sampel prpposal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sfsdfdsf

Citation preview

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK KITARAN AIR

NUR FARHANAH BT MOHD AMIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

2011

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK KITARAN AIR

NUR FARHANAH BT MOHD AMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Sains Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

OKTOBER 2011

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Sains Pendidikan Rendah)

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh :

: Dr. HAJAH NIK ZAHARAH BT NIK YAACOB

: 13 OKTOBER 2011

ii

PENGAKUAN PENULIS

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : NUR FARHANAH BT MOHD AMIN (881125-01-5138)

Tarikh: 13 OKTOBER 2011

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang,

Mohd Amin Bin Abd. Rauf dan Masita Bt Taib,

Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,

semangat dan nasihat yang kalian titipkan...

Tidak dilupakan adik-beradik yang dikasihi,

Mohd Hafiz, Mohd Akmal dan Nur Firzanah,

Terima kasih kerana memberi inspirasi...

Khas buat Mohd Fairus Naim Bin Ahmad,

Terima kasih tidak terhingga atas segala bantuan, curahan idea yang

menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini...

Buat sahabat-sahabat, Khasnya PISMP Sains Ambilan 2008,

Terima kasih kerana menjadi teman yang setia, memahami dan menceriakan hidup ini,

Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan terabadi

di dalam sanubariku buat selama-lamanya...

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana

dengan kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian ini.

Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih

kepada pensyarah penyelia, Dr. Hajah Nik Zaharah Bt. Nik Yaacob atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit,

Kuala Terngganu amatlah dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua

pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Sains IPG KDRI yang telah banyak memberikan

bantuan dan pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat

handai atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung terima

kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam

membantu menjayakan kajian tindakan ini.

v

ABSTRAK

Subjek Sains merupakan subjek yang menuntut ketekunan murid untuk menghafal banyak fakta, istilah, nama-nama saintifik, melabel dan sebagainya. Satu kaedah yang sesuai dan menepati citarasa murid masa kini perlu dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dikendalikan oleh guru Sains akan mencapai kepuasan dan memberi kesan yang maksimum. Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat menggemari muzik dan nyanyian, maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu kaedah dalam menjalankan aktiviti P&P Sains. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid Tahun 5 bagi tajuk Kitaran Air. Reka bentuk kajian adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 10 orang murid Tahun 5 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit telah dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian serta soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian iaitu dari 32.0 kepada 51.0. Berdasarkan analisis borang pemerhatian dan soal selidik, penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P Sains berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian berjaya membantu murid mengingat proses Kitaran Air.

Kata kunci: Keberkesanan, Kaedah, Nyanyian, Meningkatkan, Ingatan.

vi

ABSTRACT

Science is the subject which demanded pupils diligence to memorize lot of facts, terms, scientific names, labelling and so on. Due to this, a method that is suitable and fulfil pupils interest needs to be applied so that teaching and learning (T&L) process that conducted by Science teacher will going to reach satisfaction and giving maximum effect. Realizing the fact that children really like music and song, researcher have choose singing method to be carry out in the Science T&L process. The aim for this research is to determine the effectivenss of singing method to enhance Year 5 pupils memorization for the topic Water Cycle. The research design that been used is qualitative and quantitative method. Respondents of this research involved 10 pupils of Year 5 Bestari from Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit . Pre-test and post-test, observation and questionnaire have been used as the instruments for this research. The analysis of data showed that the value of mean marks increased from 32.0 to 51.0. Data from the observation and questionnaire showed that the using of singing method in Science T&L process is able to increase pupil interest and can provide enjoyable and entertaining learning environment. This research proves that singing method is really works to help pupils in memorizing Water Cycle process.

Key words: Effectiveness, Singing, Method, Enhance, Memorization.

vii

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGESAHAN PENYELIAii

HALAMAN PENGAKUANiii

DEDIKASIiv

PENGHARGAANv

ABSTRAKvi

ABSTRACTvii

KANDUNGANviii

SENARAI JADUALxi

SENARAI RAJAHxii

SENARAI LAMPIRANxiii

1.0PENDAHULUAN

1.1Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu1

1.2Sorotan Literatur4

viii

2.0FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1Tinjauan Masalah11

2.2Analisis Tinjauan Masalah12

3.0OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1Objektif Kajian19

3.2Soalan Kajian19

3.3Kepentingan Kajian20

3.4Definisis Operational / Istilah20

3.5Batasan Kajian23

4.0KUMPULAN SASARAN

4.1Latar Belakang Sekolah24

4.2Latar Belakang Murid24

5.0PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1Prosedur Tindakan25

5.2Prosedur Pengumpulan Data31

ix

6.0ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA35

7.0PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN54

8.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA59

RUJUKAN60

LAMPIRAN63

x

SENARAI JADUAL

JadualMuka Surat

1Analisis Keputusan Lembaran Kerja Murid

2Catatan Bebas Berdasarkan Pemerhatian

3Analisis Borang Soal Selidik (Sebelum Tindakan)

4Gred Dan Markah Ujian

5Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

6Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

7Perbandingan Nilai Min Ujian Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

8Tema dan Aspek Yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian

9Kekerapan Tingkah Laku Murid Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

10Analisis Borang Soal Selidik 13

15

17

36

36

39

43

45

46

50

xi

SENARAI RAJAH

RajahMuka Surat

1Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

2Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan

3Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan

4Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan

5Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan

6Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

7Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi

Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan 25

37

37

40

40

47

51

xii

SENARAI LAMPIRAN

LampiranMuka Surat

ALembaran Kerja63

BBorang Pemerhatian (Catatan Bebas)64

CBorang Soal Selidik (Sebelum Tindakan)65

DLirik Lagu Kitaran Air66

EUjian Pra67

FUjian Pasca70

GBorang Pemerhatian73

HBorang Soal Selidik74

xiii

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini mengupas tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta refleksi

sorotan literatur yang merangkumi literatur dan kajian yang berkaitan dengan tajuk

kajian.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Darat

Batu Rakit, Kuala Terengganu. Pengkaji diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek

Sains bagi Tahun 5 Bestari sebanyak empat masa seminggu. Semasa berbincang dengan

guru Sains kelas 5 Bestari, pengkaji diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada

murid yang lemah dalam pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Sains juga sangat

lemah. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang masih tidak boleh menulis dan

membaca dengan lancar. Guru Sains kelas ini mencadangkan saya agar banyak

menggunakan kaedah pemusatan guru seperti teknik bercerita daripada menggunakan

kaedah pemusatan murid.

Pada minggu ketiga, pengkaji mengajar tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan.

Objektif P&P pada hari tersebut adalah untuk mengenalpasti empat agen pencaran bagi

tumbuhan beserta contoh-contoh tumbuhan. SesiP&P pada hari tersebut berjalan

dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk mendalami tajuk baru ini yang dikira

sangat menarik untuk diterokai. Semasa pengkaji memberikan penerangan, hanya

sebahagian murid sahaja yang kelihatan berminat untuk mendengar. Begitu juga dengan

1

tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar memberi tumpuan terhadap apa

yang pengkaji sampaikan. Namun, semasa menjawab lembaran kerja yang diedarkan,

sebahagian besar murid didapati menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya.

Pada kelas yang berikutnya, pengkaji memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama

dengan meminta murid mengingati kembali agen-agen tumbuhan beserta contoh yang

telah dipelajari pada sesi P&P sebelum itu. Namun apa yang mendukacitakan pengkaji,

sebahagian besar murid tidak berjaya memberikan jawapan dengan tepat. Mereka

menjawab, Saya tak ingat lah cikgu. Sesi P&P diteruskan dengan tajuk yang sama

iaitu Kemandirian Spesis Tumbuhan tetapi pada kali ini pengkaji berfokuskan kepada

ciri-ciri buah atau biji benih yang dipencarkan oleh setiap agen. Seperti biasa, sesi P&P

berjalan lancar. Murid dilihat memberi perhatian di dalam kelas pada awal sesi P&P

sahaja. Selebihnya, murid kelihatan bosan. Apabila ditanya sama ada mereka faham atau

tidak apa yang guru ajar, mereka menjawab Faham cikgu. Apabila selesai memberi

penerangan terhadap satu agen pencaran, pengkaji terus menyuruh murid untuk

menyatakan kembali apa yang dijelaskan sebentar tadi. Murid boleh menjawab soalan

tersebut. Tetapi apabila tiba kepada fasa membuat latihan, kebanyakan murid tidak boleh

menjawab soalan yang dikemukakan.

Situasi ini telah mendorong pengkaji untuk mencari punca dan alternatif lain

yang boleh digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 5 Bestari ini. Berdasarkan

kepada pemerhatian pengkaji, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah

kegagalan dalam menghafal fakta Sains. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang sering

merungut kerana menghadapi kesukaran untuk mengingati fakta-fakta di dalam mata

pelajaran khususnya mata pelajaran Sains. Masalah kegagalan murid untuk menghafal

2

fakta ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh

menimbulkan perasaan bosan untuk belajar, dan secara tidak langsung boleh menjurus

kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan. Bidang Sains tidak seharusnya menjadi

satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja.

Pengkaji ingin membuktikan bahawa Sains itu adalah menyeronokkan.

Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid

untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Sains. Guru yang bijak akan mengambil

peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan

cara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain itu, guru juga harus

kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid dan

seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu mata pelajaran

tersebut. Justeru itu, pengkaji ingin menggunakan kaedah nyanyian untuk membantu

murid menghafal fakta-fakta Sains.

Pengkaji akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid

mengingati fakta bagi sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Sains. Rasionalnya adalah

untuk membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan tajuk

tersebuthanyamelaluisebuahlagu.Pengkajimembuatkeputusanuntuk

mengaplikasikan kaedah nyanyian ini bagi tajuk Keadaan Bahan (States of Matter)

dengan berfokus kepada proses Kitaran Air (The water Cycle). Kanak-kanak, malah

sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan

nyanyian. Oleh itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk menyelitkan elemen seni

dan lagu di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Cara sebegini bukan sahaja dapat

3

membantu murid mengenali dan menghafal fakta Sains dengan mudah, malah boleh

meransang suasana P&P yang menyeronokkan serta menghiburkan.

1.2 Sorotan Literatur

1.2.1 Literatur Berkaitan

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru

membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti.

(Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada

kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam

setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan

bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka

mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan

kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak

sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta

bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden

ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan

sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif.

Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud

aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi

pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada

4

penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil

untuk menghasilkan satu kreativiti dalam P&P dengan menyelitkan unsur muzik iaitu

nyanyian. Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat

menguatkan ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.

Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan

lagidayaingatankeranadisampingmengurangkankebosanan,iadapat

mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan

kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat

yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian

daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada

diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat

itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka

panjang.

Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui

kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya

ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam

pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar

melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan

bahawa integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan

otak kiri dan otak kanan.

Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak

kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti

5

akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal

warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk

mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi lebih aktif. Banyak

kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kiri

dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.

Bertitik-tolakkepadafaktatersebut,dapatlahdisimpulkanbahawa

penggabungjalinan antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian)

boleh menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan

kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu

mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi

seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat,

penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah,

dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart

terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik

dengan membaca, menulis, kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Apa yang

menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam

proses P&P mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi

pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi muzik dengan mata

pelajaran akademik yang lain dapat menyuburkan seluruh kurikulum. Oleh itu, pengkaji

ingin menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji

akan menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan

mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang

6

dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman

pembelajaran yang menyeronokkan.

1.2.2 Kajian Berkaitan

Kajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam P&P juga telah banyak dijalankan

oleh para penyelidik. Antaranya ialah kajian Edith & Kamariati (2005) tentang

Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di

Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran

Sains. Murid mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P yang

menggunakan elemen muzik dan nyanyian yang disampaikan oleh guru. Mereka juga

menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran dari aspek mengingati fakta-fakta

Sains yang penting khususnya dalam melabel gambar rajah. Ini sekaligus dapat menarik

minat murid untuk belajar.

Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula

membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang

menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan

nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu

murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi

lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini terbukti apabila

kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu melukis semula

gambar rajah serta melabelkannya dengan betul. Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti

7

nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan bimbingan guru (pengkaji)

sebelum itu.

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik

Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak menunjukkan bahawa

pelajaran mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, misalnya pelajaran Sains.

Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang

mundur. Melalui media muzik, guru akan menjadi mudah mengajar pelajaran tersebut.

Kanak-kanak akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran itu

dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat

dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-

kanak.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk

Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Hasil kajian

mereka mendapati penggunaan muzik dalam proses P&P dapat menimbulkan rasa

seronok belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir

murid. Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat

pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan.

Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran merupakan salah satu strategi bagi

memastikan P&P di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan dan

secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan

Muzik Terhadap Pengusaan Sifir telah membuktikan bahawa melalui aktiviti

8

menggunakan muzik, responden menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian

diagnostik iaitu terhadap penguasaan sifir yang meningkat. Kesemua responden juga

mempunyai persepsi dan pencapaian yang positif setelah diberi pendedahan kepada

kaedah pembelajaran sifir bermuzik ini. Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan

rangsangan muzik bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan

pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang

mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan

dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai

alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P juga ada

dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The

Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam

proses P&P mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, Bruce

Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta.

Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid

yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya dalam pelajarannya.

Maklum balas positif juga diterima daripada responden dimana mereka menyatakan

bahawa mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi diri

murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom

yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P

adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat

umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan

9

nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran

yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid dalam P&P. Irama

dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori

terhadap fakta dan isi pelajaran.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik (nyanyian) dalam proses

P&P telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif.

Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan keberkesanan

P&P di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru sekolah. Justeru,

pengkaji akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan

kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk

menjadi seorang guru yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal

fakta dengan cara nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat

membantu murid menghafal fakta, malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran

yang menghiburkan dan menyeronokkan.

10

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman

pengkaji dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk

meninjau masalah beserta analisis kepada tinjaun masalah tersebut turut dihuraikan

dalam bahagian ini.

2.1 Tinjauan Masalah

Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dan rumit.

Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan

latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum langkah seterusnya

diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat tinjauan masalah

dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi murid.

Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin

disasarkan iaitu:

a) Analisis dokumen

Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk

Kemandirian Spesis Tumbuhan (Lampiran A). Pengkaji mengedarkan

lembaran kerja di akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Pengkaji menganalisis lembaran

kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk

yang diajar. Pengkaji mula mengenalpasti masalah apabila melihat ramai murid

tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.

11

b) Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi P&P Sains bagi

tajuk Kemandirian Spesies Tumbuhan. Respon murid terhadap soalan guru

serta tingkah laku murid sepanjang sesi P&P berlangsung juga diperhatikan dan

dicatatkan. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara tidak berstruktur yang

berupa catatan bebas (Lampiran B).

c) Soal selidik

Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti

tanggapan mereka terhadap proses P&P Sains, pengkaji menggunakan borang

soal selidik yang perlu dijawab oleh setiap murid (Lampiran C). Terdapat 12

item yang perlu dijawab oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang

disediakan. Pengkaji memberi penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul

faham kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab dengan

jujur. Pengkaji juga memastikan suasana pada waktu tersebut adalah selesa

supaya responden boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal

selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji

terhadap murid Tahun 5 Bestari:

12

a) Analisis dokumen

Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam

lembaran kerja seperti di lampiran A :

Jadual 1: Analisis keputusan lembaran kerja murid

MARKAHJUMLAH MURID

(%)BIL. MURID(%)

0-20629

21-40943

41-60419

61-8029

81-10000

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, pengkaji dapat

mengenal pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab

soalan lembaran kerja tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid

mendapat markah 20% ke bawah, 43% daripada jumlah keseluruhan murid

mendapat markah dari 21% hingga 40% dan 19% daripada jumlah keseluruhan

murid mendapat markah dari 41% hingga 60%. Seterusnya, 9% daripada jumlah

keseluruhan murid berjaya memperolehi markah dari 61% hingga 80%,

manakala 0% murid yang mendapat markah 81% hingga 100%.

Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripada

jumlah keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi

13

markah 40%. Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan murid

lagi berada di bawah peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yang

amat sedikit ini menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai

tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta

Sains. Justeru, pengkaji akan menggunakan kaedah nyanyian dalam membantu

murid mengingat fakta sekali gus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam

mata pelajaran Sains.

b) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,

pengkaji dapati murid Tahun 5 Bestari ini mempunyai minat untuk belajar, tetapi

mereka sukar untuk menghafal fakta-fakta Sains. Murid dilihat memberi

perhatian semasa sesi P&P berlangsung. Mereka juga menunjukkan tingkah laku

yang postif di dalam kelas. Tetapi apabila berada di pertengahan sesi, sebahagian

murid kelihatan bosan untuk meneruskan pembelajaran. Murid dikesan

menghadapi masalah dalam mengingat fakta yang telah lama diajar. Berikut

merupakan catatan bebas pengkaji terhadap tingkah laku murid sepanjang sesi

P&P. Lajur catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid terhadap fakta

Sains yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru :

14

Jadual 2 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian

Tarikh: 17 Februari 2011

Kelas: 5 Bestari

PERISTIWA

CATATAN

Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun, memberi salam dan kemudian duduk. Murid-murid senyap.

Guru bertanya murid tentang apa yang telah mereka pelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid diam dan berfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat tangan. Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk seorang murid untuk jawab. Dia bangun dan memberi jawapan yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid tersebut juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat tangan dan jawab. Jawapan tetap salah.

Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini ramai yang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid untuk jawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain pula angkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak berapa tepat.

Guru mengingatkan murid tentang satu fakta yang telah diajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid berebut-rebut ingin menjawab. Murid terus menjawab tanpa angkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan jika ingin jawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid tersebut jawab dengan tepat. Begitu juga dengan tiga orang murid lain.

Guru meneruskan sesi P&P seperti yang dirancang. Murid-muridkelihatanberminat.Gurumemberi penerangan satu persatu. Sejurus selepas guru memberi penerangan terhadap sesuatu perkara, guru terus bertanya soalan. Ramai murid boleh menjawab dengan betul. Guru teruskan mengajar dan bertanya soalan. Murid memberi respon positif. Murid boleh menjawab soalan dengan baik. Tiba di pertengahan sesi, sebahagian murid menunjukkan

Berfikir dan cuba mengingat semula fakta tetapi gagal

Hampir boleh mengingat sebahagian fakta tetapi masih tidak tepat

Boleh mengingat fakta selepas diberi klu

Bolehmengingatfakta yang baru sahaja diajar

15

reaksi bosan seperti tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran.

Selesai mengajar, guru mengedarkan lembaran kerja. Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke sekeliling kelas untuk memantau murid manjawab lembaran kerja. Guru berhenti di meja seorang murid. Murid itu masih tidak menulis apa-apa jawapan. Guru bertanya murid itu masalah yang dihadapi. Murid itu memberitahu dia tak ingat.

Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-dua murid ini baru menjawab dua soalan. Selebihnya dibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka melengkapkan lembaran kerja tersebut. Seorang jawab tak tahu manakala seorang lagi jawab tak ingat.

Masa tamat. Guru menyuruh murid menyiapkan lembaran kerja di rumah. Guru keluar kelas.

Tidakbolehmengingat fakta yang telah lama diajar

Tidakbolehmengingat fakta yang telah lama diajar

c) Soal selidik

Pengkaji menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti

di Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borang

soal selidik yang dijalankan:

16

Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik

%

BILITEM

1Saya minat mata pelajaran Sains

2Pengajaran cikgu membosankan

3Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

4Aktiviti yang dijalankan sangat menarik

5Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

6Penerangan cikgu mudah difahami

7Saya berasa sukar untuk menghafal fakta

8Saya tidak faham soalan Sains

9Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

10Belajar Sains itu menyeronokkan

11Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah

12Latihan yang diberikan sangat mudah YATIDAK

100-

7129

100-

1981

8614

8119

100-

6733

100-

4852

1486

4852

Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid

mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Sains), item 3 (Bimbingan

yang cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal fakta ) dan item

9 (Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu Pengajaran cikgu

membosankan, 71% murid menjawab YA manakala 29% murid lagi menjawab

TIDAK. Sebanyak 19% murid menjawab YA dan selebihnya iaitu 81% menjawab

TIDAK bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi item 5 (Cikgu

17

memberi tumpuan terhadap saya), 86% murid menjawab YA manakala 14% murid

lagi menjawab TIDAK.

Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula, 81% murid menjawab

YA manakala 19% murid lagi menjawab TIDAK. Seterusnya bagi item 8 (Saya

tidak faham soalan Sains) pula, 67% murid menjawab YA manakala 33% murid lagi

menjawab TIDAK. Bagi item 10 (Belajar Sains itu menyeronokkan) dan item 12

(Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab YA adalah

48% manakala 52% lagi menjawab TIDAK. 14% murid menjawab YA bagi item 11

(Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab

TIDAK.

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah

utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal fakta Sains (merujuk kepada

item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini

menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai tajuk yang diajar dengan baik.

Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang membosankan,

aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta tidak faham soalan.

Untuk kajian ini, pengkaji akan menumpukan kepada dua masalah utama yang dihadapi

murid iaitu kesukaran menghafal fakta Sains dan selalu lupa apa yang diajar oleh guru.

18

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian,

kepentingan kajian, definisi operational dan batasan kajian.

3.1 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

3.1.1Objektif Umum

Mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan kebolehan

murid mengingat fakta-fakta Sains.

3.1.2Objektif Khusus

a) Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air

menggunakan kaedah nyanyian.

b) MeningkatkanminatmuridmempelajaritajukKitaranAir

menggunakan kaedah nyanyian.

c) Mewujudkansuasanapembelajaranyangmenyeronokkandan

menghiburkan dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

3.2 Soalan Kajian

a) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan kebolehan murid

mengingat proses Kitaran Air?

b) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan minat murid

mempelajari tajuk Kitaran Air?

19

c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P boleh mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

3.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5 dalam

menguasai mata pelajaran Sains iaitu dengan mengingat fakta secara mudah, berkesan,

menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untuk

belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi

panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guru-guru sekolah dan juga guru-

guru pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Sains yang menyeronokkan

serta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidak

langsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah menghafal fakta di

kalangan murid khususnya bagi subjek Sains, seterusnya dapat meningkatkan prestasi

murid dalam peperiksaan. Diharap dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat

kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta murid-

murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini.

3.4 Definisi Operational / Istilah

Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah :

3.4.1Keberkesanan

Menurut Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan,

keberkesanan diistilahkan sebagai satu usaha yang teratur, bersistem, bertatatertib serta

20

optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran

untuk mencapai kejayaan yang paling maksimum (terbaik).

Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), maksud keberkesanan

adalah perihal berkesan atau berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb). Dalam

kajian ini, keberkesanan merujuk kepada kesan positif bagi kaedah yang digunakan

dalam membantu murid meningkatkan ingatan mereka daalam menghafal fakta Sains.

3.4.2Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang

pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau

yang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip

tertentu).

Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma

Perguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara atau

peraturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang

sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.

Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan

langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Kaedah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah tindakan yang dijalankan oleh

guru dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kebolehan murid

mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air.

21

3.4.3Nyanyian

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) mengistilahkan nyanyian sebagai gubahan muzik

yang dilagukan dengan suara. Berdasarkan kajian ini, gubahan muzik yang dilagukan

dengan suara merujuk kepada lagu bagi tajuk Kitaran Air yang akan dinyanyikan oleh

murid sebagai alat untuk membantu mereka mengingat fakta.

3.4.4Meningkatkan

Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud

menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan meningkatkan

merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap pencapaian serta daya

ingatan murid Tahun 5 Bestari bagi tajuk Kitaran Air.

3.4.5Ingatan

Merujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), ingatan bermaksud sesuatu yang diingat, sesuatu

yang timbul dalam fikiran. Ingatan juga membawa maksud kuasa untuk mengingat

sesuatu dengan apa yang ada dalam ingatan. Khalid (1993) dalam bukunya yang

bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan pula menggariskan ingatan kepada tiga fasa

iaitu :

a) Penerimaan dan penyerapan

Berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang membolehkan sesuatu

bahan ilmu masuk ke dalam fikiran dan ingatannya.

22

b) Penyimpanan

Berlaku apabila ilmu disimpan dalam fikiran dan ingatan tanpa disedari dan

dirasai secara fizikal.

c) Pemakaian semula atau pemanggilan semula

Berlaku apabila ilmu tersebut digunakan setelah jangka masa berlalu dari fasa

penyerapan (ujian/peperiksaan).

Dalam kajian ini, ingatan merujuk kepada kuasa untuk mengingat fakta Sains khususnya

bagi tajuk Kitaran Air terhadap murid Tahun 5 Bestari.

3.5 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang responden yang terdiri daripada murid-murid

Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Responden terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang

berbeza tahap pencapaiannya iaitu lemah, sederhana dan baik. Responden juga

mempunyai latar belakang status sosio ekonomi yang rendah. Kajian dilaksanakan pada

waktu mata pelajaran Sains bagi Tahun 5 Bestari dan bertempat di Makmal Sains

Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk di dalam

mata pelajaran Sains Tahun 5 iaitu proses Kitaran Air yang berfokus kepada

penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

23

4.0 KUMPULAN SASARAN

Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang responden yang

digunakan dalam perlaksanakan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan dengan

terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.

4.1 Latar Belakang Sekolah

Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala

Terengganu yang terletak di kawasan luar Bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini

mempunyai 23 orang guru, 15 kakitangan serta 217 orang murid. Terdapat 9 kelas

kesemuanya di sekolah ini iaitu termasuk Prasekolah. Pencapaian Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini berada pada tahap sederhana.

4.2 Latar Belakang Murid

Seramai 10 orang murid dari kelas 5 Bestari yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki

dan 3 orang murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden

berumur dalam lingkungan 11 tahun. Kesemua responden berketurunan Melayu,

beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Terengganu. Mereka juga berasal dari

keluarga yang berpendapatan rendah dimana kesemua mereka menerima bantuan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 2 orang responden merupakan anak yatim.

Ibubapa responden bekerja sebagai petani, buruh, nelayan dan juga peniaga kecil-

kecilan. Tahap pencapaian responden di dalam pelajaran adalah berbeza.

24

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan data

yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan

berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan.

5.1 Prosedur Tindakan

Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis

& McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan

pada Rajah 1 di bawah:

(1)

MEREFLEK

(4)

MEMERHATI (2)

MERANCANG

(3)

BERTINDAK

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

25

5.1.1 Mereflek

Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji dalam

mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P.

Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi mengenalpasti

masalah utama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian,

analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah

mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan besar murid Tahun 5

Bestari, iaitu kesukaran mengingati fakta Sains.

5.1.2 Merancang

Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan kepada

masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula menyediakan kerangka kajian iaitu

objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan

literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta merancang

tindakan. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan murid mengingat

fakta bagi tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian.

Sebagai perancangan awal, pengkaji akan membuat pemilihan melodi lagu yang

dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, pengkaji akan menulis lirik lagu yang

mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses

Kitaran Air. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan proses rakaman lagu Kitaran Air

yang menggunakan suara pengkaji sendiri untuk digunapakai di dalam kajian ini.

26

Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji akan membahagikan murid kelas 5

Bestari kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Pembahagian ini dilakukan berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 bagi subjek Sains murid-

murid, dimana setiap kumpulan mempunyai jumlah murid berpencapaian baik,

sederhana dan lemah yang setara. Kumpulan rawatan yang merupakan responden bagi

kajian ini terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 4 orang murid

berpencapaian sederhana dan 3 orang murid berpencapaian lemah. Manakala kumpulan

kawalan terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 3 orang murid

berpencapaian sederhana dan 4 orang murid berpencapaian lemah.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan empat sesi P&P iaitu dua sesi bagi

setiap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengasingan akan dilakukan terhadap

kedua-dua kumpulan bagi setiap sesi P&P tersebut. Kedua-dua kumpulan ini akan diajar

tajuk yang sama iaitu Kitaran Air tetapi dengan menggunakan kaedah yang berbeza.

Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional manakala

kumpulan rawatan pula akan diajar dengan menggunakan kaedah nyanyian. Alat kajian

yang akan digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang bertujuan untuk menilai

tahap ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Pemerhatian berstruktur juga digunakan

sebagai alat kajian untuk melihat minat murid sepanjang sesi P&P yang dijalankan. Alat

kajian terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden untuk

mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

27

5.1.3 Bertindak

Pengkaji memilih kaedah nyanyian sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah

yang dihadapi. Pengkaji telah memilih melodi lagu Tanya Sama Pokok kerana lagu

tersebut telah diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya,

pengkaji menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di

dalam kajian ini iaitu Kitaran Air seperti yang terdapat di Lampiran D. Dalam proses

menyiapkan lirik lagu, pengkaji membuat rujukan di dalam Buku Teks Sains Tahun 5

dan buku-buku rujukan Sains supaya lirik lagu yang dihasilkan bertepatan dengan

kehendak sukatan pelajaran dan mengandungi fakta-fakta penting dalam proses kitaran

air. Setelah lirik lagu berjaya disiapkan, pengkaji telah menjalankan proses rakaman lagu

Kitaran Air yang menggunakan suara pengkaji sendiri. Rakaman lagu tersebut telah

digunapakai terhadap kumpulan rawatan di dalam kajian ini.

Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan tiga

jenis instrumen iaitu:

i.Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F)

ii.Borang Pemerhatian (Lampiran G)

iii.Soal Selidik (Lampiran H)

Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan

rawatan, pengkaji mengedarkan satu set soalan Ujian Pra (Lampiran E) untuk dijawab

oleh kesemua responden. Ini bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid

terhadap tajuk Kitaran Air. Pengkaji menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza bagi

setiap kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, murid kumpulan kawalan dan

28

kumpulan rawatan diasingkan. Kumpulan kawalan menjalani proses P&P menggunakan

kaedah konvensional sebanyak dua kali. Manakala kumpulan rawatan pula menjalani

proses P&P menggunakan kaedah nyanyian, juga sebanyak dua kali.

Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi P&P yang menggunakan kaedah

nyanyian adalah seperti berikut:

i.Pengkaji menunjukkan gambar rajah Kitaran Air melalui Power Point.

ii.Pengkaji memperkenalkan empat proses yang terlibat di dalam Kitaran Air

iaitu penyejatan, kondensasi, hujan dan pengumpulan.

iii.Pengkaji menerangkan setiap proses Kitaran Air secara terperinci.

iv.Pengkaji memaparkan lirik lagu Kitaran Air melalui Power Point

(Lampiran D).

v.Pengkaji memperdengarkan lagu Kitaran Air kepada responden.

vi.Responden menyanyikan lagu Kitaran Air bersama-sama berpandukan

kepada lirik yang dipaparkan.

vii.Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii.Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis.

ix.Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P.

Semasakeempat-empatsesiP&Pberlangsung,pengkajimenjalankan

pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang

pemerhatian (Lampiran G). Ini bertujuan untuk melihat minat belajar murid sepanjang

sesi P&P berlangsung. Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P bagi kedua-dua

kumpulan kawalan dan rawatan selesai dijalankan, pengkaji mengedarkan Ujian Pasca

29

(Lampiran F) untuk dijawab oleh responden. Soalan bagi Ujian Pasca adalah setara

dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat proses

Kitaran Air yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah ujian para responden.

Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H). Setelah

selesai kedua-dua sesi P&P, pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada setiap

responden bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya untuk melihat sama ada murid berasa

seronok dan terhibur terhadap kaedah P&P yang dijalankan. Borang soal selidik yang

dibina mempunyai lima skala bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan

secara terperinci di dalam borang soal selidik tersebut.

5.1.4 Memerhati

Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi.

Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan

jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min ujian bagi kedua-dua

kumpulan turut dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, pengkaji mencatat pemerhatian

tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses P&P berlangsung

berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Analisis

pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf.

Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat perbandingan

di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal selidik bagi setiap

item diinterpretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf.

30

Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis dan

diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya

dapat dilihat dengan jelas.

Proses terakhir ialah pemantauan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan

kaedah dan tindakan yang telah dijalankan serta memantau sejauh mana ia dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya keputusan tidak memberansangkan,

maka pengkaji boleh memulakan kitaran sekali lagi sekiranya masa mencukupi. Kitaran

kajian tindakan ini boleh berlaku secara berterusan sama ada berfokuskan kepada

masalah yang sama ataupun masalah lain.

5.2 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, pengkaji telah

meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid

dalam mengingati fakta bagi mata pelajaran Sains. Pengkaji membuat kesimpulan

bahawa ketidakupayaan mengingati fakta menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam

usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan. Tiga jenis instrumen

digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian (Ujian Pra dan Ujian

Pasca), Pemerhatian dan Soal Selidik di mana setiap instrumen mengukur objektif yang

berbeza.

5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Pengkaji menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang diberikan kepada kadua-dua

kumpulan kawalan dan rawatan iaitu Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran

31

F). Soalan ujian adalah berdasarkan tajuk Kitaran Air. Ujian Pra diberikan sebelum

sesi P&P dimulakan yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan

sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji.

Untuk melihat peningkatan tahap ingatan murid mengingat proses Kitaran Air,

Ujian Pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua empat sesi

P&P. Soalan yang setara dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk

menilai tahap ingatan murid bagi tajuk yang diajar. Seterusnya pengkaji melakukan

analisis terhadap data ujian untuk melihat perubahan markah bagi kedua-dua kumpulan

kawalan dan kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan dua kaedah

yang berbeza iaitu kaedah tradisional dan kaedah nyanyian. Peningkatan markah murid

yang tinggi menunjukkan bahawa murid berupaya mengingat proses Kitaran Air

dengan baik. Pengkaji membuat perbandingan perningkatan markah di antara kedua-dua

keputusan ujian tersebut bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5.2.2Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya pengkaji dapat

mengamati dan mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang P&P berlangsung.

Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku responden

yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Bentuk

pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur di mana pengkaji merekod

pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam borang

pemerhatian (Lampiran G). Terdapat empat tema utama yang diperhatikan merangkumi

minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin di mana setiap satunya

mempunyai dua pecahan aspek. Ke semua aspek-aspek tersebut adalah berkait rapat

32

dengan minat. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau

tidak dalam meningkatkan minat murid Tahun 5 Bestari bagi tajuk Kitaran Air.

5.2.3 Soal Selidik

Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H) untuk mendapatkan reaksi

responden berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan.

Borang soal selidik diberikan kepada responden berbentuk soalan tertutup yang

menggunakan Skala Likert dimana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi setiap

item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada

objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah difahami, soalan

tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina mahupun agama.

Semasa sesi soalselidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu membaca dan

menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Pengkaji memberi

penerangan yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan

responden. Pengkaji juga mengingatkan responden supaya menjawab soalan selidik

tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut,

pengkaji dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P

dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada

sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap

yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan

33

menghasilkankeputusanyangsamawalaupundilakukanberulangkali.

Walaubagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada fakta yang tetap dan

tidak berubah.

Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan,

segala instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu. Soalan dan bentuk

borang soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini telah

pun disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum digunakan di lapangan. Begitu juga

dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca, kedua-duanya telah diberi pengesahan oleh

Ketua Panitia Sains sekolah tempat kajian dijalankan.

Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, pengkaji memastikan

bahawa murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya mereka tidak

dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian. Sebagai

langkah berjaga-jaga, pengkaji turut mengelakkan kelakuan yang boleh menimbulkan

kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di kalangan responden. Oleh itu, pengkaji

membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia sebelum ujian

dijalankan.

Selain itu, pengkaji juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan

soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan yang jelas dan

terperinci bagi setiap item yang digunakan. Pengkaji sentiasa mengingatkan responden

agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua tindakan

ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap

kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

34

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi.

Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian,

seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data

adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Kitaran Air

menggunakan kaedah nyanyian.

Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra (Lampiran E)

dan Ujian Pasca (Lampiran F) mengenai tajuk yang diajar iaitu Kitaran Air yang

telah dilaksanakan ke atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas kedua-

dua kumpulan rawatan dan kawalan sebelum sesi P&P bermula yang bertujuan untuk

mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang

dikaji. Manakala Ujian Pasca pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah

selesai kesemua sesi P&P untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah

dilaksanakan dalam membantu murid mengingat fakta. Hasil analisis membuktikan

sama ada kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk

Kitaran Air dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum

dan selepas rawatan dilakukan. Jadual 4 di bawah menunjukkan gred dan markah

yang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan.

35

Jadual 4: Gred dan Markah Ujian

GredMarkah

A80-100

B60-79

C40-59

D0-39

Jadual 5: Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

KumpulanUjianGred

ABCD

RawatanPra--19

Pasca442-

KawalanPra--28

Pasca3241

36

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan

BilanganMurid10 9 8 7 6 5 4 3 2 10ABCD

Ujian Pra 0 0 1 9 Ujian Pasca 4 4 2 0

Rajah 2 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan

Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan

BilanganMurid9 8 7 6 5 4 3 2 10ABCD

Ujian Pra 0 0 2 8 Ujian Pasca 3 2 4 1

Rajah 3 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan

37

Berdasarkan Jadual 5 di atas yang telah diterjemahkan di dalam bentuk graf

seperti dalam Rajah 2 dan Rajah 3, dapat dilihat dengan jelas perubahan yang berlaku

pada gred ujian bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan. Bagi kumpulan rawatan

(merujuk kepada Rajah 2), tiada seorang pun murid yang mendapat gred A dan B di

dalam Ujian Pra, seorang murid mendapat gred C manakala selebihnya iaitu 9 orang

murid mendapat gred D. Namun, selepas rawatan menggunakan kaedah nyanyian yang

dijalankan sebanyak dua kali, pencapaian murid di dalam Ujian Pasca menunjukan

peningkatan gred yang ketara. Daripada tiada (0) murid yang mendapat gred A dan B di

dalam Ujian Pra, kini seramai 4 orang murid berjaya memperoleh gred A manakala 4

orang murid memperoleh gred B di dalam Ujian Pasca. Jumlah murid yang memperoleh

gred C meningkat daripada seorang kepada 2 orang. Tiada murid yang memperoleh gred

D sama sekali, berbeza dengan sebelum rawatan dijalankan dimana hampir ke semua

murid memperoleh gred D. Hasil analisis gred markah ujian terhadap kumpulan rawatan

menunjukkan tindak balas yang positif. Ini bermakna, penggunaan kaedah nyanyian

dalam P&P Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air.

Bagi kumpulan kawalan pula (merujuk kepada Rajah 3), seramai 2 orang murid

memperoleh gred C manakala 8 orang murid lagi memperoleh gred D di dalam Ujian

Pra. Selepas kumpulan kawalan menjalani proses P&P menggunakan kaedah

konvensional sebanyak dua kali, terdapat perubahan terhadap gred pencapaian murid.

Jumlah murid yang berjaya memperoleh gred A meningkat seramai 3 orang daripada 0,

manakala jumlah murid yang memperoleh gred B pula meningkat seramai 2 orang, juga

daripada 0. Daripada 2 orang murid yang memperoleh gred C di dalam Ujian Pra, kini

telah meningkat kepada 4 orang di dalam Ujian Pasca. Akan tetapi, masih terdapat

38

seorang murid yang memperoleh gred D di dalam Ujian Pasca walaupun jumlahnya

telah berkurangan sebanyak 7 orang. Peningkatan gred pencapian murid yang dicatatkan

ini menunjukkan bahawa kumpulan kawalan juga menunjukkan perubahan yang positif

dalam mengingati proses Kitaran Air. Namun, peningkatan yang ditunjukkan oleh

kumpulan kawalan tidaklah sebaik peningkatan kumpulan rawatan.

Jadual 6: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

RespondenMarkah (%)

Kumpulan RawatanKumpulan Kawalan

Ujian Pra

R110 R250 R330 R420 R520 R610 R720 R810 R910R1020 Ujian Pasca

90 70 90 80 90 40 50 60 7070 Ujian Pra

20 10 20 20 20 20 20 30 2010 Ujian Pasca

80 90 80 50 80 40 60 50 4010

Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai kebolehan murid mengingati

proses Kitaran Air, perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kedua-dua

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipaparkan di dalam Jadual 6 seperti di atas.

Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan keputusan bagi kedua-dua

39MARKAH(%)MARKAH(%)

kumpulan juga turut diterjemahkan di dalam bentuk graf yang berasingan seperti di

dalam Rajah 4 dan Rajah 5 di bawah.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0R1R2R3R4R5R6R7R8R9R10

Ujian Pra

Ujian Pasca

RESPONDEN

Rajah 4 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca Bagi Kumpulan Rawatan

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

R1R2R3R4R5R6R7R8R9R10

Ujian Pra

Ujian Pasca

RESPONDEN

Rajah 5 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca Bagi Kumpulan Kawalan

40

Kedua-dua graf seperti di dalam Rajah 4 dan Rajah 5 telah dianalisis oleh

pengkaji bagi melihat kebolehan murid dalam mengingat proses Kitaran Air. Terdapat

perbezaan peningkatan markah yang ketara di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi

kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini merupakan satu petanda yang

baik dimana peningkatan markah tersebut menunjukkan bahawa kaedah nyanyian

berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air.

Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat dengan jelas ke semua murid kumpulan

rawatan berjaya mencatatkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca berbanding

Ujian Pra. Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh Responden 1 (R1).

Di dalam Ujian Pra iaitu sebelum rawatan dilakukan, responden ini hanya memperoleh

markah sebanyak 10%. Akan tetapi, selepas menjalani rawatan dengan menggunakan

kaedah nyanyian, markah Ujian Pasca responden ini meningkat secara mendadak iaitu

sebanyak 80% menjadikan markah Ujian Pasca sebanyak 90%. Peningkatan markah

terendah dicatatkan oleh R2 iaitu sebanyak 20% dimana markah Ujian Pra adalah

sebanyak 50% dan meningkat kepada 70% di dalam Ujian Pasca. Walaubagaimanapun,

R2 merupakan murid yang mencatat markah tertinggi di dalam Ujian Pra.

Selain itu, R3, R4, R5, R8, R9 dan R10 juga menunjukkan peningkatan markah

ujian yang memberansangkan iaitu 50% ke atas. Bagi R6 dan R7, peningkatan markah

adalah sebanyak 30%. Secara keseluruhannya, kesemua responden bagi kumpulan

rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian berjaya

menunjukkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Markah

tertinggi yang dicatatkan adalah 90% manakala yang terendah adalah 40%. Ini

41

bermakna, ke semua responden kumpulan kawalan berjaya melepasi tahap peratus lulus

iaitu 40% ke atas.

Melihat kepada Rajah 5, peningkatan markah ujian yang dicatatkan oleh

kumpulan kawalan tidaklah terlalu ketara jika dibandingkan dengan kumpulan rawatan.

Peningkatan markah ujian tertinggi kumpulan kawalan dicatatkan oleh R1 iaitu

sebanyak 60% berbanding 80% oleh kumpulan rawatan. Sebelum menjalani proses P&P

dengan kaedah konvensional, R1 mencatat markah Ujian Pra sebanyak 20%, namun

selepas dua kali proses P&P, markah Ujian Pasca R1 meningkat kepada 80%. Dalam

kumpulan kawalan, terdapat seorang responden yang tidak mencatatkan sebarang

peningkatan markah di dalam kedua-dua ujian iaitu R10. Responden ini mencatatkan

markah sebanyak 10% bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca, sekaligus

menjadikannya tidak lulus ujian.

Seterusnya,R5turutmenunjukkanpeningkatanmarkahujianyang

memberansangkan iaitu sebanyak 50%. Begitu juga dengan R2, R3 dan R7 yang

menunjukkan peningkatan sebanyak 40% di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra.

Selebihnya, iaitu R6, R8 dan R9, peningkatan yang dicatatkan adalah kurang

memberansangkan iaitu sebanyak 20% sahaja. Tidak ketinggalan R4 yang menunjukkan

peningkatan sebanyak 30%. Secara keseluruhannya, 9 orang responden bagi kumpulan

kawalan berjaya memperoleh peratus lulus 40% ke atas manakala seorang lagi

responden gagal dalam kedua-dua ujian serta tidak mencatatkan sebarang peningkatan.

Peningkatan markah tertinggi bagi kumpulan kawalan (60%) tidaklah setinggi

peningkatan markah bagi kumpulan rawatan (80%). Kesemua responden bagi kumpulan

42

rawatan memperoleh markah lulus di dalam Ujian Pasca berbanding kumpulan kawalan

yang mempunyai seorang responden yang gagal. Oleh yang demikian, dapatlah

disimpulkan bahawa proses P&P bagi tajuk Kitaran Air yang menggunakan kaedah

nyanyian (kumpulan rawatan) adalah berkesan dalam meningkatkan ingatan murid

berbanding dengan proses P&P menggunakan kaedah konvensional (kumpulan

kawalan). Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara bagi kumpulan

rawatan berbanding kumpulan kawalan.

Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, pengkaji telah

membentuk satu jadual yang memaparkan nilai min ujian bagi kedua-dua kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 7 di bawah.

Jadual 7: Perbandingan Nilai Min Ujian Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

Ujian PraUjian PascaPerbezaan

Kumpulan20.071.051.0

Rawatan

Kumpulan25.057.032.0

Kawalan

Merujuk kepada Jadual 7, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian

Pasca yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan ialah sebanyak 51.0 iaitu dari 20.0 kepada

71.0. Bagi kumpulan kawalan pula, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian

Pasca yang dicatatkan ialah sebanyak 32.0 iaitu dari 25.0 kepada 57.0. Dapatan ini

membuktikan dengan jelas bahawa responden kumpulan rawatan yang menjalani proses

P&P dengan menggunakan kaedah nyanyian mampu mengingat proses Kitaran Air

43

dengan lebih baik jika dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan. Ini

seterusnya dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap tajuk Kitaran Air seperti

yang dapat dilihat melalui peningkatan nilai min ujian. Berbeza dengan kumpulan

kawalan yang menjalani proses P&P secara konvensional bagi tajuk yang sama,

peningkatan nilai min ujian yang dicatatkan tidak begitu memberansangkan. Oleh itu,

objektif kajian ini untuk meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air

menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai.

6.2 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitaran Air menggunakan

kaedah nyanyian.

Objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk

Kitaran Air diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur (Lampiran G)

terhadap tingkah laku responden bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji sepanjang keempat-empat

proses P&P berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang

mencerminkan minat murid apabila menjalani proses P&P menggunakan kaedah

nyanyian (kumpulan rawatan) dan juga kaedah konvensional (kumpulan kawalan).

Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama seperti yang

tertera di dalam Jadual 8 di bawah.

44

Jadual 8: Tema dan Aspek Yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian

TEMAASPEK

a) Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses MinatP&P berlangsung.

b) Seronok belajar menggunakan kaedah yang diajar.

Tingkah Laku Pasif

Penglibatan

Masalah Disiplin a) Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran.

b) Berangan-angan atau termenung.

a) Menjawab soalan secara sukarela.

b) Menggalakkan rakan lain untuk belajar.

a) Mengganggu murid lain semasa proses P&P berlangsung.

b) Bercakap atau bermain.

Berdasarkan Jadual 8 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah

dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan

masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid terhadap

proses P&P yang dijalani. Sebanyak dua sesi P&P dijalankan bagi kumpulan rawatan

yang menggunakan kaedah nyanyian. Begitu juga dengan kumpulan kawalan yang turut

menjalani dua sesi P&P yang menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi P&P

memakan masa selama 60 minit. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, pengkaji telah

merekod tingkah laku yang mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek

yang ingin diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit.

45

Analisis borang pemerhatian bagi setiap sesi P&P direkodkan di dalam Jadual 9 di

bawah.

Jadual 9 : Kekerapan Tingkah Laku Murid Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

TEMAKUMPULANKEKERAPAN TINGKAH LAKUJUMLAH

MURID

Sesi 1Sesi 2

MinatRawatan171936

Kawalan111021

Tingkah

Laku Pasif

Penglibatan Rawatan5510

Kawalan161329

Rawatan181528

Kawalan6713

Masalah

Disiplin Rawatan437

Kawalan91423

Seperti yang boleh dilihat dalam Jadual 9 di atas, terdapat perbezaan jumlah

kekerapan tingkah laku pada kedua-dua sesi P&P bagi kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan. Kekerapan tingkah laku murid bagi setiap kumpulan dirumuskan dalam bentuk

peratusan dan diterjemahkan di dalam bentuk graf seperti di bawah.

46

Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Masalah Disiplin

Penglibatan

Tingkah Laku Pasif

Minat

0%5%10%15%20%25%30%35%40%45%50%

Minat

Tingkah Laku Pasif

Penglibatan

Masalah Disiplin

KumpulanKawalan

24%

34%

15%

27%

KumpulanRawatan

44%

12%

35%

9%

Rajah 6 : Graf Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Berdasarkan Rajah 6 yang dipaparkan di atas, dapat dibandingkan peratusan

minat murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih besar iaitu 44% berbanding kumpulan

kawalan yang hanya sebanyak 24%. Ini menunjukkan kaedah nyanyian dalam proses

P&P bagi tajuk Kitaran Air berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar. Bagi

kumpulan kawalan pula, sesi P&P menggunakan kaedah konvensional menyebabkan

murid berasa bosan, sekaligus mengurangkan minat mereka untuk belajar.

Bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, hanya 12% murid kumpulan rawatan

didapati bertingkah laku pasif di dalam kedua-dua sesi P&P menggunakan kaedah

nyanyian. Manakala, bagi kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional,

sebanyak 34% murid didapati bertingkah laku pasif bagi kedua-dua sesi P&P yang

47

dijalankan. Dapatan ini membuktikan bahawa kaedah nyanyian mampu mengurangkan

tingkah laku pasif murid. Peratusan tingkah laku pasif yang rendah ini disebabkan oleh

perasaan minat yang mendalam untuk belajar dengan menggunakan kaedah nyanyian

jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

Seterusnya, perbezaan peratusan yang ketara di antara kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan juga boleh dilihat bagi tema penglibatan. Bagi sesi P&P

menggunakan kaedah nyanyian (kumpulan rawatan), sebanyak 35% murid didapati

menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P. Namun, bagi sesi P&P

menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan), peratusan murid yang

menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P didapati menurun kepada 15%.

Melalui dapatan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penglibatan murid di dalam

proses P&P dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah nyanyian (kumpulan

rawatan). Ini bertentangan dengan penggunaan kaedah konvensional (kumpulan

kawalan) yang tidak berupaya menggalakkan penglibatan murid secara aktif.

Merujuk kepada tema terakhir iaitu masalah disiplin, hanya 9% murid kumpulan

rawatan didapati bermasalah, manakala bagi kumpulan kawalan pula, jumlah murid

yang bermasalah disiplin meningkat kepada 27%. Perbezaan peratusan yang ketara ini

menunjukkan bahawa melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P, masalah

disiplin di kalangan murid dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Akan tetapi,

proses P&P menggunakan kaedah konvensional dilihat tidak berupaya mengurangkan

masalah disiplin murid sebagaimana kaedah nyanyian.

48

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat

murid dalam mempelajari tajuk Kitaran Air menggunakan kaedah nyanyian telah

tercapai. Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P ternyata berkesan dalam

meningkatkan minat murid untuk belajar, sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku

pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat

meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid.

6.3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan

dengan penggunaan elemen nyanyian dalam P&P.

Objektif kajian yang ingin dicapai seterusnya adalah mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui penggunaan kaedah

nyanyian dalam proses P&P Sains. Objektif ini diukur berdasarkan kepada borang

soal selidik (Lampiran H) yang dijawab oleh ke semua responden kumpulan rawatan

dan kumpulan kawalan selepas kedua-dua sesi P&P berakhir. Data yang diperolehi

daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kiraan

min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf seperti

yang dipaparkan di dalam Jadual 10 di bawah.

49

Jadual 10 : Analisis Borang Soal Selidik

BILITEMNILAI MIN

Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan

1Saya berasa seronok selepas mengikuti5.02.0 pelajaran hari ini.2Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti5.01.9 hari ini.3Saya berasa mudah untuk menghafal4.81.0 fakta.4Pengajaran guru membosankan.1.44.6

5Saya berasa teruja untuk menunggu4.81.5 aktiviti yang akan diperkenalkanseterusnya.

6Saya berasa bersemangat untuk belajar4.61.4 Sains.7Saya sangat suka dengan kaedah5.01.5 pembelajaran yang digunakan.8Saya boleh menggunakan kaedah yang4.41.5 guru perkenalkan pada hari ini untuktajuk lain.

50MIN

Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

5 4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 012345678

KUMPULAN RAWATAN KUMPULAN KAWALAN

ITEM

Rajah 7 : Graf Perbandingan Min Item Soal Selidik Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

Berdasarkan Rajah 7 di atas, min bagi item 1 kumpulan rawatan adalah melebihi

kumpulan kawalan sebanyak 3.0. Nilai min kumpulan rawatan yang tinggi menunjukkan

bahawa keseluruhan responden kumpulan rawatan berasa seronok selepas mengikuti sesi

P&P menggunakan kaedah nyanyian berbanding dengan kumpulan kawalan yang

mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah konvensional. Bagi item 2 pula, nilai min

yang diperolehi bagi kumpulan rawatan iaitu 5.0 adalah lebih tinggi berbanding

kumpulan kawalan iaitu 1.9. Ini bermakna, kaedah nyanyian yang digunakan untuk

kumpulan rawatan berjaya membuatkan responden berasa seronok dan terhibur.

Responden kumpulan kawalan pula tidak berasa seronok dan tidak terhibur dengan

kaedah konvensional yang digunakan di dalam sesi P&P.

51

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini juga, didapati responden

kumpulan rawatan menyatakan mereka berasa mudah untuk menghafal fakta dengan

penggunaan kaedah nyanyian berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan

kaedah konvensional. Kenyataan ini didinterpretasikan daripada nilai min yang

dicatatkan bagi item 3 iaitu 4.8 bagi kumpulan rawatan, dan 1.0 bagi kumpulan kawalan.

Untuk item 4 iaitu pengajaran guru membosankan, nilai min yang diperolehi bagi

kumpulan rawatan hanya 1.4, berbanding nilai min kumpulan kawalan yang lebih tinggi

iaitu 4.6. Ini menunjukkan, responden kumpulan rawatan tidak bersetuju dengan item 4

tetapi dipersetujui oleh responden kumpulan kawalan.

Nilai min bagi item 5 yang tinggi iaitu 4.8 menunjukkan bahawa responden

kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah nyanyian berasa teruja untuk menunggu

aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. Berbeza pendapat dengan kumpulan

kawalan yang menggunakan kaedah konvensional, mereka tidak bersetuju dengan item 5

kerana nilai min yang diperolehi adalah sebanyak 1.5 sahaja. Item 6 pula membuktikan

bahawa kaedah nyanyian yang digunakan mampu membuatkan responden kumpulan

rawatan berasa bersemangat untuk belajar Sains berbanding kumpulan kawalan dengan

perbezaan min sebanyak 3.2.

Responden kumpulan rawatan juga menyatakan mereka suka dengan kaedah

pembelajaran yang digunakan. Ini boleh dilihat melalui nilai min yang tinggi bagi item 7

yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan. Manakala, nilai min yang rendah yang

dicatatkan oleh kumpulan kawalan menunjukkan bahawa responden kumpulan kawalan

tidak bersetuju dengan item 7. Bagi item terakhir iaitu item 8, nilai min yang dicatatkan

oleh kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Ini

52

bermaksud, kumpulan rawatan bersetuju dengan item 8 dimana mereka boleh

menggunakan kaedah yang guru perkenalkan (nyanyian) untuk tajuk lain. Bagi

kumpulan kawalan pula, responden tidak bersetuju dengan item tersebut.

Secara keseluruhannya, soal selidik yang dijalankan terhadap kedua-dua

kumpulan rawatan dan kawalan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Berdasarkan item-item yang disoal serta analisis nilai min antara kedua-dua kumpulan

yang dilakukan, kaedah nyanyian yang digunakan bagi tajuk Kitaran Air dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

53

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci

sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam

meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitaran Air. Responden kumpulan rawatan

yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian menampakkan peningkatan

markah ujian yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani

proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Peningkatan markah ujian tersebut

menunjukkan responden kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang

terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu Kitaran Air yang secara tidak langsung

membantu mereka untuk menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi

markah yang baik.

Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa

iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana

disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong

penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan

bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah

menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik

maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan.

Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu

dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka

akan berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk

54

nyanyian. Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara

tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan

itu, penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P Sains adalah amat tepat bagi

meningkatkan ingatan murid terhadap proses-proses yang terlibat dalam Kitaran Air.

Integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan

otak kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan

fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik,

matematik, sains dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara

seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi

lebih aktif sekiranya aktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara

otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) yang diaplikasikan di dalam

kajian ini telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini dapat

dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara yang ditunjukkan oleh kumpulan

rawatan yang menjalani sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian.

Penggunaan kaedah nyanyian juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat

murid untuk belajar. Kaedah nyanyian bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar,

malah ianya sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan

penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah

disiplin di kalangan murid. Selain itu, kaedah nyanyian juga dilihat dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini dibuktikan melalui

dapatan soal selidik yang menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang

menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian merasa lebih terhibur dan seronok

untuk belajar jika dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan yang menjalani

55

proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd.

Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan

cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya

ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik

untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan

oleh Edith dan Kamariati (2005) tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Kedua-dua

dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, responden menunjukkan reaksi

positif terhadap mata pelajaran Sains. Responden juga mempamerkan rasa seronok

untuk mengikuti proses P&P yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Prestasi

dalam pembelajaran turut meningkat terutamanya dari aspek mengingati fakta-fakta

Sains. Kaedah nyanyian dalam P&P juga sekaligus dapat menarik minat murid untuk

belajar.

Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982)

mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak yang

menunjukkan bahawa pelajaran akan mudah diingat b