23
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi Pengenalan Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital ini telah dicetuskan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada Projek Hati Nurani di bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen. Penubuhan Sekolah Dalam Hospital di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 Julai 2011 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Konsep Sekolah Dalam Hospital merupakan satu inisiatif bersama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan untuk belajar. Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA) di mana ia merupakan hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and Cultural Organizations). EFA adalah satu gerakan yang ditubuhkan pada tahun 1990 di Konferens Antarabangsa Pendidikan, di Jomtiem, Thailand. Delegasi daripada 155 buah negara dan wakil 150 organisasi telah berikrar untuk memberi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan orang dewasa pada akhir dekad tersebut. Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan pada tahun 2000 di Dakar, Senegal dihadiri oleh 1100 peserta daripada 164 buah negara telah mengangkat Pelan Tindakan Dakar, iaitu memenuhi komitmen bersama dan berikrar serta berusaha mencapai pendidikan untuk semua pada tahun 2015 dan sekaligus memperkukuh matlamat Jomtiem. Enam matlamat EFA Dakar yang terangkum dalam inisiatif utama Rancangan Malaysia Ke-10 ialah : i. Memperluas penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak. ii. Menyediakan pendidikan wajib dan percuma untuk kanak-kanak di sekolah rendah.

Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Pengenalan

Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital ini telah

dicetuskan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

penaung kepada Projek Hati Nurani di bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen.

Penubuhan Sekolah Dalam Hospital di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya

pada 26 Julai 2011 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

Pelajaran Malaysia. Konsep Sekolah Dalam Hospital merupakan satu inisiatif

bersama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM), dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan

pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan

untuk belajar.

Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak

terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara

selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA) di mana ia merupakan

hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and

Cultural Organizations). EFA adalah satu gerakan yang ditubuhkan pada tahun 1990

di Konferens Antarabangsa Pendidikan, di Jomtiem, Thailand. Delegasi daripada 155

buah negara dan wakil 150 organisasi telah berikrar untuk memberi pendidikan

rendah kepada semua kanak-kanak dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan

orang dewasa pada akhir dekad tersebut. Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan

pada tahun 2000 di Dakar, Senegal dihadiri oleh 1100 peserta daripada 164 buah

negara telah mengangkat Pelan Tindakan Dakar, iaitu memenuhi komitmen bersama

dan berikrar serta berusaha mencapai pendidikan untuk semua pada tahun 2015 dan

sekaligus memperkukuh matlamat Jomtiem. Enam matlamat EFA Dakar yang

terangkum dalam inisiatif utama Rancangan Malaysia Ke-10 ialah :

i. Memperluas penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak.

ii. Menyediakan pendidikan wajib dan percuma untuk kanak-kanak di sekolah

rendah.

iii. Menggalakkan pembelajaran dan penguasaan kemahiran bagi remaja dan

golongan dewasa.

iv. Meningkatkan kadar literasi dewasa kepada 50 peratus.

Page 2: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

v. Mencapai kesetaraan peluang pendidikan antara gender pada tahun 2005

dan persamaan hak untuk pendidikan pada tahun 2015.

vi. Meningkatkan kualiti dalam pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 melalui

anjakan pertama iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan

berkualiti bertaraf antarabangsa turut menyokong matlamat UNESCO. Malaysia telah

mengambil pelbagai inisiatif untuk memperluas akses dan ekuiti pendidikan serta

meningkatkan kualiti pendidikan negara, selaras dengan kata-kata Menteri

Pendidikan dalam sambutan Hari UNESCO Malaysia 2013 ;

"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 saya

menaruh harapan yang tinggi dan serius dalam usaha memastikan pendidikan yang

berkualiti diberikan kepada murid tanpa mengira peringkat dan latar belakang."

Selain itu, antara objektif utama program SDH adalah untuk memastikan

semua kanak-kanak serta remaja yang mendapat rawatan di hospital berpeluang

mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Hal ini merupakan

tanggungjawab Kementerian Pelajaran dalam memastikan setiap kanak- kanak di

negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak kira di mana

mereka berada. Malaysia berjaya meningkatkan kadar literasi dewasa kepada 95

peratus berbanding sasaran 50 peratus EFA. Matlamat untuk mencapai

kesamarataan peluang pendidikan antara gender pada 2005 dan persamaan hak

untuk pendidikan pada 2015 memperlihatkan Malaysia sudah banyak berubah dalam

perkara ini.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan

dengan kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan

keperluan dan minat kanak-kanak. Hal ini seiring dengan pelaksanaan program

Sekolah Dalam Hospital yang mana memberikan peluang kepada kanak- kanak

untuk menimba ilmu pengetahuan secara berterusan walaupun berhadapan dengan

masalah kesihatan. Proses pengajaran dan pembelajaran SDH diubahsuai supaya

bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak tersebut di samping memenuhi keperluan

mereka sebagai pelajar.

Page 3: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Latar Belakang Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Perkhidmatan pendidikan di hospital telah diamalkan oleh beberapa negara maju

seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia sejak 1930-an lagi.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama badan

sukarelawan secara tidak formal telah memulakan inisiatif seumpama ini sejak awal

tahun 1990-an. Bagi memastikan pendidikan secara formal, berstruktur dan

sistematik dapat disediakan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil

tanggungjawab meneruskan usaha ini dengan kerjasama KKM dan Yayasan Nurul

Yaqeen (YNY). Bagi merealisasikan projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) di negara

ini, satu Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah dibentuk di bawah YNY dan diterajui

oleh YBhg. Puan Sri Norainee Abd. Rahman sebagai penaung projek ini. Laporan

lawatan ke Sydney, Australia dan kertas cadangan penubuhan SDH telah

dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Projek Hati

Nurani, Sekolah Dalam Hospital pada 15 April 2011. Penggunaan nama Sekolah

Dalam Hospital (SDH) telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Projek

Khas Hati Nurani pada 19 Mei 2011. Model SDH adalah berpandukan kepada model

SDH Australia yang disesuaikan mengikut konteks Malaysia. Objektif pendidikan

SDH adalah :

i. Menyediakan perkhidmatan tanpa batasan tempat dan keadaan.

ii. Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam

persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang dirawat di hospital.

iii. Mewujudkan kerjasama pintar antara KPM, KKM dan YNY dalam bidang

pendidikan.

Sehingga tahun 2013, terdapat lapan buah SDH di Malaysia, Hospital Kuala

Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang adalah tiga hospital perintis

di bawah fasa pertama program ini. Lima buah SDH lagi dibuka di Hospital Sultanah

Aminah Johor Baharu, Hospital Sultan Ahmad Shah Kuantan, Hospital Universiti

Sains Malaysia (HUSM) Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM) Kuala Lumpur, dan yang terbaru di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di

Muar. Tiga buah SDH dijangka akan ditubuhkan menjelang tahun hadapan di Sabah,

Sarawak, dan Seremban.

Page 4: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Kurikulum SDH

i. Latar belakang

Sekolah Dalam Hospital (SDH) menggunakan kurikulum kebangsaan tetapi

dilonggarkan dan disesuaikan mengikut keperluan dan tahap persekolahan murid

dengan menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Aktiviti kokurikulum dan sukan juga turut dilaksanakan mengikut kesesuaian dan

tahap kesihatan murid sebagai aktiviti reaksi yang menyeronokkan.

Pelaksanaan kurikulum SDH memberi keutamaan kepada empat mata

pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains/ Dunia

Saians dan Teknologi (DST). Keutamaan ini diberikan kerana mata pelajaran

tersebut merupakan keperluan asas pendidikan yang perlu dikuasai oleh murid. Mata

pelajaran lain juga boleh dipelajari sekiranya terdapat permintaan daripada murid.

Guru sebagai agen pelaksana kurikulum memainkan peranan sebagai tenaga

pengajar, pembimbing dan pemudah cara bagi memastikan murid tidak ketinggalan

dalam proses pembelajaran. Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa sebagai

seorang guru, antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adalah

kemahiran pemudah cara. Pemudah cara ialah teknik yang digunakan oleh guru

untuk membantu murid-murid mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-

aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Usaha tersebut bertujuan untuk membantu

murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memastikan

kesinambungan pelajaran.

Konsep PdP di SDH juga menekankan pendekatan pendidikan yang fleksibel,

didik hibur serta menyeronokkan mengikut kesediaan dan keadaan kesihatan murid.

Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Menurut Kamus Dewan (2000)

mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur

bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur

merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

bersifat santai dan hiburan seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi

secara formal, sistematik dan terancang. Proses PdP yang menggunakan

pendekatan didik hibur ini secara tidak langsung membantu proses rawatan kanak-

Page 5: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

kanak terbabit. Hal ini kerana mereka dapat menimba ilmu melalui pendekatan

pengajaran yang menyeronokkan, persekitaran pembelajaran yang tenang dan

menarik yang merupakan terapi semulajadi bagi pesakit di hospital.

PdP di SDH bermatlamat memastikan murid dari pelbagai tahap persekolahan

yang menerima rawatan di wad hospital dapat meneruskan pendidikan mereka.

Pelaksanaan kurikulum di SDH adalah untuk memastikan murid :

i. Dapat meneruskan pembelajaran sebagaimana rakan sebaya mereka di

sekolah.

ii. Memperoleh pengalaman pembelajaran melalui pelbagai pendekatan

sebagai satu betuk terapi.

iii. Medapat pendidikan formal dan berkualiti dalam persekitaran yang

kondusif.

ii. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Pelaksanaan PdP di SDH dirancang dengan mengambil kira kesediaan murid,

kebenaran ibu bapa dan pengesahan doktor. Guru haruslah kreatif serta bijak

menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan murid yang terdiri

daripada pelbagai tahap persekolahan dan keadaan kesihatan. PdP perlu

dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna. Modul Literasi

dan Numerasi (LINUS) akan digunakan bagi murid yang belum menguasai

kemahiran asas membaca dan mengira. Murid yang akan menduduki peperiksaan

awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM pula akan diberikan bimbingan ke arah

persediaan menghadapi peperiksaan.

Guru berperanan mengajar dan membimbing murid mengikut keperluan

dengan menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Guru perlu mengetahui tahap pembelajaran murid bagi merancang pendekatan

pembelajaran yang bersesuaian. Maklumat tersebut boleh diperoleh dengan

menghubungi sekolah asal murid. Penerapan elemen merentasi kurikulum seperti

nilai murni perlu disepadukan semasa proses PdP supaya dapat meningkatkan

motivasi dan rasa bersyukur murid untuk meneruskan pembelajaran.

Page 6: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Pelaksanaan kurikulum di SDH melibatkan lima peringkat iaitu ;

i. Sesi Hati ke Hati (H2H)

ii. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

iii. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

iv. Refleksi

v. Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan.

Rajah 1 : Kitaran Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan bagi SDH

Sesi Hati ke Hati (H2H)

Kitaran pelaksanaan kurikulum di SDH bermula dengan Sesi H2H di mana sesi ini

bertujuan untuk membina hubungan baik antara guru dan murid melalui pertemuan

yang dirancang. Melalui sesi ini, guru akan lebih mengenali murid dalam pelbagai

aspek seperti latar belakang, tahap pencapaian, kecenderungan dan minat murid.

Maklumat ini dapat membantu guru merancang RPI.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengandungi maklumat berkaitan rancangan

pembelajaran, perkembangan dan pencapaian bagi setiap murid. Salinan RPI akan

diserahkan kepada pihak sekolah asal sebagai rujukan.

Sesi Hati ke Hati (H2H)

Rancangan Pendidikan

Individu (RPI)

Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP)Refleksi

Pemulihan, Pengukuhan dan

PengayaanKURIKULUM

SDH

Page 7: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

NAMA HOSPITAL : Hospital Kuala Lumpur

NAMA MURID : Priscilla a/p Abimannan

NAMA SEKOLAH : SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi

NO TEL :NO FAKS:

03-83577548

TAHUN/TINGKATAN : Tahun 4 MASALAH KESIHATAN:

Kanser buah pinggang/ lemah jantung

TARIKH MULA

MENGAJAR :

1 Januari 2011 TEMPOH : 2 jam

MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia TAJUK : Bercerita

OBJEKTIF

PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN :

Pada akhir pengajaran, murid dapat :1. Menamakan benda-benda yang dilihat.2. Bercerita secara spontan.

RINGKASAN

AKTIVITI :1. Guru dan murid bersiar-siar di kawasan

hospital.2. Mencatat benda-benda yang terdapat di

persekitaran dengan bantuan guru.3. Murid bercerita mengenai benda-benda

yang dicatat dalam kumpulan.

BBB/

CATATAN

REFLEKSI :Murid gembira kerana berpeluang bersiar-siar dan menamakan benda-benda yang dilihat.

CADANGAN

PEMULIHAN,

PENGUKUAN &

PENGAYAAN :

Murid boleh merakam cerita secara spontan.

NAMA DAN TANDA

TANGAN GURU :

.................................(NADIAH MASTURA) TARIKH : .......................

Rajah 2 : Contoh RPI di Kelas

Page 8: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

NAMA HOSPITAL : Hospital Serdang

NAMA MURID : Muhammad Ikhwan Daniel bin Amien

NAMA SEKOLAH : SMK Saujana Impian, Kajang

NO TEL :NO FAKS:

03-87235689

TAHUN/

TINGKATAN :

Tingkatan 1 MASALAH KESIHATAN:

Patah kaki

TARIKH MULA

MENGAJAR :

1 Januari 2011 TEMPOH : 2 jam

MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia TAJUK : Mencipta Perkataan

OBJEKTIF

PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN :

Pada akhir pengajaran, murid dapat :1. Mengenal pasti perkataan yang disukai di dalam akhbar

atau majalah.2. Murid boleh membona beberapa perkataan baharu

daripada perkataan yang telah dipilih.

RINGKASAN

AKTIVITI :1. Membaca akhbar atau majalah.2. Mencari dan mencatat perkataan

yang dipilih.3. Mencipta beberapa perkataan

baharu berdasarkan perkataan asal dengan bantuan guru.

4.

BBB/ CATATAN

1. Akhbar

2. Majalah

REFLEKSI :Murid menunjukkan minat untuk mencipta beberapa perkataan baharu.

CADANGAN

PEMULIHAN,

PENGUKUAN &

PENGAYAAN :

Latih tubi (perkataan baharu yang lain)

NAMA DAN TANDA

TANGAN GURU :

.................................(ROZALI BIN RAJAB) TARIKH : .......................

Rajah 3 : RPI di Wad

Page 9: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PdP di SDH adalah berasaskan keperluan murid yang berbeza. Dalam

melaksanakan proses PdP, guru hendaklah menggunakan gabungan pelbagai

kaedah pengajaran dengan mengambil kira lokasi, suasana bilik darjah, tajuk

pelajaran, kebolehan, keupayaan, minat, bakat, dan cara pembelajaran berdasarkan

kesediaan dan kesihatan murid. Pendekatan yang berkesan mesti dilaksanakan

supaya PdP yang dihasilkan berpusatkan murid, interaktif dan berdasarkan

pendekatan pengajaran yang menyeronokkan dan fleksibel. Di samping itu, aspek

psikologi juga amat dititiberatkan melalui pendekatan pembelajaran didik hibur.

Dalam melaksanakan PdP di SDH, guru digalakkan menggunakan strategi

Self-Directed, Self-Accessed, Self-Assessed,dan Self-Paced (SeDAAP). Strategi

SeDAAP dapat menggalakkan murid agar lebih bertanggungjawab dalam

pembelajaran mereka serta membentuk sikap pembangunan kendiri dan mempunyai

keyakinan diri dalam apa jua tugas yang dilakukan. Strategi ini memberi fokus

kepada pembelajaran secara individu di mana guru berperanan sebagai fasilitator.

Dari segi peruntukan waktu dan mata pelajaran, guru perlu mengikut

perancangan yang telah ditetapkan. Melalui perancangan yang rapi dan tersusun,

mata pelajaran lain atau program kerohanian dan motivasi boleh dilaksanakan

menggunakan peruntukan masa umum/kokurikulum dan sukan. Masa keseluruhan

yang diperuntukkan adalah sebanyak 19 jam 15 minit seminggu termasuk

kokurikulum dan sukan. Walaubagaimanapun, SDH diberi kelonggaran untuk

menyusun jadual waktu bagi memudahkan pengurusan PdP dan fleksibel kepada

murid. Sesi PdP bermula dari 10 pagi sehingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4

petang. Murid yang berada di wad boleh mengikuti mata pelajaran yang dicadangkan

oleh guru atau memilih sendiri mata pelajaran yang hendak dipelajari tanpa jadual

waktu yang khusus. Murid yang berada di kelas pula digalakkan mengikuti jadual

pembelajaran yang ditetapkan. Berikut ialah peruntukan waktu pembelajaran

tersebut :

Mata Pelajaran Peruntukan Waktu

Bahasa Malaysia 4 jam

Bahasa Inggeris 4 jam

Matematik 4 jam

Page 10: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Sains/ Dunia Sains dan Teknologi (DST) 4 jam

Umum/Kokurikulum dan Sukan 3 jam 15 minit

Jumlah 19 jam 15 minit

Jadual 1 : Peruntukan Waktu Mata Pelajaran SDH

Seterusnya, penilaian dalam PdP di SDH dilakukan dengan tujuan untuk

mengesan kemajuan murid selepas sesuatu aktiviti PdP dilaksanakan. Penilaian

mengambil kira keadaan kesihatan murid dan seharusnya tidak memberi tekanan

kepada murid. Murid akan dinilai berdasarkan keupayaan dan kemahiran yang

ditunjukkan. Bahan tugasan yang digunakan semasa proses PdP dan hasil kerja

murid akan dijadikan evidens bagi membuat penilaian terhadap kemajuan murid.

Catatan refleksi dalam RPI dijadikan laporan penilaian murid yang akan diserahkan

kepada sekolah asal. Penilaian umum seperti peperiksaan bulanan hanya akan

dijalankan atas permintaan murid.

Refleksi

Guru membuat rumusan tentang pencapaian murid berasaskan maklumat penilaian

yang diperoleh sepanjang proses PdP yang bertujuan untuk mengesan sejauh mana

murid mencapai kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran. Hasil daripada

refleksi dijadikan panduan sebagai tindakan susulan terhadap prestasi murid.

Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan

Selepas refleksi, guru menyediakan rancangan susulan sama ada pemulihan,

pengukuhan, atau pengayaan berdasarkan prestasi murid. Murid yang masih tidak

menguasai topik berkaitan akan diberi pemulihan segera, manakala aktiviti

pengukuhan dan pengayaan boleh ditambah dari semasa ke semasa untuk

meningkatkan kefahaman murid. Konsep ini juga digunakan dalam pembelajaran

masteri, di mana pembelajaran masteri ini merupakan pendekatan PdP yang penting

untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar dan mencapai objektif

pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. Hal ini disebabkan pendekatan

masteri membenarkan proses pembelajaran berlaku mengikut tahap kemampuan

murid (83.33%) serta dapat membantu pengguna menguasai sesuatu topik dengan

mudah (86.11%) (Junaidah & Rasyidah, 2006).

Page 11: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

iii. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Mengambil contoh Pengajaran dan Pembelajaran di SDH Serdang, PdP dibahagikan

kepada tiga iaitu prasekolah, pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah

yang mana pendidikan rendah dan menengah akan menggunakan kurikulum

kebangsaan masing-masing yang telah disesuaikan mengikut kurikulum SDH.

Pendidikan menengah dan rendah akan dibahagikan kepada dua iaitu PdP di wad

dan di kelas. Murid akan melalui proses PdP berdasarkan nasihat doktor. Sekiranya

murid dibenarkan untuk menghadirkan diri ke kelas, mereka akan dikumpulkan di

dalam kelas yang mana sebuah kelas mengambil purata kehadiran murid sehari

seramai 7-10 orang. Bilangan murid setiap hari adalah tidak tetap dan sentiasa

berubah kerana ia bergantung kepada tahap kesihatan pelajar. Berikut merupakan

statistik murid di SDH Serdang bagi bulan Januari hingga Ogos 2013.

Bulan /

Umur

Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos

Prasekolah 40 46 57 54 28 27 33 14

Sekolah

Rendah

69 69 64 72 63 60 70 52

Sekolah

Menengah

48 47 34 35 24 32 47 26

Jumlah 157 159 155 161 115 119 150 92

Jadual 2 : Statistik Murid SDH Serdang 2013 (Jan-Ogos)

Murid yang berada di kelas terdiri daripada pelbagai tahap dan keupayaan.

Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan kecil. Bagi pelajar yang tidak

dibenarkan ke kelas, guru akan menjalankan PdP di wad mengikut jadual yang

ditetapkan serta mengambil kira tahap kesihatan pelajar. Pembelajaran di wad

dilaksanakan secara individu dan guru perlu bergerak dari katil ke katil murid. PdP di

wad mengambil purata antara 15 hingga 20 minit seorang murid supaya tidak

mengganggu pesakit lain. Data berkaitan kesediaan murid untuk menjalani PdP akan

dikemaskini setiap hari oleh jururawat yang bertanggungjawab memeriksa kesihatan

murid. Bagi kedua-dua bentuk PdP ini, guru perlu sentiasa bersedia menerima

kehadiran ibu bapa/penjaga semasa PdP dijalankan.

Page 12: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

iv. Kokurikulum dan Sukan

Selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S), murid yang sedang menerima

rawatan di hospital perlu diberi peluang untuk mengikuti aktiviti kokurikulum dan

sukan berdasarkan kesediaan, keupayaan dan tahap kesihatan mereka. Melalui

aktiviti ini, murid dapat mengembangkan potensi mereka dengan melibatkan diri

walaupun sedang menerima rawatan di hospital. Aktiviti kokurikulum perlu diubah

suai mengikut kesesuaian dan tahap kesihatan pelajar. Kebiasaannya, aktiviti

kokurikulum adalah melibatkan aktiviti dalaman seperti bermain catur, congkak, dan

sebagainya. Murid hanya akan dibawa keluar daripada kelas/wad untuk aktiviti

kokurikulum dan sukan atas nasihat doktor.

Tujuan pelaksanaan kokurikulum dan sukan di SDH ialah :

i. Membina keyakinan, memupuk kepimpinan dan meningkatkan disiplin diri.

ii. Memastikan kesinambungan program pembangunan sahsiah, kemahiran

dan ketrampilan murid berterusan.

iii. Memperbaiki dan memperkukuhkan kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi.

iv. Memastikan aktiviti pembangunan ilmu dan kreativiti dapat diteruskan.

v. Pengisian Waktu Cuti Sekolah

Murid-murid di SDH dilibatkan dalam aktiviti formal dan tidak formal sebagai

pengisian semasa waktu cuti persekolahan. Ini bertujuan memberi peluang kepada

murid untuk mengisi masa cuti sekolah mereka dengan pengalaman yang

menyeronokkan dan berfaedah.

Aktiviti yang dirancang berunsur didik hibur, rekreasi dan permainan boleh

dijalankan secara individu atau berkumpulan sama ada di wad atau kelas mahupun

luar sekolah. Dari segi bimbingan akademik, aktiviti berbentuk pemulihan dan

pengukuhan boleh dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid

dalam pembelajaran dan sebagai persediaan awal bagi pelajar yang menduduki

peperiksaan awam.

Page 13: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Aktiviti yang dijalankan harus mencungkil bakat dan kreativiti murid. Aktiviti

boleh dijalankan secara minds-on dan hands-on. Pelaksana aktiviti perlu kreatif

dalam merancang aktiviti disamping merancang dengan teliti dari segi masa, bahan

dan tempat supaya dapat memastikan aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran

sosial, komunikasi dan penerapan nilai dalam diri murid. Contoh aktiviti yang boleh

dijalankan ialah permainan bahasa, bermain alat muzik, tayangan filem, idola

jemputan, kerohanian dan keagamaan.

Isu dan Cabaran

Isu dan cabaran merupakan satu lumrah bagi pelaksana-pelaksana dasar baru

seperti SDH ini. Isu yang dihadapi oleh dasar SDH ialah kekurangan guru dan

Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Mengambil contoh dapatan kajian di SDH

Serdang, menurut guru Bahasa Malaysia di situ, En Hajazy ;

“... empat orang guru memang tidak cukup untuk menjalankan PdP di sini. Lebih-

lebih lagi bila guru terpaksa menjalankan PdP di wad kerana guru perlu pergi dari

katil ke katil murid. Walaupun saya dalam bidang Bahasa Malaysia, saya juga

terpaksa mengajar mata pelajaran Matematik untuk memenuhi keperluan murid.”

Bagi skop tugas seorang Pembantu Pengurusan Murid(PPM) pula, Cik Ruqaiyah

menyatakan bahawa ;

“... seorang PPM sahaja di sini agak membebankan kerana tugas-tugas

pengkeranian juga di bawah skop tugas saya, di mana setiap hari data murid yang

menghadiri kelas perlu dikemaskini.”

Guru-guru adalah dalam kalangan guru yang dipilih berdasarkan kelayakan

untuk mengajar secara bergilir-gilir di bahagian sekolah rendah, sekolah menengah,

dan wad. Mereka merupakan guru serba boleh yang bukan sahaja mengajar untuk

pelbagai subjek malah bersesuaian untuk pengajaran sekolah rendah dan

menengah. Kursus dan latihan bagi guru dan PPM SDH merupakan kursus

persediaan untuk melatih guru-guru yang akan bertugas di SDH yang berfokuskan

bentuk pendidikan yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

fleksibel, didik hibur dan berbentukkan Teknologi Maklumat. Guru-guru dan PPM

akan didehkan dengan kurikulum kursus yang menekankan aspek kerjasama

dengan pakar atau pasukan dari pelbagai disiplin perubatan bagi pengurusan murid-

Page 14: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

murid yang menghadapi masalah kesihatan. Para guru dan PPM juga dilatih

mengenai teknik-teknik pemerhatian dalam kes tertentu dan menjalani sesi Orientasi

Klinikal bagi merasai sendiri keadaan dan persekitaran sebenar di wad hospital.

Pengambilan guru dan PPM perlu ditambah untuk menampung keperluan murid dan

melancarkan urusan penyeliaan dan pengurusan SDH. Pertambahan bilangan guru

juga akan memastikan guru-guru mengajar mengikut kepakaran tersendiri, dan

bukan mengikut sistem giliran seperti yang digunakan sekarang.

Isu yang kedua ialah berkaitan sumbangan daripada pihak- pihak berkaitan.

Setakat ini, jika mengambil contoh SDH di Serdang, memang tidak mempunyai

masalah berkaitan sumber kewangan dan infrastruktur kerana bilangan murid tidak

ramai dan kemudahan yang disediakan cukup untuk menampung keselesaan para

murid di situ. Tetapi jika dilihat dalam perancangan akan datang di mana

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa program SDH akan

menjadi progam kekal dan ia sedang diinstitusikan sebagai program kementerian

secara tetap dan dalam tempoh tidak berapa lama, program itu dapat diperluaskan

kepada lebih banyak hospital di negara ini (Muhyiddin Yassin, 2012). Jadi,

sumbangan daripada pelbagai pihak NGO terutamanya sangat digalakkan untuk

meringankan beban kerajaan dalam melancarkan pelaksanaan dasar ini.

Cabaran yang pertama ialah para guru terdedah dengan penyakit berjangkit

seperti tuberculosis (TB), dan penyakit kaki, tangan dan mulut. Para guru perlu

sentiasa mendapatkan nasihat doktor semasa menjalankan PdP. Contohnya, bagi

penyakit berjangkit seperti TB para guru dan PPM perlu mengambil langkah berjaga-

jaga seperti memastikan pengudaraan yang baik di sekeliling tempat belajar,

menutup mulut ketika batuk, bersin dan gelak, dan sentiasa menutup mulut dengan

topeng mulut sepanjang PdP berjalan.

Cabaran kedua ialah guru tidak begitu mengenali murid kerana tempoh

mengajar seseorang murid terlalu singkat. Hal ini dapat dilihat melalui dapatan kajian

daripada tinjauan di SDH Serdang.

“...kes di sini tidak melibatkan murid yang mempunyai masalah kesihatan yang lama,

paling lama sekitar 7 hari, jadi kami sebagai guru tidak sempat untuk mengenal latar

Page 15: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

belakang murid dan tidak tahu bagaimana tahap murid tersebut untuk disesuaikan

dengan PdP di SDH”.

Mengenali kemampuan dan kebolehan murid merupakan satu elemen dalam

pembelajaran dan guru berkesan. Guru perlu tahu lima ciri-ciri pelajar iaitu latar

belakang, masalah pembelajaran, ciri-ciri, tahap pendidikan dan motivasi.

Pengetahuan guru tentang murid membantu guru merancang dan melaksanakan

proses PdP yang lebih berkesan (Hanani Hussin, Aderi Che Noh & Ab. Halim

Tamuri, 2013).

Cabaran seterusnya ialah cabaran dalam mendidik para murid. Berbeza

dengan sekolah harian di mana murid di sekolah harian akan dikelaskan mengikut

umur yang sama dan mempunyai tahap kebolehan yang hampir sama. Di SDH,

murid-murid akan dikelaskan mengikut peringkat sekolah rendah atau menengah,

contohnya murid-murid yang berumur 7 hingga 12 tahun termasuk dalam golongan

sekolah rendah, dan mereka akan diletakkan di dalam sebuah kelas yang sama, di

mana tahap pengetahuan mereka adalah berbeza-berbeza. Guru perlu kreatif dalam

merancang isi kandungan PdP supaya murid dapat menerima pengetahuan yang di

sampaikan. Kebiasaannya, pembelajaran akan dijalankan secara kumpulan kecil

atau individu dan menyebabkan lebih daripada seorang guru diperlukan supaya

kelas berjalan dengan lancar.

Implikasi

Program sekolah dalam hospital ini dilihat satu pendekatan baru yang digunakan

oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan

kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen

(YNY) bagi mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran ketika mereka

sedang menjalani rawatan di hospital. Terdapat beberapa implikasi positif hasil

daripada pelaksanaan program sekolah dalam hospital ini. Antaranya ialah,

pelaksanaan SDH ini dilihat sebagai alternatif baru dalam dunia pendidikan untuk

menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar yang terpaksa meninggalkan alam

persekolahan berikutan menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjalani

rawatan di hospital.

Page 16: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Dasar SDH dianggap sebagai terapi kepada pelajar untuk melupakan

penyakit. Menurut Dr Norzila Mohamed Zainudin, Pakar Perunding Kanan Pediatrik

dan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL), SDH adalah sebahagian daripada

proses rawatan kanak-kanak menerusi proses rawatan yang tidak bersifat

farmaseutikal, sebaliknya menggunakan kaedah psikologi. Selain tertekan dengan

rawatan penyakit yang diterima di hospital, kanak-kanak dapat bermain dan belajar

dengan kaedah yang menyeronokkan di SDH. Nadia Nurshazlina Baharom, 15 tahun

yang hampir setengah tahun tidak pergi ke sekolah kerana menghidap penyakit

leukemia berasa gembira kerana dapat menjalani PdP di Institut Pediatrik Hospital

Kuala Lumpur. Penyertaannya di SDH dapat melupakan seketika bahawa dia adalah

pesakit. Nadia kini mampu tersenyum menghabiskan masa bersama rakan-rakan

baru di SDH.

Selain implikasi kepada pesakit yang menerima PdP di SDH, implikasi positif

juga dapat dilihat daripada ibu bapa murid-murid. Ibu mana yang tidak sedih apabila

melihat anaknya terpaksa terlantar di hospital akibat penyakit yang dihidapi dan

terpaksa meninggalkan dunia persekolahan akibat masalah kesihatan. Namun,

pelaksanaan SDH ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati dan naluri seorang ibu

apabila dapat melihat anaknya mampu tersenyum walaupun menghadapi penyakit.

Siti Nurbaya, ibu kepada seorang pesakit leukemia yang berusia 15 tahun berkata,

senyuman anaknya memberikan kebahagiaan buatnya. SDH juga dapat

membangkitkan semangat anaknya untuk terus belajar tanpa perlu memikirkan

kekurangan berbanding dengan orang lain. Hal ini dapat dibuktikan daripada hasil

dapatan kajian di mana 99.99% ibu bapa bersetuju dan menyokong penuh

pelaksanaan dasar SDH ini.

Seterusnya, SDH juga meransang para guru untuk lebih kreatif dalam

merancang dan melaksanakan PdP di kelas mahupun di wad. Dalam bidang

pendidikan, terdapat pelabagai kemahiran dan pendekatan yang boleh disesuaikan

mengikut kemampuan pelajar. Dengan mengambil kira faktor kesihatan dan emosi

murid-murid di SDH, mereka memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih

daripada guru. Jadi, tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi

mereka boleh menggunakan kemahiran yang mereka ada untuk sentiasa

Page 17: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

memotivasikan para murid ini supaya mereka lebih terus bersemangat untuk

meneruskan kehidupan.

Sistem pendidikan Malaysia tidak hanya tertumpu kepada pembangunan

modal insan berpengetahuan dan berkemahiran, yang mampu bersaing di pasaran

kerja global malah untuk membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,

progresif, bermoral dan beretika tinggi. Ini semua dapat dicapai melalui proses

pendidikan secara formal di sekolah. Melalui SDH, pembangunan modal insan masih

lagi dapat diteruskan tetapi di luar amalan persekolahan yang konvensional. Hal ini

kerana murid- murid akan diberikan ruang dan peluang menimba pendidikan selaras

dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan meskipun berada di hospital. Proses

pendidikan berjalan seiring dengan pembinaan modal insan seperti yang telah

digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010).

Secara rumusannya, Sekolah Dalam Hospital banyak memberikan implikasi

positif kepada pelbagai pihak seperti guru, murid, dan ibu bapa. Program ini dilihat

membawa suatu pembaharuan dan merupakan nafas baru dalam sistem pendidikan

di Malaysia. Pelaksanaannya membawa banyak manfaat kepada kanak- kanak yang

mempunyai masalah kesihatan dalam menerima pendidikan yang sewajarnya untuk

mereka sepanjang tempoh rawatan di hospital tersebut.

Laporan Kajian Lapangan

Pada 24 Disember 2013, satu kajian kecil berbentuk tinjauan dijalankan di Sekolah

Dalam Hospital, Serdang. Kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan

kaedah temu bual. Responden kajian adalah terdiri daripada dua orang yang terlibat

dalam SDH iaitu seorang guru dan seorang staf sokongan. Berdasarkan tinjauan,

organisasi SDH Serdang diketuai oleh penyelia, Pn Azizah bt Abd Aziz yang juga

salah seorang guru di SDH dan dibantu oleh tiga orang guru lain iaitu, En Mohd

Hajazy, Pn Siti Norashikin, dan Pn Juliana. Pentadbiran dan pengurusan SDH turut

dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid(PPM), iaitu Cik Siti Ruqaiyah. Tinjauan

mendapati bahawa SDH menyediakan iklim pembelajaran yang sangat kondusif

Page 18: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

kepada murid. Dua buah kelas iaitu sekolah rendah dan menengah masing-masing

dilengkapi dengan kemudahan yang selesa. Kedudukan SDH yang terletak

berhampiran dua buah wad pesakit, 5A dan 5B memberi kemudahan kepada murid

untuk bergerak dari wad ke kelas.

Responden pertama,En Hajazy seorang guru Bahasa Malaysia yang telah

berkhidmat di sekolah harian selama 23 tahun dan mula berkhidmat di SDH

Serdang sejak awal penubuhan SDH tersebut pada tahun 2011. Responden kedua,

Cik Siti Ruqaiyah seorang Pembantu Pengurusan Murid yang telah berkhidmat di

sekolah khas selama 3 tahun dan mula berkhidmat di SDH Serdang sejak 2011.

Instrumen kajian adalah menggunakan satu set soalan temu bual yang

dijalankan secara lisan. Berikut adalah beberapa soalan yang terlibat dalam

instrumen temu bual ;

S1 : Sebagai salah seorang pelaksana SDH, bagaimana Encik/Cik melihat

konsep ini membantu mencapai matlamat EFA?

S2 : Apakah cabaran kerja yang dihadapi dan bagaimana cara mengatasi?

S3 : Setakat ini, berapa ramai pelajar yang diterima di sini, dan adakah sumber

manusia, sumber kewangan, sumber kemudan dapat menampung bilangan

pelajar?

S4 : Bagaimana penerimaan ibu bapa pelajar terhadap konsep SDH?

S5 : Apakah harapan dan cadangan Encik/Cik dalam dasar SDH ini?

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua responden memberikan

jawapan yang hampir sama, kecuali bagi soalan kedua tentang cabaran tugas.

Berikut merupakan rumusan jawapan daripada kedua-dua orang responden;

J1 : Dasar SDH memang berjaya mencapai matlamat EFA iaitu memberi

pendidikan kepada semua peringkat pelajar tidak kira di mana berada. Walaupun

murid-murid di sini terpaksa tinggal untuk beberapa tempoh yang singkat atau

lama, sekurang-kurangnya mereka tidak akan tercicir dalam pelajaran.

J2 : Sebagai guru, cabaran yang saya hadapi ialah kadangkala terpaksa

berdepan dengan penyakit berjangkit dan apa yang saya lakukan, sentiasa

Page 19: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

mengikut arahan doktor sebagai langkah berjaga-jaga contohnya sentiasa

mencuci tangan dan memakai penutup mulut.

Sebagai PPM pula, saya melihat cabaran adalah dalam skop tugas kerana selain

perlu menguruskan urusan pentadbiran, PdP, mengemas dan membersihkan

kelas, menjaga hal ehwal murid, saya juga perlu melakukan tugas pengkeranian.

Jika di sekolah harian, tugas pengkeranian akan dilakukan oleh kerani, tetapi di

sini saya perlu melakukan tugas tersebut sendiri.

J3 : Jumlah pelajar adalah tidak tetap, setakat ni kami menerima sekitar 30 orang

pelajar dan saya rasa sumber kewangan dan kemudahan mencukupi, Cuma

bilangan guru dan staf sahaja yang perlu ditambah untuk memudahkan

pelaksanaan dasar ini.

J4 : Bagi pendapat saya, 99.99% ibu bapa bersetuju anak mereka dimasukkan

dalam SDH dan mereka menyokong penuh dengan dasar ini. Kadangkala, ibu

bapa juga turut masuk dalam kelas untuk melihat anak-anak mereka belajar.

J5 : Harapan saya agar murid-murid di sini cepat sembuh dan berharap agar

SDH ini dikekalkan dan ditambah lagi dari semasa ke semasa untuk memenuhi

matlamat EFA tersebut dan cadangan saya, bilangan guru dan staf perlu

ditambah dan galakkan pihak-pihak lain untuk memberi sumbangan sebagai

tanda menyokong dasar baru ini.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Sekolah Dalam Hospital merupakan usaha kerajaaan dalam

menyediakan peluang pendidikan yang terbaik bagi pelajar yang menjalani rawatan

di hospital supaya tidak ketinggalan di dalam pembelajaran mereka. Program

Sekolah Dalam Hospital ini merupakan satu inovasi baru dalam dunia pendidikan di

Malaysia bagi memastikan pendidikan untuk pesakit muda ini tidak disia-siakan

sebaliknya diteruskan dengan pelaksanaannya selaras dengan hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia

turut menyatakan bahawa program SDH ini merupakan langkah yang amat bernas

Page 20: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

dan tepat pada masanya ketika kerajaan berusaha menjadikan Malaysia tempat

tinggal terbaik buat generasi akan datang. Program SDH ini mendapat sokongan

penuh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan yang masing-masing

menyediakan khidmat berkaitan bagi memastikan agenda berkenaan mencapai

kejayaan. Sebagai penutup, SDH ini diharap dapat ditambah dan diperbaiki dari

semasa ke semasa dalam mencapai matlamat pendidikan untuk semua.

Rujukan

Abdull Sukor Shaari & A. Kalaidevi. 2012. Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2) : 94-105.

Buletin Yayasan Nurul Yaqeen. 2012. Sekolah Dalam Hospital Diinstitusikan. Warisan Biduanda.

Junaidah Mohamed Kassim & Rasyidah Haji Anuar (2006). Pembangunan Model PeKA Bagi Perisian Kursus E-Pembelajaran Animasi 3D Menggunakan Pendekatan Masteri. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. 2000.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Nur Hanani Hussin ,Mohd Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri. 2013. Elemen Mengenali Murid dalam Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education, 1(2) : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ornstein, A. C. & Hunskin, F. P. 2004. Curriculum: Foundation principles and issues. USA: Pearson Education

Portal Rasmi Hospital Serdang. Sekolah Dalam Hospital. http://hserdang.moh.gov.my/

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Pembantu Pengurusan Murid. http://www.spp.gov.my/

Page 21: Sekolah Dalam Hospital_ Isu, Cabaran Dan Implikasi

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Rabi’Atul ‘Adawiyah Ismail. 16 Julai 2011. Teruja Belajar Sambil Dirawat. Harian Metro .

Sinar Harian. 3 Oktober 2013. PPPM Selari Matlamat Pendidikan UNESCO.

Syed Ismail Syed Mustafa. 2010. Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Selangor.

Tuberculosis (TB). 2009. http://klinikmansurah.blogspot.com/