Sejarah Perlombongan Emas PahangL: Dengan Rujukan ... ... SEJARAH PERLOMBONGAN EMAS DI PAHANG DENGAN

  • View
    35

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of Sejarah Perlombongan Emas PahangL: Dengan Rujukan ... ... SEJARAH PERLOMBONGAN EMAS DI PAHANG DENGAN

  • 115

    SEJARAH PERLOMBONGAN EMAS DI PAHANG:DENGAN RUJUKAN KHAS

    SYARIKAT LOMBONG EMAS AUSTRALIA RAUB, 1892- 1960

    Sivachandralingam Sundara Raja*

    PENGENALAN Artikel ini akan mengkaji sejarah perlombongan emas di Raub, Pahang dengan tumpuan khas kepada Syarikat Lombong Emas Australia Raub (Raub Australian Gold Mining Ltd.) (R.A.G.M.), antara 1892-1960. Perbincangan akan difokuskan kepada penubuhan, perkembangan dan senario yang membawa kepada penutupan syarikat. PERLOMBONGAN EMAS DI NEGERI-NEGERI MELAYU. Perlombongan emas di Negeri-Negeri Melayu pada tahap awal terbatas di kawasan jalur emas yang sebahagian besarnya terdiri dari negeri Pahang. Ahli geologi telah membahagikan Semenanjung Tanah Melayu kepada tiga jalur, pertama, jalur tengah (Pahang) yang dikenali sebagai jalur emas; dan kedua jalur barat dan timur yang dikenali sebagai jalur timah.1 Pahang Gold-Belt meliputi kawasan perlombongan yang terdapat di Raub dengan berkeluasan 14,000 batu persegi (lihat peta 1).

    Sejarah perlombongan emas di Semenanjung Tanah Melayu telah bermula sejak abad Masihi dan pengeluaran emas dalam kuantiti yang besar dari Tanah Melayu menyebabkan negara ini dikenali sebagai kawasan wilayah emas. Mengikut rekod China, emas telah menjadi eksport utama Kelantan dan Pahang sejak abad ke tiga belas Masihi.2 Newbold pula menjelaskan emas telah dilombong di Tanah Melayu pada abad ke sembilan belas Masihi di Hulu Pahang, Terengganu, Kelantan, Gemencih dan Battan Moring di gunung Ophir.3

    * Penulis adalah Pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1 Kamaradin Mad Slar, 1983. Pengwujudan Emas Primer dan Plaser Bagi Negeri Pahang. Kuala

    Lumpur. Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi Malaysia: hlm. 3. 2 Nicholas N. Dodge. 1977. “Mineral Production on the East Coast of Malaya”. JMBRAS, Jilid. 50,

    Bahagian 2, hlm. 92. 3 N.Newbold, 1971. British Settlements In The Straits of Malacca. Vol. 1, London: Oxford University

    Press, hlm. 431.

  • 116

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

    Sumber: J.B. Scrivenor, “The Production and Occurance of Gold In Malaya”, The Gold Resources of the World, XV, International Geological Congress, South Africa, 1929, hlm. 232.

    Peta 1 : Kawasan Perlombongan Emas di Tanah Melayu

  • 117

    SEJARAH PERLOMBONGAN EMAS DI PAHANG: DENGAN RUJUKAN KHAS SYARIKAT LOMBONG EMAS

    Empat pusat perlombongan emas yang utama pada abad ke sembilan belas Masihi ialah di Hulu Sai (dalam negeri Patani di sempadan Kelantan), Sokor (Kelantan Tengah), Galas (Hulu Kelantan) dan di Raub (Hulu Pahang).4 Adalah dipercayai lombong-lombong ini telah diusahakan oleh orang Cina tempatan dan jumlah pengeluaran emas dianggarkan berjumlah 19,800 auns troy.5 Pahang mengeluarkan 3,600 auns troy pada 1830-an yang bernilai sepertiga daripada pengeluaran Pantai Timor dan selebihnya dihasilkan oleh Kelantan, Trengganu dan Patani.6 Mengikut para pengkaji pada abad kesembilan belas Masehi, pengeluaran emas Kelantan lebih tinggi dari negeri-negeri lain.

    Beberapa faktor membantu kemunculan Kelantan sebagai pengeluar emas yang utama di Tanah Melayu.7 Pertamanya dua dari empat lombong emas utama iaitu Galas dan Sokor terdapat di Kelantan. Lombong emas Hulu Sai juga terletak di bawah kawalan Kelantan. Kedua, Kelantan mempunyai pelombong-pelombong Cina yang ramai lebih ramai dari negeri- negeri lain di Tanah Melayu. Ketiga pelombong Cina yang berangkat ke Hulu Sai terpaksa melalui Sungai Kelantan dan Pergau untuk memendekkan perjalanan. Oleh itu mereka terpaksa membayar cukai dalam bentuk emas kepada kerajaan Kelantan dan ini memesatkan bgi eksport emas Kelantan.

    Dalam masa yang sama, kestabilan poIitik Kelantan dan dasar perdagangan liberal yang diamalkan oleh Kelantan berbanding dengan negeri-negeri Pantai Timur yang lain menyebabkan emas dari negeri-negeri lain dieksport melalui Kelantan. Semua keadaan ini menyebabkan Kelantan menjadi pengeksport emas yang utama di Tanah Melayu pada abad kesembilan belas dan bejaya menarik ramai kapitalis asing. Menjelang abad kedua puluh Masihi, Pahang mengambilalih kedudukan Kelantan sebagai pengeluar utama emas Semenanjung.8 PERLOMBONGAN EMAS DI PAHANG Satu-satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal dengan penghasilan emas ialah Pahang. Kepentingan Pahang sebagai salah sebuah negeri yang kaya dengan hasil emas pernah dibayangkan oleh seorang pedagang Portugis. Menurut beliau,

    Pahang [is] frequented by merchants because of its gold mines, for it possesses the largest and finest in the peninsula, from where we may pressume it was this gold that formed the ancient trade of Alexandria or Grand Cairo. 9

    Kawasan-kawasan yang penting untuk perlombongan emas di Pahang ialah Raub, Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau, Budu dan Hulu Dong. Jumlah pengeluaran emas Pahang antara 1892-1938 adalah sebanyak 811,614 auns troy dan dari jumlah ini 667,597 auns troy (88%) diperolehi dari Syarikat Lombong Emas Australia Raub (RA.G.M.). Pengeluaran emas

    4 Dodge, “Mineral Production on the East Coast’, hlm. 95. 5 Newbold, British Settlements In The Straits of Malacca, hlm. 95. 6 Dodge, “Mineral Production on the East Coast”, hlm. 95. 7 Ibid. 8 Robert Leslie Ratnasingam, 1973. “Kelantan 1890-1939, Government In Transition”, Tesis Sarjana,

    Universiti Malaya: hlm. 226. 9 Arnold Wright, 1913. The Malay Peninsula ( A Record of British Progress In The Middle East).

    London: T. Fisher Unwim, hlm. 259.

  • 118

    MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH paling tinggi yang dicatatkan oleh Pahang ialah 733,385 auns troy pada 1939, daripada jumlah tersebut R.A.G.M. menyumbangkan sebanyak 28,377 auns troy.10 PENUBUHAN SYARIKAT LOMBONG EMAS AUSTRALIA RAUB11 Sebelum pelombong-pelombong bangsa Australia menjalankan perusahaan perlombongan di Raub, Sultan Ahmad (1882-1914), iaitu Sultan Pahang pada masa itu telah membenarkan Raja Impi, seorang pembesar dari Klang untuk membuka konsesi di Raub. Perlombongan Raja Impi tidak berjaya dan beliau juga tidak membayar cukai. Ini mendorong Sultan Pahang untuk tidak membenarkan Raja Impi meneruskan perlombongan.12 Seterusnya Sultan telah memberi kebenaran kepada Syed Mohammad Al Sagoff, seorang saudagar yang kaya dari Singapura untuk menjalankan perusahaan perlombongan di Raub. Raja Impi yang marah dengan tindakan Sultan, telah menyerang Syed Mohammad Al Sagoff. Sultan Pahang bertindak segera dengan menghantar pengikut-pengikutnya seramai dua ratus orang untuk memerangi dan menghalau Raja Impi dari negeri Pahang.13 Perselisihan antara Raja Impi dan Sultan diselesaikan oleh seorang peniaga Singapura yang bertindak sebagai orang tengah. Keputusan dicapai antara kedua pihak untuk membahagikan wang dan saham yang dikumpulkan hasil penjualan konsesi dengan syarat-syarat tertentu.

    Selepas kejadian ini, Almeida salah seorang pengikut Syed Mohammad telah berangkat ke Borneo dan berjumpa dengan pencari emas berbangsa Australia bemama Sefton yang berkhidmat untuk Syarikat Borneo Utara. Sefton yang tertarik dengan cerita emas di Raub yang diperihalkan oleh Almeida, telah membeli konsesi di Raub dan memindahkan ke dalam sebuah syarikat Singapura bemama Malay Peninsula Prospecting Company.14 Setelah mendapat kebenaran daripada Sultan Pahang untuk menjalankan perusahaan perlombongan emas di Raub, Sefton kembali ke Australia dan menubuhkan sebuah sindiket yang kemudiannya memeteri perjanjian membeli kawasan seluas dua puluh batu persegi di Raub dengan harga 10,000 pound sterling. Sindiket ini bermodal besar dan mempunyai saham bernilai l,000,000 pound sterling.15 Sindiket ini didaftarkan pada 12 November 1889, di Queensland Australia dan pada awalnya dikenali sebagai Raub Australian Syndicate Li- mited dan Wiliam Bibby menjadi pengurus yang pertama. Pada 1892, nama Syarikat ini ditukar kepada Australian Gold Mining Company Limited.16

    10 R.G Cant, 1972. “A Historical Geography of Pahang”, JMBRAS, Monograf No. 4, hlm. 29. 11 Raub ialah sebuah dari enam daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri dari tujuh buah mukim,

    iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Hulu, Dong, Hulu Dong Gali dan Tras. Perkataan “Raub” dalam bahasa Malaysia bermakna genggam. Menurut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir “People found that for every ‘dulang’ of sand there was a handful (raub) of gold” (Malaysiana, 78/79, Official Yearbook, Kuala Lumpur, Percetakan Negara, 1979, hlm. 22).

    12 Golden Raub: A Series of Articles on the Raub Mines and Their Prospects with some observations on Pahang, 1897. Singapore, Straits Times Press: hlm. 3.

    13 lbid. 14 lbid. 15 J.A. Richardson, l939. The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang,

    Geological Survey Department, Federated Malay States: hlm. 38. 16 Ibid., hlm. 93.

  • 119

    SEJARAH PERLOMBONGAN EMAS DI PAHANG DENGAN RUJUKAN KHAS SYARIKAT LOMBONG EMAS PERKEMBANGAN SYARIKAT LOMBONG EMAS AUSTRALIA RAUB Sejak penubuhan Syarikat Lombong Emas Australia, ia telah mrnghadapi pelbagai cabaran tetapi semuanya berjaya diatasi sehingga syarikat muncul sebagai syarikat lombong emas yang paling berjaya di Pahang. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan syarikat ini ialah kestabilan politik yang terdapat di Pahang. Pada zaman a