SIMBOL ‘MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: …jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2017/06/3simbol... · Makalah ini bertujuan menjelaskan makna leksis ... dengan nilai

Embed Size (px)

Citation preview

  • 44

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    (The Symbol of Minyak [Oil] in Malay Proverbs: An Analysis of the Meaning from the Perspective of Cognitive Linguistics)

    Hishamudin [email protected]

    Mashetoh Abd. [email protected]

    Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah,Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia.

    Abstrak

    Makalah ini bertujuan menjelaskan makna leksis minyak dari perspektif linguistik kognitif yang sering dijadikan simbol dalam peribahasa Melayu kerana berkait rapat dengan budaya Melayu dari segi kualiti dan kegunaan. Sebanyak 84 peribahasa berkaitan dengan minyak dianalisis daripada subkorpus data peribahasa yang berpangkalan di www.malaycivilization.com/ yang diklasifikasikan mengikut kategori tertentu. Kajian mendapati masyarakat Melayu sangat kreatif memberikan makna minyak, bermula dari makna domain [cecair] sehingga kepada makna domain [status], [sikap], [perlakuan], [perasaan] dan [keadaan] yang berkembang sehingga membentuk makna yang bersifat ameliorasi (positif) dan pejorasi (negatif). Peluasan makna yang terhasil bukan sahaja membuktikan kekreatifan masyarakat Melayu dalam berbahasa, malah dapat mengupas kehalusan dan ketajaman pemikiran, serta akal budi orang Melayu ketika berbahasa, khususnya untuk memilih simbol yang tepat dengan situasi dan keadaan.

    Kata kunci: peribahasa, simbol, makna, linguistik kognitif, ameliorasi, pejorasi

    Jurnal Melayu June2017.indb 44 6/20/17 9:13 AM

  • 45

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    Abstract

    The use of symbols in the Malay proverbs posits the depiction of the societys mindset which encompasses aspects of philosophy, norms, beliefs and way of life. Grounded on the corpus analysis from the perspective of cognitive linguistics, this study aims to explicate the understanding of the meaning of minyak (oil) as a symbol through the means of the lexical usage of minyak (oil) itself as the keyword. The selection of the symbol has its roots in the belief that the noun has a close connection with the Malay culture, and that it is regularly used as a symbol in the proverbs, particularly concerning the importance of its quality and use. Through the sub corpus of the proverbial data from www.malaycivilization.com/, 84 proverbs vis--vis minyak (oil) were obtained and classified into several categories based on cognitive principals. The results of the analysis reveal that the Malay society is very creative in forming the meaning of minyak (oil), ranging from the meaning associated with the domain [liquidity] to an array of meanings of the domain [status], [attitude], [behaviour], [feeling] and [situation]. The accumulated meanings were grouped into the categories of meaning which are of both ameliorative (positive) and pejorative (negative). The extension of the accumulated meaning does not only confirm the creative nature of the Malay society in language use, rather it exhibits the subtle, accurate and intellectual language use of the society, predominantly pertinent to the selection of precise symbol according to situations and circumstances.

    Keywords: proverbs, symbol, meaning, cognitive linguistics, ameliorisasi, pejorasi

    PENDAHULUAN

    Simbol boleh dianggap sebagai suatu bentuk penggantian dalam rangka maujud atau mujarad yang digunakan untuk mewujudkan perbandingan bagi sesuatu kata atau pernyataan. Kebanyakan ahli bahasa menyepakati prinsip bahawa simbol yang dipilih untuk menggantikan sesuatu kata atau pernyataan bagi menimbulkan unsur perbandingan ialah simbol yang dianggap paling hampir dengan perilaku sesuatu kata atau pernyataan yang dijadikan unsur perbandingan tersebut (Asmah, 1993; Glenberg dan Robertson, 2000; Tenas, 2003; Deacon, 2003; DeLoache, 2004; Ton-kin, 2007; Kintsch, 2008).

    Hal ini jelas dapat diperhatikan dalam kebanyakan peribahasa Melayu yang menggunakan simbol untuk menjelaskan sesuatu maksud seperti penggunaan simbol haiwan untuk mengungkapkan peribadi dan perilaku manusia (Wan Abdul Kadir, 1993), dan penggunaan simbol tubuh badan untuk menyatakan emosi dan perasaan manusia (Lim, 2010). Oleh itu, dapat dikatakan bahawa simbol yang diungkapkan dalam peribahasa mencerminkan corak pemikiran masyarakat Melayu yang merangkumi falsafah, norma, nilai, kepercayaan dan peraturan hidup yang berpandukan ajaran agama

    Jurnal Melayu June2017.indb 45 6/20/17 9:13 AM

  • 46

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    Islam. Walau bagaimanapun, hasil penelusuran kajian lepas mendapati pengkajian secara terperinci berkaitan dengan kaedah mengenal pasti makna bagi setiap simbol dalam peribahasa Melayu masih dijalankan pada tahap awal.

    TRADISI PENYELIDIKAN PERIBAHASA

    Secara umumnya, tradisi penyelidikan peribahasa Melayu bergerak dari suatu tahap ke suatu tahap yang lebih baik dan terancang. Tradisi ini bermula dengan rancaknya apabila terhasilnya kajian bersifat mikro yang mengaitkan peribahasa dengan nilai, pemikiran dan budaya sesebuah komuniti bahasa yang dijalankan menggunakan kae-dah kualitatif. Contoh kajian dalam kategori ini ialah kajian yang membincangkan makna peribahasa dalam budaya masyarakat Melayu (Tenas, 2003); sifat kreativiti peribahasa Melayu (Ding, 2009); pengkategorian peribahasa berasaskan nilai (Ah-mad Fuad dan Zaitul Azma Zainon, 2010); nilai pemikiran dalam peribahasa Melayu (Zaitul Azma Zainon dan Ahmad Fuad, 2011); makna peribahasa yang berkaitan dengan dunia iklan (Noraini Shahida dan M. Mascitah, 2011); dan kajian berkenaan dengan nilai kesantunan budaya Melayu dalam peribahasa (Hamidah dan Siti Ma-rina, 2012). Kesemua kajian ini menjadikan buku peribahasa sebagai data kajian untuk mencungkil peribahasa yang dikaji.

    Anjakan daripada kajian yang bersifat mikro kepada kajian yang bersifat makro mengubah asas kajian peribahasa. Tumpuan pengkaji kini tidak lagi terhadap pemahaman makna sesuatu peribahasa semata-mata, sebaliknya fokus diberikan terhadap kepentingan peribahasa kepada dunia luar. Keadaan ini bermaksud, tumpuan kajian tidak lagi terhadap makna sesuatu peribahasa semata-mata, sebaliknya tertumpu pada skop yang lebih besar, iaitu mengaitkan peranan dan fungsi sesuatu peribahasa dengan sesuatu komuniti seperti pelajar dan masyarakat, serta budaya sesuatu bangsa. Contohnya, kajian Nor Hashimah (2000) yang mengkaji budaya seksis dalam peribahasa Melayu melibatkan perbandingan watak wanita dan lelaki, perkaitan peribahasa dengan pengguna peribahasa yang terdiri daripada pelajar (Haas, 2002), perbandingan lambang yang digunakan dalam peribahasa antara budaya masyarakat Semai dengan budaya masyarakat Melayu (Mohd. Rasdi, 2009), cerminan budaya setempat masyarakat Jawa dalam peribahasa (Susana Widyastuti, 2011), serta fungsi dan peranan peribahasa sebagai modal pembelajaran koperatif dalam dunia pendidikan (Anisah, Fauziah dan Nurhidayah, 2012). Seperti kelompok kajian mikro, kesemua kajian dalam kategori makro juga turut menjadikan buku peribahasa sebagai data kajian untuk mencungkil peribahasa yang dikaji.

    Jurnal Melayu June2017.indb 46 6/20/17 9:13 AM

  • 47

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    Tahap ketiga berkaitan dengan kajian peribahasa ialah kajian yang menganalisis makna simbol berdasarkan penggunaan kata kunci seperti penelitian kata kunci lelaki dan wanita oleh Bahiyah dan Hafriza (1998), mulut, bibir dan lidah (Charteris-Black, 2003), bunga (Salina, 2005), dan anjing (Imran Ho, 2011). Kajian tersebut boleh dikatakan berada pada tahap awal kerana fokus kajian lebih tertumpu pada penyenaraian peribahasa berasaskan simbol yang dikaji dan pemahaman makna simbol pula dibuat berdasarkan pemahaman keseluruhan makna peribahasa. Keadaan ini menjadikan penganalisisan makna simbol lebih terarah kepada pemahaman makna yang bersifat umum. Tambahan pula, kebanyakan kata kunci yang dijadikan subjek kajian, ialah leksis yang berkaitan dengan manusia dan sumber alam (flora dan fauna).

    DATA DAN KEWAJARANKelompangan analisis simbol yang berkaitan dengan manusia dan sumber alam terisi oleh kajian terhadap kata kunci cecair yang dijadikan sebagai simbol dalam peribahasa Melayu. Kajian awal mendapati kata kunci berkaitan dengan cecair banyak digunakan sebagai simbol atau lambang dalam peribahasa Melayu.

    Analisis makna simbol tersebut pula akan dijelaskan berdasarkan unsur kognitif yang bukan sahaja mementingkan hasil (makna), tetapi sebaliknya turut menekankan usaha untuk menerangkan proses mendapatkan sesuatu hasil (makna) dan cara sesuatu makna saling berhubung dengan makna lain sehingga mampu memberikan gambaran yang jelas tentang peluasan makna sesuatu kata kunci yang dikaji. Kata kunci berkaitan dengan cecair yang dijadikan teras kajian ialah minyak, iaitu satu daripada contoh liquid yang diklasifikasikan dalam The Columbia Electronic Encyclopedia, (2013) sebagai fluid, iaitu any substance that is able to flow any liquid, gas or plasma is classed as a fluid (p. 45).

    Kata kunci minyak yang akan dijadikan subjek kajian diselusur daripada pangkalan data peribahasa yang terhimpun dalam www.malaycivilization.com (Supyan, Ding, Afendi dan Arbaeyah, 2004) atau www.atma.ukm.my, iaitu pangkalan data peribahasa Melayu digital pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh sekumpulan lima orang pelajar tahun akhir dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk projek latihan ilmiah mereka pada tahun akademik sesi 2001/2002. Penyelidikan awal mendapati sebanyak 715 peribahasa menggunakan cecair sebagai simbol atau lambang dalam peribahasa, dan daripada jumlah tersebut terdapat sejumlah 84 peribahasa (bersamaan 11.7 peratus) menggunakan minyak sebagai simbol atau lambang dalam peribahasa Melayu.

    Jurnal Melayu June2017.indb 47 6/20/17 9:13 AM

  • 48

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    Dari perspektif sains, minyak merupakan bahan kimia neutral berbentuk cecair likat pada suhu persekitaran yang tidak bercampur di dalam air, tetapi boleh larut dalam alkohol atau eter yang mengandungi karbon dan hidrogen yang tinggi dan mudah terbakar, serta bersifat licin apabila dipegang (Oxford English Dictionary, 2001, p. 213). Minyak mempunyai kegunaan yang sangat penting dan dianggap berkualiti dalam kehidupan manusia seperti menghasilkan cahaya dan haba yang boleh beralih ke bentuk tenaga lain seperti elektrik dan mekanikal (Sukarmin, 2009); digunakan sebagai minyak makanan atau minyak masak; bahan industri sabun; minyak pelincir dan bahan biodiesel; bahan dasar untuk minyak pewangi; minyak kesihatan (urut atau aromaterapi moden) dan untuk perubatan tradisional Melayu; bahan pembakar untuk kenderaan bermotor; serta dicampurkan dengan aspal untuk membuat jalan dan atap bangunan (Hart, 1983). Menyedari hakikat peri pentingnya minyak dalam kehidupan manusia, pemikir Melayu yang peka terhadap alam sekitar mencipta banyak ungkapan yang mencerminkan kecerdikan orang Melayu yang dikaitkan dengan simbol minyak. Kesemua faktor ini menjadi penyebab utama untuk mewajarkan kajian pemahaman terhadap makna kata kunci yang berkaitan dengan simbol minyak dalam peribahasa Melayu dijalankan.

    LINGUISTIK KOGNITIF DAN KAEDAH ANALISIS

    Linguistik kognitif ialah suatu disiplin ilmu dalam bidang linguistik yang tidak hanya melihat bahasa dari aspek bentuk (form) semata-mata, sebaliknya turut mementingkan aspek penampilan berbahasa (language performance) (Jyh, 1997; Lakoff dan Johnson, 1999; Gibbs, 2006; Ibarretxe-Antunano, 2008). Berbekalkan keperluan untuk turut meneliti bahasa dari aspek penampilan berbahasa, maka asas yang menunjangi prinsip dalam linguistik kognitif seharusnya menampilkan gabungan antara struktur linguistik dengan kognisi manusia (Leech, 1983; Levinson, 1985; Newman 1996; Rozaimah dan Nor Hashimah, 2013). Gabungan ini membolehkan sesuatu komuniti bahasa membentuk kategori berasaskan realiti sebenar yang mungkin berbeza dengan bentuk kategori yang dibina oleh suatu komuniti bahasa yang lain. Kaedah yang sering dijadikan kayu ukur untuk menjalankan kajian berkenaan disiplin linguistik kognitif ialah kaedah analisis korpus (Kennedy, 1998), iaitu kaedah yang berasaskan tiga aspek penting seperti penyelidikan himpunan data yang banyak, sampel teks sistematik yang mempunyai kesahan (face-validity) sebagai representasi sesuatu bahasa, serta mudah dicapai, dijana dan hasil kajian boleh diakui kredibilitinya. Berdasarkan keperluan tersebut, kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah analisis yang berikut:

    Jurnal Melayu June2017.indb 48 6/20/17 9:13 AM

  • 49

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    1. Menjelaskan pemahaman makna leksis kata kunci minyak dari sudut kognitif.Pemilihan subjek yang paling tepat untuk merujuk makna leksis kata kunci yang dikaji akan dibuat berdasarkan makna yang paling hampir untuk menjelaskan maksud sebenar leksis kata kunci tersebut. Contohnya:

    Rujukan : D/MMC83

    Peribahasa : Umpama ***minyak*** setitik, di laut sekalipun timbul juga.

    Makna : Orang baik, walau di mana dimuliakan juga.

    Subjek (dicadangkan) : Akhlak.

    Pemilihan makna leksis : Baik (berakhlak).

    Penjelasan (embodiment) : Baik melambangkan akhlak seseorang. Orang yang baik (berakhlak) sentiasa dimuliakan.

    2. Mengklasifikasi tema bagi setiap pemahaman makna leksis kata kunci minyak.

    Proses ini dijalankan dengan berpandukan kaedah penentuan kategori menurut prinsip kognitif (Taylor, 1995), iaitu penetapan ciri persamaan bentuk penggunaan atau kesepunyaan seperti persamaan bentuk, saiz, dan bahan, serta persamaan aspek atribut atau sifat sesuatu objek seperti meneliti fungsi atau tujuan.

    3. Menetapkan makna teras dan makna pinggiran (Dirven dan Verspoor, 1998; Tyler dan Evans, 2001).

    Tiga perkara yang akan dijadikan kayu ukur untuk menilai kadar persamaan ciri makna sesuatu leksis dengan ciri makna yang masdar atau tulen sehingga membolehkan makna leksis kata kunci tersebut diangkat sebagai makna teras ialah mengambil kira latar belakang dan sejarah sesuatu leksis; meneliti sifat dominan sesuatu leksis dalam jaringan semantik; serta meramal dan mengesan kewujudan makna terbitan yang dianggap sebagai makna pinggiran daripada leksis tersebut.

    4. Menerangkan hubungan dalam bentuk grafik (rajah representasi skematik) untuk makna teras dan makna pinggiran bagi setiap leksis kata kunci yang dianalisis.

    Hubungan dalam bentuk grafik berkenaan dengan makna teras dan makna pinggi-ran akan diterangkan menggunakan model kerangka jaringan radial (Lakoff, 1987). Model yang dapat menerangkan struktur dalaman bagi sesuatu leksis yang ber-

    Jurnal Melayu June2017.indb 49 6/20/17 9:13 AM

  • 50

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    polisemi ini direpresentasikan dalam bentuk nodus dan setiap nodus dihubungkan menggunakan rantai penghubung dengan cara meletakkan nodus makna teras di tengah-tengah dan menghubungkannya dengan nodus makna pinggiran, dan meng-hubungkan nodus makna pinggiran dengan nodus makna subpinggiran.

    ANALISIS DAN PERBINCANGAN

    Hasil analisis mendapati kata kunci minyak yang dijadikan simbol dalam periba-hasa Melayu boleh diklasifikasikan kepada enam tema atau kategori utama, iaitu:

    1. Minyak sebagai [cecair],2. Minyak sebagai lambang [status], 3. Minyak yang mencirikan [sikap],4. Minyak yang menggambarkan [perlakuan],5. Minyak yang menzahirkan [perasaan], dan6. Minyak yang memerihalkan [keadaan].

    Daripada keenam-enam tema atau kategori tersebut, minyak yang mencirikan [sikap] dapat dianggap sebagai kategori makna teras kerana diwakili oleh jumlah peribahasa yang paling banyak dan kategori makna yang dianggap paling dominan berbanding dengan makna lain yang ditemui. Peluasan makna teras minyak yang mencirikan [sikap] melahirkan lima lagi makna pinggiran yang turut memperlihatkan cerminan corak pemikiran masyarakat Melayu yang merangkumi falsafah, norma, nilai, kepercayaan dan peraturan hidup.

    Sebelum dijelaskan perbincangan tentang model representasi skematik yang berkaitan dengan hubungan dalam bentuk grafik berkenaan dengan makna teras dan makna pinggiran bagi kata kunci minyak yang dijadikan simbol dalam peribahasa Melayu, perbincangan dimulakan dengan menjelaskan perincian makna simbol [minyak] yang diklasifikasikan kepada enam tema atau kategori utama.

    Minyak sebagai [Cecair]

    Terdapat peribahasa Melayu yang kekal menjadikan kata kunci minyak sebagai simbol yang menggambarkan sifat asal minyak sebagai suatu bentuk [cecair], khu-susnya peribahasa daripada kategori simpulan bahasa. Namun, bilangan peribahasa tersebut sangat terhad. Contohnya:

    Jurnal Melayu June2017.indb 50 6/20/17 9:13 AM

  • 51

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    1. ***minyak*** masak Subject Benda; Makanan Meaning Minyak untuk masak memasak. (D/MMC44)

    2. ***minyak*** angin Subject Benda Meaning Ubat minyak sapu yang wangi. (D/MMC331)

    Contoh 1 dan 2 ialah contoh peribahasa yang menunjukkan penggunaan leksis kata kunci minyak dengan makna [cecair] yang mencirikan kepelbagaian jenis minyak. Contoh 1 ialah contoh peribahasa yang menunjukkan sejenis minyak, iaitu minyak masak (minyak yang digunakan untuk tujuan memasak) dan contoh 2 pula ialah contoh penggunaan minyak sebagai sejenis minyak angin (minyak yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kesihatan). Peluasan ciri jenis minyak sebagai [cecair] yang terdapat dalam peribahasa Me-layu menambah maklumat berkenaan dengan kata kunci minyak yang dihuraikan pula dari sudut fungsi dan kegunaan, ciri, serta kelebihan. Misalnya contoh 3 mem-perlihatkan leksis kata kunci minyak yang diserlahkan sebagai sejenis makanan, iaitu [nasi minyak] (nasi yang menggunakan minyak sebagai bahan utama). Contoh 4 dan 5 pula ialah contoh minyak dari kategori [benda] yang mengambil minyak sebagai ciri (kilat - kelihatan seperti minyak) dan keadaan atau keperihalan (meng-gunakan minyak). Hasil penelitian memperlihatkan makna minyak sebagai [cecair] berkembang dalam suasana yang bersifat neutral (tidak menggambarkan sesuatu yang bersifat positif atau negatif).

    3. Nasi ***minyak*** Subject Makanan Meaning Sejenis sajian nasi yang dimasak dengan minyak sapi. (D/MMC55)

    4. Kertas ***minyak*** Subject Benda Meaning Kertas kilat. (D/MMC22)5. Makan ***minyak*** Subject Benda Meaning Banyak menggunakan

    minyak. (D/MMC26)

    Minyak sebagai Lambang [Status]

    Perkara menarik yang dibincangkan berkaitan dengan kata kunci minyak ialah peluasan makna lain yang muncul yang mengaitkan makna kata kunci minyak de- ngan sifat dalaman manusia. Penelitian yang kritis terhadap semua contoh peribahasa tersebut mengandaikan bahawa kualiti yang ada pada minyak mungkin menjadi penyebab keadaan ini (diandaikan bahawa kualiti yang ada pada minyak memberikan kesan kepada sifat dalaman manusia sebagai pengguna minyak). Apa-apa pun

    Jurnal Melayu June2017.indb 51 6/20/17 9:13 AM

  • 52

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    jenisnya, minyak ialah sesuatu yang berharga dan sangat diperlukan. Contohnya, minyak hasil bumi seperti minyak petrol, minyak tanah, minyak merah dan minyak wangi atau minyak yang dicipta hasil adunan pelbagai jenis ramuan. Keadaan ini menjadi penyebab terciptanya peribahasa yang menggunakan kata kunci minyak sebagai simbol untuk mengetengahkan makna yang baik (bersifat ameliorasi). Walau bagaimanapun, kualiti sesuatu minyak boleh hilang atau berkurangan sekiranya digunakan atau bercampur dengan sesuatu bahan lain yang rendah kualitinya. Keadaan ini pula dijadikan sandaran oleh intelek Melayu untuk mencipta peribahasa dengan bersandarkan kata kunci minyak yang membawa konotasi makna yang kurang baik atau tidak memuaskan (perkembangan makna yang bersifat pejorasi).Sebagai contoh, kualiti yang ada pada minyak inilah yang mengaitkan makna kata kunci minyak dengan [status] seseorang. Hal ini dapat dibuktikan melalui periba-hasa otak minyak (contoh 6) yang membawa maksud [status], iaitu merujuk orang yang pandai.

    6. Otak ***minyak*** Subject Status Meaning Pandai. (D/MMC57)

    Selain makna umum, kata kunci minyak yang dirujuk sebagai [status] juga memperincikan makna khusus yang melibatkan status seperti status perkahwinan, taraf atau kedudukan seseorang dalam institusi atau masyarakat dan mencerminkan permusuhan antara dua pihak. Berikut disertakan contoh peribahasa yang membuktikan hal ini.

    7. Makan nasi ***minyak*** Subject Perkahwinan; per(D/MMC27) 8. Banyak air sedikit ***minyak***, minyak juga di atas Subject Taraf

    Meaning Orang biasa tak sama taraf dengan orang berpangkat; Orang biasa diasingkan

    tempat duduk daripada orang yang berpangkat. (D/MMC4) 9 . Bagai ***minyak*** dengan air Subject Musuh Meaning Orang yang

    bermusuhan atau tidak sehaluan, mustahil dapat bergaul menjadi satu. (D/MMC67)

    Contoh 7 hingga 9 ialah contoh peribahasa yang memperincikan makna khusus bagi [status]. Sebagai contoh, kata kunci minyak yang digunakan dalam peribahasa ma-kan nasi minyak dapat memberikan maklumat tentang status [perkahwinan] sese-orang yang baru melangsungkan perkahwinan (contoh 7), menunjukkan [taraf] atau kedudukan seseorang (contoh 8), dan menunjukkan per[musuh]an antara dua pihak

    Jurnal Melayu June2017.indb 52 6/20/17 9:13 AM

  • 53

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    (contoh 9). Kesemua makna khusus bagi [status] yang memperlihatkan penggunaan kata kunci minyak dalam peribahasa berkait rapat dengan sifat dalaman manusia. Keadaan ini menunjukkan bahawa ada ketikanya simbol minyak digunakan dalam keadaan yang bersifat ameliorasi (tidak baik kepada baik) dan ada ketikanya pula bersifat pejorasi (baik kepada tidak baik).

    Minyak yang Mencirikan [Sikap]

    Selain itu, terdapat juga kata kunci minyak, yang membawa makna umum dan khusus bagi [sikap]. Sebagai contoh, makna umum bagi [sikap] diperlihatkan me-nerusiperibahasa yang berikut:

    10. Alang-alang ber***minyak*** biar licin (lihat A513, A515, A516) Subject Sikap Meaning Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan. (D/MMC1)

    Contoh 10 ialah contoh peribahasa yang menggambarkan makna umum bagi kata kunci minyak yang membawa makna [sikap]. Perincian makna [sikap] pula yang dicirikan dengan kepelbagaian makna khusus dapat dibuktikan melalui 11 periba-hasa yang berikut:

    11. Umpama ***minyak*** setitik, di laut sekalipun timbul juga Subject Akhlak Meaning Orang baik, walau di mana dimuliakan juga. (D/MMC83)

    12. Seperti menatang ***minyak*** yang penuh Subject Hati-hati; pelihara Meaning Membuat kerja dengan berhati-hati supaya tidak rosak atau rugi walau sedikit pun.; Memelihara anak atau isteri dengan penuh kasih sayang. (D/MMC70)

    13. Banyak tahi ***minyak*** Subject Cerewet Meaning Pembohong; Pemborak; Banyak kerenah; Mengada-ngada; Banyak bercakap perkara yang sia-sia. (D/MMC5)

    14. Tuang ***minyak*** Subject Mungkir Meaning Mungkir; Lari daripada janji. (D/MMC78)

    Kesemua empat contoh peribahasa yang disenaraikan (contoh 11 hingga 14) mem-buktikan wujudnya makna khusus bagi [sikap] yang dipatenkan dengan pelbagai makna khusus. Dua daripada empat penggunaan kata kunci minyak memperlihat-kan makna yang baik dan menyenangkan (ameliorasi), iaitu contoh 11 dan 12. Con-toh 11, misalnya minyak bermakna sikap yang berkaitan dengan [akhlak], manaka-

    Jurnal Melayu June2017.indb 53 6/20/17 9:13 AM

  • 54

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    la contoh 12 pula membawa makna [hati-hati]. Dapat dikatakan bahawa kedua-dua makna yang baik dan menyenangkan ialah contoh kualiti yang terpamer pada sikap manusia yang dianalogikan daripada kualiti yang ada pada minyak. Misalnya min-yak yang baik akan terserlah daripada jenama dan harganya, manakala manusia yang hebat (baik = hebat) akan terserlah daripada ketinggian akhlaknya (jenama dan harga = akhlak).

    Contoh 13 dan 14 pula ialah contoh peribahasa yang memperlihatkan penyerlahan makna kata kunci minyak sebagai sikap yang berkaitan dengan sesuatu yang berkonotasi negatif (pejorasi). Contohnya minyak didefinisikan sebagai [cerewet] (contoh 13), dan [mungkir] (contoh 14). Hal ini tentunya dikaitkan dengan pandangan yang mudah mentafsirkan bahawa sesuatu barang yang terhasil boleh berubah kualiti jika tidak dijaga dengan baik. Sebagai contoh, jika tidak dikawal atau ditukar ramuannya, minyak wangi yang mahal boleh berubah atau bertukar menjadi minyak wangi yang murah. Oleh sebab itu perubahan kualiti yang ada pada minyak boleh dianalogikan dengan perubahan sikap manusia. Perubahan ini dibuktikan melalui perubahan nilai kata yang diwakili oleh kata kunci yang digunakan. Peribahasa tuang minyak (contoh 14), misalnya memerihalkan analogi sesuatu (barang) yang tidak lagi berkualiti, pastinya akan dibuang. Dengan menggunakan leksis tuang yang bermaksud [buang], minyak yang tidak lagi diperlukan akan disingkirkan. Analoginya, membuang sesuatu yang dahulunya berkualiti, ibarat memungkiri janji yang pernah dimeterai.

    Minyak Menggambarkan [Perlakuan]

    Satu lagi hal yang menarik tentang penggunaan kata kunci minyak ialah makna leksis tersebut tidak terhenti setakat penyataan makna [sikap] sahaja, sebaliknya dilanjutkan kepada makna [perlakuan] yang terzahir. Keadaan ini membuktikan bahawa kualiti yang ada pada minyak boleh dianalogikan dengan perlakuan yang baik atau sebaliknya oleh manusia. Sebagai contoh disertakan peribahasa yang dapat membuktikan hal ini.

    15. Memasakkan ***minyak*** tanah Subject Perlakuan; dosa; kejahatan Meaning Menghasut. (D/MMC29)

    Contoh 15 ialah contoh peribahasa yang dapat menggambarkan [perlakuan] manusia yang dianalogikan dengan perlakuan minyak. Minyak tanah, misalnya ialah minyak yang digunakan untuk menghidupkan api. Jika minyak tersebut disalahgu-nakan seperti dijadikan bahan masakan, maka sudah tentu minyak itu akan meletup dan mendatangkan kemusnahan (diibaratkan seperti sesuatu yang berubah sikap dan

    Jurnal Melayu June2017.indb 54 6/20/17 9:13 AM

  • 55

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    perlakuan). Keadaan ini dijadikan lambang bagi perlakuan manusia yang jika tidak menjaga tatasusila dalam berbicara, pastinya akan mendatangkan kemudaratan kepada pihak tertentu, terutama apabila membicarakan isu sensitif seperti menghasut.

    Makna umum bagi [perlakuan] dapat diperhaluskan lagi dengan makna yang lebih khusus yang dibezakan menerusi dua jenis perlakuan, iaitu perlakuan positif (ameliorasi) dan negatif (pejorasi). Contoh [perlakuan] yang positif adalah seperti yang berikut:

    16. Hendak berminyak-***minyak*** air Subject Pujian Meaning Memuji-muji seseorang. (D/MMC14)

    17. Ber***minyak*** biar lecah Subject Nasihat Meaning Janganlah kepalang tanggung dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (D/MMC6)

    Contoh 16 dan 17 ialah contoh makna [perlakuan] bagi kata kunci minyak yang berkonotasi positif. Makna [pujian] (contoh 16), dan [nasihat] (contoh 17) ialah mak-na yang diyakini bernilai positif kerana menampilkan keterangan makna yang baik dan menyenangkan. Sementara itu, contoh 18 dan 19 pula ialah contoh peribahasa yang mengandungi makna [perlakuan] yang berkonotasi negatif (pejorasi) ke- rana menampilkan makna yang kurang menyenangkan seperti [angkuh] (contoh 18), dan [jahat] (contoh 19).

    18. Licin dek ***minyak*** pintaan, rending dek harta pinjaman Subject Angkuh Meaning Sindiran untuk merendahkan seseorang yang angkuh atau sombong kerana harta atau barang yang dipinjam. (D/MMC24)

    19. ***minyak*** duyung m(p)erendang duyung Subject Jahat Meaning Menghabiskan harta tuannya. (D/DMC36)

    Hasil penyelidikan juga turut menjumpai peribahasa yang menggambarkan mak-na [perlakuan] dari segi kebolehan tertentu yang dimiliki oleh manusia tetapi tidak dimiliki oleh semua manusia. Hanya manusia terpilih atau manusia yang berusaha untuk memiliki kelebihan ini sahaja yang memilikinya. Keadaan ini turut membuk-tikan bahawa kualiti yang ada pada minyak boleh dipindahkan metaforanya kepada manusia. Sebagai contoh, disertakan dua peribahasa yang menggambarkan keadaan ini.

    20. Goreng tak ***minyak*** Subject Memanipulasi Meaning Bercakap sesuatu perkara tidak dengan perkara yang sebenar semuanya. (D/MMC10)

    21. Jual ***minyak*** Subject Memikat Meaning Cuba memikat perempuan.

    Jurnal Melayu June2017.indb 55 6/20/17 9:13 AM

  • 56

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    (D/MMC17)

    Contoh 20 dan 21 ialah contoh peribahasa yang menggambarkan perlambangan makna [perlakuan] yang dicirikan sebagai suatu [kebolehan] yang khusus, iaitu [me-manipulasi] (contoh 20) dan [memikat] (contoh 21).

    Minyak Menzahirkan [Perasaan]Peluasan makna daripada [sikap] kepada [perlakuan] membawa satu lagi makna yang dikonsepsikan oleh kualiti dalaman yang ada pada manusia, yang dianalogikan dengan kualiti minyak, iaitu makna [perasaan]. Terdapat banyak peribahasa yang berasaskan kata kunci minyak yang memerihalkan makna [perasaan], dan makna tersebut menyerlahkan perasaan yang sering berada di dalam hati manusia. Con-tohnya dapat dibuktikan menerusi empat contoh peribahasa yang berikut:

    22. Ber***minyak*** tak licin Subject Rindu Meaning Teringat-ingat pada orang itu sepanjang masa; Sangat merindui. (D/MMC74)

    23. Pelita kehabisan ***minyak*** Subject Sedih Meaning Muram kerana berduka. (D/MMC62)

    Contoh 22 dan 23 ialah contoh peribahasa yang menyerlahkan makna [perasaan] yang khusus yang diwakili oleh makna [rindu] (contoh 22) dan [sedih] (contoh 23). Sebagai contoh, kualiti minyak yang berharga dan tinggi nilainya dianalogikan seperti pentingnya minyak yang menjadi kegunaan orang yang memerlukan sehingga mengakibatkan timbul perasaan rindu dan sedih sekiranya ditimpa musibah seperti kehilangan.

    Minyak Memerihalkan [Keadaan]

    Kata kunci minyak juga menunjukkan potensi untuk memerihalkan makna [keadaan]. Selisikan daripada data menunjukkan bahawa makna [keadaan] yang diserlahkan melalui penggunaan leksis minyak cenderung mempamerkan makna yang berkonotasi negatif (pejorasi). Sebagai contoh, disertakan peribahasa yang dapat menggambarkan keadaan ini.

    24. Terbit air kerana dipercik, terbit ***minyak*** kerana dikempa Subject Terpaksa Meaning Mahu melakukan sesuatu perkara kerana dipaksa. (D/MMC77)

    25. Seperti ***minyak*** dengan air Subject Keruh Meaning Dua perkara yang

    Jurnal Melayu June2017.indb 56 6/20/17 9:13 AM

  • 57

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    mustahil dicampurkan. (D/MMC71)

    Contoh 24 dan 25 ialah contoh peribahasa yang memaparkan perihal makna [kea daan] yang membawa konotasi yang negatif seperti [terpaksa] (contoh 24), dan [keruh] (contoh 25). Keadaan ini tentunya didorong oleh penurunan kualiti minyak yang turut dianalogikan dengan penurunan kualiti yang ada pada keadaan yang berkait dengan manusia. Sebagai contoh, minyak hanya akan diperoleh sekiranya mengalami tekanan seperti [dipaksa] (24), dan kesannya, minyak yang keluar ialah minyak mentah yang masih lagi [keruh] (contoh 25). Di sebalik makna yang berkonotasi negatif, masih terdapat makna berkonotasi positif yang dapat diserlahkan melalui penggunaan kata kunci minyak dalam peri- bahasa Melayu. Makna ini menyerlahkan potensi makna yang baik dan menyenang-kan yang mengaitkan analogi yang tepat antara minyak dengan manusia, khususnya yang berkaitan dengan kualiti yang dimiliki oleh kedua-duanya. Sebagai contoh di- sertakan dua peribahasa yang menggambarkan hal ini.

    26. Tua-tua kelapa; semakin tua, semakin ber***minyak*** Subject Berguna Meaning Makin tua makin bernilai. (D/MMC81)

    27. Perigi ***minyak*** Subject Rezeki Meaning Tempat punca minyak didapati/punca kekayaan. (D/MMC63)

    Kedua-dua peribahasa (contoh 26 dan 27) ialah contoh peribahasa yang dapat me-nyerlahkan makna khusus bagi [keadaan] seperti makna [berguna] (contoh 26), dan [rezeki] (contoh 27), serta diyakini menyerlahkan makna yang baik dan meny-enangkan kerana memperlihatkan kualiti yang berharga dan bernilai yang ada pada minyak yang dikaitkan dengan kualiti yang dimiliki oleh manusia. Sebagai contoh, peribahasa perigi minyak yang membawa maksud tempat punca rezeki menyerlah-kan makna minyak sebagai sumber [rezeki] untuk mencari kekayaan. Secara kesimpulannya, contoh peribahasa yang dianalisis menjelaskan bahawa makna kata kunci minyak tidak sekadar membawa maksud [cecair] yang memper-incikan kepelbagaian jenis minyak, sebaliknya membawa makna yang berkait rapat dengan sifat dalaman manusia seperti [status], [sikap], [perlakuan], [perasaan] dan [keadaan]. Menariknya, hasil pemahaman terhadap keseluruhan makna simbol [min-yak] yang dipaparkan menjelaskan bahawa dalam budaya Melayu [minyak] yang dijadikan simbol dalam peribahasa mengetengahkan makna [sikap] (sifat dalaman manusia) sebagai makna teras kerana makna ini lebih banyak digunakan dan bersifat dominan kerana melalui makna ini, berlaku peluasan makna lain yang turut memper-

    Jurnal Melayu June2017.indb 57 6/20/17 9:13 AM

  • 58

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    lihatkan makna yang berkaitan dengan sifat dalaman manusia. Pertalian makna yang berkaitan dengan sifat dalaman manusia ini diandaikan berkait rapat dengan kualiti dan nilai yang ada pada minyak yang dianalogikan dengan kualiti dan nilai yang ada pada manusia. Adakalanya, makna yang dijelmakan ialah kategori makna yang berkembang dalam aliran makna yang bersifat ameliorasi (positif), dan terdapat juga makna yang disimbolkan dengan sesuatu yang bernilai pejorasi (negatif). Peluasan makna yang disenaraikan akhirnya dapat menyerlahkan identiti manusia berasaskan penggunaan kata kunci minyak sebagai simbol dalam peribahasa Melayu.

    MINYAK

    KEADAANSTATUS

    Perkahwinan Pertalian

    TarafTak Malu Mungkir Pura-pura

    Musuh

    CECAIR

    Makanan Hukuman

    Percakapan/Bercakap

    Kesalahan KejahatanKejahatan

    Komunikasi Memikat

    Pujian Nasihat Keterangan

    PERLAKUAN

    Benda

    Jahat Bohong BohongCerewetKemuliaan

    Akhlak Baik Hati-hati Lagak Mustahil Terpaksa

    Nazak

    Melarat

    Berguna

    Suasana

    Tempat

    Rupa

    SedihRindu

    Kebolehan

    PERASAAN

    Kasih Sayang

    Pengalaman

    Kesusahan

    Susut

    Lemah

    Ganas

    SIKAP

    Rajah 1 Representasi skematik leksis kata kunci minyak.

    Jurnal Melayu June2017.indb 58 6/20/17 9:13 AM

  • 59

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    Pertalian makna teras dan makna pinggiran bagi kata kunci minyak yang direpresentasikan dalam bentuk nodus, dengan setiap nodus dihubungkan dengan menggunakan rantai penghubung, dapat dijelaskan melalui model representasi skematik dalam Rajah 1. Model yang dapat menerangkan struktur dalaman bagi sesuatu leksis yang berpolisemi menggambarkan hubungan dalam bentuk grafik berkenaan dengan makna teras dan makna pinggiran kata kunci minyak yang dijadikan simbol dalam peribahasa Melayu berdasarkan klasifikasi enam tema atau kategori utama.

    Pembudayaan Makna Simbol Minyak

    Pembudayaan makna teras dan pinggiran, khususnya makna yang semakin menjauh daripada makna literal melambangkan ketajaman akal fikiran Melayu yang memberikan konsep kepada sesuatu kata yang dihubungkan dengan pengalaman diri (embodiment) (Ibarretxe-Antunano, 2008). Pengalaman diri yang dilalui sehari-hari dipercayai mendorong peluasan makna kata kunci minyak kepada makna yang melibatkan hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan alam, dan lebih hebat lagi, hubungan manusia dengan Tuhan. Keadaan ini bermaksud, simbol kata kunci minyak dalam peribahasa Melayu bukan setakat cecair pada mata

    Rajah 2 Struktur pemahaman makna peribahasa.

    Jurnal Melayu June2017.indb 59 6/20/17 9:13 AM

  • 60

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    orang Melayu tetapi rujukannya menjadi simbol dan lambang kepada sesuatu yang lebih besar dan tinggi konsepnya, khususnya untuk memahami dunia Melayu dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, leksis kata kunci minyak turut mendukung makna tersirat yang dapat menggambarkan kehidupan bersosial masyarakat Melayu yang berwarna-warni. Kehidupan masyarakat yang pelbagai ragam digambarkan melalui unsur alam dan keadaan sekeliling yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu (Zurinah, 2007). Kata yang digunakan dalam peribahasa sama ada secara tersurat ataupun tersirat menyerlahkan nilai keindahan berbahasa yang wujud dalam budaya Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun sebagai suatu warisan budaya yang sentiasa dipelihara.

    Seperkara lagi yang dapat dicungkil berkaitan peluasan makna kata kunci dalam peribahasa Melayu adalah berkaitan dengan struktur pemahaman makna peribahasa. Untuk membenarkan kata Tenas (2003) yang mengatakan bahawa peri pentingnya peribahasa (falsafah di sebalik setiap peribahasa) hanya dapat difahami jika makna lambang atau simbol yang menjadi inti dalam peribahasa dan strukturnya difahami seperti dalam Rajah 2.

    Rajah 2 menggambarkan struktur pemahaman makna peribahasa dengan lapisan pertama (kulit luar) peribahasa ialah lambang atau simbol yang menjadi unsur yang seerti bagi sesuatu maksud. Lambang atau simbol yang dipilih biasanya ialah lambang atau simbol yang dekat dengan budaya sesuatu bangsa (biasa dilihat, didengar, atau dirasa oleh orang kebanyakan), dapat menonjolkan makna seerti yang bertujuan menggantikan makna sebenar bagi sesuatu yang hendak diperkatakan, serta mengandungi falsafah pemikiran yang tinggi hasil penaakulan orang bijak pandai.

    Lapisan kedua pula ialah makna yang terselindung di sebalik simbol atau lambang yang digunakan. Adakalanya simbol atau lambang yang digunakan mengandungi makna yang berlapis-lapis sehingga sukar untuk dimengertikan pilihan makna yang paling sesuai. Akhir sekali, lapisan ketiga (yang paling dalam) ialah falsafah di sebalik makna peribahasa yang cuba diungkapkan dengan menggunakan lambang atau simbol.

    Keadaan ini menjadi pencetus dan penyebab yang paling kuat untuk mewajarkan penelitian yang khusus terhadap makna bagi sesuatu kata kunci yang dijadikan simbol dalam sesuatu peribahasa kerana peri pentingnya peribahasa (falsafah di sebalik setiap peribahasa) hanya akan dapat difahami apabila makna peribahasa dapat difahami menerusi simbol atau lambang yang menjadi inti dalam peribahasa. Secara tidak langsung, Rajah 1 dapat menjelaskan makna peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

    Jurnal Melayu June2017.indb 60 6/20/17 9:13 AM

  • 61

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    KESIMPULAN

    Secara khusus, kajian ini memberikan gambaran tentang pemahaman makna kata kunci minyak yang menjadi simbol dalam peribahasa Melayu dari perspektif linguistik kognitif. Jika sebelum ini, kajian berkenaan peribahasa lebih tertumpu pada pemahaman keseluruhan makna sesuatu peribahasa, maka kajian ini dapat memberikan kefahaman tentang makna kata kunci minyak dari aspek yang lebih luas dengan menjelaskan peluasan makna daripada ungkapan sebenar keseluruhan peribahasa dengan penggunaan teori yang berwibawa dalam disiplin linguistik.

    Kajian ini juga penting sebagai usaha untuk memahami proses menganalisis makna kata kunci minyak dengan mengetengahkan kaedah yang empirikal dan saintifik berbantukan data yang autentik. Jika kajian sebelum ini berusaha mengetengahkan makna keseluruhan peribahasa dan memfokuskan makna peribahasa semata-mata, tetapi kajian ini merupakan suatu kaedah alternatif untuk menganalisis makna pada tahap kata (leksis) dengan memberikan perhatian pada proses atau kaedah untuk mendapatkan hasil (memahami makna satu kata kunci berdasarkan data peribahasa yang banyak). Hasil pengamatan data yang bersifat autentik dan pembuktian yang berdasarkan kaedah yang empirikal dan saintifik membolehkan pemahaman makna kata kunci minyak dalam peribahasa Melayu dapat difahami dengan lebih jelas.

    RUJUKANAhmad Fuad Mat Hassan dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010). Pengkategorian peribahasa

    Melayu berdasarkan aspek nilai dan pemikiran: Satu analisis pragmatik. Capaian pada 10 Disember 2012 daripada http://sastra.um.ac.id/wp-content/uploads/2010/01.

    Anisah Mustaffa, Fauziah Osman dan Nurhidayah Ashari (29 Mei 2012). Penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan melalui pembelajaran koperatif. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Bahasa Melayu 2012 anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura.

    Asmah Haji Omar (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bahiyah Abdul Hamid dan Hafriza Burhanudeen (1998). Men and women in Malay proverb: An analysis of Malay gender ideology. dlm. Sharifah Zaleha Syed Hassan dan Rashila Ramli (Eds.), Kedudukan dan citra wanita dalam sumber-sumber tradisional Melayu (pp. 148-158). Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

    Charteris-Black, J. (2003). Speaking with fork tongue: A comparative study of metaphor and metonymy in English and Malay phraseology. Journal of Metaphor and Symbol, 18(4), 289 310.

    Deacon, T. W. (2003). UG and semiotic constraints. dlm. M. H. Christiansen, dan S. Kirby

    Jurnal Melayu June2017.indb 61 6/20/17 9:13 AM

  • 62

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    (Eds.), Language evolution (pp. 83-102). Oxford: Oxford University Press.DeLoache, J. S. (2004). Becoming symbol-minded. Trends in Cognitive Sciences, 8, 66-70.Ding Choo Ming (2009). Beberapa sifat, asal usul dan kepengarangan peribahasa Melayu.

    Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation, 27(2), 3-26.Dirven, R., dan Verspoor, M. (1998). Cognitive exploration of langauge and linguistics.

    msterdam: John Benjamn Pub. Com.Gibbs, R. W. (2006). Embodiment and cognitive science. Cambridge: Cambridge University

    Press.Glenberg, A. M., dan Robertson, D. A. (2000). Symbol grounding and meaning: A comparison

    of high-dimensional and embodied theories of meaning. Journal of Memory and Language, 43, 379-401.

    Haas, H. A. (2002). Extending the search for folk personality constructs: the dimensionality of the personality-relevant proverb domain. Journal of Personality and

    Social Psycology, 82(4), 594-609.Hamidah Abd. Wahab, dan Siti Marina Kamil (2012). Peribahasa cerminan budi bahasa dan

    budaya bangsa Melayu. Language Studies, 1(1). Capaian pada 14 Mac 2013 daripada http://www.cls.unimas.my/ils-publications/vol/volume-1-number-1.html.

    Hart, H. (1983). Organic chemistry, a short course (Edisi Keenam). Michigan State University: Houghton Mifflin Company.

    Imran Ho-Abdullah (2011). Analisis kognitif semantik peribahasa Melayu bersumberkan anjing (canis familiaris). GEMA Online Journal of Language Studies, 11(1). Capaian daripada http://www.ukm.my/ppbl/GEMA.

    Imran Ho-Abdullah, dan Norsimah Mat Awal (2008). Pengkonseptualan emosi dalam bahasa Melayu: Hati sebagai sumber emosi dan peluasan maknanya. dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, dan Rusmadi Bharudin (Eds.), Leksikologi dan leksikografi Melayu (pp. 406-432). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Jyh Wee Sew (1997). Pemahaman makna berdasarkan teori nahu kognitif. Jurnal Dewan Bahasa, 41(11), 1123-1132.

    Kennedy, G. (1998). An introduction to corpus linguistics. London: Longman.Kintsch, W. (2008). Symbol systems and perceptual representations. dlm. M. De Vega, A.

    Glenberg, dan A. Graesser (Eds.), Symbols and Embodiment (pp. 145-164). Oxford: Oxford University. Press.

    Lakoff, G. (1987). Women, fire, and dangerous things: What categories reveal about the mind. Chicago: University of Chicago Press.

    Lakoff, G. dan Johnson, M. (1999). Philosophy in the flesh. New York: Basic Books.Leech, G. (1983). Principles of pragmatics. London: Longman.Levinson, S. C. (1985). Pragmatics. Cambridge: Cambridge University Press.Lim Kim Hui (2010). How Malay proverbs encode and evaluate emotion? A paremiological

    analysis. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation, 28(1), 57-81.

    Mohd. Rasdi Saamah (2009). Persamaan lambang dan makna dalam peribahasa bahasa

    Jurnal Melayu June2017.indb 62 6/20/17 9:13 AM

  • 63

    SIMBOL MINYAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS MAKNA DARI PERSPEKTIF LINGUISTIK KOGNITIF

    Semai dan bahasa Melayu. Capaian pada 8 April 2012 daripada http://jpmipgmtaa.webs.com/penulisanakademik.htm.

    Newman, J. (1996). GIVE: A cognitive linguistics study (cognitive linguistic research). Berlin-New York: Mouton de Gruyter.

    Noraini Shahida Ishak, dan M. Mascitah Mansor (2011). Peribahasa: Gambaran minda Melayu dalam penciptaan iklan. Capaian pada 5 Oktober 2012 daripada http://irep.iium.edu.my/7309/1.

    Nor Hashimah Jalaluddin (2000). Seksis atau sosialisasi: Satu interpretasi makna berdasarkan peribahasa Melayu. Capaian pada 31 Oktober 2003 daripada http://dbp.gov.my/mab2000/Penerbitan/Rampak/seksis20.pdf.

    Oxford English Dictionary (Edisi Ketiga) (2001). Oil. Oxford: Oxford University Press. Rozaimah Rashidin, dan Nor Hashimah Jalaluddin (2013). Emotional metaphor of marah

    (anger) in Hikayat Merong Mahawangsa: An analysis of the hybrid theory. Pertanika J. Soc. Sci. and Hum, 21(S), 7790.

    Salina Jaafar (2005, Disember). Fungsi leksikal bunga dalam simpulan bahasa dan peribahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 5(4), 40 66.

    Sukarmin (2009). Kegunaan minyak bumi. Capaian pada 13 Januari 2013 daripada http://www.chem-is-try.org/materi_kimia/.

    Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat, dan Arbaeyah Abdul Rahman, 2004. Kamus peribahasa Melayu digital yang pertama. Sari 22(2004), 4961.

    Susana Widyastuti (2011). Peribahasa: Cerminan kepribadian budaya lokal dan penerapannya di masa kini. Capaian pada 20 Disember 2012 daripada http://staff.uny.ac.id/.

    Taylor, J. R. (1995). Linguistics categorization prototypes in linguistics theory. Oxford: Clarendon Press.

    Tenas Effendy (2003). Peribahasa dalam kehidupan orang Melayu. Capaian pada 13 September 2012 daripada http://malaycivilization.ukm.my/ idc/groups/portal_tenas/ documents/ukmpd/tenas_ 42870.pdf.

    The Columbia Electronic Encyclopedia (2013). Liquid. Capaian pada 12 Februari 2012 daripada www.cc.columbia.edu/cu/cup/.

    Tonkin, E. (2007). Between symbol and language-in-use. dlm. Doan, Bich-Lien, J. Joemon, dan M. Melucci (Eds.), Proceedings of the 2nd International Workshop on Context-Based Information Retrieval (pp. 113-119).

    Tyler, A. dan Evans, V. (2001). Reconsidering prepositional polysemy networks: The case of over. Language, 77(4), 724-765.

    Wan Abdul Kadir (1993). Beberapa nilai dan world-view orang Melayu. Kota Bharu dan Petaling Jaya: Masfami Enterprise.

    Zaitul Azma Zainon Hamzah, dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011). Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies 31, 11(3), 31-51.

    Zurinah Hassan (2007). Penggunaan unsur alam sebagai perlambangan dalam puisi Melayu moden (Tesis sarjana yang tidak diterbitkan). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Jurnal Melayu June2017.indb 63 6/20/17 9:13 AM

  • 79

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    (Court Music and Ethnification: Cultural Encounters and Adaptation in the Construction of Malay Identity)

    Raja Iskandar Raja [email protected]

    Universiti Malaysia Kelantan.

    Abstrak

    Muzik nobat menjadi simbol identiti dan ketamadunan Kesultanan Melayu yang diamalkan dalam adat istiadat dan diabadikan dalam sastera istana. Muzik menjadi alat penting untuk membangkitkan kesedaran tentang identiti, serta melakarkan sempadan sosial dan politik masyarakat Melayu. Dengan merujuk kesusasteraan Melayu klasik dan catatan Eropah, makalah membincangkan peranan muzik nobat dalam proses pembentukan identiti Melayu, meskipun menghadapi pembentukan etnik di Selat Melaka, kesan pertembungan masyarakat setempat dan pedagang, serta persaingan antara Kerajaan Melayu untuk menjadi pusat kebudayaan, politik dan ekonomi serantau pada abad ke-15 hingga abad ke-17 Masihi.

    Kata kunci: nobat, muzik istana, identiti Melayu, kesusasteraan Melayu klasik, Kerajaan Melayu

    Abstract

    In the 15th century Melaka was not only seen as a regional political and economic power but also a center of Malay culture and identity. The fall of the empire in 1511 saw the emergence and resurgence of Malay sultanates trying to fill the void left by Melaka. Consequently, there was also an increase in encounters between local people and European explorers and traders who according to Leonard Andaya (2001, 2008) stimulated ethnic formation in the Straits of Melaka. Sultanates continued to practice customs that shows music as a symbol of Malay identity and civilization and

    Jurnal Melayu June2017.indb 79 6/20/17 9:13 AM

  • 80

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    immortalized through court literature. Music became an important tool that mediated the idea of collective identity and the demarcation of social and political boundaries. Based on early Malay court literature and European accounts, this paper discusses the role of court music known as nobat in this process of Malay identity formation amid the quest for cultural, political and economic supremacy among competing Malay sultanates between the 15th and 17th centuries.

    Keywords: nobat, court music, Malay identity, Malay classic literature, Malay kerajaan

    PENDAHULUAN

    Etnifikasi merujuk suatu proses pengadaptasian pelbagai budaya luar untuk membentuk identiti sesuatu bangsa. Dalam makalah ini, etnifikasi merujuk proses membentuk identiti bangsa Melayu menggunakan simbol muzik istana, iaitu nobat. Identiti Melayu atau kemelayuan (Malayness) dibincangkan oleh para sarjana selama beberapa dekad (Milner, 2008; Andaya, 2008, 2011; Barnard, 2001, 2006; Reid, 2001; Fee, 2001; Shamsul, 1996, 2001; Matheson, 1979). Dalam perbahasannya yang berkaitan dengan identiti di Malaysia, ahli antropologi Shamsul (1996, p. 476-477) menggariskan beberapa cabaran kritikal, terutama yang berkaitan dengan masalah persepsi konseptual yang melibatkan tanggapan identiti yang statik dan dinamik. Beliau juga berhujah bahawa pembentukan identiti berlaku dalam konteks realiti sosial yang dipengaruhi oleh pihak berkuasa (authority defined) dan masyarakat. Kedua-dua realiti sosial ini wujud bersama-sama dan saling berkait pada suatu waktu tertentu. Ahli sosiologi, Lian Kwen Fee (2001) pula melihat pembinaan identiti Melayu sebagai tindak balas terhadap pengaruh politik dan ekonomi luaran, yang diambil kesempatan oleh golongan elit dan intelektual yang memerintah bagi meraih sokongan orang ramai untuk mencapai tujuan mereka, iaitu suatu proses pembentukan etnik yang melibatkan kebangkitan nasionalisme dan penciptaan tradisi. Walaupun sebahagian besar perbincangan tertumpu pada zaman penjajahan dan pascapenjajahan, iaitu proses ini bermula beberapa abad lebih awal yang dapat dikesan menerusi sejarah kesusasteraan Melayu klasik, termasuk hikayat dan buku panduan yang dinaungi istana. Hal ini diikuti oleh usaha pengembara dan pedagang Eropah yang merekodkan dan mengklasifikasikan bangsa di Asia Tenggara berbekalkan semangat zaman pencerahan Eropah yang berjaya menerbitkan penulisan pengembaraan (travelog) dan ilmu kolonial yang masih menjadi rujukan hingga hari ini (Reid, 2001; Fee, 2001; Shamsul, 1996).

    Jurnal Melayu June2017.indb 80 6/20/17 9:13 AM

  • 81

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    Kejatuhan Melaka menyaksikan kemunculan dan kebangkitan semula beberapa kesultanan di dunia Melayu. Ruang kosong kekuasaan (power vacuum) yang ditinggalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka menyebabkan berlakunya persaingan politik dan ekonomi dalam kalangan Kesultanan Melayu serantau yang membawa pertelingkahan. Proses ini dibincangkan oleh Andaya (2008, p. 4) dan beliau juga berpendapat bahawa hubungan yang semakin baik antara masyarakat tempatan dengan orang Eropah pada abad ke-16 membantu merangsang pembentukan etnik di Selat Melaka. Keadaan ini mengukuhkan lagi tanggapan kolektif identiti Melayu dalam kalangan kumpulan etnik yang pelbagai, berikutan peningkatan aktiviti ekonomi serantau sebelum berlakunya pertembungan tersebut. Hal ini bukan disebabkan oleh masyarakat (yang berbeza suku kaum) yang berhijrah dari pelbagai tempat di Nusantara yang lebih cenderung untuk menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada kelompok Melayu yang lebih besar dan dominan. Namun, proses ini dilihat dari perspektif yang berbeza oleh Milner (2008, p. 49). Milner berpendapat bahawa tiada kuasa politik tunggal atau kesultanan yang berjaya menggabungkan kesemua kelompok penduduk yang pelbagai (heterogen), berpecah-belah dan sentiasa berpindah-randah di rantau ini. Oleh itu, timbulnya keraguan sama ada mereka yang hidup di bawah sesebuah kesultanan menganggap diri mereka sebagai Melayu atau sekadar hidup di bawah naungan Kerajaan Melayu. Meskipun mereka menganggap diri mereka sebagai orang Melayu atau hanya mengamalkan apa-apa yang digelar oleh Milner kemelayuan, namun mereka sebenarnya masih disempadani oleh ciri yang dikongsi bersama-sama yang merangkumi bahasa, kepercayaan, ritual dan sistem politik, khususnya muzik nobat yang perlu dikekalkan dan dipertahankan sebagai identiti bangsa Melayu.

    Antara sarjana yang membincangkan peranan muzik sebagai alat penting untuk membentuk identiti, serta sempadan sosial dan fizikal, termasuklah Stokes (1997), Attali (2003), Turino (2008) dan Hesmondhalgh (2013). Aktiviti muzik menyediakan ruang dan peluang untuk interaksi sosial yang seterusnya mencerminkan ciri atau kesubjektifan budaya masyarakat, di samping membentuk rasa keberadaan di sesuatu tempat (a sense of place) (Stokes, 1997). Walaupun isu identiti dan seni persembahan dibincangkan dalam konteks Malaysia (Tan, 1993, 2005; Mohd. Anis, 1993), sebahagian besarnya lebih tertumpu pada sejarah perkembangan muzik abad ke-20, termasuk dasar kebangsaan pascapenjajahan. Kesenian nobat yang sering dikaitkan dengan identiti Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional perlu terus dikaji dengan lebih mendalam. Menurut Turino (2008, p. 2), tradisi muzik nobat menjadi cerminan identiti Melayu atau simbol ikonik masyarakat Melayu pramoden.

    Jurnal Melayu June2017.indb 81 6/20/17 9:13 AM

  • 82

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    Jacques Attali (2003, p. 6) berpendapat bahawa selain berfungsi sebagai alat untuk penyatuan masyarakat, muzik juga boleh dilihat sebagai sumber dan simbol kuasa dalam segala bentuk. Anderson (1990) pula melihat dalam konteks budaya Jawa, alat muzik adalah antara barang yang dipercayai mempunyai kuasa luar biasa, dan memilikinya dianggap penting oleh seseorang pemerintah sebagai syarat untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa politik. Dalam budaya istana Melayu pula, muzik yang dimainkan dalam adat istiadat dan majlis diraja dilihat sebagai pengantara konsep identiti dan ketuanan Melayu-Islam, dan didokumenkan sebagai pernyataan hak, kekuasaan dan kedaulatan raja-raja Melayu. Bukan sahaja bunyi tetapi alat muzik nobat juga menjadi sebahagian daripada proses pembentukan etnik dan cerminan jati diri orang Melayu. Meminjam kata-kata Schafer (1994), Andaya (2011) berpendapat bahawa nobat dianggap sebagai identiti bunyi (soundmark) orang Melayu dan sependapat dengan Meilu Ho (1991) yang mengatakan bahawa ensembel ini secara tradisinya digunakan untuk menandakan sempadan politik dunia Melayu. Keadaan ini dilihat berlaku di bandar pelabuhan seperti Melaka, Patani dan Aceh antara abad ke-15 hingga 17 Masihi berdasarkan cerita istana dalam kesusasteraan Melayu klasik, serta penulisan pedagang dan pengembara asing.

    NOBAT

    Nobat ialah sebuah ensembel gendang dan tiupan yang dimainkan di istana Melayu Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Brunei sejak kedatangan Islam di rantau ini pada abad ke-13 Masihi. Nobat merupakan kesinambungan tradisi tamadun Islam yang dikenali sebagai tablkhana (Abbasiyyah, Fatimiyyah), naqqarakhana (Afghan, Parsi), nauba (Umayyah, Andalusia, Afrika Utara) dan naubat (Mughal). Di dunia Melayu, sejak berabad-abad lamanya, nobat menjadi salah satu alat muzik penting di istana sebagai simbol kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu. Berdasarkan catatan sejarah, nobat dilihat sebagai suatu proses pertembungan budaya, penyesuaian, peniruan dan penciptaan semula yang bermula pada abad ke-13 Masihi. Penubuhan institusi istana tidak akan terhasil atas usaha rakyat secara kolektif tetapi sebahagian besarnya daripada keperluan dan keinginan golongan pemerintah yang dipengaruhi oleh pihak berkuasa (Shamsul, 1996). Nobat terbentuk dalam masyarakat yang diperintah oleh raja yang berkuasa mutlak atau golongan bangsawan, dan hanya mereka yang mempunyai kemampuan dan matlamat tertentu sahaja. Pemerintah juga bertanggungjawab terhadap kemajuan seni, pengetahuan agama dan kesusasteraan apabila pemuzik, penyair dan ulama berada di bawah naungan istana. Nobat menjadi salah satu alat muzik yang penting dalam adat istiadat istana yang sering

    Jurnal Melayu June2017.indb 82 6/20/17 9:13 AM

  • 83

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    digambarkan dalam kesusasteraan Melayu klasik. Meskipun sultan mewarisi alat muzik nobat tetapi pelantikannya dianggap tidak sah sebagai seorang raja, jika tidak digendangkan dengan paluan nobat. Kejatuhan beberapa Kesultanan Melayu pada abad ke-19 dan 20 Masihi turut menyebabkan nobat tidak lagi berfungsi. Kebanyakan peralatan nobat hilang, disimpan di muzium dan diwarisi oleh kerajaan lain. Meskipun demikian, nobat masih dimainkan oleh saki-baki ahli keluarga diraja yang masih kekal walaupun tidak berkuasa lagi (Kartomi, 1997).

    Setelah berabad-abad lamanya nobat melalui beberapa perubahan dari segi fungsi, instrumen, lagu dan juga definisi. Walaupun terdapat sedikit perbezaan, nobat masih dipersembahkan di istana Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu, serta di Brunei Darussalam. Kini, nobat masih menjadi sebahagian daripada alat kebesaran istana yang dimainkan semasa istiadat pertabalan sultan, mengumumkan ketibaan orang kenamaan, majlis perkahwinan diraja, kelahiran dan kematian. Bunyi nobat juga digunakan dalam konteks keagamaan seperti permulaan solat pada setiap hari dan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal. Secara tradisinya, muzik nobat dimainkan oleh pemuzik secara turun-temurun dan di negeri Kedah, Perak dan Selangor mereka terdiri daripada keluarga orang kalur (Raja Iskandar, 2010). Peralatan yang digunakan dalam sesebuah ensembel nobat terdiri daripada nengkara atau nahara, sepasang gendang (ibu dan anak), serunai dan nafiri. Di Kedah dan Brunei, tetawak atau gong digunakan, manakala kopak-kopak (sepasang simbal kecil) dimainkan di Terengganu.

    Oleh sebab fungsi nobat yang penting dalam istiadat pertabalan sultan, istilah muzik nobat digunakan untuk melambangkan proses penghasilan bunyi nobat. Walaupun sejak berkurun lamanya nobat menguasai soundscape masyarakat Melayu, namun kini nobat kian terpencil dan jarang-jarang diperlihatkan. Kejatuhan Kesultanan Melayu pada zaman pascakolonial (abad ke-20) menyaksikan nobat tidak lagi berfungsi dan alat muziknya hanya menjadi artifak silam semata-mata. Walau bagaimanapun, kini nobat dimainkan di istana sebagai simbol kebesaran raja-raja Melayu. Untuk meletakkan nobat dalam proses pembentukan identiti Melayu, hubungan segi tiga antara kesucian, kekuasaan dan bunyi perlu dilihat.

    NOBAT DAN ISLAM

    Lokasi strategik Pasai yang juga dikenali sebagai Samudera Pasai atau Samudera di Sumatera Utara amat sesuai sebagai pelabuhan para pedagang dan pengembara yang belayar ke arah timur dan barat. Di pelabuhan inilah mereka akan menunggu angin monsun bermusim untuk membawa mereka sama ada melalui Selat Melaka untuk

    Jurnal Melayu June2017.indb 83 6/20/17 9:13 AM

  • 84

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    perjalanan ke China atau ke arah barat untuk perjalanan ke Asia Selatan dan Timur Tengah. Selain produk tempatan dari pedalaman seperti lada, benzoin dan kapur barus, Pasai juga menjadi pusat perdagangan bagi produk dari Gujarat, China dan Asia Tenggara. Menjelang abad ke-13 Masihi, Pasai merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang terpenting dalam rangkaian pelabuhan di dunia Melayu. Menurut catatan sejarah, beberapa orang pengembara terkenal seperti Marco Polo, Cheng Ho dan Ibn Battuta pernah singgah di Pasai.

    Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad pada tahun 1258 merangsang kebangkitan kerohanian di seluruh dunia Islam (SQ Fatimi, 1963; Moin, 2012). Keadaan ini menyebabkan peningkatan usaha dakwah oleh tarikat Sufi pada abad ke-13 dan 14 di Alam Melayu, terutamanya menerusi India melalui rangkaian perdagangan di Lautan Hindi (Johns, 1961; Laffan, 2011). Islam menjadi agenda baharu para pedagang India, termasuk kerajaan tertentu melalui hubungan dengan khalifah Timur Tengah untuk bertapak di pelabuhan Melayu dengan menjanjikan kemakmuran ekonomi, pengaruh politik dan penerimaan ke dalam dunia Islam (Van Leur, 1955) yang sekali gus menaikkan nama Pasai. Pedagang dan pendakwah Islam menetap, berkahwin, mempelajari bahasa dan adat tempatan, serta menjalinkan hubungan yang baik dengan golongan bangsawan tempatan. Seawal tahun 1282, rekod China menunjukkan bahawa dua menteri Islam dari Samudera dihantar ke istana Maharaja dan pada tahun 1292, Marco Polo melaporkan bahawa jumlah masyarakat Islam di pantai timur laut Sumatera agak besar (Hill, 1963; Andaya, 2008). Hubungan Pasai dengan kerajaan Islam di India terbukti apabila Ibn Battuta yang berkhidmat sebagai utusan Sultan Delhi melawat Kesultanan Pasai semasa pemerintahan Sultan Malik al-Zahir (1297-1328). Setibanya di sana, beliau disambut oleh Amir Daulasa, seorang pegawai istana Pasai yang pernah ditemui di Delhi. Semasa berada di Pasai, Ibn Battuta mendapati bahawa sultan ialah seorang Muslim yang soleh, bermazhab Shafii dan sempat menyaksikan muzik nobat dimainkan dalam suatu majlis di istana. Beliau juga melaporkan bahawa terdapat persamaan antara hiburan istana Pasai dengan istana India (Gibb, 1929).

    Asal-usul Islam di utara Sumatera dan seluruh dunia Melayu dibahaskan selama beberapa dekad lalu (SQ Fatimi, 1963; al-Attas, 1969; Drewes, 1985; Hall, 1985; Azyumardi Azra et al, 2006). Tumpuan akan diberikan kepada sebuah naskhah istana abad ke-14 yang dikenali sebagai Hikayat Raja-raja Pasai (Jones, 1997). Walaupun hikayat ini dipersoalkan dari sudut ketepatan sejarah dan kewujudan unsur mitosnya, hikayat tersebut memberikan gambaran tentang hubungan politik pelabuhan Pasai pada peringkat antarabangsa dan kehadiran Islam. Menurut hikayat tersebut, Pasai dikunjungi oleh seorang syeikh yang bernama Ismail, yang belayar dari Makkah

    Jurnal Melayu June2017.indb 84 6/20/17 9:13 AM

  • 85

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    untuk menjalankan perintah Nabi Muhammad SAW. Dalam perjalanannya, Syeikh Ismail berhenti di selatan India dan kemudiannya dituruti oleh seorang pemerintah tempatan bernama Sultan Muhammad. Sultan tersebut melepaskan takhtanya untuk menjadi seorang fakir yang zuhud dan kemudiannya bertanggungjawab atas penyebaran agama Islam di Pasai. Seorang pemerintah tempatan, Merah Silu pula memeluk Islam dalam mimpinya dan kemudian ditabalkan oleh Syeikh Ismail sebagai pemerintah Islam yang pertama di Pasai bergelar Sultan Malik al-Saleh (p. 1297). Salah satu aspek menarik yang diketengahkan dalam hikayat tersebut ialah peranan penting nobat dalam proses pengislaman yang dinyatakan sebagai:

    Maka Sultan pun memakai selengkap pakaian kerajaan nugeraha dari Mekah, karna akan ditabalkan. Maka segala hulubalang pun sekaliannya bersaf-saf mengadap nobat Ibrahim Khalil, bentara pun berdiri berjabat salih, dan segala pegawai pun masing-masing membawa jabatannya. Maka genderang tabal pun dipalu oranglah dan segala bunyi-bunyian pun berbunyilah.

    (Hikayat Raja Pasai, p. 32)

    Daripada sumber asing dan tempatan didapati berlakunya interaksi antara Kerajaan Pasai dengan dunia Islam yang mempengaruhi budaya setempat. Buktinya dapat dilihat pada persamaan nama raja Pasai dengan sultan Kerajaan Ayyubiyyah dan Mamluk di Syria dan Mesir (SQ Fatimi, 1963). Sejak zaman khalifah Abbasiyyah, nobat menjadi simbol kuasa pemerintah di seluruh dunia Islam yang kian meluas (Farmer, 1967; Shiloah, 1995; Wade, 1998). Kisah pertabalan seorang pemerintah tempatan dengan seorang syeikh dari Makkah dan bangsawan dari India membuktikan Pasai adalah sebahagian daripada rangkaian politik dan ekonomi Islam. Nobat menjadi salah satu simbol perjanjian di rantau ini dan sebagai tanda kuasa dan kedaulatan (Wade, 1998; Bhatia, 2001). Sikap akur dan tunduk seorang raja Melayu kepada kuasa asing tidak mustahil kerana Sultan Alauddin Riayat Shah al-Qahar dari Aceh (1539-1571) dalam surat kepada Sultan Uthmaniyyah menganggap dirinya sebagai seorang hamba dan Kerajaan Aceh sebagai kampung kepunyaan Sultan Uthmaniyyah (Alam dan Subrahmanyam, 2005, p. 212). Institusi nobat bukan sahaja menjadi sebahagian penting daripada adat istiadat diraja Pasai tetapi juga simbol kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu pada abad yang mendatang.

    NOBAT SEBAGAI ALAT POLITIK

    Melaka mula bangkit sebagai sebuah pelabuhan penting pada pertengahan abad ke-15 Masihi selepas dianggap sebagai pengganti Empayar Srivijaya. Sama seperti Pasai,

    Jurnal Melayu June2017.indb 85 6/20/17 9:13 AM

  • 86

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    kedudukan Selat Melaka yang strategik dan penting bukan sahaja menjadikannya sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju tetapi juga pusat pengajian Islam dan budaya Melayu. Kemajuan Melaka juga boleh dikaitkan dengan hubungannya yang akrab dengan Pasai sejak sekian lamanya, apabila kedua-dua kerajaan berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Pada tahun 1414, raja Melaka yang pertama, Parameswara memanfaatkan persamaan ini dan demi menjaga hubungan Melaka dengan Kerajaan Pasai, Parameswara mengahwini seorang puteri dari Kerajaan Sumatera Utara yang sekali gus menjalinkan hubungan yang penting (Azyumardi Azra, 2006). Sekali lagi, nobat digunakan untuk menandakan kesatuan ini dan mengesahkan kewujudan Melaka dan kemasukannya ke dalam lingkungan pengaruh ekonomi dan politik Islam (Brown, 1952).

    Kemuncaknya, Melaka dikagumi di seluruh Alam Melayu sebagai simbol kekuasaan Melayu dan menjadi penanda aras Kesultanan Melayu. Bukan sahaja seni dan kesusasteraan berkembang di bawah naungan istana, malahan adat istiadat diraja diperkukuh dan didokumenkan melalui sebuah teks istana, iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Brown, 1952; Shellabear, 1977). Karya abad ke-15 ini bukan sahaja mendedahkan pengaruh geografi empayar Melaka tetapi juga penggunaan nobat dalam istiadat penganugerahan kehormatan terhadap negeri kecil sebagai simbol kekuasaan penaungan mereka. Kerajaan di Pahang, Kedah, Beruas (Perak), Patani dan Kampar (Sumatera) dilaporkan menerima alat kebesaran nobat dari Melaka. Sejarah Melayu juga mencatatkan bahawa Melaka menganggap Pasai sebagai kerajaan yang mempunyai status yang sama dan harus diberikan penghormatan yang sewajarnya:

    Jika surat dari Pasai atau dari Haru, dijemput dengan selengkap alat kerajaan: gendang, serunai, nafiri, nagara, payung putih dua berapit; melainkan mendeli juga yang tiada pergi menjemput itu; dan menteri mengepalakan gajah.

    (Sejarah Melayu, daripada Malay Concordance Project, p. 71)

    Reputasi Melaka sebagai sebuah kerajaan yang semakin berkuasa dan menjadi pelabuhan perdagangan yang penting di timur mendapat perhatian Raja Manuel I dari Portugal yang menghantar misi untuk menjalinkan hubungan. Diketuai oleh Diogo Lopes de Sequeira, Portugis menjadi kuasa Eropah yang pertama sampai ke pantai Melaka dan Asia Tenggara pada tahun 1509. Dua tahun kemudian, satu lagi misi dihantar ke Melaka yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Selepas beberapa rundingan gagal, Portugis akhirnya menyerang dan selepas 40 hari pertempuran, Portugis berjaya menakluki Melaka pada tahun 1511.

    Jurnal Melayu June2017.indb 86 6/20/17 9:13 AM

  • 87

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    PERTEMBUNGAN BUDAYA

    Pasai ditakluk oleh Aceh pada tahun 1524. Kejatuhan Kesultanan Melaka menyebabkan pedagang Islam yang melalui Selat Melaka mula mengalihkan aktiviti perdagangan dan keagamaan dari Melaka ke pelabuhan lain seperti Patani, Palembang, Brunei, Banten, Makasar, Banjarmasin dan Aceh (Reid, 2001). Mewarisi hubungan ekonomi dan budaya Pasai yang kukuh dengan dunia Islam, Aceh mula menonjol sebagai pusat perdagangan dan kesarjanaan Islam, dan yang lebih penting sebagai simbol ketuanan Melayu. Menjelang awal abad ke-17, Aceh berkembang maju umpama pelabuhan Melaka yang baharu. Sama seperti Kerajaan Mughal di India, Kesultanan Aceh juga mempunyai adat istiadat yang rumit dan perayaan yang melibatkan permainan nobat dalam perarakan jalanan yang dilihat sebagai lambang visual dan bunyi yang penting. Terletak di pusat kedatangan Islam di rantau ini, tidak dapat dinafikan bahawa Islam disepadukan ke dalam masyarakatnya yang membentuk identiti Melayu yang lebih mendalami Islam. Nobat menjadi salah satu adat penting dalam majlis agama dan sekular yang dilaksanakan oleh kerajaan Islam yang besar pada masa itu. Perarakan Sultan Aceh ke masjid pada setiap hari Jumaat dilihat sebagai suatu peringatan kepada rakyatnya tentang kekuasaannya sama seperti laungan azan yang melambangkan kebesaran Allah SWT. Perarakan Sultan Iskandar Muda yang memerintah dari tahun 1606 hingga 1636 disertai kira-kira 200 ekor gajah dan 4500 orang (Best, 1934).

    Perincian istiadat diraja ini turut terakam dalam teks istana Adat Aceh (Drewes dan Vorhoeve, 1958) dan Sejarah Melayu yang menjadi bukti bertulis kebesaran Kesultanan Melayu, suatu peringatan terhadap kemuliaan salasilah diraja, serta panduan adat istiadat diraja yang perlu dilaksanakan. Setiap turutan muzik dalam majlis dicatatkan dengan teliti, dan memaparkan jenis instrumen yang digunakan dan lagu yang dimainkan. Skala upacara, struktur dan prosedur yang kompleks dalam pelaksanaan adat istiadat tersebut mencerminkan gabungan kekayaan dan pengaruh budaya Kerajaan Aceh yang berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan empayar Islam yang besar seperti Kerajaan Safavid, Mughal dan Uthmaniyyah. Kecekalan Aceh untuk menjadi pemimpin dunia Melayu dapat dilihat dengan cara menundukkan pesaingnya seperti Johor dan Perak.

    Salah satu catatan terawal tentang nobat oleh orang Eropah ditulis oleh seorang pedagang Inggeris yang melawat Aceh pada tahun 1602, iaitu James Lancaster (1940, p. 91). Setibanya di Aceh, beliau melaporkan bahawa sultan menyambut mereka dengan many trumpets, drums, and streamers with much people, to accompany the general to the court (banyak trompet, gendang dan bendera berhias

    Jurnal Melayu June2017.indb 87 6/20/17 9:13 AM

  • 88

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    berserta ramai orang, mengiringi jeneral ke istana). Lawatan Lancaster diikuti oleh Thomas Best yang disambut dengan adat yang sama tetapi pada kali ini menerima hadiah dan surat daripada Sultan Iskandar Muda pada tahun 1613. Ralph Croft (Best, 1934, p. 167-168), salah seorang pegawai Best menulis dalam jurnal bahawa hadiah dan surat dibawa sebagai with muzick plaieing before them alongst the streets (muzik dimainkan di hadapan mereka di sepanjang jalan).

    Pada tahun 1621, seorang jeneral Perancis, Augustin de Beaulieu yang tiba di Aceh dalam misi perdagangan disambut dalam suatu upacara golongan bangsawan Aceh sebagai six trumpets, six drums, and six hautboys (enam trompet, enam gendang, dan enam serunai) (Hadi, 2004, p. 105) yang dimainkan dalam perarakan ke istana. Selain deskripsi visual tentang perarakan dan alat muzik yang terlibat, bunyi nobat juga turut didengarkan. Sebald de Weert (1567-1603), seorang kapten Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) yang menyaksikan perarakan Eid al-Fitr pada tahun 1603 menyatakan bahawa there was tremendous noise of various instruments, such as horns, trombones, kettledrums and cymbals (ada bunyi yang kuat daripada pelbagai alat, seperti hon, trombon, nengkara dan simbal) (Ito, 1984, p. 227-228). Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani (1636-1641), perarakan disaksikan oleh seorang Inggeris bernama Peter Mundy (1919, p. 123) yang menulis:

    Att his Issuing Forth the Musick played, some of them by turns and other alltogether, as Hautbois, straight trumpets, and others in forms of great hunting horns, Drummes (the 3 latter of Silver); another Copper Instrument called a gung, wheron they strike with a little wooden Clubbe, and allthough it bee butt a small Instrumentt, not much More then 1 Foote over and Foot Deepe, yett it maketh a Deepe hollow humming sound Resembling thatt of a great bell: all the afforesaid musick Discordantt, Clamorous and full of Noise.

    Seperti penerangan beliau tentang perarakan nobat di India, Mundy juga membuat lakaran yang dilihatnya di Aceh, yang mungkin merupakan gambaran visual nobat Melayu yang terawal. Paparan keindahan dan perhiasan seperti yang disaksikan oleh pengembara dan pedagang Eropah merupakan suatu manifestasi kuasa ekonomi dan politik Aceh. Pendokumentasian adat istiadat Aceh dalam Adat Aceh dilihat sebagai usaha Aceh untuk memperkukuh peranannya sebagai pusat dan penjaga adat istiadat Melayu, yang bukan sahaja untuk tatapan kerajaan serantau, malah kerajaan dari luar dunia Melayu.

    Jurnal Melayu June2017.indb 88 6/20/17 9:13 AM

  • 89

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    BUKU PANDUAN NOBAT

    Abad ke-17 juga menyaksikan kebangkitan satu lagi Kesultanan Melayu, iaitu Kesultanan Melayu-Patani. Terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu yang merupakan wilayah bangsa yang berbahasa Melayu, Patani menjadi pengantara antara tanah besar dengan Kepulauan Asia Tenggara. Tanjung Patani merupakan salah satu pelabuhan semula jadi yang terbaik dan menyediakan tempat persinggahan untuk pelaut dari timur laut dan barat daya monsun sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara ke Ayudhya atau ke arah selatan ke Selat Melaka. Menurut Sejarah Melayu (1977, p. 228), nobat Patani dikurniakan oleh Kerajaan Melaka.

    Maka Cau Seri Bangsa pun berbuatlah negerilah di sana. Setelah sudah, maka negeri itu dinamai baginda Pak Tani, mengikut nama payang itu, maka disebut orang datang sekarang Petani. Maka Cau Seri Bangsa pun menyuruhkan menterinya Okun Pola namanya, mengadap ke Melaka, memohon nobat pada Sultan Mahmud Syah.

    (Sejarah Melayu, daripada Malay Concordance Project, p. 228)

    Sejarah Melayu (p. 1229) turut meriwayatkan Okun Pola dan surat dari Patani di-sambut dengan adat istiadat yang serupa dari Pahang yang menunjukkan kerendahan status Kerajaan Patani yang pada ketika itu berada di bawah naungan Melaka. Cau Seri Bangsa menggunakan kata ganti diri anakanda ketika membahasakan dirinya dan panggilan ayahanda kepada Sultan Mahmud Syah dalam suratnya. Raja Patani pada ketika itu dinobatkan dengan gelaran Sultan Seri Ahmad Syah (Sejarah Melayu, daripada Malay Concordance Project, p. 229). Episod ini merujuk naungan singkat Melaka ke atas Patani pada akhir abad ke-15 apabila pengaruh Siam di seluruh Semenanjung dilemahkan ketika kekuasaan Melaka semakin berkembang. Selepas menakluki Pahang dan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Siam, Melaka berjaya meluaskan pengaruhnya ke utara Semenanjung yang meliputi Kedah dan Patani yang meminta nobat diserahkan sebagai tanda penyerahan (submission) (Bougas, 1994).

    Hikayat Patani, sebuah teks istana abad ke-18 turut memaparkan Kesultanan Patani sebagai sebuah kerajaan yang semakin berkuasa berikutan kejatuhan Melaka, serta merupakan pesaing kepada Johor dan Aceh. Mengikut tradisi Melayu Patani, nobat merupakan salah satu institusi penting dalam pembentukan sesebuah kesultanan. Walaupun kekurangan butiran berkaitan dengan istiadat, nobat dalam Hikayat Patani diangkat sebagai satu komponen penting dalam pengurusan negeri

    Jurnal Melayu June2017.indb 89 6/20/17 9:13 AM

  • 90

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    untuk menandakan waktu solat dan perayaan agama, menabalkan pemerintah baharu, menerima duta asing dan sebagai penanda sempadan wilayah. Penggunaan nobat Johor di Patani oleh raja Johor (yang berkahwin dengan ratu Patani) dalam usaha untuk menabalkan ratu Patani sebagai permaisuri (atas cadangan penasihat Aceh) membawa pembunuhan beramai-ramai pengikutnya yang hampir menyebabkan peperangan besar antara kedua-dua kesultanan. Seperti Kesultanan Melayu lain, nobat menjadi sebahagian daripada alat kebesaran negeri, melambangkan keagungan dan kedaulatan pemerintah, serta penting untuk kelestarian kerajaan sebagai sumber kuasa, ukuran nama seorang raja, kekayaan dan prestij seperti yang tertulis dalam Hikayat Patani:

    Dan nafiri emas empat dan perak empat butir dan serunai emas dua dan perak dua butir dan gendang nobat dua belas butir dan negara delapan butir.

    (Hikayat Patani, daripada Malay Concordance Project, p. 89)

    Kemewahan dari segi saiz dan material alat muzik nobat yang disenaraikan menun-jukkan kekayaan dan pengaruh yang dinikmati oleh Patani ketika berkuasa di rantau ini mengatasi kesemua kumpulan nobat di dunia Melayu. Dalam Hikayat Patani terkandung 30 buah lagu nobat dan 25 daripadanya disediakan suku kata mnemonic untuk memainkan lagu tersebut. Penulisan hikayat tersebut bukan sekadar menurut perkara yang dilakukan oleh Kesultanan Melayu lain tetapi memberikan kefahaman tentang pelibatan masyarakat awal Patani daripada kesultanan lain dalam hal ehwal istana Patani. Sebagai contoh, perkahwinan permaisuri Patani, iaitu Raja Ungu dan Raja Kuning dengan sultan Pahang dan Johor menyebabkan penghijrahan rakyat dan pegawai (termasuk beberapa penasihat Aceh) ke Patani. Migrasi dan interaksi ini menunjukkan rangkaian politik dan budaya yang kukuh wujud sekian lamanya di Alam Melayu.

    KESIMPULAN

    Kegiatan perdagangan yang semakin meluas di seluruh Lautan Hindi menyebabkan kedatangan Islam dan berkembangnya muzik nobat di dunia Melayu. Selama beberapa generasi, kesenian asing ini bercampur dengan unsur tempatan yang natif, asli dan pribumi (indigenous) untuk menjadi sebahagian daripada budaya dan identiti Melayu. Alat muzik nobat dilihat sebagai suatu objek istimewa yang menjadi sebahagian daripada alat kebesaran diraja, manakala muzik ensembel ini amat penting dalam istiadat pertabalan sultan. Fungsi nobat dalam konteks

    Jurnal Melayu June2017.indb 90 6/20/17 9:13 AM

  • 91

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    keagamaan pula adalah seperti menandakan masuknya waktu solat dan tibanya bulan Syawal memberikannya suatu autoriti moral dan kerohanian. Dengan mengikuti amalan istiadat istana India dan Parsi, nobat tersebar di seluruh rantau ini sebagai simbol kekuasaan dan legitimasi agama, serta alat penguasaan politik atau penyerahan. Selain dikurniakan kepada negeri yang ditawan dan individu tertentu, nobat perlu diserahkan oleh kerajaan yang berhasrat untuk mewujudkan sempadan politik, menjaga kedaulatan dan mendapatkan pengiktirafan.

    Campur tangan Eropah, serta kuasa ekonomi dan politik yang semakin meningkat memberikan persaingan sengit dalam kalangan Kerajaan Melayu, terutama selepas kejatuhan Melaka. Kerajaan Melayu berlumba-lumba untuk menjadi pusat kebudayaan Melayu dan institusi nobat merupakan antara elemen yang penting dalam proses ini. Hal ini terbukti apabila muzik nobat sering dimainkan dan ensembelnya dipamerkan di khalayak ramai, serta terdapat pelbagai rujukan dalam bentuk teks Melayu, termasuk catatan pengembara dan pedagang Eropah. Instrumen dan saiz ensembel nobat juga turut berkembang. Walaupun Kesultanan Melayu mengekalkan status simbolik nobat, namun setiap kerajaan seolah-olah membawa hala tuju masing-masing yang unik. Lagu baharu digubah, alat ditambah (atau dibuang) dan upacara dicipta untuk mencerminkan budaya tempatan, di samping mengekalkan identiti dunia Melayu secara keseluruhannya.

    Sastera dalam bentuk sejarah istana dan panduan merupakan suatu kaedah mengekalkan pelbagai adat istiadat yang melibatkan nobat. Untuk generasi akan datang, teks ini menjadi sumber kebanggaan dan simbol ketuanan budaya bagi raja-raja Melayu. Tertulisnya Sejarah Melayu di Johor pada tahun 1612 dilihat sebagai suatu percubaan untuk menuntut kepimpinan dunia Melayu yang pernah dipegang oleh Melaka. Aceh melihat hal ini sebagai suatu provokasi dan kemudiannya menyerang Johor dan menawan sultan, keluarga dan pengarang Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang (Andaya, p. 2001). Kelemahan Aceh pada pertengahan abad ke-17 menyaksikan Johor menegaskan kembali dirinya sebagai pengganti Melaka dan pusat kebudayaan Melayu. Nobat terus dimainkan di istana Johor, Perak, Kedah dan kemudiannya pada abad ke-18 di Selangor. Walau bagaimanapun, nobat tidak pernah dipersembahkan semula dalam perarakan pada skala yang sama seperti yang dilihat di Aceh pada kurun ke-17. Alat muzik nobat juga tidak lagi dibuat semewah istana Patani tetapi kekal hingga ke hari ini sebagai simbol kedaulatan raja-raja Melayu. Segi tiga kekuasaan (sultan dan pembesar negeri), kesucian (agama Islam) dan bunyi (nobat) jelas diperkatakan melalui kedua-dua sumber, iaitu luar dan dalam untuk menggambarkan budaya

    Jurnal Melayu June2017.indb 91 6/20/17 9:13 AM

  • 92

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    dan ketamadunan Melayu. Perkara ini akan terus menjadi batu asas persoalan identiti Melayu, terutamanya dalam usaha menaikkan semangat nasionalisme menjelang kemerdekaan dan era pascakolonialisme di Malaysia.

    RUJUKANal-Attas, Syed Muhammad Naquib (1969). Preliminary statement on a general theory of the

    Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Andaya, B. W. (2011). Distant drums and thunderous cannon: Sounding Authority in Traditional Malay Society. IJAPS, (2), 19-35.

    Andaya, L. Y. (2008). Leaves of the same tree: Trade and ethnicity in the Straits of Melaka. Honolulu: University of Hawaii Press.

    Anderson, B. (1990). Language of power: Exploring political culture in Indonesia. Ithaca: Cornell University Press.

    Attali, J. (2003). Noise: The political economy of Music. Minneapolis: University of Minnesota Press.

    Azyumardi Azra et al. (2006). Islam in the Indonesian World: An account of institutional formation. Bandung: Mizan Pustaka.

    Barnard, T. P. (2001). Texts, Raja Ismail and violence: Siak and the transformation of Malay identity in the eighteenth century. Journal of Southeast Asian History 32(3), 331-342.

    Barnard, T. P. (2006) (Ed.). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. Singapura: NUS Publishing.

    Best, T. (1934). The voyage of thomas best to the East Indies, 1612-1614. W. Foster (Ed.). London: Hakluyt Society.

    Bhatia, H. S. (2001). Rival Hindu kingdoms and sultans: Fusion of the Hindu and Muslim civilizations. New Delhi: Deep and Deep Publications.

    Bougas, W. A. (1994). The kingdom of Patani: Between Thai and Malay mandala. Bangi: UKM.

    Brown, C. C. (1952). Sejarah Melayu: A translation of Raffles MS 18. Journal of the Malaysian Branch of Asiatic Society, 25(Bahagian 2 dan 3).

    Drewes, G. W. J. dan Vorhoeve, P. (1958). Adat Atjeh: Reproduced in facsimile form a manuscript in the India Office Library. S-Gravenhage: Martinus Nijhoff.

    Drewes, G. W. J. (1985). New Light on the Coming of Islam to Indonesia? dlm. Drewes (Ed.), Readings on Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

    Farmer, H. G. (1967). A history of Arabian music to the XIIIth Century. London: Luzac and Co. Ltd.

    Fee, L. K. (2001). The construction of Malay identity across Nations: Malaysia, Singapore and Indonesia. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde, 157(4), 861-879.

    Jurnal Melayu June2017.indb 92 6/20/17 9:13 AM

  • 93

    NOBAT DAN ETNIFIKASI: PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGADAPTASIANNYA DALAM PEMBENTUKAN IDENTITI MELAYU

    Gibb, H. A. R. (1929). Ibn Battuta: Travels in Asia and Africa 1325-1354. London: Routledge.Hadi, A. (2004). Islam and State in Sumatra: A study of seventeenth century Aceh. Leiden:

    Brill.Hall, K. R. (1985). Maritime trade and state development in early Southeast Asia. Honolulu:

    University of Hawaii Press.Hikayat Patani, Jawi 13. Washington D. C.: Library of Congress. Hikayat Raja-raja Pasai, Raffles Malay No. 67. London: Royal Asiatic Society. Capaian

    daripada http://mcp. anu. edu. au . Hill, A. H. (1963). The coming of Islam to North Sumatra. Journal of Southeast Asian History,

    4(1), 6-21. Ho, Meilu (1991). The royal nobat of Kedah, Malaysia. Tesis Sarjana Universiti of California,

    Los Angelas. Ito, Takeshi (1984). The world of the Adat Aceh: A historical study of the Sultanate of Aceh.

    Tesis Doktor Falsafah, Australian National University.Jones, R. (Ed.) (1997). Hikayat Raja-raja Pasai. Shah Alam: Fajar Bakti.Kartomi, M. (1997). The royal nobat ensemble of Indragiri in Riau, Sumatra, in Colonial and

    Post-Colonial Times. The Galpin Society Journal, 50(Mac 1997), 3-15.Laffan, M. (2011). The makings of Indonesian Islam: Orientalism and the narration of a sufi

    past. Princeton: Princeton University Press.Lancaster, J. (1940). The Voyages of Sir James Lancaster to Brazil and the East Indies, 1591-

    1603. W. Foster (Ed.). London: Hakluyt Society.Matheson, V. (1979). Concepts of Malay ethos in indigenous Malay writings. Journal of

    Southeast Asian History 10(2), 351-371. Milner, A. C. (2008). The Malays. West Sussex: Wiley-Blackwell.Mohd. Anis Md. Nor (1993). Zapin: Folk dance of the Malay World. Singapore: Oxford

    University Press.Moin, A. A. (2012). The millennial sovereign: Sacred kingship and sainthood in Islam. New

    York: Colombia University Press.Mundy, P. (1919). The travels of Peter Mundy in Europe and Asia, 1608-1667. R. C. Temple

    (Ed.). Jilid 3. Bahagian 1 dan 2. London: Hakluyt Society.Reid, A. (2001). Understanding Melayu (Malay) as a source of diverse modern identities.

    Journal of Southeast Asian Studies, 32(3), 295-313.Sejarah Melayu, DBP MSS 86A. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Capaian

    daripada http://mcp. anu. edu. au . Shamsul A. B. (1996). Debating about identity in Malaysia: A discourse analysis. Southeast

    Asian Studies 34(3), 476-499.Shellabear, W. G. (1977). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Shiloah, A. (1995). Music in the world of Islam: A socio-cultural study. Michigan: Wayne State

    University Press.S. Q. Fatimi (1963). Islam comes to Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological Research

    Institute Ltd.

    Jurnal Melayu June2017.indb 93 6/20/17 9:13 AM

  • 94

    MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 10 BIL. 2 JULAI 2017

    Stokes, M. (Ed.)(1997). Ethnicity, identity and music: The musical construction of place. Oxford: Berg.

    Tan, S. B. (1993). Bangsawan: A social and stylistic history of popular Malay opera. Singapore: Oxford University Press.

    Tan, S. B. (2005). From folk to National Popular Music: Recreating ronggeng in Malaysia. Journal of Musicological R