26
Keberkesanan Dan Penambahbaikan Sekolah Artikel berikut akan mengupas serba sedikit berkaitan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah. Definisi sekolah berkesan Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu. Lippitz dalam Mukhtar et al. telah mentakrifkan sekolah berkesan sebagai "sekolah yang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dan kelas pertengahan mendapat pencapaian akademik yang baik" (Hare, 1988: 413) Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di mana majoriti pelajar mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam pada peringkat kebangasaan. Menurut Levine dan Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah digunakan oleh kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu seperti matematik, sains atau bahasa, kehadiran pelajar ke sekolah dan kepuasan pelajar. Al Ramaiah (1995) pula menyatakan konsep sekolah berkesan sepatutnya dalam konteks memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar bukannya berfokus kepada hasil pencapaian akademik pelajaran semata-mata walaupun pencapaian kelulusan sekolah adalah seratus peratus. Manakala Rahimah (1998) pula menegaskan konsep sekolah berkesan seharusnya mempunyai cirri-ciri sekolah yang baik serta membawa hasil pembelajaran, sekolah yang berupaya membina watak dan membuktikan ianya boleh membawa perubahan kepada pelajar. Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) dalam Abdul Malek menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza. Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua kriteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, outcome’ atau ‘output’dan proses. Levine dan Lezotte (1990) melihat sekolah berkesan dari segi

Satu Perjuangan: Keberkesanan Dan Penambahbaikan Sekolah

  • Upload
    mala056

  • View
    92

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Keberkesanan dan Penambahbaikan sekolah

Citation preview

  • Keberkesanan Dan Penambahbaikan SekolahArtikel berikut akan mengupas serba sedikit berkaitan keberkesanan dan penambahbaikansekolah.

    Definisi sekolah berkesan

    Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah sebagai tempat untuk belajardan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan olehsesuatu. Lippitz dalam Mukhtar et al. telah mentakrifkan sekolah berkesan sebagai "sekolahyang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dan kelas pertengahan mendapatpencapaian akademik yang baik" (Hare, 1988: 413)

    Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di mana majoriti pelajarmendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam pada peringkat kebangasaan.Menurut Levine dan Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah digunakan olehkebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu seperti matematik, sainsatau bahasa, kehadiran pelajar ke sekolah dan kepuasan pelajar. Al Ramaiah (1995) pulamenyatakan konsep sekolah berkesan sepatutnya dalam konteks memberi kesan positifterhadap pembelajaran pelajar bukannya berfokus kepada hasil pencapaian akademik pelajaransemata-mata walaupun pencapaian kelulusan sekolah adalah seratus peratus. ManakalaRahimah (1998) pula menegaskan konsep sekolah berkesan seharusnya mempunyai cirri-cirisekolah yang baik serta membawa hasil pembelajaran, sekolah yang berupaya membina watakdan membuktikan ianya boleh membawa perubahan kepada pelajar.

    Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsiyang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll danFink (1996) dalam Abdul Malek menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepadakeberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza. Kajian-kajian sekolahberkesan secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yangdianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umumterdapat dua kriteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu,outcome atau outputdan proses. Levine dan Lezotte (1990) melihat sekolah berkesan dari segi

  • hasil yang dikehendaki (outcome). Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahajadari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan (equity). Mengikut beliau keberkesanansekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanakkurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang menguasaiakademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya.

    Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yangpelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakangmereka. Schreens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan mengikut perspektif tertentu. Darisegi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika outcome; atau hasil yang diingini dapat dicapaidengan kos yang rendah sementara perspektif hubungan kemanusiaan dalam organisasi,organisasi yang berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan dalamkalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi. Hasil tinjauan rambang Sharifah(2000) mendapati sekolah-sekolah di Malaysia mengaitkan sekolah berkesan dengankecemerlangan akademik yang telah dicapai.

    Kajian Berkaitan Keberkesanan Sekolah

    Kajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan keberkesanansekolah melalui pemboleh ubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukurkeberkesanan sekolah. Secara keseluruhan, tidak ada konsensus di kalangan pengkaji tentangdefinisi keberkesanan. Secara umum terdapat dua criteria yang digunakan, iaitu outcome atauoutput dan proses. Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan sekolahberasaskan output, iaitu pencapaian dalam ujian piawaian bagi mata pelajaran matematik danbacaan. Di United Kingdom, pemboleh ubah proses seperti kedatangan, kelakuan pelajar danpeningkatan skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan. Selain mengukurkeberkesanan dari segi kualiti ada juga pengkaji yang menggunakan kriteria kesaksamaan(equity).

    Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi jugadari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur berdasarkankejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakankadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai akademik sama seperti bilangan

  • anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagaiberkesan jika tidak memberi kesaksamaan peluang pendidikan. Mengikut kriteria ini, padapendapat beliau, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amatsedikit.

    Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenalpasti sekolah yang berkesan: (1)menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada mediankebangsaan, (2) analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkatdari semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan (4) pencapaiansekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

    Selain melihat hasil sebagai pengukur keberkesanan, pengkaji telah meluaskan definisikeberkesanan dengan mengkaji peningkatan yang menjadi nilai tambahan yang dialami olehmurid disebabkan keberkesanan sekolah. Maka keberkesanan sekolah bukan hanya diukur darisegi hasil tetapi juga dari segi proses peningkatan yang dialami. Mortimore (1991) merumuskanbahawa sekolah yang berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yangdiharapkan jika diambil kira latar belakang mereka. Mengikut Stoll dan Fink (1996) jikaditambah perkataan semua pelajar dalam rumusan Mortimore itu, maka konsep nilaitambahan dan kesaksamaan dapat disatukan dalam mendefinisikan keberkesanan sekolah. Dariitu, jelaslah bahawa sekolah yang berkesan itu, berkesan bagi semua pelajar tidak kira latarbelakang mereka. Berdasarkan definisi ini bolehkah kita katakan bahawa sekolah berasramapenuh yang sedia mengambil pelajar yang memang berkebolehan itu berkesan berdasarkanprestasi mereka dalam peperiksaan umum? Atau bolehkah kita anggap sekolah luar bandar yangtelah menunjukkan peningkatan tahun demi tahun walaupun prestasinya tidak sebaik sekolahberasrama penuh, sebagai sekolah yang berkesan? Jelaslah jika sekolah berasrama penuh tidakmenunjukkan nilai tambahan dan prestasi pelajarnya hanya apa yang diharapkan, maka sekolahitu belum boleh dianggap berkesan. Sebaliknya jika sekolah kampong itu boleh menunjukkannilai tambahan berserta dengan usaha menyamaratakan peluang pendidikan dan pelajarnyamencapai lebih daripada apa yang diharapkan maka sekolah ini boleh dianggap sebagaiberkesan.

    Sergiovanni (1987) juga mendefinisi keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan sekolah.

  • Beliau menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan: (1) peningkatan dalamskor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran, (3) pertambahan dalam bilangan tugasanpenulisan dan kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan masa untuk Matematik, BahasaInggeris, Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti dan ibubapa, (6) penglibatan pelajardalam aktiviti kokurikulum, (7) ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan ( 8)sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa.

    Aspek lain yang digunakan oleh pengkaji sebagai pengukur keberkesanan sekolah ialah kelakuanmurid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988; Teddlie dan Stringfield,1993). Manakala Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan keberkesanan sekolah seperti berikut: (1)sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, (2) menggalakkan peningkatan untuk semua pelajarlebih daripada apa yang dijangkakan jika diambil kira latar belakang dan kebolehan asalmereka, (3) memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin potensinya, dan (4)menggalakkan (enhance) semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.

    Berdasarkan perbincangan tentang beberapa definisi keberkesanan sekolah, bolehlahdirumuskan tentang pengertian keberkesanan sekolah ini seperti berikut:

    Keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil persekolahan. Hasil iniberbentuk akademik (pencapaian akademik) dan bukan akademik; (kelakuan murid,konsep kendiri dan sikap murid, kepuasan kerja guru dan sebagainya).Proses juga boleh menjadi criteria bagi mengukur keberkesanan: pentadbiran sekolah,kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesanadalah antara criteria yang dinyatakan.Keadaan sekolah, keceriaan, kebersihan, keadaan disiplin juga merupakan criteriakeberkesanan.Kriteria keberkesanan sekolah berbeza mengikut Negara, budaya dan lokasi yangberlainan.Keberkesanan bukan hanya dicerminkan dari aspek kualiti bahkan dari aspek ekuiti(kesaksamaan) juga.Keberkesanan sekolah diukur dari segi progress atau peningkatan yang dialami, iaitu nilaitambahan yang diperoleh.

  • Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang meningkat lebih daripada yang diharapkan jikadiambil kira latar belakang pelajarnya.

    Perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan yangmenggalakkan rasa hormat-menghormati dan kerjasama antara satu dengan lain.

    Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan mereka yangseimbang dan interaksi social mereka dengan pelajar lain di sekolah perlu diberi perhatian.

    Sekolah memainkan peranan yang berkesan dlam melibatkan ibu bapa, bukan hanyamelalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang melibatkanguru, pelajar, ibu bapa,

    Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah mestilah berlandaskan aspirasi yangtermaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara, dan dalam Wawasan 2020. Kita mahukansekolah berwawasan, sekolah kecacatan sifar dan pendidikan bertaraf dunia. Maka sudahsemestinya pengertian keberkesanan diperluas. Selain perkara yang telah diberipenekanan ada aspek lain yang perlu ditonjolkan.

    Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurangberuntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melaluiprogram pengayaan mereka.

    Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secarasengaja memupuk komuniti dan pengetua. Sekolah yang berkesan terbuka kepadacadangan dan bantuan rakan kongsinya.

    Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.

    Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru mengambilberat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam hal-hal yangberkaitan kepentingan mereka sendiri.

    Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan wawasanwarganya, mengikut acuannya sendiri.

    Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu

  • menjayakannya.

    Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritis, penyayang,mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

    Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru dan ibubapa.

    Model-Model Keberkesanan Sekolah

    1. Model Matlamat

    Berkesan bila dapat mencapai matlamat

    Matlamat yang jelas

    Terhad

    o Perlukan matlamat yang jelas

    o Perlu boleh diukur

    o Faktor masa

    o Matlamat yang tidak mendapat persetujuan ramai

    2. Model Sumber Input

  • Disebabkan wujud pelbagai pengharapan dari pelbagai pihak berkepentingan, sekolahterpaksa mewujudkan pelbagai matlamat walaupun tidak konsisten

    Lebih banyak input sumber yang bernilai diperlukan untuk sekolah yang berkesan

    Keberkesanan sekolah berkesan apabila boleh memperolehi sumber yang diperlukan

    Input dan pemerolehan sumber kriteria asas bagi sekolah keberkesanan

    Terhad penekanan yang lebih kepada sumber, pengurangan pendekatan terhadapproses dan output

    3. Model Proses

    Sekolah adalah berkesan jika fungsi dalamannya lancar dan sihat

    Keberkesanan bergantung kepada kelancaran fungsi dalaman

    Contoh proses: kepimpinan, saluran komunikasi

    Perhubungan yang jelas antara proses pembelajaran dan hasilnya

    Terhad:

    o Faktor kesukaran dalam proses: - pemantauan, - pengumpulan data, - pemfokusan

  • o Keberkesanan bergantung kepada perhubungan proses persekolahan dalam bidang yangspesifik, sejauh mana dia tahu tentang bidang tersebut

    4. Model Kepuasan

    Matlamat yang luas dan banyak, maka makin sukar untuk dicapai

    Matlamat yang kurang dan mudah, maka lagi mudah untuk dicapai, jadi ia lebih mudahdianggap berkesan

    Kepuasan pihak atasan dikira berkesan

    Puas terhadap kualiti, merujuk kepada kepuasan pelanggan terhadap keperluan,permintaan dan apa yang diharapkan

    Model ini mengatakan sekolah adalah berkesan jika semua pihak berkepentingan puas hatisecara minima

    Kepuasan pihak berkepentingan adalah petunjuk keberkesanan

    Masalah: - sekiranya berlaku konflik antara pihak yang berkepentingan maka model initidak sesuai.

    5. Model kesahihan/kesahan

    Sekolah berkesan adalah sekolah yang dapat menunjukkan akauntabiliti, penuhi kehendak

  • komuniti dan mendapat sokongan pihak berkepentingan

    Sekolah perlu bersaing untuk mendapat perhatian ibubapa agar memilih sekolahberkenaan

    Perhubungan awam, aktiviti pemasaran dan membangunkan sekolah berasaskan sistemakauntabiliti untuk mendapat kepercayaan daripada ibubapa.

    Ibubapa percaya ia sah dan sahih bahawa memang sekolah berkenaan beroperasi secaraakauntabiliti dan memenuhi kehendak komuniti

    6. Model ketidakberkesanan

    Disebabkan oleh sukar untuk mengenalpasti aspek keberkesanan tetapi mudah untukmengetahui kriteria yang menyebabkan ketidakberkesanan

    Model ini boleh digunakan apabila ciri-ciri keberkesanan tidak dapat dilihat dengan jelas

    Contoh faktor penyebab tidak berkesan seperti konflik, kesukaran, kelemahan dsb

    Tidak sesuai bagi sekolah yang cemerlang

    7. Model pembelajaran terancang

    Model ini hampir sama dengan model proses

  • Beza dengan model proses adalah penekanan terhadap perlakuan pembelajaran untukmendatangkan kesan kepada pencapaian sekolah

    Terhad jika perhubungan antara proses pembelajaran terancang dengan hasil yanghenda dicapai oleh sekolah tidak jelas

    o Cth: walaupun kurang proses pembelajaran, ada faktor penarik lain yang menyebabkan iamendapat keputusan yang baik. Sila rujuk kepada 5 dimensi yang dinyatakan oleh Peter Senge;1) personal Mastery 2) Mental Models 3) shared vision 4) team learning 5_) system thinking

    8. Model TQM (Total Quality Management)

    Memfokuskan kepada pengurusan bukan kepada individu sebagai manusia

    Konsep yang komprehensif dengan mengintegrasikan semua model

    Keberkesanan bergantung kepada keupayaan pengurusan sekolah

    DEFINISI PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

    Menurut Barth (1990), beliau percaya penambahbaikan sekolah itu merupakan satu usahauntuk menentukan dan menyediakan perubahan, dibentuk bersama dan tanpa, di mana orangdewasa dan kanak-kanak yang bersekolah akan menggalakkan dan mempertahankan keinginan

  • belajar di kalangan mereka sendiri.

    Van Velzen et al.(1985) menganggap penambahbaikan sekolah sebagai satu usaha yang sistematik serta dibenarkan yang bertujuan untuk perubahan dalam syarat-syarat pembelajarandan lain-lain yang berkaitan dengan keadaan dalam satu atau lebih sekolah, dengan matlamatakhir ialah untuk mencapai matlamat pendidikan dengan lebih berkesan.

    Menurut Hopkins et al.(1994) pula, makna penambahbaikan sekolah hari ini adalah padaumumnya difahami sebagai satu usaha berterusan untuk menjadikan sekolah sebuah tempatyang lebih baik bagi proses pembelajaran untuk murid-murid. Beliau menerangkan pembaikansekolah adalah satu pendekatan ke arah perubahan pendidikan yang bertujuan menambahpencapaian pelajar dan mengukuh keupayaan sekolah untuk pengurusan perubahan. Usaha kearah penambahbaikan sekolah merupakan urusan setiap sekolah. Sekolah tidak boleh berdiamdiri kerana dalam konteks sekolah ia sentiasa berubah. Penambahbaikan sekolah sepatutnyamenjadi agenda utama di semua sekolah.

    Penambahbaikan sekolah berpegang kepada prinsip self-renewing school iaitu perubahan danperkembangan dimiliki oleh sekolah daripada mendapat arahan dan tekanan dari luar (Hopkinset. al., 1996). Ia berdasarkan beberapa andaian termasuklah kepercayaan bahawa sekolahmempunyai kapasiti menambah baik diri sendiri, yang melibatkan perubahan budaya. Ia akanmudah dicapai melalui keadaan dalaman sesebuah sekolah itu yang mengambil kira pelbagaiperspektif perkembangan dan perubahan.

  • Konsep penambahbaikan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik bagaimana sesuatuperubahan itu dimulakan, dilaksanakan dan institusikan. Terdapat 5 dapatan tentang prosesperubahan sekolah yang berkesan. Pertama, kajian penambahbaikan sekolah membuktikanwujudnya pembangunan guru yang penting di peringkat sekolah. Penambahbaikan guru salingberkait rapat dengan penambahbaikan sekolah. Kedua, kajian penambahbaikan sekolahmenekankan kepentingan kepimpinan dalam mengiringi perubahan peringkat sekolah. Ketiga,kajian penambahbaikan sekolah telah menunjukkan tiada satu pun kajian tindakanpenambahbaikan sekolah yang sesuai digunakan di semua jenis sekolah. Keempat, usaha kearah penambahbaikan sekolah telah mengukuhkan keperluan perubahan ke atas usahamenghasilkan pencapaian pelajar secara khusus. Kelima, usaha ke arah penambahbaikansekolah telah membuktikan kepentingan memahami dan menggunakan budaya sekolah(Hargreaves,1994).

    Kajian telah menunjukkan bahawa budaya sekolah yang menggalakkan kejelekitan, kepercayaandan kerja kolaboratif yang menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran adalah lebihcenderung ke arah usaha untuk bertindakbalas bagi menambahbaikkan sekolah.

    Penambahbaikan sekolah ialah sesuatu perubahan yang dilakukan secara terancang dan dibuatlangkah demi langkah. Perubahan yang dilakukan itu merupakan sesuatu yang berbezadaripada amalan yang telah kita jalankan, sesuatu perkara yang baru dan kreatif daripadapelbagai segi seperti dalam amalan pedagogi, pengurusan, kepemimpinan yang kita tidakamalkan dan kemudiannya kita amalkan.

    Perkembangan pendidikan yang berlaku kini menjurus kepada memberi keutamaan dalamaspek penambahbaikan sekolah. Kerajaan telah memberikan peruntukan pendidikan dalamDalam Rancangan Malaysia Ke-9 untuk penambahbaikan sekolah. Penambahbaikan sekolah

  • ialah berkaitan dengan akauntabiliti dan kecekapan (efficiency). Akauntabiliti pihak sekolahterhadap murid yang semakin lama semakin meningkat, tuntutan pihak stake holders, ahlipolitik, ibubapa atau pihak yang menuntut sekolah iaitu guru-guru seharusnya lebih mempunyaiakauntabiliti terhadap pelajar-pelajarnya. Di negara ini belum ada guru-guru dan pihak sekolahyang disabitkan kesalahan kerana murid-murid gagal dalam peperiksaan. Namun, persoalanakauntabiliti dan kecekapan ini menjadi satu tekanan, menjadi satu tekanan pihak luar kepadasekolah untuk melakukan penambahbaikan.

    Pernyataan Sekolah boleh membuat perubahan merupakan suatu kepercayaan terhadap pihaksekolah boleh berubah daripada keadaan sedia ada kepada yang keadaan yang lebih baik lagi.Dalam literatur sekolah berkesan, apa yang menjadi pernyataan yang sering diungkapkan ialahpernyataan Pengetua boleh membuat perubahan. Manakala dalam penambahbaikan sekolah,pernyataan Sekolah boleh membuat perubahan. Perubahan untuk penambahbaikan sekolah ituboleh dilakukan dengan cara memastikan aspek kuantiti kepada kualiti. Kini, penekananterhadap kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan semakin difokuskan kerana pasarankerja juga mementingkan kecemerlangan akademik di samping penekanan terhadapkokurikulum.

    Penambahbaikan sekolah juga boleh berlaku disebabkan agenda politik. Penambahbaikan iniadalah untuk melahirkan modal insan. Misalnya pihak kerajaan memperkenalkan PPSMI yangbertujuan untuk melahirkan e-pekerja yang berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang. Olehyang demikian seluruh warga sekolah perlu membuat anjakan paradigma iaitu berubahdaripada amalan yang tidak memberangsangkan pembelajaran murid kepada situasi yangmemungkinkan pembelajaran murid dapat dibuat seoptima mungkin.

    Rasional penambahbaikan sekolah adalah untuk memastikan keadaan status quo sekolah yangtidak memberangsangkan dapat diubah kepada keadaan yang positif iaitu yang dapat memberikesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar. Begitu juga sekolah yang telah mencapaikeputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam, masih ada ruang untuk penambahbaikan

  • sekolah tertentu misalnya membuat penambahbaikan dalam program perkembangan staf,program-program untuk pelajar dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, penambahbaikan akanmembawa perubahan kepada aspek yang ditambahbaik secara beransur-ansur.Penambahbaikan tidak akan berlaku jika tidak ada perubahan. Misalnya, inovasi dalampengajaran di bilik darjah iaitu menggunakan kaedah kumpulan dalam pengajaran. Denganmelakukan itu barulah kita tahu bahawa kumpulan itu samada ia lebih baik ataupun tidak baikdalam status quo pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    Di samping istilah penambahbaikan sekolah, terdapat juga istilah yang digunakan sepertischool restructuring atau restructuring school, school rejuvenation istilah geografi- balikmuda, OD (organizational development) iaitu istilah yang digunapakai dalam organisasi swastasebelum digunakan dalam bidang pendidikan. Istilah-istikah pembangunan organisasi,penilaian sekolah atau pembaharuan sekolah, school evaluation atau self renewal atau in-schoolreviews yang juga bermaksud penambahbaikan sekolah. Kemudian, istilah self directedimprovement, pembangunan sekolah, penstrukturan, atau reengineering sekolah adalahdigunakan dalam penambahbaikan sekolah.

    Secara umumnya terdapat dua model penambahbaikan sekolah. Model yang pertama ialahmodel Intervention Approach yang menggunakan pendekatan intervensi yang juga disebutsebagai Model Tradisi, seperti PPSMI yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran.Pelaksanaan Itu adalah intervention untuk meningkatkan lagi Bahasa Inggeris murid-muriddalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Di Amerika, khidmat perunding digunakan untukpenambahbaikan sekolah yang biasanya terdiri dari professor dari universiti. Pendekatanintervensi untuk penambahbaikan sekolah ini menurut Robinson ialah ketidakupayaan guruuntuk membincangkan isu-isu yang timbul daripada pendekatan tadi yang datang daripada luar.

    Model yang keduanya ialah model self-directed improvement process atau school reviews.

  • Melalui pendekatan model ini sekolah berusaha menilai balik sekolah itu. Jadi, proses self-directed ini melibatkan self renewal, self assessment, reassessment iaitu menilai balikkeseluruhan pencapaian sekolah itu. Misalnya, menggunakan konsep keberkesanan yangdirumuskan oleh Cheng. Sebagai contoh untuk self-review model ini ialah program yangdilakukan di New Zealand. Untuk melakukan self review ini, andaian yang pertama model iniialah staf hendaklah melibatkan diri secara sukarela dan bukannya terpaksa. Andaian keduaialah pengetua memainkan peranan penting dalam melakukan penilaian semula sekolah. Andaian ketiga ialah kaedah review sesuai dengan penilaian kendiri dan penambahbaikan dirisekolah. Melalui kaedah itu, penilaian yang dibuat hendaklah sesuai dengan penilaian kendiridan bukan berdasarkan sekolah lain atau faktor faktor luar dan sebagainya. Pendekatannyamestilah untuk penambahbaikan sekolah. Andaian yang keempat ialah mengkaji hasilan (reviewoutcomes) iaitu melibatkan proses bagi menjalankan review seharusnya tidak bolehmengganggu sesuatu aspek keberkesanan yang ada. Keberkesanan yang ada itu harusdikekalkan dan perlu ditambahtambah baik.

    Menurut Hargreaves & Hopkins (1994), kajian mengenai penambahbaikan sekolah inimencakupi matlamat jangka panjang iaitu untuk penyelesaian masalah atau mengupayakansekolah ke arah penghasilan thinking school. Jadi, penambahbaikan sekolah ini ialah satuusaha ke arah mencapai matlamat penyelesaian masalah ataupun thinking school danbukannya mindless school.

    Penambahbaikan sekolah ini juga mempunyai pelbagai konsep dan konsep itu bergantungkepada sesiapa yang menulisnya. Berdasarkan pernyataan Hargreaves dan Hopkins (1994)iaitu:

    school improvement is about developing strategies for educational change

    that strengthen the schools organization, as well as implementing curriculum reforms.

    Jelaslah di sini menunjukkan bahawa penambahbaikan sekolah adalah suatu usaha membina

  • strategi untuk melakukan perubahan pendidikan yang bertujuan mengukuhkan organisasisekolah iaitu menguatkan kapasiti guru khususnya dan warga sekolah amnya. Oleh itu,penambahbaikan itu harus berkeupayaan dalam menggerakkan secara aktif dan mengukuhkanbidang pedagogi, pengurusan, dan kepemimpinan.

    Kedua-duanya berfokus kepada penambahbaikan secara keseluruhan dan berfokus kepadastrategi. Strategi untuk penambahbaikan sekolah ialah dengan melatih guru melaksanakansemua yang dilakukan di sekolah, memberi sokongan pekerjaan dan moral kepada guru, pihaksekolah memantau dan melebarluaskan lagi peranan kepimpinan kepada para guru. Merekaharus diberi bimbingan dan membangunkan keyakinan diri (self efficacy) mereka.

    Alma Harris (2002) membicarakan penambahbaikan sekolah itu adalah merupakan usaha yangberkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih baik (dari keadaan yang sediaada) untuk murid-murid dan untuk mereka belajar. Kemudahan sekolah yang mencukupiseperti kemudahan pusat sumber yang lengkap dan interaksi antara guru-guru dan murid-muridadalah harmoni. Di samping itu, perhubungan di antara komuniti sekolah yang berasaskankepada penghayatan visi yang sama, nilai dan falsafah sekolah dan matlamat sekolah yang sama.

    Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah pembangunan komuniti sekolah danestablishing perhubungan-perhubungan positif di dalam sekolah. Alma Harris juga lebihmenumpukan kepada perubahan terhadap amalan-amalan yang terdapat di sekolah dan di bilikdarjah. Amalan pengajaran dan pembelajaran amalan perundingan guru-guru dan murid-murid, khususnya disiplin yang menyebabkan murid-murid tidak suka datang ke sekolah.Tetapi, untuk mengubah ini sangatlah sukar kerana ia sudah menjadi habit, budaya, merekapercaya itulah sahaja caranya yang betul. Kita harus berpegang kepada prinsip bahawa sekolahboleh melakukan perubahan.

  • Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi perubahan yangbertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar, di samping memperkukuhkan kapasitisekolah untuk mengurus perubahan. Pencapaian pelajar merupakan matlamat utamapenambahbaikan sekolah.

    Konsep penambahbaikan sekolah ini ialah menitikberatkan peningkatan pencapaian muriddengan memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan keadaan-keadaan(usaha-usaha memajukan sekolah) yang menyumbang kepada keberkesanan proses tersebut.Wang et. al. (1990) menyatakan bahawa terdapat keadaan yang merangsangkan yangmempengaruhi keberkesanan sekolah dan harus dikekalkan seperti pengajaran yang berkesan,pengurusan bilik darjah yang cekap, perhubungan guru dan murid yang baik dan iklimpembelajaran bilik darjah yang kondusif. Di samping itu, terdapatnya hubungan yang baikantara memajukan bilik darjah dengan kemajuan sekolah. Fokus kepada penambahbahbaikansekolah ialah tindakan sengaja bagi penambahbaikan dan bukannya secara kebetulan dan perludirancang dan ditetapkan matlamat yang hendak dicapai bukan hanya dengan harapan ia akanmemberi kesan kepada murid tetapi mesti ditetapkan. Ia bergantung kepada proses danmenekankan kepada faktor-faktor proses yang terlibat serta menegaskan hubungan antaraproses dengan hasil.

    Roland S.Barth (1990) dalam bukunya Improving school from within menjelaskan bahawapenambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi menentu dan menyediakan atau mewujudkankeadaan-keadaan dari luar sekolah dan juga dalam sekolah, di mana guru, staf dan murid yangberada di sekolah boleh meningkat dan mengekalkan pengajaran dan pembelajaran dalam

  • kalangan mereka.

    Peranan untuk memajukan sekolah bukan sahaja di dalam sekolah tetapi juga di luar sekolahseperti memberi sokongan, memberi approval. Ini sangat penting kerana cara kita berinteraksidengan mereka di luar sana akan dapat menarik mereka untuk membantu kita menambahbaiksekolah. Kejayaan Dr Hussein melakukan penambahbaikan sekolahnya ialah hasil daripadasokongan yang diberi oleh orang luar memberikan keberanian kepadanya.

    Gray, et. al. (1999) menggunakan konsep bahawa an improving school bukanlahpenambahbaikan sekolah. Sebaliknya, An improving school is one which secures year-on-yearimprovements in the outcomes of successive cohorts of similar pupils (increases effectivenessover time) .

    Van Velzen, et al., (1985:48) pula menyatakan bahawa school improvement is a systematicsustained effort aimed at change in learning conditions and other related internal conditions inone or more schools, with the ultimate aim of accomplishing educational goals more effectively .Pendekatan ini adalah daripada pihak makro. Usaha daripada beberapa buah negara di negarabarat yang telah melakukan penambahbaikan sekolah adalah berdasarkan dapatan literaturesekolah berkesan iaitu dalam Gelombang ke-2. Disinilah bermulanya dokumen tentang actualdocumentation school improvement yang direkodkan dan didokumentasikan.

  • Perkembangan Penambahbaikan Sekolah

    Perkembangan penambahbaikan sekolah di Malaysia bermula pada era 1980an sehingga 1990andinamakan sebagai Gelombang Ke-2. Dalam tahun 1980an sehingga kini, berlakuperkembangan dalam konsep Sekolah berkesan dan Penambahbaikan Sekolah dan dinamakansebagai Gelombang Ke-3. Menurut Rutter et. al. (1979) keberkesanan sekolah adalah disebabkanoleh faktor ethos iaitu pelbagai faktor seperti penekanan kepada akademik, ganjaran daninsentif serta general learning conditions.

    Pendekatan Penambahbaikan Sekolah

    Terdapat dua pendekatan penambahbaikan sekolah iaitu :

    i. Model Tradisional - dikenali sebagai Pengurusan Inovasi yang datang dari luar sekolah misalnya arahan yang dating dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, JabatanPelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan lain-lain. Pendekatan sebegini adalah kurang berjyakerana guru-guru tidak berhak untuk berbincang tentang isu-isu tersebut. Contohnya :Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah.

    ii. Self-Directed Improvement Process Andaian-anadaian dalam model ini ialah :

    (i) penglibatan sukarela staf

  • (ii) pengetua memainkan peranan penting

    (iii) kaedah review sesuai dengan penilain kendiri dan penambahbaikan diri sekolah

    (iv) review outcomes proses menjalankan review tidak boleh mengganggu keberkesanan yang ada.

    Hargreaves dan Hopkins, (1994) menegaskan bahawa kajian mengenai penambahbaikansekolah ini mencakupi pencapaian matlamat jangka panjang ke arah visi dalam menyelesaikanmasalah atau thinking school.

    Terdapat pelbagai konsep mengenai penambahbaikan sekolah bergantung kepada penulis.Hargreaves & Hopkins (1994) mendefinisikannya sebagai about developing strategies foreducational change that strengthen the schools organization, as well as implementingcurriculum reforms.

    Alma Harris (2002) pula menyatakan penambahbaikan sekolah itu adalah merupakan usahayang berkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang lebih baik (dari keadaan yangsedia ada) untuk murid-murid dan untuk mereka belajar. Penambahbaikan sekolah padaasasnya adalah pembangunan komuniti sekolah dan establishing perhubungan-perhubunganpositif di dalam sekolah. Beliau lebih menumpukan perhatian kepada perubahan terhadapamalan-amalan yang terdapat di sekolah dan di dalam bilik darjah.

    Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi perubahan yangbertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar, di samping memperkukuhkan kapasitisekolah untuk mengurus perubahan. Konsep penambahbaikan sekolah ini menitikberatkankepada :

    i. peningkatan pencapaian murid dengan memfokuskan kepada proses pengajaran

  • dan pembelajaran serta keadaan-keadaan (usaha-usaha memajukan sekolah) yangmenyumbang kepada keberkesanan proses tersebut.

    ii. adanya hubungan antara memajukan bilik darjah dengan school-wideimprovement.

    iii. fokus kepada tindakan sengaja bagi penambahbaikan

    iv. pentingkan kepada faktor-faktor proses

    v. Menegaskan hubungan antara proses dengan outcomes (merapatkan hubunganantara penambahbaikan dengan keberkesanan sekolah)

    Menurut Roland S. Barth (1990) penambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi menentukandan menyediakan atau mewujudkan keadaan-keadaan dari luar sekolah dan juga dalam sekolah,di mana guru, staf dan murid yang berada di sekolah boleh meningkat dan mengekalkanpengajaran dan pembelajaran di kalangan mereka.

    Hopkins (1996) menyatakan penambahbaikan sekolah sebagai general efforts to make schoolbetter places for students and [for] students to learn .Ini bererti penambahbaikan sekolahmencakupi perubahan budaya sekolah (kualiti interpersonal dan the nature dan kualitipengalaman-pengalaman pembelajaran murid. Pembentukan komuniti pelajar adalah sebagaisatu pendekatan penambahbaikan sekolah.

    Di sebalik pelbagai interpretasi tentang penambahbaikan sekolah, kata kunci yang dikaitkandengan definisi penambahbaikan sekolah ialah perubahan. Ia adalah perubahan yang dirancangbagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar. Ia adalah komitmen sekolah untukberubah dan mengekalkannya. Tanggungjawab bagi menggalakkan perubahan yang berterusandan menguruskannya dengan baik bergantung kepada pengetua sesebuah sekolah itu. Matlamatutama perancangan penambahbaikan sekolah ialah untuk meningkatkan kemajuan, pencapaiandan perkembangan pelajar.

  • Idea Perubahan Dalam Kontek Penambahbaikan Sekolah

    Persoalan penting yang perlu difikirkan - adakah perubahan membawa kepada penambahbaikansekolah? Perubahan dalam penambahbaikan sekolah merupakan sebarang pindaan dalamkeadaan pembelajaran atau keadaan dalaman sesebuah sekolah. Menurut Hopkins (1987),keadaan pembelajaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti sekolah yang dilakukan oleh guru kearah mencapai matlamat sekolah. Keadaan dalaman pula merujuk kepada sebarang aspekberkaitan sekolah mengenai keadaan pembelajaran pelajar. Maka, sekolah yang bertambahbaik, melakukan sesuatu perubahan bukanlah sekadar menggunakan amalan-amalan barutetapi melaksanakan amalan tersebut dengan terancang dan diurus dengan baik.

    Terdapat dua perbezaan bentuk perubahan. Ia sangat penting membezakan antara perubahansecara beransur-ansur dan perubahan yang dirancang. Ia bukan sesuatu yang berlaku dalamtempoh yang singkat, sebaliknya merupakan satu proses yang mengambil masa danmemerlukan komitmen dan keazaman. Andaian yang dapat difahami ialah incremental changemerupakan satu transisi atau peralihan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Manakalaperubahan yang terancang ialah perkembangan semulajadi tentang sesuatu perkara, berubahmembentuk sesuatu keadaan baru. Perubahan itu boleh berlaku secara luaran atau pundalaman. Perubahan dalaman sama ada di peringkat individu mahu pun peringkat sistem dilihatsebagai sesuatu yang semulajadi atau organik. Perubahan luaran adalah agak sukar untukditerima pakai. Pengetua perlu menghabiskan masa bersama guru-guru bagi menjelaskanpanduan ke arah penambahbaikan dan memberi sokongan berterusan.

    Berdasarkan teori, konsep perubahan itu merupakan sesuatu perkara yang kompleks. Kajianliteratur penambahbaikan sekolah menekankan bahawa pengetua sentiasa tercabar untukmelakukan perubahan. Pengetua perlu memahami penambahbaikan sekolah yang berkesanbergantung kepada pemahaman tentang masalah perubahan di peringkat amalan dan tahumenggunakan strategi bagi membentuk reformasi sekolah ke arah kebaikan.

  • Joyce (1991) menggunakan perbandingan perubahan sebagai pintu-pintu bagi menerangkanpelbagai pendekatan ke arah perubahan. Sebahagian dari pintu tersebut boleh dibuka dari luardan dalam. Contoh pendekatan perubahan dalaman adalah seperti menggalakkan guru menilaiatau membuat refleksi pengajaran mereka sendiri. Perubahan yang dialami guru danpeningkatan pencapaian pelajar akan secara tidak langsung menyumbang kepadapenambahbaikan sekolah. Perubahan mestilah memberi makna kepada guru itu sendiri.Manakala pendekatan perubahan luaran adalah melalui pemantauan pihak pentadbir yangmemberi penekanan terhadap penambahbaikan secara keseluruhan. Fokus terhadap pengajarandan pembelajaran haruslah menjadi nadi utama penambahbaikan sekolah tanpa mengira samaada menggunakan pendekatan luaran atau pun dalaman.

    Menurut Wang et al., (1990) kerangka konseptual faktor-faktor yang mempengaruhipembelajaran terbahagi kepada enam kategori iaitu pertama pembolehubah negeri dan daerahberkaitan dengan polisi pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Kedua, pembolehubah luarsekolah yang berkaitan dengan rumah dan komuniti yang mempunyai hubungan dengansekolah. Hubungan baik dengan pembolehubah-pembolehubah ini akan menyumbang kepadapenambahbaikan sekolah. Ketiga, pembolehubah peringkat sekolah merangkumi latar belakangsekolah, budaya dan iklim sekolah serta polisi dan amalan-amalan di sekolah. Keempat,pembolehubah pelajar berkaitan diri pelajar termasuk latar belakang keluarga, latar belakangpendidikan dan personaliti pelajar. Kelima, pembolehubah reka bentuk program yang berkaitandengan pengajaran dan kaedah penyampaian pengajaran. Keenam, pembolehubah pelaksanaan,pengajaran di bilik darjah dan iklim sekolah yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum danprogram pengajaran.

    Dapatan dari tinjauan literatur tersebut merumuskan bahaw terdapat enam faktor penting yangmempengaruhi pembelajaran iaitu metakognitif, pengurusan bilik darjah, bilangan pengajaran,interaksi sosial guru dan pelajar, iklim bilik darjah dan pengaruh rakan sebaya.

    Penambahbaikan sekolah merangkumi pelbagai fungsi dan tahap. Terdapat lima fungsi iaituFungsi Teknikal atau Ekonomi, Fungsi Kemanusiaan atau Sosial, Fungsi Politik, FungsiKebudayaan dan Fungsi Pendidikan yang setiap terlibat untuk pelbagai tahap merangkumitahap individu (pelajar dan guru), sekolah, komuniti, masyarakat dan antarabangsa (Cheng,

  • 1991). Setiap komponen mempunyai peranan dan memberi kesan terhadap penambahbaikansekolah.

    Fasa Perubahan Penambahbaikan Sekolah

    Terdapat tiga fasa yang menjadi instrumen perubahan sekolah ke arah penambahbaikansekolah iaitu fasa perancangan (permulaan), fasa pelaksanaan dan fasa pembudayaan. Di dalamfasa perancangan, ia bermula dari keputusan untuk melakukan perubahan yang bergantungkepada keperluan, praktikaliti, kejelasan dan kekompleksitian perubahan itu. Kesediaan guruuntuk melakukan perubahan pada fasa ini sangat penting untuk mengelakan penentangandaripada guru. Hopkins (1994) menyatakan ada beberapa faktor yang mempengaruhi sama adaperubahan boleh bermula. Ia termasuk wujudnya akses kepada inovasi yang ingin dijalankan,tekanan dari luar dan dalam sekolah, kemudahan mendapat sumber, sokongan pengurusan dankualiti organisasi itu sendiri. Penyertaan secara langsung dari pengetua menggambarkanbahawa perubahan itu perlu diberi perhatian serius oleh para guru.

    Fasa kedua ialah pelaksanaan perubaan. Ia melibatkan kemahiran, pemahaman dantanggungjawab pihak yang terlibat. Sebagai contoh, pengetua mungkin perlu meyediakanlatihan sewajarnya kepada para guru berhubung dengan perubahan yang dikehendaki. Perkarautama yang perlu ditekan pada fasa ini ialah melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang,membina dan mengekalkan komitmen guru, memeriksa perkembangan dan mengatasi sebarangmasalah yang timbul. Miles (1986) mengenal berkualiti seperti yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat luar yang membuat pelaburan.

    Perbelanjaan pendidikan di Malaysia terus meningkat setiap tahun sejak merdeka. Kerajaanmembelanjakan 8% hingga 30% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan negara untukpendidikan. Aliran perbelanjaan pendidikan terus meningkat dan tidak dikurangkan walaupunnegara mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1998. Pendidikan berperanan untukmengimbangi sosio-ekonomi antara kaum, membekalkan guna tenaga profesional dan separuh

  • profesional serta melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Diperingkat sekolah, banyak program telah dijalankan bagi penambahbaikan sekolah antaranyaadalah PPSMI bagi melahirkan pelajar berkualiti tingi. Pendidikan dapat memberikan faedahlangsung kepada individu dan masyarakat, meningkatkan produktiviti dan pertumbuhanekonomi, membasmi buta huruf, meningkatkan pendapatan pekerja dan pengetahuan rakyat.

    Pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan perubahan sepertimasing-masing mempunyai tanggungjawab yang jelas ke arah perubahan, kawalan bersamaterhadap pelaksanaan, gabungan tekanan dan sokongan, mengekalkan perkembangan staf danpengiktirafan terhadap kerja guru.

    Fasa ketiga ialah pembudayaan atau menginstitusikan perubahan yang dipilih. Ia menjelaskansama ada perubahan berlaku secara berterusan atau sebalikna. Perubahan akan dilihat bukanlagi sebagai sesuatu yang baru tetapi telah menjadi sebahagian dari sekolah. Namun perkara inibukan berlaku secara automatik. Bagi memastikan pembudayaan berlaku, harus ada penekananbahawa perubahan berlaku mengikut struktur sekolah, mengelakan persaingan ataupertentangan amalan dan seterusnya menggalakan cara baru melakukan sesuatu kerja. Ini akanmemastikan perubahan menjadi sesuatu yang kekal dan diterima oleh semua warga sekolah. Didalam semua keadaan, pengetua dilihat sebagai agen perubahan, komited terhadap perubahandan memainkan peranan aktif di ketiga-tiga fasa, maka perubahan ke arah penambahbaikansekolah boleh direalisasikan.

    Dari aspek yang lain, perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing bukanlah keranasesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat terpelajar. Faktor yang utama ialahgolongan pekerja khususnya yang mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja yangpositif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi membentuk kemahiran-kemahiran baru.Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat ketara kerana pekerja yang berupaya menerapkanbudaya ilmu dan mahir dalam bidangnya adalah mereka yang akan menghasilkan produk.