17
KAEDAH SIMULASI LETCHUMY A/P APPALANAIDU SELVAKUMARI A/P NAGA RAJU SAKTHITASAN A/L SELVARAJOO

simulasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

vjfffgf

Citation preview

KAEDAH SIMULASI LETCHUMY A/P APPALANAIDU

SELVAKUMARI A/P NAGA RAJU

SAKTHITASAN A/L SELVARAJOOSimulasi Kaedah simulasi ialah satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar. (Othman, 1993). Kaedah simulasi melibatkan pelajar memainkan peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. Simulasi boleh dialksanakan dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.Jenis-jenis simulasi.

Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis inilah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah : sosiodramamain peranan

SosiodramaSosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang di berikan oleh guru.Main perananMain peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayangkan tadi dengan secara sepontan.Contoh Dalam mata pelajaran sejarah murid akan melakukan sosiodrama dan main peranan.Dalam sejarah terdapat begitu banyak situasi yang perlu difahami oleh murid .Maka kaedah ini digunakan.Contoh drama pembunuhan JWW.Birch di perak. Tempat disediakan seperti dalam cerita pembunuhan JWW.birch.Murid akan melakonkan situasi tersebut dan juga memainkan watak wataknya.

Prinsip-prinsip menggunakan simulasiJika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan ituSelepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.

Tujuan-tujuan simulasiUntuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.

Perlaksanaan aktiviti simulasiPerlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasiperingkat perlaksanaan simulasi peringkat selepas simulasi.

Peringkat sebelum simulasiObjektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai.Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus.Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan.Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.Pengukiuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan.

Peringkat perlaksanaan simulasiAdakan set induksi untik menarik minat murid.Bacakan arahan dengan jelas.Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.Diakhir simulasi penilaian dijalan kan.

Peringkat selepas simulasiGuru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.Menulis laporan tentang masalah itu.Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkanKelebihan simulasiMemberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul.Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.

Kelemahan simulasiPerasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada pengelaman berlakon.Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan.

KesimpulannyaBermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajaar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.