23
PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP) SARAWAK 2014 MIRI ______________________________________________________ _____ KERTAS KONSEP KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) SARAWAK 2014 KELOLAAN PSKPP MIRI Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 1

SEPAK TAKRAW

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SEPAK TAKRAW

PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN(PSKPP) SARAWAK 2014

MIRI___________________________________________________________

KERTAS KONSEPKEJOHANAN SEPAK TAKRAW

PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN(PSKPP) SARAWAK 2014KELOLAAN PSKPP MIRI

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 1

Page 2: SEPAK TAKRAW

UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PESTA PSKPP NEGERI SARAWAK 2014

KELOLAAN PSKPP MIRI

1.0 PROGRAM

1.1 Kejohanan Sepak Takraw ini akan dikenali sebagai Kejohanan Sepak Takraw Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Sarawak 2014

2.0 MATLAMAT

2.1 Mengenalpasti dan memilih pemain-pemain di kalangan guru dan staf yang berkelayakan untuk mewakili Negeri Sarawak ke kejohanan Sepak

Takraw PSKPP Kebangsaan 2014

2.2 Mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru dan staf yang berkhidmat di bawah naungan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

2.3 Memupuk semangat bersaing secara sihat di kalangan peserta - peserta.

2.4 Memupuk budaya sukan di kalangan guru – guru dan staf.

3.0 PENGURUSAN

3.1 Kejohanan Sepak Takraw ini adalah anjuran PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP) MIRI.

3.2 PESTA SUKAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP) MIRI akan membentuk jawatankuasa pengelola bagi mengelolakan kejohanan ini.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 2

Page 3: SEPAK TAKRAW

4.0 KELAYAKAN 4.1 Semua ahli Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Sarawak.

4.2 Kejohanan Sepak Takraw Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Sarawak 2014 akan dijalankan secara BERPASUKAN. Setiap bahagian menghantar satu (1) pasukan yang mengandungi;

4.2.1 Seorang pengurus pasukan

4.2.2 Seorang jurulatih

4.2.3 Dua (2) pasukan pemain senior yang mengandungi 8 orang pemain termasuk dua (2) orang pemain simpanan

4.2.4 Satu (1) pasukan pemain peringkat umur 36 TAHUN DAN KE ATAS. (lahir pada tahun 1978 dan sebelum)

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam empat (4) peringkat, iaitu peringkat awal, peringkat suku akhir, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut tertib berikut ;

5.1.1 Regu I (senior)5.1.2 Regu II (36 tahun ke atas)5.1.3 Regu III (senior)

5.2 PERINGKAT AWAL

5.2.1 Peringkat awal akan dijalankan secara LIGA SATU (1) PUSINGAN dalam 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B,C dan D Pasukan johan dan naib johan dari setiap kumpulan akan layak ke

peringkat suku akhir.

5.2.2 Pemberian mata adalah seperti berikut;

5.2.2.1 Pasukan yang memenangi perlawanan dengan 3 SET - 0 akan mendapat EMPAT (4) MATA.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 3

Page 4: SEPAK TAKRAW

5.2.2.2 Pasukan yang memenangi perlawanan dengan 2 SET- 1 akan mendapat TIGA (3) MATA

5.2.2.3 Pasukan yang KALAH tidak akan mendapat apa – apa mata (0)

5.2.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu Kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh DUA (2) PASUKAN sahaja, maka keputusan PERLAWANAN AWAL antara dua (2) pasukan berkenaan akan diambil kira bagi menentukan kedudukan pemenang.

5.2.4 Jika kiraan mata diperolehi sama oleh tiga (3) pasukan maka kedudukannya akan ditentukan dengan kaedah berikut :-

5.2.4.1 Kiraan PERBEZAAN REGU daripada jumlah regu menang yang diperolehi oleh Pasukan berkenaan

5.2.4.2 Kiraan PERBEZAAN SET daripada jumlah set menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan

5.2.4.3 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA (points) daripada jumlah angka-angka mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan

5.3 SUKU AKHIR (KALAH MATI)

Perlawanan suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir akan dijalankan secara KALAH MATI, mana-mana pasukan yang memenangi lawannya dengan 2 regu berturutan, maka perlawanan bagi regu III tidak diadakan lagi.Perlawanan suku akhir akan dijalankan secara menyilang seperti berikut;

. 7.3.1 Perlawanan 1 :Johan kumpulan A vs naib johan kumpulan B. 7.3.2 Perlawanan 2 :Johan kumpulan C vs naib johan kumpulan D. 7.3.3 Perlawanan 3 :Johan kumpulan B vs johan kumpulan A 7.3.4 Perlawanan 4 :Johan kumpulan C vs johan kumpulan D

5.4 SEPARUH AKHIR (KALAH MATI)

5.4.1 Perlawanan 1 : Pemenang perlawanan 1 vs pemenang perlawanan 2

5.4.2 Perlawanan 2 : Pemenang perlawanan 3 vs pemenang perlawanan 4

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 4

Page 5: SEPAK TAKRAW

5.5 AKHIR

5.5.1 Pemenang perlawanan 1 vs pemenang perlawanan 2

5.5.2 Penentuan tempat ketiga dan keempat akan dijalankan sebelum perlawana akhir

6.0 SISTEM KIRAAN MATA

6.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.

6.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat MATA LIMABELAS (15) dengan kelebihan minima DUA (2) MATA.Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ). Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman “lanjutan mata 17”

6.3 Dalam perlawanan berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 SET (BEST OF 3 ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.

7. PEMAIN-PEMAIN

7.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain.

7.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan “Tekong” (server).

7.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan ‟Apit Kiri ‟ manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan ‟Apit Kanan ‟. Kedua-dua pemain dinamakan ‟Apit‟.

7.4. Setiap pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang.

7.5 Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan.

7.6 Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 5

Page 6: SEPAK TAKRAW

7.7 Seorang pemain cuma boleh BERMAIN UNTUK SATU (1) REGU SAHAJA.

7.8 SEMBILAN (9) orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.

7.9 Mana-mana pasukan yang pemainnya KURANG DARI SEMBILAN (9) ORANG PEMAIN , tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap KALAH.

7.10 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, Pasukan yang akan bertanding hendaklah menyerah senarai pasukan atau barisan pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan menggunakan borang yang disediakan.

7.11 KEMENANGAN PERCUMA 3 regu ( 15-0, 15-0, 15-0 setiap regu) juga akan diberikan kepada pasukan lawan jika mana-mana pasukan tidak melaporkan diri LIMA BELAS (15) MINIT selepas waktu yang dijadualkan atau melaporkan diri dengan pemain-pemainnya yang kurang dari 9 orang. Maka pasukan berkenaan tidak layak meneruskan perlawanannya dan dianggap menarik diri tanpa alasan yang munasabah.

8.0 REHAT (TIME-OUT)

8.1 Setiap regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set. Rehat boleh diminta oleh pengurus pasukan atau jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan.Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik

9.0 PERMAINAN TERGENDALA

9.1   Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.

9.2   Pemain   yang  tercedera  dibenarkan  berehat dan menerima     rawatan sehingga 5  minit. Jika  selepas 5 minit, pemain  tidak  berupaya bermain, maka gantian     pemain   mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran  pemain maka  regu  lawan akan dikira sebagai pemenang.

9.3   Cuma     pengadil  rasmi   sahaja  boleh   memberhentikan     perlawanan   apabila  berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran jawatankuasa pertandingan.

9.4   Semasa   tempoh    permainan   diberhentikan,   semua    pemain tidak    dibenarkan keluar dari gelanggang  untuk  minum  atau mendapat tunjuk ajar.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 6

Page 7: SEPAK TAKRAW

10.0 TATATERTIB ( DISIPLIN)

10.1  Semua pemain mestilah mematuhi undang -undang permainan.

10.2  Hanya    Ketua   Regu     sahaja  dibenarkan     berjumpa    pengadil   jika   ada   sebarang pertanyaan   atau inginkan   kepastian   mengenai   keputusan   yang   dibuat dan   pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.

10.3  Pengurus   /  jurulatih rasmi    dan  pegawai   dilarang   membantah   keputusan   Pengadil semasa  pertandingan   sedang  berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran    pertandingan. Tindakan disiplin boleh  di ambil terhadap pegawai berkenaan.

11.0  HUKUMAN

11.1 KAD KUNING

Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-

11.1.1 Tidak   menunjukkan semangat  kesukanan    dan   melakukan   perkara- perkara  yang bertentangan dengan etika  sukan  yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan

11.1.2  Memaki atau mengeluarkan kata – kata kesat.

11.1.3 Berulang kali melakukan melanggar undang  – undang    permainan    dan peraturan  pertandingan.

11.1.4  Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh pengadil.

11.1.5  Masuk keluar gelanggang  tanpa  kebenaran pengadil.

11.1.6 Dengan  sengaja  meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan pengadil.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 7

Page 8: SEPAK TAKRAW

11.2    KAD MERAH

Kesalahan-kesalahan       yang   perlu  dihukum,    pemain    boleh   diberi  ‘kad merah jika melakukan  kesalahan berikut:-

11.2.1  Masih  berdegil  dan  berkelakuan  buruk setelah  diberi  amaran  oleh pengadil.

11.2.2  Berkelakuan  ganas  dengan    niat  untuk   mencederakan pihak  lawan.

11.2.3  Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.

11.2.4  Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

11.2.5  Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.

11.3    Mana    -  mana    pemain    yang melakukan     kesalahan   sama   ada   di dalam   atau  di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, pengadil, pembantu pengadil atau mana-mana orang   dimana   Kad   Kuning   telah   dikeluarkan  adalah   merupakan   tindakan   disiplin   yang perlu  diterima oleh semua pihak:

11.3.1    Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman : Amaran Biasa

11.3.2   Kesalahan : Kad Kuning Kedua   diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi didalam  kejohanan yang sama.

Hukuman : Digantung satu perlawanan

11.3.3  Kesalahan :  Kad Kuning Ketiga diterima   setelah  digantung satu  perlawanan di kejohanan yang sama.

Hukuman : (i)  Digantung 2 perlawanan.

11.3.4  Kesalahan :    Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama.

11.3.5   Kesalahan :    Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.

Hukuman : (i) Digantung dua perlawanan.

(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan   disiplin  ketiga   dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 8

Page 9: SEPAK TAKRAW

11.4    Mana – mana pemain    yang   diperintah  keluar   gelanggang  oleh  pengadil   sama    ada Kesalahan di dalam atau diluar gelanggang, terhadap     pihak   lawan,   rakan   sepasukan, pengadil, pembantu pengadil,   pengadil   garisan atau mana-mana    pegawai: Kad merah  akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-

11.4.1  Kesalahan :      Menerima Kad merah

Hukuman : Di  gantung    serta – merta  daripada   bermain    dalam   mana  – mana perlawanan

12.0 PERATURAN DAN UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN

12.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan menurut UNDANG – UNDANG PERMAINAN GABUNGAN SEPAK TAKRAW ANTARABANGSA ( ISTAF) (Pindaan dalam Kongres  ISTAF    pada 17 hb Januari 2011 di  Bangkok, Thailand) jika berlaku  pertelingkahan terhadap  mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam Undang-Undang  Permainan  ini, keputusan pengadil rasmi adalah MUKTAMAD.

13.0 GELANGGANG

13.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

13.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

13.3 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

13.3 Garisan Tengah

Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 9

Page 10: SEPAK TAKRAW

13.4 Garisan Suku Bulatan

Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.

13.5 Bulatan Sepak Mula

Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.

Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

14.0. TIANG

14.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m.

14.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

15.0 JARING

15.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.

15.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang.

15.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

15.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.

15.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m dari permukaan gelanggang.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 10

Page 11: SEPAK TAKRAW

16.0 BOLA TAKRAW

16.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.

16.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

16.2.1 Mempunyai 12 lubang.

16.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

16.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.

16.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.

16.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

17.0 PAKAIAN PEMAIN

17.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.

17.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.

17.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.

17.5 Semua pakaian pemain hendaklah BERNOMBOR DIBAHAGIAN BELAKANG. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan.

17.6 Ketua regu hendaklah memakai “ARM BAND” di lengan kiri.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 11

Page 12: SEPAK TAKRAW

18.0 GANTIAN PEMAIN

18.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.

18.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.

18.3 Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum SEORANG (1) PEMAIN SIMPANAN bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada .

18.4 Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada pengadil rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.

18.5 Jika regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.

18.5 Mana-mana regu yang mempunyai KURANG DARIPADA TIGA (3) PEMAIN tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan DIANGGAP KALAH.

18.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya pertukaran masih belum  dilakukan di dalam set tersebut. Jika pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

19.0 UNDIAN DAN WARM-UP

19.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.

19.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan “Warm-Up” selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya EMPAT (4) orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 12

Page 13: SEPAK TAKRAW

20.0 KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.

9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.

9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-masing.

9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.

21.0 PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.

21.1 Perlawanan dikendalikan oleh seorang pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servis akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

21.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.

21.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing.

21.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.

21.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi.

21.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga – tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 13

Page 14: SEPAK TAKRAW

22.0 PERKARA-PERKARA BATAL

22.1 Pihak Sepak Mula

22.1.1 Apit yang membuat campakan, memain – mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain – lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

22.1.2 Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.

22.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.

22.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.

22.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.

22.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

22.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

22.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain – lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.

22.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.

22.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

22.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.

22.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

22.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan

22.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa “follow –through”.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 14

Page 15: SEPAK TAKRAW

22.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

22.3.4 Bola menyentuh tangan.

22.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua – dua paha / kaki atau badan.

22.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.

22.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

22.3.8 Mana – mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.

23.0 PENGADILAN

23.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil – pengadil bertauliah dari Persatuan Sepak Takraw Bintulu. Oleh yang demikian setiap pasukan dikehendaki membayar RM150.00 sebagai bayaran pengadil. Keputusan Pengadil adalah muktamad sebarang bantahan tidak akan dilayan.

24.0 AM

24.1 Pengelola TIDAK bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kecederaan, kematian dan kehilangan barang – barang pegawai dan pemain – pemain di sepanjang kejohanan ini

25.0 TAKLIMAT

25.1 Taklimat pengurus pasukan hanya akan dihadiri oleh pengurus pasukan yang berdaftar, dan kehadiran jurulatih sebagai pemerhati sahaja.

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 15

Page 16: SEPAK TAKRAW

JADUAL PERLAWANAN

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D

A1 B1 C1 D1A2 B2 C2 D2A3 B3 C3 D3

PERINGKAT KUMPULAN (LIGA SATU PUSINGAN)

NO PERLAWANAN

GELANGGANG A NO PERLAWANAN

GELANGGANG B

1 A1 VS A2 2 C1 VS C23 B1 VS B2 4 D1 VS D25 A2 VS A3 6 C2 VS C37 B2 VS B3 8 D2 VS D39 A3 VS A1 10 C3 VS C111 B3 VS B1 12 D3 VS D1

PERINGKAT SUKU AKHIR (KALAH MATI)

NO PERLAWANAN13 JOHAN A VS NAIB JOHAN B14 JOHAN C VS NAIB JOHAN D15 JOHAN B VS NAIB JOHAN A16 JOHAN D VS NAIB JOHAN C

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 16

Page 17: SEPAK TAKRAW

PERINGKAT SEPARUH AKHIR (KALAH MATI)

NO PERLAWANAN17 PEMENANG 13 VS PEMENANG 1418 PEMENANG 15 VS PEMENANG 16

PENENTUAN TEMPAT KE-3

NO PERLAWANAN19 KALAH 17 VS KALAH 18

AKHIR

NO PERLAWANAN20 PEMENANG 17 VS PEMENANG 18

Undang – undang dan peraturan Kejohanan Sepak Takraw PSKPP Sarawak tahun 2014 kelolaan PSKPP Miri 17