82
Rutin Harian Tadika Perbualan Awal ( circle time ) - Berkongsi pengalaman dan cerita - Berbual berkenaan tema - Mengumum hari jadi Aktiviti Kelas - Bercerita - Muzik dan pergerakan - Nyanyian - Lawatan - Aktiviti fizikal Aktiviti Kumpulan - Melakukan kerja atau projek bersama-sama Aktiviti Individu Aktiviti Permainan Luar Rehat - Makan - Menggosok gigi - Membersihkan diri Refleksi / Penamat - Rumusan pengajaran sehari

Rutin Harian Tadika

  • Upload
    manoq86

  • View
    1.600

  • Download
    37

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Jadual Akviti Tadika

Citation preview

Rutin Harian TadikaPerbualan Awal ( circle time )-Berkongsi pengalaman dan cerita-Berbual berkenaan tema-Mengumum hari jadi

Aktiviti Kelas-Bercerita-Muzik dan pergerakan-Nyanyian-Lawatan-Aktiviti fizikal

Aktiviti Kumpulan-Melakukan kerja atau projek bersama-sama

Aktiviti Individu

Aktiviti Permainan LuarRehat-Makan-Menggosok gigi-Membersihkan diri

Refleksi / Penamat-Rumusan pengajaran sehari

Rancangan Tahunan TadikaMinggu persekolahan berdasarkan kalender kementerian pendidikan.Minggu cuti.Tema bulanan dan mingguan.Peristiwa semasa.PerayaanAktiviti tahunanCuti umum.

Takwim Tahunan TadikaBIL.PERKARATARIKH

1.Pendaftaran03-01-2013

2.Tahun Baru Cina03-02-2013

3.Latihan sukan08-02-2013

4.Maulidur Rasul16-02-2013

5.karnival sukan03-03-2013

6.Penilaian prestasi awal tahun07-03-2013

7.Cuti Pertengahan Penggal12-03-2013 20-03-2013

8.Bicara akademik21-03-2013

9.Penilaian Awal Tahun12-04-2013

10.Hari buruh01-05-2013

11.Hari guru16-05-2013

12.Latihan bercerita23-05-2013

13.Hari bapa12-06-2013

14.Ujian pencapaian20-06-2013

15.Gotong-royong16-07-2013

16.Mesyuarat PIBG23-07-2013

17.Sambutan bulan ramadhan01-08-2013

18.Nuzul Al-Quran17-08-2013

19.Hari Raya Aldilfitri / Hari Kemerdekaan31-08-2013

20.Cuti Akhir Tahun27-08-2013 04-09-2013

21.Jamuan akhir tahun05-09-2013

22.Hari Konvikesyen Kanak-Kanak 6 Tahun10-09-2013

23.Hari Malaysia16-09-2013

5 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menghantar mereka pada jam 7.45 pagi bagi memudahkan pembantu mengawal kanak-kanak dan bersedia untuk sesi pembelajaran pada setiap hari.

Buku khas aktiviti tadika

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, modul bertema sains dan matematik serta buku panduan kerohanian dan nilai-nilai murni.Bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun, tadika menyediakan set buku khas yang berbentuk gambarajah. Hal ini kerana, sesetengah daripada mereka masih belum tahu menulis dan membaca.

Aspek pemakanan

i.Memberikan pelbagai jenis makanan yang sihat dan berkhasiat melalui kombinasi yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan. ii.Menggalakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral. iii.Memberikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang dan berasaskan kekacang untuk protein. iv.Memberikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari. v.Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk mencegah kekurangan zat besi. vi.Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan. vii.Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan pengambilan garam. viii.Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai. ix.Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

Aspek kebersihan

Menyediakan pada setiap ruang, sudut dan kelas di tadika kami dengan sebuah bakul sampah.Manakala, di bahagian dapur pula, kami menyediakan dua buah tong sampah besar untuk kegunaan pembantu.Pihak kami juga telah membuat soal sekidik tentang jadual lori sampah mengutip sampah di kawasan perumahan ini.Hal ini akan memudahkan lagi pihak kami untuk mengumpul sampah dan membiarkan pemungut sampah mengutip sampah kami.Berdasarkan aspek kebersihan juga, tadika kami membuat keputusan untuk menggunakan pekerja yang ada sahaja.Memandangkan pembantu am di tadika ini hanyalah seorang iaitu tukang masak, jadi semua kerja-kerja pembersihan juga akan dilakukan olehnya.Pembantu guru, guru, pembantu pengurus, malah pengusaha sendiri akan turut membantu dalam aspek kebersihan ini.Kami akan bersama-sama menyelenggara dan membersihkan bangunan ini.Gotong-royong akan turut diadakan secara berkala untuk membersihkan kawasan tadika dan menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran serta pembelajaran.Aktiviti gotong-royong bersama ibu bapa juga bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan tadika dan para ibu bapa.

Aspek keselamatan

Aspek keselamatan juga merupakan salah satu aspek terpenting yang tidak boleh dipandang enteng oleh pihak tadika.Hal ini kerana, setiap sudut, ruang yang terdapat di tadika memerlukan jaminan keselamatan yang mampu mempengaruhi banyak pihak.Antara aspek keselamatan ini termasuklah menyedari dan mengenali perlakuan atau tindakan yang dapat menyebabkan kemalangan dan bahaya, mengetahui dan menghindari tempat berbahaya dan mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain.

Aspek kesihatan

Mengetahui tentang pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian.Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan.Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan.Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik.Berlari atau menghayunkan badan, berjalan mengikut muzik dan berhenti apabila muzik diberhentikan.

RANCANGAN PENTADBIRAN TADIKA

Latar belakang premisNama tadika : Fun Kids KindergartenAlamat tadika : No 8, jalan 12, Taman Seri Perdana, 48000 Rawang, Selangor Darul EhsanAlamat Surat-Menyurat : No 8, jalan 12, Taman Seri Perdana, 48000 Rawang, Selangor Darul EhsanNo. Telefon : 03-4380566Bentuk Perniagaan : Perkongsian.

RANCANGAN PEMASARAN TADIKA

PengenalanTadika kami iaitu Fun Kids Kindergarten merupakan sebuah tadika yang akan ditubuhkan.Tadika kami ini menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam merealisasikan matlamat tadika ini serta tujuan ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika ini.Antara faktor yang membawa kepada penubuhan tadika ini ialah memenuhi permintaan negara terhadap kanak-kanak yang berkualiti untuk menjadi pembangun Negara pada masa hadapan.Oleh itu, penubuhan tadika ini merupakan satu proses untuk menyahut seruan Negara dalam melahirkan generasi yang bijak pandai.

Sasaran pasaranKami mensasarkan tadika Fun Kid Kidergarten ini kepada semua ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun yang tinggal di kawasan berhampiran dan perumahan di sekitar kawasan.

Saiz pasaranSebelum kami ingin menubuhkan tadika ini, kami telah pun membuat sedikit soal selidik tentang ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan ini.Sebagai hasilnya, kami mendapati bahawa hampir 40 peratus daripada penduduk di kawasan ini yang mempunyai ekonomi yang kukuh atau kelas pertama, 40 peratus penduduk yang mempunyai ekonomi yang stabil atau kelas kedua dan hampir 20 peratus penduduk yang mempunyai ekonomi kelas ketiga.

Strategi pemasaranTadika kami ini merupakan tadika yang baru sahaja ditubuhkan.Oleh itu, beberapa strategi perlulah dirancang bagi memastikan tadika ini boleh berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kain rentang/ bannerSalah satu kaedah pemasaran yang akankami gunakan ialah dengan menggunakan kain rentang.Pada kain rentang ini kami mempromosi tadika Fun Kids Kindergarten di mana kami menyediakan perkhidmatan pembelajaran dengan menggunakan LCD dan menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kedua ibu bapa dan terapi untuk kanak-kanak.Selain itu, kami akan menyatakan juga tarikh pembukaan, pendaftaran, alamat, objektif dan matlamat tadika kami. Kain rentang yang digunakan akan digantungkan pada 2 tempat iaitu di ruang pemasaran kawasan perumahan yang telah disediakan dan di hadapan tadika kami sendiri.

GAMBAR PERSEKITARAN FUN KIDS KINDERGARTEN

TARIKH / MASAAKTIVITITEMPATUMUR &BILANGANULASANJanuariPendaftaranTaska Permata KtsnKemasukan Kanak-Kanak Dari Bayi (3 Bulan) 5 TahunBilangan Kanak-Kanak 24 OrangFebruariRiadahTasik Titiwangsa13 Orang(3-4 Tahun)Bawa Kanak-Kanak Bersiar- Siar Bertujuan Mendedahkan Mereka Kepada Alam Sekitar Mengenal Tumbuhan Cth : Pokok, Rumput, Bunga DllMacBermain AirTaska Ktsn7 Orang(3-4 Tahun)Memasukkan Air Ke Dalam Botol Menggunakan Span BasahBertujuan Menggalakkan Perkembangan Motor HalusAprilGotong-RoyongTaska Ktsn6 OrangKakitangan TaskaMenceriakan Taska & Membersihkan Taska.Galakkan Kerjasama Sesama KakitanganMeiBermain Sambil Belajar Pelajar Audiologi & TutorTaska Ktsn15 Orang(1 - 4 Tahun)- Kakitangan Turut TerlibatPelajar Mengkaji Tentang Perkembangan Bahasa & Pertuturan Serta Pendengaran Kanak-Kanak Normal Berbanding Kanak-Kanak Tak Normal-Mengkaji Pertuturan Bahasa Perempuan DewasaJunImunisasi Daripada Klinik Kg BaruTaska Ktsn24 OrangMengambil Data Imunisasi Dan Membuat Lawatan Ke Taska Berikutan Penyakit Kaki Tangan Mulut (Hfmd)JulaiJamuan Hari Jadi Kanak-KanakTaska Ktsn18 OrangSambutan Hari Lahir Kanak-Kanak Mengikut Hari LahirOgosPembelian Barang PasarTaska KtsnIbu Bapa Kanak-KanakIbu Bapa Membeli Barang Pasar Setiap Minggu Mengikut GiliranSeptemberJamuan Hari RayaTaska KtsnIbu Bapa & Kakitangan TaskaMengadakan Jamuan Makan Di Taska & Pemberian Kuih Raya Dari Kelab WanitaOktoberMengenal Hidupan AirDewan Ktsn10 Orang( 2 Hingga 4 Tahun )Bawa Kanak Kanak Melihat Kura-Kura,Rumpai Air.Batuan,Ikan Pelbagai Saiz.NovemberAktiviti Bercerita Dan LakonanTaska Ktsn13 Orang (Umur 2tahun Hingga 5tahun )Melihat 4 Jenis Perkembangan Kanak-Kanak.Kanak Kanak Juga Didedahkan Menjadi Role ModelDisemberMajlis PerpisahanTaska KtsnKanak-Kanak &Kakitangan TaskaJamuan Perpisahan Untuk Kanak-Kanak Yang Akan Ke Tadika

BUTIRAN LAPORAN PRAKTIKUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKLAPORAN PRAKTIKUM PELATIH

Panduan Umum berkenaan maklumat yang dikongsikan ini adalah berdasarkan keperluan utama institusi, kemudian saya tambah berdasarkan pengalaman semasa menjalani praktikum mengajar bagi Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Institut Perkembangan Awal Kanak-kanak (IEYD).

1.Sediakan fail yang sesuai Ukuran ketebalan yang sesuai. Digalakkan gunaring filebersampul plastic berwarna putih. Memudahkan pelatih menghias muka hadapan dan belakangnya kelak2.Semua dokumen dicetak pada A4, font Arial/Times, saiz 12, spacing 1.5. after 10 pt.3.Sediakan folder dan sub folder mengikut tajuk-tajuk.4.Susunan kandungan mengikut urutan yang dicadangkan.5.Boleh sediakan lebih daripada satu fail jika fail pertama telah penuh.6.Portfolio perlulah menarik, kreatif dan mudah untuk disemak.

Maklumat di muka hadapan fail adalah:

LAPORAN PRAKTIKUMProgramDiploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (A7116)

Taska : 13 feb 2012 hingga 9 mac 2012Tadika : 19 mac 2012 hingga 13 april 2012

Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak(alamat penuh, no. tel, fak,website)

Butiran yang perlu ada dalam LAPORAN PRAKTIKUM PELATIH Di bawah adalah senarai semak butiran isi kandungan fail LAPORAN PRAKTIKUM bagi rujukan pelatih. Sila catatan muka surat pada setiap helaian.UnitTajuk dan Butiran Isi KandunganCatatan

AMUKADIMAH-Laporan praktikum ini untuk apa?-Dimana anda menjalani praktikum?-Tempoh masa?-Penghargaan kepada pihak taska dan tadika-Tandatangan-Nama penuh-No. kad pengenalan-Tarikh

***disertakan 1 gambar anda bersama penyelia taska dan tadika, nyatakan penerangan tentang gambar secara ringkas.

BPROFIL PELATIH-Gambar ukuran passport-Nama penuh-No. kad pengenalan-Umur/tempat lahir-Alamat surat-menyurat-No. telefon-Emel-No. pelajar-Nama kursus-Tempat belajar-Falsafah anda-Lampiransurat tawaran praktikumrekod kehadiran di taska/tadikasalinan cuti sakit

CPROFIL TASKA atau TADIKAa.Namab.Alamat surat-menyuratc.No. tel/faks/emeld.Gambar taska/tadikae.Peta lokasif.Visig.Misih.Falsafahi.Carta organisasij.Senarai nama kakitangan/pendidikank.Peraturan taska/tadikal.Takwim Tahunan taska/tadikam.Rancangan Kalendar Tema taska/tadikan.Jadual harian taska/tadikao.Jadual menu harian taskap.Jumlah keseluruhan kanak-kanak taska;Taska-2 bulan hingga 24 bulan-24 bulan hingga 36 bulan-36 bulan hingga 48 bulan*** Contoh bentuk jadual.Bil.Nama kanak-kanakTarikh lahirNo. Surat beranak

q.Maklumat murid kelas tadikar.Jumlah keseluruhan kelas dan murid di tadika berkenaanNyatakan nama penuh guru bertugasLatar belakang pendidikanRekod butiran murid di kelas pelatih AJAR (boleh dibuat dalam bentuk jadual)-Nama penuh murid-No. surat beranak-Tarikh lahir-Umur-Jantina-Latar belakang keluargaoNama penuh bapa(i)Pekerjaan(ii)No. telefonoNama penuh ibu(i)Pekerjaan(ii)No. telefonoAlamat surat-menyurat

DRANCANGAN BULANANa.Masukkan tema bulanan (dalam bentuk jadual dan gambar atau sebagainya)***gunakan kreativiti anda.

ERANCANG WEB PENGAJARANa.Minggu ke minggub.Harian berdasarkan jadual harian***dalam bentuk maping atau jadual

FRANCANGAN MINGGUANa.Rekodkan aktiviti yang dirancangkan dalam seminggu Isnin hingga JumaatTaska merujuk jadual aktiviti harian (berdasarkan perkembangan kanak-kanak)Tadika merujuk kepada tunjang, tema dan subtema (Rujuk KSPK)***sila catatkan no. SP . Rujuk format kolej.

GRANCANGAN HARIAN***Rujuk format yang telah ditetapkan oleh kolej.

H.JURNALa.Pelatih praktikumTarikhCatatan refleksi (selepas setiap sesi pengajaran)Merenung akan kekuatan diri merujuk kepada ciri-ciri seorang guru cemerlang.-Sahsiah-Kemahiran P&P-Alat bantu mengajar-Pedagogi-Pengurusan kelas-Kaedah /teknik komunikasiMencatatkan kelemahan-Mengenalpasti punca kelemahan-Atau kegagalanomencapai objektif P&pomengawal muridomenarik minat muridCatatan tempoh tindakan susulan akan diambil bagi mengatasi kelemahan tersebut.TandatanganNama penuhMasa

b.Catatan pemerhatian harian FOKUS kepada seorang kanak-kanakPemasalahanPenemuan pencapaian dalam perkembanganInsiden yang amat signifikan dengan kebolehanBerkaitan rapat dengan kecerdasan pelbagai dan perkembangan IREJ.Lampiran-Gambar aksi kanak-kanak berkaitan peristiwa itu.-Biodata dirinya (nama penuh, tarikh lahir, umur dan kegemaran)oLatar belakang keluarga, ibu bapa, adik-beradikoAlahanoPemasalahan pembelajaran, pergaulan, emosi, nilai-nilai murni dan komunikasi berhemah.

IPORTFOLIO KANAK-KANAK (untuk taska) /MURID (untuk tadika)a.Gambar aktiviti kanak-kanak mengikutTASKA perkembangan kanak-kanakTADIKA- semua tunjang KSPK***sila tulis catatan perihal objektif aktiviti yang dijalankan, hasil pengajaran, masa dan tarikh.b.Lembaran kerja dan hasil kerjaTASKA perkembangan kanak-kanakTADIKA- semua tunjang KSPK***telah ditanda, tarikh, komen pelatih akan pencapaian kanak-kanak.c. GambarAksi kanak-kanakmenunjukkan mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti tersebut/ketika menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) . Sila tulis caption objektif aktiviti yang dijalankan, hasil pengajaran, masa dan tarikh.

JPENUTUP-Catatan Pengalaman-Adakah mencapai objektif-Cadangan atau komen kepada Unit Praktikum Kolej-Sekian, terima kasih.-tandatangan-Nama penuh-tarikh

LARAS BAHASA LAPORAN PRAKTIKUM

LARAS BAHASA LAPORAN PRAKTIKUMLaporan praktikum adalah rekod rasmi yang menjadi tanda aras ketrampilan bakal pendidik.

Justeru itu bakal pendidik tidak berkompromi dalam cara penulisan laporan praktikum. Ini juga merangkumi gaya mempersembahkan bahan lampiran aktiviti yang akan dan telah dijalankan dengan kanak-kanak.

Ciri-ciri gaya penulisan laporan praktikum;1 Menggunakan ayat yang ringkas. Namun ia dilengkapi dengan subject dan predicert.2. Pastikan ejaan betul.3. Elakkan menulis ayat panjang.4. Gunakan tanda baca dengan bijak untuk mewujudkan nada intonasi apabila pembaca atau penilai ptsktikum membacanya.5. Laporan mempunyai muka surat, tajuk, nombor lampiran dan isi kandungan.

Bahan lampiran seperti lakaran dan bahan, alat bantu mengajar ;1. Perlu kukuh.2. Cukup bilangan.3. Warna yang cerah dan menarik.4. Mahir menggunakan bahan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.5. Memiliki unsur sensorial.6. Anda turut seronok menggunakannya.Sekiranya laporan praktikum anda dilengkapi perkara di atas, InsyaAllah kejayaan cemerlang top 5 dalam gengaman.Disediakan Oleh:Nooraini binti Haji KhaironiPenilai Praktikum27hb Februari 2012, 10:32 malam

FALSAFAH AMALAN ASUHAN HENDAK RUJUK DI MANA?Hampir 38 bulan saya meninggalkan dunia kerjaya. Semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perkembangan sahsiah, emosi dan kerohanian 2 orang putera dan seorang puteri yang Allah pinjamkan kepada saya selaku ibu kandung mereka.

Entry kali ini saya mahu berkongsi maklumat yang telah saya kumpul untuk renungan kita bersama bagi menjadi landasan gerak tindakan transformasi diri dan keluarga demi suatu kehidupan yang holistik dan berkat.

Ini adalah sebahagian catatan masa lapang saya yang sempat dihayati mengikut sudut pandangan dan ilmu yang dimiliki. Berikut adalah catatannya.

RUKUN ISLAMMengucap dua kalimah SyahadahMenunaikan SolatMelaksanakan ibadah puasaMengeluarkan zakatMenunaikan haji

Ini teras jiwa selaku Khalifah Allah.

RUKUN IMANPercaya kepada AllahPercaya kepada MalaikatPercaya kepada RasulPercaya kepada KitabPercaya kepada Hari KiamatPercaya kepada Qada' dan Qadar Allah

Inilah inspirasi ESQ , insan pemikiran Kelas PertamaRUKUN NEGARAKepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKesopanan dan Kesusilaan

Di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung. Ya! Malaysia, negara kuWAWASAN 2020Cabaran Wawasan 2020 bagi mewujudkan;1. Negera Malaysia Bersatu2. Masyarakat yang berjiwa bebas dan maju3. Masyarakat demokratik yang matang4. Masyarakat yang bermoral dan beretika5. Masyarakat liberal dan bertolak ansur6. Masyarakat saintifik dan progresif7. Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi8. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi9. Masyarakat yang makmur, dinamik, giat dan kental

Menjadi misi dan visi setiap langkah Jihad Bil Hal dalam kerjayaku/juga tindakan ku

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusanke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriserta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid-muriddalam semua aspek perkembangan (jasmani,emosi, rohani dan intelek)untuk menguasai kemahiran asas (membaca, mengira, menulis dan menaakul)dan memupuk sikap positif (berkomunikasi, bersosial dan memiliki nilai-nilai murni)sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAHMenurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK),Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanakberumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadudalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialmelalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkanserta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinandan membentuk konsep kendiri yang positifpada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia adadan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak2 Falsafah dan 1 Matlamat di atas menjadi tunjang asas asuhan anakndaku

Di sini saya fokus kepada objektif yang hendak dicapai, khusus memerlukanpenglibatan ibu bapa yang utuhbagi menyuburkan potensi diri anak-anak iaitu dari segi aspek ;

1. Jasmani - kanak-kanak mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas - mempraktikkan amalan kesihatan yang baik (seperti gosok gigi, mandi bersih, kebersihan rambut dsbg) - anak-anak kita boleh menguasai kemahiran psikomotor iaitu kemahiran motor halus seperti menggenggam, menggentel, mencubit, menyepit dan menggoyak kertas. Juga kemahiran motor kasar seperti berjalan, berlari, melompat, berguling, merangkak, main skipping dsbg.

2. Emosi - mempunyai keyakinan diri - berani mencuba - boleh menghormati perasaan dan hakorang lain 3.Rohani - anak-anak kita boleh mengamalkan nilai-nilai murni ( termasuklah menghormati orang tua dan rakan sebaya serta orang sekeliling, semangat tolong-menolong, sedia berkongsi, sikap bertolak-ansur, bekerjasama dsbg) - mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian

4. Sosial - berkebolehan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling - boleh menyuarakan pandangan dan pendapat serta perasaan dengan berhemah - sedia bekerjasama dengan orang lain.

4 aspek tersebut adalah inner dan kejiwaan seorang insan. Anak inidiibaratkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapanya yang menentukan corak hidupnya. Usah dicarik-carik atau dilakar ia menjadi Majusi mahupun Nasrani. Nauzubillah. Sewajarnya, kita tanamkan syariat dalam jiwa anak-anak sejak dalam kandungan lagi dengan bacaan kata-kata mukjizat Rasulullah S.A.W. iaitu bacaan Al-Quran. Kumandangkan alunan zikrullah ketika sejak lahir. Asuh dan beri pendedahan akan ibadah khusus dan umum ketika belum mumaiiz lagi. Selepas baligh lakukan pengukuhan segala amalan wajib dan umum bersama-sama mereka.Jadikanlah rutin sebelum mereka menjejaki usia remaja.

InsyaAllah dengan berkat doa kedua ibu bapa yang mendoakan kesejahteraan kehidupan anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Teguh iman dan Syahada serta beramal ibadah kepada Allah Robbuljalil. Dengan harapan mereka, anak-anak ini terhindar daripada segala penyakit sosial dan daki-daki dunia yang fana. Amin Robalalamin.Kesimpulannya:

Asas asuhan kita kepada anak-anak perlulah berlandaskan kepada Syariat dan Sunnah. Oleh kerana itu yang boleh mensejahterakan kehidupan di dunia dan akhirat. Jadi segala butiran Rukun dan Falsafah yang tertera di atas jika difahami InsyaAllah akan memandu kita menjadi Khalifah Allah yang memberi manfaat kepada orang lain. InsyaAllah , anak ini berupaya menjadi insan yang cemerlang secara holistik dan mampu berbakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara, juga semesta.

Maka virus-virus kanser penyakit sosial remaja kini dapat dibendung.

Marilah wahai ibu, gunakan kuasa di tangan kita... iaitu tangan yang menghayun buaian mampu mencorak dunia millenium yang lebih sejahtera. Oleh kerana semuanya bermula daripada dunia rahim anda.

Pengasuh Kanak-kanak Suatu Khidmat Yang MurniSelamat sejahtera dan salam bahagia teman-teman semua.

Entry kali ini saya ingin mengupas topik di atas. Saya terpanggil untuk memikirkan hal ini dalam tempoh bersunyi beberapa hari ini. Khususnya selepas tersebarnya di youtube kejadian pengasuh sebuah pusat asuhan kanak-kanak menutup mulut kanak-kanak dengan ceylotape.

Kesan daripada kejadian tersebut, terdapat sebilangan rakan pengusaha mengeluh. Di sebabkan setitik nila rosak susu sebelangga. Tambah stress juga di kalangan pendidik taska (yang bekelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak dan masih single). Kenapa?Gara-gara Ibubapa bertambah cerewet tidak kena tempat. Menyebabkan mereka rimas.

"Mereka ingat kami ini bibik ke?""Kami ini petugas taska yang diamanahkan menjaga kebajikan, mengasuh, membimbing dan menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kecekapan perkembangan anak-anak mereka semasa tempoh 8am hingga 6pm sahaja. Luar daripada tempoh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa 100% pula menjaga kebajikan dan mengasuh anak-anak masing-masing."

"Ini tidak, terdapat ibu yang berpangkat tinggi. Cerewet Nauzubillah. Tapi dah 3 tahun, sejak anak dia baby hingga sekarang kalau petang kita serahkan anak pakai baju tu, esok pagi dia hantar anak lagu tu jugak."

dan.... bla...bla...bla...Dipendekkan kisah, itu luahan rasa pengasuh/pendidik taska yang berkelulusan dan berilmu membahaskan isu tersebut. Lain pulak nada keluhan yang hanya kelulusan SRP atau SPM atau ibu tunggal yang tidak boleh membaca dan menulis apabila dirisik perasaan mereka."Kami tak kisah sangat dengan perangai ibu bapa. Dah itu sikap mereka yang sayangkan anak. Tambahan mereka yang bayar kita. Kami bersyukur. Yang penting kami dapat rezeki yang halal dan berkat. Alhamdulillah, walaupun gaji ceput (kecil) saya masih mampu memberi kepada orang tua di kampung untuk sekolah adik-adik".Berdasarkan coretan di atas, marilah kita muhasabah diri. Walaupun ada kekurangan mutu khidmat pengasuh kerana tidak terlatih maka ibu bapa perlu membantu dari segi sokongan moral agar pengasuh di taska rasa dihargai. Dari masa ke semasa ibu bapa digalakkan memberi suntikan ilmu pengetahuan dari segi asuhan anak berdasarkan pengalaman atau pembacaan kepada mereka. Khususnya bagi golongan beliawanis atau remaja lepasan sekolah yang baru menceburi bidang pengasuhan ini. Umumnya diterima bekerja kerana penyataan bahawa mereka suka bekerja dengan kanak-kanak.Jadi 'win-win' stuationlah...Bukan calang-calang orang boleh mengendalikan ragam 1: 5 kanak-kanak 3 hingga 4 tahun bagi tempoh 10 jam pada waktu siang. Pada waktu mereka memang aktif. Untuk bayi 2 bulan hingga 16 bulan kadar 1: 3.Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, pengasuh muda ini memang insan terpilih. Allah telah mengamanahkan mereka akan kerjaya ini. Sifat keibuan mereka kadang-kala mengalahkan ibu kandung kanak-kanak itu. Bagi mereka cuti hujung minggu sunyi. Mereka sentiasa teruja untuk bertemu dengan anak-anak asuhan mereka pada setiap pagi hari Isnin.Mereka ini penuh sungguh-sungguh menjalankan aktviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan anak-anak. Refleksi saya, menyimpulkan bahawa pengasuh kanak-kanak adalah suatu khidmat yang murni. Mereka ini berhak diberi gelaran pendidik. Oleh kerana mereka adalah pelaksana atau individu yang bertanggungjawab mendidik, mengasuh, memelihara keselamatan dan kebajikan serta penjagaan kanak-kanak semasa ibu bapa bekerja. Tambah murni dan harmonis jasa mereka ini kerana mereka bukan sahaja mengajar tetapi cuba mendidik rohani, jasmani dan mental untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.Contohnya amalan memberi salam; membaca doa ketika hendak makan, selepas makan dan sebagainya.Ini termasuklah membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Heemm misalnya tabiat suka menggigit kawan. Oooiii konflik ..

Justeru itu saya dapati pengasuh taska adalah pendidik. Sebagai tanda penghargaan di sini saya kongsikan maklumat SIFAT-SIFAT wajib PENDIDIK ISLAM. (maaf sangat... sumbernya tidak tercatat pula oleh saya. semoga ilmu ini membawa berkat kepada penulis naskah ini).

1. Mempunyai sifat zuhud mendidik kerana mencari keredhaan Allah. Namun tidak bermakna tidak boleh menerima ganjaran yang setimpal dengan penat lelah yang telah dicurahkan.

2. Memiliki kebersihan diri. Baik daripada personaliti, sahsiah, tutur kata dan memiliki sikap Khalifah Allah yang unggul. Hindari sifat-sifat keji seperti hasad, sombong, riak dan mengumpat keji.

3. Memiliki sifat rendah hati dan sentiasa menjaga kehormatan diri pada pandangan masyarakat berlandaskan tuntutan syariat. Berperangai baik dalam pergaulan. Tidak sesekali terlibat dalam suasana yang menjatuhkan maruah diri, keluarga, bangsa dan agama.

4. Berperanan sebagai ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak jagaannya. Dengan memiliki perasaan kasih, saling hormat-menghormati serta memahami latar belakang mereka.

5. Memahami tabiat kanak-kanak. Aspek ini membolehkan pendidik dapat merancang dan melaksanakan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kesediaan dan kebolehan serta kemampuan kanak-kanak.

6. Bersifat ikhlas, jujur, amanah dan bertanggunajawab kepada tugasannya selaku pengasuh dan , penjaga, pembimbing dan pendidik kepada kanak-kanak. Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama, istiqamah serta sentiasa beramal dengan ilmunya. Kesimpulannya, para pendidik awal kanak-kanak ini adalah jurutera pereka acuan insan agar apabila dewasa kelak akan menjadi seorang yang mempunyai jatidiri dan beriman, berbudi pekerti, berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, agama dan negara bangsa.

Teman semua saya ingin berkongsi akan perkara di atas.

Majoriti, taska menggunakan panggilan berbentuk kekeluargaan kepada para tugasnya. Seperti kakak, Mak Usu, Ibu dan sebagainya. Rasionalnya kerana petugas taska adalah 'pengganti' ibu bapa kepada anak-anak yang diasuh dan dijaga di sana.

Umumnya, penampilan mereka ketika bertugas adalah berpakaian simple iaitu berkemaja T atau blaus dan berseluar panjang atau seluar sukan.

"Buat apa nak bergaya, kita cuma jadi pengasuh. Emak bapak budak-budak ini pun aggap kita macam bibik," Itu adalah antara suara hati petugas di Taska.

Maka, saya cuba melakukan anjakan paradigma dalam sudut tatacara pakaian bekerja di 'day care' center. Ya, saya berpakaian seperti ke pejabat walaupun saya melakukan tugasan mengasuh, menjaga dan menjalankan aktiviti dengan anak-anak. Kemudian saya membahasakan diri sebagai 'teacher' dengan anak-anak asuhan di sini. Pada mulanya suatu perkataan asing bagi mereka. Namun kini, apabila sudah memasuki minggu ke-4, keceriaan terpancar dalam hubungan antara kami.

Rakan setugas saya juga menumpang rasa bangga dan ceria kerana merasai diri mereka dihormati. Tambah girang hati beliau kerana pada Sambutan Hari Guru yang lalu beliau turut menerima cenderahati daripada beberapa orang kanak-kanak di bawah asuhan dan jagaannya.

"Akak, saya rasa bangga bertugas dengan akak di 'day care'. Seronok jadi 'teacher' dia orang ini."

Saya amat bersyukur, kerana mampu menaikkan martabat dan semangat motivasi diri petugas dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Kini, ibu bapa juga turut terbiasa dengan budaya panggilan 'teacher'. Walaupun kecil namun ia memberi seribu rahmat dan cahaya kehidupan kepada para petugas muda belia yang baru menceburi bidang ini.

Persoalannya, Kenapa 'teacher' tidak cikgu atau guru?

Secara peribadi panggilan cikgu atau guru adalah gelaran formal di institusi sekolah. '"Teacher" adalah role model kepada setiap pengisian objektif belajar menerusi bermain, pemerhatian dan amalan kehidupan kanak-kanak untuk pengalaman mengharungi cabaran kehidupan masa depan.

Jadual aktiviti taska adalah seperti berikut :-