Semantik Dan Peristuilahan Bahasa Melayu 2

Embed Size (px)

Citation preview

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN

Semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat dengan mempertimbangkan juga aspek-aspek bukan linguistik seperti konteks apabila perkataan atau ayat itu digunakan, kebudayaan sesuatu bangsa, unsur-unsur pilihan dan sebagainya. Elemen semantik ini juga dapat dikaji berdasarkan bidang atropologi dan sosiologi, psikologi, linguistik, sejarah, kebudayaan dan kesusateraan.

Dalam

ilmu

linguistik,

tatabahasa

merupakan

kajian

tentang

pembentukan kata dan penyusunannya dalam ayat. Manakala semantik pula berhubung rapat dengan pengkajian tentang makna. Semantik menurut istilahnya merujuk hal tentang makna, oleh kerana makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.

Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti, atau bermakna. Bidang semantik sudah lama menarik perhatian ahli bahasa. Tokoh linguistik yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal (1900) dalam bukunya Semantics : Studies in the Science of Meaning.

Sejarah semantik sudah bermula sebelum tahun Masehi. Ketika zaman Yunani sudah terkenal dengan beberapa orang ahli falsafah antaranya Socrates (469-399 S.M) dan salah seorang muridnya ialah Plato (425-348 S.M). Plato telah menggunakan perkataan semainein dalam bukunya yang bertajuk Cratytus. Kata dasarnya ialah sama yang bermaksud syarat atau tanda dan semainein sebagai kata terbitanyang bermaksud

memperlihatkan atau menyatakan. Salah seorang anak murid Plato pula iaitu Aristotle (384-322 S.M) menekankan terhadap bahasa terutamanya perkataan, melahirkan takrifan bahawa ialah satuan bunyi atau huruf yang terkecil yang mengandungi makna.

Ferdinard de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique Generate (1916) mengemukakan pendapat bahawa pada dasarnya bahasa memiliki dua aspek iaitu langue dan parole. Langue ialah bahasa sebagai bentuk yang berperaturan yang ada dalam otak manusia manakala parole ialah bahasa yang diujarkanoleh seseorang pada masa tertentu. Beliau juga mengemukakan istilah signe iaitu tanda bahasa merupakan perkataan . Signe terbahagi kepada dua iaitu signitie (yang diertikan) dan signifiant (yang mengertikan). Maksud yang diertikan ialah makna, manakala yang mengertikan ialah bunyi bahasa.Beliau juga menegaskan bahawa semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna.

Noam Chomsky dalam bukunya Aspects of the Theory of Syntax (1965), berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.

2.0

KAJIAN SEMANTIK DAN PEMBENTUKAN PERISTILAHAN DALAM BIDANG KESUSASTERAAN

2.1

DEFINISI DAN KONSEP SEMANTIK

2.1.1 DEFINISI SEMANTIK

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat dan mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan

keperibadian manusia.

Definisi semantik dari segi istilah ialah Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti, atau bermakna. Definisi semantik menurut tokoh bahasa J.W.M Verhar (1996), semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti dan makna.

Definisi

semantik

menurut

Abdullah

Cheer

(1994),

semantik

merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa. Manakala menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan

Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda-tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

2.1.2 KONSEP SEMANTIK

Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara dan dari suara. Manakala dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya, yang semuanya merujuk kepada suatu makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat.

Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. (Hashim Hj Musa, 1994: 44). Tanda atau sign ialah sesuatu tanda yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang lain.

Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau semiologi. Kajian semiotik pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik Kajian tentang semantik ialah kajian tentang pemaknaan tanda. Kajian sintaktik merupakan kajian tentang kombinasi tanda-tanda. Manakala kajian pragmatik merupakan kajian tentang asal-usul penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu. (Ullmaan, 1962: 15).

Semantik mempunyai dua pengertian iaitu semantik merupakan bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan dan juga struktur makna sesuatu pertuturan. Pengertian kedua, semantik merupakan satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa. Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980 : 193) yang menerangkan makna sesuatu bahasa. Science dealing with the relations between referents and referents linguistics symbols (words, expressions, phrase) and objects or concepts to which they refer and with the history and changes in the meaning or words

Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna, semantik boleh dilihat dari sudut erti yang luas dan sempit. Pengkajian makna pada peringkat semantik dalam erti kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik, cuma melibatkan teori referense dan teori makna sahaja.

Bagaimanapun, dalam

erti yang luas semantik itu meliputi juga

sintaksis malah pragmatik. Keadaan ini demikian kerana menurut Nor Hashimah Jalaludin (1992 :1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasi makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktorlinguistik dan bukan linguistik ini benarbenar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.

Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna oleh saranan-saranan kemahuan dan leksikal sesuatu bahasa. Berdasarkan pandangan teoritis, huraian dan sejarawi malah masalah-masalah semantik yang harus diteliti ialah sifat-sifatnya, sama ada sikronik atau diakronik. Ini berlaku kerana bahasa itu mempunyai dua aspek iaitu fisiologi atau mekanikal dan psikologi atau tidak mekanikal. Fonologi dan morfologi merupakan aspek mekanikal, maanakala sintaksis dan semantik sebagai aspek psikologi dan ditambah dengan etimologi yang mempunyai unsur sejarah.

Kita telah mendapat penjelasan bahawa semantik merupakan kajian tentang makna dalam bahasa. Makna-makna itu pula boleh ditinjau daripada pelbagai peringkat bahasa, iaitu fonem, morfem, perkataan dan juga ayat. Malah semantik juga mengkaji hal tentang hubungan antara unsur-unsur tersebut antara satu sama lain. Walaupun semantik itu sebagai satu kajian yang sukar dikaji secara formsl, tetapi ia merupakan bahagian yang penting dalam tatabahasa. Malah ilmu semantik memberikan banyak kebaikan kepada pengkajinya sebagaimana yang dikemukakan oleh Walpole (1941 : 28-33) iaitu pengkaji akan lebih memahami perkara yang didengar dan dibaca. Pengkaji dapat bertutur dan menulis dengan lebih berkesan. Pengkaji juga dapat berfikir dengan lebih berhati-hati.

2.2

PEMBENTUKAN ISTILAH

Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatan kuasa ini telah mengadakan sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku istilah Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514 istslah baharu. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula pada tahun 1975.

Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu(PUPIBM) hasil kerjasama Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk, menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik ratusan profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara, mewakili Intitusi Pengajian Tinggi, Sektor Swasta, Sektor Awam dan Sektor Pendidikan Negara.

Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1002438 istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian tinggi dan berprofesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM.

2.2.1 DEFINISI ISTILAH

Takrif istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat ini disebabkan istilah perlu dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan. Dalam konteks pembentukan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa Melayu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah boleh didefinisikan sebagai perkataan atau rangkaikata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian)

Berdasarkan Buku Bahasa Melayu Tinggi, istilah dapat didefinisikan sebagai kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.

2.2.2 KONSEP ISTILAH

Konsep istilah berdasarkan takrif istilah itu sendiri yang bererti kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.

Dasar dalam pembentukan istilah bergantung kepada tataistilah yang merupakan kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkan).

Pembentukan istilah berdasarkan tatanama iaitu kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan).

Istilah dan kata umum juga merupakan konsep dasar pembentukan istilah. Istilah merupakan kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Manakala kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa,namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah.

Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas bagi menghasilkan istilah yang tepat. Istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep dan bukan berdasarkn simbol perkataan

Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkaikata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Istilah ini seharusnya dilakukan secara berterusan, supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Bahasa tanpa istilah dianggap tidak berkembang dan mati.

Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan. Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri daripada kata, singkatan, huruf, lambang grafik dan sebagaimya. Kata

mempunyai pelbagai makna bergantung kepada penggunaannya, sedangkan istilah mempunyai makna khusus yang tidak terikat pada konsep penggunaan.

Pembakuan dalam bidang peristilahan adalah berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa, yang mementingkan pembinaan budaya ilmu. Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah, tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk peristilahan. Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu iaitumerujuk kepada konsep satu bidang. Istilah dan kata tersebut sesuai dengan konteks penggunaannya. Jadi peristilahan, mestilah dilakukan dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

2.3

DEFINISI DAN KONSEP KESUSASTERAAN

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesusateraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan, menurut makna kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Sastera ialah seni bahasa yang merupakan ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam. Sastera ialah ekspresi fikiran melalui medium bahasa iaitu idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia. Sastera ialah inspirasi kehidupan manusia yang

diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan kemanusian yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempesonakan.

Sastera terkandung beberapa unsur-unsur yang saling berhubungan iaitu isi kandungan, ekspresi, bentuk dan bahasa. Isi kandungan sastera yang berupa buah fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan sebagainya. Ekspresi dan ungkapan merupakan keupayaan mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia. Bentuk merupakan unsur isi dalam diri manusia dapat dizahirkan dalam berbagai-bagai bentuk pengungkapan sastera yang beraneka ragam yang indah, mempesonakan, menyenangkan dan menarik. Unsur bahasa iaitu bahan utama untuk mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.

2.3.1 JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN

Kesusasteraan terbahagi kepada dua iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional (klasik) dan Kesusasteraan Melayu Moden. Kesusasteran Melayu Tradisional merupakan karya seni yang disampaikan melalui bahasa sama ada secara lisan atau tulisan bagi menyatukan falsafah pencipta dengan penerimanya pada zaman itu. Genre lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat dan genre tulisan dikenali sebagai sastera istana.

Sastera rakyat (Lisan) terbentuk dalam dua bentuk iaitu naratif dan bukan naratif. Bentuk naratif merupakan bahan sastera yang berunsur cerita yang meliputi metos, lagenda dan cerita rakyat. Cerita rakyat meliputi cerita binatang, cerita penglipurlara, cerita jenaka, dan cerita teladan. Manakala bentuk bukan naratif pula merupakan puisi rakyat meliputi pantun, syair, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun dan terasul.

Sastera Istana (Tulisan) meliputi sastera hikayat, sastera undangundang, sastera epik, sastera panji, sastera agama atau kitab dan sastera ketatanegaraan. Sastera tulisan mula diperkenalkan selepas penerimaan Islam, kira-kira pada abad ke-15. Sastera tulisan dikenali juga sebagai sastera istana kerana sastera ini berkembang dalam lingkungan istana.

Kesusasteraan Melayu Moden, menurut Anas Hj. Ahmad (1988: 152), hasil karya sastera selepas tahun 1800 masehi digolongkan dalam sastera moden. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap orang yang membawa perubahan dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Antara bentuknya ialah cerpen, novel, sajak dan drama.

2.3.2 CIRI-CIRI KESUSATERAAN

Ciptaan kesusateraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaiannya. Keindahan hasil karya sastera dapat dirasa oleh pembaca melalui bahasa. Gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu.

Hasil karya dapat mencerminkan pengalaman, melalui bahasa juga pengarang dapat menggarapkan isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Pengalaman di sini merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. Perkara ini disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada kegiatan fikiran, tetapi juga kepada kegiatan perasaan dan imaginasi. Realiti pula ialah sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia.

Kesusasteraan

dapat

mencerminkan

pengalaman

seni,

melalui

peristiwa sastera pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya. Karya sastera bukan sekadar memberikan kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui gagasan dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai-nilai seni yang mengagumkan pembaca.

Kesusasteraan juga merupakan satu karya seni, iaitu mempunyai sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus. Tiga perkara inilah yang membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera. Fiksyen bermaksud sesuatu karya itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti. Nilainilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan sejelas-jelasnya dan mendalam. Manakala gaya bahasa merupakan gaya penyampaian mesej pengkarya kepada pembaca dengan pelbagai cara bagi mewujudkan nilai-nilai seni dalam karya berkenaan.

3.0

KAJIAN HASIL KARYA KESUSASTERAAN MELAYU MODEN CERPEN TINA KARYA AMINHAD

3.1 DEFINISI CERPEN

Cerpen ialah gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek. Cerpen menjadi popular dalam kesusasteraan Melayu kerana diterbitkan dalam akhbar dan majalah yang lebih luas penyebarannya. Cerpen biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama atau pusat penceritaan. Peristiwa itu dikembangkan dalam jarak masa yang terhad. Cerpen membawa satu tema sahaja dan satu atau dua persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada pembaca.

Dari segi perwatakan, cerpen memusatkan perkembangan watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Cerpen hanya memberatkan identifikasi dan perkembangan watak protagonis. Terdapat satu plot sahaja dalam cerpen dan plot ini dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit juga mesti terjalin dengan baik, kemas dan padat. Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam cerpen menerbitkan ketegangan dan mengheret pembaca untuk merasai pengalaman yang digambarkan. Kesan sesebuah cerpen dapat diukur melalui reaksi emosi pembacanya.

3.2 SINOPSIS CERPEN TINA

Mengisahkan bagaimana Haidi, watak utama mengalami konflik atau tekanan perasaan selepas kematian adiknya, Sutina, panggilan manjanya Tina. Sutina meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung berlubang yang belum sempat menjalani pembedahan.

Perasaan Haidi menjadi tertekan apabila sentiasa terkenangkan peristiwa semasa bersama adiknya itu. Peristiwa itu menyebabkan perasaan sayang dan rindu terhadap arwah adiknya semakin kuat. Pertemuan Haidi dengan seorang pelajar bernama Kursiah yang wajahnya seiras wajah adiknya telah menyebabkan perasaan Haidi semakin tertekan.

Di sekolah barunya, Kursiah sama rumah sukan dengan Haidi dan Haidi cuba merapatkan dirinya dengan Kursiah. Haidi sempat berbual-bual dengan Kursiah yang merupakan pelari jarak jauh. Haidi mencabar Kursiah agar mengambil bahagian dalam acara itu dengan wang pertaruhan RM5.00.

Haidi terkejut apabila mengetahui Kursiah pengsan semasa mengambil acara larian jarak jauh (5000 m). Keadaan yang menimpa Kursiah

mengingatkan Haidi peristiwa yang menimpa adiknya dulu. Haidi berdoa agar peristiwa dulu tidak akan berulang lagi. Kursiah mesti selamat. Dia dihantar ke hospital. Bagi Haidi, Kursiah merupakan orang yang dapat menggantikan tempat Sutina dalam dirinya.

3.3 RELEVEN PEMILIHAN CERPEN TINA

Pemilihan cerpen Tina karya Aminhad yang terkandung dalam teks Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Teks Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa mengandungi prosa dan puisi bagi kesusateran Melayu Tradisional dan Moden. Pantun dan syair merupakan karya berbentuk puisi dan prosa tradisional bagi mewakili komponen sastera dalam bahasa Melayu.Kesusasteraan Melayu moden meliputi cerpen dan drama dalam bidang prosa. Manakala sajak mewakili hasil karya berbentuk puisi dalam Kesusateraan moden.

Pemilihan ini adalah relevan dengan kajian semantik dan peristilahan yang merupakan satu bidang dalam kajian linguisik yang mengkaji makna. Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Shipley (dalam Mansoer Paleda, 2001) terbahagi kepada empat iaitu pengertian (sense), nilai rasa (feeling), nada (tone) dan maksud (intention). Perasaan sedih dapat dirasai pembaca apabila menghayati penderitaan yang ditanggung oleh Sutina sebagaimana olahan pengarang dlalam menggarapkan situasi tersebut.

Anak kecil jantung berlubang, ayah susah hidup terbuang. (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

Aspek pengertian (sense) ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Pengertian juga adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeza dengan kata lain di dalam kosa kata. Pengertian disebut juga dengan tema, iaitu mesej utama yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca adalah jelas kerana mempunyai kesamaan bahasa. Tema kasih sayang seorang abang terhadap adik perempuan yang menderita sakit jantung berlubang.

Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti. Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina akan sembuh. Perca yalah cakap abang ni.....

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

Nilai rasa (feeling), aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan. Nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah kata-kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan mahupun penilaian. Jadi setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan. Nilai rasa dalam cerpen Tina berkisar dalam konteks kasih sayang sememangnya berhubungan dengan perasaan. Sutina menderita sakit jantung berlubang tabah menjalani kehidupan dan ingin merasai kegirangan anak kecil yang sebaya dengannya. Perasaan sedih dapat dirasai pembaca apabila menghayati penderitaan yang ditanggung oleh Sutina.

Anak kecil jantung berlubang, ayah susah hidup terbuang.

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

Nada (tone), aspek makna nada adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara iaitu pembaca. Aspek nada berhungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Tegasnya hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan

A....a....apa abang pesan? Belum pesan lagi, rungut Tina manja. (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :53)

Maksud (intention) merupakan maksud senang dan tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogi, persuasi, rekreasi atau politik. Aspekaspek makna tersebut mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Antara jenis-jenis makna tersebut ialah makna emotif, konotatf, kognitif, referensial dan psiktorikal.

Makna emotif ialah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan Contohnya perkataan rindu dengan kalimah

Tinaaa Abang rindu !

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)

Monolog yang diungkapkan oleh Haidi menerangkan tentang makna perasaan. Makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimah yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hai ini jelas berhubungan dengan perasaan.

Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif. Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar

Seronok tak main layang-layang? Tanya Mamat tersengih-sengih menampakkan gigi rongaknya, memerhatikan layang-layang merahnya terkedang-kedang di udara. (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)

Makna kognitif ialah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponennya

Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti. Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina akan sembuh. Percayalah cakap abang ni.....

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

Makna Referensial, menurut Palmer (dalam Mansoer pateda, 2001) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimatkalimat dan dunia pengalaman non-linguistik. Referen atau acuan dapat diertikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yang ditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yang langsung merujuk kepada sesuatu

Kan betul bang? Dalam surat khabar tulis macam tu. Tina bacalah macam tu.... (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

Makna piktorikal adalah makna yang muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap apa yang didengar atau dibaca.. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis.

Simpan duit kan elok. Lepas tu Tina nak beli kain putih.... Buat apa kain putih? Meengarut sajalah Tina ni..... (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :59)

4.0

ANALISIS APLIKASI HUBUNGAN DAN PERKAITAN BEBERAPA ASPEK DENGAN BIDANG SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

Kajian teks sastera moden cerpen Tina karya Aminhad dapat menjelaskan aplikasi hubungan dan perkaitan beberapa aspek dengan bidang semantik dan peristilahan. Antara aspek-aspek tersebut termasuklah aspek teori-teori dalam semantik, aspek perbendaharaan kata dan istilah, aspek peribahasa dan masyarakat. dalam semantik, aspek makna leksikal dan makna gramatikal, dan aspek kepentingan semantik dalam bidang bahasa, sastera

4..1

TEORI-TEORI DALAM SEMANTIK

Terdapat enam teori utama yang dapat dikaitkan dengan semantik iaitu teori referensi, teori behavioris, teori emej makna, teori analisis komponen, teori semantik interpretif dan teori semantik generatif. Teori referensi telah dikemukakan oleh Ogden dan Richard (1923), memperkatakan segitiga semiotik.

Teori Behavioris menegaskan makna perkataan atau ayat mesti dilihat berdasarkan rangsangan dan gerak balas yangmenyebabkan timbulnya sesuatu ujaran. Bloomfield mendefinisikan semantik sebagai lingkungan keadaan apabila seseorang penutur membuat ujaran dan tindakan balas yang ditimbulkan oleh si pendengar.

Teori Imej makna mengutarakan bahawa makna sesuatu perkataan adalah dari imej yang terbayang dalam akal si penutur atau pendengar. Imej itu tidak boleh bersifat visual kerana ia tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang sedia wujud.

Teori analisis komponen menerangkan makna dan hubungan yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yanglain. Hubungan ini disebut struktur leksikal, menerangkan elemen makna leksis dengan menggunakan komponen-komponen semantik. Komponen semantikbukan sahaja perbendaharaan kata tetapi juga elemen-elemen yang digunakan untuk menerangkan hubungan semantik pada elemen leksis deduatu bahasa.

Teori semantik interpretif menjelaskan hubungan antara

struktur

sintaksis dengan struktur semantik bukanlah hubungan yang sewenangwenangnya, tetapi adalah jalinan antara struktur sintaksis dengan kandungan leksis pada ayat tersebut. Teori ini juga dipanggil teori standard.

Teori semantik generatif menegaskan representasi semantik dan struktur dalaman adalah serupa. Oleh itu, komponen semantik tidak ada. Cuma yang ada ialah representasi semantik dan struktur permukaan yang ditarik daripada representasi semantik tersebut.

4.2

PERBENDAHARAAN KATA DAN ISTILAH

Pembakuan dalam bidang perbendaharaan dan peristilahan adalah berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa, yang mementingkan pembinaan budaya ilmu. Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah, tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk peristilahan. Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu iaitumerujuk kepada konsep satu bidang. Istilah dan kata tersebut sesuai dengan konteks penggunaannya. Jadi peristilahan, mestilah dilakukan dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan bahasa Melayu.

Konsep merupakan asas pembentukan perbendaharaan kata

dan

periitilahan. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk mengaambarkan sesuatu konsep kata dan istilah yang mempunyai perkaitan yang sangat rapat biarpun mempunyai perbezaan. Istilah dapat dibentuk daripada kata dan gabungan kata. Penggunaan kata yang sedia ada untuk menggambarkan sesuatu konsep baru tidak menjadikan kata itu sebagai istilah,cuma menjadi suatu kata.

Pertumbuhan yang pesat dalam semua bidang kegiatan manusia telah menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep yang tidak terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan sekaligus memberikan kesan yang bukan sedikit terhadap komunikasi antara individu dengan mesin; mesin dengan mesin; individu dengan individu. Walaupun istilah dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata tidak dapat dikaittkan dengan istilah kerana tidak semua kata adalah istilah.

Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan. Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri daripada kata, singkatan, huruf, lambang grafik dan sebagaimya. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada penggunaannya, sedangkan istilah mempunyai makna khusus yang tidak terikat pada konsep penggunaan.

4.3

PERIBAHASA DALAM SEMANTIK

Menurut pendeta Zaaba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa Melayu dapat dijeniskan kepada perumpamaan, pepatah, bidalan, kiasan, perbilangan, simpulan bahasa dan kata-kata hikmat.

Perumpamaan merupakan peribahasa yang memperkatakan sesuatu maksud atau yujuan dengan membandingkan keada sesuatu perkara atau kejadian lain. Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terangterangan. perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terangterangan didahului oleh kata-kata perbandingan iaitu bak, bagai, laksana, macam, seperti dan umpama. ibarat,

Layang-layang kelihatan bagai seekor burung yang merendah mahu menyambar anak-anak ikan di permukaan air. (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)

Mulut comel Tina tersenyum lebar bagai kuntum bunga yang mulai mekar. (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)

Perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terangterangan, merupakan perumpamaan yang tidak didahului oleh kata-kata perbandingan. Contohnya gunting dalam lipatan, diberi betis nak paha dan genggam bara api biar sampai jadi arang.

Pepatah, menurut Zaaba adalah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis dan mempunyai sifat yang bernas, iaitu memberatkan sifat ringkas dan bijak susunan katanya. Ungkapan pepatah berasal daripada patah-patah perkataan. Pepatah hampir sama dengan bidalan, namun keduaduanya adalah berbeza kerana bidalan tetap mengandungi pengajaran dan nasihat. Sebaliknya ada pepatah yang tidak mengandungi pengajaraan. Ungkapan pepatah yang berasal usul daripada pusaka adat resam berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat. Antara contoh pepatah ialah indah khabar dari rupa, ukur baju di badan sendiri dan air beriak tanda tak dalam.

Bidalan juga tergolong dalam peribahasa yang bersifat selapis. Ungkapan bidalan mengandungi unsur nasihat yang biasanya ditandai oleh penggunaan kata-kata biar, ingat dan jangan. Contoh bidalan ialah biar lambat asalkan selamat; ingat sebelum kena, jimat sebelum habis; dan jangan ikut resmi jagung, makin berisi makin tegak.

Kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengklaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Bahasa kiasan mempunyai fungsinya yang tertentu, antaranya untuk memperjelaskan sesuatu maksud, menguatkan sesuatu maksud, menjadi perhiasan dan melindungi sesuatu yang mempunyai maksud konotatif yang negatif.

Perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkap perbilangan terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedangmembuat perbilangan atau pengiraan. Contohnya, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.

Simpulan bahasa ialah rangkaian kata yang telah tetap bersimpul dengan susunan yang khas. Bentuk simpulan bahasa ringkas dan kebanyakkannya terdiri daripada dua patah kata sahaja. Simpulan bahasa mempunyai makna berlapis iaitu makna tersirat berlainan daripada makna tersurat atau makna asalnya. Simpulan bahasa terhasil daripada perbandingan; daripada benda atau kejadian yang berlaku; daripada kepercayaan orang ramai; dan daripada kebiasaan atau resaman bahasa.

Penggunaan simpulan bahasa dalam cerpen Tina

Rakyat Malaysia memang murah hati (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

. Kata-kata hikmat ialah kata-kata yang diungkapkan oleh orang yang bijaksana. Kata-kata in berfungsi sebagai panduan hidup dan menjadi percakapan umum. Penggunaan kata-kata hikmat yang boleh menimbulkan semangat dan perangsang kepada pihak yang menerimanya.

Bersabar itu separuh daripada iman (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)

Gaya bahasa merangkumi penggunaan perkataan, pemilihan ayat dan unsur-unsur konotatif. Ianya juga berkait dengan jati diri penulis. Seseorang pembaca dapat mengenali diri penulis melalui gaya bahasa yang digunakan dalam karyanya. Kesan semantik dalam aspek bahasa akan menambahkan keindahan sesebuah karya, dapat mengekalkan kejemuan dan mudah difahami oleh pembaca.

Pengarang

telah

memasukkan

penggunaan

peribahasa

bagi

mewujudkan nilai keindahan dalam cerpen Tina.

Masuk bakul angkat sendiri (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)

4.4

MAKNA LEKSIKAL DAN MAKNA GRAMATIKAL

Makna leksikal dan gramatikal juga makna struktural makna perrkataan secara nahuannya. Makna

merupakan

leksikal merujuk kepada

makna denotasi iaitu makna yang dinyatakan dalam kamus. Makna yang dimaksudkan dengan denotasi adalah makna umum, makna kamus atau makna leksikal. Makna umum ini mudah dikenal pasti kerana ia bersifat

umum dan objektif dan jika terdapat kesukaran maknanya dapat dilihat dalam kamus umum. Denotasi biasanya digunakan untuk karya ilmiah kerana pembacanya mudah memahami maksudnya agar ilmu yang disampaikan menjadi pengetahuan bagi pembacaan (Darwin, 1994: 37)

Manakala makna konotasi merupakan makna yang lain daripada asalnya tetapi jika dikaji secara mendalam nyatalah ada hubungannya. Konotasi merupakan pancaran pemikiran dan impresi perasaan yang tidak dapat dinyatakan secara jelas yang mengelilinggi sesuatu kata. Konotasi berkait dengan pemikiran dan merupakan makna tambahan yang digunakan yang mungkin sesuai dan mungkin tidak dengan makna sebenarnya.

Secara umum, makna leksikal ialah makna yang yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus.

Manakala makna gramatikal ialah makna yang terkandung dalam imbuhan apabila digabungkan dengan kata dasar. Mengandungi makna di sini bermaksud secara luaran maknanya tidak terlibat tetapi secara dalaman makna ini sememangnya ada.

Dalam kajian makna perkataan ada dua bahagian yang boleh ditelusuri, khususnya bagi kata terbitan yang terdiri dasar dan makna ini disebut makna gramatikal. daripada makna kata

Pengimbuhan akan mengubah makna asal kata dasar. Ini bererti bahawa imbuhan mempunyai makna, jika tidak, bagaimana kata dasar

boleh berubah maknanya. Secara umumnya imbuhan tidak mempunyai makna. Namun, apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar, ia memberi makna kepada kata dasar tersebut. Jadi, imbuhan tidak mempunyai makna tetapi mengandungi makna, Inilah yang dimaksudkan dengan makna nahuan atau makna gramatik. Bagi memudahkan pemahaman maka imbuhan dikatakan mempunyai makna gramatik dan kata dasar mempunyai makna leksikal (Darwin, 1994: 48-49)

4.5

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG BAHASA, SASTERA DAN MASYARAKAT

Kajian semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan init ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkapkan fikiran, perasaan , pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Kepentingan

semantik

dalam

aspek

bahasa,

unsur

bahasa

menunjukkan permainan bahasa oleh penulis untuk menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud dalam cerita ini mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Kepentingan semantik

dalam bidang sastera merangkumi peranan

semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana

semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri.

Kepentingan semantik dalam masyarakat berdasarkan hubungan semantik dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat semakin berkembang.

5.0 PERBENDAHARAAN

KATA

DAN

ISTILAH

DENGAN

BIDANG

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

Konsep merupakan asas pembentukan perbendaharaan kata

dan

periitilahan. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk mengaambarkan sesuatu konsep kata danistilah yang mempunyai perkaitan yang sangat rapat biarpun mempunyai perbezaan. Istilah dapat dibentuk daripada kata dan gabungan kata. Penggunaan kata yang sedia ada untuk menggambarkan sesuatu konsep baru tidak menjadikan kata itu sebagai istilah,cuma menjadi suatu kata.

Pertumbuhan yang pesat dalam semua bidang kegiatan manusia telah menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep yang tidak terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan sekaligus memberikan kesan yang bukan sedikit terhadap komunikasi antara individu

dengan mesin; mesin dengan mesin; individu dengan individu. Walaupun istilah dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata tidak dapat dikaittkan dengan istilah kerana tidak semua kata adalah istilah.

Aspek perbendaharaan kata dan istilah dalam teks yang dikaji jelas menunjukkan pemilihaan yang agak tepat bersesuaian dengan peringkat umur pelajar belasan tahun. Penggunaan kata yang mudah senang untuk difahami, mengkaji dan menganlisis komponen sastera dalam Bahasa Melayu. Konsep dan makna sesuatu dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen, yang merangkumi komponen-komponen kata (sama ada dalam bentuk bunyi atau tulisan), konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran, dan rujukan benda yang dirujuk.

Komponen kata (layang-layang), rujukan (gambar layang-layang) dan konsep makna menjelaskan sejenis permainan tradisional yang biasanya dimainkan selepas musim menuai oleh masyarakat kampung. Melalui segi tiga semantik, Ogden dan Richard merujuk hubungan antara kata,

Cerpen Tina karya Aminhad menggunakan pemilihan perkataan yang mudah dan senang untuk difahami. Perbendaharaan kata dan istilah merangkumi pemilihan perkataan yang tepat untuk maksud tertentu yang hendak disampaikan. Penulis telah membuat pemilihan dan penggunaan perkataan tertentu bagi menyampaikan sesuatu maksud dengan jelas.

Pada permulaan cerita pengarang telah mengambarkan kecelaruan dan perasaan tidak menentu watak utama yang mampu mengamit keinginan pembaca untuk mengetahui kekalutan tersebut. Pemilihan perbendaharaan kata yang mudah dan senang difahami dapat mengajak pembaca untuk turut merasai pengalaman tersebut dan mengetahui puncanya.

Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia. Sungguh. Aku bukan main-main. Namun aku amat terkilan kerana dia begitu cepat lenyap daripada pandanganku. Akhirnya kuputuskan, itu perasaanku saja. Gamitan masa silam

Pemilihan perkataan yang melibatkan penggunaan perkataan yang munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan yang baik. Penggunaan perkataan yang jelas dan khusus bagi menggambarkan keresahan watak protagonis seperti perkataan getar, debar, menggila merujuk kepada hati Haidi yang bergelora semasa kali pertama melihat seseorang yang mampu mengembalikan kenangan silam.

Diksi iaitu pemilihan dan penggunaan kata merangkumi bahasa formal, bahasa pasar, bahasa slanga dan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan Arab. O.K. Kalau Tina sungguh-sungguh nak jalan-jalan abang boleh bawa.... Betul? Betul. Tapi ada syarat. Syaratnya? Pemilihan bahasa formal seperti perkataan sungguh-sungguh,

merupakan kata ganda yang merujuk kepada kesungguhan. Begitu juga dengan perkataan jalan-jalan merujuk kepada maksud bersiar-siar atau mengambil angin dengan berjalan kaki. Penggunaan bahasa pasar seperti nak merujuk kepada

perbendaharaan kata hendak, begitu juga dengan penggunaan perkataan tapi adalah merujuk kepada perkataan tetapi. Bagaimanapun penggunaan bahasa pasar ini telah dapat difahami oleh pembaca melalui penggunaannya sehari-

hari. Jadi pengarang dapat menyampaikan maksudnya dengan jelas dan tepat juga mewujudkan suasana yang boleh dialami oleh pembaca.

Perbendaharaan kata O.K berasal dari perkataan bahasa Inggeris yang telah diterima dalam bahasa Melayu iaiitu okay dan telah disingkatkan ejaannya. Bagaimanapun perkataan ini telah boleh difahami sebagai tanda persetujuan. Pembaca dapat mengikuti perkembangan konflik yang terdapat dalam cerpen merujuk kepada si adek yang tidak berpeluang bersiar-siar dan menjalani kehidupan sebagaimana kanak-kanak sebaya yang lain.

Pemilihan dan penggunaan perkataan syarat adalah ada unsur penggunaan bahasa Arab yang telah diterima dalam bahasa Melayu. Pembaca tidak akan keliru dengan penggunaan perkataan tersebut kerana telah diguna pakai dalam bahasa Melayu.

6,0

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG BAHASA, SASTERA DAN MASYARAKAT

Kajian semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan init ujaran yang bebas da

Kepentingan

semantik

dalam

aspek

bahasa,

unsur

bahasa

menunjukkan permainan bahasa oleh penulis untuk menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud dalam cerita n mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Kepentingan semantik

dalam bidang sastera merangkumi peranan

semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri.

Kepentingan semantik dalam masyarakat berdasarkan hubungan semantik dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat semakin berkembang.

6.1

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG BAHASA

Bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semulajadi bahasa, peranan dan fungsinya. Ahli bahasa dan ahli linguistik telah mendefinisikan bahasa sebagai sistem bunyi yang terdiri daripada

lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alatalat artikulasi yang mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturnya.

Bahasa merupakan satu sistem ujaran dan tulisan konversional yang digunakan oleh manusia untuk berkongsi budaya dan berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa dapat menggambarkan dan memberikan kesan terhadap cara berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya.

Bahasa mempunyai struktur yang kompleks tetapi boleh dianalisis dan diperlihatkan secara sistematik. Semua bahasa bermula dengan bahasa lisan, kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Bahasa mengandungi struktur ayat yang berbeza-beza untuk menyampaikan makna. Kandungan bahasa terdiri daripada bentuk dan susunan perkataan, struktur sintaksis dan intonasi ujaran.

Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberi makna kepada sesuatu bahasa. Bahasa adalah bersistem, apabila bertutur secara automatik kita mematuhi sistem tersebut dan menyusun struktur yang betul dalam bahasa yang kita gunakan untuk membolehkan pendengar memahami mesej yang hendak disampaikan.

Bahasa sebagai satu simbol iaitu isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Dalam proses komunikasi, tergambar hasrat penutur untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau perkara kepada pendengar.

Bahasa sebagai alat komunikasi, seseorang dapat menyampaikan semua yang dirasai, difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain. Sebagaimana penjelasan yang diungkapkan oleh Haidi kepada gurunya Tina sakit jantung. Jantung berlubang. Tanda-tanda awal macam pelari itu. Tapi sekarang, Tina dah tak ada lagi. Tak ada lagi... saya tak mahu dia mati macam adik saya Cikgu. Tak mahu...

Bahasa bersifat arbitrari iaitu sewenang-wenang mengikut kefahaman individu yang menggunakannya. Pembaca dapat membayang bunyi siren ambulan yang digambarkan oleh Haidi dalam cerpen Tina. Saat aku menghabiskan ungkapan tersebut, tersambar oleh cuping telingaku suara ambulan berlalu.

Bahasa bersifat unik, bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur yang tertentu, tetapi mempunyai huraian yang tersendiri dari segi tatabahasa. Bahasa bersifat unik juga boleh dikaitkan dengan cara kitamemperolehi bahasa itu sendiri, bahasa bukanlah sesuatu yang diwarisi tetapi perlu dipelajari secara tidak langsung daripada ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. Sebagaimana Sutina yang ingin mendapatkan penjelasan daripada perkataan bedah telah meminta penjelasan daripada ibunya, walaupun ibunya sibuk dengan urusan kerja rumah Bedah tu macam siang ikan ya mak?

Bahasa bersifat sejagat atau universal, iaitu sesuatu bahasa itu boleh dituturkan atau dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Ini dapat dijelaskan dalam ujaran protes Sutina berkaitan dengan usaha ikhtiar pihak keluarganya dan rakyat Malaysia yang perihatin. Tapi, kalau bedah macam ikan tu, matilah adik.

Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Ini terbukti dengan kesungguhan Haidi mendekati pelajar yang seiras wajah adiknya Sutina. Haidi dalam keadaan gemuruh mampu meluahkan ujaran bagi mendekati pelajar tersebut. Maaf. Sa...ya, saya minta maaf pada adik kalau mengganggu. Er... nama adik, Sutina? Entah kenapa soalan itu yang kuluahkan dalam keadaan tergagap-gagap begitu.

Bahasa bersifat bervariasi, bermaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa tersebut yang melibatkan cara dan gaya pengujaran, istilahistilah khusus yang digunakan dan struktur bagi sesuatu variasi bahasa itu. Haidi menggunakan helah untuk mengena pelajar yang mirip adiknya bagi mewujudkan suasana kemesraan dan kegembiraan. Nama adik Kursiah atau Kursia atau Kursi? Sengaja aku mahu menyakat ketika dia berehat di khemah hijau warna rumah kami.

Jelas menunjukkan kepentingan semantik dalam aspek bahasa, unsur bahasa menunjukkan permainan bahasa oleh penulis untuk menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud dalam cerita. Penggunaan unsur bahasa bergantung kepada jenis cerpen. Cerpen Tina yang bertemakan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya, mempunyai banyak unsur bahasa yang puitis dan indah. Gaya bahasa melibatkan cara seseorang pengarang menggunakan dan memanipulasikan unsur bahasa bagi membentuk cerita.

Pengarang cerpen Tina menggunakan bahasa dan unsur-unsur bahasa untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap tema kasih sayang seorang abang terhadap adik perempuannya yang mengidap penyakit jantung berlubang. Persoalan yang diutarakan mengenai ketabahan menghadapi dugaan hidup dan kegigihan dalam mencapai sesuatu yang dihajati dalam hidup.

Gaya bahasa merangkumi penggunaan perkataan, pemilihan ayat dan unsur-unsur konotatif. Ianya juga berkait dengan jati diri penulis. Seseorang pembaca dapat mengenali diri penulis melalui gaya bahasa yang digunakan dalam karyanya. Kesan semantik dalam aspek bahasa akan menambahkan keindahan sesebuah karya, dapat mengekalkan kejemuan dan mudah difahami oleh pembaca.

Pengarang

telah

memasukkan

penggunaan

peribahasa

bagi

mewujudkan nilai keindahan dalam cerpen Tina. Perumpamaan ysng tidak menggunakan kata perbandingan.

Masuk bakul angkat sendiri (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)

Penggunaan simpulan bahasa dalam cerpen Tina

Rakyat Malaysia memang murah hati (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

Penggunaan kata-kata himat yang boleh menimbulkan semangat dan perangsang kepada pihak yang menerimanya.

Bersabar itu separuh daripada iman (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)

Penggunaan gaya bahasa perbandingan similie iaitu gaya bahasa perbandingan yang melibatkan dua perkara atau keadaan. Similie yang menggunakan kata-kata perbandingan iaitu seperti, bagai, laksana, umpama, macam, bak.

Layang-layang kelihatan bagai seekor burung yang merendah mahu Menyambar anak-anak ikan di permukaan air. (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)

Mulut comel Tina tersenyum lebar bagai kuntum bunga yang mulai mekar. (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)

Gaya bahasa personafikasi ada diselitkan pengarang dalam cerpen Tina. Personafikasi bermaksud memberi sifat manusia seperti perlakuan manusia kepada benda atau objek yang tidak bernyawa. Dalam kesepian itu seolah-olah aku melihat pokok-pokok yang longlai dipuput bayu melihat kemurungan yang menyerang jiwaku

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :52)

Unsur personafikasi dalam petikan di atas ialah pokok-pokok yang longlai kemurungan yang menyerang jiwaku

Kesemua perbuatan seperti longlai dan menyerang adalah sifat manusia, longlai telah diberi kepada objek alam seperti pokok. Begitu juga dengan perkataan menyerang telah diberi kepada kemurungan.

Gaya bahasa hiperbola iaitu gaya bahasa perbandingan yang melampau tentang sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku. Aminhad telah memulakan cerpen Tina dengan gaya bahasa hiperbola boleh memberi suatu keajaiban kepada pembaca untuk memulakan pembacaan dan menghayati jiwa bagi watak utama.

Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia. Sungguh. Aku bukan main-main. Namun aku amat terkilan kerana dia begitu cepat lenyap daripada pandanganku. Akhirnya kuputuskan, itu perasaanku saja. Gamitan masa silam (Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :52)

Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia. Pengarang menegaskan dan membandingkan getar dan debaran hati Haidi menggila iaitu suatu perbandingan yang melampau dengan darjah ketinggian debaran tersebut begitu menganas sampai kepada gila. Atau dengan kata lain di luar kesedaran manusia, tidak dapat dikawal dengan akal fikiran yang

waras. Perbandingan sebegini menimbulkan tanda tanya kepada pembaca untuk mengetahui dan menyelami.berkaitan punca sebenar debaran tersebut. Di sini pembaca memulakan pembacaan dengan rangsangan emosi untuk lebih mudah dalam menjiwai watak dalam bahan sastera yang dibaca.

6.2

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG SASTERA

Kepentingan semantik

dalam bidang sastera merangkumi peranan

semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri.

Ciptaan kesusasteraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan hasil kesusasteraan dapat dirasa oleh pembacanya, pengarang dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu akan mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah juga memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta karya dengan ciri-ciri kreatif. Penggunaan teknik dan gaya penulisan yang menarik Ini semua dapat memikat hati para pembaca.

Keindahan

bahan sastera berdasarkan gaya dan lenggok bahasa

yang dipamerkan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan sesebuah karya. Kita dapat melihatnya dari dua sudut iaitu dalam puisi juga prosa.

Semantik banyak memberikan sumbangan dari segi penggunaan bahasa atau gaya bahasa seseorang penulis prosa imaginatif seperti cerpen Tina karya Aminhad. Dalam ilmu semantik terdapat tujuh jenis erti iaitu erti konsepsi iaitu erti kognitif yang mampu dicapai oleh akal fikiran manusia sejagat. Aminhad telah berupaya menggarapkan tema kasih sayang antara seorang abang terhadap adik perempuan yang menderita penyakit jantung berlubang. Hal ini menjadi lumrah manusia hidup dalam suasana kasih sayang bagi melahirkan hubungan yang akrab dan penuh rasa tanggungjawab juga kemesraan melalui pertalian darah.

Semantik boleh memberikan erti konotatif iaitu erti kata yang berlainan berdasarkan ungkapan,susunan kata, jeda dan nada.

Apabila kita mengaitkan ilmu semantik dengan karya prosa berert kita melihat karya prosa itu dari segi gaya dan penggunaan bahasanya.Dari segi gaya bahasa prosa ilmu semantik dapat membantu penulis dari segi diksi,metafora, simili, personafikasi dan hiperbola.

Diksi ialah pemilihan kata yang betul, tepat dan berkesan

Kejayaan dan keberkesanan pengarang menggunakan gaya bahasa tertentu bergantung kepada ketersendirian bahasa seseorang pengarang. Walaupun makna dan maksud sesuatu perkataan itu boleh memungkinkan penafsiran yang pelbagai tetapi ilmu dan kebiasaan berbahasa seseorang

penulis itu penting sekali dalam menentukan penggunaan bahasa yang tepat. Dalam hal ini ilmu semantik sangat penting untuk membantu pengarang dalam memilih,menyusun dan menggabungkan perkataan atau ayat dalam penulisan mereka.

Kecenderungan

dalam

menggunakan

teori

linguistik

dalam

menghuraikan bahasa atau penggunaan bahasa karya sastera agak menarik perhatian ahli-ahli bahasa dan sastera kita. Pada masa akan datang hubungan antara semantik dengan kesusasteraan akan semakin erat. Ahli bahasa memerlukan karya sastera sebagai bahan untuk mengkaji keindahan bahasa. Manakala sasterawan memerlukan pengetahuan bahasa dan ilmu bahasa khususnya ilmu semantik untuk mengindahkan bahasa dalam karya mereka dan memberikan maksud yang tepat dalam pemilihan perkataan dalam karya mereka. Hal yang demikian memperlihatkan satera dan linguistik tidak boleh dipisahkan.

Perkara ini dapat dijelaskan lagi dengan dasar pendidikan kerajaan yang telah memasukkan komponen sastera dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah. Ini terbukti akan hubungan dan perkaitan antara sastera dan linguistik telah terjalin dan menjadi satu dasar kementerian pendidikan dalam merealisasikan hubungan antara keduaduanya dengan lebih mantap.

6.3

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM MASYARAKAT

Masyarakat melibatkan

rumpun bangsa bagi sesuatu bahasa,

masyarakat Melayu dengan bahasa ibundanya Bahasa Melayu menjadi asas kepada pembentukan masyarakat. Masyaraakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia yang berdaulat. Dalam Perlembagaan Malaysia Akta 152

telah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi rumpun masyarakat di Malaysia, bagaimanapun rakyat berhak menggunakan bahasa ibunda mengikut kumpulan etnik tertentu.

Masyarakat telah menerima bahawa bahasa semakin berkembang berdasarkan hubungan semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan sekolah daripada aspek antropologinya telah membentuk perkataan baharu sekolah harapan, sekolah bestari dan sekolah lestari, yang bukan lagi sebagai tempat belajar secara formal semata-mata. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa peruturan itu dituturkan. Aminuddin (1985)

Hubungan semantik dengan psikologi dapat memberi kesan kepada masyarakat. Psikologi ialah ilmu yangmengkaji tentang hakikat dan gerak geri jiwa. Hal ini bermakna bahawa tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan perkataan atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan makan berbeza dengan perkataan makanlah .Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan terseut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza olehseseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan makna wujud berdasarkan rangsangan dan gerak balas.

Masyarakat sememangnya berpegang dengan falsafah, kita dapat membuat perkaitan antara hubungan semantik dengan falsafah.Falsafah ialah pengetahuan bagi menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa. Sebaliknya falsafah memerlukan pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logik. Oleh yang demikian logik dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalamilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum oranglain mentertawakan diri saya Falsafah ini membawa makna kesedaran kendiri atau muhasabah diri, perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ianya bermakna apabila diujarkan.

Masyarakat akan lebih mudah memahami makna melalui perkaitan semantik dengan linguistik. Masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai=nilai tradisi meliputi peribahasa yang mempunyai medan makna yang sungguh luas. Melalui makna yang tersurat, makna yang terselindung dan makna yang tersirat masyarakat dapat mengungkaikan makna tersebut dalam proses komunikasi. Masyarakat membuat penghayatan mengenai makna tersebut bagi memartabatkan lagi Bahasa Melayu.

Berdasarkan cerpen Tina masyarakat bertindak dalam membantu pihak yang memerlukan pertolongan dengan membuat andaian kesulitan dan penderitaan tersebut perlu dikongsi bersama bagi meringankan penderitaan tersebut. Masyarakat dapat menilai golongan yang ditimpa musibah dengan murah hati menghulurkan bantuan bagi kos rawatan pembedahan. Berdasarkan teori makna emotif, masyarakat turut merasai penderitaan dan ketabahan hati pesakit jantung berlubang seperti Sutina.

Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti. Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat

Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina akan sembuh. Perca yalah cakap abang ni.....

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)

7.0

RUMUSAN