28
BIL. 1 / 2014 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 3

Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

BIL. 1 / 2014 • JANUARI-MACEDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 3

SisihSusunSapuSeragamSentiasa Amal

5S

Page 2: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

editorial

Menuju 2014 Dengan Lebih Cekap

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita di beri kerahmatan untuk mengakhiri 2013 dengan pelbagai kejayaan yang dapat di tempa. Sebagai seorang Pengurus Besar di KESEDAR saya dapat merasakan detik-detik manis sepanjang berkhidmat samada sebagai Pegawai Tadbir Tingkatan Biasa dan kini sebagai Pengurus Besar. Hakikat bahawa pada 2013 banyak merakamkan pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan samada dalam bidang pengurusan, sukan, kemasyarakatan dan organisasi secara keseluruhannya. Tidak perlu saya mencatatkan satu persatu disini kerana itu adalah catatan sejarah dan saya mahu menjelang tahun-tahun mendatang khususnya 2014 ini lebih banyak kejayaan di raihkan.

Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan bermula pada tahun 2014 merupakan satu tindakan yang selama ini menjadi antara isu utama di kalangan rakyat. Antaranya 11 langkah yang diumumkan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan sebagai langkah mengelak pembaziran termasuklah pengurangan perbelanjaan kos elektrik.

Apa-apapun langkah yang diambil untuk mengurangkan perbelanjaan biarlah berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan dan ekonomikal. Kecekapan disini bermaksud menggunakan sumber-sumber yang ada secara optimum dan tidak berlakunya pembelian barang atau aset yang tidak di gunakan. Sumber-sumber yang ada sewajarnya dapat digunakan bagi memaksimumkan kualiti perkhidmatan awam bagi kebaikan atau kesejahteraan rakyat.

Dari sudut ekonomi pula, ia menandakan kita menggunakan wang rakyat berasaskan nilai untuk wang bagi setiap sen wang awam. Apabila objektif dapat di capai sepenuhnya dengan menggunakan sumber-sumber secara optimum pada kos yang ekonomik. Insya-Allah kita dapat membantu kewangan negara supaya berada pada tahap yang mampan. Maka isu ketirisan dan pembaziran dapat di bendung.

Setiap pusat tanggungjawab hendaklah mengamalkan perancangan projek atau program melalui analisis kos faedah disamping penerangan amalan pengurusan risiko di dalam sesuatu projek. Pengurangan risiko dapat mengenalpasti sektor-sektor yang memberi kesan negatif. Ia perlu melibatkan semua anggota kerja di bawah organisasi KESEDAR.

Yang demikian, saya sukacita menyeru semua tahap dan warga kerja KESEDAR supaya lebih peka kepada dasar-dasar awam yang diperkenalkan dengan mengambil langkah lebih cermat untuk tahun 2014.

Sekian, selamat menyambut Tahun 2014 dengan lebih banyak kejayaan dan kegemilangan. Terima kasih.

Pengurus Besar KESEDAR

* Sidang Editorial mengalu-alukan sebarang informasi daripada warga KESEDAR terutamanya berkaitan dengan perkembangan semasa yang melibatkan kebajikan, kelahiran, kesihatan atau kematian; tanda keperihatinan kita sebagai penjawat KESEDAR.

Selamat Menyambut

Tahun Baru 2014dari Sidang Editorial

Buletin KESEDAR

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor HAJI AHMAD ABDULLAHNURHAYATI MAT RUSOK

Editor Bersekutu KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

ABD. AZIZ AHMADMOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAHHUSNIFAISAL RAMLI

HAJI OTHMAN SETAPAHAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI

AZAHAN MAHMOODAHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

WAN JULIAWATI WAN MOHD. ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

Lembaga Kemajuan Kelantan (KKLW)

kesedarkklw

Diterbitkan oleh:Unit Komunikasi Korporat KESEDAR

Page 3: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil1/2014 telah diadakan di Pusat Sivik, Gua Musang pada 18 Januari 2014 (Sabtu). Seramai 520 orang penjawat KESEDAR telah menghadiri majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Rozali bin Isohak, Timbalan Pengerusi KESEDAR dan isteri Datin Hjh Wan Zaliha bt Wan Yusoff, YB. Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, ADUN Kuala Balah, YBhg. Dato’ Haji Mustapha bin Yaakub, Ahli-ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, YBrs. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus

Besar (Pengurusan), YBhg. Tuan Hj Abdul Rahman bin Yusoff, Pengarah Kanan Malaysia Productivity Corporation (MPC), serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Md Yunus bin Haji Abu Bakar. Majlis disajikan dengan persembahan multimedia sempena Maulidur Rasul dan seterusnya majlis berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diserikan lagi

dengan ucapan dan amanat dari YABrs. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR. Dalam ucapannya, beliau berharap warga KESEDAR dapat mengubah sikap, cara berfikir, cara bertindak agar kita dapat menjadi warga kerja yang lebih berdisiplin serta boleh menjadi contoh kepada kumpulan sasar, berintegriti, berinovatif, responsif dan matang dalam pelbagai sudut. Dalam majlis ini juga Pengurus Besar KESEDAR, telah menyampaikan amanat beliau serta meraikan kejayaan sepanjang tahun 2013. Harapan Tuan Pengurus Besar agar kejayaan

yang telah diperolehi sepanjang tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya dapat diteruskan. Tuan Pengurus Besar berharap agar Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S dapat diteruskan dan dikekalkan serta dipanjangkan ke Pejabat Wilayah Jeli dan Pejabat Wilayah Kuala Krai. Tuan Pengurus Besar juga menekankan agar semua penjawat perlulah memperluaskan lagi pengetahuan mengenai bidang kerja serta isu-isu semasa berkaitan dengan program yang dilaksanakan oleh KESEDAR.

Perhimpunan Bulanan Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

3

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 4: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

MAJLIS PELANCARAN BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP PENEROKA RANCANGAN KEMAJUAN TANAH

KESEDARoleh AZAHAN MAHMOOD

KESEDAR kini sedang melaksanakan Program Tanam Semula Sawit dan Getah di seluruh sembilan buah RKT KESEDAR dengan keluasan 10,682 hektar. Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan tanaman semula sawit di RKT Renok Baru pada tahun pembangunan 2006/2007.

Untuk memastikan kehidupan para peneroka RKT KESEDAR tidak terjejas akibat kehilangan pendapatan dari hasil sawit/getah, KESEDAR telah menyediakan bantuan sara hidup. Setiap peneroka mendapat RM1,000.00 setiap bulan selama empat tahun bagi sawit dan tujuh tahun bagi getah bermula 1 Mac 2014. Dengan itu seramai 2,210 peneroka RKT KESEDAR yang layak akan mendapat menafaat dengan adanya bantuan berkenaan. Sebanyak RM22,210,000.00 diperuntukkan bagi bayaran bantuan sara hidup bagi tahun 2014.

Berikutan dengan itu, satu majlis pelancaran bayaran bantuan sara hidup peneroka RKT telah diadakan di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan pada 1 Mac, 20014.

Majlis tersebut bermula kira-kira jam 2.30 petang dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Tuan Haji Tarmizi bin Haji Musa, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh. Selain dif-dif jemputan, majlis turut dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang peneroka-peneroka RKT KESEDAR dan ahli keluarga .

Majlis gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh bin Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang. Turut hadir dalam majlis ini ialah YABrs Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR,

YB Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah, ADUN Paloh, YB Encik Ab. Aziz bin Yusoff, ADUN Galas dan YB Encik Mat Yusoff bin Ghani, ADUN Nenggiri serta Timbalan-timbalan Pengurus Besar KESEDAR, Pengurus-pengurus Bahagian dan Pengurus-pengurus Pejabat Operasi RKT.

Majlis diakhiri dengan penyerahan Mock Cheque kepada 5 orang wakil peneroka setiap RKT KESEDAR.Agihan bantuan sara hidup tersebut dilaksanakan secara berperingkat dan akan berterusan sepanjang bulan Mac ini.

Dalam pada itu, Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail berkata, KESEDAR berterima kasih kepada YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang prihatin terhadap kesusahan peneroka melalui agihan bantuan ini.

Kehidupan peneroka terutama yang tidak mempunyai pendapatan tetap terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kerajaan pusat telah melaksanakan pelbagai langkah agar rakyat tidak terdesak dan tertekan dengan beban perbelanjaan yang semakin tinggi.

Ini membuktikan kesungguhan kerajaan menjaga kebajikan rakyat dengan baik. Setiap janji sentiasa ditepati dalam bentuk yang memberi manfaat kepada peneroka.

4

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 5: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Bagi membantu generasi kedua yang terdiri dari anak-anak peneroka RKT KESEDAR yang masih belum mempunyai rumah, KESEDAR telah mengambil inisiatif menyediakan rumah-rumah kediaman baru untuk generasi kedua yang memerlukannya. Pada tahun 2013, sebanyak dua belas unit rumah SPKR telah siap dibina iaitu empat unit di RKT Renok Baru, tiga unit di RKT Jeram Tekoh, empat unit di RKT Lebir dan satu unit di RKT Meranto.

Berikutan itu, satu majlis penyerahan kunci rumah telah diadakan di Ibupejabat KESEDAR, Gua Musang pada 17 Februari 2014. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pembangunan). Turut hadir ialah Encik E Samudin bin Basri, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian serta Pengurus-pengurus Pejabat Operasi RKT yang berkaitan.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH DI BAWAH PROGRAM

SKIM KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR)

BINA BARU RKT KESEDARoleh AZAHAN MAHMOOD

5

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 6: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

JANJI TELAH DITEPATI. Setelah selesai majlis pelancaran bayaran bantuan sarahidup peneroka RKT diadakan di Balai Rakyat Bukit Cekati baru-baru ini, KESEDAR telah mula mengagihkan bayaran bantuan sarahidup untuk setiap peneroka RKT. Mulai bulan Mac 2014, setiap peneroka akan mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM1,000.00 setiap bulan selama 48 bulan. Bagi bulan Mac ini sahaja sebanyak RM2,210,000.00 telah diperuntukkan bagi bayaran bantuan sarahidup peneroka. Berikutan dengan itu, KESEDAR telah mengadakan majlis-majlis pada 10 hingga 12 Mac 2014 bagi tujuan berkenaan.

Pada 10 Mac 2014 telah diadakan majlis penyampaian cek bayaran sarahidup yang disempurnakan oleh YB En. Mat Yusof bin Ab. Ghani, ADUN Nenggiri. Majlis diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi di RKT Renok Baru untuk peneroka RKT Renok Baru dan Meranto. Manakala sesi petang di RKT Sungai Asap untuk peneroka RKT Sungai Asap dan Jeram Tekoh.

Manakala pada 11 dan 12 Mac 2014 majlis penyampaian cek bayaran sarahidup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah, ADUN Paloh. Majlis untuk peneroka RKT Paloh 1, Paloh 2, Paloh 3, Chalil dan Lebir ini yang telah diadakan secara berasingan bagi

setiap RKT dalam DUN Paloh

oleh AZAHAN MAHMOOD

Majlis BayaranBantuan Sara Hidup Peneroka

Program Tanam Semula Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR

6

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 7: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

KELULUSAN PENYERTAAN PENERBITAN PROGRAM INTERNATIONAL STANDARD

BOOK NUMBER (ISBN)Berkat kesabaran dan ketabahan usaha yang berpanjangan tanpa mengenal putus asa, pengurusan KESEDAR akhirnya menerima kelulusan permohonan penyertaan penerbitan Program International Standard Book Number (ISBN) pada 10 Februari 2014 dari Pusat Kebangsaan ISBN Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (Program ISBN beribu pejabat di London, England). Penerbitan KESEDAR diberikan Identiti Penerbit ISBN: 978 - 967 - 12460 manakala Kategori Penerbit (Kerajaan): PNM 24.3 Jld. 51 (82). Mula diperkenalkan oleh Professor Emeritius Perangkaan di Trinity College, Dublin dan diaplikasikan oleh gedung buku dan alatulis Barat pada 1965 (sumber Wikipedia). Kemudiannya dimajukan oleh International Organization for Standardization (ISO) pada 1970 seterusnya melantik ISBN sebagai agensi pendaftaran bagi seluruh dunia.

Selain mempunyai hak penerbitan serta pengiktirafan selaku penerbit, anggota-anggota ISBN juga layak menikmati kemudahan pemakluman (melalui kod ISBN) penerbitan ke seluruh dunia, pemakluman dikalangan penerbit Malaysia didalam “Publishers International ISBN Directory (PIID)”, memperluaskan pengedaran penerbitan keseluruh negara dan dunia, pemakluman informasi penting seperti penerbit (kerajaan), isi kandungan serta kategori penerbitan dan terakhirnya penggunaan secara terkawal (isi kandungan) dan hakmilik penerbitan.

KESEDAR akan mengaplikasikan kod ISBN didalam keseluruhan penerbitan KESEDAR seperti Laporan Tahunan, Buletin, Coffee Table Book dan lain-lain penerbitan dari masa kesemasa.

oleh ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

BIL. 3 / 2013 • JULAI - SEPTEMBEREDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 10-11

INOVASIINOVASIAPC &APC &

20122012

55LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan WilayahKompleks Ibu Pejabat Kesedar, Bandar Baru Gua Musang,

18300 Gua Musang, Kelantan.Tel: 09 9132 200 • Fax: 09 9121 211 • E-mail: [email protected]

Laman Web: www.kesedar.gov.my

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATANKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Kompleks Ibu Pejabat Kesedar, Bandar Baru Gua Musang18300 Gua Musang, Kelantan.Telefon : 09 9132 200Faksimili : 09 9121 211E-mail : [email protected] Web : www.kesedar.gov.my

7

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 8: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Majlis Malam GemilangKKLW 2013

Pada 15 Januari 2014, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Satu Majlis Malam Gemilang KKLW 2013 telah diadakan. Majlis yang diadakan secara tahunan ini telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar, Pengurus Bahagian, Ketua Unit serta Ketua Pegawai Eksekutif KESEDAR telah turut sama memeriahkan majlis pada malam itu.

Majlis turut di serikan lagi dengan acara persembahan oleh agensi di bawah KKLW. KESEDAR telah turut sama memeriahkan persembahan pada malam itu dengan penglibatan kumpulan Dikir Barat KESEDAR. Dikir Barat KESEDAR telah diceriakan lagi dengan paduan suara artis dikir barat terkenal iaitu Saudara Halim Yazit.

Oleh: Sidang Editorial

8

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 9: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Penyampaian Cenderamata Kepada Pesara KKLW, Anugerah Anak Syarikat Terbaik, ,Anugerah Koperasi Terbaik dan Penyerahan Sumbangan KepadaTabung Bakti Desa turut diadakan dalam majlis tersebut.

9

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 10: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Kursus IntegrasiBerpasukanYang Efektif Pada 17-19 Februari 2014, bertempat di Felda Residence Tekam Jerantut telah diadakan Kursus Integrasi Berpasukan Yang Efektif (U in The Team). Kursus ini telah dihadiri oleh 39 orang peserta warga kerja KESEDAR dari pelbagai bahagian.

Objektif kursus ini adalah sebagai mana berikut:-•Mempelajaridanmemahamibagaimana

kumpulan kerja berfungsi.•Menghayati pentingnya bekerjasama

kumpulan demi kejayaan organisasi dan meningkatkan produktiviti serta mutu kerja.

•Berpeluanguntukmengetahuikitabolehbekerja sebagai satu kumpulan yang efektif.

Kursus ini telah dijalankan secara inclass dan outdoor. Pelbagai aktiviti berpasukan telah dilaksanakan oleh ahli pasukan termasuk membina rakit, flying fox, explore race dan night walk. Kesemua aktiviti dilakukan dalam persekitaran Felda dan peserta berpeluang menikmati keindahandan kepelbagaian jenis tanaman yang terletak dalam Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak.

Oleh: Sidang Editorial

10

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 11: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Kursus Kakitangan KESEDAR

Wajib Menuntut Ilmu Agama Dan

Kelebihannya

Bagi suku tahun pertama program latihan (kursus/bengkel/seminar) kepada penjawat telah diteruskan. Sebanyak 11 latihan melibatkan 526 peserta yang terdiri daripada semua kumpulan jawatan di KESEDAR dan kos hampir RM 30,000.00. Program latihan ini dilaksanakan mengikut perancangan yang telah disediakan. Antara program latihan yang telah dilaksanakan adalah sebagaimana berikut :-

BIL PERKARA TARIKH JUMLAH PESERTA

1 KURSUS PENYELIAAN BERKESAN PEMIMPIN KOMUNITI KKLW 20-23/1/2014 3

2 KURSUS ASAS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 27-30/1/2014 6

3 KURSUS LADANG PISANG KULTUR SARI 1 20/1/2014 3

4. BENGKEL PELAKSANAAN 5S/QE WJ 12/2/2014 60

5. SEMINAR MAWADDAH -WANITA 13/2/2014 10

6 BENGKEL PELAKSANAAN 5S/QE WKK 26/2/2014 80

7 KURSUS INVESTMENT MODULE TRAINING 25-26/2/2014 2

8 SEMINAR ANCAMAN AKIDAH PADA MASA KINI 2/3/2014 230

9 KURSUS PEMBANTU TADBIR CEMERLANG 11-12/3/2014 40

10 KURSUS KEWANGAN DAN PEROLEHAN 12/3/2014 90

11 KURSUS PERAKAUNAN BAYARAN KERAJAAN 18-19/3/2014 2

JUMLAH 526

Firman Allah Taala, maksudnya: “.. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya.” (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia’).

Hadis Kedua Puluh20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.”

21 - Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur’an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau “Sunnah” (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)”

Sumber: Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

11

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 12: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Lawatan Ketua Audit NegaraPada 19 Februari 2014, warga Lembaga Kemajuan

Kelantan Selatan (KESEDAR) berbesar hati menerima

kunjungan Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Hj.

Ambrin Bin Buang.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, ibu pejabat

KESEDAR, kedatangan Ketua Audit Negara antara

lain adalah kerana ingin mengadakan perbincangan

mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun

2013 siri dua zon timur.

Mesyuarat yang bermula jam 2 petang itu, turut

melibatkan 30 orang pegawai lain membincangkan

mengenai laporan audit bagi setiap jabatan kerajaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Audit Negara

(Negeri), Dato’ Mustafa Hj. Saman,

Pengarah Sektor Kerajaan Negeri, Tuan

Hj. Che Isa Bin Hj. Che Kob, Pengarah

Audit Negeri Kelantan, Mohd Ziadi

bin Zakaria, Pengarah Audit Negeri

Pahang, Rezuoi Bin Abdullah dan

Pengarah Bahagian Susulan Audit,

Datuk Juhari Bin Haron.

Sekitar jam 7 petang perbincangan

mengenai LKAN tamat dengan

jayanya.

Pada pukul 8.30 malam pula, Tan Sri Dato’ Setia Hj.

Ambrin Buang sempat meluangkan masa untuk

makan malam bersama warga KESEDAR.

Keesokkan harinya, 20 Februari 2014, pada jam 7 pagi,

Tan Sri Dato’ Setia Hj. Ambrin Buang bersama pegawai

dari Ibu Pejabat dan Pegawai Jabatan Audit Negara

Kelantan bertolak dari Gua Musang ke Kota Bharu.

Difahamkan pada jam 10.00 pagi berikutnya,

rombongan tiba di Kota Bharu untuk menghadiri

program Penyampaian Anugerah Empat Bintang

Akauntabiliti 2012 Negeri Kelantan.

oleh Wan Juliawati Wan Mohd Zain

12

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 13: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

oleh NIK NORSIAH ABDULLAH

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.1/2014

Tanggal 04 Mac 2014, berlangsung Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.1/2014 bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Ibu Pejabat ECER, Tingkat 17 Menara TA One, Kuala Lumpur pada jam 2.15 petang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan dihadiri oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Norlidasaidi binti Awang Teh, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Encik Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed, Pengurus Bahagian Kewangan, Encik Che Zulkifli bin Abdul Rahman, Pengurus Wilayah Kuala Krai merangkap Pengerusi MBJ (Pihak Pekerja),

Encik Mohd Fauzi bin Abd. Rahman, Pengurus Wilayah Jeli, Encik Abdul ‘Azim bin Ab Razak, Penolong Pengurus Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia dan ahli-ahli MBJ (Pihak Pekerja).

Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ahli MBJ yang baru dilantik bagi sesi tahun 2014/15 dan berharap agar ahli majlis dapat membantu pihak pengurusan untuk mengembalikan kecemerlangan KESEDAR melalui cara merakyatkan perkhidmatan iaitu ‘turun padang’ dalam menyampaikan mesej-mesej dan sumbangan-sumbangan kepada kumpulan sasar. Mesyuarat berjalan dengan penuh harmoni dan ceria.

MBJ juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan kerana memberi kepercayaan kepada ahli-ahli MBJ dalam membantu pihak pengurusan dalam merealisasikan hasrat KESEDAR untuk memacu

kawasan Kelantan Selatan agar terbilang melewati arus masa.

Ahli Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (MBJ)Bagi Pihak Pekerja Sesi 2014/15

BIL NAMA AHLI KATEGORI PENEMPATAN NO. TEL E-MAIL

1Che Zulkifli bin Abd Rahman

Pengurusan & Profesional N41 Ke Atas

Pejabat Wilayah Kuala Krai 019-9586666 [email protected]

2Mohd Fakri bin Hamzah

Kumpulan Sokongan 1 (Gred 27 – 36)

Bahagian Hartanah 019-9487317 [email protected]

3Mustary bin Md Zainal Abidin

Penolong Pegawai Rancangan Tanah (Gred G26 – G36)

Pejabat Operasi Renok Baru 012-9285769 [email protected]

4Ahmad Nasir bin Ahmad

Pembantu Tadbir (P/O) (Gred N22)

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

013-9093112ahmadnasir@kesedar.

gov.my

5Wan Mohd Nazir bin Wan Yusoff

Penyelia Rancangan Tanah (Gred G22)

Pejabat Wilayah Kuala Krai 012-9218139wannazir@kesedar.

gov.my

6Badrul Hisham bin Ahmad

Pembantu Pembangunan Masyarakat (Gred S22)

Pejabat Wilayah Kuala Krai 017-9136392 [email protected]

7Nik Norasiah binti Abdullah

Pembantu Pembangunan Masyarakat (Gred S17)

Bahagian Pembangunan Masyarakat

017-3290452niknorasiah@

kesedar.gov.my

8Wan Azizah binti Abdullah

Pembantu Tadbir (P/O) (Gred N17)

Pejabat Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan)

[email protected]

9Mohd Poat bin Mamat

Pemandu Kenderaan (Gred R3/H11)

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

013-9993975 [email protected]

10 Sabri bin Mat AkibPembantu Operasi / Pembantu Awam (Gred N11/H11)

Pejabat Wilayah Kuala Krai 019-9643671sabriakib@kesedar.

gov.my

13

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 14: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Sambutan Maulidur Rasul bersama penduduk kampung PPMS Mercu

Jaya, Tanah Puteh Dan PPMS KESEDAR Sejahtera, Chin Teck

Tahun 2014

Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiul awal tahun gajah bersamaan 14 Januari 2014, Pejabat Wilayah Gua Musang bersama Pejabat Operasi Sungai Terah telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 27 Januari 2014 bertempat di PPMS Mercu Jaya, Tanah Puteh dan pada 28 Januari 2014 bertempat di PPMS KESEDAR Sejahtera, Chin teck.

Majlis sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di PPMS Mercu Jaya, Tanah Puteh dan PPMS KESEDAR Sejahtera dihadiri seramai 200 orang penduduk kawasan tersebut. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pengurus-pengurus Bahagian, Pengurus-pengurus Wilayah, Pengurus Wilayah Gua Musang, Pengurus Pejabat Operasi Sungai Terah serta kakitangan-kakitangan Pejabat Wilayah Gua Musang.

Penceramah jemputan bagi program tersebut ialah Ustaz Mokhtar bin Yaacob Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat FELDA Wilayah Gua Musang.

Program bermula dengan solat maghrib dan solat isyak secara berjemaah dan selepas itu program ceramah maulidur rasul.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara penduduk kampung di samping dapat beramah mesra dengan pegawai-pegawai KESEDAR.

Majlis sambutan maulidur rasul ini di akhiri dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

oleh MOHD ROZAYUTI CHE SOH

Sambutan Maulidur Rasul di PPMS Mercu Jaya, Tanah Puteh

Sambutan Maulidur Rasul di PPMS KESEDAR Sejahtera, Chin Teck

14

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 15: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

MAJLIS PENYERAHAN RUMAHPROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR)

TAHUN 2013 DAN SURAT KELULUSAN BANTUAN PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP) TAHUN 2014

Solat Hajat MH370

Gua Musang – Pejabat Wilayah Gua Musang telah mengadakan Majlis Penyerahan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) Bina Baru Tahun 2013 dan Penyerahan Surat Kelulusan Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun 2014 peringkat DUN Galas, Nenggiri dan Paloh yang melibatkan penerima keseluruhanya seramai 30 orang.

Bagi DUN Galas majlis telah berlangsung pada 24 Februari 2014 di Kg. Kundur melibatkan penerima PBR seramai 7 orang dan PPP seramai 07 orang. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Encik Ab Aziz Yusoff, ADUN Galas.

Pada 25 Februari 2014 pula telah berlangsung majlis penyerahan bagi DUN Nenggiri di Kg. Lalang, Kuala Betis yang melibatkan penerima PBR seramai 7 orang dan PPP seramai 2 orang. Perasmian dan penyerahan telah disempurnakan oleh YB Encik Mat Yusof bin Ab Ghani, ADUN Nenggiri.

Manakala bagi DUN Paloh pula majlis penyerahan telah berlangsung pada 26 Februari 2014 di Kg Limau Kasturi yang melibatkan penerima penerima PBR seramai 7 orang. Majlis perasmian penyerahan telah disempurnakan oleh Encik Che Mod bin Mat Nawi, Pentadbir Mukim Paloh yang mewakili YB ADUN Paloh.

Oleh: HAJI OTHMAN SETAPA

Bertempat di Dewan Hikmah, Ibu Pejabat KESEDAR, 27 Mac 2014, telah diadakan satu majlis sembahyang hajat dan bacaan yasin sempena tragedi kehilangan pesawat MH370. Solat hajat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitangan KESEDAR. Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.

15

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Oleh: HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH

Page 16: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Program Turun Padang Penjawat KESEDAR

Di Kg Miak, Gua MusangPada 13 Mac 2014 Pejabat Wilayah Gua Musang telah mengadakan Program Muafakat Desa di Kg. Miak yang terletak 110 km dari bandar Gua Musang. Rombongan kakitangan KESEDAR seramai 48 orang dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda (Hilux, Pajero, Kembara) telah bertolak dari Ibu Pejabat KESEDAR seawal jam 07.00 pagi menuju Kg. Miak. Rombongan terlebih dahulu berhimpun di Cabang Bonanza, Lakloh, Kuala Krai. Dari situ rombongan berkonvoi melalui jalan tanah merah serta berbatu sejauh 40 km

Oleh: Haji Othman Setapa

16

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 17: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

dalam keadaan berdebu merentasi persekitaran kawasan tanah-tanah yang telah diteroka menjadi dusun buah-buahan, tanaman getah dan hutan simpan berselang seli dengan ladang swasta serta ladang rakyat. Rombongan KESEDAR sampai ke distinasi yang dituju kira pada jam 9.45 pagi dan disambut mesra oleh penduduk setempat.

Kg. Miak merupakan kg. tradisional paling pedalaman Wilayah Gua Musang bersempadankan Chalil dan Lebir di Selatan, timurnya berhampiran sempadan negeri Terengganu manakala utaranya bersempadankan Jajahan Kuala Krai. Mempunyai rangkaian kampung-kampung seperti Kg. Simpang Lepar, Kg. Lepar dan Kg. Miak dengan bilangan rumah lebihkurang 30 buah dan penduduk seramai 100 orang. Pekerjaan utama adalah sebagai penoreh getah, berkebun dan nelayan sungai. Anak-anak penduduk disini bersekolah di Sek. Keb. Sungai Rek, Kuala Krai dimana seawal pra sekolah mereka terpaksa berpisah dengan ibubapa kerana terpaksa menghuni di asrama sekolah tersebut. Program ‘turun padang’ penjawat KESEDAR bersama kumpulan sasar adalah bertujuan untuk mengerakkan silaturahim disamping menyelami

masalah dan penghidupan masyarakat setempat. Aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersih dan mengecat masjid Kg Miak. Program ini telah mendapat sambutan masyarakat setempat dengan kehadiran lebih 50 orang penduduk untuk bersama-sama bergotong royong di mana kaum lelaki di masjid manakala wanita menyiapkan juadah makan minum. Melalui program ini masyarakat desa dapat berinteraksi secara langsung dengan penjawat KESEDAR dalam suasana santai dan mesra.

Program diakhiri dengan penyampaian hamper untuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim hasil sumbangan Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) manakala Pejabat WGM menyumbangkan sejadah untuk masjid. Turut hadir Pengurus Wilayah Gua Musang, Pengurus Teknologi Maklumat, Pegawai Undang-Undang KESEDAR dan pegawai-pegawai KESEDAR serta semua kakitangan Pejabat Wilayah Gua Musang, PO Limau Kasturi dan Pengerusi bersama JKKKP Relai Utara.

17

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 18: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Keluarga KESEDAR (3K)

26 Mac 2014, bertempat di Dewan Hikmah Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang telah diadakan satu Mesyuarat Agung Kelab Keluarga KESEDAR (3K) kali ke 21. Mesyuarat Agung kali ini diadakan adalah untuk membentang dan melaporkan aktiviti kelab sepanjang tahun 2013, serta memilih Ahli Jawatankuasa kelab yang baru, Pemeriksa Kira-kira dan juga Pemegang Amanah sesi 2014/2016.

Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa kelab 3K kerana berjaya menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2013, serta mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua ahli. Beliau juga berharap suatu hari nanti kelab 3K ini menjadi sebuah persatuan yang hebat diantara agensi.

Dalam mesyuarat kali ini, Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf dan Encik Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed telah diberi mandat sekali lagi untuk menjadi Yang Dipertua Kelab dan Naib Yang Dipertua Kelab. Seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik untuk menyumbang tenaga kepada kelab ini. Tayangan video #pray4MH370 dan juga tandangan pada banner turut diadakan bagi menzahirkan rasa simpati kepada mangsa tragedi MH370.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Tuan Hj. Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan). Majlis juga turut menyediakan 50 hadiah cabutan bertuah kepada ahli yang berupa barangan elektrik untuk dibawa pulang.

18

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Oleh: HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH

Page 19: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Konvoi BerbasikalHari Wilayah Persekutuan

Kelab Berbasikal KESEDAR telah menghantar 23 peserta bagi menyertai satu konvoi berbasikal Hari Wilayah Persekutuan sempena Tahun Melawat Malaysia yang diadakan pada 9 Februari 2014 (Ahad) di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Kayuhan yang melibatkan jarak 50 Kilometer ini bermula di Dataran Putrajaya ke Stadium Bukit Jalil sebelum kembali semula ke Dataran Putrajaya. Lebih 6,000 peserta menyertai acara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bermula pada pukul 8.15 pagi dan turut

dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lebih membanggakan acara berbasikal tersebut yang merupakan program tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan dianjurkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) berjaya memecah rekod peserta teramai. Kehadiran sebanyak 6,010 peserta pada acara kayuhan tersebut telah melayakkan program itu diiktiraf sebagai salah satu rekod Malaysia.

Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

19

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 20: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

oleh AZAHAN MAHMOOD

Program Gotong Royong Dan Kerja Amal Bahagian Pembangunan Pertanian Bersama Kelab Berbasikal KESEDAR Dan Masyarakat Setempat RKT Renok Baru

Pada 20 Februari 2014 bertempat di Perkarangan

Surau Renok Baru `B’ telah diadakan Program Gotong

Royong dan Kerja Amal. Program ini dianjurkan

oleh Bahagian Pembangunan Pertanian dengan

penglibatan Kelab Berbasikal KESEDAR dan Persatuan

Wanita KESEDAR.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan

pelepasan konvoi berbasikal di Dataran Q, Ibu

pejabat KESEDAR oleh YABrs Tuan Haji Mohd Arshad

bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR. Konvoi seramai

30 orang yang terdiri dari pegawai dan kakitangan

KESEDAR yang diketuai oleh Encik Hasri Rifdi bin

Mamat @ Hamzah, Pengurus Teknolgi Maklumat,

berlepas dari Ibu pejabat KESEDAR ke RKT Renok Baru.

Program Gotong Royong dan Kerja Amal bermula

sebaik sahaja ketibaan konvoi Kelab Berbasikal

KESEDAR dan juga ahli-ahli Persatuan Wanita KESEDAR

ke RKT Renok Baru `B’.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs

Tuan Haji Fazam bin Mat lazim, Timbalan Pengurus

Besar KESEDAR (Pengurusan). Turut hadir ialah Encik

E-Samudin bin Basri, Penolong Pengurus Bahagian

20

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 21: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Pembangunan Pertanian dan kakitangan Bahagian

Pembangunan Pertanian serta Pengurus Pejabat

Operasi RKT Renok Baru. Program ini diteruskan

dengan penyampaian sumbangan kepada surau

dan ibu tunggal.

Selepas selesai perasmian, acara gotong royong

telah diadakan dengan aktiviti mengecat surau dan

membersih kawasan persekitaran. Program berakhir

dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan

secara gotong royong oleh masyarakat RKT Renok

Baru.

21

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 22: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Bulat Air Kerana Pembetung, Teguh Komuniti Kerana Muafakat oleh TG. HAYATI AKMAL TG. HITAM

Taman Wangi, Sabtu 01 Mac 2014, Jawatankuasa Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Sektor Taman Wangi yang diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Ustaz Hassan bin Bedollah serta AJK KRT telah menganjur kempen gotong royong. Turut menyertai

kempen Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Pembangunan Ekonomi dan Tuan Haji Ahmad bin Abdullah, Ketua Unit Komunikasi Korporat KESEDAR.

Tujuan kempen dianjurkan adalah untuk membersih semak samun serta pokok-pokok besar yang tumbuh liar di atas lot-lot kediaman kosong yang tidak dibangunkan. Dahan-dahan pokok telah menjangkau kediaman berhampiran dimana serpihan dan serkahan dahan dan ranting pokok sering menimpa kediaman dan cable elektrik. Selain dari itu kawasan semak samun juga menjadi tarikan anjing liar, pembiakan khinzir serta sarang ular tedung dan tedung selar (King Cobra) yang sering mengancam penduduk, khususnya suri rumah dan kanak-kanak. Lokasi pilihan pertama program di Jalan Bunga Raya memandangkan ianya jalan utama.

Gotong royong yang bermula dari awal pagi dan bersurai sebelum masuknya waktu zohor. Taman Wangi yang majoriti penduduknya terdiri dari warga kerja dan pesara KESEDAR sering melibatkan diri dalam program kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Penduduk membawa keperluan asas masing-masing termasuk gergaji berantai (chainsaw), malah ada penduduk dermawan menyediakan sebuah backhoe bersama pemandu bagi kerja-kerja mekanikal membuang bongkah-bongkah kayu besar.

Program dilaksanakan sempena pelancaran Skim Kawalan Sukarela (SKS) Taman Wangi dibawah kelolaan Jabatan Perpaduan Negara, dimana penduduk-penduduk menawarkan diri untuk berkawal pada waktu malam dari jam 12.00 tengah malam sehingga jam 5.00 pagi. Penduduk yang mendaftarkan diri untuk menyertai SKS dilindungi oleh skim insuran keselamatan Jabatan Perpaduan Negara ketika menjalani aktiviti kawalan keselamatan. Pengurusan dan pentadbiran Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Sektor Taman Wangi mendapat kerjasama dan komitmen tinggi penduduk serta sokongan pengurusan KESEDAR dan seringkali mendapat perhatian serta sokongan dari Jabatan Perpaduan Negara.

22

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 23: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Majlis Maulidur RasulRKT KESEDARPada 14 Januari 2014, bertempat di Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang, Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR telah mengadakan majlis maulidur rasul bagi peringkat RKT KESEDAR

Program majlis ini dimulai dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz Wan Omar bin Isa, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat KESEDAR. Disusuli dengan solat Isyak berjemaah dan seterusnya berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad Rasulullah s.a.w.

Majlis yang dihadiri hampir 300 orang ini yang terdiri dari peneroka-peneroka dan penduduk setempat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian serta Pengurus-pengurus Pejabat Operasi RKT.

oleh AZAHAN BIN MAHMOOD

23

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 24: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Ziarah Dan Umrah Pada 2 Februari 2014 (Ahad), seramai 96 orang jemaah umrah dari Gua Musang bertolak ke tanah suci Mekah. Pemergian diuruskan oleh syarikat pelancongan swasta bumiputra yang pejabat cawangannya di Bandar Gua Musang manakala ibu pejabatnya di Ipoh, Perak. Rombongan Umrah majoritinya disertai oleh warga kerja, pesara, warga KESEDAR serta penduduk Taman Wangi, Gua Musang. Ikut serta Tn. Hj. Ahmad bin Abdullah, Ketua Unit Komunikasi Korporat KESEDAR. Jemaah menaiki pesawat Airbus A380 Emirate dari KLIA dengan mengambil masa lebih kurang 12 jam dan transit di Dubai selama 2 jam sebelum menyambung penerbangan ke Jeddah seterusnya menaiki bas ke Mekah.

Jemaah berkampung di Hotel Abu, Jalan Ajiyad, Makatul Mukarramah pada 03 hingga 12 Februari 2014, yang jauhnya lebihkurang 600 meter jarak dengan Masjidil Haram. Terserlah wajah-wajah kesyukuran dan kepuasan jemaah, terutamanya mereka yang buat julung kalinya menjejaki tanah haram, linangan air mata tidak mampu dibendung lagi ketika mengadap Ka’abah yang penuh dengan hikmat & berkat.

Dalam kepadatan masa yang amat terhad serta kesibukan beribadah, penganjur sempat menguruskan empat Umrah dengan satu Umrah urusan jemaah sendiri disamping beberapa siri lawatan disekitar Mekah seperti Muzium Tamaddun Islam, Jabbal Rahmah, Padang Arafat (melewati Jamratul-jamratul), ladang Qurma dan Unta. Di Madinah jemaah ditempatkan di

Wan Azizah Abdullah

24

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 25: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Hotel Fairuz Grand Season yang mana jaraknya lebih kurang 300 meter sahaja dengan Masjid Nabawi. Para jemaah mengambil kesempatan mengikuti majlis/taklimat ringkas Mutawif-mutawif mengenai kehebatan masjid-masjid Nabawi, Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Othman, Saidina Ali, Masjid Qiblatain, Masjid Quba’, Perkuburan Bakit dan Makam Syuhadah di Bukit Uhud.

Rombongan jemaah telah kembali dengan selamatnya pada jam lebih kurang 3.15 petang (waktu tempatan) di KLIA, Ahad 16 Februari 2014 dengan menyimpan azam dan meneruskan doa kudus untuk kembali menziarahi kedua-dua Bandar Suci Mekah dan Madinah dengan izin ALLAH SWT.

Tidak pernah lupa para jemaah memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya menjemput ahli keluarga, rakan taulan, jiran tetangga, sahabat wargakerja KESEDAR dan seluruh umat Islam sebagai Tamu ALLAH disamping mengurniakan keharmonian serta kemakmuran yang berterusan ke atas KESEDAR, organisasi yang kita sama-sama sayangi, Insya ALLAH.

25

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 26: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

Kunjungan Balas Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) ke Istana Pagaruyung,

Padang, Sumatera, IndonesiaPersatuan Wanita KESEDAR (PWK) bersama 23 orang ahli rombongannya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Padang, Indonesia pada 18 hingga 21 Mac 2014. Program lawatan selama 4 hari 3 malam ini telah dikendalikan sendiri oleh PWK sebagai membalas lawatan Daulat Yang di Pertuan Sultan Muhammad Taufiq Thaib S.H dan Tuanku Permaisuri Putri Reno Drs. Hajjah Rahmah Almarhum Sultan Usman, Tuanku Tuo dan rombongan dari Istana Pagaruyung ke KESEDAR

pada 22 Januari 2012 yang diselitkan sebagai salah satu program tahunan persatuan.

Pada hari pertama, rombongan telah dibawa untuk mengunjungi Anai Valley Waterfall, disini rombongan dapat menikmati pemandangan air terjun yang cantik dan menarik. Rombongan juga sempat mengambil gambar keindahan semulajadi ciptaan Yang Maha Esa untuk dijadikan kenangan peribadi. Seterusnya rombongan dibawa melihat dari dekat aktiviti industri hiliran (cottage industries) yang turut menjana ekonomi penduduk setempat seperti sulaman, kemahiran dan kehalusan kraftangan disamping makanan ringan. Anggota rombongan mengambil kesempatan membeli belah tekstil dan seterusnya menikmati kelazatan makan malam hidangan nasi Padang yang tulin sebelum bermalam di Hotel Denai View Bukit Tinggi.

Pada hari kedua, rombongan dibawa ke Pasar Aur Kuning dan Kota Gadang Silver Work untuk melihat secara lebih dekat kemahiran ukiran perak penduduk setempat (yang difahamkan pernah menghantar beberapa orang tenaga pengajar ke negeri Kelantan satu masa dahulu). Penduduk Padang, khususnya di Bukit Tinggi merupakan penganut Islam tegar, di mana masjid, musalla dan pasentren (pondok-pondok pengajian Islam) mudah ditemui serta boleh dikatakan hampir semua dalam keadaan bersih dan teratur. Bukit Tinggi juga merupakan kampung kelahiran Pendita Besar Republik Indonesia, Pak Hamka serta beberapa guru-guru agama Islam yang tersohor dirantau Nusantara. Rekabentuk Minangkabau hampir mempengaruhi keseluruhan binaan kediaman dan pejabat-pejabat kerajaan (kantor).

Pasar Aur Kuning merupakan pusat membeli belah utama bagi pelancong dan penduduk tempatan, ini kerana pada setiap hari rabu peniaga diseluruh pelusuk Padang akan keluar untuk berniaga disini. Rombongan turut dibawa ke Tasik Maninjau untuk melihat pemandangan tasik yang cukup indah dan damai. Sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi mengimbau perjalanan dari Gua Musang ke Cameron Highland, sentiasa mendaki 43 kelok (selekoh tajam) dengan hawa yang dingin, jika tanaman sayur-sayuran memenuhi tanah-tanah subur, di Bukit Tinggi pula dikeliling dengan tanaman padi bukit dan dusun buah-buahan termasuk, avokado, koko, kopi, kayu manis dan cengkih di samping haiwan ternakan dan kolam-kolam ikan air tawar.

Pada hari ketiga, rombongan dibawa ke Hj. Rosma Embroidery untuk melihat cara membuat sulaman kain, disini rombongan dapat melihat sendiri cara untuk membuat sulaman pada kain

Oleh: Noriza Yusoff

26

BU

LETI

N K

ESED

AR

• J

AN

-MA

C

Page 27: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

pasang dan telekung dengan kadar yuran mampu biaya (iaitu RM2,600.00 / pelajar selama 6 bulan atau sehingga mampu membuktikan kemahiran). Difahamkan pengusaha ini pernah dan sedang memberi latihan kepada beberapa pelajar dari Malaysia, termasuk dari pekan Ciku, Gua Musang. Seterusya rombongan dibawa ke Koniko Home Industry satu lagi mercu tanda inovasi dan kreativiti masyarakat luar bandar setempat menerokai kekayaan semulajadi anugerah Pencipta Alam, rombongan di beri peluang untuk merasai kopi yang asli dimana daun kopi direndam didalam periuk besar dengan api yang kecil, untuk memastikan kopi itu sentiasa panas diteratak dilereng bukit dengan dingin bayu dan permandangan yang mengasyikan.

Klimak program, rombongan dibawa pula ke Istana Pagaruyung, istana lama yang telah dijadikan muzium, kaum ibu dan wanita tidak melepaskan peluang merakam kenangan dengan mengenakan pakaian (costume) Kerajaan Pagaruyung. Seterusnya rombongan

dibawa ke Istana Rasmi Lindungan Bulan di Sangkar Batu untuk mengadap Sultan Pagaruyung, malangnya Sultan yang menginap di kediaman di lokasi lain tidak bersempatan memenuhi aturcara. Memandangkan aturcara yang ketat dan masa tidak mengizinkan, rombongan hanya sempat merakam gambar disekeliling istana sebelum ke destinasi seterusnya.

Sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk balik pada hari keempat, rombongan sekali lagi berkesempatan untuk melawat kesan peninggalan tragedi tragis Tsunami 2010 dikawasan sekitar Pantai Padang yang menghadapi Lautan Hindi dan Jambatan Siti Norbaya sebelum bertolak ke Lapangan Terbang. PWK telah telah membuktikan keupayaan persatuan mengaturkan program khusus untuk para ahli dengan penglibatan minima dari agen pelancongan ke Padang kali ini, dan pada masa yang sama dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada ahli Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) khususnya.

27

BU

LETIN K

ESED

AR

• JAN

-MA

C

Page 28: Sisih - UTAMA Jan-Mac 2014... · MOHD RAMADHAN SULAIMAN HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH HUSNIFAISAL RAMLI HAJI OTHMAN SETAPA HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI ... tahun-tahun sebelumnya dapat

PAKEJ UMRAH 2014

SUPER EKONOMI12H10M :RM5000 (ALL IN)

Dari Februari - MeiPENERANGAN PAKEJ UMRAH SUPER EKONOMI

PAKEJ TERMASUK:Tiket penerbangan kelas ekonomi, Penginapan 4-5 sebilikPengangkutan, Ziarah 2x Mekah, Ziarah 2x Madinah, Visa, Insuran, Kursus, Beg, Buku Panduan, 10L Air Zam-zam, Makan 3x sehari

PAKEJ TIDAK TERMASUKPerbelanjaan peribadi, Bell Boy, Lebihan Bagasi, Lawatan ke Jeddah (atas permintaan)

TERMA & SYARAT- Deposit penempahan : RM1000 – 2000 seorang- Baki Bayaran mestilah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

INFO-Kanak-kanak bawah 12 tahun potongan RM200-Harga/Jadual tertakluk kepada perubahan serta TERMA & SYARAT.

UMRAH BULAN BIASA, CUTI SEKOLAH & RAMADHANBULAN BIASA SILVER GOLD

BULAN TARIKH TEMPOH HARGA DARI (RM) FLIGHT HARGA (RM) STATUS

FEB 01 Feb – 12 Feb 12H10M 5250 Qatar/EY 6450 Masih adaFEB 13 Feb – 24 Feb 12H10M 5250 Qatar/EY 6450 Masih adaFEB 17 Feb – 28 Feb 12H10M 5250 Qatar/EY 6450 Masih ada

MAC 01 Mac – 12 Mac 12H10M 5250 Qatar/EY 6450 Masih adaMAC 11 Mac – 22 Jun 12H10M 5250 Kuwait/EY 6450 Masih adaMAC 18 Mac – 29 Mac 12H10M 5250 Kuwait/EY 6450 Masih adaAPRIL 1 Apr – 12 Apr 12H10M 5250 Kuwait/EY 6550 Masih adaAPRIL 8 Apr – 19 Apr 12H10M 5250 Kuwait/EY 6590 Masih adaMEI 3 Mei – 14 Mei 12H10M 5250 Kuwait/EY 6590 Masih ada

CUTI SEKOLAH SILVER GOLD

BULAN TARIKH TEMPOH HARGA DARI (RM) FLIGHT HARGA (RM) STATUS

MAC 21 Mac – 1Apr 12H10M 5950 6950 Masih adaMEI 23 Mei – 3 Jun 12H10M 5950 Kuwait/EY 6950 Masih adaDIS 16 Dis – 27 Dis 12H10M 5950 Kuwait/EY 6950 Masih ada

RAMADHAN SILVER GOLD

BULAN TARIKH TEMPOH HARGA DARI (RM) FLIGHT HARGA (RM) STATUS

AWAL 29 Jun – 10 Jul 12H10M 6250 MH/EY 12000 Masih adaP’TENGAH 08 Jul – 19 Jul 12H10M 6550 MH/EY 12000 Masih ada

AKHIR 18 Jul – 30 Jul 13H11M 8250 MH/EY Pakej ini disediakan berdasarkan permintaan pelangganSEBULAN 28 Jun – 31 Jul 33H31M 9150 MH/EY

SYAWAL 24 Jul – 04 Ogos 13H11M 5250 MH/EY 6250 Masih adaNota : Harga pakej SILVER & GOLD tidak termasuk Makan & Minum

PENERANGAN PAKEJ SILVER & GOLDPAKEJ PENGINAPAN MEKAH PENGINAPAN MADINAH

SILVER Dar Al Rahman Dana / Qasrul Ahdhor al Zahabi / setaraf (Jarak : 400-500m)

Mubarak Madinah / Mawadah Safwa / Wasel reem( Jarak : 80-150m)

GOLD

Swiss Hotel / Fairmont Clock Tower / Hilton Hotel / setaraf 5*hotel (Jarak : 50-100m)-SARAPAN SAHAJA

Mubarak Madinah / Mawadah Safwa / Wasel reem ( Jarak : 80-150m)-TANPA MAKAN

TAMBAHANPAKEJ BILIK BERDUA BILIK BERTIGA MAKAN NOTASILVER RM 900 RM 600 RM 350 -Pakej Silver termasuk makan dan minum

GOLD RM 1900 RM 1000RM 1000 Sarapan di hotel, Makan Tengahari dan Asean Buffet/

Packing FoodRM 1900 Buffet Hotel 5 Bintang

KESEDAR TRAVEL & TOURS SDN.BHBz13,BazarHentianKesedar,BandarBaruGuaMusang,18300GuaMusangKelantan.•Tel:09-9126366•Faks:09-9136344•Email:[email protected]

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa bagi SUAMI ISTERI (45 TAHUN KE ATAS) / LELAKI BERUMUR (17 TAHUN KE ATAS) / WANITA (45 TAHUN KE ATAS) ialah ;

1. Passport (Original) 2. Gambar (berukuran visa) 4 keping 3. Buku/surat suntikan kesihatan

Bagi mana-mana jemaah wanita kurang dari 45 tahun, dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa umrah ialah ;

Suami Isteri :• Passport(Original)• Gambar(berukuranvisa)4keping• Buku/suratsuntikankesihatan• Salinansijilnikah;(coppengesahandariJabatanAgamaIslam&

Wisma Putra, Putrajaya)

Bapa kandung/adik beradik lelaki kandung/ Datuk kandung • Passport(Original)• Gambar(berukuranvisa)4keping• Buku/suratsuntikankesihatan• Salinan sijil lahir & dokumen sokongan (cop pengesahan diJabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya)

Bapa saudara kandung• Passport(Original)• Gambar(berukuranvisa)4keping• Buku/suratsuntikankesihatan• Sijillahirjemaah,sijillahirbapa,&sijillahirbapaSaudara,dokumen

sokongan (surat akuan sumpah) & surat izin bapa jemaah (LETTER OF CONCERN)

*surat ini akan dikeluarkan oleh pihak MRTS.