15
Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 muka 4&5 PERCUMA 1 - 8 November 2013, 27 Zulhijjah 1434 - 4 Muharram 1435 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama KENALI ADUN ANDA GAN PEI NEI N14 Rawang muka 6&7 RM20 juta perbaiki asrama Unisel muka 15 SERDANG - Tuanku Canse- lor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah cadangan menubuhkan universiti perta- nian baru adalah tidak perlu, sebaliknya peruntukan yang ada bagi penubuhan tersebut sewajarnya disalurkan kepa- da UPM untuk memperkasa pertanian berimpak tinggi se- cara lestari dan membawa im- pak yang bermakna kepada masyarakat. Baginda menekankan walau- pun universiti itu bertukar na- ma daripada Pertanian kepada Putra, UPM masih terus mem- perkukuhkan bidang agribio yang menjadi teras penubuh- annya seperti pertanian, per- hutanan dan veterinar, selain disiplin berkaitan selaras de- ngan keperluan masyarakat dan negara. Pengiktirafan sebagai Uni- versiti Penyelidikan, Pusat Kece- merlangan bagi Pendidikan Per- tanian dan Pusat Kecemerlangan Agro-Bioteknologi menunjuk- kan UPM sentiasa menyokong matlamat dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan kompetitif rantaian nilai sektor pertanian, selain meningkatkan pengeluaran makanan negara secara mampan. Beta berharap kerajaan dan Kementerian Pendidikan akan terus memberikan sokongan padu terhadap usaha UPM me- neraju pendidikan dan penye- lidikan bidang pertanian, Ba- ginda bertitah semasa Majlis Konvokesyen UPM ke-37 sesi pertama di sini. Selain itu, Sultan Sharafud- din berharap tanah UPM yang asalnya dikurniakan oleh Al- marhum Nenda Baginda bagi manfaat masyarakat setempat dan global akan terus dimaju- kan untuk kepentingan pendi- dikan tinggi. Baginda bangga dengan ke- cemerlangan UPM melahirkan modal insan yang menyumbang perkembangan teknologi negara terutama dalam bidang pertani- an dan berkaitan pertanian. Baginda berharap legasi ke- cemerlangan UPM dalam bi- dang pertanian sejak 82 tahun yang lalu akan menjadi contoh dan sumber rujukan rakyat dan negara dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan penye- lidikan. “UPM selaku universiti yang memfokus bidang niche per- tanian dan biosumber, harus melakukan anjakan paradigma untuk menyalurkan kepakaran mereka kepada masyarakat dan negara melalui penerbitan bu- ku-buku panduan, penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, media sosial dan laman web,” ti- tah Baginda. Dalam pada itu Baginda ber- titah, UPM berperanan mening- katkan sekuriti makanan, teru- tamanya dalam pembangunan sumber manusia, pembekalan dan pemindahan teknologi ser- ta penasihatan dasar pertanian dan makanan untuk berdepan dengan cabaran sektor perta- nian negara kini yang rendah produktiviti akibat kurangnya penggunaan amalan teknolo- gi terkini dan amalan pertanian yang tidak komersil. Lihat muka 2 >> Universiti pertanian baru tidak perlu - Sultan Sharafuddin MODEN… Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, meninjau perkembangan terkini projek perumahan pangsapuri menggunakan teknik ‘pasang siap’ yang diusahakan syarikat pemaju hartanah terkemuka, SP Setia Berhad di Setia Alam pada 29 Oktober lepas

Selangorkini 1 – 8 November 2013

  • Upload
    lybao

  • View
    254

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Selangorkini 1 – 8 November 2013

PembentanganBelanjawan Pakatan Rakyat 2014

muka 4&5

PERCUMA 1 - 8 November 2013, 27 Zulhijjah 1434 - 4 Muharram 1435

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

KENALI ADUN ANDA GAN PEI NEI

N14 Rawang

muka 6&7

RM20 juta perbaikiasrama Unisel

muka 15

SERDANG - Tuanku Canse-lor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah cadangan menubuhkan universiti perta-nian baru adalah tidak perlu, sebaliknya peruntukan yang ada bagi penubuhan tersebut sewajarnya disalurkan kepa-da UPM untuk memperkasa pertanian berimpak tinggi se-cara lestari dan membawa im-pak yang bermakna kepada masyarakat.

Baginda menekankan walau-pun universiti itu bertukar na-ma daripada Pertanian kepada Putra, UPM masih terus mem-perkukuhkan bidang agribio

yang menjadi teras penubuh-annya seperti pertanian, per-hutanan dan veterinar, selain disiplin berkaitan selaras de- ngan keperluan masyarakat dan negara.

Pengiktirafan sebagai Uni-versiti Penyelidikan, Pusat Kece-merlangan bagi Pendidikan Per-tanian dan Pusat Kecemerlangan Agro-Bioteknologi menunjuk-kan UPM sentiasa menyokong matlamat dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan kompetitif rantaian nilai sektor pertanian, selain meningkatkan pengeluaran makanan negara secara mampan.

Beta berharap kerajaan dan

Kementerian Pendidikan akan terus memberikan sokongan padu terhadap usaha UPM me-neraju pendidikan dan penye-lidikan bidang pertanian, Ba-ginda bertitah semasa Majlis Konvokesyen UPM ke-37 sesi pertama di sini.

Selain itu, Sultan Sharafud-din berharap tanah UPM yang asalnya dikurniakan oleh Al-marhum Nenda Baginda bagi manfaat masyarakat setempat dan global akan terus dimaju-kan untuk kepentingan pendi-dikan tinggi.

Baginda bangga dengan ke-cemerlangan UPM melahirkan modal insan yang menyumbang

perkembangan teknologi negara terutama dalam bidang pertani-an dan berkaitan pertanian.

Baginda berharap legasi ke-cemerlangan UPM dalam bi-dang pertanian sejak 82 tahun yang lalu akan menjadi contoh dan sumber rujukan rakyat dan negara dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan penye-lidikan.

“UPM selaku universiti yang memfokus bidang niche per-tanian dan biosumber, harus melakukan anjakan paradigma untuk menyalurkan kepakaran mereka kepada masyarakat dan negara melalui penerbitan bu-ku-buku panduan, penerbitan

dalam jurnal berimpak tinggi, media sosial dan laman web,” ti-tah Baginda.

Dalam pada itu Baginda ber-titah, UPM berperanan mening-katkan sekuriti makanan, teru-tamanya dalam pembangunan sumber manusia, pembekalan dan pemindahan teknologi ser-ta penasihatan dasar pertanian dan makanan untuk berdepan dengan cabaran sektor perta-nian negara kini yang rendah produktiviti akibat kurangnya penggunaan amalan teknolo-gi terkini dan amalan pertanian yang tidak komersil.

Lihat muka 2 >>

Universiti pertanian baru tidak perlu - Sultan Sharafuddin

MODEN…Menteri Besar

Selangor, Tan Sri Abdul Khalid

Ibrahim dan ExcoPerumahan, Pengurusan

Bangunan dan Peneroka Bandar,

Iskandar Samad, meninjau

perkembangan terkini projek

perumahan pangsapuri

menggunakan teknik ‘pasang siap’

yang diusahakan syarikat pemaju

hartanah terkemuka, SP Setia Berhad di

Setia Alam pada 29 Oktober lepas

Page 2: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 2Utama

<< Dari muka 1

“Melalui usaha Pertanian Bandaran yang diketengahkan oleh UPM, universiti ini dapat menjadi pemangkin ke arah pembentukan bandar yang da-pat menghasilkan makanan sen- diri, menjana pendapatan, me-ngurangkan kos sara hidup, menggalakkan interaksi sosial, dan menggunakan semula ba-han buangan dan air,” titah Sul-tan Sharafuddin.

“Beta berharap pertanian bandaran ini melibatkan ak-tiviti dalam bidang perhutanan, sains makanan, sains veterinar, teknologi halal dan biosumber yang relevan dengan kawasan

bandar dan pinggir Bandar,” ti-tah Sultan Sharafuddin.

Baginda juga tertarik dengan program Education Park UPM (Edu-Park UPM) berkonsepkan edupelancongan iaitu Taman Konservatori UPM, Muzium Anatomi Manusia, Galeri Ser-dang, Muzium Anatomi Hai-wan, Ladang 16, Pusat Ekuin, Putra Dairy dan SISFEC (Sul-tan Idris Shah Forest Education Centre) sebagai antara lokasi pelancongan di Malaysia.

Pada sesi pertama Majlis Kon-vokesyen UPM ke-37 itu, Bagin-da mengurniakan ijazah kepada 795 graduan diketuai penerima

Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Prof. Dr. Morio Matsu-naga, Presiden Kyushu Institute of Technology (Kyutech) Jepun.

Keseluruhan seramai 7,149 graduan pelbagai program pen-gajian akan menerima ijazah dan diploma masing-mas-ing Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 Oktober hingga 29 Oktober ini.

Daripada jumlah itu, pe-neri-ma Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 440, Ijazah Sarjana (Master) seramai 2,197, Bacelor (4,158) dan Diploma (354).

- UNIt MEDIA UPM

Selangor catat kematian jenayah bersenjata api tertinggi

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menggesa Ke-rajaan Pusat membatalkan sistem perolehan gula men-tah dan perlindungan ke-pada syarikat yang memon-opoli pasaran gula di negara ini sehingga menyebabkan harganya lebih mahal.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ber-kata tindakan pembatalan itu akan membolehkan kera-jaan menawarkan harga gula lebih rendah kepada rakyat selepas membuka pasaran melibatkan syarikat gula da-lam negara.

Katanya, dengan pengha-pusan monopoli itu, rakyat akan menikmati harga gu- la yang lebih rendah dan sya-rikat gula akan menjadi le-bih efisyen kerana tidak perlu bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Pakatan berpendapat mo- nopoli syarikat gula tidak memberikan sebarang man-faat kepada rakyat.

“Adalah lebih baik jika pasaran gula dibuka dan harga gula dapat ditentukan melalui persaingan antara syarikat dan pembekal gula,” kata Tony Pua dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.

Tony Pua berkata, kaedah mengimport gula mentah dari syarikat luar adalah ha- nya helah untuk menda-patkan kos yang lebih ren-

dah sehingga membolehkan syarikat terlibat mendapat keuntungan lumayan.

Baru-baru ini Tony Pua mendedahkan kenaikan har-ga gula bukanlah atas dasar pemotongan subsidi ,seba-liknya berpunca daripada tindakan Kerajaan Pusat yang menandatangani per-janjian gula mentah dengan harga tinggi.

Pada Januari 2012, Men-teri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Ko-perasi (KPDNKK), Datuk Is-mail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan menanda-tangani perjanjian tiga ta-hun untuk mengimport gula mentah dengan harga US25 setiap 100lbs.

Ekoran itu rakyat terpak-sa menikmati gula yang lebih mahal akibat perjanjian yang dimeterai KPDNKK tahun lalu.

Batal perlindungan syarikat monopoli pasaran gula

UPM ketengahkan Pertanian Bandaran

SHAH ALAM - Masalah jenayah harus ditangani secara holistik dan bukan hanya ter-tumpu kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, tegas Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Wong berkata, aspek ekono-mi juga harus diberi perhatian sama serius seperti penguat-kuasaan undang-undang da-lam mengekang kes jenayah di negara ini.

“Andaikan seorang pen-jenayah melakukan rompakan bersenjata setiap hari, negara bakal menyaksikan 365 kes jenayah sepanjang tahun.

“Bayangkan kalau 10 ribu

penjenayah dengan komitmen yang sama. Jadi berapa ban-yak anggota polis diperlukan untuk tangani masalah ini?” soalnya.

Mengulas lanjut, Wong menggesa Kerajaan Pusat ber-sikap lebih prihatin de-ngan pengurusan pentadbir-an yang lebih cekap dalam memberi suasana ekonomi yang lebih baik kepada rakyat.

Gesaannya itu diambil kira daripada kehidupan rakyat yang semakin menekan ekoran desakan ekonomi yang saban hari semakin merunsingkan.

Wong berkata, penjenayah di negara ini seakan komited

menjadikan jenayah sebagai satu kerjaya tetap sehingga sanggup menyeludup senjata api dari negara jiran.

“Orang terdesak berisiko be-sar terjerumus dalam kancah jenayah. Jika kerajaan terus-terusan tidak perihatin dengan perkara ini, maka lebih ramai rakyat negara ini akan terjeru-mus dengan jenayah.

“Atas faktor ini, ekonomi memainkan peranan penting, sekirannya peluang pekerjaan untuk rakyat lebih terjamin dengan pulangan pendapa-tan lebih memberangsangkan, jenayah tidak lagi menjadi pilih- an kerjaya mereka,” ujarnya.

Kuat kuasa undang-undang, tangani jenayah

dalam jawapan bertulis ke-pada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), Er Teck Hwa, di Dewan Rakyat, 23 Okto-ber lepas.

Menurut Zahid, seba-hagian besar senjata api yang digunakan untuk kerja-kerja jenayah dipercayai di-seludup dari negara jiran.

“Bagi menghalang aktiviti seperti itu dan kemasukan senjata api haram dari ne-gara jiran, polis dan agensi

penguatkuasaan seperti Ja-batan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan lain-lain bekerjasama dari masa ke semasa,” jelas Zahid.

Ahli Parlimen Kelana Ja- ya, Wong Chen, bagaimana-pun berpendapat penguat-kuasaan dan penggubalan undang-undang yang lebih ketat semata-mata tidak mampu untuk membanteras jenayah serius.

PARLIMEN - Selangor men-catat jumlah kematian akibat jenayah bersenjata api yang tertinggi di negara ini, antara bulan Junuari hingga Ogos tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hami-di, berkata 15 kes daripada 74 kes yang dilaporkan di seluruh negara adalah di Selangor, di-ikuti Perak (10), Pulau Pinang (9) dan Johor (7).

Beliau berkata demikian

Penggubalan undang-undang yang lebih ketat semata-mata tidak mampu untuk membanteras jenayah serius

WONG CHENAhli Parlimen Kelana Jaya

Page 3: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 3Utama

Sebahagian daripada peserta seminar yang hadir

Kerajaan Negeri tawar 300 rumah mampu milikOleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri Selangor menawarkan Rumah Mampu Milik ‘Rumah Selangorku’ kepada 300 orang pemohon yang layak men-duduki mengikut kriteria yang ditetapkan.

Rumah Selangorku yang di-tawarkan ini dibina Perbadan-an Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen U12 Shah Alam dan Permodalan Nege-ri Selangor Berhad (PNSB) di Sutera Damansara, Petaling Jaya.

Exco Perumahan, Pengurus-an Bangunan dan Peneroka, Iskandar Abdul Samad, ber-kata PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri sementara PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri.

“Dijangkakan pangsapuri itu boleh diduduki pada akhir tahun 2016,” kata Iskandar da-lam satu kenyataan.

Iskandar berkata, sebaha-gian daripada unit kediaman itu akan dibeli Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk mem-

gal sekarang dari lokasi pro-jek. Pemohon yang mendapat markah tertinggi akan ditawar-kan untuk membeli rumah-ru-mah tersebut,” katanya.

Kata Iskandar, pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui surat pada Disember ini dan nama mereka akan di-pamerkan di laman web Lem-baga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) untuk dua minggu.

Berminat? Muat turun borang permohonan pembelian rumah mulai Disember, di:

http://lphs.selangor.gov.my

SHAH ALAM - Kira-kira 2,000 peluang pekerjaan baru bagi pekerja tenaga mahir diwujud-kan di Selangor berikutan ke-jayaan usaha Kerajaan Negeri membawa masuk pelabur a-sing ke negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim berkata, antara pelabur asing yang bakal memulakan operasinya di negeri itu termasuk syarikat pengeluar kimiaoleo, mem-baiki dan menyelenggara ka-pal terbang dan farmaseutikal dari Belgium, Switzerland dan Jerman.

Katanya, beliau yakin Se-langor mampu menyediakan tenaga pekerja mahir yang secukupnya bagi tiga industri berteknologi tinggi itu.

“Pelaburan yang datang ke Selangor adalah pelaburan berteknologi tinggi dan me-merlukan pekerja mahir untuk mengendalikannya dalam bi-

2,000 peluang kerja mahir diwujudkan

dang kimiaoleo, membaiki dan menyelenggara kapal terbang dan farmaseutikal,” katanya.

Abdul Khalid berkata de-mikian selepas merasmikan ‘Vibrant Selangor Seminar 2013: Talent Development In Selangor’ yang turut dihadiri Exco Selangor di Pusat Kon-vensyen Shah Alam (SACC), di sini baru-baru ini.

Abdul Khalid berkata, kera-jaan negeri juga komited men-jadikan Selangor sebagai negeri pilihan terbaik untuk didiami dan membina keluarga, sekali gus menarik minat warganya terus menetap serta bekerja di negeri itu

Sementara itu, ‘Vibrant Se-langor Seminar 2013: Talent Development In Selangor’ an-juran Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang diadakan berjaya menarik 150 penyer-taan daripada lebih 70 buah syarikat di Selangor.

beli rumah sendiri.Pemilihan adalah semata-

mata berdasarkan merit dan tidak langsung mengambil kira surat sokongan daripada ma-na-mana pihak.

Jelasnya, pemohon-pemo-hon berjaya adalah di antara 2,244 pemohon yang mengisi borang khas yang dikeluarkan Lembaga Perumahan Dan Har-tanah Selangor (LPHS) untuk membeli Rumah Mampu Milik.

“Pemilihan dibuat meng-gunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberi markah untuk kriteria mereka. Con-tohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan, maka lebih tinggi markah yang akan diberi.

“Antara kriteria lain yang dinilai adalah pendapatan isi rumah, lama tinggal di Se-langor dan jarak tempat ting-

Projek Rumah Mampu Milik Jalan Sungai Long, Kajang

ISTERI Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, menyampaikan sumbangan beg serta peralatan sekolah kepada pemenang pertandingan mewarna, sempena program Pencarian Keluarga Harmoni, sambil diperhatikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Program anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor itu, khusus untuk masyarakat Telok Gong, Pelabuhan Klang

Page 4: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 4Fokus

OLEH MOHD EZLI MASHUt

SAtU - jawatankuasa kira-kira khas Parlimen perlu ditubuhkan bagi me-nyemak perbelanjaan pertahanan negara, termasuk perolehan yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

Pakatan Rakyat (PR) berpendapat pembentangan belanjawan terdahulu tidak memperlihatkan iltizam untuk mengawasi perolehan, ketika nega-ra sekali lagi digemparkan dengan isu pembaziran dan kebocoran wang rakyat oleh Ketua Audit Negara.

Dengan penubuhan jawatanku-asa ini, PR menganggarkan negara mampu membuat penjimatan hampir RM3.5 bilion.

Penjimatan ini kemudiannya boleh digunakan untuk pembangunan da-laman dan penyelidikan pertahanan supaya Malaysia tidak terlalu bergan-tung kepada peralatan tentera negara asing.

Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada wakil rakyat dari bloc pe-merintah dan pembangkang, dengan dibantu perundingan dari kumpulan pakar.

Antara perhatian yang perlu diberi-kan adalah mengelak penyelewengan,

Pulih pertahanan, banteras penyelewengan

BERBEZA dengan langkah tambah dan pasrah, Pakatan Rakyat (PR) mencadang- kan anggota polis yang mahir dan terla-tih dipindahkan daripada kerja pentad-biran kepada pembanterasan jenayah.

Manakala orang awam yang mahir dilantik bagi memenuhi fungsi pentad-biran. Langkah ini dicadangkan kerana PR berpendapat pelarasan sumber lebih berkesan daripada pertambahan ang-gota.

Ini kerana nisbah polis: rakyat di negara adalah 1:270, menyamai nisbah yang disyorkan agensi Polis Antara-bangsa (Interpol) iaitu 1:250.

Belanjawan PR turut menumpukan perhatian kepada pengurusan dan pe-ngendalian kes.

Gagasan itu mencadangkan pertam-bahan 1,000 pegawai penyiasat supaya nisbah polis:kes mencapai 1:5.

Serentak dengan pemerkasaan fung-si PDRM itu adalah penubuhan Suru-hanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memulihkan profe-sionalisma polis.

Fungsi PDRM diperkasa melalui pelarasan sumber

DENGAN jumlah anggota seramai 14,551 orang pada 2010 dan keseriusan ancaman pencerobohan pengganas di Sabah, Pakatan Rakyat mencadang-kan Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatkan di Malaysia Timur.

Seiring dengan itu, fungsi PGA juga dikaji untuk mengenalpasti per-tindihan dengan Angkatan Tentera Malaysia. Langkah ini dilihat perlu bagi menumpukan sepenuh perha-tian PDRM kepada pembanterasan jenayah, dan mengurangkan sifat sepa- ra tentera PDRM.

Fungsi dan penempatan Ikatan Re-lawan Rakyat Malaysia (RELA) turut dikaji semula.

Penempatan PGA, RELA dikaji semula

mengelak pembelian 'tidak perlu' dan membuat perolehan strategik dengan mengambil-kira Perjanjian Pertahan-an Lima Negara (FPDA).

FPDA adalah persetujuan perta-hanan pelbagai hala antara Malaysia,

Singapura, United Kingdom, Austra-lia dan New Zealand yang mengikat kelima-lima negara dalam kerjasama memerangi ancaman luar terhadap Malaysia dan Singapura.

Ia dimeterai pada 1971.

Belanjawan Pakatan Rakyat 2014Oleh AFEEQA AFEERA, mohd Ezli mAshut, hAFizAN tAiB, NoRhAYAti umoR, siRAJ mohd zAiNi

PAKAtAN Rakyat mencadangkan em-pat langkah dalam usaha menyemak ke-naikan harga makanan di pasaran.

Cadangan yang dibentangkan dalam belanjawan berkenaan membabitkan perkenalan rejim liberal bagi industri beras dan gula, melakukan pelarasan halus sistem kawalan harga untuk se-mua barang makanan asas, serta se- katan ke atas penyelewengan dan pe-nyeludupan subsidi bagi bahan perta-nian dan diesel nelayan.

PR juga bercadang untuk men-jalankan kajian kebolehlaksanaan untuk pengeluar makanan asas yang terbukti cekap dan menjimatkan kos, sebagai sebahagian dari dasar kesela-matan makanan nasional.

PR turut menggariskan usaha me-ningkatkan penguatkuasaan Akta Per-saingan dan Anti-Pencatutan serta cadangan baru Akta Anti-Monopoli terutama ketika musim perayaan.

Empat langkah semak harga makanan

KEtUA Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian perlu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi ketirisan dan pembaziran seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.

Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan perkara itu dilakukan pada mesyuarat tahunan antara KSN dan KSU dengan menubuhkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian yang diketuai KSU masing-masing.

Skop jawatankuasa itu termasuk menetapkan sasaran penyelesaian kes, mengenal pasti dan menutup penyele-wengan berulang, serta meningkatkan kecekapan sistem bagi sebarang ke-mungkinan kebocoran.

Sedia pelan atasi pembaziran, ketirisan

Pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan dijadikan ‘lubuk’ untuk mengaut keuntungan

PDRM mempunyai peranan penting dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara

Page 5: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 5

Insentif buat majikan bantubanteras penggangguranPARLIMEN - Belanjawan Pakatan Rakyat mencadangkan tawaran insen-tif pelbagai bentuk, termasuk potongan cukai dua kali, bagi Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) yang mengutamakan pengambilan pekerja daripada golong-an belia tempatan.

Langkah ini dilihat perlu bagi me-ngekalkan persaingan antara belia tempatan dan warga asing, serta me-ngurangkan kadar penggangguran di kalangan belia.

Dalam pada itu juga, majikan di sek-tor awam dan swasta digalak melak-sanakan tanggungjawab sosial korpo-rat (CSR) melalui penyediaan program latihan industri untuk belia tempatan mendapat pendedahan dan meraih pe-ngalaman.

PR bercadang memperkenalkan in-sentif kepada syarikat dalam industri terpilih yang menawarkan program pelatih pengurusan bagi graduan berke-lulusan tinggi dengan gaji permulaan sebanyak RM4,000 sebulan.

Sementara itu, bagi memastikan pe-luang dan kebolehpasaran belia antara umur 15 hingga 29 tahun, Pakatan Rakyat (PR) mendapati RM50 juta boleh diperuntukkan untuk melaksana-kan program latihan kemahiran wajib di peringkat uiniversiti, program me-ngurangkan ketidaksepadanan pengeta-huan, dan khidmat bimbingan kerjaya.

Turut ditekan adalah wajib lulus Ba-hasa Inggeris untuk Sijil Pelajaran Ma-laysia (SPM).

Penekanan juga akan diberikan ke-pada penerapan sikap yang betul bagi mempersiapkan belia menghadapi re-aliti pasaran kerja.

Program ini dicadang dijalankan se-cara bersama dengan pihak sekolah, in-

stitusi latihan vokasional, institusi pe- ngajian tinggi, penyedia pendidikan dan bakal majikan.

Usaha ini digerakkan seiring dengan penganjuran hari kerjaya dengan lebih kerap, dan penubuhan 'Pusat Peker-jaaan' di setiap daerah yang akan mem-bantu proses pencarian dan penempa-tan kerja.

Insuran bantu petani, nelayan dan penternakBELANjAwAN Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan bantuan untuk petani, ne-layan dan penternak secara menyeluruh.

Antara inisiatif yang dicadangkan

adalah menyediakan Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak (SIP-NP) bagi membolehkan petani me-nangani kesan ketidaktentuan cuaca,

perubahan musim dan kejadian luar jangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Skim ini menggantikan skim sedia ada, yang memberi pampasan kepa-da nelayan yang meninggal dunia dan elaun sekiranya dimasukkan ke dalam wad hospital.

Namun skim sedia ada mengenepi-kan risiko lain seperti musim tengku-juh yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan nelayan.

Dianggarkan, Kerajaan Pusat hanya perlu membelanjakan sebanyak RM365.5 juta setahun untuk melaksanakan skim berkenaan, berdasarkan andaian pre-mium tahunan keseluruhan adalah RM1,000 yang akan dikongsi sama rata bersama penternak, petani dan nelayan.

Sasaran bagi penyertaan skim itu adalah lebih kurang 50 peratus dari-pada bilangan keseluruhan petani, penternak dan nelayan atau 735,000 orang.

MyKad ganti tunai untuk penerima JKMSIStEM Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia ada perlu diganti dengan satu sistem pembayaran tunai yang membo- lehkan penerima memilih keperluan tan-pa menggunakan wang tunai.

Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat (PR) 2014 mencadangkan pembayaran terus ke dalam akaun menggunakan Mykad sebagai alat pembayaran untuk keperluan asas seperti beras, tepung dan gula, di kedai-kedai terpilih.

Ia sebagai salah satu langkah untuk memastikan rejim subsidi yang lebih adil dan tepat pada sasaran serta sistem keba-jikan yang menyeluruh.

PR juga mencadangkan, MyKad di-guna untuk mengesan perbelanjaan yang dibuat penerima dan boleh digabung dengan program kementerian lain seperti memastikan anak ke sekolah serta kelas tambahan untuk ibu tunggal.

BELANjAwAN 2014 Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan peruntukan RM500 juta setahun bagi pembangunan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Antara inisatif itu adalah menaikkan elaun sara hidup daripada RM300 ke-pada RM500 sebulan bagi OKU yang be- kerja dengan pendapatan bawah RM1,200 sebulan dan menyediakan peruntukan khas bagi golongan berkenaan yang me-ngalami kurang upaya tahap kritikal, pada kadar maksimum RM1,000 sebulan setiap seorang.

Bagi melaksanakan perkara itu, PR mensasarkan seramai 400,000 OKU didaftarkan setahun bermula tahun depan supaya keperluan mereka boleh dipenuhi membabitkan bilangan yang mendaftar lebih 80 peratus daripada jumlah golong-an itu, dalam tempoh lima tahun.

OKU dapat perhatian

PAKAtAN Rakyat (PR) bercadang menyediakan peruntukan keseluru-han sebanyak RM2 bilion setahun un-tuk mengambil alih hutang Perbadan-an Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kekal komited dengan pendidikan percuma di peringkat tinggi, PR juga ber- cadang menyediakan peruntukkan RM-600 juta untuk menampung 10% kos pengajian di IPTA, RM2.5 bilion untuk elaun sara hidup bagi 500,000 pelajar dan tabung RM900 juta untuk IPTS.

Jawatankuasa Khas 'Teacher Recruit-ment Unit and Specialist Team (TRUST) juga ditubuhkan untuk memilih guru di kalangan 30 peratus terbaik, dengan pe-runtukan RM10 juta setahun.

RM2 bilion setahun ambil alih hutang PTPTN

Usahawan IKS yang mengutamakan pekerja tempatan akan diberi pelbagai insentif

Nasib petani, nelayan dan penternak sering diabai Kerajaan Pusat

Belanjawan Pakatan Rakyat 2014Oleh AFEEQA AFEERA, mohd Ezli mAshut, hAFizAN tAiB, NoRhAYAti umoR, siRAJ mohd zAiNi

Fokus

Page 6: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Pemimpin6 Selangorkini 1 - 8 November 2013

PROFIL

OLEH HAFIZAN tAIB

MASALAH kesesakan lalu lintas di DUN Rawang akan menjadi fokus Adunnya, Gan Pei Nei menerusi perun-tukan dan kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata, masalah kesesak-an lalu lintas yang serius menghimpit masyarakat tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kepesat-an pembangunan di Rawang.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sebelum ini meluluskan peruntukan RM25 juta bagi projek menaik taraf sistem jalan raya di kawasan berham-piran tol Rawang menghala ke Bandar Tasik Puteri.

“Bila mendapati kawasan ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, saya am-bil inisiatif mengadakan perbincangan dan peruntukan itu diluluskan bagi pembangunan projek ini.

“Projek ini menaik taraf sistem jalan raya (B27) yang mana ia membabitkan tiga persimpangan di laluan itu, termasuk jambatan di situ, tetapi saya akui perun-tukan itu tidak mencukupi dan perbin-cangan lanjut akan dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk tujuan itu,” katanya.

Pei Nei berkata, kesesakan mem-babitkan jalan raya di bawah Kerajaan Persekutuan seperti laluan berham-piran kawasan tol Rawang menghala ke laluan persimpangan LaFarge dan

Bandar Country Home turut memberi masalah sejak 2008 lagi.

Walaupun Kerajaan Persekutuan bagi peringkat pertama telah melebar-kan jalan dalam jarak lebih kurang dua kilometer, tetapi ia tidak menyelesaikan masalah kesesakan secara keseluruhan.

Beliau berharap Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat bekerjasama dalam isu itu bagi mencari penyele-saian kerana laluan di Rawang mem-babitkan bidang kuasa kedua pihak.

Mengenai isu lain, Gan berkata, sebanyai 70 peratus permasalahan masyarakat tempatan berjaya diatasi.

Beliau berkata, antara masalah itu ialah permohonan tanah bagi penduduk yang mendiami kawasan perkampung-an dan taman perumahan tertentu, yang

terkesan akibat projek terbengkalai, per-mohonan tanah pertanian seperti pen-ternakan dan tanaman sayur-sayuran serta masalah saliran yang mengakibat-kan banjir kilat.

“Pembangunan infra seperti sistem saliran, kita sudah berjaya naik tarafkan dalam penggal pertama dengan perun-tukan Kerajaan Negeri menerusi JPS Se-langor, seperti di kawasan Sungai Raja.

Kesesakan lalu lintas di Rawang akan diatasi

Umur : 32 TahunTempat Lahir : Kg Pulau Gadong, MelakaKedudukan dalam keluarga : Anak kedua daripada tiga adik-beradikStatus : Bujang

PenDiDikan awalSekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ting Hwa, Kampung Pulau Gadong, MelakaSekolah Menengah Perempuan Methodist, Melaka.Sekolah Menengah Kebangssaan Gajah Berang, Melaka

PenDiDikan TinggiUniversiti Sains Malaysia (USM) dalam pengajian Ijazah Komunikasi Massa.

JawaTan PoliTikAhli Dewan Negeri Selangor bagi N14 RawangPernah berkhidmat sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pada 2004.Mula berkecimpung dalam politik sejak 2004

gan Pei nein.14 aDUn Rawang

SELEPAS melalui detik mencabar da-lam penggal pertama sebagai Adun di DUN Rawang, Gan Pei Nei mengakui mampu menjalankan tugas dengan lebih mudah dalam fasa kedua hubun-gan rapatnya dengan masyarakat tem-patan dan pihak berkuasa tempata (PBT).

Berikutan itu juga, Pei Nei berka-ta, kini dia boleh meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya di Kampung Pulau Gadong, Melaka yang sentiasa menyokong perjuangannya sebagai ahli politik.

“Biarpun pada mulanya keluarga tidak galakkan sangat saya terbabit da-lam politik, kerana menyertai parti pem-bangkang banyak cabaran, termasuk ditangkap, tetapi bila saya terpilih se-bagai calon di Rawang pada 2008, mer-eka mula menyokong dengan berkem-pen untuk saya termasuk menyediakan sedikit dana bagi tujuan itu.

“Usaha itu nampaknya berhasil seh-ingga saya menang dalam pilihan raya lima tahun lalu,” katanya yang mula bergiat dalam politik pada 2004 seba-gai pembantu kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Lebih bersama keluarga dalam penggal kedua

Pei Nei berkata, sesungguhnya dia suka menghabiskan masa bersama keluarga dan kesempatan diperoleh dalam penggal kedua ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang ke kampung.

Beliau berkata, dia bergembira da-pat menyambut hari lahir kedua ibu bapanya pada Oktober lepas. Tarikh kelahiran mereka hanya berbeza se-minggu sahaja.

“Dalam penggal pertama, saya fokus kepada kawasan dan aktiviti parti dan bagi penggal kedua ini saya mempu-

nyai lebih masa untuk keluarga.“Kalau balik kampung, saya ban-

yak menghabiskan masa di rumah untuk bersama ibu bapa dan sanak saudara selain kawan-kawan.

“Selepas kemenangan dalam pi-lihan raya lalu, saya juga merancang percutian keluarga dengan membawa mereka mengunjungi pusat perangin-an Bukit Fraser yang menjadi per-jalanan pertama saya selepas berge-lar wakil rakyat,” katanya yang suka membaca, berenang, jogging, melan-cong termasuk menyanyi.

Ketika berkempen semasa PRU13. Pei Nei menang dengan majoriti sebanyak 9,241 undi.

Page 7: Selangorkini 1 – 8 November 2013

PemimpinSelangorkini 1 - 8 November 2013 7

PENASIHAT: Faekah Husin

Arfa’eza Abdul Aziz

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit

PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected], Hafizan Taib: [email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor: [email protected] Siraj Mohd Zaini,

Naeem Raffi:[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Selangor KiniSIDANG PENGARANG

PROGRAM pemberian 20 meter padu air percuma menerusi agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) di-jalankan Kerajaan Negeri se-jak awal 2008 memberi ke-san besar dalam kehidupan masyarakat di DUN Rawang.

Menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, ketika ini lebih 90 peratus rakyat dalam ka-wasannya menikmati kemu-dahan berkenaan.

Pei Nei menambah pro-gram lain di bawah MES tu-rut disambut baik masyarakat tempatan yang rata-ratanya memerlukan bantuan bagi

GAN Pei Nei tidak melepas-kan peluang untuk men-jalin hubungan erat den-gan masyarakat tempatan menerusi pelbagai program komuniti.

Pei Nei berkata, seorang wakil rakyat hanya mam-pu berkerja dan berkhid-mat dengan lebih berkesan jika dihormati dan disokong masyarakat.

Menurutnya, beliau ber-syukur khidmat beliau diter-ima baik penduduk setempat yang memberi kerjasama da-lam program dan aktiviti yang pernah dijalankan.

“Kita sentiasa turun pa-dang, mengadakan dia-log dengan masyarakat dan NGO, selain sentiasa cuba hadir dalam program di-jalankan mereka. Pusat Khid-mat Masyarakat (PKM) DUN Rawang juga melakukan perkara sama dengan men-jemput pihak berkaitan.

Penganjuran program berteraskan komuniti bukan

sekadar mendekatkan dirinya dengan masyarakat, bahkan membantu beliau memaha-mi kehendak dan keperluan mereka, serta menyampaikan mesej Kerajaan Negeri terus kepada rakyat.

“Komuniti tempatan juga diaktifkan melalui pelbagai program kemasyarakatan di-anjurkan. Saya lihat pendeka-tan ini bagus bagi menyam-paikan mesej Kerajaan Negeri kepada umum,” katanya.

Beliau turut gembira de-ngan kewujudan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak di Rawang sejak akh-ir-akhir ini. Katanya ia satu perkembangan baik ke arah pembinaan masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“Ia satu trend yang bagus dan kita mahu pupukkan se-mangat kesukarelaan di ka-langan masyarakat, cuma untuk lebih mengaktifkan di-harapkan peruntukan yang lebih dapat disalurkan kepa-da NGO ini,” katanya.

MES banyak bela nasib masyarakatmenampung kos kehidupan yang semakin menghimpit.

“Pemberian air percuma saya lihat banyak membantu penduduk di sini dan semua mereka gembira dengan lang-kah dibuat Kerajaan Negeri, yang mana jelas menggam-barkan keprihatinan kepada masalah rakyat.

“Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE), termasuk ‘Jom Shopping’ untuk warga emas juga memberi kesan mendalam kepada mereka kerana sumbangan diterima terus, bila kita bawa mereka membeli-belah di pasar raya,”

katanya.Pei Nei berkata, pihaknya

turut menjalakan program lain antaranya Skim Mik-rokredit Miskin Bandar (Mim-Bar), Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Pusat Tui-syen Rakyat Selangor (PTR), SiKembar, SiTunas dan yang lain.

“Semua program di bawah MES ini memang rakyat suka kerana mereka menikmati terus hasil negeri. Masyarakat memberikan respons baik ter-hadap usaha Kerajaan Negeri dan mereka mengharapkan ia kekal diteruskan,” katanya.

Kesesakan lalu lintas di Rawang akan diatasi

MENyEDARI pembelaan ter-hadap nasib golongan muda dan belia di DUN Rawang amat penting, Gan Pei Nei bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) merangka pelbagai program yang mem-beri manfaat berguna kepada belia.

Ini termasuk mewujud-kan peluang pekerjaan ke-

Pelbagai program untuk golongan muda

Hubungan erat melalui program komuniti

Golongan belia ini saya lihat mem- punyai pelbagai bakat dan minat. Kita memang buat banyak perancang- an demi kebaikan dan faedah untuk diri mereka.

pada golongan itu mengikut kesesuaian bidang menerusi ‘networking’ yang mengum-pulkan maklumat permohon untuk disalurkan kepada para majikan.

“Kita bekerjasama de- ngan pihak tertentu, juga NGO dengan mengumpul-kan segala maklumat perlu kerana melaluinya kita akan mengesan golongan muda yang memerlukan bantuan, termasuk mewujudkan pelu-ang pekerjaan.

“Ini kita lakukan dengan satu ‘networking’ di sini dan dengannya kita akan dapat memastikan peluang itu me-ngikut kesesuaian latar be-lakang dan bidang diceburi mereka,” katanya.

Pei Nei berkata, pihaknya juga menggabungkan dengan skim-skim Kerajaan Negeri supaya bakat belia boleh di-kembangkan.

Sekiranya rancangan ini berjaya, belia di Rawang akan menjadi sumber ekonomi penting bagi komuniti ma-sing-masing.

Bermula tahun depan ka-tanya, satu laman sesawang berteraskan komuniti akan didirikan. Laman ini akan menjadi platform bagi golong- an belia.

“Golongan belia ini saya lihat mempunyai pelbagai bakat dan minat. Kita me-mang buat banyak perancang- an demi kebaikan dan faedah untuk diri mereka.

“Program seperti program sukan, kebajikan dan sosial sering dijalankan mengikut minat masing-masing.

“Selepas ini kita juga me-rancang menjalankan pro-gram motivasi dan jati diri serta keusahawanan meneru-si Penggerak Belia Tempatan (PeBT),” katanya.

Page 8: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 8Album

Selangorkini 1 - 8 November 2013 9Album

TURUN PADANG... Adun Tanjung Sepat, Haslin Hassan, bersama AJK

PAS kawasan Sepang, Sukiran Sarman, meluangkan masa melawat

pesakit di wad 5 Hospital Banting

KELIHATAN Adun Sijangkang, Ahmad Yunus Hairi, meng-gantikan bumbung yang uzur di rumah Mohd Anis Kasim, bersama penduduk kampung sempena Program Ziarah JKK di Batu 10, Kebun Baharu

ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman (tengah), merasmikan Perlawanan Paintball anjuran Paint Valley Malaysia di Hutan Lipur Bukit Lagong. Peserta dari seluruh pelusuk negara hadir mengambil bahagian

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib, bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS), menyampaikan sumbangan kepada 31 keluarga mangsa banjir di DUN tersebut

SEBAGAI persediaan menyambut Hari Deepavali, Adun Rawang, Gan Pei Nie, mewakili PEKAWANIS menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal sekitar DUN Rawang

KELIHATAN Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin membuat ‘kolam’ sempena Program Mesra Menyambut Hari Deepavali bersama Rakyat di Pantai Morib, Kuala Langat

ADUN Pandan, Iskandar Samad, beramah mesra dengan masyarakat India di DUN beliau sewaktu program Jom Shopping Deepavali di Giant Pandan Kapital

MASYARAKAT India di Kampung Chuang, Rasa, menerima kupon Jom Shopping Deepavali daripada Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong WARGA emas ini kelihatan ceria sewaktu dibawa membeli-belah di Giant, Sri Muda. Kelihatan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, menemani peserta

Jom Shopping Deepavali ini berbelanja sebagai persediaan menyambut kedatangan Hari Deepavali

Page 9: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Tempatan10 Selangorkini 1 - 8 November 2013

SHAH ALAM - Rakyat Selan-gor digalak menyokong usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam segala uru-san, bersesuaian dengan taraf dan peranannya yang sudah diketahui umum.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peng-gunaan bahasa kebangsaan da-pat memupuk perpaduan pel-bagai kaum dan membentuk jati diri bangsa Malaysia.

Beliau berkata, rakyat perlu mencontohi negara Rusia, Cina, Perancis dan Jerman yang men-gutamakan penggunaan bahasa kebangsaan masing-masing da-lam semua aspek termasuk uru-san rasmi negara.

“Penggunaan bahasa kebang-saan ini antara cara untuk me-nyerlahkan citra negara bangsa yang merdeka dan jati diri.

“Justeru, saya menyeru su-paya komunikasi bagi kegiatan rasmi kerajaan negeri dan se-mua agensi di bawahnya men-gutamakan bahasa kebangsaan

Perkasa bahasa kebangsaan

bagi semua program serta ak-tiviti rasmi seperti mesyuarat juga perhimpunan.”

Beliau berkata demikian ke-tika merasmikan Majlis Himpu-nan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor dan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini.

Pada masa sama, Abdul Kha-lid turut menggesa DBP su-paya berusaha menyemak dan mengemas kini daftar ejaan, ta-tabahasa dewan dan kamus de-wan supaya pengguna menda-pat panduan yang betul.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut berpenda-pat dua subjek utama di sekolah iaitu sains dan matematik sel-oknya dikekalkan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan ke-fahaman pelajar.

Ini kerana katanya, bahasa Melayu digunakan secara me-luas oleh lebih 350 juta penu-tur dan menduduki tempat ke-empat di dunia sebagai bahasa yang meluas digunakan ber-dasarkan kajian Unesco.

SHAH ALAM - Seorang pe-gawai bagi menguruskan hal eh-wal mualaf bakal ditempatkan di setiap masjid bermula tahun hadapan, untuk memastikan ke-berkesanan program bimbing- an yang berterusan untuk go-longan itu.

Exco Hal Ehwal Islam, Per-modenan Pertanian dan Pem-bangunan Desa, Sallehen Muk-hyi, berkata setiap daerah akan diperuntukkan kira-kira RM6 juta setahun bagi tujuan ini.

Anggaran peruntukan ke-seluruhan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi se-mua daerah antara RM30 juta hingga RM40 juta setahun.

“Ia bukan soal kewangan, te-tapi berkenaan keberkesan-an program yang dijalankan

Tempatkan pegawai urus hal ehwal mualaf di setiap masjid

dan diharap menjadi kekuatan untuk mengkoordinasi antara mualaf bagi mendekatkan mereka de-ngan Islam,” kata beliau.

Sallehen berkata demikian se-masa perasmian Program Mul-taqa Masjid 2013 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah, di sini.

Seramai 400 wakil dari masjid seluruh daerah hadir dalam program yang bertujuan memupuk kecenderungan go-longan belia agar mencintai masjid.

Kata Sallehen, beliau ber-harap peranan masjid diper-tingkatkan dengan merancak- kan aktiviti agar menjadi pe-mangkin kepada kemajuan ilmu dan dapat menarik pelba-

gai peringkat masyarakat.“Kita harap masjid-masjid di

negeri Selangor menjadi naung-an untuk mereka yang cintakan kepada ilmu,” kata beliau.

Katanya, golongan muda per-lu proaktif melaksanakan pro-gram pengimarahan masjid den-gan kreatif, selain menggunakan pelbagai strategi dakwah supaya lebih ramai masyarakat menyer-tai program yang dianjurkan.

“Kita mahu masjid menjadi pusat komuniti masyarakat yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti Wifi dan dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti masyarakat.

“Diharap para belia juga memainkan peranan penting untuk menarik golongan belia yang lain,” kata beliau.

Kakitangan Kerajaan Negeri melafaz ikrar sewaktu Majlis Himpunan

Antara wakil masjid daerah di Selangor yang menghadiri Program Multaqa Masjid 2013

Projek naik taraf yang bakal melegakan warga Petaling Jaya

Oleh MOHD EZLI MASHUt

PEtALING jAyA - Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) membelanjakan RM3.14juta bagi merobohkan bulatan (roundabout) di Jalan Othman dan menggantikannya dengan lampu trafik bagi menyelesai-kan masalah kesesakan trafik yang dihadapi pengguna.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, berkata projek itu yang akan disiapkan dalam masa 10 bulan akan da-tang diharap dapat memperbai-ki aliran trafik di kawasan itu.

“Asalnya, projek ini hanya memerlukan lapan bulan, na-mun, atas isu teknikal yang disebabkan oleh paip dan wa-yar di kawasan tersebut, kami

menjangka projek itu akan siap bulan September.”

“Sekarang, pengguna lalu lintas di kawasan tersebut per-lu ambil masa sejam untuk melalui bulatan tersebut.

Selepas projek ini disiapkan, kami menjangka pengguna lalu lintas dapat menjimatkan 80 peratus daripada masa yang di-ambil sekarang,” kata Loy Sian.

Hee Loy berkata demikian

RM3.14 juta diperuntuk baiki aliran trafik

Program Pecah Tanah Projek Naik Taraf Bulatan Jalan Oth-man bersama Adun Bukit Gas-ing, Rajiv Rishyakaran di sini.

Beliau berkata, projek naik taraf ini akan memberi me-manfaat kepada penduduk di Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 18, serta mereka yang mengguna- kan jalan menghala ke Pu-chong, Kota Damansara dan Serdang.

Page 10: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Tempatan11Selangorkini 1 - 8 November 2013

Oleh SIRAj MOHD ZAINI

BEStARI jAyA - Minat ter-hadap sains perkomputeran dan teknologi digital mendo- rong Shuaib Yunus dari Nige-ria berjaya menerima Anuge- rah Canselor Universiti Sela-ngor (Unisel), pada Istiadat Konvokesyen Ke-8 di Kampus Bestari Jaya, baru-baru ini.

Anugerah itu adalah pengik-tirafan kepada pencapaian be-liau mengekalkan Anugerah Dekan di sepanjang pengajian-nya di Unisel.

“Biarpun tidak fasih berba-hasa Melayu, saya tidak malu bertanya dan faham setiap sub-jek yang dipelajari.

“Sikap itu memudahkan saya untuk mengekalkan pencapaian Anugerah Dekan setiap semes-ter, selain aktif dalam persatu-an,” kata Shuaib kepada Sela-ngor Kini.

BEStARI jAyA - Terharu dan bangga, namun perasaan se-dih tetap dirasai Zahari Mohd Tahir, 62, sewaktu meneri-ma Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik bagi arwah anak perempuannya, Nadia Shaz-wani Zahari, 26, yang mening-gal dunia 16 Ogos lepas.

Sebelum itu, Istiadat Kon-vokesyen ke-8 Universiti Se-langor (Unisel) di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya senyap seketika tatka-la seluruh hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk arwah Nadia, yang maut kemalangan jalan raya, kira-kira dua bulan lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Na-dia memandu kereta Perodua Kancilnya dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya apabila direm-puh kereta jenis Audi A4.

Zahari ketika ditemui pem-berita berkata, beliau tidak dapat menahan sedih ketika hadirin mula membacakan Al-Fatihah untuk anaknya.

“Saya bangga dan terharu dengan ijazah yang diterima arwah. Sewaktu mereka baca Al-Fatihah, saya tidak dapat menahan sebak,” ujarnya.

Katanya, arwah bercita-cita ingin menjadi jurugambar pro-fesional suatu hari nanti dan sudah pun membuka syarikat-nya sendiri.

Ibu mangsa, Nooraizian Omar, 58, berkata arwah se-patutnya mengadakan majlis pernikahannya pada hari ini. Malangnya apa yang diran-cang tidak menjadi.

Unisel lahirkan graduan cemerlang

Ayah terharu terima ijazah arwah Nadia

Anugerah disampaikan Can-selor Unisel, Raja Tan Sri Arshad AlHaj Raja Tun Uda Alhaj.

Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Industri

ExCO Pendidikan dan Pendidikan Tinggi;

Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali,

bersama mahasiswa Universiti Selangor

(Unisel) sewaktu Festival Konvokesyen

Universiti Selangor 2013. Festival

berkenaan turut mengadakan aktiviti

pesta jualan dan pelbagai pertanding

yang dibuka untuk pelajar dan

pengunjung

Unisel, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Permo- dalan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Seramai 2,003 graduan ba-kal menerima ijazah masing-masing dalam majlis istiadat yang berlangsung selama dua hari itu.

Pada majlis itu, Unisel turut menganugerahkan Anugerah Naib Canselor Unisel kepada Henkie Isahwan Ahmad Mul-yadi dari Sabah.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Makmal Perubat-an (Kepujian) itu memperoleh Ijazah Kelas Pertama dan me- nerima Anugerah Dekan se-

lama lima semester berturut-turut dan pernah merangkul Anugerah Akademik peringkat fakulti dan Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan Unisel.

“Jangan putus asa jika ga-gal peluang pertama, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya da-pat apa yang kita impikan,” ka-tanya ketika ditemui.

Turut diberi penghargaan, graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Nurul Izzah Ah-mad yang merangkul Anugerah Pengerusi, manakala graduan Diploma Kejuruteraan Meka-nika, Muhammad Hafiz Jaini, menerima Anugerah Exco Pen-didikan.

Zahari Mohd Tahir dan Nooraizian Omar

Shuaib, Hafiz dan Nurul Izzah, melihat ijazah yang diterima Henkie Isahwan (dua dari kiri)

Page 11: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 12

Datuk Asmawi melihat pengguna membayar cukai menggunakan mesin elektronik

My@MPSJ mudahkan pembayar cukaiOLEH MOHD EZLI MASHUt

SUBANG jAyA - Pembayar cukai di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak perlu lagi datang ke pejabat untuk sebarang urusan pem-bayaran kerana boleh dilaku-kan secara atas talian di My@MPSJ.

Yang DiPertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata MPSJ akan melaksanakan sistem butiran bil pembayaran cukai secara elektronik yang dihan-tar terus kepada pelanggan, mulai tahun depan.

“Justeru, kita galakkan orang ramai buat pendaftar-an segera. Aplikasi melalui rekod pembayar akan memudahkan kita menghantar bil berkenaan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas pelancaran Kempen Daftar

My@MPSJ yang diadakan di pekarangan Ibu Pejabat MPSJ, di sini, baru-baru ini.

Katanya, perkhidmatan atas talian yang disediakan adalah bagi pembayaran cu-kai taksiran, kompaun trafik, sewaan, bil air, cagaran, tempahan gelanggang, pem-baharuan lesen dan semakan status pembayaran kontrak-tor.

“MPSJ juga menyediakan alternatif untuk pendaftaran keahlian di kaunter ibu peja-bat MPSJ dan mereka yang mendaftar berpeluang menda-pat hadiah cabutan bertuah sehingga RM20,000,” kata-nya.

Syarat untuk menjadi ahli My@MPSJ adalah dengan menyertakan salinan kad pe-ngenalan, sijil pendaftaran perniagaan atau yang berke-naan dan hantar ke Kaun-ter Hub My@MPSJ, Jabatan

Tindakan tegas ke atas gerai kotorSUBANG jAyA - Pemilik gerai dan restoran di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), digesa untuk me-mastikan kebersihan dan kece-riaan premis bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil.

Yang DiPertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata tindak-an tegas termasuk menutup premis kotor dan melanggar undang-undang serta enggan mengikut peraturan ditetap-kan.

Katanya, sehingga kini em-pat restoran dikenakan kom-paun dan diberi amaran untuk meningkatkan tahap kebersih-an serta patuh pada peraturan yang ditetapkan.

“MPSJ laksanakan kompaun pada mereka yang banyak laku-kan kesalahan. Kita harap tin-dakan ini dijadikan pengajaran pada premis lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancar-kan Kempen Daftar My@MPSJ, di pekarangan Ibu Pejabat MPSJ, di sini.

Asmawi berkata, operasi berterusan terhadap premis gerai

Teknologi Maklumat, Kaunter Informasi MPSJ.

Untuk memanfaatkan per-

khidmatan ini, pengguna boleh layari laman sesawang MPSJ http://www.mpsj.gov.my. Se-

lain itu, e-mel kepada [email protected] atau talian faksimili 03-8024 6612.

MPSJ laksanakan kompaun pada mereka yang banyak lakukan kesalahan. Kita harap tindakan ini dijadikan pengajaran kepada premis lain

DATUK AsmAWi KAsbiYang DiPertua MPSJ

dan restoran akan dilakukan leb-ih kerap bagi memastikan pihak terbabit mengikut peraturan.

Katanya, peniaga juga tidak sepatutnya meletakkan kerusi dan meja di luar premis.

“Kompaun yang ditetapkan RM250,00 tanpa diskaun dan rayuan kerana MPSJ mahu men-gajar peniaga supaya lebih berdi-siplin ,” katanya.

Page 12: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 13

Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor?Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera di bawah.

MaJlis PeRBanDaRan aMPang Jaya (MPaJ)Tel : 03-4296 8000;Hotline : 1 -800-22-8100Laman Web: www.mpaj.gov.my

MaJlis DaeRah hUlU selangoR (MDhs)Tel : 03-6064 1331SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888Laman Web: www.mdhs.gov.my

MaJlis PeRBanDaRan klang (MPk)Kutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)Laman web: www.mpklang.gov.my

MaJlis DaeRah kUala langaT (MDkl)Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.Laman web: www.mdkl.gov.my

MaJlis DaeRah kUala selangoR (MDks)Tel: 03-3289 1439Laman web: www.mdks.gov.my

MaJlis DaeRah saBak BeRnaM (MDsB)Tel: 03-3224 1655 / 1000Laman web: www.mdsb.gov.my

MaJlis PeRBanDaRan selayang (MPs)Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06Laman web: www.mps.gov.my

MaJlis PeRBanDaRan sePang (MPsP)Tel: 03-8319 0200 / 0300Laman web: www.mpsepang.gov.my

MaJlis BanDaRaya shah alaM (MBsa)Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878Website: www.mbsa.gov.my

MaJlis PeRBanDaRan sUBang Jaya (MPsJ)Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545Laman web: www.mpsj.gov.my

MaJlis BanDaRaya PeTaling Jaya (MBPJ)Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213Laman web: www.mbpj.gov.my

MaJlis PeRBanDaRan kaJang (MPkJ)Tel: 87377899

Hotline: 1-800-88-6755Emel: [email protected] Web: www.mpkj.gov.

my

Talian Hotline Kutipan SampahTumpu 5 sektor pembangunan utamaOLEH SIRAj MOHD ZAINI

PEtALING jAyA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membe-ri fokus terhadap lima sektor pemba- ngunan utama di dalam Belanjawan Se-langor 2014 kelak.

Sektor tersebut termasuk kemuda-han prasarana, persekitaran mesra alam, pengurusan trafik efisyen, gaya hidup lestari dan memperkasakan organisasi.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata pene-kanan akan diberi kepada penyediaan perkhidmatan dan kemudahan ber-taraf dunia bagi memenuhi kehendak masyarakat Petaling Jaya.

“Demi meningkatkan kecekapan pengurusan trafik dan prasarana, maj- lis komited meningkatkan kualiti ke-mudahan dan jaringan pengangkutan awam bagi menangani masalah lalu lin-tas,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MBPJ, di sini.

Sehubungan itu, sebanyak RM1 ju-ta diperuntukkan bagi mengadakan perkhidmatan bas pengantara, dan RM4.67 juta bagi menyediakan kemu-dahan ‘Park n Ride’ di kawasan khas serta RM6.07 juta bagi pembinaan la-luan basikal dan pejalan kaki.

Katanya, kerjasama dan sokongan

padu semua pihak sangat diperlukan demi mencapai wawasan tersebut.

“Sebagai contoh, sokongan Pejabat Tanah Daerah Petaling adalah perlu untuk pemprosesan perolehan tanah duduk sementara (TOL) dengan kadar segera bagi pembinaan kemudahan ‘Park n Ride’, begitu juga kerjasama bersepadu dengan agensi pembekal utiliti.

“Kerjasama Tenaga Nasional Ber-had (TNB), Indah Water Konsortium dan lain-lain agensi diperlukan supaya kerja-kerja pembinaan dan pengorekan tidak mendatangkan gangguan kepada pengguna jalan raya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, MBPJ juga meran-cang pembangunan bandaraya itu su-paya menjadi satu bandar yang berdaya huni, dicintai dan berjiwa.

Operasi tembak gagak di KlangKLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) baru-baru ini menjalankan operasi menembak gagak bagi mem-banteras aktiviti haiwan liar itu yang semakin berleluasa di daerah Klang.

Setiausaha MPK, Ehsan Mukri, ber-kata, operasi seawal jam 7 pagi yang yang disertai kira-kira 151 peserta itu dilakukan hasil aduan orang ramai.

Beliau berkata, beberapa lokasi

seperti Kapar, Taman Sri Sentosa dan Taman Sri Andalas adalah kawasan tumpuan gagak dan menjadi perha- tian para peserta semasa operasi ber-kenaan.

Setiap ekor gagak dibayar baunti sebanyak RM3 dan acara yang diada-kan dapat mengawal populasi haiwan yang terkenal dengan masalah kesi-hatan itu," katanya.

Katanya, hasil daripada operasi itu, sejumlah 6,874 gagak berjaya ditem-bak, sekaligus mencatatkan pening-atan berbanding tahun lepas.

Ehsan berkata, penyertaan dari-pada penembak juga adalah konsisten pada setiap tahun, sekaligus memban-tu MPK menangani masalah tersebut.

"Penganjur ada menerima cadang-an daripada peserta supaya program itu diadakan sebanyak dua kali seta-hun memandangkan sambutan meng-galakkan, di samping dapat kurangkan populasi haiwan berkenaan kelak," katanya.

Alinah sewaktu mempengerusikan mesyuarat penuh MBPJ

Pihak MPK mengira burung gagak yang berjaya ditembak

Page 13: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Di Idris menyerahkan baki wang khairat kepada waris

Tempatan14 Selangorkini 1 - 8 November 2013

JABATAN KERJA RAYA KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaaan Malaysia (LPIPM(CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :-

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR

Selangor Shah Alam.

Pada30.10.2013

(Rabu )hingga

12.11.2013(Selasa)

Lawatan Tapak

digalakkan

Sebarang Pertanyaan

sila hubungi:Bah.

Bangunan, JKR

Petaling:03-7839

2402

RM230.00(Draf Bank/

Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama Pengarah

Kerja Raya Negeri

Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

19.11.2013

(Selasa)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari

Pejabat yang

memanggil tender

Tajuk Projek(Pembiayaan)

Taraf /Jenis

Syarikat

Syarat pendaftaran

Tempat & Tarikh

DokumenDijual

Tempat & Tarikh

MelaporDiri Bagi Ditapak

HargaDokumen

&Bayaran

Atas Nama

Tempat, Tarikh &

Waktu Tender Tutup

BUMI- PUTERA

T1

Mempunyai pendaftaran seperti berikut

i. Lembaga Pembangu-nan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dan

ii. Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor,

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (PKK)

yang masih sahGred: G4

Kategori: BPengkhususan:

B04 danWajib berdaftar dengan

Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Dewan Serbaguna Di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Selangor

No.Tender : JKR/SEL(N) 041(T)/ 2013

T1 - Syarikat yang 100% ekuiti Bumiputera milik tempatan (Warganegara)A1 - Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegaraA2 - Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegaraT2 - Tidak berkenaan

*Jenis Pendaf-taran:

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa sijil asal PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN serta SIJIL TARAF BUMIPUTERA dan satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen tender.

OLEH MARNIZA OtHMAN

BEStARI jAyA - Seramai 41 orang waris Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menerima baki bayaran khairat kematian RM1500 yang disampaikan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad.

Bayaran ini merupakan fasa ke-2 skim itu dan diberi-kan dalam satu majlis di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ijok.

Dr Idris berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kera-jaan Negeri dan wakil rakyat Pakatan (PR) untuk menyam-paikan bantuan kepada mere-ka yang berhak tanpa mengira perbezaan politik, agama dan warna kulit.

“Pilihan raya sudah berlalu, sekarang masa meneruskan kecemerlangan membantu ke- bajikan dan meningkatkan ta-raf hidup rakyat walaupun ada sesetengahnya berbeza parti politik,” kata beliau yang turut ditemani isteri, Mariah Abdul Karim.

Untuk rekod dari April hing-ga September 2013, 85 kema-tian didaftarkan dan bayaran RM1,000 telahpun diserahkan kepada keluarga waris di DUN beliau.

41 waris DUN Ijok terima SMUE

Takziah untuk keluarga NorazitaSHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut selepas ditembak oleh pengawal keselamatan premis itu untuk melari-kan sejumlah wang, di USJ Sentral, baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang itu, mangsa yang juga ibu kepada dua cahaya mata dan be- kerja di bank berkenaan selama 16 tahun ditem-bak di tempat kejadian, manakala bahagian mu-kanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan suspek, Ardi Hamza, 36, yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, ber-kata beliau berharap tindakan pantas, profesional dan berkesan polis dalam usaha memastikan yang bersalah dibawa ke muka pengadilan.

“Tiada airmata dan rasa yang akan tinggal mengenangkan kejadian itu. Tiada juga kata yang boleh diucapkan bagi meredakan rasa marah yang dialami.

“Semoga Allah memberi kembali ketenangan kepada keluarga, anak serta kaum kerabat arwah Norazita, khususnya kepada suaminya, Irwan Ka-marudin di atas kejadian yang menyayat hati ini,” katanya.

Justeru, beliau menyeru agar mana-mana pihak yang masih belum mendaftar de-ngan program MES untuk tampil berbuat demikian.

“Kalau ada yang belum mendapatkan bantuan SMUE, Tawas dan sebagainya, boleh datang ke pejabat saya. Ada permasalahan rakyat, kita boleh berbincang. Datanglah jumpa saya,” katanya.

Seramai 30 orang miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima sumbangan RM100 daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Seorang penerima Michael a/l Rayappen, 51, melahirkan rasa terharu dengan bantuan itu.

“Dalam pembentangan be-lanjawan 2014 baru-baru ini, mereka (kerajaan) banyak tipu rakyat. Baru lima bulan pi- lihan raya berlalu, rakyat da-pat hadiah pelbagai kenaikan harga barang. Dulu kata nak bagi BRIM RM1000, tapi yang dia umum RM650

“Tengok Selangor, dari ke-cil sampai tua dan meninggal dunia, rakyat tetap dibantu, ini yang kami (rakyat) suka,” katanya.

Page 14: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangorkini 1 - 8 November 2013 15Tempatan

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTU SOLATSelangor1 - 8 November 2013

27 Zulhijjah - 4 Muharam 1435H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

OLEH SIRAj MOHD ZAINI

BEStARI jAyA - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM-20 juta bagi tujuan penambah-baikan asrama Universiti Se-langor (Unisel) dan dijangka siap selewat-lewatnya pada Jun tahun hadapan.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim, berka-ta Kerajaan Negeri komited membaik pulih bangunan as-rama yang tidak boleh digu-nakan lagi bagi tujuan kemu- dahan prasarana pelajar institu-si pengajian tinggi berkenaan.

“Blok bangunan itu sudah tidak boleh diguna dan kita akan adakan program pe-nambahbaikan ‘Repairs and Maintenance’ dan peruntukan diberikan kepada pihak uni-versiti untuk bergerak pada pembaikan,” katanya.

Abdul Khalid berkata de-mikian dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesy-en Unisel Ke Lapan di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya di sini.

Turut hadir, Exco Pendidi-kan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad.

Sementara itu, Abdul Kha-lid di dalam ucapannya berka-

RM20 juta perbaiki asrama Unisel

SHAH ALAM - Majlis Per-wakilan Pelajar Unisel (MPPU) menganggap langkah Kera-jaan Negeri mengambil alih kontrak penyelenggaraan dan membaiki bangunan daripada Jana Niaga Sdn Bhd sebagai satu perkembangan positif bagi menyelesaikan masalah kediaman yang dihadapi pela-jar.

Naib Yang Dipertua (YDP) MPPU, Ibrahim Junaidi (gam-bar), berkata sebelum ini para pelajar institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri ditempatkan di beberapa ka-wasan penempatan sementara

pelajar di Tasik Puteri, Kota Puteri, Bukit Minyak dan Ta-man Ilmu sejak awal tahun lagi.

Keadaan itu menimbulkan kesulitan kepada para pelajar yang terpaksa berulang-alik untuk ke kelas sehingga meng-ganggu masa pembelajaran.

"Kami berharap langkah ini dapat mempercepatkan pelajar dimasukkan semula ke kolej kediaman kerana dari hari pertama kami dikeluar-kan dari kolej kediaman, kami masih menanti bila masalah ini akan diselesaikan.

"Berbeza jika tinggal di da-

Ambil alih kontrak Jana Niaga

Pelajar sambut baik langkah Kerajaan Negeri

KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri mengambil keputusan me-namatkan kontrak syarikat menye-lenggara dan membaiki kerosakan asrama pelajar Universiti Selangor (Unisel), Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), berkuatkuasa 5 November ini.

Exco Pendidikan Negeri, Dr Halimah Ali, berkata keputusan itu diambil disebabkan kegagalan syarikat terbabit membaik pulih as-rama pelajar universiti milik Kera-jaan Negeri itu.

“Kita kenal pasti masalah sebe-nar di asrama Unisel, sebaik kontrak JNSB tamat pada tarikh berkenaan,” katanya ketika merasmikan Festival Konvokesyen Unisel, di sini.

Sebelum ini, Selangor Kini me-laporkan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad mendakwa tapak asrama terbabit tidak dibuat ‘rawa-tan’ yang betul.

Halimah ketika diminta me-ngulas laporan berkenaan berkata, masalah tanah mendap yang me-ngancam struktur bangunan itu tidak boleh diletakkan ke atas satu pihak.

“Masalah ini sudah berlaku sejak Unisel mula dibina tanpa mengikut perancangan yang betul dan kita akn cuba kenal pasti masalah itu dalam masa terdekat,” kata beliau lagi.

Mengikut rekod, kerja pembi-naan 44 blok asrama UNISEL mula dilakukan atas bekas tapak lombong bijih timah, pada 2002.

Kontrak Jana Niaga ditamatkan

ta, masyarakat diharap tidak beranggapan bahawa grad-uan Unisel sebagai ‘graduan pasang siap’, iaitu kemam-puannya terbatas.

“Saya mahu dan bahkan

seluruh rakyat Selangor ma- hu, bahawa Unisel ini sebe-narnya sentiasa mengelu-arkan graduan yang mem-punyai pelbagai kemahiran berfikir, budiman, pencinta

ilmu dan berperibadi mulia.“Kesepaduan jasmani,

emosi, rohani dan intelek adalah kriteria penting untuk menjadi graduan cemerlang,” ujarnya.

lam kampus, tinggal di luar agak jauh, terpaksa berulang-alik dengan bas dan keadaan ini sudah tentu memakan masa," kata Ibrahim kepada Selangor Kini.

01 Jumaat 5:30 5:40 6:58 1:00 4:20 6:58 8:0902 Sabtu 5:30 5:40 6:58 1:00 4:20 6:58 8:0903 Ahad 5:30 5:40 6:58 1:00 4:20 6:58 8:0904 Isnin 5:30 5:40 6:58 1:00 4:20 6:58 8:0905 Selasa 5:30 5:40 6:58 1:00 4:20 6:58 8:0906 Rabu 5:30 5:40 6:58 1:00 4:20 6:58 8:0907 Khamis 5:30 5:40 6:59 1:00 4:21 6:58 8:0908 Jumaat 5:30 5:40 6:59 1:00 4:21 6:58 8:09

01 Jumaat 5:32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1102 Sabtu 5:32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1103 Ahad 5:32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1104 Isnin 5:32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1105 Selasa 5:32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1106 Rabu 5:32 5:42 7:00 1:02 4:22 7:00 8:1107 Khamis 5:32 5:42 7:01 1:02 4:23 7:00 8:1108 Jumaat 5:32 5:42 7:01 1:02 4:23 7:00 8:11

Kami berharap langkah ini dapat mempercepatkan pelajar dimasukkan semula ke kolej kediaman kerana dari hari pertama kami dikeluarkan dari kolej kediaman, kami masih menanti bila masalah ini akan diselesaikan

ibRAHim JUNAiDiNaib Yang Dipertua (YDP) MPPU

Asrama Unisel akan diselenggara Kerajaan Negeri bagi memastikan tahap keselesaan dan keselamatan pelajar terus terjamin

Page 15: Selangorkini 1 – 8 November 2013

Selangor Kini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

BN hukum rakyatR

akyat terpaksa me-mikul pembaziran besar-besaran kera-jaan Pusat pimpin-

an Umno Barisan Nasional apabila memutuskan pelak-sanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ia berikutan perbelanjaan pengurusan bertambah ke-pada RM217.6 bilion berban-ding RM216.2 bilion tahun lalu sedangkan peruntukan pembangunan mengecil dari-pada RM45.1 bilion (2013) ke-pada RM 44.5 bilion (2014).

Lebih mendukac i takan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengurangkan cukai untuk golongan kaya tetapi memperkenal cukai ba-ru terhadap rakyat biasa.

“Langsung tiada usaha me-

nyelesaikan kebocoran dana rakyat yang mengakibatkan kerugian RM20 hingga RM30 bilion. Kemudian kamu (BN) hukum rakyat dengan menge-nakan cukai baru,” katanya selepas pembentangan Belan-

jawan Negara 2014.Laporan Ketua Audit Nega-

ra baru-baru ini membuktikan wang rakyat diurus sewenang-wenangnya, meneruskan tra-disi pemborosan pada seti-ap laporan sama setiap tahun

sebelum ini.Anwar berkata, pengurus-

an kewangan lemah menga-kibatkan peruntukan pemba-ngunan luar bandar dicantas, antaranya pembangunan luar bandar termasuk Institut Ke-mahiran Mara (RM50 juta) dan perkhidmatan kesihatan luar bandar (RM130 juta).

Katanya, turut dikecilkan ialah peruntukan untuk bekal-an elektrik luar bandar (RM47 juta), bekalan air luar bandar (RM136 juta), Jabatan Kema-juan Orang Asli (RM24 juta), pembangunan jalan raya dan jambatan (RM158 juta).

Beliau berkata, kerajaan Pusat tiada asas moral untuk mengenakan GST selagi tidak perbaiki perbelanjaan dan mengurangkan kebocoran ser-ta penyelewengan.

“Kemungkinan penyalah-gunaan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan sebagai jalan mudah meningkatkan hasil secara cepat,” katanya, me-nambah pelaksanaan GST ju-ga merangsang kenaikan ka-dar cukai itu apabila mereka kesempitan.

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu berkata, penubuh- an beberapa agensi baru yang bertindih dengan beberapa agensi sedia ada mendorong

pembaziran besar-besaran. Antaranya, The Malaysian

Green Foundation dengan geran pelancaran RM15 ju-ta (bertindih dengan Green Technology Corporation Ma-laysia), Skim Permulaan En-treprenor Melayu Bumiput-era dengan peruntukan RM30 juta (bertindih dengan Unit Peneraju Agenda Bumipu-tera), Pusat Inovasi Dan Kre-atif Global Malaysia dengan peruntukan RM50 juta (ber-tindah dengan Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia) dan New Entrepre-neurs Foundation (bertindih dengan SME Corp).

“Ini akan menyebabkan duplikasi dan pembaziran,” katanya.

PERUNTUKAN RAKYAT YANG DIKURANGKANPembangunan luar bandar

RM136 juta

RM47 juta

Perkhidmatankesihatan luar bandar

RM50 juta

RM130 jutaBekalan elektrik luar bandar

Bekalan air luar bandar

Jabatan Kemajuan Orang Asli RM24 juta

RM158 jutaPembangunan jalan raya dan jambatan

Penubuhan beberapa agensi baru yang bertindih dengan be-berapa agensi sedia ada mendorong pembaziran besar-besaran. Antaranya, The Malaysian Green Foundation dengan geran pelancaran RM15 juta (bertindih dengan Green Technology Corporation Malaysia), Skim Permulaan Entreprenor Melayu Bumiputera dengan peruntukan RM30 juta (bertindih dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera), Pusat Inovasi Dan Kreatif Global Malaysia dengan peruntukan RM50 juta (bertindah dengan Agensi Inovasi Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia) dan New Entrepreneurs Foundation (bertindih dengan SME Corp).