7
Simulasi : Main Peranan dan Lakonan 1.1 Konsep Simulasi Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang terbesar bertujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah Murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan suatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjunkkan cara penyelesaian untuk masalah yang ditimbulkan 1.2 Jenis jenis Simulasi Terdapat dua jenis simulasi, iaitu sosiadrama dan main peranan (a) Sosiodrama Aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan suatu cerita yang menggambarkan suatu situasi atau isu berkonflik. Skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya mereka dapat mem baca dan membuat persediaan. Sosiodrama ni membolehkan murid-murid menyatakan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang serupa. Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan membuat rumusan (b) Main peranan Main peranan merujuk kepada lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Biasanya, sewaktu aktiviti main peranan ini, murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikuti situasi yang dibayangkan secara spontan. Oleh kerana aktiviti main peranan bertujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah sahaja, tempoh lakonan yang digunakan hendaklah pendek, biasanya antara lingkungan 5-6 minit sahaja.

Simulasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KAEDAH SIMULASI

Citation preview

Simulasi : Main Peranan dan Lakonan1.1 Konsep Simulasi Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang terbesar bertujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah Murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan suatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjunkkan cara penyelesaian untuk masalah yang ditimbulkan

1.2 Jenis jenis Simulasi Terdapat dua jenis simulasi, iaitu sosiadrama dan main peranan(a) Sosiodrama Aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan suatu cerita yang menggambarkan suatu situasi atau isu berkonflik. Skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya mereka dapat mem baca dan membuat persediaan. Sosiodrama ni membolehkan murid-murid menyatakan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang serupa. Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan membuat rumusan(b) Main peranan Main peranan merujuk kepada lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Biasanya, sewaktu aktiviti main peranan ini, murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikuti situasi yang dibayangkan secara spontan. Oleh kerana aktiviti main peranan bertujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah sahaja, tempoh lakonan yang digunakan hendaklah pendek, biasanya antara lingkungan 5-6 minit sahaja. Selepas selesai aktiviti main peranan penilaian prestasi pelakon-pelakon dan rumusan cara penyelesaian hendaklah dibuat.

2.2 Jenis-jenis Tunjuk Cara(1) Model hidup Model hidup ini termasuk demonstrasi pengajar dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan. Antara contoh-contoh model hidup ialah : Tingkah laku pengajar yang baik, temasuk pertuturan yang bersopan santun. Demonstrasi pengajar dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni. Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat muzik dan aksi dalam tarian atau permainan sukan(2) Model Simbolik Model simbolik merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar. Misalnya : Semasa waktu pelajaran Pendidikan Jasmani pengajar memberi arahan langkah demi langkah supaya murid mencontohi dan melaksanakannya. Semasa waktu pelajaran Sains Rumah Tangga, murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk membuat kuih lapis. Semasa waktu pelajaran Sains, murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambar rajah.(3) Model Persepsi Model persepsi meruju kepada penggunaan video yang menayangkan suatu demonstrasi. Misalnya : Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan semasa berlari 100m dengan menunukkan gerakan tangan secara perlahan-lahan menerusi tayangan video. Menunjukkan suatu teknik pengajaran melalui pengajaran mikro. Dengan model persepsi ini, pengajar-pengajar pelatih dapat mencontohi serta menerangkan cirri-ciri teknik pengajaran yang mereka tonton.

3. Perbincangan Perbincangan merupakan satu keadah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan murid-murid dalam kelas atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan dibawah penyelian seorang guru.

3.1 Bentuk perbincanganTerdapat dua bentuk perbincangan, iaitu : Perbincangan keseluruhan kelas, biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru. Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil, biasanya diketuai oleh murid.

3.2 Tujuan Perbincangan Tujuan utama mengadakan aktiviti perbincangan dalam kelas adalah untuk menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pandangan secara sistematik dan tepat. Melalui aktiviti perbincangan, murid-murid dapat dilatih berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang menarik, mengemukan pandangan mereka dengan jelas, tepat dan logik. Sesi perbincangan ini juga memberi peluang kepada murid menggunakan kemahiran lisan mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan antara satu sama lain, di samping memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Melalui aktiviti perbincangan, murid-murid dapat menguasai teknik perbincangan yang betul serta dapat mengukuhkan kemahiran lisan yang telah dipelajari.

4. Sumbangsaran Sumbangsaran, kadangkala dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming), merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea tehadap suatu topic perbincangan. Sumbangsaran menggunakan teknik sesi buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberikan penyelesaian kepada suatu masalah yang dharapkan.4.1 Tujuan Sumbangsaran Melalui sumbangsaran, murid-murid dilatih mengemukan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logic dan analitis. Memupuk semangat kerjasama dalam berkongsi maklumat antara satu sama lain. Melatih murid-murid supaya menguasai kemahiran lisan yang bermutu tinggi. Melatih murid-murid supaya berusaha menyelesaikan masalah penting bersama-sama.

5. Kerja Kumpulan5.1 Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berdasarkan kepada strategi berpusatan murid. Tujuan utama aktiviti pembelajaran secara berkumpulan ialah murid-murid dapat menguasai kemahiran yang tertentu mengikut kadar pembelajaran yang setimpal dengan kebolehan mereka.

5.3 Tujuan Pengajaran Berkumpulan Melalui aktiviti pembelajaran secara peringkat, murid-murid cerdas terus maju melalui aktiviti pengayaan, manakala murid-murid lambat dapat menguasai kemahiran malalui aktiviti pemulihan Cara berkumpulan ini membolehkan guru merancang aktiviti pembelajaran mengikut kebolehan kumpulan serta memudahkan member bimbingan yang wajar. Melalui aktiviti berkumpulan berbentuk kumpulan pelbagai kebolehan adalah bertujuan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti simulasi, permainan, perbincangan dan projek. Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid-murid yang cerdas boleh membantu murid-murid yang lambat. Dengan cara-cara ini, bakat kepimpinan murid-murid cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini. Selain itu, aktiviti pertandingan yang adil dapat diaturkan untuk kumpulan pelbagai kebolehan.

11. Kaedah Bercerita Bercerita adalah suatu aktiviti digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej dan suara. Cerita atau naratif ini sering digunakan oleh setiap budaya masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan, pendidikan, pengekalan budaya, dan pemupukan nilai-nilai moral. Elemen-elemen penting yang yang terkandung dalam cerita ialah plot dan watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.

11.1 Bercerita untuk Terapi Oleh kerana nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita dan kanak-kanak pula mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita pula merupakan suatu pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang tingkah laku bermasalah. Melalui bercerita yang terkandung nilai-nilai moral yang berkaitan, kanak-kanak dapat mempelajari cara menyebabkan masalah, sebagaimana yang digunakan digunakan oleh watak cerita.

14. Kaedah dan Teknik Mengajar

(2) Mendengar cerita menyediakan pengalaman hadapanBercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.(3) Cerita mengajar penyelesaian masalah secara kreatifLazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah atau konflik tersebut. Dengan cara yang demikian, cerita mengajar kreatif, pintar akal dan ketabahan.(4) Cerita menunjukkan tindakkan dan akibatCerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau negatif. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positif pada masa kelak.

(5) Cerita Mencerminkan keadaan manusia secara universalityMelalui peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan pendengar walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.(6) Helen Keller, dalam The Story of My Life menulis: mendengar cerita merupakan cara yang paling mudah secara semula jadi untuk kanak-kanak menguasai bahasa yang membolehkan mereka meyusun menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsi dunia secara rasional.