik dengan dirinya sendiri setelah mengetahui Farhana ialah adik kandungnya sedangkan dia berhasrat menjadikan Farhana sebagai isterinya. Namun, dia berusaha memujuk dirinya sendiri dan menabahkan hati untuk redha dengan suratan takdir kerana yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Skop Soalan : WATAK dan PERWATAKAN

6. Watak utama selalunya mengungguli penceritaan dalam sesebuah novel. Bincangkan dua perwatakan watak utama berdasarkan novel yang anda pelajari.

[7 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Watak utama dalam novel ini ialah Fuad. Fuad seorang yang taat kepada perintah agama. Buktinya, seorang pemuda yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun dia seorang mualaf. Fuad juga sering pergi ke surau untuk bersembahyang berjemaah. Selain itu,sering memohon doa daripada Allah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Di samping itu, Fuad seorang yang suka membantu orang lain. Buktinya, dia membantu Borhan dalam majlis perkahwinannya dengan menanggung semua perbelanjaannya. Selain itu,Fuad juga berusaha membawa anak Borhan yang sakit ke klinik walaupun pada masa itu jam sudah menunjukkan 11 malam. Fuad juga menanggung semua perbelanjaan anak Borhan iaitu Muhammad Alif yang baru berusaha 3 bulan. Di samping itu,pada saat bapa saudara Fuad iaitu Peter Lim dan isterinya Swee Lan berada dalam kesempitan wang, Fuad telah berjanji untuk melunaskan bayaran yuran peperiksaan STPM Ah Soh dan membuka akaun GIRO untuk Mei Lin dan Ah Soh untuk memudahkan dia menyalurkan bantuan kewangan.

120

Seterusnya, Fuad seorang yang gigih berusaha. Buktinya, Fuad gigih berusaha untuk menawan hati ibu angkatnya walaupun peristiwa melarikan Sofia untuk diserahkan kepada ibu kandungnya masih terngiang-ngiang di fikiran Mak Mah. Fuad juga cuba menggembirakan hati Mak Salmah dengan membawa Farhana pulang ke rumah. Dia mengharapkan agar usahanya itu dapat mengubati kesunyian dan perasaan rindu Mak Salmah terhadap Sofia.

Fuad juga seorang yang rajin dan suka berbudi pada tanah. Buktinya,Fuad mengusahakan tanah yang dibelinya daripada Awang Sojar dengan mengusahakan tanaman jagung. Selain itu,dia juga rajin mencari kayu api di hutan untuk memudahkan Mak Limah menggunakan dapur kayu bagi menjerang air.

7. Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel. Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Watak sampingan ialah Farhana. Farhana seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Buktinya,Farhana menjaga ibunya yang terlantar di hospital dan menyuapkan bihun sup kepada ibunya. Di samping itu,selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolahnya,dia bertanggunggjawab menyediakan program untuk kecemerlangan pelajar-pelajarnya.

Di samping itu, Farhana seorang yang mudah simpati dan mudah mesra. Buktinya, dia terharu mendengar sejarah hidup Fuad dan usaha Fuad pulang ke kampong untuk mencari kubur arwah ibunya. Hubungan Farhana dengan Fuad juga sangat mesra walaupun mereka baru berkenalan. Dia juga pandai bergurau dan tidak mengambil hati walaupun kadang-kadang Fuad mengusiknya keterlaluan.

Seterusnya, Farhana seorang yang pemalu dan sopan. Buktinya, ketika berkunjung ke rumah Pak Ismail, dia juga bersikap mesra kepada Mak Salmah dan Pak Ismail. Mak Salmah memeluknya dengan erat semasa Farhana mahu pulang. Selain itu, sebagai seorang gadis yang masih mengekalkan nilai ketimuran, dia memendamkan sahaja perasaannya terhadap Fuad walaupun dia sebenarnya suka akan pemuda itu.

Farhana juga seorang yang periang dan pandai bergurau. Buktinya, ketika Fuad hendak ke tandas di Restoran Terapung, Fuad berpesan jika ada orang mahu mengusiknya, katakan kepada orang itu bahawa dia sudah bertunang,tetapi Farhana bergurau dengan mengatakan bahawa dia sudah berkahwin.

8. Huraikan dua perbezaan watak utama dengan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [8 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat perbezaan watak utama dengan watak sampingan dalam novel ini. Watak utama dalam novel ini ialah Fuad. Fuad seorang yang tinggi,segak,berwajah Melayu dan berusia 27 tahun. Fuad juga anak kepada Robert Lim.Dia dibesarkan dalam keluarga Cina dan kemudian kembali kepada

121

agama Islam. Selain itu, dia juga memiliki ijazah pengurusan perniagaan dari Amerika Syarikat.

Dari segi perwatakannya pula, Fuad seorang anak yang soleh,patuh kepada orang tua,dan baik budinya. Buktinya, Fuad membawa ibunya,Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Makkah. Selain itu, Fuad juga telah menanggung segala perbelanjaan perkahwinan Borhan dan Maznah. Di samping itu, Fuad juga seorang anak yang gigih berusaha menawan hati ibu angkatnya, Mak Salmah.

Manakala watak sampingan dalam novel ini ialah Mak Salmah.Mak Salmah isteri kepada Pak Ismail dan ibu angkat kepada Fuad dan Sofia. Mak Salmah seorang yang penyayang.Buktinya, dia amat menyayangi Sofia.Dia pernah terlantar di hospital kerana merindui pemergian Sofia yang telah kembali ke rahmatullah. Selain itu, Mak Salmah juga suka menolong Pak Ismail dan Fuad mengerjakan tanah seluas setengah ekar untuk menanam jagung.

Di samping itu,Mak Salmah juga mempunyai sifat negatif iaitu seorang yang pendendam.Buktinya, Mak Salmah masih sukar untuk memaafkan Fuad yang menjadi penyebab kematian Sofia. Dia menunjukkan sikap protesnya seperti membanting pintu,tidak mahu makan semeja dan bersikap acuh tidak acuh semasa bercakap dengan Fuad.

9. Watak utama dalam novel yang anda pelajari menghadapi konflik-konflik tertentu. Buktikan. [7 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.Konflik watak utama ialah konflik Fuad dengan ayahnya. Fuad mengalami konflik dalam hidupnya apabila mempunyai ayah yang disangkanya bapa saudara. Bapa saudaranya pula dianggap ayahnya selama ini. Kini,dia tinggal pula bersama keluarga angkat. Semua itu menimbulkan konflik kerana Fuad seolah-olah tidak mahu kembali lagi pada keluarga asalnya.Buktinya,walaupun dia sudah melupakan semua dendam nya pada keluarga bapa dan bapa saudaranya,namun hati Fuad agak keras untuk menghubungi mereka.

Selain itu, konflik Fuad dengan Mak Salmah. Fuad mempunyai konflik dalam hidupnya apabila Mak Salmah masih belum memaafkannya di atas peristiwa kematian Sofia. Buktinya,ketika di pesisiran pantai Batu Buruk,Fuad terkenangkan masa lampaunya. Dia teringatkan adiknya Sofia yang telah meninggal dunia.Dia terkilan kerana semasa hayatnya,Sofia tidak tahu bahawa mereka adik-beradik.Dia juga teringat kata-kata nista orang kampung dan dibenci oleh Mak Salmah apabila dia pulang ke Danau Seberang tanpa membawa Sofia.

Seterusnya, Fuad sentiasa ingin mencari kubur arwah ibunya di Lembah Klau atau bertemu dengan saudara mara sebelah ibu. Fuad juga selalu berkhayal mengimpikan ibu yang dikasihinya. Baginya,alangkah baiknya jika ibunya masih hidup kerana dia dapat memanggil ibu dan meluahkan kesenangan mahupun kesusahan yang dialaminya.Akhirnya,dia mengetahui ibunya masih hidup. Buktinya, sebagai langkah untuk mengetahui ibunya,dia telah menyoal siasat Farhana tentang latar belakang keluarga,tempat tinggal asal ibunya dan cincin yang disimpan ibunya.Seterusnya,Fuad juga membawa ayahnya,Robert menemui ibu Farhana untuk memastikan sama ada ibu Farhana ialah bekas isteri pertamanya.

122

Terdapat juga konflik Fuad dengan Cikgu Zamani. Fuad juga menghadapi konflik untuk menolak pelawaan Cikgu Zamani semasa Cikgu Zamani mengajaknya supaya mengikuti jemaahnya.Buktinya, Fuad telah menyuarakan isi hatinya dengan mempersoalkan tentang sebab perlunya banyak jemaah,sedangkan Islam itu satu. Fuad juga menegaskan bahawa orang-orang yang mengaku seagama,tidak harus menubuhkan dua atau tiga jemaah.

10. Pengarang menggunakan pelbagai cara untuk menggambarkan watak dan perwatakan dalam novelnya.Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan cara pengarang menggambarkan watak dan perwatakan itu.

[7 markah]

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Cara pengarang menggambarkan watak dan perwatakan adalah melalui gambaran secara langsung. Dengan cara ini pengarang seolah-olah menjadi orang yang serba tahu lalu menceritakan perwatakan watak-watak dalam novelnya. Sebagai contoh, pengarang menggambarkan watak Fuad yang gigih menghadapi dugaan hidup.

Selain itu, melalui dialog watak-watak lain. Pengarang turut menggambarkan perwatakan seseorang watak melalui dialog watak-watak lain. Sebagai contoh, pembaca mendapat maklumat mengenai watak Farhana. Perbualan antara Fuad dan Farhana yang begitu intim jelas digambarkan dalam novel ini. Fuad bertanya kepada Farhana sama ada Farhana sudah menerima kad ucapan hari jadi daripadanya. Dia juga bertanya warna kad tersebut,cantik atau tidak.

Seterusnya, melalui teknik pemerian atau penceritaan.Pengarang menggambarkan kesibukan Bandar Kuala Terengganu dengan kenderaan yang bertali arus sehingga berlaku kesesakan di jalan utama. Kedengaran hon bas dan kereta dibunyikan yang menambah kebingitan suasana. Ketika itu Fuad sedang memandu keretanya sambil mendengar alunan muzik instrumental. Dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampung apak dan mamanya di Sungai Ruan,Raub.

Selanjutnya, melalui teknik monolog dan monolog dalaman. Pengarang menggambarkan perwatakan satu-satu watak melalui watak itu sendiri sama ada watak itu berkata-kata sendiri (monolog) atau berkata-kata dalam hati (monolog dalaman). Misalnya, semasa berada di bazaar menjual pakaian dan barangan kraf bercirikan Terengganu,pembaca mengetahui bahawa Fuad ingin membelikan pakaian buat mama dan adik-adiknya.

Terdapat juga melalui teknik imbas kembali. Pengarang juga menggambarkan ceritanya melalui teknik imbas kembali. Contohnya, ketika di pesisiran pantai Batu Buruk, Fuad terkenangkan masa lampaunya. Dia teringat adiknya Sofia yang telah meninggal dunia. Dia terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak tahu bahawa mereka adik-beradik. Dia juga teringat kata-kata nista orang kampong dan dibenci oleh Mak Salmah apabila dia pulang ke Danau Seberang tanpa membawa Sofia.

Skop Soalan : LATAR

123

1. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang telah anda pelajari. [7 markah]

Novel Melunas Rindu karya Hamzah Kartini memaparkan latar masyarakat yang komited terhadap tugas. Latar ini dapat dibuktikan dengan pelakuan watak utama iaitu Fuad yang tidak berkira untuk mengadakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan. Latar masyarakat kedua ialah masyarakat yang mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Buktinya, Fuad tidak sesekali melupakan tanggungjawab sebagai muslim dengan mengerjakan solat lima waktu.

1. Berdasarkan novel Melunas Rindu, nyatakan tiga peristiwa yang membuktikan amalan toleransi dalam masyarakat merupakan salah satu latar masyarakatnya.

[7 markah]

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, peristiwa yang memaparkan sikap toleransi antara kaum dalam novel Melunas Rindu ialah peristiwa Robert Lim yang ingin mencari Fuad di Pahang.Walaupun dia dalam keadaan tergesa-gesa, Robert Lim masih sempat memberikan waktu untuk Pak Mail menunaikan solat isyak. Peristiwa kedua ialah kesanggupan Pak Ismail menemani Robert Lim mengesan Fuad yang berada di Pahang walaupun hari sudah larut malam. Peristiwa ketiga ialah perkahwinan antara Mariana dengan Roslan (Robert Lim) jelas membuktikan sikap toleransi antara dua kaum iaitu Melayu-Cina.

2. Masyarakat yang rajin bekerja antara salah satu latar yang diketengahkan oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu. Buktikan penyataan ini. [7 markah]

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, latar masyarakat yang rajin bekerja dapat dibuktikan melalui watak Pak Ismail dan Fuad. Kedua-dua watak ini rajin mengusahakan tanah yang dibeli oleh Fuad untuk dijadikan kebun jagung. Bukti kedua yang memaparkan latar masyarakat rajin dapat diungkap melalui watak Robert Lim. Beliau tetap bekerja menguruskan syarikatnya walaupun perusahaannya sedang menghadapi masalah kewangan gara-gara kemelesetan ekonomi semasa.

3. Latar masyarakat yang tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka turut mewarnai novel Melunas Rindu. Nyatakan tiga peristiwa yang membuktikan kebenaran penyataan ini.

[8 markah]

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, peristiwa pertama yang memperlihatkan sikap tidak amanah ialah tindakan Cikgu Zamani yang ponteng kelas dalam program ‘Jawab untuk Jaya’. Sikapnya ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru-guru di sekolahnya itu. Satu lagi tindakan Cikgu Zamani yang boleh dianggap tidak beramanah terhadap tugasnya ialah tindakannya menghasut guru-guru baru untuk tidak datang bertugas pada hari kokurikulum. Perbuatan sebegini tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang yang bergelar guru. Akhir sekali, perbuatan Robert Lim yang meninggalkan ibu Fuad tanpa sebab yang munasabah jelas membuktikan bahawa dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah memberikan impak kepada anaknya, Fuad.

124

Skop Soalan : NILAI dan PENGAJARAN

1. Nilai merupakan salah satu aspek penting dalam kajian novel. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [8 markah]

Nilai yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah ialah nilai kasih sayang. Nilai ini dapat digambarkan melalui watak Fuad yang sangat menyayangi ahli keluarganya walaupun Fuad sudah memeluk agama Islam. Fuad juga menyayangi keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.

Selain itu, terdapat juga nilai tolong-menolong. Nilai ini merentasi batasan agama dalam amalannya. Fuad misalnya tetap membantu kaum keluarganya walaupun mereka berlainan pegangan agama. Buktinya, Fuad sanggup membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan Mei Lin.

Seterusnya, nilai kerajinan juga terdapat dala novel ini. Berbudi pada tanah kita tidak akan rugi, itulah peribahasa yang menggambarkan sikap rajin watak Fuad dan Pak Ismail yang akhirnya dibalas dengan hasil tanaman jagung yang lumayan.

2. Setiap pembacaan novel memberi banyak pengajaran kepada pembaca. Huraikan tiga pengajaran yang anda peroleh daripada novel yang anda kaji. [8 markah]

Pengajaran yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah ialah kita mestilah mengamalkan sikap rajin kerana sikap ini akan memberikan manfaat kepada diri sendiri. Buktinya, berkat sikap rajin dan tekun Fuad mengajar di SMSS, akhirnya dia ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang akan membolehkan Fuad dilantik sebagai guru tetap dalam perkhidmatan kerajaan.

Selain itu, kita janganlah mengkhianati amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Buktinya, tindakan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas jelas memperlihatkan tindakan yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang guru.

Seterusnya, kita hendaklah mengamalkan ajaran agama yang kita anuti dengan bersungguh-sungguh. Buktinya, Fuad tidak sesekali meringankan tuntutan agama iaitu solat sungguhpun dia dalam keadaan berpergian (musafir).