8
SIRI SEMAK CEPAT KOMSAS BM SPM ASPEK PEMAHAMAN PROSA KLASIK - SINOPSIS SABOR Sabor telah dibawa oleh saudaranya, Jibor yang kaya dan beristeri muda. Sabor diperkenalkan oleh abangnya itu kepada isterinya, Siti Saidah. Pada pandangan pertama itu, Siti Saidah menaruh perasaan terhadap Sabor yang lebih muda dan gagah daripada suaminya itu. Siti Saidah telah menyediakan bilik Sabor yang dihiasi cantik dengan hiasan ratna manikam. Sebenarnya, Siti Saidah bukanlah seorang isteri yang baik. Dia pernah bertindak curang terhadap suaminya, iaitu menjalin hubungan sulit dengan jauhari, iaitu saudagar permata. Perbuatannya itu tidak diketahui oleh suaminya, Jibor. Selepas Sabor tinggal bersamanya, Siti Saidah telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, saudagar permata itu. Dia mula mengatur rancangan untuk memikat Sabor agar memenuhi kehendak nafsunya. Pada suatu malam hari ke-20 Sabor tinggal di situ, Siti Saidah meluru masuk ke bilik Sabor semasa suaminya sudah tidur nyenyak akibat memakan majun khayal,. Kedatangan Siti Saidah itu mengejutkan Sabor yang jujur dan tidak menduga kakak iparnya mahu bertindak curang itu. Sabor hampir tergoncang keimanannya akibat pujuk rayu Siti Saidah yang menggodanya itu. Namun begitu, Sabor cepat-cepat teringat akan pesanan gurunya, Raja Damsyik dan larangan Allah tentang zina sebagaimana termaktub dalam kitab suci al-Quran. Sabor mengusir dan memarahi Siti Saidah dari biliknya. Hal ini menimbulkan rasa malu pada diri Siti Saidah dan dia berdendam terhadap Sabor. Sebaliknya, Sabor mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana berjaya menghindari zina dan kemudian bersembahyang , berserah diri kepada Allah. Keesokannya Siti Saidah cuba memfitnah Sabor dengan mengatakan kepada suaminya, Jibor bahawa Sabor cuba mencabul kehormatannya. Jibor yang percaya akan fitnah itu amat marah dan meminta Siti Saidah merahsiakan perkara itu serta berjanji akan mengambil tindakan. Siti Saidah amat berharap suaminya akan bertindak menghapuskan Sabor. Kemudian Jibor telah mengupah empat orang sipahi untuk membunuh Sabor sewaktu bersembahyang maghrib di masjid. Jibor juga telah menghadiahkan kopiah buatan Rom yang mahal kepada adiknya, Sabor. Ketika tiba waktu sembahyang, Sabor telah menanggalkan kopiahnya di atas mihrab yang kemudiannya dicuri oleh jauhari (saudagar permata). Semasa bersembahyang itu, empat orang sipahi yang diupah membunuh Sabor telah memancung kepala jauhari (=saudagar permata yang pernah mengadakan hubungan sulit dengan Siti Saidah) itu kerana menyangkanya sebagai Sabor. Keadaan menjadi kelam-kabut di masjid itu . Namun begitu, Sabor dan imam meneruskan sembahyang. Peristiwa itu menyedarkan Jibor bahawa adiknya tidak bersalah tetapi isterinya curang. Pendek kata, cerita ini berakhir dengan mereka yang berdosa mendapat balasannya, manakala orang yang baik mendapat perlindungan-Nya. ******

Sinopsis Cerita Klasik BM SPM

  • Upload
    ganos

  • View
    108.936

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Untuk mereka yang bakal menduduki BM SPM...inilah sahaja yang dapat saya bantu. Nak dengar cerita ambo, susah. Jadi, baca cerita ajelah.....Selamat Berjaya Kepada Calon SPM 2008.BM CEMERLANG, SPM GEMILANG !

Citation preview

Page 1: Sinopsis Cerita Klasik BM SPM

SIRI SEMAK CEPAT KOMSAS BM SPMASPEK PEMAHAMAN PROSA KLASIK - SINOPSIS

SABOR

Sabor telah dibawa oleh saudaranya, Jibor yang kaya dan beristeri muda. Sabor diperkenalkan oleh abangnya itu kepada isterinya, Siti Saidah. Pada pandangan pertama itu, Siti Saidah menaruh perasaan terhadap Sabor yang lebih muda dan gagah daripada suaminya itu. Siti Saidah telah menyediakan bilik Sabor yang dihiasi cantik dengan hiasan ratna manikam. Sebenarnya, Siti Saidah bukanlah seorang isteri yang baik. Dia pernah bertindak curang terhadap suaminya, iaitu menjalin hubungan sulit dengan jauhari, iaitu saudagar permata. Perbuatannya itu tidak diketahui oleh suaminya, Jibor. Selepas Sabor tinggal bersamanya, Siti Saidah telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, saudagar permata itu. Dia mula mengatur rancangan untuk memikat Sabor agar memenuhi kehendak nafsunya.

Pada suatu malam hari ke-20 Sabor tinggal di situ, Siti Saidah meluru masuk ke bilik Sabor semasa suaminya sudah tidur nyenyak akibat memakan majun khayal,. Kedatangan Siti Saidah itu mengejutkan Sabor yang jujur dan tidak menduga kakak iparnya mahu bertindak curang itu. Sabor hampir tergoncang keimanannya akibat pujuk rayu Siti Saidah yang menggodanya itu. Namun begitu, Sabor cepat-cepat teringat akan pesanan gurunya, Raja Damsyik dan larangan Allah tentang zina sebagaimana termaktub dalam kitab suci al-Quran. Sabor mengusir dan memarahi Siti Saidah dari biliknya. Hal ini menimbulkan rasa malu pada diri Siti Saidah dan dia berdendam terhadap Sabor. Sebaliknya, Sabor mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana berjaya menghindari zina dan kemudian bersembahyang , berserah diri kepada Allah. Keesokannya Siti Saidah cuba memfitnah Sabor dengan mengatakan kepada suaminya, Jibor bahawa Sabor cuba mencabul kehormatannya. Jibor yang percaya akan fitnah itu amat marah dan meminta Siti Saidah merahsiakan perkara itu serta berjanji akan mengambil tindakan. Siti Saidah amat berharap suaminya akan bertindak menghapuskan Sabor. Kemudian Jibor telah mengupah empat orang sipahi untuk membunuh Sabor sewaktu bersembahyang maghrib di masjid. Jibor juga telah menghadiahkan kopiah buatan Rom yang mahal kepada adiknya, Sabor.

Ketika tiba waktu sembahyang, Sabor telah menanggalkan kopiahnya di atas mihrab yang kemudiannya dicuri oleh jauhari (saudagar permata). Semasa bersembahyang itu, empat orang sipahi yang diupah membunuh Sabor telah memancung kepala jauhari (=saudagar permata yang pernah mengadakan hubungan sulit dengan Siti Saidah) itu kerana menyangkanya sebagai Sabor. Keadaan menjadi kelam-kabut di masjid itu . Namun begitu, Sabor dan imam meneruskan sembahyang. Peristiwa itu menyedarkan Jibor bahawa adiknya tidak bersalah tetapi isterinya curang. Pendek kata, cerita ini berakhir dengan mereka yang berdosa mendapat balasannya, manakala orang yang baik mendapat perlindungan-Nya.

******

KEZALIMAN MEMBAWA PADAH

Seorang hamba Allah dari Pasai , iaitu Tun Jana Khatib yang mahir dalam ilmu khayal lillah dan tauhid 12 alam datang ke Singapura. Ketika berjalan-jalan di pekan Singapura dan melewati istana Paduka Seri Maharaja, Tun Jana Khatib cuba menunjukkan kepandaian ilmunya di hadapan Permaisuri, iaitu dengan menilik (=menenung ) pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja, raja Singapura pada ketika itu. Tun Jana Khatib ditangkap dikenakan hukuman bunuh. Sebaik sahaja dibunuh, anehnya hanya darahnya sahaja tertitik di Singapura sedangkan badannya telah ghaib. Terdapat cerita yang mengatakan bahawa badannya telah terhantar ke Langkawi da dikebumikan di sana.

Akibat daripada tindakan Paduka Seri Maharaja yang disifatkan zalim itu, Singapura mulai ditimpa bencana. Singapura telah diserang oleh ikan todak. Banyak rakyat yang mati kerana diperintahkan Paduka Seri Maharaja berkubukan batang betis ketika menangkis serangan ikan todak itu. Dalam pada itu, seorang budak pintar yang menyaksikan peristiwa itu telah mencadangkan kepada raja agar mereka berkubukan batang pisang di pantai. Paduka Seri Maharaja bersetuju dengan cadangan bernas itu lalu mengarahkan rakyat agar menebang batang pisang dan dijadikan kubu di tepi pantai Singapura. Akibatnya, banyak

Page 2: Sinopsis Cerita Klasik BM SPM

ikan todak yang mati kerana jongor ikan-ikan itu terlekat pada batang – batang pisang tersebut. Rakyat Singapura terselamat daripada bencana itu. Namun begitu, budak pintar itu telah dibunuh akibat hasutan pembesar yang dengki akan kepintaran budak itu. Kononnya, dikatakan bahawa budak pintar ini tidak boleh dibiarkan hidup kerana ketika kecil sudah begitu pintar dan apabila besar kelak akan menggunakan kepintarannya untuk mencabar raja .

Kemudian Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan pula anakanda baginda, iaitu Raja Iskandar Syah yang beristerikan anak Tun Perpatih Tulus. Raja Iskandar Syah telah mengambil anak Sang Rajuna Tapa, iaitu penghulu bendahari baginda sebagai gundik. Anak Sang Rajuna Tapa yang cantik itu dicemburui lalu difitnah bermukah (=bezina ) oleh gundik-gundik raja yang lain. Akibat fitnah itu, anak Sang Rajuna Tapa telah dijatuhi hukuman sula di hujung pasar (=di khalayak ramai ). Oleh sebab malu bercampur dendam, Sang Rajuna Tapa memohon bantuan Betara Majapahit yang kemudiannya menyerang Singapura. Singapura yang tidak pernah tewas dalam cubaan serangan Majapahit sebelum ini akhirnya ditawan oleh pihak Majapahit kerana Sang Rajuna Tapa telah belot dari dalam. Raja Iskandar Syah kemudiannya telah melarikan diri ke Muar. Sementara itu, Sang Rajuna Tapa dan isteri bertukar menjadi batu akibat penderhakaannya kepada raja.

*******

ASAL USUL RAJA KECIL

Anakanda Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang telah dilahirkan secara rahsia oleh ibunya, Encik Pung di suatu tempat di Johor. Encik Pung tidak mahu memelihara dan menyusukan anaknya sendiri sebaliknya meminta bantuan Laksamana agar membawanya keluar dari negeri Johor. Laksamana pun pergi ke Selat Singapura untuk bertemu dengan Raja Nagara bagi membantunya menyerahkan anakanda sultan itu kepada Temenggung Muar di Muar untuk dipelihara secara rahsia kerana takut akan dibunuh oleh Bendahara. Anakanda itu dipelihara oleh Temenggung seperti anaknya sendiri dan tiada diketahui orang lain kerana beranggapan Temenggung memelihara anak Raja Nagara. Setelah berusia tujuh tahun, Temenggung membawa anakanda sultan itu semula ke Johor. Ketika bermain-main di makam ayahandanya di Kota Tinggi bersama-sama rakan-rakan sebaya, Anakanda sultan itu makan rumput dan budak-budak yang lain cuba mengikutnya tetapi semuanya muntah darah. Berita ini heboh. Rahsia anakanda sultan yang turut berwajah menyerupai arwah sultan terbongkar dan diketahui oleh Yamtuan Muda yang mengarahkan agar mencarinya. Untuk menyelamatkan anakanda sultan itu, Laksamana terpaksa pula meminta bantuan Nakhoda Malim untuk memelihara anakanda sultan itu. Nakhoda Malim membawa anakanda sultan itu kembali ke tempatnya di Jambi. Anakanda sultan itu dinamakan Tuan Bujang dan dilayan seperti anak sendiri. Tuan Bujang dibawa ke Pagaruyung menghadap Yamtuan Sakti dan menceritakan asal usul sebenar Tuan Bujang kepada Yamtuan Sakti. Diceritakan bahawa ayahandanya, Yang Dipertuan Johor telah mangkat dibunuh oleh Bendahara. Yamtuan Sakti meminta untuk memelihara Tuan Bujang dan dipersetujui oleh Nakhoda Malim. Yamtuan Sakti sangat gembira , lalu membawa Tuan Bujang menghadap bondanya, Puteri Jilan. Puteri Jilan amat sukacita dan meminta Yamtuan Sakti memelihara Tuan Bujang dengan baik-baik kerana berasa kasihan kepadanya itu yang telah kematian ayah dan yakin Tuan Bujang inilah yang akan menuntut bela atas kematian Yang Dipertuan Johor atau Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang. Sebenarnya , Puteri Jilan ini ialah kakak Yang Dipertuan Johor. Tuan Bujang ini menjadi cucu angkatnya kerana dijadikan anak angkat oleh Yamtuan Sakti.

Maka tinggallah Tuan Bujang di Pagaruyung dan membesar bersama-sama anak Yamtuan Sakti. Pada suatu hari ketika berusia 13 tahun, Tuan Bujang bermohon pergi ke Batanghari kerana hendak mencari ilmu. Tuan Bujang menumpang pergi mengembara dengan orang Minangkabau dan sampai di Batanghari, seterusnya ke Rawas dan kemudian Palembang. Tuan Bujang menghadap Sultan Lema Abang dan meminta untuk berhamba kepadanya. Sultan amat sukacita melihat sikap Tuan Bujang lalu dipeliharanya. Tuan Bujang tinggal bersamanya. Apabila Sultan dihadap orang, Tuan Bujang membawa tepak. Namun, ketika Tuan Bujang memegang tepak, Sultan Lema Abang tiada boleh duduk dan terasa kegatalan pada punggungnya. Jika Sultan berjalan dahulu dan Tuan Bujang di belakang; Sultan lema Abang tidak boleh berjalan dan terasa ada orang memegangnya. Sejak Tuan Bujang tinggal bersama, Sultan juga terasa sakit tubuh badan. Ini menunjukkan bahawa Tuan Bujang lebih berdaulat kerana Putera Raja Johor.

Page 3: Sinopsis Cerita Klasik BM SPM

PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Setelah isteri Sultan Mahmud mangkat, baginda menyatakan hasrat untuk beristeri lagi dengan alasan untuk menjadikan permaisuri Melaka. Justeru, Sultan mahmud telah menitahkan Laksamana dan Sang Setia pergi meminang Tuan Puteri Gunung Ledang yang menjadi pilihannya. Kedua-dua mereka membawa Tun Mamat bersama kerana dia ialah Penghulu orang Inderagiri yang ditugaskan menebas jalan. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi. Hanya Tun Mamat dan dua orangnya yang pantas berjalan sahaja dapat meneruskan perjalanan. Laksamana dan Sang Setia diminta Tun Mamat agar berehat menunggunya di pertengahan jalan.

Setiba di puncak gunung , banyak keanehan berlaku. Tun Mamat yang berjaya sampai dapat mendengar bunyi buluh perindu yang sangat merdu, Di sini mereka terasa seperti hendak terbang kerana terlalu kuat angin bertiup.Tun Mamat tiba di taman yang dipenuhi bunga-bungaan dan buah-buahan yang pelbagai rupa. Burung-burung juga mengeluarkan bunyi seperti orang bersiul, berbangsi(=berserunai), bersyair, berseloka, dan bergurindam. Limau mengkar pula bersorak, anggerik mengilai , delima tersenyum dan bunga air mawar pula berpantun dengan bunga tabjung biru. Pendek kata, masing-masing diberi unsur personifikasi.. Suasana di situ sungguh mengagumkan Tun Mamat. Tun Mamat berjumpa sebuah balai yang diperbuat daripada tulang , manakala atapnya daripada rambut. Di situ Tun Mamat bertemu dengan seorang perempuan tua, iaitu Dang Raya Rani dan kemudian menyampaikan hajat untuk meminang Tuan Puteri Gunung Ledang bagi pihak Sultan Mahmud. Kemudian perempuan tua atau Dang Raya Rani dan empat orang perempuan muda yang bersama-samanya ghaib menghilangkan diri. Sesaat kemudian muncul seorang perempuan tua, berbadan bongkok berlipat tiga mengatakan bahawa segala hajat Tun Mamat itu telah disampaikan kepada Tuan puteri Gunung Ledang. Dia juga menyampaikan syarat-syarat peminangan, iaitu minta diperbuatkan satu jambatan emas dan satu jambatan perak menghubungkan Melaka dengan Gunung Ledang, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang masak muda setempayan, darah raja semangkuk dan darah raja muda semangkuk. Menurut orang tua-tua, perempuan tua itu sebenarnya Tuan Puteri Gunung Ledang yang merupakan diri sebagai orang tua.

Tun Mamat kembali mendapatkan Laksamana dan Sang Setia dan menceritakan kehendak Tuan Puteri Gunung Ledang itu. Kemudian mereka pun kembali ke istana menyampaikan segala kehendak Tuan Puteri itu. Sultan Mahmud membatalkan hasratnya kerana tidak dapat menunaikan permintaan yang melibatkan darah mereka itu. Apa yang jelas, Sultan Mahmud amat mementingkan diri dan keluarga sendiri. Syarat-syarat peminangan lain dipersetujuinya kerana hanya melibatkan harta , tenaga dan jiwa rakyat.

SIKAP TERBURU-BURU AKAN MEMBAWA PADAH

Selepas mendapat perintah Rawana supaya Darsa Singa dipanggil menghadapnya, Sura Pandaki telah mencadangkan agar anaknya Darsa Singa pergi bertapa . Ini adalah untuk mengelakkan anaknya menjadi mangsa Rawana kerana sebelum ini, Barga Singa, iaitu suaminya telah dibunuh walaupun banyak berbakti kepada Rawana. Sura Pandaki membawa Darsa Singa bertapa di di dalam hutan , iaitu dalam rumpun buluh. Pada suatu hari Laksamana melintasi tempat itu dan ketika berjalan sambil mencantas pokok di sekeliling, Laksamana terpancung leher Darsa Singa yang berada di dalam rumpun buluh itu. Sura Pandaki yang datang membawa makanan untuk anaknya melihat leher anaknya telah terpenggal dan mengesyaki Laksamana yang melakukannya. Ini adalah kerana tempat itu merupakan kawasan Laksamana bermain.

Sura Pandaki pun menggunakan kuasa saktinya, iaitu menggerakkan dirinya dan dengan seketika bertukar menjadi seorang perempuan yang sangat cantik. Sura Pandaki pun pergi ke tempat Seri Rama dan cuba menggoda Seri Rama. Seri Rama tidak melayan Sura Pandaki, sebaliknya menyuruhnya pergi mencari Laksamana yang belum lagi berkahwin. Sura Pandaki pun pergilah pula mendapatkan Laksamana yang ketika itu sedang bertapa. Sura Pandaki amat hampa kerana Laksamana tidak pun memandang ke arahnya. Justeru, dia menggerak-gerakkan dirinya bertukar rupa menjadi raksasa lalu menangkap Laksamana dan dibawanya terbang ke langit. Semasa di udara, Laksamana bertindak memarang hidung Sura Pandaki sehingga menjadi rompong. Sura Pandaki melepaskan Laksamana, dan kedua-duanya gugur ke bumi. Ketika itu, anak Badia kelihatan berdoa memohon keselamatan Laksamana. Sura Pandaki jatuh terbaring di tanah, manakala Laksamana

Page 4: Sinopsis Cerita Klasik BM SPM

jatuh berdiri di atas dada Sura Pandaki. Sura Pandaki terus balik ke rumahnya, dan diambilnya kain lalu berselubung dan berkurung di tempat tidur untuk mengelakkan daripada bertemu dengan orang lain.

Apabila diketahui Rawana bahawa adiknya, Sura Pandaki telah dicederakan oleh Laksamana sehingga berhidup rompong dan anak saudaranya, Darsa Singa dibunuh , Rawana berazam untuk menuntut bela. Rawana dengan bantuan dua ekor raksasa serupa anjing, iaitu Teki dan Martanja. Mereka menaiki rata dan terbang dari Langkasuka ke tanah besar. Selepas itu, Rawana menitahkan Teki dan Martanja bertukar rupa menjadi kijang emas dan kijang perak , dan pergi melompat-lompat dan menari-nari di hadapan rumah Seri Rama. Ini menarik perhatian Sita Dewi yang kemudian meminta Seri Rama menangkap kijang-kijang itu hidup-hidup. Sebelum pergi, Seri Rama meminta Laksamana menjaga keselamatan Sita Dewi. Ketika Seri Rama pergi memburu kijang-kijang itu, Rawana meniru suara Seri Rama meminta tolong. Ini dapat didengari oleh Sita yang kemudiannya mendesak Laksamana keluar menyelamatkan Seri Rama. Laksamana enggan kerana berpegang kepada amanah menjaga Sita Dewi. Akhirnya, Laksamana dengan berat hati pergi juga apabila Sita Dewi menuduh dia lebih suka Seri Rama mati supaya dapat berkahwin dengan Sita Dewi. Sebelum pergi, Laksamana telah ‘memagarkan kawasan’ rumah Seri Rama dengan cara menggores tanah dengan jarinya. Apabila Laksamana tiada di samping Sita Dewi, Rawana menyamar diri pula sebagai seorang Brahman dan datang menghampiri Sita Dewi. Rawana meminta pemberian daripada Sita Dewi, dan akhirnya Sita Dewi bersetuju memberikannya bunga. Ketika Sita Dewi menghulurkan tangan keluar dari “pagar” yang dibuat oleh Laksamana, Rawana terus menyambar tangannya dan dibawa terbang dengan menggunakan rata (=kenderaan terbang). Ketika di atas rata itu, Sita Dewi sempat mengoyak kain kesumba menjadi cebisan kecil lalu digugurkan ke tanah supaya mudah Seri Rama menjejaknya.

Peristiwa itu dilihat oleh Jentayu Kasubarasa yang menegur tindakan Rawana menculik isteri orang, dan dia cuba menyelamatnya tetapi tewas dalam pertarungan dengan Rawana. Seri Rama hairan apabila melihat Laksamana datang membantunya sedangkan dia ditugaskan menjaga Sita Dewi. Akhirnya Seri Rama dapat menghidu sesuatu yang buruk menimpa isterinya, Sita Dewi lalu bergegas pulang dengan Laksamana membawa kijang-kijang panahannya itu. Seri Rama pengsan selama empat hari empat malam setelah diberitahu oleh beti-betinya bahawa Sita Dewi telah dibawa lari oleh seorang Brahman(=Rawana) Apabila sedar pada hari kelima , maka keluarlah dia bersama Laksamana pergi mencari Sita Dewi.

**********************

CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA

Anak bayan telah berkawan dengan anak cerpelai (=sejenis musang). Ibu bapa bayan tidak mersetui persahabatan kerana khuatir anaknya ditimpa malang. Bagi menyedarkan anak bayan itu, maka bapa bayan pun bercerita tentang kisah anak kera berkawan dengan anak saudagar.

Setiap hari anak kera pergi bermain di rumah anak saudagar walaupun dilarang oleh ibu bapanya. Pada suatu hari ketika mereka bermain catur, anak kera menghamburkan buah catur kerana kalah. Anak saudagar memarahinya kerana pada masa itu ada tetamu di rumah saudagar. Anak saudagar menghunus pisau dan menikam anak kera itu. Anak kera luka sedikit kerana sempat mengelak. Anak kera mengambil pisau itu lalu membaling ke arah anak saudagar. Ini menyebabkan anak saudagar itu luka.

Anak kera pulang ke rumahnya. Bapa kera telah melarang anak kera berkawan dengan anak saudagar selepas peristiwa itu. Nasihat ayahnya tidak diendahkan, sebaliknya apabila sembuh, anak kera terus pergi ke rumah saudagar. Anak saudagar yang cedera itu masih tidak sembuh dan menurut kata tabib, hanya dengan memakan hati kera barulah anak saudagar itu sembuh. Anak saudagar tidak membenarkan ayahnya membunuh kawannya dan lebih rela mati sahaja. Namun begitu, ketika anak kera itu datang ke rumah saudagar, anak kera itu telah ditangkap dan dibunuh serta diambil hatinya. Selepas itu, luka anak saudagar itu pun sembuh.

Walau bagaimanapun, cerita anak kera dengan anak saudagar itu tidak pun memberikan sebarang kesan kepada anak bayan itu. Anak bayan itu masih berkawan dengan anak

Page 5: Sinopsis Cerita Klasik BM SPM

cerpelai. Pada suatu hari anak cerpelai itu telah ditangkap oleh seorang budak. Hal itu diadukan oleh bapa cerpelai kepada serigala. Serigala menasihatkan cerpelai itu supaya menarik perhatian kanak-kanak itu kepada sarang burung bayan pula supaya budak itu akan menangkap burung bayang pula. Nasihat itu dilakukan oleh bapa cerpelai apabila budak itu datang. Oleh itu, pada malam itu, budak itu datang dan menutup lubang sarang bayan. Setelah hari siang , burung bayan mendapati pintu lubang telah ditutup. Lantas bayan berkata kepada anaknya bahawa ini sudah tentu hasil kerja cerpelai tersebut. Mereka pun bermuafakat untuk berpura-pura mati apabila budak itu datang. Setelah budak itu datang dan dilihatnya burung-burung bayan sudah “mati”, maka dibaling seekor demi seekor anak bayang ke tanah. Ketika di tanah, segala bayan itu pun terbang semula kecuali bayan tua yang masih tinggal. Oleh itu , bayan tua dapat ditangkap oleh budak itu.

Dengan penuh kemarahan , budak itu mahu membunuh bayan tua itu. Bayan tua itu merayu agar tidak dibunuh dan mengaku bahawa dirinya mempunyai kebolehan merawat penyakit sopak. Bayan tua itu meminta dirinya dijual kepada raja yang menghidap penyakit sopak dengan harga 2 ribu dinar. Budak itu pun tidak jadi membunuhnya lalu membawa bayan tua ke istana untuk dijual. Bayan tua dijual dengan harga 4 ribu dinar. Dengan takdir Allah s.w.t, penyakit sopak yang dihidapi raja itu sembuh. Tidak lama kemudian bayan tua pun memhon jasa baik tuanku raja agar dibebaskannya pulang kerana dia sungguh rindu akan anak bininya.

Apabila cerita-cerita di atas itu selesai diceritakan oleh seekor burung bayan kepada isteri Khoja Maimun, iaitu Bibi Zainab, hari pun siang. Pada malam keesokannya, ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk pergi berjumpa dengan anak raja yang dikasihinya, burun bayan bercerita pula untuk melekakan dan mengelakkan Bibi Zainab melakukan perbuatan curang terhadap suaminya yang keluar belayar.

********************PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

Hang Tuah telah ke istana atas perintah raja untuk membunuh Hang Jebat yang menderhaka kepada raja Melaka. Sebenarnya, Hang Jebat menderhaka kerana tidak puas hati atas tindakan raja menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah, kawan baiknya tanpa usul periksa. Hang Tuah diiringi oleh banyak rakyat untuk pergi menghapuskan Hang Jebat. Setibanya di istana (tempat Hang Jebat berada), Hang Tuah memanggil Hang Jebat. Ketika itu Hang Jebat sedang tidur. Suasana agak riuh kerana rakyat jelata mengepung istana itu. Apabila Hang Jebat membuka pintu istana, dia agak terkejut apabila melihat sahabatnya Hang Tuah berdiri di hadapannya sedangkan dia menyangka Hang Tuah telah mati dibunuh atas perintah raja.Walaupun begitu, Hang Jebat terpaksa juga bertikam kerana Hang Tuah bersungguh-sungguh mahu menghapuskannya kerana dia sudah menderhaka kepada raja. Mereka terpaksa bertikam di atas talam besar kerana lantai istana telah dirodok oleh mereka yang menyerang dari bawah dengan tombok. Akhirnya Hang Tuah berjaya menewaskan Hang Jebat setelah berjaya merampas keris Taming Sari yang sebelum ini memberikan kekuatan luar biasa kepada Hang Jebat. Setelah berjaya menikam Hang Jebat, Hang Tuah terus melompat keluar dan pulang ke rumah. Sebelum itu, Hang Jebat sempat berpesan agar Hang Tuah memelihara anak hasil perzinaannya dengan Dang Baru. Dikisahkan bahawa sebelum Hang Jebat mati, dia telah mengamuk dan membunuh banyak orang.

*********

SEMOGA SPM 2002 MILIK ANDA !

[email protected]