1
“Bagai Pinang Pulang ke Tampuk” Bil: 24 RABU, 17 MEI 2006 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Tawaran 25% bagi Daftar Kata Bahasa Melayu dan Buku Kanak- kanak (8-31 Mei 2006) Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. WARKAH MELAYU LAMA Pengarang: Ab. Razak Ab. Karim ISBN: 983-62-9041-9 Harga: RM22.00 BUKU ini memaparkan kekayaan khazanah persuratan Melayu, kehalusan budi dan kesenian Melayu. Membincangkan pel- bagai warkah Melayu lama dari segi komponen warkah, struktur warkah sosial, struktur warkah perjanjian, serta variasi struktur warkah-warkah tersebut. Aspek bahasa dalam kepala surat dan juga cap-cap yang digunakan oleh pengirim, strategi komu- nikasi dan kesopanan dalam warkah turut dibincangkan. Buku ini sesuai untuk rujukan pelajar IPT dan pensyarah, penyelidik serta pencinta bahasa. DBP SETENGAH ABAD Salam Perpisahan 9 Bicara Karya Sastera Perak 10 Penerbitan Buku Perlu Dipergiat 11 Oleh Mashitah Taharin D EWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menyambut Jubli Emasnya pada 22 Jun 2006 ini. Bolehlah dikatakan bahawa pelantikan Y. Bhg. Datuk Johan Jaafar sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kelapan ini sebagai hadiah ulang tahun buat DBP. “Bagai pinang pulang ke tam- puk”, itulah peribahasa yang sesuai untuk mengaitkan pelantikan beliau. Nama beliau tidak asing lagi bagi karyawan DBP bahkan dalam kalangan kebanyakan masyarakat kerana ketokohan beliau mengen- dalikan program “Isu Semasa” selama lebih dua tahun di RTM1 dan “Debat Perdana” selama empat musim. Beliau juga kolumnis untuk akhbar The New Straits Times dan Berita Minggu. Y. Bhg. Datuk Johan Jaafar men- cipta sejarah sebagai bekas kar- yawan DBP yang pertama dilan- tik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Y.B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein pada 17 April 2006 lalu bagi tempoh dua tahun. Beliau pernah berkhid- mat di DBP dari 1 Julai 1977 hingga 31 Oktober 1992. Beliau memulakan kerjaya di DBP sebagai Pegawai Penyelidik di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera (BPPS) yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain). Sepanjang perkhidmatannya di DBP, beliau pernah menjadi Ketua Unit Remaja, Ketua Bahagian Majalah dan paling akhir Ketua Bahagian Penerbitan Am. Beliau juga aktif dalam kegiatan teater, membuat adaptasi dan menga- rahkan beberapa buah drama karya tokoh sasterawan tersohor. Antaranya, beliau pernah menga- rahkan drama Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Rithwan), Salina (A. Samad Said) dan Rumah Kedai di Jalan Seladang (A. Samad Ismail). Beliau pernah memena- ngi Hadiah Karya Sastera kerana adaptasi Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Beliau juga menulis novel, cerpen dan esei, dan pernah meme- nangi Hadiah Sastera kerana skrip drama pentas Asiah Samiah dan cerpen Sang Politikus. Selepas menamatkan perkhid- matannya di DBP, Y. Bhg. Datuk Johan Jaafar berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu bermula dari 1 November 1992. Di Utusan beliau juga menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat itu selain menjadi Pengarah Metrovision Sdn. Bhd. Beliau pernah menjadi Lembaga Pengarah BERNAMA dan ahli Majlis Perniagaan Malaysia (Malaysian Business Council ). Sewaktu kerajaan merancang Koridor Raya Multimedia (MSC) beliau adalah antara Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDC) yang awal. Perbadanan ini menentukan hala tuju MSC. Beliau juga menjadi ang- gota Jawatankuasa Persyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) pada peringkat pegawai. Beliau meletakkan jawatan pada 14 Julai 1998 untuk menguruskan perniagaannya sendiri. Beliau ke- mudiannya dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengelola DBP pada tahun 2002 dan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola pada tahun 2005. Beliau juga per- nah dilantik menjadi ahli National Brains Trusts on National Education di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Beliau juga menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Sikap dan Nilai Melayu di bawah Jawatankuasa Induk Agenda Melayu. Datuk Johan juga baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Budaya dan Kesenian di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelan- congan (KeKKWa). Beliau juga Pe- ngerusi Sekolah Persendirian Sri Nobel, Pengarah Eksekutif Alpha Platform Sdn. Bhd. dan Pengerusi Iltizam Tuah Sdn. Bhd. dan baru dilantik sebagai Lembaga Pengarah Syarikat Sindora Berhad yang terse- narai di Bursa Malaysia. Beliau menganggap pelantikan- nya ini sebagai penghargaan ter- tinggi kepada bekas karyawan DBP kerana ini merupakan tanggungja- wab yang berat dan amat menghar- gai kepercayaan yang diberikan oleh Y.B. Dato' Sri Hishammuddin. “Saya akan menjalankan amanah yang diberikan sebaik mung- kin bagi memastikan DBP dapat memainkan peranan yang ditun- tut oleh bangsa dan negara,” tegas beliau. Beliau berjanji akan bekerja dengan Ketua Pengarah dan karya- wan DBP untuk tujuan itu. Warga DBP mengucapkan tah- niah atas pelantikan beliau dan menaruh harapan agar beliau dapat mengembalikan imej DBP dalam melaksanakan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk mem- bina dan memperkasakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Datuk Johan Jaafar BH PILIH L1 17 emel MUNSYI Itu pun bahasa rojak juga. Sekarang ini ada bahasa Arab dalam lirik lagu Melayu. Mulai Mei 2006 Klik DBP akan terbit pada hari Rabu minggu ketiga 17SH001A.indd 2 5/16/06 7:52:24 AM

Salam Bicara Penerbitan Perpisahan Karya Buku Perlu ... · Bicara Karya Sastera Perak 10 Penerbitan Buku Perlu Dipergiat 11 Oleh Mashitah Taharin D ... dalikan program “Isu Semasa”

  • Upload
    dohanh

  • View
    238

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

“Bagai Pinang Pulang ke Tampuk”

Bil: 24 RABU, 17 MEI 2006BUKU BAHARU DALAM PASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP Aras Bawah Menara DBP

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petang

Tawaran 25% bagi Daftar Kata Bahasa Melayu dan Buku Kanak-kanak (8-31 Mei 2006)

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Warkah Melayu laMa

Pengarang: ab. razak ab. karim ISBN: 983-62-9041-9harga: rM22.00

BUKU ini memaparkan kekayaan khazanah persuratan Melayu, kehalusan budi dan kesenian Melayu. Membincangkan pel-bagai warkah Melayu lama dari segi komponen warkah, struktur warkah sosial, struktur warkah perjanjian, serta variasi struktur warkah-warkah tersebut. Aspek bahasa dalam kepala surat dan juga cap-cap yang digunakan oleh pengirim, strategi komu-nikasi dan kesopanan dalam warkah turut dibincangkan. Buku ini sesuai untuk rujukan pelajar IPT dan pensyarah, penyelidik serta pencinta bahasa.

DBP SETENGAH ABAD

SalamPerpisahan

9Bicara KaryaSasteraPerak

10PenerbitanBuku Perlu Dipergiat

11

Oleh Mashitah Taharin

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menyambut Jubli Emasnya pada 22

Jun 2006 ini. Bolehlah dikatakan bahawa pelantikan Y. Bhg. Datuk Johan Jaafar sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang kelapan ini sebagai hadiah ulang tahun buat DBP. “Bagai pinang pulang ke tam­puk”, itulah peribahasa yang sesuai untuk mengaitkan pelantikan beliau. Nama beliau tidak asing lagi bagi karyawan DBP bahkan dalam kalangan kebanyakan masyarakat kerana ketokohan beliau mengen­dalikan program “Isu Semasa” selama lebih dua tahun di RTM1 dan “Debat Perdana” selama empat musim. Beliau juga kolumnis untuk akhbar The New Straits Times dan Berita Minggu.

Y. Bhg. Datuk Johan Jaafar men­cipta sejarah sebagai bekas kar­yawan DBP yang pertama dilan­tik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Y.B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein pada 17 April 2006 lalu bagi tempoh dua tahun. Beliau pernah berkhid­mat di DBP dari 1 Julai 1977 hingga 31 Oktober 1992. Beliau memulakan kerjaya di DBP sebagai Pegawai Penyelidik di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera (BPPS) yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain).

Sepanjang perkhidmatannya di DBP, beliau pernah menjadi Ketua Unit Remaja, Ketua Bahagian Majalah dan paling akhir Ketua Bahagian Penerbitan Am. Beliau juga aktif dalam kegiatan teater, membuat adaptasi dan menga­rahkan beberapa buah drama karya tokoh sasterawan tersohor. Antaranya, beliau pernah menga­rahkan drama Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Rithwan), Salina (A. Samad Said) dan Rumah Kedai di Jalan Seladang (A. Samad Ismail). Beliau pernah memena­ngi Hadiah Karya Sastera kerana adaptasi Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Beliau juga menulis novel, cerpen dan esei, dan pernah meme­nangi Hadiah Sastera kerana skrip drama pentas Asiah Samiah dan cerpen Sang Politikus.

Selepas menamatkan perkhid­matannya di DBP, Y. Bhg. Datuk Johan Jaafar berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu bermula dari 1 November 1992. Di Utusan beliau juga menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat itu selain menjadi Pengarah Metrovision Sdn. Bhd. Beliau pernah menjadi Lembaga Pengarah BERNAMA dan ahli Majlis Perniagaan Malaysia (Malaysian Business Council). Sewaktu kerajaan merancang Koridor Raya Multimedia (MSC) beliau adalah antara Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDC) yang awal. Perbadanan ini menentukan hala tuju MSC. Beliau juga menjadi ang­gota Jawatankuasa Persyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) pada peringkat pegawai.

Beliau meletakkan jawatan pada 14 Julai 1998 untuk menguruskan

perniagaannya sendiri. Beliau ke­mudiannya dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengelola DBP pada tahun 2002 dan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola pada tahun 2005. Beliau juga per­nah dilantik menjadi ahli National Brains Trusts on National Education di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Beliau juga menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Sikap dan Nilai Melayu di bawah Jawatankuasa Induk Agenda Melayu. Datuk Johan juga baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Budaya dan Kesenian di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan (KeKKWa). Beliau juga Pe­ngerusi Sekolah Persendirian Sri Nobel, Pengarah Eksekutif Alpha Platform Sdn. Bhd. dan Pengerusi Iltizam Tuah Sdn. Bhd. dan baru dilantik sebagai Lembaga Pengarah Syarikat Sindora Berhad yang terse­

narai di Bursa Malaysia.Beliau menganggap pelantikan­

nya ini sebagai penghargaan ter­tinggi kepada bekas karyawan DBP kerana ini merupakan tanggungja­wab yang berat dan amat menghar­gai kepercayaan yang diberikan oleh Y.B. Dato' Sri Hishammuddin. “Saya akan menjalankan amanah yang diberikan sebaik mung­kin bagi memastikan DBP dapat memainkan peranan yang ditun­tut oleh bangsa dan negara,” tegas beliau. Beliau berjanji akan bekerja dengan Ketua Pengarah dan karya­wan DBP untuk tujuan itu.

Warga DBP mengucapkan tah­niah atas pelantikan beliau dan menaruh harapan agar beliau dapat mengembalikan imej DBP dalam melaksanakan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk mem­bina dan memperkasakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.

Datuk Johan Jaafar

BH PILIH L1 17 emel

MUNSYI17M.tif BH Current

MUNSYI 17 MEI - DAILY FLD - DOCUMENT • BH11

MUNSYI

Itu pun bahasa rojak juga.

Sekarang ini ada bahasa Arab dalam lirik

lagu Melayu.

Mulai Mei 2006 Klik DBP akan terbit pada hari Rabu minggu ketiga

17SH001A.indd 2 5/16/06 7:52:24 AM