Author
weyzz76
View
284
Download
0
Embed Size (px)
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
1/15
2.1 Institusi pemerintahan
2.1.2 Pembesar
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
2/15
oleh :Pn Hjh Alawiah bt Abd Ghani (1)Pn Sapinah bt Dollah (SMKPC 1)
En Abdullah bin Seman (SMKPC 1)Pn Rosnah bt Samah(SMKB)
Pn Sharidah bt Hamad(SMKB)YM Tg. Adnan b Raja Abdullah(SMKB)
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
3/15
PengenalanSistem pembesar di China masih
mengamalkan system feudal. Berdasarkan
system ini pembesar mempunyai kuasa yang
terhad dan bergantung kepada sokonganraja atau maharaja. Dalam masa yang sama
pembesar mempunyai tanggungjawab
terhadap pengikutnya dan ini penting bagimelaksanakan tugasnya terhadap raja.
Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan
sistem pembesar di China.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
4/15
Sistem pembesar di China Di China semasa pemerintahan Manchu,
pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat
pusat dan pembesar peringkat wilayah. Kebanyakangolongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus
Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Terdapat juga
pembesar daripada kalangan golongan bangsawan
atau tentera yang dilantik oleh maharaja
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
5/15
Golongan pembesar merupakan golongan bangsawan
memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh
maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah
masing-masing.
Golongan pembesar semasa Dinasti Manchu adalah
mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan
awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan
Bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan
peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharajasendiri.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
6/15
Raja bertugas mengawal dan menyokong pembesar-
pembesar di luar pusat pemerintahan dan pembesar-
pembesar dikatakan pelindung-pelindung bagi raja.Ini bermakna bahawa raja harus menolong wakil-
wakil atau pembesar-pembesar dalam kes-kes
mereka diserang musuh. Pergaduhan antara
pembesar-pembesar sering berlaku kerana inginmemperluaskan kuasa.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
7/15
Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan
ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting
yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.
Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial
Secretariat dan Imperial Cancelory.
Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan
dilaksanakan diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akandipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di
Jabatan Hal Ehwal Negara
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
8/15
Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk sepertiJabatan Kakitangan, Jabatan Upacara, Jabatan Tentera,Jabatan Kehakiman dan Jabatan Kerja Awam.
Golongan Gentri merupakan pembesar tempatan yangmembantu pembesar-pembesar peringkat wilayah.Mereka ini sebenarnya golongan sarjana tetapiberkhidmat secara sukarela kepada pembesar kerajaan.
Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengahantara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata dikawasan mereka sendiri.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
9/15
Terdapat juga pembesar yang bukan golongan
bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah
kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri.
Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka
sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan
kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
10/15
Pembesar dan Ulama Islam di China- terdapat jugapembesar yang merupakan ulama Islam di China sepertiCheng Ho- Ma Huan menghasilkan buku Ying Yai
Syeng Ian.- Liu Zhi penulisan buku ilmu tauhid,falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain. Karyabeliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku inimengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam,kejadian makhluk dan keEsaan Allah.- Ma Hua-Lungpemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikanChin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
11/15
Sistem Pembesar di Russia Peter the Great merupakan pemerintah Russia antara
tahun 1689 hingga tahun 1725. Dalam era
pemerintahannya, beliau melakukan pelbagai
pembaharuan untuk membolehkan empayar Russia
mencapai kemajuan setanding dengan negara Eropah
yang lain.
Peter telah menyusun semula sistem pentadbiran Russia
yang diwarisi sejak era Moscow dan dinasti Rurik.
Pembesar di Russia terdiri daripada bangsawan yang
dilantik oleh raja untuk membantu pentadbiran negara.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
12/15
Pada era Moscow, badan pemerintahan dan pentadbiran
yang bertanggungjawab membantu urusan seharian ialah
Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi.
Duma ialah majlis penasihat tertinggi yang dianggotai
oleh para bangsawan paling kanan dan bertindak
menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan
meluluskan dasar tertentu, dan sistem kehakiman.
Namun kata pemutus masih terletak di tangan raja/tsar.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
13/15
Zemskii Sabor merupakan majlis penasihat yang
dianggotai antara 40 50 orang bangsawan, tetapi
kuasanya adalah rendah daripada Duma.
Prikazi merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan
dasar yang diluluskan oleh Duma.
Peter the Great telah menyusun semula pentadbiran
Russia. Tujuannya supaya sistem pentadbiran ituberpusat dan seragam, cekap, dan tidak berlaku
penindihan kuasa antara institusi tertentu.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
14/15
Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sabor digantikan olehmajlis Senate. Majlis ini mempunyai anggota seramai 9 orang.
Colleges juga dibentuk untuk membantu memikul beban tugas
Senate yang semakin berat. Pada tahun 1718, tanggungjawab membuat keputusan secara
kolektif telah ditekankan. Prinsip ini menggantikan Prikazi yanglebih memberi laluan kepada individu tertentu untukmembuat keputusan.
Pegawai-pegawai tinggi Russia diminta oleh Tsar Peter theGreat supaya mencukur janggut dan mewajibkan merekaberpakaian ala Jerman dan Hungary. Peraturan ini diwajibkanterhadap semua masyarakat Russia.
7/29/2019 Sis. Pembesar China & Russia
15/15
Kesimpulan Peranan pembesar di China dan di Russia sangat penting
dalam membantu Maharaja dan Tsar memerintah.
Bagaimanapun mereka mempunyai kuasa yang terhad
tertakluk di bawah kuasa dan arahan Manchu di China
dan Tsar di Russia.
Di China disebabkan adanya peperiksaan awam
membolehkan mobility sosial berlaku. Namun demikian
untuk melepasi system peperiksaan itu amatlah sukar
kerana semuanya dikawal dengan ketat.