Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

  • Upload
    abe-mat

  • View
    288

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    1/22

    Sejarah Tingkatan 4: Bab 10

    DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

    Ekonomi tradisional

    Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional.

    1. Bercucuk tanam

    2. Menagkap ikan

    3. Menternak binatang

    4. Perlombongan

    5. Memungut hasil hutan

    Jenis Ekonomi Tradisional

    1.Sara Diri

    Mengamalkan ekonomi secukup hidup.

    2.Jenis Ekonomi

    Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan

    menangkap ikan.

    3.Tujuan Lebihan utk pertukaran barangan

    Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan,kenduri-

    kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh.

    4.Tanaman makanan

    Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.5.Ternakan makanan

    Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan

    makanan.

    6.Teknologi kuno/mudah

    Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal,dan

    tenggala.

    7.Air semulajadi

    Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.

    8.Tangkapan Ikan tradisiPenangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.

    9.Tenaga manusia dan haiwan

    Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.

    10.Modal/Tenaga kecil

    Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil. Tiada Pengkhususan

    Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    2/22

    jantina dan umur.

    Ekonomi Dagangan

    Maksud ekonomi dagangan1.Kegiatan untuk ekspot

    Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.

    2.Skala besar

    Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.

    3.Buruh Upah yg banyak

    Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.

    4.Modal Besar

    Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.

    5.Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.

    Pemasaran meluas

    Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.

    6.Lebihan pengeluaran

    Melibatkan lebihan pengeluaran.

    Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

    1. Pertanian dagangan

    2. perlombongan

    Jenis tanaman dagangan di Tanah Melayu.

    1. Ubi kayu

    2. Tebu

    3. Lada hitam

    4. Gambir

    5. Tembakau

    6. Kopi

    7. getah

    Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.1.Rangkaian Ekonomi

    Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi

    dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.

    2.Ekonomi tradisi terpinggir

    Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.

    3.Wujud dwiekonomi

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    3/22

    Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi

    dagangan.

    4.Ketidakimbangan kemajuan Ekonomi

    Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan

    pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.5.Tingkat Industri pelombongan

    Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk

    meningkatkan industri perlombongan.

    6.Kemasukan Buruh/Imigran

    Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

    Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-

    19.

    1.Penyumbang pendapatan British

    Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.

    2.Wujud Tanaman Komersial

    Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah

    ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi.

    3.Sistem Kangcu dan lada Hitam

    Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah

    diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.

    4.Pajakan Tanah kepada org Cina

    Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau

    ladang.

    5.Luas Ladang Lada hitam

    Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.

    6.Kemasukan Pemodal Eropah dan Cina

    Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era

    kolonialisme British.

    7.Kekuasaan British dalam Ekonomi

    Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai

    modal,teknologi serta mendapat konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.

    8.Wujud DwiekonomiMasyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi komersial

    sehingga mewujudkan dwiekonomi.

    9.Tumpuan pertanian Ekspot.

    British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China

    mengusahakan gambir,lada hitam dan ubi kayu.

    10.Usaha tanaman Getah

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    4/22

    Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

    Sistem Kangcu1.Johor

    Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.

    2.Gmbair/lada hitam

    Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.

    3.Cina Pajak

    Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.

    4.Kangkar

    Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.

    5Saiz besar

    Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.

    6.Buruh Cina

    Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

    Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.

    1.Tanah subur

    Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.

    2.Revolusi industri permintaan tinggi.

    Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah

    yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta.

    3.Ridley bawa masuk getah

    Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha

    membawa masuk getah.

    4.Pameran dan pengagihan getah percuma

    Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran

    dan mengagihkan benih secara percuma.

    5.Cara penorehan

    Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem

    atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.6.Harga getah tinggi

    Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna

    seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik.

    7.Modal asing

    Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada

    perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    5/22

    8.Syarikat Perwakilan

    Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti

    Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.

    9.Galakan British sewa tanah, cukai rendah.

    Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakankadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah.

    10.Kemudahan infrastruktur

    Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan

    pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.

    11.Pekerja asing

    Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang

    murah.

    12.Kopi jatuh.

    Berlaku kejatuhan harga kopi.

    Langkah-langkah British menstabilkan harga getah.

    1.Sekatan Stevenson

    Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.

    2.Had pengeluaran

    Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.

    3.Kupon had penorehan

    Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.

    4.Peraturan Getah A/B

    Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.

    5.Kuota rendah

    Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.

    6.Premiumtanah naik

    Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.

    7.Sekat melayu

    Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.

    8.Sekat getah tanah sawah

    Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

    Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatanganBritish.

    1.Dagang sejak abd ke-9

    Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.

    2.Dimiliki pembesar

    Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh

    tempatan.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    6/22

    Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah

    Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana Putera,Datuk Bandar dan Dato Muda

    Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).

    3.Kaedah mendulang

    Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.4.Pasarkan ke Cina, India, Jepun.

    Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.

    5.Membuat alatan.

    Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan

    alatan muzik seperti gong.

    6.Buruh Cina dipantau pembesar.

    Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah berlaku mulai

    pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.

    7.Dapatkan kebenaran

    Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu

    untuk mengusahakan perlombongan.

    8.Jual semula kpd pembesar.

    Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula kepada mereka.

    9.Harga ditentukan pembesar.

    Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.

    10.Penglibatan Pemodal Eropah gugat Melayu.

    Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah

    dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.

    11.Melayu pajak tanah.

    Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk

    mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.

    12.British minat sebab keuntungan tinggi.

    Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang

    lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.

    3.Abad -20 dikuasai Eropah.

    Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari

    Eropah.

    14.Modal kecil Cina gagal bersaing.Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan

    modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.

    15.Intensif modal.

    Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.

    16.Gubal undang-undang.

    Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    7/22

    kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.

    17.Cina merosot British kuasai.

    Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan

    pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.

    Wilayah di China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.

    1. Kwangtung

    2. Kwangsi 3. Fukien

    Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

    1. Sistem Tiket kredit

    2. Sistem pengambilan kakitangan

    3. Sistem pengambilan rumah kongsi

    4. Kemasukan berkumpulan

    Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.

    1.Kurang buruh tempatan

    Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa

    masuk imigran.

    2.British benar masuk

    British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor

    pertanian dan perlombongan.

    3.Kemiskinan di negara sendiri.

    Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja

    dalam sektor pertanian dan perlombongan.

    4.Melayu tidak tentang

    Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.

    5.Hubungan Tradisi yg sudah ada.

    Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka

    berhijrah ke Tanah Melayu.

    6.Peluang kerja.

    Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.

    7.Kestabilan Politik.Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

    Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

    1. Sistem Tiket Kredit

    -Dikumpul dari kg.

    Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    8/22

    kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.

    -Ketua bayar wang

    Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.

    -Buat perjanjian

    Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerjadengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.

    -Sin Kheh diawasi.

    Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran

    daripada bakal majikan.

    -Tiket dibekalkan.

    Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tuju serta

    keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.

    -Pemborong buruh.

    Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang

    tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.

    2. Sistem Pengambilan kakitangan

    1.Majikan hantar pegawainya.

    Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan

    tenaga buruh.

    2..Tambang dibiayai majikan.

    Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.

    3.Pegawai Iring buruh.

    Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga

    mereka sampai di tempat majikannya.

    3. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

    1.Dilakukan Pegawai Di Cina.

    Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah

    kongsi.

    2.Pegawai yg biayai

    Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka

    sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.3.Diserah tuan rumah kongsi .

    Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar

    tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

    4. Kemasukan Secara Berkumpulan

    a.Tajaan Charles Brook

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    9/22

    Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui

    syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.

    b.Persetujuan ketua Foochow Sarawak.

    Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan

    persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.c.Sektor pertanian.

    Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian

    gambir dan lada hitam.

    Maksud kangani

    Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari

    India.

    Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.

    1. Sistem Buruh Bebas

    a.Sendiri

    Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri

    dengan biayaan masing-masing.

    b.Atur

    Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan

    ekonomi. c.Bebas

    Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka

    kehendaki.

    2. Sistem Kontrak

    -Majikan biaya

    Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh

    tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran

    yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.

    3. Sistem Kangani

    -Lesen

    Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulangke India untuk mencari tenaga buruh.

    -Wang Pendahuluan

    Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga

    mereka tiba di Tanah Melayu.

    -Pengurus agensi

    Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    10/22

    Perkembangan mata wang di Tanah Melayu.

    1.Mata wang - Melaka

    Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman Kesultanan Melayu

    Melaka dalam kegiatan perdagangan.2.Melayu lain.

    Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas Kelantan,wang dan

    kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang.

    3.Mata wang Sepanyol

    Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang perak

    Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat

    4.Wang Kertas

    Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga

    Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri Selat.

    5.Wang Negeri Selat.

    Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan hanya sah digunakan

    untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.

    Penjajah tubuh bank

    Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku ekoran

    pembangunan dan kesempatan ekonomi.

    1.Kemudahan pinjaman.

    Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk memajukan dan

    memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.

    2.Dana luar cepat.

    Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan

    cepat.

    3.Bank ejen pembayar

    Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai ejen pembayar

    kepada pengeksport dan pengimport.

    4.Mercantile Bank -Pertama

    Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu.5.Bank Eropah

    Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu seperti The

    Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemence Bank Nederland.

    6.Perkhidmatan utama org Eropah.

    Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan

    hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang tengah atau komprador.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    11/22

    7.Bank Tempatan

    Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong

    Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.

    8.Bank di Sarawak

    Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti Sarawak ChineseBanking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.

    9.Melayu tubuh bank.

    Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala Lumpur dikenali

    sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

    Perkembangan insurans di Tanah Melayu.

    a.Perkembangan Perdagangan

    Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan

    antarabangsa.

    b.Jenis Perkhidmatan

    Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau lautan,insurans kebakaran

    ,insurans harta,insurans perniagaan dan kemalangan,serta insurans nyawa.

    i.Insurans Maritim

    Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal

    pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama.

    ii.Insurans Kebakaran

    Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan misalnya,di

    Kuala Lumpur dan di Ipoh.

    iii.Cawangan Insurans Luar.

    Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau

    wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.

    iv.Syarikat perwakilan

    Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and Company di Pulau

    Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England.

    v.Syarikat Insurans Tempatan

    Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans tempatan

    berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.

    vi.Pengasingan khidmat insuransPada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan dengan

    insurans nyawa diasingkan daripada insurans kebakaran.

    vii.Ordinan Insurans.

    Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan

    Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    12/22

    Dasar British Terhadap Pertanian

    Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan

    1.Tanaman baru

    Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti

    kopi,tembakau dan getah.2.Komersilkan tanaman

    Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.

    3.Tanaman Ladang

    Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk

    dari China dan India.

    4.Pemilikan tanah

    Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.

    5.Lindung tanah Melayu

    Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan

    pelabur asing.

    Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu

    1.Elemen utama.

    Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.

    2.Sistem Pemilikan tanah Melayu.

    Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai

    dengan sistem tanah di Barat.

    3.Tiada Rekod

    Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang

    sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.

    4.Rekod Bertulis

    Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.

    5.Mudahkan Pentadbiran

    Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga

    terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa

    beli,penjualan dan pembelian.

    6.Jadikan Cagaran

    Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.7.Nilai Komersial tanah

    Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah

    peribumi dan tanah perlombongan.

    8.Ketentuan Cukai

    Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.

    9.Permohonan Tanah

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    13/22

    Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan

    membuat permohonan di Pejabat Tanah.

    10.Kebenaran Pejabat Tanah.

    Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber

    hutan seperti nipah,damar dan rotan.

    Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu

    1.Permohonan Pejabat Tanah

    Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu

    sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.

    2.Kuasa residen

    Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang

    diberikan kepada para pemodal.

    3.Kebenaran Pejabat Tanah

    Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk mengutip sumber

    huan seperti nipah,damar dan rotan.

    Sistem Wang

    Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.

    1.Urusan dengan wang

    Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar

    dengan wang.

    2.Melayu Pinjam Wang

    Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.

    3.Melayu Jual Tanah.

    Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

    Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.

    1. Akta Tanah Simpanan Melayu

    2. Land Order

    3. Land Settlement Order

    4. Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

    Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi

    1.AktaTanah Simpanan Melayu.

    Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.

    2.Jamin eko./politik.

    Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.

    3.Elak pindah milik.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    14/22

    Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.

    4.Kuasa isytihar

    Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah

    Simpanan Melayu.

    5.Tak Benar tanam komersial.Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.

    6.Padi dan kelapa.

    Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.

    7.Land Order hak milik di Sarawak.

    Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.

    8.Lindungi drp Cina.

    Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.

    9.Land Settlement Order.

    Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.

    10.Warisan dan pemilikan

    Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.

    11.Elak pajakan,pecah.

    Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.

    12.Pembahagian jenis tanah

    Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah

    simpanan dan tanah pedalaman.

    13.Imigran - Tanah campuran

    Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.

    14.Warta Hak Pribumi.

    Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.

    15.Peg Daerah kuasa Sabah.

    Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.

    16.Sebelum 1888 tak sah

    Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum

    1888.

    17.Peg Daerah kuasa niaga.

    Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.

    18.Tiada Tuntut ganti rugi.Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang

    asing.

    Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.

    1.Lindungi drp ceroboh

    Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    15/22

    untuk tujuan pertanian.

    2.Lindung tanah pribumi

    Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.

    3.Pindah milik melalui pewaarisan.

    Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkanberlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.

    4.Bahagi kpd 3 kaw.

    Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah

    pedalaman. 5.Tanah campuran-imigran.

    Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.

    6.Kuasa Pegawai Daerah.

    Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah

    peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.

    7.Urus niaga tanah dimaklumkan

    Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.

    8.Berhak ganti rugi

    Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

    Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.

    1.Larang tanam

    Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan

    penanaman padi.

    2.Kurang orang Melayu

    Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor

    perusahaan getah berkurangan.

    3.Premium dikenakan tanah baru

    Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.

    4.Pembukaan Tanah baru dilarang.

    Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh

    kerajaan British.

    5.Lindungi pemodal Eropah

    Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi

    Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.6.Kuota Rendah

    Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah

    Antarabangsa pada tahun 1934.

    7.Melayu tidak minat

    Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    16/22

    Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.

    1.Elak Libat dlm getah

    Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.

    2.Tak mahu Gantung impot padi

    Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti dariThailand,Indo-China dan myanmar.

    3.Tiada jaminan beras luar.

    Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan pengeluaran

    beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.

    4.Melayu disekat tanam getah.

    Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.

    5.Elak Ancam Getah Eropah.

    Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah pengusaha Eropah.

    Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.

    1.Tidak beri keutamaan

    Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.

    2.Keutamaan kpd penjajah.

    Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang

    mengaut keuntungan negara.

    3.Galakan kpd Eropah.

    Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.

    4.Tiada insentif kewangan.

    Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.

    5.Melayu disekat tanam getah.

    Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam

    getah di tanah sawah

    6.Lindungi peladang Eropah.

    Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga getah.

    7.Kuota RendahMelaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi kuota

    yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.

    8.Premium tanah naik.

    Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

    Kesan-kesan Dasar Ekonomi British

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    17/22

    Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

    1.Bijih timah

    Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping dan

    Seremban.

    2.PetroleumPerkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.

    3.Perkembangan Pengangkutan

    Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.

    4.Pertanian

    Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.

    5.Kedudukan Strategik

    Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.

    6.Ada Pelabuhan

    Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan

    Klang,Melaka dan Pulau Pinang.

    7.Pusat Pengumpulan hasil

    Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam.

    Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

    1.Petempatan berbeza

    Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar

    bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum india tinggal di estet

    2.Pekerjaan ikut kaum

    Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum India

    kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong

    bijih timah.

    3.Bahasa berbeza

    Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.

    4.Tiada kesepaduan kaum

    Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.

    5.Pendidikan Vernakular

    Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

    Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

    1.Pendidikan Vernakular

    Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

    2.Guna Bahasa Ibunda

    Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa

    penggantar.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    18/22

    3.Sek. Melayu- Neg.Selat.

    British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.

    4.Sek Melayu Tlk Belanga.- Pertama

    Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.

    5.Kemudian - Seberang Perai,K.Kangsar, Bt Gajah.Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.

    6.Sek .Perempuan 1885

    Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.

    7.Kolej Melayu -Elit

    Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.

    8.Sek.Melayu-Peringkat Rendah

    Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-cita

    British menjadikan anak Melayu sebagai petani.

    9.Guru- MPSI

    Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih

    guru sekolah Melayu.

    10.Ladang- Tamil

    Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.

    11.Bandar Tamil - Barat

    Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda

    di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.

    12.Sukatan - India

    Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa

    Tamil sebagai bahasa penggantar.

    13.Saudagar Cina tubuh sek.

    Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan

    sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.

    14.Dialek masing-maing.

    Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan

    sukatan pelajaran datangya dari China.

    15.Enakmen daftar sekolah.

    Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk

    menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.16.Mubaligh Kristian sek Ingg.

    Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan

    badan sukarela,di Tanah Melayu.

    17.Sek. Ingg Elit - Bandar

    Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar dan

    pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    19/22

    18.Sek Ingg. Ikut England

    Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.

    19.Universiti Malaya.

    Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak

    lewat.

    Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

    1.Kurang maju tumpu bahan mentah.

    Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British memberi

    tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan getah.

    2.Barangan diimport

    Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan

    perkilangan tempatan yang sedikit.

    3.Tujuan eksport kasut getah.

    Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum Yip

    Leong mndirikan dua buah kilang kasut getah untuk dieksport ke China.

    4.Kasut Bata - Klang

    Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.

    5.Fung Keong, Kinta Rubber Works berasaskan getah

    Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di

    Ipoh,Perak yang menghasilkan barangan berasaskan getah.

    6.United Engineer kapal korek

    Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek ,kapal kecil dan

    mesin memproses getah.

    7.Mengetin nanas.

    Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di Johor untuk

    eksport.

    8.Pemodal Cina

    Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

    Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad

    k-20.

    1.Perkembangan Lombong & PetanianPerkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan

    pengangkutan dan perhubungan.

    2.Cepat penghantaran

    Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan

    perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.

    3.Jln Keretapi Pertama

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    20/22

    Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping

    dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban

    ke Port Dickson dan di Tapah Road dengan Telok Anson.

    4.Perkhidmatan utk Timah

    Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan NegeriSembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.

    .51918 Keretapi ke Sempadan Siam

    Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan

    pada tahun 1918.

    6.1931 ke Timur

    Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan

    Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.

    7.1923 Sambung ke Singapura

    Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.

    8.Buka tanah baru

    Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman

    untuk penanaman getah.

    9.Pelabur luar datang

    Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan

    jalan kereta api.

    10.Muatan yg banyak

    Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.

    11.Jln raya berturap

    Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah dan

    getah ke pangkalan sungai.

    12.Sepanjang 2400km jln raya

    Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.

    13.Kenderaan bertambah

    Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun

    1902.

    14.Hubung Perlis - Singapura

    Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap

    dibina.15.Mudah hubungan Barat Timur

    Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan

    antara negeri-negeri di Pantai Timur.

    16.Komunikasi Tel. Telegraf, pos...

    Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara

    diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    21/22

    17.Tambah kecekapan

    Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan dengan

    lebih cekap dan cepat.

    Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-201.Lombong Timah

    Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.

    2.Cepat penghantaran

    Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport.

    3.Hubungkan dengan kawasan timah

    Jalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selangor dan

    Negeri Sembilan.

    4.Hubung seluruh Bahagian TM

    Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.

    5.PembukaanTanah Getah

    Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.

    6.Pelabur Luar - Getah

    Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.

    7.Muatan

    Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.

    8.Luar

    Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap.

    9.Pelabuhan

    Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah.

    Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah

    Melayu,Sabah dan Sarawak.

    1.Bina Hospital

    Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam usaha mengawal

    wabak penyakit berjangkit mudah merebak.

    2.Pusat Kesihatan

    Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit yang mudahmerebak.

    3.Pusat Kesihatan Kecil

    Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah pusat kesihatan

    di Selangor,dua buah di Pahang dan tiga buah di Negeri Sembilan.

    4.Sabah bina hospital

    Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah

  • 7/29/2019 Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

    22/22

    Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.

    5.Sarawak di Kuching, Sri Aman, Sibu

    Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil

    dibina di Sri Aman dan Sibu.

    6.Sumbangan orang PerseoranganTerdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di

    Kuala Lumpur,yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih timah

    yang terdiri daripada kalangan imigran China.

    7.Institut Penyelidikan Perubatan

    Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk

    mencari punca penyakit dan langkah pencegahan.

    8.Lembaga Sanitary

    Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam terutamanya di bandar-

    bandar serta mengawasi kebersihan bandar di Kuala Lumpur.

    9.Jabatan Kesihatan

    Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan bertanggungjawab

    dalam aspek kesihatan.