26
SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (KAEDAH JIGSAW) DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH SIBU, SARAWAK LINDA TIONG MING MING UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA

SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

  • Upload
    phamnhu

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (KAEDAH

JIGSAW) DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI

DAERAH SIBU, SARAWAK

LINDA TIONG MING MING

UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

KOPERATIF (KAEDAH JIGSAW) DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH SIBU, SARAWAK

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya LINDA TIONG MING MING

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT

Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 2H, LANE 5, P.M DR. ZALEHA ISMAIL SELADAH ROAD, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK. Tarikh: 12 MARCH 2004 Tarikh: 12 MARCH 2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

i

“Saya mengakui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :___________________

Nama Penyelia : P.M Dr. Zaleha Ismail

Tarikh : __________________

Page 4: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

ii

SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (KAEDAH

JIGSAW) DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI

DAERAH SIBU

LINDA TIONG MING MING

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penanugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _______________

Nama penulis :Linda Tiong Ming Ming

Tarikh :________________

Page 6: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

iv

DEDIKASI

Kepada ibu bapaku yang disanjungi

(TIONG KING YUNG & HII AI CHIN)

Serta

Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi sokongan ke arah kejayaan ini

(TIONG KWONG PING, TIONG KWONG KING , TIONG WEI WEI)

dan rakan seperjuangan yang menyokong selama ini

Page 7: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

v

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa

pikah yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempernakan projek sarjana

muda ini.

Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima

kasih kepada penyelia projek, P.M Dr. Zaleha Ismail atas bimbingan dan perbincangan

yang diberikan dalam menjayakan projek ini.

Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru dan pelajar-

pelajar Sekolah Kebangsaan Menengah Tung Hua dan Sekolah Kebangsaan Menengah

Methodist di Daerah Sibu, Sarawak atas bantuan yang diberikan dalam menjayakan

projek ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

di Universtiti Teknologi Malaysia atas sokongan dan teguran yang bernas dalam

menyempurnakan projek sarjana muda ini.

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah

memebrikan apa jua sokaonga dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pemahaman konsep pelajar dalam

matapelajaran Sains Tingkatan Empat yang mengikuti pengajaran guru secara koperatif

kaedah Jigsaw dengan yang mengikuti secara tradisional (sedia ada). Selain itu, kajian

ini melihat prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar dalam matapelajaran Sains

Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru mengikut dua jenis amalan pengajaran yang

disebutkan. Kajian ini berbentuk eksperimental dan keberkesanan pembelajaran

koperatif kaedah Jigsaw telah diukur dengan menggunakan ujian pencapaian yang terdiri

daripada satu set ujian pasca yang mengandungi 40 soalan objektif. Sampel kajian ini

terdiri daripada 160 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil matapelajaran Sains

di daerah Sibu, Sarawak. Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer “Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Window

Release 10.0” untuk mendapat nilai kekerapan, peratusan, min dan nilai ujian-t. Ujian-t

bagi pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan dalam tahap pemahaman dan pencapaian di antara kedua-dua

kumpulan ini. Hasil kajian menunjukkan kumpulan eksperimen yang menggunakan

pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw telah mendapat tahap pemahaman dan pencapaian

yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah

pembelajaran sedia ada (tradisional).

Page 9: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

vii

ABSTRACT

The aim of this study is to identify the Form Four students understanding on

some science concepts among those who were engaged in a Traditional Learning setting

with those engaged in Cooperative Learning. This study is also aimed to determine the

achievement of these students in the two different settings. The research is experimental

whereby students are requested to sit for a test, which consist of 40 multiple-choice

questions. The sample consists of 160 Form Four students in Sibu, Sarawak. The data

was analyzed by using computer software “Statistical Package for Social Science (SPSS)

Window Release 10.0” whereby the frequencies, percentages, means and t-test were

obtained. Findings showed that there is a significant difference in level of understanding

and achievement between the two groups. The results also showed that the students who

were engaged in Cooperative Learning achieved higher compare to those engaged in

Traditional Learning.

Page 10: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JUDUL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATUPANGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

Page 11: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

ix

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Penutup 12

BAHAGIAN DUASOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Takrifan Pembelajaran Koperatif 14

2.3 Unsur Asas Pembelajaran Koperatif 18

2.4 Jenis Pembelajaran Koperatif 20

2.5 Kaedah-kaedah Menjalankan Pembelajaran 20

Koperatif

2.5.1 Kaedah Jigsaw 20

2.5.2 Students Teams- Achievement 23

Divisions (STAD)

2.5.3 Team-Games-Tournament (TGT) 23

2.5.4 Teams Accelerated Instruction (TAI) 24

2.5.5 Learning Together 24

2.6 Kelebihan Pembelajaran Koperatif 24

2.7 Perbezaan di antara Kaedah Pembelajaran 28

Koperatif dan Kaedah Pembelajaran Tradisional

2.8 Penutup 29

Page 12: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

x

BAHAGIAN KETIGAMETODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Subjek Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.5 Prosedur Kajian 34

3.6 Andaian 35

3.7 Analisis Data 35

3.8 Penutup 36

BAHAGIAN KEEMPAT PENGANALISIAN DATA

BAB IV PENGANALISIAN DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 38

Ciri-ciri Demografi

4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut 38

kumpulan (kawalan atau eksperimen)

4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 39

Pencapaian (Gred) Sains yang terdapat

dalam PMR

4.3 Analisis Data dan Dapatan Pokok Kajian Untuk 39

Kaedah Pembelajaran Sedia Ada dan Kaedah

pembelajaran Koperatif Kaedah Jigsaw

Page 13: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

xi

4.3.1 Analisis tahap pemahaman pelajar 40

kedua-dua kumpulan terhadap Sains

(dari aras 1-3) sebelum dan selepas

didedahkan kaedah pembelajaran

masing-masing

4.3.1.1 Soalan berasas pertama (1) 40

4.3.1.2 Soalan beraras kedua (2) 42

4.3.1.3 Soalan beraras ketiga (3) 44

4.3.2 Analisis prestasi dan pencapaian pelajar 46

kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains

sebelum dan selepas didedahkan kaedah

pembelajaran sedia ada dan kaedah

pembelajaran koperatif

4.3.2.1 Bilangan pelajar yang lulus 46

4.3.2.2 Pencapaian 47

4.3.2.3 Min keputusan pelajar kumpulan 48

kawalan dan kumpulan eksperimen

4.3.3 Ujian-t 49

4.4 Kesimpulan 50

BAHAGIAN KELIMA PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Persoalan kajian 1 - Tahap pemahaman

konsep pelajar dalam Sains tingkatan

Page 14: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

xii

empat terhadap kedua-dua

pengajaran guru. 51

5.2.1.1 Soalan yang beraras pertama (1) 52

5.2.1.2 Soalan yang beraras kedua (2) 53

5.2.1.3 Soalan yang beraras ketiga (3) 54

5.2.2 Persoalan kajian 2 - Pencapaian pelajar 56

dalam Sains tingkatan empat terhadap

kedua-dua pengajaran guru.

5.2.3 Persoalan kajian 3 - Perbezaan tahap 60

permahaman konsep dan pencapaian pelajar

dalam Sains Tingkatan Empat terhadap

kedua-dua kaedah pengajaran guru

5.3 Rumusan 61

5.4 Masalah kajian dan kelemahan perlaksanaan 62

pembelajaran koperatif

5.4.1 Masalah kajian 62

5.4.2 Kelemahan perlaksanaan pembelajaran 63

koperatif

5.5 Implikasi kajian 64

5.6 Cadangan Tindakan Kajian 65

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.8 Kesimpulan 67

RUJUKAN 69

LAMPIRAN 75

Page 15: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan di antara Pembelajaran 28

Koperatif dan Pembelajaran Tradisional

3.1 Nombor-nombor soalan berdasarkan aras 33

3.2 Pengkelasan tahap pencapaian 36

4.1 Taburan responden mengikut kumpulan 37

4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 38

Pencapaian (Gred) Sains yang terdapat

dalam PMR

4.3 Analisis tahap pemahaman pelajar 39

kedua-dua kumpulan terhadap soalan

berasas 1 sebelum dan selepas

pembelajaran masing-masing 41

4.4 Analisis tahap pemahaman pelajar

kedua-dua kumpulan terhadap soalan

beraras 2 sebelum dan selepas

pembelajaran masing-masing

4.5 Analisis tahap pemahaman pelajar 43

kedua-dua kumpulan terhadap soalan

beraras 3 sebelum dan selepas

pembelajaran masing-masing

4.6 Analisis bilangan pelajar kedua-dua kumpulan 45

yang lulus sebelum dan selepas

didedahkan pembelajaran masing-masing

4.7 Analisis pencapaian kedua-dua kumpulan 46

Page 16: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

xiv

pelajar sebelum dan selepas

pembelajaran masing-masing

4.8 Analisis min keputusan kedua-dua 47

kumpulan pelajar sebelum dan

selepas pembelajaran masing-masing

4.9 Analisis ujian-t bagi kedua-dua kumpulan 48

yang didedahkan kaedah pembelajaran

masing-masing

Page 17: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

FPN Falsafah Pendidikan Negara

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PMR Peperiksaan Menengah Rendah

Page 18: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Kertas Ujian Pra dan Pos 75

B Falsafah Pendidikan Kebangsaan 90

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

C Jadual persediaan pengajian dan 91

pembelajaran kaedah Tradisional

(sedia ada) dan kaedah pembelajaran

koperatif kaedah Jigsaw

D Carta alir kaedah pembelajaran koperatif 92

bagi mempelajari topik asid dan bes, dengan

menggunakan pendekatan cantuman

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 93

Daripada Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 95

Daripada Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia

Page 19: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kita tidak dapat menafikan bahawa pendidikan telah mengalami banyak

perubahan sejak zaman sistem pondok yang merupakan sistem pendidikan terawal yang

dilaksanakan di Malaysia. Para pendidik telah mengemukakan dan mempraktikkan

banyak pendekatan supaya pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dengan lebih

berkesan. Tambahan pula, dengan kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan

yang pesat dalam teknologi maklumat, banyak alat-alatan canggih telah digunakan untuk

mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian.

Perubahan yang telah berlaku ini telah membantu para pendidik, mahupun cikgu-

cikgu di sekolah rendah, guru-guru di sekolah menengah atau pensyarah-pensyarah di

Universiti untuk menangani masalah-masalah perbezaan individu yang wujud di

kalangan para pelajar dengan usaha mempelbagaikan dan mengindividukan pengajaran

supaya perbezaan tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya.

Mengembangkan potensi seseorang pelajar yang seperti dicatat secara tersurat

dalam Falsafah Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990) (rujuk

pada lampiran B) merupakan hasrat yang baik dan murni serta seharusnya diberi

sokogan yang penuh. Oleh itu amat wajar sekali jika semua pihak yang terlibat dalam

alam pendidikan di negara ini mengembleng tenaga dan fikiran dalam usaha untuk

mencapai matlamat tersebut. Maka dalam hal ini, sebagai seorang pendidik, proses

Page 20: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

pengajaran yang diamalkan olehnya memainkan peranan yang sangat penting untuk

mencapai matlamat di atas.

Mekanisme pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang

betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat dan sesuai terhadap

pencapaian akademik mereka bukan sahaja dapat menghasilkan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik tetapi juga produktif dan cekap (Tengku Mohd Azman,

1991)

Bekerjasama merupakan elemen asas dan utama kemasyarakatan yang penting.

Setiap orang harus bekerjasama untuk mengembangkan dan mengeratkan persahabatan

serta menjalinkan hubungan yang baik di antara ahli-ahli keluarga, rakan sekerja, rakan

sebaya serta dalam pengurusan kerjanya yang baik.

“without the cooperation of its members society cannot survive, and the society

of man has survived because the cooperativeness of its members made survival

possible…It was not an advantageous individual here and there who did so, but the

group. In human societies the individuals who are most likely to survive are who are

best enabled to do so by their group.”

(Roger T. and David W. Johnson)

Negara kita iaitu Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu dengan

syarat mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh serta yakin menjelang tahun 2020.

Semua rakyat hidup dalam masyarakat Malaysia yang demokratik, liberal dan bertolak

ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta

mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang dinamik, bersaing, kenyal dan

giat jika kita semua yang sebagai rakyat Malaysia bersikap bekerjasama antara satu

dengan yang lain. Maka dengan syarat kita bekerjasama, matlamat untuk menjadi

negara kita-Malaysia sebuah negara yang maju pada masa depan iaitu pada tahun 2020,

Page 21: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

yang telah dikenal sebagai wawasan 2020, bukanlah lagi merupakan satu impian atau

khayalan. Yang Amat Perdana Menteri negara kita telah menegaskan bahawa:

“ ini bukanlah angan-angan besar yang kita cita-citakan. Ianya adalah satu

wawasan yang boleh dicapai asalkan kita semua bekerjasama.”

(Abu Hassan Adam, 1991)

Dengan merujuk kepada penyataan yang ditegaskan oleh perdana menteri kita,

jelaslah bahawa sikap bekerjasama merupakan satu faktor yang sangat penting dalam

membina satu masyarakat yang maju dan makmur. Tambahan pula bekerjasama adalah

satu daripada16 nilai murni yang telah ditetapkan untuk diterapkan dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah mendukung cita-cita yang murni dan unggul selaras

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Bekerjasama adalah suatu kemahiran asas yang tidak diajar secara langsung

semasa di bangku sekolah. Ia hendaklah ditanam dan dipupuk sejak kecil lagi. Dengan

adanya sikap bekerjasama, barulah pelajar-pelajar dapat berperanan dan berfungsi

dengan lebih berkesan dan baik bukan sahaja dalam keluarga sendiri, bilik darjah,

sekolah tetapi juga dalam masyarakat dan negara. Jadi jelaslah bahawa pelajar-pelajar

adalah sangat perlu didedahkan kepada kemahiran untuk bekerjasama dalam kumpulan.

Dengan itu, bilik darjah telah menjadi salah satu tempat yang paling sesuai untuk tujuan

ini. Dengan ini, muncullah satu pendekatan pengajaran yang boleh menempati tujuan

ini iaitu kaedah pembelajaran koperatif.

Page 22: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

1.2 Latar Belakang.

Setakat ini, kita semua telah mengetahui bahawa sikap bekerjasama adalah

sangat penting untuk membina sebuah negara yang bersatu, maju dan makmur. Kita

juga pun mengetahui bahawa sikap ini hendaklah ditanam dan diterapkan ke dalam

pendidikan para pelajar. Jadi, bagaimanakah atau melalui kaedah pembelajaran apakah

kemahiran ini dapat diterapkan secara langsung dan tidak langsung dalam sistem

pendidikan? Kemahiran ini boleh diterapkan dengan berkesan melalui kaedah

pembelajaran koperatif di mana pelajar-pelajar akan belajar bekerjasama dalam

kumpulan-kumpulan kecil ke arah mencapai satu matlamat yang sama. Kaedah ini

dipilih sebagai satu kaedah pembelajaran yang berpotensi besar untuk mempercepatkan

lagi hasrat FPN serta objektif KBSR dan KBSM.

Menurut Campbell, (1965), sebenarnya, pembelajaran koperatif ini bukanlah lagi

satu idea yang baru. Sesuatu tamadun atau masyarakat akan dikekalkan jika sikap

bekerjasama dipupuk. Johan Amos Comenenius (1592-1670) mempercayai bahawa

pelajar akan menerima manfaat dengan mengajar atau diajar oleh pelajar lain.

Berdasarkan Campbell, 1965, pada tahun 1700, Joseph Lancaster dan Andrew Bell

menggunakan kaedah pembelajaran koperatif secara meluas dalam sekolah-sekolah di

England. Pada tahun 1806 pula, idea pembelajaran koperatif dibawa ke Amerika

Syarikat apabila Sekolah Lancasterian ditubuhkan di New York. Sejak itu, pada tahun

1800an, keutamaan diberi kepada kaedah pembelajaran koperatif di Amerika Syarikat.

Salah seorang pendidik yang sangat berjaya dalam pelaksanaan kaedah

pembelajaran koperatif iaitu Colonel Francis Parker. Colonel Parker terkenal dengan

usaha menggunakan kaedah pembelajaran koperatif serta mewujudkan suasana

demokratik dalam bilik darjah, di mana semua pelajar diberi peluang untuk mengambil

bahagian dalam sesuatu pembelajaran. Semasa Colonel Parker bertindak sebagai

penyelia sebuah sekolah di Quincy, Massachusetts (1875-1880), lebih daripada 30000

Page 23: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

pelawat mengunjungi sekolah beliau setiap tahun untuk membuat pemerhatian tehadap

kaedah pembelajaran koperatif yang dilaksanakan olehnya

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh

pendidikan, misalnya Kaedah Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD

(Students Teams-Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together),

Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Menurut Grasha, (1972), pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar

berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian

idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan

falsafah konstruktivisme. Kaedah pembelajaran koperatif boleh memperkembangkan

kemahiran pembelajaran pelajar seperti pemikiran dan penyelesaian masalah di samping

mempelajari kandungan pelajaran .

Dengan merujuk Seameo Recsam, (1997), pada tahun 1992, banyak kursus

pendedahan kaedah dan konsep pembelajaran koperatif telah dikendalikan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan harapan guru-guru yang menyertai kursus-

kursus itu boleh mengadakan latihan dalaman diperingkat sekolah untuk guru-guru lain

dan seterusnya memperkenalkan kaedah pembelajaran koperatif dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Nor Azizah Salleh (1991) mengatakan bahawa beliau percaya

bahawa kaedah pembelajaran koperatif boleh digunakan dalam sistem pendidikan

Malaysia.

Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah di Malaysia masih kekalkan cara

pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dan berpusat kepada guru. Guru menjadi

sumber matlumat. Menurut Nor Azizah Salleh (1991) setakat hari ini tidak ada data

empiris yang telah dikumpulkan untuk menunjukkan keberkesanan pembelajaran

kumpulan kecil di Malaysia walaupun pembelajaran dalam kumpulan kecil telah

Page 24: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

dimulakan dengan pelancaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. (KBSM).

(Seameo Recsam, 1997)

Sistem pendidikan yang berpusat guru serta yang mengutamakan pencapaian

peperiksaan boleh menimbulkan beberapa gejala yang kurang sihat seperti kobosanan,

masalah disiplin, hafalan konsep dan sebagainya. Grasha (1972) memperhatikan 4 reaksi

umum pelajar terhadap kaedah pembelajaran berpusat guru seperti yang berikut:

a) Gaya penghidaran

Kelakuan-kelakuan pelajar termasuk ponteng kelas, tidak ambil peduli, tidak

melibatkan diri dalam perbincangan kelas.

b) Gaya Persaingan

Pelajar-pelajar menganggap bahawa tujuan utama pembelajaran ialah mencapai

gred yang baik dan mereka hanya menumpukan perhatian kepada keputusan

peperiksaan dan bukan proses pembelajaran.

c) Gaya Bergantungan

Pelajar-pelajar ini hanya melakukan perkara yang diarahkan oleh guru

d) Gaya penghafalan

Pelajar-pelajar hanya hafal konsep apabila mereka didapati tidak memahami

konsep sains itu untuk menghadapi peperiksaan.

Michaelsen (1983) juga memerhatikan bahawa dalam satu kelas yang besar, pelajar-

pelajar terpaksa menjadi pasif, bersikap tidak peduli, ketidakhadiran serta memperolehi

pencapaian yang rendah.

Pembelajaran koperatif masih dalam peringkat permulaan dalam sistem

persekolahan Malaysia. Para penyelidik di Malaysia mempunyai satu bidang yang

sangat luas untuk mengkaji pembelajaran koperatif ini masih belum diselidiki dengan

meluas. Pembelajaran koperatif bukan sahaja merupakan satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran untuk mencapai integrasi, menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai

nilai-nilai murni sebagaimana yang dinyatakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Page 25: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

1.3 Pernyataan Masalah

Matapelajaran Sains adalah suatu subjek yang sangat memerlukan pemahaman

konsep sains dan bukan hafalan sahaja. Kebanyakkan pelajar menganggap bahawa

matapelajaran Sains susah untuk difahami dan menyebabkan mereka tidak berminat

dalam matapelajaran ini. Di samping itu, para pelajar juga sering menghadapi masalah

semasa memahami konsep yang ada dalam matapelajaran ini. Oleh itu, mereka hanya

menghafal konsep itu sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Tambahan pula,

pengajaran yang berpusat kepada guru yang tidak melibatkan pelajar-pelajar dengan

aktif telah menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidak peduli dan seterusnya

mengakibatkan mereka tidak berminat dalam matapelajaran Sains. Proses pengajaran

dan pembelajaran Sains di Malaysia sering berhadapan dengan masalah ini dan dengan

itu telah mengakibatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Sains rendah dan tidak

memuaskan. Dengan berpandukan masalah ini, kajian ini dijalankan adalah untuk

mengkaji sejauh manakah keberkesanan pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw dalam

matapelajaran Sains tingkatan empat dalam sistem pendidikan di Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:

1 Mengkaji tahap pemahaman konsep pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan

Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan secara

tradisional (sedia ada).

2 Meninjau prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar dalam matapelajaran Sains

Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan

secara tradisional (sedia ada).

3 Mengenalpasti perbezaan tahap permahaman konsep dan pencapaian pelajar dalam

matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif

kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)

Page 26: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN · PDF fileLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains sebelum dan selepas

1.5 Persoalan Kajian

Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan terjawab:

1. Apakah tahap pemahaman konsep pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan

Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan secara

tradisional (sedia ada)?

2. Apakah prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar dalam matapelajaran Sains

Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan

secara tradisional (sedia ada)?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap permahaman konsep dan pencapaian pelajar

dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara

koperatif kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)

1.6 Hipotesis Kajian

Berikut merupakan hipotesis yang telah dibina untuk mendapatkan jawapan

kepada permasalahan kajian

I Terdapat tiada perbezaan tahap pemahaman konsep pelajar dalam

matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara

koperatif kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)

II Terdapat tiada perbezaan prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar

dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru

secara koperatif kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)