22
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SCE3102 CHILDREN’S LEARNING IN SCIENCE (KANAK-KANAK DAN PEMBELAJARAN SAINS) Masa : 2 jam 30 minit 1. This question paper consists of three sections: Section A: 20 objective questions Section B: 4 structured questions Section C: 3 essay questions 2. Answer all questions in Section A, Section B and any two questions in Section C. 3. Answer : Questions in Section A on the objective answer sheet provided. Questions in Section B in the test booklet. Questions in Section C in the answer sheets provided.

SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN

SCE3102CHILDREN’S LEARNING IN SCIENCE

(KANAK-KANAK DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Masa : 2 jam 30 minit

1. This question paper consists of three sections:

Section A: 20 objective questionsSection B: 4 structured questionsSection C: 3 essay questions

2. Answer all questions in Section A, Section B and any two questions in Section C.

3. Answer : Questions in Section A on the objective answer sheet provided. Questions in Section B in the test booklet.

Questions in Section C in the answer sheets provided.

SECTION A

Page 2: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

(20 marks)

Answer all questions in this section.

1. Tiga elemen utama dalam sains ialah proses, produk dan sikap manusia.

Manakah antara berikut merupakan contoh produk sains?

(A) Fakta, konsep, prinsip dan hukum

(B) Inferens, ramalan, dan mendefinisi secara operasi

(C) Menghubung kait, membuat generalisasi, dan membuat rumusan

(D) Bekerjasama, menjaga alam sekitar, dan bersyukur kepada Tuhan

2. Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera.

Manakah antara pernyataan berikut benar mengenai kedua-dua hemisfera otak?

(A) Kedua-duanya tidak saling berhubung

(B) Kedua-duanya menentukan kecerdasan manusia

(C) Kedua-duanya mengawal mod pemikiran berbeza

(D) Kedua-duanya menyebabkan tindak balas yang bercanggah terhadap rangsangan berbeza

3. Manakah antara aktiviti berikut menghalang pembelajaran berasaskan otak (brain-

based learning)?

(A) Guru membawa murid membuat lawatan

(B) Guru menyuruh murid menghafal contoh jawapan

(C) Guru membenarkan murid belajar mengikut tahap keupayaan

(D) Guru membekalkan masalah situasi harian kepada murid untuk diselesaikan

Page 3: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

4. Jean Piaget mencadangkan bahawa perkembangan kanak-kanak berlaku melalui empat tahap perkembangan kognitif.

Manakah antara tahap-tahap berikut merupakan sebahagian teori Piaget di atas?

(A) Sensori-motor

(B) Pos-operasional

(C) Operasi informal

(D) Operasi abstrak

5. Manakah antara pernyataan berikut tidak benar mengenai pembelajaran induktif?

(A) Murid-murid memberi contoh spesifik berdasarkan konsep utama yang diajar

(B) Murid-murid diperkenalkan kepada suatu pengalaman dan mempelajari contoh spesifik bagi konsep yang diajar

(C) Guru membantu murid-murid menganalisa contoh-contoh dan mengenal pasti

persamaan dan perbezaan

(D) Murid-murid membina kefahaman terhadap konsep yang dipelajari dan mengaplikasi konsep tersebut dalam situasi berbeza

6. Seorang guru memberitahu murid-muridnya bahawa sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam waktunya, mereka akan diberi kerja rumah yang sedikit.

Situasi ini merupakan satu contoh

(A) pembentukan tingkah laku

(B) hukuman

(C) peneguhan positif

(D) peneguhan negatif

Page 4: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

7. Hukuman berkesan untuk mengurangkan tingkah laku agresif murid sekiranya ia

I dilaksanakan secara konsisten

II dalam bentuk yang tidak disukai murid

III dengan serta merta diikuti aktiviti membentuk tingkah laku positif

IV dilaksanakan dalam perhimpunan mingguan

V dilaksanakan serta merta selepas tingkah laku agresif tersebut

(A) I, II and V only

(B) I, III and IV only

(C) I, III, IV and V only

(D) II, III and V only

8. Pengelola awal (advance organizers) digunakan oleh Ausubel bertujuan untuk

(A) memperkenalkan konsep baru kepada pelajar

(B) membantu pelajar membuat kesimpulan

(C) memberi gambaran mengenai apa yang akan dipelajari

(D) membawa pelajar kepada aras kefahaman yang lebih tinggi

9. Apabila seorang guru menulis tajuk pelajaran pada hari itu di atas papan tulis, beliau

sedang menggunakan kaedah pengajaran Gagne yang berikut, iaitu

(A) menarik perhatian murid

(B) memberi maklum balas kepada murid

(C) mencetus persembahan idea murid

(D) memberi rangsangan kepada murid

Page 5: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

10. Susun yang berikut berdasarkan Teori Pembelajaran Gagne.

I Rantaian (Chaining)

II Pembelajaran Isyarat (Signal Learning)

III Rangsangan Tindak balas (Stimulus Response)

IV Perkaitan Verbal (Verbal Association)

V Diskriminasi Pelbagai (Multiple Discrimination)

(A) II III I IV V

(B) I II IV III V

(C) II V I IV III

(D) V IV III II I

11. Jenis memori di mana minda mengendalikan maklumat, mengorganisasinya sama ada untuk penyimpanan atau menyingkirkannya dan menghubungkannya dengan maklumat lain dipanggil

(A) memori episodik (episodic memory)

(B) memori kerja (working memory)

(C) memori jangka panjang (long term memory)

(D) memori jangka pendek (short term memory)

12. Samad sedang mengajar faktor-faktor yang mempengaruhi kecerahan mentol kepada murid-murid Tahun 3. Beliau membahagikan murid-murid tersebut kepada empat kumpulan dan membekalkan setiap kumpulan dengan wayar, bateri dan mentol.Samad bertujuan untuk

(A) mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid-muridnya

(B) membina interaksi sosial antara guru dengan murid dan dalam kalangan murid-muridnya

(C) menerapkan sikap saintifik dan nilai murni melalui aktiviti berkumpulan

Page 6: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

(D) membolehkan murid-muridnya membina kefahaman sendiri menerusi aktiviti berbentuk hands-on

13. Manakah antara fasa berikut dalam Model Pengajaran Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang paling sesuai digunakan untuk mengenal pasti miskonsepsi murid terhadap konsep sains?

(A) Refleksi

(B) Orientasi

(C) Pencetusan idea

(D) Aplikasi idea

14. Dalam konstruktivisme, aktiviti fizikal yang bermanfaat harus dirancang untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang diperlukan untuk pemikiran dan penerokaan seperti

(A) menyenaraikan bahan-bahan yang mengkonduksi arus elektrik

(B) melukis jadual untuk merekod ciri-ciri luaran tumbuhan

(C) menerangkan bagaimana mentol elektrik boleh dinyalakan dan dipadamkan

(D) doing a fair test to compare the growth of green beans in clay and sand

15. Misconceptions or alternative frameworks regarding science concepts exist in children before they start schooling.

Mengapa guru harus mengenal pasti miskonsepsi murid-muridnya sebelum meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

(A) Membantu murid-muridnya menyesuaikan (accommodate) dengan konsep-konsep baru yang akan dipelajari

(B) Meramal respon murid-muridnya terhadap konsep-konsep sains yang diajar

(C) Mengenal pasti kerangka alternatif murid-murid dan menunjukkan kepada mereka kerangka baru

(D) Merancang strategi dan aktiviti untuk membantu murid-murid mempelajari konsep baru dalam sains

Page 7: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

16. Manakah antara kaedah berikut paling kurang sesuai untuk menentukan miskonsepsi murid?

(A) Temu bual

(B) Penyelidikan

(C) Ramalan

(D) Soal selidik

17. Ariff percaya bahawa tumbuhan boleh tumbuh daripada butang yang ditanam.

Manakah antara aktiviti berikut boleh dilaksanakan oleh gurunya untuk menukar miskonsepsi ini?

(A) Meminta Ariff menanam biji benih dan sebiji butang

(B) Memberi Ariff buku mengenai bagaimana tumbuhan tumbuh

(C) Menunjukkan Ariff gambar tumbuhan yang tumbuh daripada biji benih

(D) Membawa Ariff ke persekitaran sekolah untuk menunjukkan bagaimana tumbuhan tumbuh

18. Adam percaya bahawa bateri bersaiz besar akan menjadikan mentol menyala lebih cerah.

Untuk membetulkan miskonsepsi ini, guru boleh

(A) menerangkan kepadanya bagaimana mentol berfungsi

(B) menunjukkan kepadanya bateri-bateri berlainan saiz

(C) menggantikan bateri tersebut dengan yang lebih kecil

(D) meminta Ahmad membaca mengenai bateri daripada buku teks

Page 8: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

19. Seorang guru Sains telah berjaya dalam membetulkan miskonsepsi murid-muridnya bahawa bahan-bahan ‘hilang’ apabila larut dalam air.

Bagaimana murid-murid tersebut membetulkan miskonsepsi mereka?

(A) Mengingat semula

(B) Menyemak kefahaman rakan-rakan mereka

(C) Menukar idea terdahulu melalui akomodasi

(D) Memastikan jawapan mereka betul walaupun ianya salah

20. Murid-murid mempunyai miskonsepsi bahawa Bumi berputar dari Timur ke Barat apabila mereka melihat bahawa Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat.

Manakah antara berikut paling sesuai untuk guru membetulkan miskonsepsi tersebut?

(A) Gunakan klip video yang menunjukkan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari

(B) Buat simulasi putaran Bumi menggunakan model Bumi dan sumber cahaya sebagai Matahari

(C) Minta murid-murid mencari maklumat mengenai pergerakan Bumi daripada pelbagai sumber dan membentang dapatan mereka kepada rakan-rakan

(D) Menerangkan kepada murid-murid bahawa Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat.

Page 9: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

SECTION B(40 marks)

Answer all questions in this section.

1. Ausubel menggalakkan penggunaan pengelola awal (advance organizers) dalam pengajaran dan pembelajaran konsep-konsep sains.

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengelola awal?

___________________________________________________

___________________________________________________

[1 mark]

(ii) Beri satu contoh pengelola awal (advance organizer).

___________________________________________________

___________________________________________________

[1 mark]

(b)

Rajah 1

Page 10: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

Rajah 1 menunjukkan satu rantai makanan ‘mangsa dan pemangsa’.

Terangkan empat langkah dalam pembelajaran deduktif untuk mengajar tajuk Rantai Makanan.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[8 marks]

2. Berdasarkan Teori Pemprosesan Maklumat, maklumat diproses dan disimpan dalam tiga tahap iaitu memori deria (sensory memory), memori jangka pendek (short term memory) dan memori jangka panjang (long term memory).

(a) Nyatakan satu sifat

(i) memori jangka pendek

___________________________________________________

___________________________________________________

[2 marks]

(ii) memori jangka panjang

___________________________________________________

___________________________________________________

[2 marks]

b) Namakan dua faktor yang boleh menukar memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang.

________________________________________________________

________________________________________________________

Page 11: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

[2 marks]

c) Terangkan secara ringkas empat cara bagaimana Teori Pemprosesan maklumat boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid belajar dengan berkesan.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

[4 marks]

3. Kanak-kanak secara semula jadi sangat berminat untuk belajar. Sebagai guru, anda boleh membantu kanak-kanak memperoleh dan membina makna-makna saintifik dengan ara memahami dan bertindak balas terhadap minat, keupayaan, pengalaman dan keperluan mereka.

(a) Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi sebaik mana seorang kanak-kanak belajar sains.

(i) __________________________________________________________

__________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________

__________________________________________________________

(iii) __________________________________________________________

__________________________________________________________

[6 marks]

(b) Senaraikan empat jenis pengalaman sains yang sepatutnya berlaku di dalam bilik darjah.

(i) __________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________

(iii) __________________________________________________________

Page 12: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

(iv) __________________________________________________________

[4 marks]

4. Misconceptions juga dirujuk sebagai preconceived notions, conceptual misunderstandings and non-scientific beliefs. Seseorang yang mempunyai miskonsepsi selalunya tidak menyedari kenyataan bahawa idea dan kepercayaannya tidak betul.

(a) Beri definisi miskonsepsi.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[2 marks]

(b) Nyatakan dua cara bagaimana miskonsepsi dalam sains terbentuk.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[4 marks]

(c) Beri satu sebab mengapa adalah penting untuk membetulkan miskonsepsi kanak-kanak dalam sains.

________________________________________________________

________________________________________________________

[2 marks]

(d) Beri dua contoh miskonsepsi kanak-kanak dalam sains.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Page 13: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

[2 marks]

Page 14: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

SECTION C(60 marks)

Answer any two questions in this section.

1. Jean Piaget (1896 – 1980) membangunkan teori perkembangan kognitif untuk menerangkan bagaimana kanak-kanak belajar sains. Beliau menyatakan bahawa bayi, kanak-kanak dan orang dewasa mengalami adaptasi. Hal ini menyebabkan skema seseorang berubah mengikut masa, dengan itu perkembangan intelektual juga berubah.

(a) Terangkan setiap satu daripada empat tahap perkembangan kognitif Piaget.

[8 marks]

(b) Berikan satu contoh untuk setiap satu tahap di atas dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

[12 marks]

2. Jerome Bruner membangunkan mod pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran penemuan dan pembelajaran induktif.

(a) Terangkan pembelajaran penemuan dan pembelajaran induktif berdasarkan kepada Teori Pembelajaran Bruner.

[4 marks]

(b) Bruner juga mencadangkan tiga tahap untuk kanak-kanak memahami dan memproses maklumat daripada persekitaran mereka.

Huraikan ketiga-tiga tahap.[6 marks]

(c) Terangkan secara ringkas lima cara untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sains berdasarkan Teori Pembelajaran Bruner.

[10 marks]

15

Page 15: SCE3102_ Contoh Soalan Peperiksaan

3. Model Konstruktif Lima Fasa Needham mengandungi lima fasa yang dinamakan orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semuala idea, aplikasi idea dan refleksi.

(a) Jelaskan tujuan setiap fasa. [5 marks]

(b) Pilih satu daripada tajuk dalam sukatan pelajaran Sains dan terangkan aktiviti-aktiviti yang boleh anda jalankan di setiap fasa untuk mengajar menggunakan model ini.

Cadangkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga sikap saintifik dan nilai murni yang boleh diterapkan menerusi pelajaran ini.

[15 marks]

16