48
1 SIRI 3/2018 ISSN2180-2513 TRANSFORMASI APMM: LIMA WILAYAH DISTRUKTUR KEPADA 13 NEGERI MARITIM (M/S 10) RM 29 JUTA SYABU DIRAMPAS (M/S 12) 14 PEROMPAK ASING DITUMPASKAN(M/S 14) 22 BUAH BOT NELAYAN ASING DITAHAN (M/S 16-21)

SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

  • Upload
    ngokien

  • View
    251

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

1

SIRI 3/2018

ISSN2180-2513

TRANSFORMASI APMM:LIMA WILAYAH DISTRUKTUR

KEPADA 13 NEGERI MARITIM(M/S 10)

RM 29 JUTASYABU DIRAMPAS (M/S 12)

14 PEROMPAK ASINGDITUMPASKAN(M/S 14)

22 BUAH BOT NELAYAN ASINGDITAHAN (M/S 16-21)

Page 2: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

2

KANDUNGAN1. PERISTIWA 6

2. PENGUATKUASAAN 12

3. PENDIDIKAN 34

4. AGAMA 36

5. RENCANA 38

6. CARILAMAT 40

7. KISAH BENAR 44

8. AKTIVITI 46

Page 3: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

3

Page 4: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

4

EDITORIALPENAUNG

LAKSAMANA MARITIMDATO’ SRI ZULKIFILI BIN ABU BAKAR

PENASIHATLAKSAMANA MADYA MARITIM

DATO’ INDERA MOHD TAHA BIN IBRAHIM

KETUA EDITORDATO’ ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD

TIMBALAN KETUA EDITORPUAN HJH FARIDAH BINTI SHUIB

EDITORENCIK ADELI BIN HUSSIN

PUAN EDLYN ELLYNA BINTI ZOLKAFLI

PENULIS TAMUKEPTEN MARITIM CHE ENGKU SUHAIMI BIN

CHE ENGKU DAIK–AMSASPW I (M) RAMLI BIN ISMAIL-CAWANGAN SUMBER

MANUSIAPUAN NOR IZAHWATI BT IBRAHIM- UNIT INTEGRITI

CIK PUAN ADLINNA ABDUL ALIM

JURU GAMBARLK (M) MUHAMMAD FITRI BIN ELIAS

LK I (M) ZULHILMI BIN OTHMAN

KORESPONDENPRO WILAYAH MARITIM UTARA

PRO WILAYAH MARITIM SELATANPRO WILAYAH MARITIM TIMUR

PRO WILAYAH MARITIM SABAH DAN LABUANPRO WILAYAH MARITIM SARAWAK

REKA BENTUK GRAFIKCIK PUAN NOR ATIKAH BINTI AB SAMAD

PENYELARAS & PENGIKLANANBM (M) ISMAIL BIN YAKOP

PERCETAKAN & PENGEDARANPW II (M) ZALI BIN KADI

LK (M) SALLEH BIN BADOR

Mengalu-alukan sumbangan rencana dan berhak menyunting selagi tidak mengubah isi penulisannya.

Sumbangan rencana boleh disalurkan kepada:Emel: [email protected]

Faks: 03-89411000Alamat: Unit Komunikasi Korporat

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Perdana Menteri Aras 10, One IOI Square

IOI Resort 62502 PUTRAJAYA

NOTA KETUA EDITOR

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN MOHAMADTimbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

Salam 1Maritim Perkasa, alhamdulilah dengan kurnia dan izin Allah S.W.T, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dapat menerbitkan Majalah Siri 3/2018 yang mana merangkumkan peristiwa, penguatkuasaan, carilamat dan aktiviti yang dijalankan oleh Maritim Malaysia sepanjang bulan April hingga Jun 2018, dimuatkan dalam bagi tujuan menghebahkan kepada semua jaringan yang berkepentingan dengan agensi agar mendapat maklumat dan info yang terkini berkaitan dengan agensi secara tepat. Penerbitan kali ini memfokuskan kes-kes besar yang telah berjaya ditumpaskan oleh Maritim Malaysia itu sendiri dalam menunjukkan kecekapan anggota Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas-tugas yang berprofail tinggi, diantara kes yang besar adalah seperti berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu seberat 401 kilogram dengan nilai harga pasaran semasa berjumlah RM29 juta di perairan negeri Perlis berhampiran sempadan Malaysia - Thailand pada 23 Mei 2018 yang lalu. Kejayaan ini adalah hasil daripada Op Pagar Laut yang dilancarkan sempena bulan Ramadhan dan Syawal.

Kes yang kedua terbesar ialah kejayaan anggota Maritim Malaysia memberkas 14 orang perompak dengan menumpaskan mereka di atas kapal MT Lee Boo kira-kira jam 6.25 pagi, lebih kurang 25 batu nautika dari Pantai Mersing dalam perairan Malaysia pada 1 Jun 2018, yang melibatkan tujuh anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) bersama kru helikopter AW 139 yang berlepas dari kuantan ke perairan Mersing pada jam 4.00 pagi bagi menjejaki perompak tersebut, sehingga penemuan kapal tersebut.

Selain daripada dua kes tersebut Maritim Malaysia juga telah banyak membuat tangkapan terhadap bot nelayan asing terutamanya Vietnam yang telah menceroboh masuk ke perairan negara.

Dari sudut nelayan tempatan pula, banyak tangkapan dilakukan ke atas bot pam yang terbabit dalam aktiviti mengebom ikan di kawasan-kawasan larangan.

Justeru itu, agensi ini menyarankan orang ramai untuk menyalurkan lebih banyak maklumat bagi membantu membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan negara

Assalamulaikum WBT

Page 5: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

5

Page 6: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

6

PER

ISTI

WA

Usaha dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilaksanakan pihak Maritim Malaysia dihargai apabila empat anggota Cawangan Operasi Udara (COU) agensi ini menerima penghargaan dari sebuah syarikat pereka pesawat terkemuka dunia Airbus Malaysia.

Tiga lagi mereka yang menerima anugerah ini adalah Lt (M) Assuat Hassan, Bintara Muda (M) Saifulazri Che Amin dan Laskar Kanan (M) Muhammad Nurhayyat. Anugerah disampaikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili AbuBakar bersama Ketua Airbus Malaysia Raymond Lim.

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Asia (NATSEC) 2018 yang diadakan

pada 16hb sehingga 19hb April 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) berjaya menarik seramai 50 ribu pengunjung. Maritim Malaysia tidak ketinggalan untuk turut serta bersama menyertai acara pameran dwi tahunan ini yang telah diadakan sejak tahun 1988.

Selama empat hari di MITEC, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar bersama Timbalan Ketua Pengarah Logistik Dato’ Tan Kok Kwee dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia Dato’ Abdul Rahman Mohamad bagi menyertai pameran berprestij yang terbesar di rantau Asia ini. Tidak ketinggalan juga gerai pameran Maritim Malaysia yang terletak di tingkat tiga ini turut menjadi tumpuan pengunjung

bagi mendapatkan info dan maklumat mengenai agensi ini. Gerai pameran ini turut menerima kunjungan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pejabat Ketua Pengarah Maritim Malaysia di sini tidak putus-putus menerima kunjungan hormat dari tetamu antaranya kunjungan dari Singapore Police Coast Guard Komander Hsu Sin Yun, Captain Joey Damasa Velarde dari Philiphine Coast Guard, Timbalan Pesuruhjaya Operasi Australian Border Force (ABF) Clive Murray, Ketua Pengarah Pentadbiran Marin Myanmar Thuang Kyaing, Major General Nguyen Van dari Vietnam Coast Guard dan kunjungan oleh Ketua Pertahanan dan Pertubuhan Keselamatan United Kingdom Simon Everest.

EMPAT ANGGOTA CAWANGAN OPERASI UDARA TERIMA ANUGERAHDARIPADA AIRBUS MALAYSIA DI PAMERAN DSA 2018

Page 7: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

7

PERISTIW

A

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar turut mengunjungi gerai-gerai pameran yang ada sepanjang pameran edisi kali ke-16 ini berlangsung. Pada pameran ini juga turut menyaksikan Maritim Malaysia sekali lagi menjalin kerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi membolehkan kerjasama berbentuk kursus dan latihan diadakan bagi memantapkan lagi kemahiran dalam melaksanakan tugasan menjaga keselamatan

dan keamanan perairan negara.

Sempena Pameran DSA kali ini, sebuah sidang media Memorandum Persefahaman (MOU) mengenainya diadakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar bersama Ketua Perwakilan JICA Fukuwa Kensuke dan wakil dari kedutaan Jepun diwakili Kaunselor Ekonominya Kazushi Izuchi. Kerjasama ini akan berlangsung selama tiga tahun bermula pada 21hb Mei nanti yang akan dijalankan di Akademi

Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan Pahang dan di Ibu pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya.

Menurut Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar pameran ini adalah medium pendedahan teknologi baharu berkaitan pertahanan dan keselamatan yang harus kita ketahui. Bagi yang terlibat pada pameran ini pula berpendapat peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan.

Page 8: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

8

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengumumkan kenaikan pangkat kepada 171 orang Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia, Pentauliahan Beret Merah PTK serta pencapaian semasa terbaik Op Pagar Laut sepanjang dilancarkan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Auditorium Ibu Pejabat, Maritim Malaysia Putrajaya pada 11 Jun yang lalu. Majlis ini telah dilaksanakan oleh YBhg Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia dan Timbalan – timbalan Ketua Pengarah sambil disaksikan oleh warga maritim melalui video conferencing seluruh negeri. Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia menjelaskan, “pada hari ini seramai 171 orang anggota penguat kuasa lain - lain pangkat telah dinaikkan pangkat. Mereka terdiri daripada 17 orang Pegawai Waran II (M) diberi pemangkuan ke Pegawai Waran I (M), 24 orang Bintara Kanan (M) diberi pemangkuan ke Pegawai Waran II (M), 43 orang Bintara Muda (M) diberi pemangkuan ke Bintara Kanan (M) dan 87 orang Laskar Kanan (M) diberi pemangkuan ke Bintara Muda (M)”

Bermula Januari hingga Jun 2018, jumlah kenaikan pangkat pegawai LLP ialah seramai 685 orang di seluruh negara, angka ini tidak termasuk 182 orang calon yang masih dalam pertimbangan untuk dinaikkan pangkat daripada Laskar Kelas I (M) ke Laskar Kanan (M) yang dijangkakan berlaku pada Oktober 2018 nanti. Agensi ini amat mengambil berat urusan kenaikkan pangkat pegawai dan anggota lain-lain pangkat kerana ia merupakan perkara utama dalam pembangunan modal insan dan kapasiti Maritim Malaysia. Tambahnya lagi, pada hari ini juga Maritim Malaysia telah menyampaikan ‘beret merah’ kepada 14 pegawai Pasukan Tindakan Khas (PTK) iaitu 1 x Pegawai, 2 x Laskar Kanan (M), 10 x Laskar Kelas I (M) dan 1 x Laskar Kelas II (M) yang baru menamatkan kursus asas komando bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL) bagi menyertai Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia. Penyampaian beret merah ini menandakan

bahawa 14 pegawai PTK baru ini secara rasminya adalah pegawai PTK Maritim Malaysia. Kesemua mereka telah tamat menjalani kursus asas komando di KD Panglima Hitam, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dari 20 November 2017 sehingga 14 April 2018 lalu. Sepanjang kursus, para pelatih telah menjalani pelbagai peringkat latihan di antaranya peringkat hutan, paya dan laut. Penambahan ahli anggota PTK yang baharu ini akan memberi impak yang lebih baik bagi Maritim Malaysia dalam menjayakan operasi-operasi berprofail tinggi.

171 LLP NAIK PANGKAT, 14 PTK DITAULIAH “BERET MERAH”

PER

ISTI

WA

Page 9: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

9

Sempena bulan ramadhan serta musim perayaan ini Maritim Malaysia telah merasmikan Operasi Pagar Laut 1/2018 pada 24 Mei yang lalu bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya. Op Pagar Laut 2018 ini merupakan salah satu usaha agensi bagi membanteras dabn mengekang akan perlakuan-pelakuan kesalahan jenayah dilaut seperti Penyeludupan, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Rompakan dan Pencerobohan Bot Nelayan Asing. Semenjak dilancarkan OP Pagar Laut pada 24 Mei sehingga 30 Jun 2018 berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine ataupun syabu seberat 401 kilogram dengan nilai sebanyak 29 juta ringgit di Kuala Perlis. Ia merupakan rekod rampasan dadah terbesar yang dicatatkan Maritim Malaysia setakat ini.

Tangkapan ini juga telah memecah rekod jumlah rampasan dadah khasnya di perairan negara”. “Selang beberapa hari selepas itu, pada awal pagi 1 Jun 2018, sekali lagi Maritim Malaysia berjaya menumpaskan cubaan merompak kapal tangki MT Lee Bo di perairan Mersing, Johor. Operasi gempur yang dilaksanakan pada subuh hari itu berjaya memberkas seramai 14 orang perompak warganegara Indonesia bersama hasil rompakan mereka. Atas kerjasama erat bersama Western Fleet Quick Response (WFQR) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL) berjaya menangkap 3 individu dipercayai dalang rompakan MT Lee Bo di Batam, Indonesia. Menurut Statistik Op Pagar Laut 1/2018 berjaya membuat tangkapan sebanyak 87 manakala pemeriksaan 2 368. Selain itu, Maritim Malaysia

juga tanpa gagal berjaya melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan terhadap pencuri hasil laut negara. Ini dapat dilihat dengan konsisten Agensi ini telah menahan lebih 10 bot nelayan asing Vietnam yang memasuki pantai Timur di sepanjang Ramadan ini. Kejayaan ini amat bermakna kerana pegawai dan anggota-anggota Maritim Malaysia yang terlibat dalam operasi penguatkuasaan di seluruh negara kerana usaha mereka menjalankan tanggungjawab tidak mengira siang dan malam meskipun pada bulan Ramadan telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan untuk negara dan rakyat Malaysia. Kejayaan ini menunjukkan ketegasan serta komitmen yang tinggi dalam memerangi segala aktiviti jenayah di laut.

PERISTIW

A

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN OP PAGAR LAUT 1/2018

Page 10: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

10

PER

ISTI

WA

Agensi Pengukatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membuka lembaran baru dalam sejarah penubuhannya dengan penamaan semula kawasan operasi maritim kepada konsep negeri. Langkah ini dilancarkan pada 7 Mei lalu. Dengan penstrukturan ini, konsep wilayah, daerah dan pangkalan maritim tidak lagi digunakan oleh agensi penguatkuasaan tersebut. Dengan penstrukturan ini, lima wilayah asal – Wilayah Maritim Utara, Wilayah Maritim Selatan, Wilayah Maritim Timur, Wilayah Maritim Sarawak and Wilayah Maritim Sabah serta Labuan akan digantikan dengan 11 buah negeri iaitu Negeri Maritim Kedah dan Perlis, Negeri Maritim Pulau Pinang, Negeri Maritim Perak, Negeri Maritim Selangor, Negeri Maritim Selangor,Negeri Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Negeri Maritim Johor, Negeri Maritim Terengganu, Negeri Maritim Pahang, Negeri Maritim Kelantan, Negeri Maritim Sarawak, dan Negeri Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 16 Zon Maritim dan 7 Pos Maritim diwujudkan bagi menyokong Negeri Maritim yang ditubuhkan. Zon-zon maritim berkenaan adalah Zon Maritim Tanjung Sedili, Zon Maritim Batu Pahat, Zon Maritim Mersing, Zon Maritim Kuala Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Sandakan,

Zon Maritim Tawau, Zon Maritim WP Labuan, Zon Maritim Kudat, Zon Maritim Lahad Datu, Zon Maritim Semporna, Zon Maritim Miri, Zon Maritim Tanjung Manis, Zon Maritim Kuala Kurau, dan Zon Maritim Kemaman. Manakala Pos-pos Maritim yang diwujudkan terdiri daripada Pos Maritim Pengerang, Tanjung Gemok, Felda Sahabat, Beluran, Indera Sabah, Semantan, dan Pangkalan Kubor. Pengstrukturan semula ini adalah salah satu langkah komprehensif pihak Maritim Malaysia nagi memastikan bahawa pengurusan kawasan maritim berada dalam keadaan optimum bagi memastikan tenaga kerja Maritim Malaysia sentiasa berada dalam keadaan siap siaga. Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (Maritim) Dato’ Sri Zulkifili Bin Abu Bakar, langkah penstrukturan ini diambil bagi agar Maritim Malaysia kekal berdaya saing serta selari dengan dasar transformasi negara. Menurut beliau lagi, penstrukturan semula agensi ini juga tepat pada masanya iaitu di saat agensi diberi mandat bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang di perairan bahkan juga telah diberi mandat untuk melaksanakan pengawasan di ruang udara maritim negara. Di majlis yang sama, Dato’ Sri Zulkifli menyempurnakan pemakaian pangkat secara ’khas untuk penyandang’ daripada pangkat Laksamana Pertama Maritim kepada Laksamana Muda Maritim kepada tujuh orang pegawai kanan. Pegawai-pegawai yang terlibat adalah Laksamana Muda Maritim Dato’ Ismaili bin Bujang Pit, Laksamana Muda Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Aliyas bin Hamdan, Laksamana Muda

Maritim Dato’ Abu Bakar bin Idris, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar, Laksamana Muda Maritim Ibrahim bin Mohamed, dan Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan. Sementara itu, seramai 11 orang pegawai kanan telah terpilih untuk menyandang jawatan Pengarah Maritim Negeri. Mereka terdiri daripada Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som, Pengarah Maritim Negeri Sabah & WP Labuan; Laksamana Muda Maritim Dato’ Ismaili bin Bujang Pit, Pengarah Maritim Negeri Sarawak; Laksamana Muda Maritim Dato’ Abu Bakar bin Idris, Pengarah Maritim Negeri Johor; Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar, Pengarah Maritim Negeri Pahang; Laksamana Pertama Maritim Hj Rozali bin Mohd Said, Pengarah Maritim Negeri Kedah & Perlis; Kepten Maritim Wan Mat bin Wan Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Perak; Kepten Maritim Abu Zaki bin Mohammad, Pengarah Maritim Negeri Selangor; Kepten Maritim Amran bin Daud, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan; Kepten Maritim Nurul Hizam bin Zakaria, Pengarah Maritim Negeri Kelantan; Kepten Maritim Rahim bin Ramli, Pengarah Maritim Negeri Terengganu; dan Komander Maritim Hamizan bin Harun, Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang. Dengan adanya Konsep Negeri ini, keselamatan dan keamanan di laut dan ruang udara Malaysia dapat dipelihara dan kedaulatan Negara sentiasa dijulang selaras dengan status Maritim Malaysia sebagai agensi ppenguatkuasaan maritim bertaraf dunia.

Penjenamaan Semula Wilayah Maritim Malaysia Oleh: Adlinna Abdul Alim

Page 11: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

11

PERISTIW

A

Page 12: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

12

Pada 24 Mei 2018, Maritim Malaysia telah berjaya melakukan rampasan terbesar melibatkan dadah jenis methamphetamine di dalam dalam sejarah jenayah negara Malaysia. Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis berjaya mematahkan cubaan seludup masuk dadah jenis methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu seberat 401 kilogram dengan nilai harga pasaran semasa sebanyak RM29 juta di perairan Negeri Perlis berhampiran sempadan Malaysia - Thailand. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar berkata, rampasan berjaya dilakukan sekitar jam 2.25 pagi

pada 23 Mei 2018 oleh aset bot Maritim Malaysia kelas Kilat menerusi rondaan ‘Op Pagar Laut’ yang telah bermula pada 1hb Ramadan yang lalu. ‘Op Pagar Laut’ secara rasminya dilancarkan semalam di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya. Semasa rondaan dijalankan, bot kilat telah mengesan sebuah contact melalui radar bot yang didapati bergerak dalam keadaan yang mencurigakan. Kru bot telah bertindak menuju ke arah bot yang disyaki untuk membuat pemantauan dengan lebih dekat. Kru bot turut menggunakan alat pandang malam atau night vision binocular, ekoran keadaan penglihatan yang agak gelap, yang menyukarkan pengesanan

dibuat dengan mata kasar pada ketika itu. Sebaik sahaja mengesan bot yang disyaki, bot kilat telah cuba untuk mendekati bot berkenaan untuk melakukan pemeriksaan. Walau bagaimanapun, bot tersebut terus dipecut laju bagi tujuan melarikan diri ke arah perairan negara jiran. Bot kilat telah mengejar bot tersebut. Semasa adegan mengejar berlaku, didapati terdapat 3 orang suspek berada dalam bot berkenaan. Suspek telah bertindak membuang beberapa objek daripada bot mereka ke laut, dan ini merupakan taktik bagi menghapuskan bukti-bukti perlakuan jenayah.

401 KILOGRAM SYABU BERNILAI 29 JUTA DIRAMPAS MENERUSI ‘OP PAGAR LAUT’

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Page 13: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

13

PENG

UATKUASAAN

Sebaik sahaja bot tersebut memasuki perairan negara jiran, usaha mengejar terpaksa dihentikan. Seterusnya, bot kilat telah bergerak kembali ke lokasi objek yang telah dibuang. Pemeriksaan yang dibuat mendapati terdapat sebanyak 8 beg kesemuanya. Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili menambah, “kru bot kilat telah mengambil kesemua beg yang berada di permukaan air dan menjalankan pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan ke atas salah sebuah beg mendapati ianya mengandungi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu. Kesemua beg kemudiannya dibawa oleh anggota bot kilat ke pangkalan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.” Beliau menyifatkan

perlakuan ini merupakan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah untuk membawa masuk barang terlarang dengan menggunakan bot atau sampan yang dilengkapi dengan sebuah enjin sangkut atau out board motor (obm). Tambah beliau lagi, “kita juga percaya, kes ini mempunyai kaitan dengan sindikit pengedaran dadah antarabangsa yang bergiat aktif di sempadan negara. Dadah yang dibawa masuk ini dipercayai untuk diedarkan dalam pasaran tempatan. Jumlah tersebut juga (401kg), dianggarkan dapat menampung permintaan lebih kurang 157,000 orang penagih dalam tempoh masa 2 minggu. Kes akan disiasat di bawah akta dadah berbahaya 1952.” Beliau turut memberi amaran keras kepada pelaku jenayah

bahawa Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Negara. Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa di seluruh perairan Negara dan dengan adanya Op Pagar Laut, ianya akan memberi fokus terhadap kegiatan penyeludupan dadah seperti ini memandangkan menjelang musim perayaan ianya merupakan musim penjenayah bergiat aktif. Ini juga termasuk pergerakan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan keluar masuk barang-barang kawalan.

Page 14: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

14

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia berjaya memberkas 14 orang perompak dengan menumpaskan mereka di atas kapal tangki MT Lee Boo kira-kira jam 6.25 pagi, lebih kurang 25 batu nautika dari pantai Mersing di dalam perairan Malaysia pada 1 Jun 2018. Selepas menerima maklumat risikan mengenai sekumpulan perompak menggunakan sebuah bot pancung telah menaiki dan merompak kapal tangki MT Lee Boo pada kira-kira jam 4.00 pagi, Maritim Malaysia segera menggerakkan tujuh anggota PTK bersama helikopter AW 139 yang berlepas dari Kuantan ke perairan Mersing pada jam 4.40 pagi bagi menjejaki perompak-perompak terbabit. Sebaik helikopter menemui kapal itu, anggota-anggota PTK telah melakukan prosedur penggeledahan secara paksa (force boarding) di atas kapal dan menangkap kesemua perompak yang terdiri daripada pelbagai

warga negara. Hasil siasatan awal, kesemua perompak didapati menggunakan senjata tajam seperti parang dan pisau. Mereka juga didapati telah merompak hampir kesemua peralatan peribadi kru kapal seperti wang tunai dan komputer. Selain itu, kru kapal seramai 12 orang juga didapati telah mengalami beberapa kecederaan yang tidak serius. Ketika kejadian itu, kapal MT Lee Boo yang menggunakan pendaftaran Mongolia sedang dalam pelayaran daripada Selat Singapura menuju ke perairan utara Malaysia. Sebelum tangkapan tersebut dilakukan, Maritim Malaysia telah mengesan rancangan perompak-perompak sejak 4 petang semalam yang mana sebuah kapal mangsa rompakan telah dapat dikenalpasti. Maklumat perisikan juga mendapati bahawa perompak-perompak telah menyasarkan sebuah kapal lain tetapi di saat

akhir mereka telah menukar sasaran kepada kapal MT Lee Boo, malangnya kapal tangki itu tidak membawa sebarang muatan. Kesemua perompak yang ditahan di bawa ke pejabat Zon Maritim Mersing untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan di atas kesalahan melakukan rompakan secara berkumpulan. Dalam perkembangan kes ini, rakan strategik Maritim Malaysia iaitu Wastern Fleet Quick Response dari Tentera Nasional Indonesia, Angkatan Laut (WFQR AL) dari Lantamal IV dan Lanal Batam telah berjaya menahan dua lelaki di Batam yang dipercayai perancang utama bagi kes rompakan ini. Penahanan dua individu berusia 40 ke 50 tahun ini dilakukan pada jam 9.30 pagi (waktu Malaysia) iaitu sejurus selepas Maritim Malaysia menangkap kesemua perompak MT Lee Boo.

14 PEROMPAK DITUMPASKAN DI PERAIRAN MERSING, JOHOR

Page 15: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

15

PENG

UATKUASAAN

Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah telah menahan sebuah bot nelayan Kelas C yang didapati melakukan kesalahan melanggar syarat lesen kerana menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai awal pagi 28 Jun 2018. Pemangku Ketua Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairilizhar bin Noraazmi berkata, pihaknya menahan bot tersebut itu kira-kira pukul 01.22 pagi pada jarak lebih kurang 7.5 Batu Nautika dari Pantai Yan, Kedah. Pemeriksaan awal mendapati seramai empat orang nelayan warganegara Kemboja dan seorang tekong warganegara Thailand berada di atas bot tersebut. Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun. Beliau berkata, bot terbabit yang membawa kira-kira 1800 kilogram ikan baja ditahan dan

dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. Tambah beliau lagi pada 27 Jun Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah juga telah menahan sebuah bot nelayan kelas A ( siput) kerana melanggar syarat lesen. Bot tersebut ditahan pada jam 1.10 pagi bersama tiga orang nelayan tempatan berusia diantara 21 hingga 51 tahun. Hasil daripada pemeriksaan lanjut mendapati bot kelas A tersebut telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta perikanan 1985 iaitu tidak mengusahakan sendiri vesel tersebut. Mereka juga turut didakwa kerana melakukan penangkapan ikan (siput) diluar waktu yang dibenarkan. Dalam masa sama, beliau berkata Maritim Malaysia sememangnya memandang serius tentang kesalahan tidak mengusahakan sendiri terhadap bot-bot nelayan di laut kerana

perkara ini secara tidak langsung boleh mengundang berlakunya kes-kes kecurian bot dan aktiviti–aktiviti nelayan yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Aktiviti nelayan di luar masa yang dibenarkan juga boleh meningkatkan risiko berlaku kemalangan di laut (kemalangan jiwa) dan menyukarkan proses carilamat (SAR) dilaksanakan. Justeru itu, Maritim Malaysia mengharapkan kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim yang berlaku di perairan negara ini.

AKTIVITI AWAL PAGI ELAK DICEKUP

Page 16: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

16

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Lima buah bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu di lima lokasi berbeza, iaitu antara 50 hingga 70 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada 6 Jun yang lalu.Bot berkenaan adalah bot nelayan asing Vietnam dan dipercayai memalsukan dokumen dan menggunakan no pendaftaran negara ini. Turut ditahan 55 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 15 hingga 60 tahun dan tidak memilki dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu rampasan bernilai hampir RM 5 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot serta peralatan menangkap ikan.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Rahim bin Ramli berkata kelima lima bot tersebut di tahan oleh KM Gemia yang menuju ke lokasi aduan yang telah dibuat oleh nelayan tempatan pada 4 Jun 2018 masa 12.30 tengahari menyatakan sejumlah bot disyaki nelayan asing telah menganggu aktiviti mencandat sotong. Jelasnya kelima lima bot disyaki memalsukan dokumen dan no pendaftaran bot tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa negara ini. Kesemua bot tersebut di bawa ke Jeti APMM Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan

menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 14 (3) akta yang sama serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah. Kepten Maritim Rahim juga memaklumkan pihak Maritim Malaysia akan mempergiatkan lagi operasi dan tidak akan sesekali berputus asa dan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran yang mana akan merugikan hasil negara.

LIMA BUAH BOT NELAYAN ASING DITAHAN MENCEROBOH DANMENANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA

Page 17: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

17

PENG

UATKUASAAN

Tiga buah bot nelayan asing dipercayai memalsukan dokumen dan menggunakan nombor pendaftaran negara ini ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu di tiga lokasi berbeza, iaitu antara 45 hingga 52 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada 31 Mei 2018. Turut ditahan 40 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 18 hingga 50 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu rampasan bernilai hampir RM3.6 juta termasuk hasil

tangkapan laut, minyak diesel, bot serta peralatan menangkap ikan. Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar berkata, ketiga-tiga bot tersebut di tahan oleh kapal Maritim yang sedang melakukan rondaan operasi ketika bot sedang menunda pukat. Jelasnya ketiga-tiga bot tersebut ditahan kerana mencerobohi perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan dan disyaki memalsukan dokumen dan nombor pendaftaran bot tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa negara ini. Kesemua bot tersebut di bawa ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Terengganu untuk

siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah. Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain juga memaklumkan pihak Martim Malaysia negeri ini telah melakukan 4 kali tangkapan pada bulan ini sahaja yang melibatkan bot dari negara asing dan memaklumkan lagi pihak Maritim Malaysia akan mempergiatkan lagi operasi dan tidak akan sesekali berputus asa dan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran yang mana akan merugikan hasil negara.

TIGA BUAH BOT NELAYAN ASING (VIETNAM) DITAHAN MENCEROBOH DAN MENANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA

Dua buah bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu di dua lokasi berbeza, iaitu antara 70 hingga 73 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada 21 Mei yang lalu. Bot berkenaan adalah bot nelayan asing pendaftaran negara Vietnam. Turut ditahan 22 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 14 hingga 54 tahun termasuk 3 dibawah umur yang mana hanya 6 orang yang mempunyai pengenalan diri yang sah.

Selain itu rampasan bernilai RM 1.5 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot serta peralatan menangkap ikan. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata kedua dua bot tersebut di tahan oleh kapal Maritim yang sedang melakukan rondaan operasi ketika bot sedang menunda pukat. Jelasnya kedua dua bot tersebut ditahan kerana mencerobohi perairan Negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah

Perikanan dan ada yang tidak mempunyai pengenalan diri yang sah. Kesemua bot tersebut di bawa ke Daerah Maritim 9 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah serta Akta SPRM kerana cuba memberi dan menyogok pegawai APMM agar tidak diambil tindakan.

DUA BUAH BOT NELAYAN ASING (VIETNAM) DITAHAN MENCEROBOH DAN MENANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA

Page 18: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

18

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Dua buah bot nelayan asing berpendaftaran negara Vietnam ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu di dua lokasi berbeza, iaitu antara 30 hingga 100 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada 17 Mei yang lalu. Turut ditahan 18 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 30 hingga 40 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu rampasan bernilai RM1.5 juta

termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot serta peralatan menangkap ikan. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata kedua-dua bot tersebut di tahan oleh kapal Maritim yang sedang melakukan rondaan operasi ketika bot sedang menunda pukat. Jelasnya kedua-dua bot tersebut ditahan kerana mencerobohi perairan negara serta disyaki memalsukan dokumen bagi mengaburi pihak

berkuasa negara dan kesemua awak-awak gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua bot tersebut di bawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 (1)(a) dan 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan tidak memiliki lesen yang sah, Seksyen 463 Kanun Keseksaan kerana disyaki memalsukan dokumen serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

DUA BUAH BOT NELAYAN ASING (VIETNAM) DITAHAN MENCEROBOH DAN MENANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA

Tiga lelaki warganegara Indonesia dicekup ketika cuba melarikan diri daripada bot ronda Maritim Malaysia, Daerah Maritim 4 Selangor, pagi 10 April yang lepas. Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad berkata, bot ronda Maritim berjaya mengesan sebuah bot kayu barter trade, KM Insan yang dilihat tersadai

di beting pasir pada jarak 0.23 nautika dari daratan Kuala Sungai Buloh. Anggota Maritim Malaysia kemudiannya melihat tiga orang lelaki terjun ke laut dan berenang ke arah darat lantas bertindak pantas mengejar ketiga-tiga mereka yang disyaki cuba melarikan diri. Sebaik ditangkap, hasil siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga lelaki tersebut yang berumur

di antara 21 hingga 47 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka kemudiannya ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan cuba memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

PATI CUBA LARI DICEKUP MARITIM MALAYSIA SELANGOR

Page 19: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

19

PENG

UATKUASAAN

TIGA BUAH BOT NELAYAN ASING DITAHAN MENCEROBOH DANMENANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA

Tiga buah bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu di tiga lokasi berbeza, iaitu antara 27 hingga 31 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada 29 Mei yang lalu. Bot berkenaan adalah bot nelayan asing Vietnam dan dipercayai memalsukan dokumen dan menggunakan nombor pendaftaran negara ini. Turut ditahan 16 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 19 hingga 58 tahun dan seorang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu rampasan bernilai hampir RM2.1 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot serta peralatan menangkap ikan. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata ketiga- tiga

bot tersebut di tahan oleh kapal Maritim yang sedang melakukan rondaan operasi ketika bot sedang menunda pukat. Jelasnya ketiga tiga bot tersebut ditahan kerana menceroboh perairan Negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan dan disyaki memalsukan dokumen dan no pendaftaran bot tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa negara ini.

Kesemua bot tersebut di bawa ke Daerah Maritim 9 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 14 (3) akta yang sama serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

Dua buah bot nelayan asing Vietnam bersama 20 orang awak-awak dan tekong kesemuanya warganegara Vietnam berusia 16 hingga 55 tahun ditahan ketika berada di dalam Perairan Malaysia

kerana disyaki menangkap ikan tanpa kebenaran pada 22 Jun 2018.Kedua-dua vesel tersebut dikesan pada jam lebih kurang 9.00 malam 20 Jun 2018 di posisi lebih kurang

65 batu nautika dari Tanjung Sirik, Sarikei. Setelah diperiksa, didapati bahawa bot tersebut adalah bot samaran yang mempunyai nombor pendaftaran nelayan tempatan palsu. Bot-bot tersebut juga tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis untuk menangkap ikan di dalam Perairan Malaysia manakala kesemua kru bot nelayan berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah.Oleh itu, kedua-dua bot telah ditahan dan dibawa ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

MARITIM NEGERI SARAWAK BERJAYA MENAHAN 2 BUAH BOT NELAYAN ASING MENYAMAR SEBAGAI BOT NELAYAN TEMPATAN

Page 20: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

20

PEN

GUA

TKUA

SAAN Maritim Malaysia Lahad

Datu telah berjaya menghalang cubaan keluar lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara asing bersama barang kawalan dari Daerah Lahad Datu setelah menerima maklumat daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD SRI PERLIS pada jam 12 tengah malam 3 April yang lalu.

Bot peronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan dan memintas sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan di sekitar perairan Kg. Tanduo menuju ke sempadan perairan Filipina pada jam lebih kurang 1.00 pagi di kedudukan lebih kurang 7.5 batu nautika selatan Kg. Tanduo.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot berkenaan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran dan terdapat lapan penumpang disyaki warganegara Filipina yang terdiri daripada enam lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 60 tahun. Pemeriksaan juga mendapati terdapat barangan kawalan yang cuba diseludup keluar iaitu lebih kurang 49 gelen minyak petrol 20 liter, 13 biji tong gas LPG 14kg dan 25 paket minyak masak serta 10 paket tepung gandum. Bot pancung tersebut bertindak menyusup keluar ke Filipina dari Perairan Tanduo, Felda Sahabat. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

MARITIM MALAYSIA LAHAD DATU GAGALKAN CUBAAN KELUARPENDATANG TANPA IZIN DAN PENYELUDUPAN BARANGAN KAWALAN

Seramai enam orang lelaki warga Indonesia termasuk seorang tekong ditahan oleh Maritim Malaysia Negeri Selangor kerana gagal mempamerkan sijil keanggotaan selamat semasa pemeriksaan lebih kurang jam 1.00 tengah hari tadi kira-kira

0.2 batu nautika dari Sg Gabahan Gurap,Selangor pada 12 Mei yang lalu. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad berkata, kapal ronda Maritim melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dalam perjalanan dari Perlabuhan Panipahan, Indonesia ke Pelabuhan Klang dan menemukan seramai enam orang lelaki warga Indonesia yang kelihatan mencurigakan.

Semasa pemeriksaan didapati terdapat barang basahan seperti ikan, udang, ketam dan kerang di atas bot berkenaan. Keenam-enam mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 25 hingga 55 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka ditahan dibawah kesalahan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan diiringi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

BARTER TRADE WARGA ASING DITAHAN MARITIM SELANGOR

Page 21: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

21

PENG

UATKUASAAN

Lima buah bot nelayan asing dari Vietnam dipercayai memalsukan dokumen dan menggunakan nombor pendaftaran negara ini ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu di lima lokasi berbeza, iaitu antara 50 hingga 70 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada 6 Jun 2018. Turut ditahan 55 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 15 hingga 60 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu rampasan bernilai hampir RM5 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot serta peralatan menangkap ikan. Pengarah Maritim Negeri Terengganu,Kepten Maritim

Rahim bin Ramli berkata, kelima-lima bot tersebut di tahan oleh KM Gemia yang menuju ke lokasi aduan yang telah dibuat oleh nelayan tempatan pada 4 Jun 2018 masa 12.30 tengahari menyatakan sejumlah bot disyaki nelayan asing telah menganggu aktiviti mencandat sotong. Jelasnya kelima-lima bot disyaki memalsukan dokumen dan nombor pendaftaran bot tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa negara ini. Kesemua bot tersebut di bawa ke Jeti APMM Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah daripada

Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 14 (3) akta yang sama serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

LIMA BUAH BOT NELAYAN ASING (VIETNAM) DITAHAN MENCEROBOH DAN MENANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA

Maritim Malaysia Daerah Maritim Bintulu (DM12) berjaya mematahkan satu sindiket penyeludupan haiwan eksotik daripada sebuah vesel kargo pada jam 8.00 pagi 6 April yang lalu. Pemangku Pengarah Maritim Daerah Maritim Bintulu (DM12), Komander Maritim Mohd Hambali Bin Ya’akup berkata, “kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan operasi di Perairan Bintulu terserempak dengan sebuah vesel kargo dalam keadaan yang mencurigakan pada jarak lebih kurang 2 batu nautika

dari Bintulu, Sarawak. Kapal ronda Maritim Malaysia seterusnya menahan vesel kargo tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati 4 kru terdiri daripada 2 orang warganegara Malaysia, seorang warganegara India dan seorang disyaki warganegara Vietnam bekerja diatas vesel tersebut yang berdaftar dengan Malaysia. Terdapat sejumlah 142 ekor tenggiling disyaki diseludup masuk untuk pasaran negara ini. Nilai pasaran daging tenggiling adalah sekitar RM220 sekilogram

manakala harga bagi sisik boleh mencecah sehingga RM800 sekilogram. Jelasnya lagi, ia merupakan tangkapan pertama berlaku di Maritim Malaysia Wilayah Sarawak melibatkan penyeludupan haiwan eksotik jenis Tenggiling. Anggaran nilai tangkapan kesemua tenggiling itu berjumlah RM 150,000.00.Kes akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

DAERAH MARITIM 12 BINTULU PATAHKAN CUBAAN SELUDUP TENGGILING

Page 22: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

22

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Maritim Malaysia Pangkalan Maritim Lahad Datu (DM8) telah merampas sejumlah 108 botol arak berjenama Tanduay Rhum dan Red Horse Beer dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiran pada jam lebih kurang 10.00 malam, 18 April 2018. Timbalan Pengarah (Operasi), PM8 Leftenan Maritim Muhammad Zarif bin Mat Yunus berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang

menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan bergelap serta mencurigakan berhampiran perairan Felda Sahabat yang cuba menyusup masuk ke Kampung Pangkalan, Felda Sahabat. Bot suspek meluncur laju ke arah pesisir pantai dan tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot pancung tersebut. Hasil pemeriksaan ke atas bot pancung yang

menggunakan enjin pam bot itu kemudiannya menemukan muatan 96 botol arak jenama Tanduay Rhum dan 12 botol arak berjenama Red Horse Beer. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 4,000. Kesemua barang rampasan dibawa ke Pos Maritim Malaysia Felda Sahabat dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat PM8 untuk siasatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

MARITIM MALAYSIA LAHAD DATU TUMPASKAN PENYELUDUPAN ARAK

Maritim Malaysia Daerah Maritim 18 Tawau telah menahan sebuah kapal kargo yang membawa masuk 20 tan buah kelapa sawit ke sini dari negara jiran dipercayai secara tidak sah pada 24 April yang lalu. Pengarah Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa berkata, muatan buah kelapa sawit itu dianggarkan bernilai RM12,500.00 itu disyaki

dibawa masuk ke daerah ini dari negara jiran tanpa sebarang permit membawa yang sah dari pihak Lembaga Sawit Malaysia. Katanya anggota Maritim Malaysia yang melakukan tugasan harian terserempak dengan kapal kargo berkenaan di perairan Wallace Bay Tawau dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 12.15 tengahari. Hasil pemeriksaan awal

terdapat seorang juragan berusia dalam lingkungan 23 tahun berada dalam kapal kargo berkenaan merupakan warganegara Indonesia. Juragan dan kapal kargo ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

KAPAL KARGO BAWA 20 TAN KELAPA SAWIT SECARA TIDAK SAH

Page 23: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

23

PENG

UATKUASAAN

Tindakan pantas bot Maritim Malaysia Lahad Datu telah berjaya memintas dan menahan berjaya mematahkan sebuah cubaan menyeludup 25 karton rokok dipercayai diseludup dari negara jiran untuk diniagakan ke daerah ini pada jam lebih kurang 4.40 awal pagi 23 April 2018. Pengarah Maritim Pangkalan, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender bin Raphael berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang

menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan berhampiran perairan Kampung Air, Lahad Datu. Apabila menyedari kehadiran bot penguat kuasa, bot suspek meluncur laju ke arah Pasar Ikan Lahad Datu bertujuan untuk meloloskan diri. Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut menemukan satu bungkusan plastik hitam

yang berisi rokok pelbagai jenama. Tekong bot telah berjaya meloloskan diri dengan bertindak terjun dari bot tersebut. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 2,000. Bot serta barang rampasan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Pangkalan Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

CUBAAN PENGEDARAN ROKOK SELUDUP GAGAL

Maritim Malaysia Zon Maritim Lahad Datu telah merampas sejumlah 401 karton rokok pelbagai jenama, 10 bungkus rokok tembakau serta 24 bungkus mercun pelbagai jenama dipercayai diseludup dari negara jiran dan cuba diniagakan ke daerah ini pada jam lebih kurang 5.50 petang, 21 Mei yang lalu. Ketua Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender bin Raphael berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang

menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan berhampiran perairan Kampung Air Puyut, Lahad Datu. Apabila menyedari kehadiran bot Maritim Malaysia, bot suspek meluncur laju ke arah kawasan Pasar Ikan Lahad Datu dan berjaya melepaskan diri dari ditangkap. Hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan, bot peronda telah menemukan beberapa bungkusan plastik hitam yang berisi muatan rokok dan mercun

pelbagai jenama. Kesemua barang tersebut dipercayai telah dibuang dari bot suspek semasa dikejar oleh bot peronda APMM. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM22, 000. Barang rampasan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957.

MARITIM MALAYSIA LAHAD DATU RAMPAS ROKOK SELUDUP DANMERCUN

Page 24: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

24

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau berjaya mengagalkan cubaan menyeludup rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM44,820 pada 22 Mei 2018. Pihak Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan dan cuba memintas, bagaimana pun memandangkan jarak yang singkat iaitu kira-kira 5 batu nautika, bot tersebut ditinggalkan juragan dan seorang pembantu bot dengan melepaskan diri terjun ke laut dan lari ke kawasan perumahan kampung air berdekatan selepas bot terbabit terkandas di beting pasir.

Ketua Komander Maritim, Kapten Maritim Romli Mustaffa berkata, dalam kejadian pukul 11.12 malam tadi, rokok tersebut dipercayai diseludup keluar dari Sungai Nyamuk, Indonesia menuju ke perairan Kampung Air Titingan (Ice Box), Tawau, untuk diniagakan ke daerah ini. Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 450 karton rokok putih jenama permium Gold, 220 karton rokok kretek menara dunia, 190 karton jenama L.A lights, 160 karton L.A Menthol Light, 50 karton L.A Bold dan 18 karton Gudang Garam. Maritim Malaysia turut

merampas sebuah bot laju yang dianggarkan bernilai RM10,000 serta sebuah enjin sangkut 200 kuasa kuda bernilai RM50,000. Anggaran rampasan keseluruhan RM104,820. Kapten Romli berkata, kes tersebut adalah tangkapan kedua membabitkan penyeludupan rokok di daerah ini yang akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. Sementara itu, sepanjang tahun ini pihaknya telah membuka 24 kes untuk kertas siasatan pelbagai kes penyeludupan, daripada jumlah tersebut 18 telah didakwa di Mahkamah.

TANGKAPAN ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA

Sebuah bot laju telah ditahan kerana disyaki merancang melakukan rompakan keatas bot nelayan pada 16 Mei 2018 di Semporna, Sabah. Pengarah Zon Maritim Semporna, Leftenan Komander (M) Amiludin Bin Yenggah berkata, hasil maklumat daripada nelayan tempatan yang diterima pada Jam lebih kurang 6.30 petang dari pemilik bot yang hampir dirompak itu, sebuah bot maritim telah ditugaskan ketempat kejadian dikawasan pulau Kerindingan, Semporna untuk membuat siasatan dan pemantauan.

Katanya, hasil pemantauan selama hampir 10 jam itu membuahkan hasil apabila bot suspek dikesan pada jam lebih kurang 3.15 pagi. Apabila bot suspek cuba dihampiri, bot tersebut telah bertindak memecut laju setelah menyedari kehadiran bot APMM. Pada masa tersebut, berlaku kejar-mengejar dan telah diarahkan untuk memberhentikan bot suspek namun tidak diendahkan. Suspek juga dilihat telah membuang sesuatu ke dalam laut dipercayai alat dan senjata untuk merompak. Setibanya dikawasan perkampungan Air Tampi-

Tampi, suspek telah bertindak terjun ke laut dan meloloskan diri dikawasan perkampungan tersebut. Bot telah berjaya ditahan dan dibawa ke jeti Pelancong untuk siasatan lanjut. Anggaran hasil rampasan bernilai lebih kurang RM10 ribu.

APMM SEMPORNA BERJAYA MEMATAHKAN RANCANGAN ROMPAKANKE ATAS BOT NELAYAN.

Page 25: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

25

PENG

UATKUASAAN

Bilik Operasi Maritim Labuan menerima aduan awam pada jam lebih kurang 1.00 pagi berkenaan sebuah bot nelayan sedang melakukan kegiatan pengeboman ikan di sekitar perairan pantai Lambidan dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan ‘OP Sejahtera’ di sekitar perairan Labuan diarahkan ke lokasi aduan untuk membuat pemantauan. Pengarah Maritim Daerah Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Md. Isa berkata, telah menahan sebuah bot nelayan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki memiliki ikan yang ditangkap dengan cara letupan di

perairan Pantai Lambidan, Sabah awal pagi 5 Mei yang lalu. Hasil pemantauan di lokasi aduan mendapati sebuah bot nelayan bersama tiga orang lelaki disyaki kru bot tersebut sedang memunggah tangkapan disyaki hasil daripada aktiviti pengeboman ke kenderaan pacuan empat roda berwarna kelabu disyaki milik peraih kepada hasil tangkapan di persisir pantai Lambidan. Kehadiran pihak Maritim Malaysia berjaya dikesan mengakibatkan 3 orang lelaki disyaki kru bot nelayan tersebut telah melarikan diri ke arah darat menuju ke kawasan

belukar berhampiran. Walau bagaimanapun, 2 orang lelaki disyaki peraih hasil tangkapan berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu DMAX berwarna kelabu dan sebuah bot nelayan berwarna biru/merah bernombor MK 3587 / 1/ F yang ditinggalkan, telah menjumpai pelbagai jenis ikan berat lebih kurang 100kg disyaki ditangkap menggunakan kaedah letupan dan peralatan serta bahan-bahan disyaki untuk membuat bahan letupan turut dijumpai di dalam bot nelayan tersebut. Barangan rampasan termasuk ikan pelbagai jenis dan kenderaan pacuan empat roda serta bot yang dianggarkan bernilai RM 60,000.00. Pesalah disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Labuan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim bagi siasatan selanjutnya. Selain itu, Maritim Malaysia Daerah Labuan khususnya dalam perancangan untuk mengadakan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasa yang lain bagi mengekang aktiviti bom ikan dari semasa ke semasa.

SEBUAH BOT DAN PACUAN EMPAT RODA DITAHAN

Sebuah bot ditahan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang 12 batu nautika bersama seorang tekong dan empat orang awak-awak warganegara Myanmar. Maritim Malaysia Negeri Perak sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di Perairan Lumut, Perak jam 10.30 pagi 19

Mei 2018. Ketika ditahan oleh Kapal Maritim Nyalau didapati bot yang bernombor pendaftaran PKFB 776 (C) tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen. Kes tersebut akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985

atas kesalahan melanggar syarat sah lesen yang dikeluarkan bagi bot tersebut. Bot bersama tekong dan awak – awak berumur antara 22 tahun hingga 43 tahun. kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh untuk siasatan lanjut.

PENGUATKUASAAN DI PERAIRAN LAUT TERUS DIPERTINGKATKAN

Page 26: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

26

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah menahan sebuah bot nelayan kelas C awal pagi 28 Mei yang lalu kerana melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai. Ketua Zon Maritim Kuala Kedah Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata, seorang tekong bersama empat awak-awak warga Thailand ditahan kira-kira 7 batu nautika barat laut Tanjung Dawai oleh bot peronda Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah. Beliau berkata, bot terbabit yang membawa 5000-kilogram ikan baja ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. Bot terbabit ditahan jam 3 pagi tadi di luar zon penangkapan ikan yang ditetapkan, sedangkan mereka hanya dibenarkan

menangkap ikan pada jarak kira-kira 15 batu nautika dari pantai seperti yang tertera di dalam lesen bot berkenaan. Kita turut mengambil keterangan tekong dan awak-awak berusia 21 hingga 57 tahun itu bagi membantu siasatan. Ahmad Kamal turut menasihati semua pengusaha

bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan.Beliau juga berharap kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim yang berlaku di perairan negara ini.

BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN

Sebuah bot nelayan tempatan kelas A (Pukat Jerut Bilis) telah ditahan di kedudukan 0.7 batu nautika utara Tanjung Chincin, Pulau Langkawi oleh kapal

peronda milik Maritim Malaysia Langkawi pada jam 9.48 pagi 3 Jun yang lalu. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali

Mohd Said berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama seorang awak-awak warganegara Malaysia, dua awak-awak warganegara Thailand serta 27 orang awak-awak warganegara Kemboja berada di atas bot tersebut. Pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu memukat bilis kurang dari 1 batu nautika dari pantai. Bot tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

BOT KELAS A DITAHAN DI LANGKAWI

Page 27: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

27

PENG

UATKUASAAN

Kurang faham atau memang degil? Sekalipun sesi dialog telah diadakan dan persatuan-persatuan nelayan tempatan telah diberi penjelasan mengenai kesalahan penangkapan ikan di luar zon penangkapan ikan, masih terdapat pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan cepat dan cuba bersandarkan alasan kurang faham mengenai peraturan meskipun sudah berulang kali dijelaskan. Kedegilan itu dapat dilihat berikutan penahanan dua buah bot nelayan tempatan Kelas B oleh Maritim Malaysia Daerah Maritim 4 Selangor,

yang sama-sama dilihat sedang leka menarik pukat tunda di luar zon penangkapan ikan yang dibenarkan pada jarak 1.9 batu nautika dari Sungai Langat, Selangor pada 4 April yang lalu. Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan sekitar jam 8.45 pagi dan 9.30 pagi oleh bot ronda Maritim. Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot nelayan tersebut didapati telah melanggar syarat sah lesen vesel yang telah dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan iaitu

telah melanggar zon penangkapan ikan yang telah ditetapkan. Enam orang lelaki warganegara tempatan termasuk dua orang tekong bot yang berumur dalam lingkungan antara 43 hingga 72 tahun kemudiannya ditahan bersama hasil tangkapan ikan baja yang dianggarkan seberat 160 kg. Bot diiringi ke Jeti DM4 Selangor bagi siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar arahan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan.

GUNA CARA CEPAT KAUT UNTUNG, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

Sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 telah ditahan di kedudukan lebih kurang 6.2 batu nautika Barat Laut Muka Head, Pulau Pinang oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada jam 03.29 awal pagi 4 April 2018. Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim

Hamizan bin Harun berkata, “hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama dua awak-awak berumur lingkungan 38 hingga 51 tahun berada di atas bot tersebut.” Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat-syarat lesen iaitu melakukan penangkapan ikan kurang 8 batu nautika dari daratan terdekat.

Bot tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk tindakan lanjut.

SEBUAH BOT NELAYAN PUKAT TUNDA KELAS B1 DITAHAN KERANALANGGAR SYARAT LESEN

Page 28: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

28

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Maritim Malaysia Negeri Perak telah menahan dua buah bot nelayan tempatan ketika sedang melakukan kegiatan penangkapan ikan secara tunda ganding di perairan daerah ini

pada 25 Mei 2018. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Wan Mat Bin Wan Abdullah berkata, bot berkenaan dikesan oleh sebuah kapal ronda APMM ketika

sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Negeri Perak. Menurutnya lagi, kedua -dua bot tersebut bersama dua orang tekong dan dua awak-awak tempatan ditahan ketika sedang menangkap ikan kira-kira 8.2 batu nautika dari barat laut Pantai Temis, Perak jam 11.30 pagi. Setelah diperiksa didapati tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan bot yang sah. Kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa lesen yang sah. Bot bersama tekong dan awak - awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh dan tiba pada jam 4.00 petang semalam untuk siasatan lanjut.

BOT NELAYAN TUNDA GANDING DITANGKAP

Sebuah bot nelayan tempatan kelas C (Pukat Tunda) telah ditahan di kedudukan 5.5 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, Pulau Pinang oleh aset milik Maritim Malaysia Pulau Pinang pada jam 03.35 awal pagi 22 Jun 2018. Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong bersama 21 awak-awak warganegara Thailand berada di atas bot tersebut. Pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan

melanggar syarat lesen iaitu memukat kurang dari 15 batu nautika dari daratan terdekat seperti yang tertakluk di dalam buku lesen. Bot tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menyatakan Maritim Pulau Pinang juga sedang giat melaksanakan Op Pagar Laut sempena musim perayaan bagi memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat.

TIADA KOMPROMI, BOT NELAYAN “TARIK TEPI” DITAHAN

Page 29: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

29

PENG

UATKUASAAN

Dua buah yang mempamerkan ciri-ciri bot kargo tempatan ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili di lokasi lebih kurang 31 batu nautika timur Tanjung Sedili ketika sedang leka menangkap ikan menggunakan pukat tunda diantara jam 4.30 dan 5.10 petang pada 9 Jun 2018. Pemangku Ketua Zon Maritm Tg. Sedili, Komander Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, turut ditahan 20 orang awak-awak termasuk dua tekong yang berumur

antara 14 tahun hingga 53 tahun warganegara Vietnam dan sebilangan daripadanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Jumlah keseluruhan rampasan kedua-dua bot tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 7 juta termasuk bot, hasil tangkapan laut, minyak diesel serta peralatan menangkap ikan. Bot tersebut ini ditahan oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Ops Pagar Laut 1/2018 yang dilancarkan pada 1 Ramadan. Kedua – dua bot mempamerkan

ciri-ciri bot kargo tempatan tetapi menggunakan 100% kru Vietnam. Kedua-dua tekong bot juga gagal mengemukakan dokumen yang sah. Siasatan akan dilakukan sama ada kedua-dua bot adalah benar-benar bot kargo tempatan atau Bot Nelayan Asing. Teknik menpamerkan ciri-ciri vesel tempatan selalu digunakan oleh bot nelayan asing bagi mengaburi mata pihak berkuasa negara ini. Disamping ikan, bot-bot tersebut tersebut juga turut manangkap sotong untuk dijadikan sotong kering yang bernilai tinggi di Vietnam. Kedua-dua bot akan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tg Sedili untuk siasatan di bawah seksyen 15 dan 16 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran. Jika disabitkan kesalahan setiap tekong boleh dikenakan denda RM1 juta manakala awak-awak boleh dikenakan denda RM100 ribu setiap seorang atau penjara tidak melebihi dua tahun. Serta bot-bot tersebut boleh dilucutkan hak.

DUA BUAH BOT DITAHAN MARITIM MALAYSIA SEMASA SEDANG LEKA MENANGKAP IKAN

Bot peronda Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C lewat petang semalam kerana melanggar syarat lesen pada 28 Jun 2018. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama (M) Haji Rozali Mohd Said berkata, seorang tekong bersama seorang awak-awak warga Thailand berumur 41 dan

37 tahun ditahan kira-kira 0.4 batu nautika timur Pulau Singa Besar, Langkawi pada jam 3.20 petang. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu mengubahsuai bot pukat jerut (Kelas C) sebagai bot peranti tanpa kebenaran.

Beliau berkata, bot terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk tindakan lanjut. Bagi memastikan perairan negara sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal, Maritim Malaysia telah mempertingkatkan rondaan di perairan Malaysia melalui Ops Pagar Laut dengan menambah jumlah rondaan aset di laut.

UBAHSUAI BOT, LANGGAR SYARAT LESEN

Page 30: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

30

Hasil maklumat orang awam yang disalurkan melalui 999, satu pasukan bot ronda Maritim Malaysia dikerah ke lokasi kejadian untuk menahan sebuah bot pam disyaki telah melakukan aktiviti mengebom ikan di kedudukan lebih kurang 1 batu nautika dari Pulau Bum-Bum oleh Maritim Malaysia Semporna. Semasa menghampiri bot berkenaan tekong bot terus memecut laju ke kawasan cetek lalu bertindak terjun ke laut dengan meninggalkan bot lalu melarikan diri dikawasan paya bakau berhampiran.

Hasil pemeriksaan keatas bot tersebut mendapati, bot menggunakan enjin sangkut 15 HP, ikan lebih kurang 20 kg pelbagai jenis, 5 botol kaca yang dipercayai berisi bahan letupan yang akan digunakan untuk mengebom ikan. Satu pemampat udara tujuan penyelaman setelah ikan dibom. Aggaran hasil rampasan bernilai lebih dari RM20 ribu ringgit. Bot pam tersebut telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985. Bot pam dibawa ke Jeti pelancong Semporna untuk tindakan selanjutnya.

MARITIM MALAYSIA SEMPORNA TAHAN PAM BOT DISYAKI MENGEBOM IKAN

Maritim Malaysia Maritim Negeri Sabah dan Labuan telah menahan dua pam bot berwarna biru dan kuning /putih tiada nombor pendaftaran di sekitar perairan Pulau Mengalum, pada 6 Jun 2018. Ketua Zon Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj. Aziz berkata, Bot Peronda Maritim yang sedang melaksanakan OP API sekitar pelantar minyak ERB WEST di perairan Pulau Mengalum telah mengesan dua buah pam bot yang mencurigakan berada dia kawasan pelantar minyak ERB. Kedua-dua pam bot tersebut ditahan dan diperiksa

lebih kurang jam 10.30 mlm. Pemeriksaan lanjut mendapati dua orang tekong yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun yang berada di atas bot tersebut gagal menunjukkan dan mempamerkan pengenalan diri yang sah. Kedua-dua bot dan tekong tersebut kemudiannya ditahan bersama peralatan memancing dan hasil tangkapan ikan yang dianggarkan lebih kurang 30kg dan diiringi masuk ke Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang

memperuntukkan penjara 2 tahun dan denda RM1000 atau kedua-duanya sekali. Kes ini juga akan disiasat di bawah seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan. Tambahnya lagi, sejak OP API dilaksanakan pada 22 Mac 2018 yang lalu, sebanyak empat tangkapan yang melibatkan pencerobohan kawasan larangan telah direkodkan sehingga kini.

DUA PAM BOT MENCURIGAKAN DITAHAN

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Page 31: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

31

Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu (DM15) telah menahan dua pam bot yang menceroboh kawasan larangan 500 meter di pelantar minyak ERB WEST di Perairan Pulau Mengalum, pada 27 April yang lalu. Menurut Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz, bagi pelancaran ‘Op Api 1/2018’ satu Tim Khas telah ditubuhkan sejak awal bulan April bagi memantau kawasan pelantar

minyak di perairan Kota Kinabalu berikutan terdapat banyak aduan mengenai pencerobohan di kawasan pelantar minyak. Semasa melakukan pemantauan, Tim Khas telah berjaya menahan dua pam bot pada jam 9.00 malam, yang leka melakukan aktiviti memancing ikan di menara api pelantar minyak ERB WEST lebih kurang 9.0 BN Barat Daya Pulau Mengalum.

Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua juragan tidak memiliki dokumen diri yang sah, berumur lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun berada di atas bot tersebut. Kedua-dua bot dan juragan ditahan dan diiringi ke Pulau Mengalum untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Enekmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Kawasan Larangan 1959.

DUA BOT PAM CEROBOH KAWASAN PELANTAR MINYAK

Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu (DM15) telah menahan sebuah pam bot berwarna biru/merah tiada nombor pendaftaran yang disyaki memiliki ikan yang ditangkap dengan cara bom di perairan Pulau Gaya, pada 2 Mei yang lalu. Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam bin Hj Aziz berkata, Bot Pengawal 38 yang sedang melaksanakan ‘OP Sejahtera’ di sekitar perairan Pulau Gaya telah menerima aduan awam mengenai sebuah pam bot yang disyaki melakukan aktiviti pengeboman ikan telah memasuki kawasan Pulau Gaya. Setelah itu, Bot Pengawal 38

telah bergerak ke lokasi dan mengesan serta menahan sebuah pam bot yang dalam keadaan mencurigakan pada jam lebih kurang 5.55 petang. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang juragan dan tiga awak- awak lelaki berbangsa Bajau Palauh berumur dalam lingkungan 15 hingga 60 tahun berada dalam pam bot tersebut tanpa sebarang dokumen yang sah. Pam bot tersebut dikatakan sedang menuju Pulau Gaya dari Beting Beruas. Kesemua individu dan pam bot tersebut ditahan dan dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Sepanggar. Kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1)(a) Akta Perikanan 1985

yang memperuntukkan denda sebanyak RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Sejak januari hingga kini statistik menunjukkan tujuh tangkapan pam bot yang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan kaedah bom telah berjaya di tahan dan Maritim Malaysia memandang serius terhadap aktiviti pengeboman ikan. Aktiviti pengeboman ikan ini adalah salah di sisi undang – undang dan tindakan tegas akan di ambil terhadap mana mana individu yang didapati terlibat dalam aktiviti ini.

BOT PAM DITAHAN KERANA AKTIVITI MENGEBOM IKAN PENG

UATKUASAAN

Page 32: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

32

Bot Peronda Maritim yang sedang melaksanakan ‘OP Sejahtera’ di sekitar perairan Pulau Gaya telah menerima aduan awam mengenai sebuah pam bot yang disyaki melakukan aktiviti pengeboman ikan telah memasuki kawasan Perairan Pulau Mengalum pada 17 Mei yang lalu. Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam bin Hj. Aziz berkata, sebuah pam bot berwarna biru/putih tiada nombor pendaftaran telah ditahan kerana

tidak memiliki lesen. Setelah itu, Bot Peronda Maritim telah bergerak ke lokasi dan mengesan serta menahan sebuah pam bot yang dalam keadaan mencurigakan pada jam lebih kurang 4.00 petang. Siasatan mendapati bot pam tersebut memiliki anggaran ikan sebanyak 70kg. Pemeriksaan lanjut mendapati dua orang kru dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun dan gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah. Kes disiasat di bawah Seksyen

26 (1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan denda sebanyak RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Kes ini juga akan disiasat di bawah seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan.

BOT DITAHAN MEMILIKI IKAN DENGAN BOM IKAN

Maritim Malaysia Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Labuan telah menahan dua pam bot berwarna biru dan kuning/putih tiada nombor pendaftaran di sekitar perairan Pulau Mengalum, 6 Jun yang lalu. Ketua Zon Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj. Aziz berkata, Bot Peronda Maritim yang sedang melaksanakan OP API sekitar pelantar minyak ERB WEST di perairan Pulau Mengalum telah mengesan dua buah pam bot yang mencurigakan berada dia kawasan pelantar minyak ERB. Kedua-dua pam bot

tersebut ditahan dan diperiksa lebih kurang jam 10.30 mlm. Pemeriksaan lanjut mendapati dua orang tekong yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun yang berada di atas bot tersebut gagal menunjukkan dan mempamerkan pengenalan diri yang sah. Kedua-dua bot dan tekong tersebut kemudiannya ditahan bersama peralatan memancing dan hasil tangkapan ikan yang dianggarkan lebih kurang 30kg dan diiringi masuk ke Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang memperuntukkan penjara 2

tahun dan denda Rm1000 ringgit atau kedua-duanya sekali. Kes ini juga akan disiasat di bawah seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan. Tambahnya lagi, sejak OP API dilaksanakan pada 22 Mac 2018 yang lalu, sebanyak empat (4) tangkapan yang melibatkan pencerobohan kawasan larangan telah direkodkan sehingga kini.

DUA PAM BOT DITAHAN BERHAMPIRAN PULAU MENGALUM

PEN

GUA

TKUA

SAAN

Page 33: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

33

Bot Peronda Maritim yang sedang melaksanakan ‘OP Api’ di sekitar perairan Pulau Gaya telah mengesan sebuah pam bot yang mencurigakan memasuki kawasan Perairan Pulau Mengalum. Setelah itu, pihak Maritim telah menahan dan memeriksa pam bot tersebut pada jam lebih kurang 5.00 petang 22 Mei 2018. Pengarah Maritim Zon Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam bin Hj Aziz berkata, mereka telah menahan sebuah pam bot berwarna biru/putih

tiada nombor pendaftaran yang disyaki memiliki ikan sebanyak 50kg yang ditangkap dengan cara bom di perairan Pulau Mengalum. Pemeriksaan lanjut mendapati empat orang kru lingkungan umur 25 hingga 32 tahun berada diatas pam bot tersebut dan gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah. Keempat-empat kru dan pam bot tersebut ditahan dan diiringi masuk ke Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut.

PAM BOT MENCURIGAKAN DITAHAN

Dua lelaki dewasa dan seorang kanak -kanak berbangsa Bajau Palauh tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau kerana yang disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan perairan Pulau Bohey Dulang, Semporna pada 13 June yang lalu. Ketua Zon Maritim Tawau,

Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa berkata ketika anggota bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan di sektor pengoperasian telah menahan dan memeriksa sebuah bot nelayan kecil di sekitar kawasan perairan Pulau Bohey Dulang pada jam lebih kurang 1.16 pagi. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kedua-dua yang ditahan

dalam lingkungan umur 8 hingga 40 tahun. Katanya pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan menjumpai enam botol disyaki bom ikan. Kesemua individu dan bot nelayan terbabit ditahan dibawa masuk ke jeti Kem Azumi, Semporna untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

MARITIM MALAYSIA TAWAU TAHAN BOT NELAYAN MEMILIKI BOM IKAN

Ketika menjalankan Op Khas/ Op Sejahtera di kawasan Pantai Mengalum pada 4 April 2018, anggota peronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan. Apabila dihampiri, bot berkenaan cuba melarikan diri dan kelihatan awak-awak bot tersebut sedang mencampakkan sesuatu ke dalam laut, namun berjaya dipintas. Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu telah

menahan dua bot berkenaan ditahan sekitar 11.20 hingga 11.50 malam yang disyaki menangkap dan memiliki ikan menggunakan racun dan bahan letupan. Hasil pemeriksaan di bot berkenaan didapati dua orang juragan warga tempatan bersama-sama dengan 4 awak-awak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dalam lingkungan umur 32 - 50 tahun berada di atas kedua-dua bot terbabit.

Hasil pemerikasaan lanjut mendapati terdapat serbuk putih yang dipercayai racun cynide manakala peralatan yang dibuang didalam laut disyaki bom ikan.Bot, juragan dan awak-awak ditahan dan diiringi ke jeti Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

DUA BOT DITAHAN GUNA RACUN DAN BAHAN LETUPAN

PENG

UATKUASAAN

Page 34: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

34

PEN

DID

IKAN

E. Competency Based Training and Assessment (CBTA)Konsep ini dikenali sebagai Latihan dan Penilaian Berasaskan Kompentensi (LPBK) atau Competency Based Training and Assessment (CBTA). LPBK atau CBTA merupakan satu konsep yang berupaya memenuhi tuntutan peminta khidmat yang merangkumi kemampuan seseorang pegawai penguat kuasa maritim memindahkan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di situasi dan persekitaran baru melalui pemindahan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari semasa di tempat kerja. Konsep ini menitik beratkan pengembangan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh anggota tanpa mengambil kira bagaimana mereka memperolehinya. Konsep ini juga menyediakan pilihan yang luas dan pelbagai kepada individu dan organisasi tentang apa, di mana dan bagaimana mereka belajar. Seterusnya ianya memberi peluang peningkatan kelayakan (qualitification) dan pencapaian anggota semasa dalam perkhidmatan dan seterusnya mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Kelulusan, pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh individu juga diambil kira tanpa mempertikaikan sumber perolehan pengetahuan dan kemahiran tersebut. Pembangunan konsep ini memastikan setiap anggota dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang bukan sahaja dituntut dalam perkhidmatan malah diperlukan oleh sektor industri negara. Standard latihan yang dibentuk ditetapkan melalui 5 Tahap (Level) atau Peringkat. Selain itu, ia juga mengambilkira tahap kesukaran taksonomi di setiap peringkat yang dibangunkan iaitu Knowledge (pengetahuan), Comprehension (kefahaman), Application (mengaplikasi), Analysis (analisis), Synthesis (menghurai/memperinci) dan Evaluation (menilai).

F. Pembentukan Modal InsanDengan pemantapan dan meningkatkan sistem pengurusan dan pembangunan kompetensi, produk yang dihasilkan oleh AMSAS dijangka akan dapat melahirkan

pemimpin yang sentiasa mengutamakan budaya kerja cemerlang serta berintegriti. Pemantapan keperibadian warga penguat kuasa APMM yang cemerlang perlu berteraskan pernyataan arah APMM dengan mengubahsuai pendekatan latihan melalui konsep latihan yang memberi penumpuan kepada pengurusan yang berkualiti (quality management), penambahbaikan berterusan (continuous improvement), latihan yang efektif serta efisien. Konsep ini menjurus kepada melahirkan warga maritim yang kompeten bagi melaksanakan sesuatu tugas di tempat kerja mengikut tahap yang diperlukan. Seterusnya pemantapan dan pendedahan juga diselitkan dengan penerapan peribadi seorang pemimpin. Dalam pelaksanaan latihan, pernyataan arah APMM dijadikan panduan dalam membentuk budaya dan nilai-nilai murni yang baik bagi menghasilkan pelatih yang cemerlang serta berintegriti. Konsep esprit de-corp yang menjadi wadah utama dalam pelaksanaan latihan digabungkan dengan nilai etika kerja yang baik akan sentiasa dijalinkan bagi memangkin kejayaan Model Pembangunan Kompetensi AMSAS. Konsep modal insan melibatkan pelaburan terhadap sumber manusia. Dalam hubungan ini, aspek pendidikan dan latihan merupakan satu bentuk pelaburan yang amat penting serta dianggap sebagai elemen dalam modal insan kerana fitrah manusia tidak boleh dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan dan nilai-

nilai yang mereka miliki. Dalam era globalisasi yang melanda dunia dewasa ini, APMM mestilah berusaha dan berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian boleh menyebabkan relevensi APMM dipertikaian. Oleh itu, sumber-sumber yang terdapat dalam organisasi perlu diperkemas dan ditingkatkan bagi menangani cabaran tersebut. Justeru, pembangunan dan peningkatan tahap kompetensi sumber manusia atau modal insan dalam Agensi ini merupakan aspek yang perlu diberi perhatian serius.

G. Kejurulatihan Dan Subject Matter Expert (SME)Tumpuan perlu diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan AMSAS melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Perancangan pengurusan pembangunan kerjaya dan landasan kerjaya yang berkesan CBTA dan the right man to the right job perlu digubal bagi memastikan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan kerja dan menyediakan pelan penggantian kejurulatihan dan profesional yang berkesan di AMSAS. Pada masa yang sama, setiap bahagian perlu berperanan dengan lebih berkesan bagi memastikan warga AMSAS dilengkapi dengan kompetensi yang sesuai dan selari dengan keperluan AMSAS.

PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN LATIHANOleh : Kepten Maritim Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik

Page 35: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

35

PEND

IDIK

AN

Lapangan atau bidang pekerjaan dalam APMM ditentukan oleh 2 faktor terpenting iaitu pangkat dan latar belakang individu. Dalam keadaan lain, pembentukan standard latihan yang dibangunkan perlu seimbang dengan pembangunan jurulatih atau tenaga pengajar yang kompeten. Pembangunan yang dimaksudkan adalah bagi mengenal pasti kompetensi jurulatih yang terdapat dalam bidang dan cabang kemahiran yang dibangunkan di dalam prospek perjawatan di dalam Agensi beserta dengan maklumat lain yang relevan. Sehubungan dengan itu, AMSAS mentafsirkan bahawa tanggungjawab melaksanakan pembangunan Matrik Kejurulatihan ini akan menjelaskan secara terperinci untuk mengenal pasti kelayakan dan keperluan peningkatan kompetensi serta kesesuaian penetapan jurulatih berdasarkan latar belakang akademik dan profesionalisme, tahap kompetensi, kebolehan, kaedah penyampaian, latihan, penilaian pekerjaaan atau perjawatan, penambahbaikan dan pembangunan bidang kejurulatihan dan kaunseling kerjaya. Pelatih dan jurulatih serta SME menjadi teras dalam penilaian ini. Faktor pencapaian pelatih semasa, bekas pelatih dan jurulatih seterusnya menjalankan tugas diambilkira selain dari faktor disiplin dan juga personaliti individu. Penilaian menyeluruh ini adalah untuk mencari punca kelemahan yang telah mempengaruhi ketiga-tiga dimensi iaitu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill) dan sikap (attitude). Penilaian adalah bahagian yang sangat penting dalam latihan dan digunakan untuk pelbagai tujuan. Penilaian boleh digunakan sebagai proses yang berterusan dalam menjalankan modul pembelajaran untuk memberikan maklum balas kepada pelatih dan jurulatih atau penyelia latihan tentang keberkesanan pembelajaran dan prestasi hasil pembelajaran. Penilaian pada permulaan atau semasa modul sedang dilaksanakan dikenali sebagai penilaian formatif dan biasanya diuruskan oleh jurulatih atau penyelia latihan. Penilaian sumatif digunakan pada akhir modul dan digunakan untuk menilai prestasi keseluruhan hasil latihan. H. Pembangunan Kompetensi Membangunkan warga kompeten melalui transformasi pelaksanaan

latihan yang sistematik dan berkualiti menjadi salah satu matlamat penubuhan AMSAS. Berdasar keperluan ini, Bahagian Latihan Khusus/Pembangunan Kompetensi dan Kawalan Mutu telah dioperasikan mulai Januari 2009 untuk memantau pelaksanaan latihan di AMSAS. Pemantauan ini bukan sahaja mengenai program latihan termasuk sukatan mata pelajaran tetapi juga meliputi merit pelatih, matrik jurulatih, penilaian penceramah serta pelaksanaan kursus. Ia penting untuk memastikan latihan yang dijalankan di sini menepati piawaian yang ditetapkan. Selain itu unit juga perlu memastikan kompetensi yang dibangunkan di Agensi ini sentiasa relevan serta menepati kemahiran yang diperlukan sebagai pegawai penguatkuasa maritim. Sebagai kayu pengukur, seseorang pegawai penguat kuasa hanya akan dianggap kompeten apabila mereka mampu mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka perolehi semasa menjalani latihan sewaktu menjalankan tugas. Dengan pemantapan dan meningkatkan sistem pengurusan dan pembangunan kompetensi, produk yang dihasilkan oleh AMSAS dijangka akan dapat melahirkan pemimpin yang sentiasa mengutamakan budaya kerja cemerlang serta berintegriti. i. Pembangunan Peribadi. Membangunkan keperibadian warga penguat kuasa maritim yang cemerlang. Konsep ini menjurus kepada melahirkan warga maritim yang kompeten bagi melaksanakan sesuatu tugas di tempat kerja mengikut tahap yang diperlukanii. Kepimpinan. Menerapkan aspek kepimpinan dalam setiap pelaksanaan latihan.iii. Budaya dan Nilai-nilai. Dalam pelaksanaan latihan, pernyataan arah APMM dijadikan panduan dalam membentuk budaya dan nilai-nilai murni yang baik bagi menghasilkan pelatih yang cemerlang serta berintegriti.iv. Perhubungan Pasukan. Konsep esprit de-corp yang menjadi wadah utama dalam pelaksanaan latihan digabungkan dengan nilai etika kerja yang baik akan sentiasa dijalinkan bagi memangkin kejayaan Model Pembangunan Kompetensi AMSAS.

I. Penilaian LatihanPendekatan terhadap latihan telah dibangunkan melalui analisis kerja

yang rapi, objektif yang berasaskan kecekapan dan penerapan hasil penilaian kecekapan. Objektif kawalan mutu dalam latihan AMSAS adalah untuk menjamin penyampaian produk dan khidmat latihan bermutu yang telah ditentukan. Ini adalah hasil daripada sistem latihan yang mewakili kombinasi sumber latihan yang optimum dan paling efisien. Prinsip yang menjadi teras penyediaan kawalan mutu untuk latihan mencerminkan prinsip yang telah ditetapkan untuk kualiti keseluruhan sistem pengurusan dan pengeluaran kebangsaan.

J. Bentuk LatihanKategori latihan adalah berbeza mengikut tujuan setiap latihan itu direka bentuk. Penyampaian latihan pula dapat dibezakan mengikut cara dan tempat latihan dikendalikan. Disebabkan kategori dan bentuk latihan APMM mempunyai ciri yang tersendiri, satu huraian lebih umum perlu diberikan tentang pelbagai bentuk latihan yang sedia ada. Ini dikendalikan di institusi latihan formal yang ditubuhkan dan unit latihan terpilih. Sekiranya AMSAS memerlukan kepakaran luar, anggota APMM akan diberi peluang menghadiri kursus di unit latihan dan awam lain di dalam atau di luar negara atau secara outsourcing. K. Latihan Sambil Kerja (LSK)LSK merupakan kursus formal dirangka untuk melengkapi peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk menjalankan tugas mereka. Walau bagaimana pun mereka jarang mencapai keterampilan maksimum setelah mengikuti kursus-kursus ini. Justeru itu latihan berterusan perlu di tempat kerja supaya dapat memantapkan kebolehan sedia ada mereka bagi mengukuhkan apa yang telah diperoleh dalam latihan formal. Latihan ini melengkapi dan menambah program latihan formal dengan menyediakan saluran lain memberi latihan dalam bidang yang tidak dapat dikendalikan melalui latihan formal disebabkan adanya batasan. LSK menjamin agar keterampilan kerja dikekalkan pada tahap tinggi dengan cara menambah pengetahuan dan kemahiran pegawai atau anggota lain-lain pangkat.

BERSAMBUNG......

Page 36: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

36

AGAM

A

Segala kewajipan dan syiar Islam meyakinkan lagi betapa berharganya MASA, seorang muslim mestilah memberikan perhatian serius bagaimana ia mengurus masa. Islam membangun pemikiran manusia supaya melihat peredaran matahari, peredaran siang dan malam dan peredaran dunia, peredaran ini semua adalah detik masa berlalu.

Ketika malam sampai kepenghujung dan fajar mula menyinsing, manusia diseru untuk bangun mencari kejayaan - melalui solah subuh, menyedut udara segar dan bersih untuk kesihatan badan. Orang yang bangun mendengar panggilan “marilah menuju kejayaan” telah merungkaikan ikatan syaitan yang membelit dirinya.

Membersih dan mensucikan diri untuk menyambut panggilan untuk menuju kejayaan – Solat Subuh. Ketika manusia dalam keletihan dengan urusan seharian, sekali lagi manusia diseru untuk solat zohor kerana solah adalah jalan menuju kejayaan. Apabila matahari telah berada disebelah Barat manusia dipanggil lagi untuk solah Asar, dan terdengar lagi panggilan ke empat apabila hari sudah mulai gelap semula, siang yang tadinya terang benderang kembali hilang beransur-ansur bertukar malam. Apabila siang telah melabuhkan tabirnya manusia dipanggil lagi untuk mencapai kejayaan dengan solah Isya’ sebelum beristirehat setelah penat seharian mencari penghidupan. Begitu diari hidup seorang muslim memulakan kehidupan dengan solah Subuh dan menutupnya dengan solah Isya’. Rutin harian, mingguan, bulanan dan tahunan semuanya telah tersusun kemas bagi seorang

muslim. Sebab itulah jadual masa mesti dipenuhi dengan aktiviti dalam masa tersebut kerana kegagalan mengikut jadual masa itu menyebabkan hak terhadap masa itu telah terabai dan saat itu tidak akan datang lagi sampai hari kiamat. Pantasnya masa bergerak laksana angin dan awan yang berlalu. Hari-hari yang dipenuhi rasa gembira terasa pendeknya hari itu, sebaliknya hari dirundung kesedihan terasa lambatnya masa berjalan. Hakikatnya sama sahaja, hanya perasaan manusia yang merasa begitu. Ketika nyawa dicabut, maka terpisahlah manusia dengan kehidupan harian di dunia yang laksana kilat menyambar sahaja layaknya. Nabi Nuh ‘alahis Salam menceritakan malaikat maut datang untuk mencabut nyawanya dan ketika ditanya oleh malaikat maut “Wahai Nabi yang paling panjang umur, bagaimana kamu melihat kehidupan dunia”?. Nuh ‘alahis Salam menjawab “Aku dapati dunia ini, hanyalah seperti dua daun pintu, aku masuk melalui pintu ini dan aku keluar melalui satu pintu lagi”

DIARI MASA SEORANG MUSLIMOleh: PW 1 Maritim Ramli bin Ismail

Seksyen Pembangunan Insan P&K

Page 37: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

37

Kapal yang bersauhTANPA kebenaran daripada

JABATAN LAUT MALAYSIAboleh dikompaun di bawah

Ordinan Perkapalan Saudagar(Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952

dan jika disabitkan kesalahan ianya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000

atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Page 38: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

38

IntroductionWhat happens after a person being charged in court for a criminal offence? When is the trial commencing? At what stage, the attendance of the complainant is required in court? When can the accused give evidence? What do witnesses anticipate during a trial? These are the most common questions sought by those who are not in the legal fraternity be it an accused, trafficking victims, civilian witnesses and etcetera. The whole criminal trial process is captured respectively under Chapter XIX titles “Summary Trials By Magistrates” and Chapter XX titles “Trials Before The High Court” of the Criminal Procedure Code.

Generally there are two systems of justice in the world. Civil law countries practice inquisitorial legal justice system whereas common law countries practice adversarial legal justice system. Malaysia is one of the common law countries hence Malaysia practices adversarial legal system. The difference between both systems lays in the role played by the judge. In an inquisitorial system, the judge actively involves in investigating fact in order to determine the truth whereas in an adversarial system, the judge plays rather minima or inactive role but rely on the argument advancing by the advocates who represent their clients in the matter.

The ProsecutorIn Malaysia, the criminal legal process begins when a person is charged in court for criminal offence(s). When a person is charged, he is called an accused whereas the other party is called the prosecutor who prosecutes the accused. In Malaysia, the Attorney General is

also the Public Prosecutor. Section 376 of the Criminal Procedure Code enumerates that the Attorney General shall be the Public Prosecutor and the Public Prosecutor shall have the control and direction of all criminal prosecutions. The power which is exercisable at the Attorney General’s discretion to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence is enshrined under Article 145(3) of the Federal Constitution. In other words, the Public Prosecutor holds the prerogative right to institute, to conduct or to discontinue a criminal proceeding against an accused.

The ChargeWhen an accused is brought to the court for the first time, a charge shall be read and explained to him. A charge is a public document containing particulars as to the time, place, venue and means where the criminal wrong doing is alleged to be committed by the accused. The requirement of a charge is specifically stated under Chapter XVIII of the Criminal Procedure Code. The charge must be read and explained to the accused in a language that the accused can understand. A conviction can be quashed if there are evidences to

show that the accused does not understand the charge. Therefore, the presence of an interpreter is vital to facilitate the charge reading process to the accused. After reading the charge, the accused shall be asked by the court whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried. His plea shall be recorded.

The Plea (i) Plead guiltyWhen an accused chooses to plead guilty, the court shall ensure that the accused understand the nature and consequences of his plea and the accused intends to admit, without qualification, the offence alleged against him as provided under Section 173(b) of the Criminal Procedure Code. A qualified or conditioned plea is not allowed under the law. An accused can change his plea at any time before the judgment provided the accused accounts for the change of plea. After a plea of guilty is taken, the accused is allowed to mitigate his sentence either by himself or he can be legally represented by a defense counsel of his choice. After being satisfied with the plea of guilty by the accused, the court shall pass sentence according to the law.

A Simple Understanding of Criminal Court Process in MalaysiaPenned by:

Yong Ann Nee (Legal Division, MMEA)

REN

CAN

A

Page 39: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

39

(ii) Claim trial In the event an accused chooses to claim trial, the prosecution bears the burden to prove the offence. In a criminal trial, the accused is deemed to be innocent until proven guilty. While waiting for the case to be tried, the accused may be released on court bail subject to the nature of the offence. Generally, there are three types of court bail: (i) a bailable offence means that the accused is entitled to court bail as of right; (ii) a non-bailabe offence means that it is the court’s discretion to release an accused on court bail; and (iii) an unbailable offence means that no court bail will be offered and the accused will stay in the custody of the detaining authority pending trial. Reference can be made to the First Schedule of the Criminal Procedure Code.Pre-trial conference and case managementBefore the trial commences, the court will direct parties to go into pre-trial conference and case management process. During pre-trial conference, both the prosecution and the defense counsel who represents the accused will sort out matters including identifying factual and legal issues, delivering documents under Section 51A of the Criminal Procedure Code, plea bargaining of charge or sentence and any matters which may lead to the expeditious disposal of the case. During case management, the judge will have to ensure case is ready to go for trial. Under section 172B, a trial shall commence within 90 days from the accused is charged. The purpose of these processes is to expedite the case and altogether dispose the case in a speedy manner.

The Trial(i) Prosecution stageIn a criminal trial, the burden is on the prosecution to prove its case as the maxim says he who alleges must prove. The prosecutor will have to bring in evidence by calling witnesses to testify in court. Once

the burden is discharged, the court will decide whether a prima facie case has been made out by the prosecution base on the evidence adduced. Section 173(h)(iii) of the Criminal Procedure Code illustrates that a prima facie case is where the prosecution has adduced credible evidence proving each element of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. In other words, a prima facie case is a case where the prosecution evidence is sufficient to conclude that the accused has committed the offence and the accused must be called to state his defence.(ii) Defence stageDuring defence stage, the accused is given three options to state his defence as illustrated under Section 173(ha) of the Criminal Procedure Code: (1) to give sworn evidence in the witness box; (2) to give unsowrn statement from the dock; or (3) to remain silent. An accused is entitled to call his witnesses. Section 181(1) of the Criminal Procedure Code states that if the accused elects to give evidence, his evidence shall be taken before that of other witnesses for the defence. In other words, the accused must testify first followed by other witnesses that he intends to call. At the end of the defence case, the prosecution is given right to reply on the whole case as stated in Section 182 of the Criminal Procedure Code.

The JudgmentAt the end of the defence, if the Court finds that the accused has raised a reasonable doubt in the prosecution

case, the Court must discharge and acquit the accused from the criminal charge. If the Court finds that the accused failed to raise reasonable doubt and the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt throughout the trial, the Court must convict the accused and pass sentence accordingly. It is an essential principle of criminal law that a criminal charge must be established and proved by the prosecution beyond reasonable doubt. The court must be satisfied and must feel sure with all the evidence adduced that it is the accused that committed the crime and leave no ground of reasonable doubt.

ConclusionCriminal trial process in Malaysia can be concluded within days, weeks, months or years depends on the complexity of the case, the schedule of the Court, the prosecutor and the defence counsel, the availability of the witnesses, interpreters and etcetera. Factors such as change of presiding judge, prosecutor being transferred, counsel being discharged are common to have an effect on the duration of the trial. Nevertheless, Malaysia has taken serious effort to expedite criminal trials by amending the Criminal Procedure Code in year 2012 introducing pre-trial management, case management and plea bargaining process. After all, justice delayed is justice denied; justice hurried is justice buried. There must always be a check and balance among the justice upholders during a trial.

REN

CANA

Page 40: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

40

CAR

ILAM

ATCA

RIL

AMAT

Pada jam lebih kurang 6.45 pagi, 16 April yang lalu, Pusat Operasi Daerah Maritim 15 (PUSOP) telah menerima panggilan daripada Mohd Afiq Heng bin Abdullah mengenai sebuah bot nelayan dengan nombor pendaftaran MK 2980 berwarna biru dan putih telah karam ketika sedang menjalankan aktiviti memukat ikan di sekitar Pulau Mengalum. Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu telah melancarkan pencarian Husain bin Ishak berumur 23 tahun warganegara Indonesia. Bot tersebut dipercayai belayar dari Jeti Safma menuju ke

Pulau Mengalum pada hari Sabtu 14 April 2018 pada jam lebih kurang 6 petang. Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som berkata, sebaik sahaja menerima laporan serta segala maklumat tambahan diperolehi, sebuah aset Maritim Malaysia iaitu Bot Pengawal 38 telah dikerahkan ke lokasi pada jam 7.35 pagi untuk membuat pencarian namun masih belum menjumpai mangsa tersebut. Pencarian mangsa diteruskan dan dibantu sebuah aset daripada Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu PSC 65, Sistem Pengawasan

Maritim (Laut SWASLA) Sabah, dan beberapa buah bot nelayan tempatan. Operasi mencari dijalankan selama tiga hari. Sepanjang tempoh tiga hari pencarian mangsa dilakukan, tiada sebarang petunjuk positif dilaporkan. Keluasan sektor pencarian sepanjang tempoh tersebut adalah seluas 362 BN Persegi. Pihak APMM dan Agensi Sahabat telah menggalas tanggungjawab melakukan pencarian mangsa. SAR ditamatkan setelah tiada sebarang petunjuk ditemui. Pihak Maritim Malaysia juga terus melakukan pencarian mangsa dalan rutin rondaan harian.

MARITIM MALAYSIA MELANCARKAN PENCARIAN MANGSA BOT NELAYAN KARAM DI PULAU MENGALUM

Bot Maritim Penggalang 18, Maritim Malaysia Kelantan yang sedang menjalankan “Operasi Perkasa Timur” di sekitar perairan Kelantan telah menerima panggilan dari Pusat Operasi Maritim Malaysia Kelantan mengenai mangsa hilang ketika memancing kira-kira jam 10.30 malam 19 April 2018. Setelah Operasi SAR diaktifkan, Pusat Operasi Maritim Malaysia Kelantan telah mengarahkan Bot Penggalang 18 dan Bot Kilat 17 melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di sekitar perairan Pengkalan Kubor.

Bot Penggalang 18 telah menjumpai Bot Fiber dan mangsa pada 20 April kira-kira jam 10.50 pagi dalam keladaan selamat di posisi Garis Lintang 06 darjah 31.55 minit Utara dan garis Bujur 102 darjah 5.5 minit Timur lebih kurang 17 batu nautika dari Pengkalan Kubor. Maklumat mangsa Wan Muhammad Ramzi Bin Wan Ibrahim, seorang anggota Bomba Pangkalan Kubor, berumur 37 tahun. Bot Fiber yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan enjin dan mangsa dalam keadaan baik dan selamat. Bot Fiber telah ditarik masuk oleh Bot Penggalang 18 ke

jeti Maritim Malaysia Pengkalan Kubor.

MARITIM MALAYSIA BERJAYA MENYELAMAT PEMANCING BOT FIBERHILANG KETIKA MEMANCING

Page 41: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

41

Operasi mencari dan menyelamat Mohd Haikal bin Fauzi, 17 tahun yang lemas di pantai Teluk Bidara berhampiran Dungun ketika mandi bersama rakan-rakan telah ditamatkan apabila mayat mangsa telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 5 April yang lalu. Mayat mangsa telah dijumpai lebih kurang pukul 12.30 tengahari tadi oleh pasukan

mencari dan menyelamat kira – kira 150 meter dari lokasi mangsa dikatakan lemas. Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar berkata, “operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada 6.30 petang semalam yang disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan

penduduk tempatan dengan kekuatan keseluruhan pasukan mencari dan menyelamat adalah seramai 51 orang dan melibatkan 4 buah aset dilaut.” Menurut beliau lagi, operasi mencari dan menyelamat ini telah ditamatkan sekitar jam 2.30 petang tadi dan mayat mangsa telah dihantar ke hospital Dungun untuk urusan selanjutnya.

MANGSA LEMAS DI PANTAI TELUK BIDARA DITEMUI

Bilik Operasi Daerah Maritim 3 Lumut telah menerima panggi-lan dari WILUTA telah memak-lumkan bahawa terdapat insiden orang jatuh laut kira-kira 4.2 batu nautika Tenggara Pulau Buloh lebih kurang jam 8.30 pagi, 12 April 2018. Menurut maklumat yang diterima mangsa merupakan seo-rang lelaki berbangsa Cina ber-nama Khee Kui Heng yang beru-mur 38 tahun telah jatuh dari bot

nelayan yang dinaiki bernombor PKFA 8577. Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Wan Mat bin Wan Abdullah telah mengarah-kan Kapal Maritim Gagah ke lo-kasi kejadian pada jam 8.50 pagi manakala Bot Penggalang 13 pula diarahkan ke lokasi pada jam 10.00 pagi bagi membuat gerakan mencari dan menyelamat mang-sa. Gerakan mencari dan menye-

lamat ini juga dibantu oleh bot nelayan tempatan yang akhirnya menjumpai mayat mangsa pada jam 11.05 pagi dan diserahkan kepada pihak kapal untuk dibawa ke jeti Bagan Datok. Kapal Maritim Gagah dijang-ka merapat ke Jeti Bagan Datok pada jam 12.15 untuk menyer-ahkan mayat kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

GERAKAN MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA JATUH LAUT

CARILAM

ATCAR

ILAMAT

Page 42: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

42

CAR

ILAM

AT

Seorang lagi mangsa yang lemas ketika mandi di pantai Bundusan dua hari lepas telah ditemui lemas pada jam lebih kurang pukul 6.00 petang 24 April 2018 di kedudukan lebih kurang 0.5 BN selatan Pulau Manukan, Kota Kinabalu. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Udara, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam melakukan pencarian sejak kelmarin melibatkan kawasan pencarian meliputi 174 BN merangkumi perairan Papar sehingga perairan Pulau Tiga.

Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz berkata, “mayat mangsa ditemui terapung oleh seorang nelayan bernama Lahasan bin Ladia kemudian memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat sebelum mayat mangsa di ambil oleh Bot Maritim Kilat 36 seterusnya membawa mayat tersebut ke Jeti Polis Marin Kota Kinabalu dan diserahkan kepada pihak Polis untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi tujuan pengecaman.” Pada jam 9.00 malam, IPD Papar memaklumkan hasil pengecaman mangsa oleh waris di Hospital Queen Elizabeth 1

mengesahkan mangsa adalah anaknya yang lemas di Pantai Bundusan. SAR telah ditamatkan pada jam 9.00 malam.

MANGSA DITEMUI LEMAS SELEPAS DUA HARI

Seorang nelayan warga Thailand iaitu Chaiya Pongpaew telah ditemui selamat oleh bot pancing pada jam 9.30 pagi tadi selepas lebih dari 24 jam hilang disyaki terjatuh laut pada 1 Mei yang lalu. Timbalan Pengarah

(Operasi), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan bin Harun berkata, Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima satu laporan mengenai seorang nelayan warga Thailand disyaki terjatuh ke laut dari bot nelayan tempatan pada jam 05.00 pagi semalam. Mangsa disedari hilang di kedudukan 9.5 batu nautika Barat Pulau Betong sewaktu bot dalam perjalanan balik ke jeti nelayan Kuala Kedah. Sebaik menerima maklumat tersebut, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan dan aset dari Maritim Malaysia di kerahkan ke lokasi kejadian. Walaubagaimanapun mangsa masih tidak dapat ditemui dan SAR ditangguhkan pada jam 07.30 petang semalam.

Menurut Komander Hamizan lagi, pada hari kedua pencarian, pada jam 9.30 pagi, mangsa telah dijumpai sedang berapung oleh bot pemancing yang berdekatan dalam keadaan lemah dan kesejukan. Mangsa telah diserahkan kepada Kapal milik Maritim Malaysia Pulau Pinang dan dibawa ke jeti Limbongan Batu Maung untuk rawatan lanjut.

NELAYAN WARGA THAILAND DITEMUI SELAMAT SELEPAS LEBIH 24 JAM BERAPUNG

Page 43: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

43

CARILAM

AT

Seorang nelayan warga Kemboja yang bekerja dengan bot negara Thailand dipercayai bertindak terjun dari bot yang dinaikinya kerana telah diugut tembak oleh tekong bot tempatnya bekerja. Maritim Malaysia Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu telah bejaya meyelamatkan nelayan tersebut yang terapung di laut iaitu lebih kurang 4 batu nautika dari Pelantar Angsi, pada 1 Mei 2018. Pengarah Maritim DM 9 Kuala Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan perubatan kerana

mengalami lecur di kulit kesan panas matahari dan telah terapung selama satu hari. Setelah selesai proses pemeriksaan perubatan pihak Maritim Malaysia menyerahkan

kepada pihak Imigresen untuk proses dokumentasi dan menyerahkan ke pihak kedutaan Kemboja untuk urusan penghantaran pulang ke negaranya.

NELAYAN WARGA KEMBOJA TERJUN LAUT SELEPAS DIUGUT TEMBAK

Mayat mangsa yang hilang dipercayai terjatuh dari bot ketika berlayar ke Pulau Pisang di perairan Pontian Johor telah ditemui pada 29 Mei 2018. Mayat Abdul Rashid Padang, 58 tahun, dijumpai nelayan tempatan yang turut membantu mencari mangsa kira-kira jam

10.00 pagi tadi. Mangsa ditemui di lokasi 0.5 batu nautika dari Pantai Pontian kecil. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti pontian besar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia

negeri Johor, Kepten Maritim Sanifah bin Yusof berkata, operasi carilamat hari ini telah diteruskan dengan melibatkan aset dari Maritim Malaysia, Polis Marin, Bomba dan APM dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 34 orang serta nelayan tempatan dengan kekuatan.Operasi carilamat ditamatkan pada jam 11.00 pagi.

MAYAT ABDUL RASHID BERJAYA DITEMUI

Page 44: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

44

KIS

AH B

ENAR

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dikejutkan dengan beberapa rantaian surat layang dan terbuka yang disebar luas melalui media sosial. Isi kandungan surat layang tersebut adalah luahan rasa ketidak puasan hati terhadap pengurusan tertinggi di Maritim Malaysia yang dikatakan tidak mengambil berat soal kebajikan anggota. Kamus Dewan Edisi IV (2005:1549) mentakrifkan surat layang adalah surat yang tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu dan lain-lain), dengan kata lain penulis surat layang ini tidak berani mendedahkan identiti dirinya dengan pengenalan nama atau menggunakan alamat email yang tidak dapat dikesan, Lebih buruk lagi surat layang versi digital lebih mudah disebarkan dan menjadi menjadi tular menerusi kiriman email secara terbuka, aplikasi Whatsapp dan dikongsi di media sosial peribadi seperti facebook dan twitter. Apapun kaedahnya, jelas penulis dan penyebar surat tersebut ada berniat jahat untuk menjatuhkan imej agensi di mata umum. Dari sudut yang lain, beberapa andaian boleh dibuat terhadap tindakan seseorang itu tujuan menulis surat layang,

antaranya si pengirim merupakan orang dalam dan beranggapan bahawa keselamatan dirinya akan terancam jika membuat aduan secara rasmi, pengirim juga mungkin beranggapan melalui surat layang yang ditulis akan mendorong tindakan susulan yang segera berbanding dengan aduan biasa. Surat layang juga merupakan satu saluran aduan seperti aduan-aduan yang lain, agensi akan mengambil langkah awal bagi menyiasat kesahihan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sebelum mengambil tindakan susulan sekiranya tuduhan merupakan fitnah semata-mata. Pengirim surat layang juga mungkin mahu menggunakan jalan pintas bagi menjatuhkan imej atau menjejaskan nama baik orang tertentu yang mendatangkan masalah kepada dirinya, ini dapat dilihat jelas isi dalam rantaian surat layang tersebut, apa yang pasti tiada bukti kukuh yang dapat dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan yang dipetik dalam surat layang tersebut. Lebih malang masih terdapat anggota dan pegawai Maritim Malaysia juga tanpa usul periksa menyebarkan surat-surat layang tersebut dalam media sosial. Penggunaan media sosial telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini dan ia menjadi medium komunikasi utama dalam kalangan masyarakat masa kini, kaedah ini menjadikannya satu keperluan kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan pantas dan cepat. Namun kepantasan maklumat yang

disampaikan, tidak menjamin kesahihannya, penggunaan yang meluas menyebabkan terdapatnya penyalahgunaan maklumat dan mendatangkan mudarat sekiranya tidak dibendung. Warga Maritim Malaysia yang telah memuat naik surat layang ini melalui media sosial seperti di Facebook peribadinya boleh menyebabkan maklumat tidak sahih terhadap Agensi menjadi tular dan menyebabkan imej dan nama baik agensi terjejas dan menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap agensi. Perbuatan ini boleh disifatkan sebagai telah melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam di bawah Peraturan 4(2)(d), dan tidak bertanggungjawab di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan yang sama dan boleh dijatuhkan hukuman dan lebih buruk lagi dibuang kerja. Kesimpulannya, semua anggota perlu menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati, janganlah mengambil jalan mudah dengan membaling batu dan menyembunyikan tangan ketika rakan-rakan lain menggadai nyawa dilautan demi menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara, hanya kerana tuntutan dan masalah kita belum dapat direalisasikan oleh pengurusan tertinggi.

PENYEBARAN BERITA PALSU MERUPAKAN SATU KESALAHAN Oleh: Puan Nor Izahwati bt. Ibrahim(Unit Integriti Maritim Malaysia)

Page 45: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

45

KISAH

BENAR

LAKSAMANA MARITIM DATO’ SRI ZULKIFILI BIN ABU BAKAR

Ketua Pengarah Maritim Malaysia

Warga diingatkan dan dilarangmengeluarkan/berkongsi kenyataan/

maklumat rasmi berdarjah (sulit/rahsia/rahsia besar) yang tidak benar, berunsur fitnah, menyentuh sensitiviti

kaum/agama di Media Sosial ataumana-mana saluran komunikasi

rasmi/tidak rasmi. Ia adalah satu perbuatan yang

menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah

Peraturan–Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993 Bil 395).

““

BERINTEGRITIDALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT

#AKTARAHSIARASMI1972#AKTAKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA1998#INTEGRITIDIHATI

Page 46: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

46

AKTI

VITI

Seramai 24 penghuni Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Sg Merab Luar diraikan oleh Maritim Malaysia menerusi Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan Cawangan Sumber Manusia agensi ini di Kajang pada 1 Mei yang lalu. Program “Seikhlas Kasih, Seindah Budi” berlangsung seawal jam 7.30 pagi dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Sumber Manusia Tuan Ahmad Tuan Wil. Pada ucapan perasmiannya

beliau menyatakan program ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat Maritim Malaysia menerusi cawangan ini terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta keprihatinan terhadap mereka apatah lagi bersempena ketibaan bulan yang mulia bulan Ramadhan tidak lama lagi. Beliau turut menyampaikan sumbangan sejumlah RM 2,500 kepada Datin Hajah Hasnah Husin selaku pengetua pusat jagaan tersebut hasil

sumbangan daripada seluruh warga Maritim Malaysia. Program turut diisi dengan beberapa acara antaranya tazkirah ringkas dan motivasi yang disampaikan oleh Ustazah Naini Akmal Che Alias, sukaneka serta acara gotong royong yang diadakan semalam. Selain itu, seramai 24 orang pelajar dari Kolej Kejururawatan Tun Shin Kuala Lumpur turut serta menjayakan program ini

MARITIM MALAYSIA MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM

Page 47: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

47

Page 48: SIRI 3/2018 - mmea.gov.my Siri 3 Maritim Malaysia.pdf · 1 siri 3/2018 issn2180-2513 transformasi apmm: lima wilayah distruktur kepada 13 negeri maritim (m/s 10) rm 29 juta syabu

48

Agensi Penguatkuasaan MaritimJabatan Perdana Menteri

Level 4-11, One IOI SquareIOI Resort, 62502 Putrajaya

MALAYSIA

603-8995 7000 603-8941 4000

http://www.mmea.gov.my/

http://www.facebook.com/maritimmalaysia/

@KPMaritimMsia

Malaysia Coast Guard

malaysia_coastguard